Sunday, August 14, 2016

DEMAM POKEMON... RAKYAT DEMAM, PIHAK BERKUASA JUGA MASIH DEMAM... YANG SIHAT CUMA MUFTI, ITU PUN KENA BELASAH!!!



Pokemon Go terus menjadi trending di seluruh negara, bahkan di seluruh dunia. Walaupun telah dikhabarkan bahawa Pokemon Go sebenarnya adalah perisian perisikan yang berselindung di sebalik permainan video, namun nampaknya tidak ramai yang ambil peduli bahkan mengejek-ngejek kenyataan tersebut sambil beranggapan, keselamatan negara tidaklah sepenting mana. Bahkan mereka amat berbangga kerana dapat memecahkan rahsia logistik negara.

Beberapa entiti termasuklah Angkatan Tentera telah mengeluarkan arahan mengharamkan permainan Pokemon Go di kawasan mereka. Begitu juga dengan Kementerian Pelajaran, turut mengharamkan permainan tersebut di kawasan sekolah selaras dengan larangan membawa telefon bimbit di kalangan pelajar-pelajar sekolah.

Yang banyak bercakap tentang pengharaman Pokemon Go hanyalah Mufti-Mufti beberapa buah negeri. Bermula dengan Mufti Wilayah Persekutuan, yang bukan sahaja diejek oleh golongan yang mereka mengaku beragama Islam, tetapi juga kebanyakan penentang kerajaan yang beranggapan Mufti telah diberi makan dedak.

Mufti Kedah telah mengharamkan Pokemon Go atas alasan ianya melalaikan umat Islam daripada kewajipan mereka. Ramai yang tidak faham, melihat pengharaman tersebut sebagai sesuatu yang remeh walaupun sebenarnya sememangnya Islam mengharamkan sesuatu yang melalaikan, termasuklah televisyen dan hiburan terkinja-kinja yang sudah menjadi-jadi di negara ini.

Namun di sebalik pengharaman dari segi agama, dari segi keselamatan negara terutama membabitkan logistik dan geografi, nampaknya pihak berkuasa Malaysia masih lagi mengamalkan sikap tunggu dan lihat. Masih lagi tiada sebarang tindakan walaupun beberapa negara di dunia ini seperti Iran telah mengharamkan permainan tersebut di negara mereka.

Apakah sikap acuh tidak acuh sepertimana yang berlaku dalam kemasukan pendatang-pendatang asing ke negara ini, begitu menebal dan sudah menjadi 'TAK APA' di kalangan mereka yang ditugaskan untuk menjaga keselamatan negara ini?

Mungkin tidak keterlaluan kalau kita katakan, kerana sikap itulah yang menyebabkan lanun-lanun Sulu sampai ke hari ini bebas menyeberangi sempadan dan menculik rakyat Malaysia. Mungkin tidak keterlaluan juga kalau kita katakan, kerana sikap itulah juga, kelompok-kelompok besar rakyat asing yang tidak kita ketahui apa tujuan mereka berada di negara ini, menjadikan sesuatu kawasan sebagai kawasan mereka tanpa orang tempatan boleh mencelah masuk. Dan mungkin juga tidak keterlaluan sekiranya kita katakan, kerana sikap itulah juga, orang-orang asing begitu bebas di negara ini, bahkan pantas pula merekrut rakyat Malaysia untuk terlibat dalam kegiatan militan sepertimana yang berlaku beberapa hari lepas apabila tiga orang rakyat Iraq ditangkap kerana ada kaitan dengan DAESH.

Keselamatan negara tidak boleh sama sekali dikompromi. Mungkin bagi segelintir rakyat Malaysia, kemasukan dan kedatangan pihak asing  bukanlah satu masalah kerana mereka boleh dan bebas melarikan diri ke luar negara dengan pelbagai kemudahan, tetapi sebahagian besar rakyat Malaysia yang lain, akan berhadapan dengan pelbagai masalah itu walaupun terpaksa berhadapan dengan mempertaruhkan nyawa dan darah sepertimana pada zaman Darurat dahulu, tetapi kemudian yang menikmatinya secara bebas adalah pihak yang terbabit dengan politik.

Pokemon Go adalah satu ancaman kepada negara ini. Pihak berkuasa seharusnya lebih bertegas, bukannya menganggap semuanya sebagai remeh semata-mata!!!


3 comments:

Anonymous said...

Satu ulasan yg pnjng lebar..

Namun, persoalan disini adalah.. najib adlh ketua ngara.. so apa najib buat..??

Sbgai ketua ngara.. mmg tdk semua pkara atau kptusan harus melibatkan beliau...

Namun, misi dan visi yg jelas harus difahami oleh semua lapisan peringkat penguatkuasaan dan agensi bkaitan..

Jika tidak begini lah jd nya.. BERCELARU...!!!

#ikan membusuk dari kepala..

Anonymous said...

Tidaklah sukar untuk membayangkan akan ada operatif upahan pura pura bermain pokeman go dikawasan larangan wal hal tujuan sebenar adalah untuk mendapatkan maklumat sensitif bagi disalurkan kepada penakluk moden. Sesungguhnya penaklukan tidak pernah berhenti cumanya cara dan pendekatan adalah lebih tersembunyi tapi sukar dikesan.

juragan69 said...

Bhai aku setuju dgn komen lu...ttkn smpi isu camni pun pemimpin umno tk blh nk fikir macamana lambakn pndatang yg mnjd penjenayah dan pnganggur yg bersepah...atau nk tngu hngga blh dikaitkn dgn tun m tsmy dsmm takpun dpkhairuddin kot...

top