Friday, August 5, 2016

MENGAPA BERSIH 5.0 TIDAK DIADAKAN DI PULAU PINANG WALHAL LIM GUAN ENG DIDAKWA MAHKAMAH KERANA RASUAH DAN SALAHGUNA KUASA?



BERSIH 5.0 akan diadakan bagi mendesak agar MO1 ditangkap atas tuduhan rasuah dan penyelewengan, seiringan dengan pengumuman yang dibuat oleh DOJ pada 20 Julai lalu. Sasaran jumlah yang akan hadir adalah 500,000 orang. Lokasinya tetap sama iaitu di tengah-tengah Bandaraya Kuala Lumpur. Penganjurnya sudah tentulah BERSIH yang diterajui oleh Maria Chin Abdullah dan Ambiga.

Cuma kali ini, penyertaan Mahathir dan konco-konconya dalam demonstrasi tersebut tidak lagi dilakukan secara sorok-sorok walaupun Mahathir mungkin tidak akan berada lama kerana ketuaan dan masalah kenyanyukannya.

Sudah ramai yang memberikan reaksi tentang betapa tidak perlunya BERSIH 5.0 diadakan. Tentang betapa perlunya demonstrasi jalanan tersebut dihalang dan dibubarkan lebih awal sebelum bermula. Malah polis sendiri pun menerusi Ketua Polis Negara sudah memberi amaran yang entah kali keberapa agar perhimpunan haram tidak dibuat.


Dalam keadaan sekarang, elok sahajalah apa-apa perhimpunan atau demonstrasi jalanan yang hendak dibuat, dibenarkan sahaja. Tak perlulah membazir masa membuat laporan-laporan polis tentang perhimpunan haram tersebut memandangkan dalam demonstrasi-demonstrasi jalanan lepas pun, beratus-ratus laporan polis telah dibuat tetapi tiada sebarang tindakan yang diambil. Kalau ada pun tindakan menangkap para pemimpin demonstrasi jalanan tersebut, mahkamah pula akan melepaskan mereka dan kemudian mengarahkan kerajaan membayar ganti rugi penahanan kepada mereka.

Dengan kata lain, mahkamah amat menyebelahi kumpulan demonstrasi jalanan.

Negara ini sedang bergerak untuk menjadi sebuah lagi Pakistan yang hancur dan kacau-bilau pentadbiran negaranya apabila PARA PEGUAM DAN HAKIM MAHKAMAH berasakan mereka lebih berkuasa daripada undang-undang. Malah berasakan mereka lebih bijak, lebih pandai dan lebih mengetahui berbanding orang lain.

Namun berbanding mengadakannya di Kuala Lumpur dan ditujukan kepada MO1 yang kita semua tahu, label tersebut adalah untuk Najib Abdul Razak, mungkin elok juga sekiranya pihak berkuasa meminta agar BERSIH 5.0 diadakan di Pulau Pinang, di tengah-tengah Bandaraya Georgetown.


Lagipun, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng amat suka dengan demonstrasi jalanan walaupun tidak membenarkan ianya dilakukan di tengah-tengah Bandaraya Georgetown kecuali sewaktu untuk menunjukkan dia mempunyai sokongan besar terutama daripada masyarakat Cina.

Apatah lagi, Lim Guan Eng atau PO1 memang sudah pun didakwa di mahkamah kerana rasuah dan salahguna kuasa, berbanding MO1 yang hanya berstatus 'ANDAIAN' dan 'HEARSAY' yang DOJ sendiri tidak berani namakan sehingga ke hari ini.

Berbanding mendesak agar MO1 meletak jawatan dan didakwa, lebih baik sekiranya BERSIH 5.0 diadakan di Georgetown untuk mendesak Lim Guan Eng bukan sahaja meletak jawatan, tetapi penangkapan dan pendakwaan ke atas Betty Chew, isterinya juga dibuat memandangkan Betty Chew juga adalah rakan sekongkol Lim Guan Eng dalam penyonglapan wang rakyat Pulau Pinang dan penyalahgunaan kuasa yang amat teruk terutama yang membabitkan hartanah di seluruh Pulau Pinang.

