Social Icons

Pages

BULETIN 247

Wednesday, August 10, 2016

BILA MENTERI PENERANGAN PUN TERPAKSA AKUR DENGAN KEBIMBANGAN UNDI BUKAN MELAYU YANG MENOLAK BAHASA KEBANGSAAN!!!



Seperti yang dijangkakan, Menteri Komunikasi dan Multi Media, Salleh Keruak akhirnya akur bahawa Bahasa Kebangsaan bukanlah sesuatu yang penting di negara ini. Bahasa Kebangsaan juga tidak boleh dijadikan identiti perpaduan sungguhpun sejarah dan ketamadunan negara ini, bahkan seluruh wilayah Nusantara adalah berasaskan kepada Bahasa Melayu.

Isu filem-filem yang tidak menggunakan Bahasa Kebangsaan yang dipertandingkan dalam Festival Filem Malaysia, akhirnya 'diselesaikan' dengan formula yang diberikan oleh Menteri KMM. Formulanya ialah, ketepikan kepentingan Bahasa Kebangsaan, sebaliknya pilih populariti yang dilihat boleh mendatangkan sokongan pada PRU akan datang.

Pada ketika negara-negara lain di seluruh dunia memperkukuhkan Bahasa Kebangsaan mereka menerusi filem dan drama mahupun karya-karya seni lain, Malaysia lain pula ceritanya. Kesanggupan untuk menyembah dan menjilat telapak kaki golongan RASIS yang berlindung di sebalik jubah LIBERAL dan mempergunakan perkataan PERPADUAN, amat memualkan, terutama apabila membabitkan orang politik.

Apa gunanya mansuhkan kategori Filem Bahasa Malaysia dan bukan Bahasa Malaysia? Bukankah lebih baik kalau mansuhkan terus industri filem di negara ini kerana filem-filem yang dihasilkan pun, memang tidak pernah pergi jauh. Kerajaan sendiri seringkali melaungkan-laungkan tentang Bahasa Malaysia (Bahasa Melayu) sebagai Bahasa Kebangsaan yang dapat menyatukan rakyat negara ini sepertimana yang diamalkan oleh negara-negara di seluruh dunia, tetapi akhirnya menteri dari kerajaan itu sendirilah yang memperlecehkan Bahasa Kebangsaan.

Mengumumkan Kategori Khas untuk Filem Terbaik Bahasa Kebangsaan benar-benar merupakan satu penghinaan kepada kedudukan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan.

Sepatutnya yang diumumkan adalah Filem Terbaik Bukan Bahasa Kebangsaan. Kenapa?

Takut undi bukan Melayu hilang? Takut dikatakan RASIS?

Mengapa Bahasa Kebangsaan didiskriminasi?

Di negara lain, kategori sampingan, 'Best Film in Foreign Language' diadakan untuk mengiktiraf filem-filem bukan Bahasa Kebangsaan, di Malaysia pula, lain jadinya.

Kalau dah berani sangat mengusik kepentingan dan kedaulatan Bahasa Kebangsaan, mengapa TIDAK BERANI LANGSUNG nak bercakap tentang sekolah-sekolah vernakular yang sepatutnya dimansuhkan dan disatukan dalam aliran kebangsaan sahaja?

Payah kalau orang politik nak masuk campur semua perkara bagi mendapatkan populariti dengan mengorbankan kepentingan kebangsaan berbanding kepentingan sekelompok manusia rasis yang tidak akan sama sekali menyokong mereka pun pada PRU!!!

BERITA SEBENAR DI SINI


10 comments:

Anonymous said...

quality filem mcm pundek
asyik bagi awards je tiap2
tahun mmg haramjadah !

Ted Manoff said...

Bukan semua orang cerdik. .bukan semua menteri berani...

Anonymous said...

Afdlin Shauki is a fat fuck face!

Anonymous said...

Filem malaysia masih tiada rekod menjadi wadah perpaduan kaum. Selama bertahun kerajaan bantu industri perfileman negara, apa pulangan yang negara kita dapat? Cina tetap dengan cina, melayu dengan melayu dan india dengan india. Mana perpaduannya? Hanya cerita dalam filem aje...

Anonymous said...

tak sedar diri. memerintah pun ehsan undi melayu.

dina said...

nak rakyat bersatu...hapuskan sekolah cina tamil.
kalau dari kecik dah di asingkan memanglah rakyat akan sentiasa berpuak.
atau ini ke yang kerajaan nak supaya boleh manipulate undi.

Anonymous said...

Saleh sendiri tidak menggunakan bahasa kebangsaan bila menulis dalam blognya

Anonymous said...

Just enjoy those films.doenst matter d awards ....all malaysian made films to b supported and to prolong this kind of issue will not be any benefit to d film industry. Walauapa pun seharus keutamaan diberi kepada bahasa kebangsaan kita. Sekira kita Rakyat Malaysia tidak mendaulatkan bahasa kita siapa lagi. Pelakon dan pemain dalam industri filem dan hiburan mereka sebenarnya melakunkan karya2 seni sehingga menjadikan satu cerita untuk tontonan kita. Jgn politik isu ini dan jgn pilitik isu bahasa. Saya sokong industri filem kita dan juga bahasa kebangsaan negara tercinta ini.

Anonymous said...

Amerika adalah contoh demokrasi paling matang dan inklusif namun ada beberapa perkara yang tidak akan dikompromikan iaitu kelangsungan proksi mereka di Timur Tengah (aka: kelangsungan bahasa Hebrew moden).

Unknown said...

Ini bukan soal filem, ini soal bahasa kebangsaan yang termaktub dalam undang-undang sedang dalam proses penghapuskan secara perlahan-lahan.Bila pengajaran sains dan matematik dalam bahasa inggeris di sekolah cuba dilaksanakan, ramai pejuang bahasa melenting sampai nak hantar memorundum kepada raja-raja Melayu, tapi bila bahasa Melayu dilacurkan, diperlekeh, diketepi mana pergi pejuang-pejuang bahasa kita...

 
Blogger Templates