Social Icons

Pages

BULETIN 247

Tuesday, August 9, 2016

JANGKAANNYA HARI INI, PARTI PERIBUMI BERSATU MALAYSIA MILIK MAHATHIR AKAN DIDAFTARKAN!!!



Macam ni baru gentleman!!!!

Baru boleh perang betul-betul. Kalau tidak, asyik menyorok dalam kelambu UMNO dan berperang dalam kelambu walaupun dah memang sah musuh bermuka belang. Nak suruh keluar dari UMNO, tak mahu. Bila dipecat dan disingkirkan, kata pula tidak adil dan melakukan kezaliman.

Parti Peribumi Bersatu Malaysia telah dibentuk dengan Dr. Mahathir sebagai dalang utama dan dijangkakan akan didaftarkan secara rasmi hari ini.

Orang yang mengesahkan berita tersebut adalah Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang merupakan salah seorang daripada tujuh orang jawatankuasa pertama. Muhyiddin Yassin akan menjadi Presiden parti tersebut dan dia akan mengetuai rombongan parti baru itu ke Ibu Pejabat ROS pada jam 3:30 petang nanti untuk menyerahkan dokumen-dokumen yang diperlukan untuk mendaftar parti tersebut secara rasmi.

Bagaimanapun, parti baru Mahathir itu hanya membabitkan Bumiputera dan Melayu semata-mata. Sekaligus menimbulkan rasa tidak senang sesetengah pihak yang menyifatkan Mahathir dan konco-konconya tidak serius untuk menyatupadukan rakyat sebaliknya lebih bersifat rasis berbanding UMNO yang bersatu dengan parti-parti daripada pelbagai kaum dalam Barisan Nasional. Alasan yang diberikan oleh salah seorang konco Mahathir, A. Kadir Jasin kononnya parti itu hanya mempunyai keahlian Bumiputera dan Melayu adalah untuk mengelak persaingan dengan rakan-rakan sekongkolnya PKR dan DAP yang merupakan parti terbuka kepada pelbagai parti.

Menurut Syed Saddiq, parti itu selain daripada cuba menjadi parti Bumiputera, turut akan memperjuangkan rakyat Malaysia yang lain terutama apabila membabitkan pembaharuan. Menurutnya lagi, rakyat Malaysia akan dikejutkan dengan beberapa elemen lain termasuklha, parti itu tidak sepenuhnya berdasarkan perkauman.

Bulan lepas, Mahathir mengumumkan penubuhan sebuah parti baru yang akan bekerjasama dengan Pakatan Harapan dalam usaha untuk menumbangkan Najib Abdul Razak dan Kerajaan Barisan Nasional pada PRU akan datang.

Berapa ramaikah orang UMNO dan para pemimpin UMNO yang akan menyeberang jambatan untuk bersama-sama Mahathir?


Di sebalik pelbagai temberang kononnya separuh daripada penyokong UMNO akan beralih sokongan kepada Mahathir, penubuhan parti tersebut secara rasmi akan menjadi penanda arasnya.

Atau ia juga akan menjadi satu lagi monumen sejarah tentang keserakahan seorang bekas Perdana Menteri yang menganggap dia sahaja yang betul, manakala orang lain semuanya bendul?

Harap-harap tidak ada lagilah suara-suara pengecut yang kononnya berbunyi, "Kalau Mahathir diserang pun, UMNO tidak akan menambah ahli dan sokongan."

Parti baru telah ditubuhkan, bermakna secara rasmi perang sudah pun diisytiharkan!


8 comments:

Anonymous said...

AKU UCAPKAN SYABAS KEPADA TUN MADEY,BERJUANG LAH SECARA MATANG,JANGAN BERPOLITIK SEPERTI ORANG TAK PERNAH BERSEKOLAH SUDAH LA,MALU KAT CUCU2.

Ted Manoff said...

Mahathir kena pastikan dia menang..kalau tidak sejarahnya masok longkang

Anonymous said...

Yang kau jaki sangat kenape…. kau akan jadi miskin ke lepas ni?

Anonymous said...

Lagi satu parti anak beranak ditubuhkan selepas DAP dan PKR. Tak ada agenda yg baik untuk rakyat.

Anonymous said...

Umno pas amanah tun madey...byk nye parti melayu..

Anonymous said...

Syed Saddiq tu mentah lagi, bukan bagus sangat pun. Tak payah la nak berlagak bagus. Setakat menang berdebat belum tentu lagi dah pandai sangat dlm hal2 politik.

Anonymous said...

102. Plaintiff alleges on information and belief that MALAYSIAN OFFICIAL 1
is the ultimate beneficiary of the AMPRIVATE BANKING-MR Account. The
AMPRIVATE BANKING-MR Account is the same account that later received certain
payments totaling approximately $681 million in March 2013. As set forth in Paragraph
263 below, the Attorney General of Malaysia has publicly stated that the account into
which these $681 million payments were made belonged to MALAYSIAN
OFFICIAL 1.

Documents:
Wolf of Wall Street complaint - filed
https://www.justice.gov/opa/file/877166/download

Anonymous said...

Nak tanya Mahathir. Apa rasa ludah yang kamu jilat balik?

 
Blogger Templates