Social Icons

Pages

BULETIN 247

Saturday, August 6, 2016

MENGAPA PENYELEWENGAN DALAM PROJEK KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG YANG NILAINYA BERBILION, LANGSUNG TAK DIPERKATAKAN MACAM 1MDB? TAKUT KAT GUAN ENG KE?



Memang lawak apabila Menteri Kerja Raya sendiri yang mendedahkan pembohongan oleh Lim Guan Eng, sekaligus mendedahkan juga bagaimana Lim Guan Eng cuba menipu serta memperdayakan orang ramai sebagai cara untuk menutup malu selepas gagal mendapatkan persetujuan daripada PKR untuk mengadakan Pilihanraya Negeri bagi membuktikan pengukuhan sokongan kepadanya di Pulau Pinang.
Menteri Kerja Raya, Fadilah Yusof pastinya cukup tahu tentang terma-terma konsesi norma selain kos-kos kajian dan laporan. Tentunya juga tidak ada mana-mana pihak berkuasa lain yang lebih berkuasa memandangkan Laporan PAC Kerajaan Negeri Pulau Pinang membabitkan projek yang telah dua kali ditunda dan masih belum menunjukkan sebarang hasil. 

Dalam kenyataan rasminya dua hari sudah, Fadillah Yusof menyentuh tentang laporan berharga RM305 juta, pembayaran membabitkan sejumlah RM6.34 bilion menerusi tanah-tanah negeri dan tambahan tol 30 tahun yang bernilai RM8 bilion yang mana rakyat perlu menanggungnya.

Jumlah keseluruhan adalah RM14.34 bilion yang membabitkan wang rakyat. 

Kerajaan Negeri Pulau Pinang gagal menghantar laporan bernilai RM305 juta semenjak tiga tahun lalu, walaupun mereka berkeras mengatakan ia telah siap dan segelintir pemimpin negeri pula mengatakan hanya 83% siap. Kementerian Kerja Raya telah meminta sebanyak 5 kali dalam tempoh 3 bulan agar Kerajaan Negeri Pulau Pinang menghantar laporan tersebut.

Pastinya kalau projek tersebut adalah projek Kerajaan Persekutuan, Rafizi Ramli dan Tony Pua tak menang rahang mengata, menimbulkan pelbagai persoalan dan menggila dengan pelbagai tuduhan menggunakan pelbagai angka dan andaian. Malangnya, ini adalah Projek Lim Guan Eng. Jadi, bila dah Projek Lim Guan Eng, Rafizi dan Tony Pua, bahkan Dr. Mahathir pun tak berani nak kata apa-apa atau buat-buat pejam mata.


Dalam kenyataannya, Fadillah mendedahkan yang idea menggantikan terowong dasar laut bertol dengan jambatan ketiga tidak bertol hanya muncul selepas Kerajaan Negeri Pulau Pinang di bawah kepimpinan Lim Guan Eng gagal memberikan penjelasan kepada pelbagai pihak termasuklah menjadi persoalan yang ditimbulkan oleh Dato' Abdul Rahman Dahlan yang mempersoalkan mengapa Kerajaan Negeri Pulau Pinang bercadang untuk membayar keseluruhan kos pembinaan terowong dasar laut tetapi pada masa yang sama, bersetuju untuk memberikan konsesi tol selama 30 tahun kepada syarikat swasta yang dianugerahkan kontrak pembinaan terowong tersebut.

"Sebenarnya, kementerian juga tidak sabar-sabar untuk melihat laporan yang menyebabkan Kerajaan Negeri Pulau Pinang perlu membayar RM305 juta yang mana bagi kami, ia merupakan lebihan yang sangat tinggi. Secara terperincinya, RM208.755 juta merupakan kos laporan kebolehlaksanaan dan rekabentuk bagi 3 batang jalan yang jaraknya adalah 20.3 kilometer. Kerajaan Negeri telah pun membayar sebanyak RM135 juta."

Ini bermakna, 1 kilometer jalan yang dibina oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang, perlu dibayar pihak konsultan sebanyak RM10 juta sebelum jalan tersebut boleh dibina.

Yang menariknya, mengapa tiada sesiapa pun yang selama ini kuat berkokok tentang WANG RAKYAT yang terang-terang telah disonglap oleh PO1 menerusi syarikat swasta yang kononnya membina terowong dan laporan kebolehlaksanaan serta rekabentuk projek, tidak berkata apa-apa langsung, sebaliknya lebih seronok bercakap tentang 1MDB yang mereka sendiri samar-samar tentang faktanya melainkan menerusi HEARSAY dan kenyataan-kenyataan WSJ serta Sarawak Report yang diburungkakaktuakan oleh Mahathir dan angkatannya.

Kenapa agaknya yang terang, jelas dan nyata seperti yang berlaku di Pulau Pinang, langsung tidak menarik perhatian? Apakah kerana kebijaksanaan Lim Guan Eng dan DAP mengalihkan perhatian daripada terpecahnya skandal kewangan dan penyelewengan tersebut kepada isu lain, khususnya 1MDB dan serangan peribadi ke atas Najib Abdul Razak serta isterinya, Rosmah Mansor?


6 comments:

Anonymous said...

Kalau kajian belum siap kenapa bayaran dalam bentuk pemberian tanah telah dilakukan dan tanah berkenaan telahpun bertukar tangan pada pihak ketiga pun. Pentadbiran stail apa ini?

Anonymous said...

LEBIH BAIK DARI MENCURI..

Anonymous said...

Inilah buktinya melayu2 haramjadah ada yg bertuhankan LGE dapigs laknatullah.
Melayu2 haramjadah ni sanggup menjatuhkan dan mengaibkan bangaa sendiri demi tihan LGE mrk.
Melayu celaka haramjadah ini ramai menjadi blogers laknatullah menghancurkan saudara sebabgsa seagama demi mendapat habuan dr tuhan LGE laknatullah.
Bangsa mrlayu laknat celaka haramjadah ni jg lah penyembah situa2 bangka haramjadah yg gila kuasa.

Anonymous said...

Masokkan si Tua Pek Kong Cina/Guan Eng Lanun Bugis/Najib dan Pendubur Tegar/Anwar satu penjara!!

Anonymous said...

Stail tokey babi meniaga..

Anonymous said...

Lebih baik dari mencuri?? Dah mmg terang2 mencuri. 2 x 5 mengata org dua pun sama. Pemakan babi kalau tak mencuri/rasuah mmg tak sah.

 
Blogger Templates