Monday, July 4, 2016

SHAFIE APDAL UMUM KELUAR UMNO DAN SALAHKAN MUSA AMAN!!!



Berita yang sebenarnya tidak mengejutkan bahkan telah diijangka akhirnya kedengaran juga. Shafie Apdal, Naib Presiden UMNO yang telah digantung oleh parti baru-baru ini, hari ini mengumumkan keluar dari UMNO di Semporna.

Lebih menarik lagi ialah Shafie Apdal menyalahkan Musa Aman yang disifatkannya sebagai dalang yang telah mencadangkan penggantungannya ketika mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO.

Di Sabah, Shafie Apdal tidak mempunyai pengaruh yang besar kecuali di Semporna walaupun namanya di Semenanjung, 'agak besar' terutama selepas dia diberikan tanggungjawab sebagai Pengerusi UMNO Kedah selain Pengerusi Pilihanraya. Walaupun tidak berfungsi sepenuhnya, bahkan gagal bekerja sesuai dengan jawatan, nama Shafie Apdal tetap terukir dalam perjalanan politik UMNO.


Shafie kalau di Semenanjung mungkin berjaya tetapi di Sabah, dia berhadapan dengan kekuatan yang tidak mampu dilawannya. Pengaruh Ketua Menteri, Musa Aman dalam UMNO Sabah, jauh mengatasi pengaruhnya walaupun Shafie Apdal berjawatan Naib Presiden, manakala Musa Aman pula sekadar ahli MT. Tanpa pengaruh Musa Aman dan Anifah Aman, Shafie Apdal tidak mungkin dapat pergi jauh dalam UMNO sehingga mampu menjawat jawatan Naib Presiden.

Dengan keluarnya Shafie dari UMNO, akan membuka ruang yang lebih besar kepada UMNO memilih dan mencari calon-calon baru untuk kawasan Semporna yang jauh ketinggalan walaupun Shafie Apdal merupakan Ahli Parlimen selama beberapa penggal, malah pernah menjadi Menteri KKLW di Putrajaya.

Shafie mungkin boleh memilih parti-parti politik tempatan Sabah yang lain untuk bergantung harap. Namun, dia akan kehilangan banyak benda yang dinikmatinya selama ini di dalam UMNO, termasuklah kekayaan dan kemewahan. Atau Shafie boleh menyertai PBS dan berhadapan pula dengan pengaruh serta kuasa Kitingan.

Atau seperti Lajim Ukim, Shafie boleh menyertai PKR, tetapi pada masa yang sama, mencipta parti politiknya sendiri dan menunggu masa untuk lebih kuat bagi membentuk pakatan yang lebih kuat bagi mengalahkan UMNO dan Barisan Nasional.

Para penyokong dan penghayun mimpi sudah pun tersenyum lebar sambil mendendangkan 'Tanya sama pokok' yang didendangkan dan dipopularkan oleh Anwar Ibrahim suatu ketika dahulu. Yakin benar mereka, Sabah akan hilang dan Najib sudah goyang dengan pengumuman keluar parti oleh Shafie Apdal.


Tapi nak buat macam mana, dah nama pun mimpi... mereka akan terus bermimpi dan bermimpi, malah menjadi sangat marah apabila dikejutkan dan diberitahu agar berpijak ke bumi nyata serta hidup dalam alam realiti.

Apa-apa pun, kita ucapkan selamat maju jaya kepada Shafie Apdal...

Penulis secara peribadi mengucapkan terima kasih kepada Shafie Apdal kerana dua kali diberi peluang untuk melihat, merakamkan gambar serta berada di rumahnya di Semporna yang dihurungi suku masyarakat setempat yang daif yang naik ke darat dari awal subuh sehingga santak ke tengah malam untuk mendapatkan bantuan RM10-RM30 setiap seorang dan Shafie Apdal pula dilayan seperti seorang raja.


15 comments:

Anonymous said...

Pada sudut lain Ameno sememangnya subur dan mampu lahirkan ramai pensetia bukan saja untuk kali ini malah sejak dari dulu.

Pernah satu ketika TPM di era Tun M keluar parti dengan membawa bergerabak-gerabak durian kahwin baka setia sebagai bekalan sebelum memasuki rumah baru.

Namun, ia tidak nampak menyusutkan stok durian Ameno scara signifikan malah stoknya terus bertambah.

Ironinya Dap dan Pan juga mengidam durian Ameno. Lebih ironi, apabila Dap terliur dengan beberapa biji durian LUNYAI Ameno!

juragan69 said...

