Monday, August 1, 2016

ISTANA PAHANG BAKAL BUAT LAPORAN POLIS EKORAN GAMBAR FITNAH ROSMAH MANSOR BERPELUKAN DENGAN DYMM SULTAN PAHANG?



Ilusi optik digunakan secara meluas dalam filem dan fotografi untuk menimbulkan kesan yang lebih ketara. Dan ilusi itulah juga yang digunakan untuk siri serangan terbaharu ke atas Rosmah Mansor, isteri Perdana Menteri setelah barangkali 'penat' menyerang Najib Abdul Razak tetapi muka Najib Abdul Razak tetap selamba dan tenang walaupun para penyerangnya yang diketuai oleh Mahathir, berwajah tegang dan tertekan.

Semalam, Facebook menjadi medan terbaik untuk menyebarkan fitnah dan tohmahan tersebut. Dengan mengambil gambar dari bahagian belakang, Rosmah diperlihatkan sebagai berpelukan dan bermanja dengan DYMM Sultan Pahang di khalayak ramai.



Sekeping gambar dari bahagian hadapan dan sisi telah disiarkan untuk menyanggah fitnah yang dibuat oleh ProTun yang cukup aktif bergiat di Facebook menyebarkan fitnah tersebut. Jurugambar yang telah merakamkan gambar tersebut bagi tujuan fitnah juga telah dikenalpasti dan gambarnya juga telah dirakamkan.

Khabarnya, laporan polis akan dibuat oleh pihak-pihak terbabit terutama apabila pihak yang sebelum ini berhadapan dengan perbicaraan kerana melakukan fitnah di mahkamah dan masih dalam jaminan, begitu teruja menyebarkan gambar tersebut bagi tujuan menimbulkan fitnah dan sentimen kemarahan terhadap Rosmah Mansor.


Takdak fasal cara fasal. Demi membela Mahathir dan anak-anaknya malah saudara maranya yang sudah kaya raya, hasil pentadbiran 22 tahun menerusi konsensi dan kontrak berat sebelah seperti yang berlaku kepada PROTON, pihak penfitnah sekali lagi berhadapan dengan natijah undang-undang dan bakal kehilangan kebebasannya.

Yang pastinya, pihak yang kena fitnah dikatakan sudah bersedia dengan gambar-gambar di lokasi membabitkan Rosmah Mansor dan DYMM Sultan Pahang selain gambar jurugambar yang kononnya telah menghantar gambar-gambar rakamannya kepada pihak yang menyiarkannya bagi tujuan fitnah.

Nak sokong siapa pun, sokonglah. Ini negara demokrasi, bukannya negara komunis. Tapi kalau sampai akhirnya dipenjara kerana menyiarkan gambar-gambar fitnah, memang tak berbaloi langsung malah terlalu keji untuk dikatakan sebagai PERJUANGAN.

Sebaliknya, ia adalah TINDAKAN BODOH sembrono yang menyusahkan diri sendiri.


19 comments:

Anonymous said...

Ramai jugak penyokong pro Mahathir yg bodoh2 ye.

Anonymous said...

Ini membuktikan bahawa majoriti rakyat dah semakin benci dan tak hormat lagi kat Najib dan Rosmah sehinggakan benda yang dia tak buat salah pun orang ramai senang mempercayainya.

Anonymous said...

PADAN MUKA... mcm kes LGExit ... keh keh keh....

Anonymous said...

rosmah ke najib yng PM nie? apsal rosmah yg didepan? cepat2 dedak backup rosmah cepat...

Anonymous said...

tak payah nak back up sangat lah si Rosmah tue. Kaki iblis!! Makan harta rakyat! Fitnah tak fitnah, betina nie menyusahkan hidup rakyat!!

Labu8455 said...

Kohkohkoh,yg proTun tak akan buat fitnah murahan seperti ini,mungkin juga kerja pemakan dedak belaan najib sendiri yg bertujuan meraih simpati

Anonymous said...

Pemfitnah seperti ini patut dikenakan tindakan tegas.

Anonymous said...

Tak payah dok bisinglah cucu tok wan... perkara kecik ja... kes cincin 24 juta, kes 2.6B, ke 42M, kes 1B rampasan oleh DOJ tu lagi besar... tak payah dok heboh benda kecik nak tutup cerita lah konon... bangkai gajah tak kan boleh ditutup dengan pelepah pisang kot....
Dulu saya paling respect TFK.... tapi sejak menjadi pendedak, hang lah yang paling ku rasa meluat hang tau...

Anonymous said...

Tak suka Najib bukan semestinya bermakna suka Tun M..

Anonymous said...

KDYMM BUKAN DYMM.TGHRI TADI MASA SANTAP SULTANAH PAHANG DAH TITAH UNTUK SAMAN SIAPA YANG PUNYA ANGKARA TU.

Anonymous said...

sib baik ade isu nie...kalo x bernanah gak nak tepis isu DOJ, 1mdb sume tu yea tak?...kurrr..kurrr...cepat..cepat...

Anonymous said...

Suami dia beri dia jln borak2 dgn sultan pahang dan sultan pon senang berborak2 dgn pm dan isteri. Kau jeles apasal.

11.25am..yg lidah iblis lidah kau.
Kau ingat si tun m dan keluarga tidak melantak duit rakyat. Do your homework melayu harbi komunis.

Anonymous said...

Aku mmg hilang hormat kpd tun m sbb dia dia tikam belakang bersekongkol dgn limkomunis yg sudah buat byk onar d msia. Dan sekarang sudah berjaya melagakan org2 melayu yg sudah lacurkan agama dan bangsa sendiri. Dasar tak kenang d untong melayu2 harbi dan kafir harbi d msia..

Anonymous said...

Akhir zaman fitnah menjadi santapan harian ..
Bila Hati tiada Iman ..Taubat lah selagi masih ada pintu taubat

Anonymous said...

Komen kau ni hodoh mcm pantat mak kau

Anonymous said...

Yang bernanah rasanye puki mak kau

Unknown said...

Hina,jijik lg menjijikan.. xd istilah fitnah.. semua perbuatan najibul rosmah dh memang jelas terbukti, xd bnda kebaikan lg melainkan yg bucuk, mulia lg zionis dr makhluk iblis nh!

Anonymous said...

Sebahagian Media cybertrooper sebegini sering menceduk keuntungan dengan meledakkan sensasi cerita secara membabi buta dan sekarang terbukti Raja - raja Melayu yang merupakan Lambang Kedaulatan dan kesucian perlembagaan juga turut dibabitkan.

Ternyata tindakan tegas dan menyeluruh harus dijalankan untuk memberi peringatan agar tidak membabitkan Raja - raja dalam hal sebegini.

Matlamat tidak menghalalkan cara.

Ketulahan pada mereka yang berniat jahat lagi membabi buta.

Jahanam dan Celakalah mereka yang mengaut untung dalam permainan sebegini.

Anonymous said...

anda yg pro pembangkang tu silakan buat fitnah.kita nak tengok siapa yg kena berak nanti..hahahaha

top