Wednesday, July 13, 2016

RUPA-RUPANYA MEREKA MEMANG MENGHARAPKAN MASALAH AIR DI KEDAH TIDAK AKAN SELESAI SAMPAI BILA-BILA!!!



Segolongan ADUN dan pemimpin PAS Kedah bersama-sama dengan ADUN PAN sedang menjadikan masalah bekalan air di 5 wilayah di Kedah sebagai modal politik utama mereka untuk menghentam kepimpinan Ahmad Bashah, sekaligus mencerahkan peluang untuk merampas semula negeri itu yang pernah jatuh ke tangan mereka pada tahun 2008 sehingga 2013.

Namun, mereka seperti biasa, hanyalah jenis pandai bercakap, pandai menghentam, pandai mengutuk dan pandai mencerca tetapi apabila tiba masanya untuk bekerja, mereka lari tak cukup tanah. Ada yang menyorok dalam kain bini masing-masing.

Itulah yang berlaku semalam. Mesyuarat Khas Isu Air Kedah yang menghadirkan penjelasan dan rangka kerja bagi jangka pendek untuk penyelesaian masalah air oleh pihak berkuasa air Kedah, SADA bagaikan diboikot oleh ADUN-ADUN pembangkang. Dari kalangan mereka, yang hadir cumalah ADUN Kota Darulaman dari PKR dan ADUN Derga dari DAP. ADUN-ADUN PAS dan PAN yang kuat melalak dan menjadikan Facebook sebagai medium untuk menarik perhatian, langsung tidak nampak batang hidung. 

ADUN Sungai Limau yang sebelum ini turut memekak dan marah-marah kerana kawasannya dikatakan terjejas teruk, juga tidak kelihatan. Begitu juga dengan ADUN Bukit Pinang, ADUN Kubang Rotan dan ADUN Pengkalan Kundur. ADUN Tokai tak payah cakaplah... Malah ADUN Kuala Ketil dan ADUN Merbau Pulas pun terus hilang tanpa dapat dikesan. 

Mesyuarat tersebut sepatutnya digunakan dengan sebaik-baiknya oleh setiap ADUN di Kedah untuk meluahkan kemarahan terhadap kegagalan dan sikap acuh tidak acuh SADA dalam memastikan bekalan air di seluruh Kedah berada pada tahap terbaik. Mesyuarat tersebut juga sepatutnya menjadi medan buat mereka untuk memberikan buah fikiran mereka yang sangat bernas seperti yang tertera dalam Facebook untuk penyelesaian masalah air di seluruh Kedah. 


Apakah kerana di dalam SADA terdapat ramai 'orang mereka' membuatkan ADUN-ADUN PAS dan PAN enggan hadir dalam mesyuarat tersebut, agar mereka boleh terus mensabotaj bekalan air, sekaligus menimbulkan kemarahan rakyat kepada Kerajaan Negeri Kedah, dan pada masa yang sama, memberikan keuntungan politik kepada mereka?

Atau ADUN-ADUN tersebut tidak mahu tembelang mereka yang buta kayu dan bodoh biol tentang industri air, terdedah walaupun pada masa yang sama, mereka adalah yang paling kuat menyalak dan mempolitikkan isu air demi kepentingan sendiri?

Atau pun mereka berasakan, cukup hanya dengan mengemaskinikan Facebook masing-masing dengan isu air tanpa perlu mereka bekerja kerana akhirnya yang menyelesaikan setiap masalah adalah pemimpin UMNO-BN kerana alasan yang diberikan adalah UMNO-BN adalah pemerintah Kedah masakini.

Jadi, fungsi apa ADUN-ADUN berkenaan wujud? Takkan makan gaji buta semata-mata selain hanya bermain dengan retorik bagi mendapatkan sokongan sedangkan untuk melaksanakan kerja, termasuklah bermesyuarat dan berkongsi jalan penyelesaian dengan otak mereka yang mahal itu, bukanlah tanggungjawab mereka?

Kalau macam tu punya mentaliti ADUN-ADUN PAS dan PAN Kedah, sesiapa sahaja boleh menjadi wakil rakyat. Apa susahnya sebagai wakil rakyat kalau sekadar hanya menggunakan FB dan selepas itu, semua kerjanya orang lain yang buat?

4 comments:

Anonymous said...

Ahmad Basha baru ambil alih. Mukhriz dulu buat apa? PAS sebelum tu pun buat apa? Melancap ke?

mendedak said...

Wahai anony July 13, 2016 at 9:35 AM,

Macam saudara ckp la, Ahmad Bashah baru je amik alih kan. Rase2nye dia sempat ke nak buat sume keje dan langkah2 penyelesaian air tu? Sebenarnya tu la keje Mukhriz dulu. Ahmad Bashah just sambung je ape yg Mukhriz buat dulu.

Saudara pulak buat apa? Main layang2?

Anonymous said...

Sabar..bang..bulan raya ni bang...YB yang sengaja menganiaya rakyat ni...tak lama bang..dulu khalid ibrahim...Selangor tak da air...mcm pelarian kami mengejar lori air...sedih tau...saya tiap2 hari berdoa agar pemimpin yang aniaya rakyat ni dicabut semua keistimewaan nya..pangkat.atau apa pun..tengok...sekarang khalid di mana...so kita sebagai rakyat...terutamanya Islam kita brdoa jer...Yb ni diaorang bukan tahu susah klu rumah tak ada air...mereka aniaya rakyat dalam diam kan

juragan 69 said...

Laaaaa!!!!sbb mukhriz tk buat apa2 lh alasan A.Bashah di jdkn MR kedah dan ini lh masanya A.Bashah khasnya dan umno amnya mmbuktikn yg MB baru ada ummph atau superb...ttp klu sekadar mmberi alasan demi alasan hmmm hebat ke MB baru ni..
Spttnya beliau berkhidmad dgn dekati rakyat melalui proksi beliau dn bkn hrpkn musuh mmbntu beliau...klu tngu musuh dog bersuara dimanakh kehebatan A.Bashah banding dgn mukhriz...kahkahkah mncarut dh mmng lu nya wirid ke..klu tk mencarut org tk faham ke apa lu nk smpikn..

top