Secara realitinya, tidak mungkin Ambiga apatah lagi Maria Chin Abdullah akan berani berbuat begitu, walaupun memang satu realiti yang Lim Guan Eng sedang berhadapan dengan masalah perundangan yang amat serius. Mereka hanya berani ke atas Najib Abdul Razak kerana mereka tahu, mereka tidak akan disentuh oleh sesiapa pun, terutama apabila mereka kelihatan seperti mendapat bantuan penuh dari sudut perundangan sekaligus menjadikan mereka sangat kebal.


6 comments:

888jackaroo said...

mungkin komen saya akan kelihatan lebih kepada andaian yang tidak munasabah selepas banyak melihat cerita2 hollywood...:

Saya membuat kesimpulan bahawa apa yang terjadi pada hari ini adalah disebabkan ada sesuatu yang tidak disenangi oleh pihak barat terhadap Malaysia. Isu ini mungkin bermula pada 2014 semasa Kelatan dilanda banjir besar. Pada masa itu PM Malaysia di"jemput" untuk bermain golf dengan presiden US. Mungkin ada suatu permintaan dari pihak barat kepada Malaysia yang amat berat. PM Malaysia mungkin tidak dapat memenuhinya. Maka terjadilah epsiod2 sedih tentang Malaysia selepas dari itu. Isu kapal terbang dan lain2.

Tentang duit dlm account PM pula, saya membuat andaian, ianya benar bertujuan untuk menegakkan Islam di rantau ini yang mana jika ianya (tujuan, penderma dll) terdedah, maka akan menjadikan keadaan bertambah buruk yang mana pihak barat mungkin boleh menjadikan ia suatu pencetus (trigger point) untuk menghuru harakan Malaysia. Penafian PM pada mulanya membuktikan PM kita terpaksa merahsiakan perkara itu dari pengetahuan rakyat. Walaupun selepas itu, beliau terpaksa menanggung malu apabila terbukti menipu. Mungkinkah juga perkara ini turut dibincangkan dengan pihak barat semasa "bermain golf"?

Maka atas sebab itu, saya berpendapat kejadian2 "pelik" di Malaysia ini, adalah satu teknik campurtangan pihak luar terhadap Malaysia dalam memberi tekanan kepada Malaysia untuk menurut perintah.

Maka, sama2lah kita berdoa agar negara kita tidak dihuru harakan.

Sekian.

Anonymous said...

Kenapa ya asal bersih kat KL , Kalau berani buatlah kat JOHOR ,Kita tengok siapa yg kena sapu bersih , Kesian pada peniaga peniaga kat KL , Cuma beberapa peniaga saja yg boleh kaut untung banyak ,Contoh yg jual air dan makanan segera yg pasaraya sure tutup kedai punya ,Fikirkan balik tentang kesan yg akan terjadi selepas perhimpunan bersih ini

Anonymous said...

bukan saga gagak gagak tadi mendapat bantuan perundangan malah mendapat juga bantuan kewangan dari pihak luar yang mana wang diberikan oleh pihak luar tiada siapa boleh sahkan status wang berkenaan sama ada wang itu sah atau sebaliknya di klepet dari mana-mana penjuru dunia.

Anonymous said...

kenapa yer polis membenarkan perhimpunan itu walaupun alasan hendak tuntut Najib didakwa?
kenapa polis tak langsung menyoal 3 Tan Sri yang dikata kan terlibat cubaan menggulingkan PM dan kerajaan?
apakah pihak polis memang mahukan najib jatuh?

Anonymous said...

DAP buat demo kat KL. nanti UMNO buat kat penang. lepas tu DAP penang gaduh dgn UMNO. kemudian MKN akan umum kan emergency ordinance. lepas tu tangkap DAP dan pembenci umno mcm erdogan buat. lepas tu settle. najib kaya, rakyat derita , UMNO berjaya.

pak pandir 2020 said...

Kenapa tak buat kat penang atau Johor? Sebab tak glamer dia orang rasa. Tapi sebenarnya si penganjur kena ikut cakap boss2 pakatoon & LGExit. Maka ikut aje la

top