Bhai dlm entry lu kali ni,aku amat tertarik dgn ayat lu'dia akan kehilangan bnyk benda yg dinikmatinya selama ini termasuk KEKAYAAN dan KEMEWAHAN....hahaha klu dia sbgi naib presiden PERLU takut dan akur wlupun jenayah dpn mata asalkn semua keistimewaan dikekalkn maka jelas dan nyata yg presiden umno lbh KAYA dan MEWAH...hahaha maka presiden hnya perlu tabur dedak agar lbh bnyk ayam jantan yg mngaku sbgi ayam sabung utk berkokok demi tuan tersayang...kahkahkah..lu dlm kategori ayam yg mana...ayam sabung kah?ayam jantan kah?ayam telur kah? Ayam daging kah? Atau lbh tepat ayam ayam yg tk kisah sapa pun tuannya asalkn ada hasil@dedak...

Anonymous said...

Penulis bangang. Kau yg mimpi. Kau tak faham ke presiden kau ty pembohong. Ni bukan hal shafie apdal. Jauh lebih besar dari shafie apdal. Kau berentilah tulis blog ni kalau nak sokong tak tentu arah. Kau sekolah mana dulu dik.

Anonymous said...

yg datang tu smua bukan org umno pun..... cakap jer nak bagi RM5-10..... ramailah yg datang..... dua tahun lepas ada yg meninggal jatuh tanggal rumahbsebab nak collect duit RM5 satu kepala...... takat semporna.... buka semua pun sokong sapie apdal neh...

Anonymous said...

Tak ada angin masakan pokok bergoyang..orang sabah sudah tahu ini shafiee afdal banyak buat onar..bnyak projek utk orang miskin di sabah sk sampai.ke tangan yng sepatutnya...cerita pasal...bekalan letrik pun dah cukup...takut klau nak membacanya...woi banyak bacalah woi

Anonymous said...

Anon 7:18...tolong simpan kebodohan tu...ya, ni bukan soal shafie afdal tapi kepentingan rakyat keseluruhannya bukan setakat rakyat kat semporna... kalau lu nak jadi anjing DAP PKR itu lu punya pasal...

Anonymous said...

Pengaruh shafie terbina dengan membuat rakyat semporna kekal miskin dan sentiasa bergantung kepada sumbangan shafie yg membuat mereka terus mengundinya.

Anonymous said...

Shafie Afdal tidak sehebat mana, kurang ketokohan dan kurang mahir berbahasa Inggeris berbanding Mohd Salleh Said Keruak, Abdul Rahman Dahlan, Anifah Aman dan Musa Aman. Rasanya salah seorang dari mereka berempat lebih layak untuk menjadi Naib Presiden UMNO mewakili Sabah selepas ini.

Anonymous said...

Aku rasa si blogger flying kick ni tak tau fakta dan sejarah umno. asal dapat green light terus hentam tanpa toleh kiri dan kanan.

utk makluman DS Shafie Afdal adalah org yg bertanggungjawab bawa masuk UMNO ke Sabah.

Sekian.

Anonymous said...

Dia punya suka la..ni blog dia.. Yang kau tu ape hal..?? Kau sekolah mane dulu bahalul..??

Anonymous said...

Juragan69 dengan kebodohan berpisah tiada...kahkahkahkah

LADO TOKOU said...

Bapa kemerdekaan Sabah Allahyarham Tun Mustapha yg amat berpengaruh di Sabah dan bertanggung jawab membawa UMNO ke Sabah akhirnya hilang pengaruh setelah keluar dari UMNO pada tertengahan tahun 90an. Lajim Ukin pemimpin agung kaum Bisaya di Sabah juga hilang pengaruh setelah keluar UMNO. Masyarakat Islam Sabah tidak mahu peristiwa kehilangan kuasa seperti yang berlaku pada pertengahan tahun 80an berulang. Jadi bagi mereka tiada pilihan melainkan UMNO...

Anonymous said...

Menulis apa yg di upah

juragan69 said...

Hahaha..itu je komen lu ..nmpk sesngt lu cerdik....'cerdik' ke???

Anonymous said...

Sejarah seseorang bukan sama semuanya.Kekuatan serta kekuasaan yg diberikan Allah akan menentukan segalanya.Jangan kita terlalu yakin dengan jatuhnya seseorang..Tekad dan azam serta pertolongan Allah boleh mengubah segalanya..Dulu tak terbayang politik Malaysia seperti sekarang namun kini..saya yg dulu terfikir saya akan berfikir seperti sekarang dari segi politik. Itulah hakikat..Ada manusia sangat bijak dikalangan kita yg sedang mengatur dan perlu bergabung serta bantuan Allah untuk berjaya menegakkan kebenaran Allah tanpa putus asa..

top