Tuesday, August 16, 2016

DI RIO DE JENARIO, PASANGAN BERGU LELAKI BADMINTON BERJUANG UNTUK EMAS, DI MALAYSIA, MUHYIDDIN BERJUANG UNTUK NIKA!!!



Ketika sebahagian besar rakyat Malaysia bergembira kerana pasangan bergu lelaki Malaysia, Goh V. Shern dan Tan Wee Kiong berjaya mengalahkan pasangan No.1 dunia dari China, Chai Biao-Ho Wei dengan tiga set, ramai juga yang turut mengalir air mata dengan kata-kata patriotik yang diucapkan oleh Goh V. Shern yang tidak dapat menahan air matanya daripada mengalir kerana kemenangan untuk negara dalam temuramah dengan wartawan Astro di Rio selepas perlawanan.

Tidak dapat dinafikan, semangat patriotiknya cukup menebal walaupun mungkin ada persepsi negatif yang akan diceritakan sama.

Jadi, tidaklah tepat kalau dikatakan, anak-anak berketurunan imigran tidak tahu membalas jasa negara ini, sebaliknya masih ramai yang tidak seperti puak DAP walaupun jasa mereka bukannya mengangkat senjata dan mempertaruhkan nyawa dan darah di medan perang.

Perang yang mereka hadapi tidak sama dengan perang yang diceburi oleh anak-anak Pribumi... itu adalah hakikat yang perlu diterima. Perbezaan yang wujud tetapi maksud dan tujuannya tetap sama iaitu DEMI NEGARA.

Dan apabila kita menyebut tentang PERANG, politik negara juga tidak terkecuali daripada peperangan yang amat besar. Perang persepsi, perang fakta, perang glamour dan perang siapa yang paling banyak mempunyai pengikut sedang berlangsung. Kesemua orang yang terlibat dalam politik, mempunyai peperangan yang perlu dihadapi dengan pelbagai cara, taktik dan teknik, termasuklah yang paling lekeh iaitu dengan cara melekehkan pihak musuh sebagai PEMAKAN DEDAK kerana tidak mampu menjawab dan menyanggah serangan ke atas pemimpin pujaan mereka.

Di sebalik perang untuk menunjukkan kumpulan masing-masing ada pengaruh dan sangat kuat, terdapat juga hakikat tersirat dan tersurat yang perlu diperhatikan serta diperhalusi oleh rakyat Malaysia, khususnya bagi mereka yang sangat meminati dunia politik.


Dan di sebalik kecoh-kecoh kononnya pihak lawan sudah tergolek dan terlungkup, Muhyiddin Yassin, Presiden Pribumi Bersatu sedang berhadapan dengan satu keaiban yang sepanjang dia berada di dalam UMNO, tertutup dengan baik walaupun ada juga kedengaran soksek-soksek tentang aib tersebut bersama-sama aib lain terutama membabitkan tanah Melayu di Johor ketika dia masih menjadi Menteri Besar Johor yang kemudian menjadi asbab untuk dia ditarik ke peringkat Pusat menganggotai Kabinet.

Mungkin kerana dia adalah UMNO TOTOK (sebagaimana yang diperakuinya), maka dia sengaja membiarkan dirinya dipecat dari UMNO agar UMNO tidak terpalit dengan skandal aibnya sekaligus membolehkan dia memberikan tumpuan untuk mencari jalan bagi menutup aib tersebut dengan caranya sendiri.

Tempoh perbicaraan sudah semakin hampir. Walaupun Muhyiddin bukanya Orang Kena Tuduh, tetapi keterangannya sebagai saksi dalam kes perceraian tersebut kerana namanya disebut sebagai orang yang berkaitan, pastinya akan membuka lebih banyak tembelang yang selama ini tertutup.

Pada ketika Muhyiddin cuba memberitahu bahawa DAP bukannya musuh Melayu-Pribumi dan umat Islam, yang semua orang boleh nampak ia adalah cubaan meraih simpati daripada penyokong-penyokong DAP dan keadaan Muhyiddin sendiri yang sudah tentu seperti tikus basah terasak ke bucu dinding.

Cuma yang menariknya, dalam keadaan cuba menutup aib sendiri, Muhyiddin terpaksa mereka-reka cerita tentang Najib dengan harapan, kesnya akan terlepas pandang sebaliknya semua perhatian tertumpu kepada Najib sebagaimana yang dilakukan oleh Anwar Ibrahim kepada Mahathir dan Najib sendiri. Atau seperti Mahathir ketika Gerakan SEMARAK digerakkan di seluruh negara sebagai bantuan untuknya terus berkuasa mengatasi pengaruh Tengku Razaleigh Hamzah yang menular di kampung-kampung dan di kalangan orang Melayu.

Peperangan tidak berhenti setelah Parti Komunis Malaya menandatangani perjanjian damai dengan Kerajaan Malaysia kerana parti komunis Malaya yang sebenarnya bergerak secara akar umbi dan tidak lagi berseragam khaki dan berbintang bucu tiga dengan senjata zaman Perang Dunia Kedua serta memperolehi maklumat dan bantuan daripada Min Yuen.

Terpulang kepada rakyat Malaysia untuk bertindak dan membuat keputusan secara wajar berdasarkan perkiraan dan pemikiran mereka sendiri dalam perang kali ini....



7 comments:

Anonymous said...

Terbukti siapa saja lawan anda -- mantan jaguh ker, orang lama ker, heavy weight ker, atau rating lebih tinggi ker -- anda tetapi ada peluang untuk mengalahkan lawan anda itu.

Anonymous said...

Ko punya pujaan MO1 berjuang untuk apa pulak ?

Anonymous said...

Untuk menang perlu ada strategi. Paling penting adalah tidak menghabiskan tenaga seawal permainan. Tenaga secukupnya perlu disimpan agar dapat digunakan dihujung perlawanan. Harap harap ianya jadi sebahagian strategi buat pasukan bergu campuran dan bergu lelaki yang bakal berlawan di pertarungan akhir.

Anonymous said...

Perkara paling asas dalam badminton adalah servis. Kalau ini tidak dimiliki, pelung untuk mengutip mata adalah amat tipis. Tanpa perolehan mata menerusi servis, impian meraih emas, pasti kekal sebagai impian.

Anonymous said...

Skandal dgn bini org.

Anonymous said...

Setakat ni je la tahap pemikiran blogger dedak!....kesian...

Anonymous said...

Banyak lgi akan terbongkar lepas ni agaknya.

top