Social Icons

Pages

BULETIN 247

Monday, August 15, 2016

RBA DAP NI SEBENARNYA NAK SERANG HUAN CHENG GUAN ATAU SEBENARNYA NAK DEDAHKAN SKANDAL MUHYIDDIN-NIKA GEE?



Suka atau sebaliknya, tetapi gerak kerja RBA DAP perlu dipuji kerana mereka bukan sahaja bijaksana, pantas tetapi juga tidak mempunyai sebarang perasaan melainkan untuk menyelamatkan Lim Guan Eng dan DAP Pulau Pinang semata-mata. 

Umum juga mengetahui, Naib Presiden Parti Cinta Malaysia, Huan Chen Guan bukan sahaja menjadi duri dalam daging tetapi juga bagaikan belati beracun yang merobek-robek jantung Lim Guan Eng menerusi pelbagai pendedahan yang dilakukan oleh DAP Pulau Pinang terutama sekali yang melibatkan Lim Guan Eng. 

Kalau setakat sanggahan atau pendedahan dalam Bahasa Kebangsaan atau Bahasa Inggeris, ia sedikit pun tidak akan menjejaskan rancangan DAP tetapi pendedahan Huan Chen Guan yang menggunakan Bahasa Cina sebagai medium, benar-benar menyusahkan. 

Para penyokong dan pengikut DAP telah dididik dan didogmakan agar tidak membaca mana-mana sumber yang bukan Bahasa Cina atau Inggeris yang tidak berpihak kepada DAP. Penetration dalam medium berbahasa Cina dan Inggeris, seperti yang dilakukan oleh Huan terlalu menyusahkan. 

Justeru, RBA DAP telah diarahkan untuk menyerang Huan Cheng Guan apabila dia enggan beralah daripada mendedahkan skandal Projek Terowong Pulau Pinang, malahan menyaman balas kembali Kerajaan Negeri Pulau Pinang di bawah DAP.

Modus Operandi RBA kali ini sudah bertukar. Kalau dahulu, mereka banyak menggunakan nama-nama Cina palsu tetapi sekarang ini menggunakan nama Melayu dan berpura-pura bukan Cina. Persamaan mereka ialah, kesemuanya adalah akaun baru yang baru diwujudkan dengan beberapa orang 'friends'. Mereka berpura-pura sebagai penyokong BN dan kesemua mereka akan menyiarkan isi kandungan yang sama. 

Ada pihak yang mempersoalkan, sama ada pendedahan itu dibuat oleh RBA atau tidak, ia bukanlah perkara penting kerana yang lebih penting adalah isi kandungan pendedahan mereka. Bagaimanapun, mereka tidak peduli juga kepada pendedahan yang dibuat oleh Huan membabitkan skandal dalam Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Mengapa pula mereka begitu kuat mempertahankan skandal Lim Guan Eng dan DAP kalau mereka berpegang kepada prinsip yang sama?


Mengapa menyerang Huan Cheng Guan hanya kerana Projek Terowong Pulau Pinang? Apa sebenarnya yang mahu disembunyikan dalam projek bernilai RM6.314 bilion dan harga laporan RM305 juta itu?

Terdesak benar nampaknya tentera-tentera siber Guan Eng. Atau ianya satu petanda bahawa mereka sebenarnya sedang menyentuh SKANDAL MUHYIDDIN YASSIN secara tidak langsung sekaligus memperingatkan bahawa perbicaraan membabitkan perceraian Stanley Agustine dengan isterinya yang didakwa mempunyai hubungan sulit dengan Muhyiddin Yassin selama berpuluh tahun, Nika Gee Siew Yee?


6 comments:

Anonymous said...

Anjing2 dapigs memang suka menyamar sebagai Melayu. Masuk blog2 dan menghasut supaya Melayu membenci sesama Melayu.

TERAJANG ANJING2 DAPIGS!

Anonymous said...

TK pada google translate kerana khidmat yang diberikan telah menyusahkan tentera balaci Kim untuk menyembunyikan sembang dan sok sek mereka di laman sosial yang jelas condong dan fanatik kepada Kim dan famili.

Anonymous said...

Kehebatan balaci pembangang ialah mereka tahu bagaimana nak tepis isu. Dalam isu pemimpin mereka terbabit dalam salah laku seksual, mereka menepisnya dengan mengatakan ia adalah politik longkang. Dalam isu rasuah yang membabitkan Kim mereka menepisnya sebagai konspirasi dari pihak lawan. Meskipun sukar untuk pembangang sampai di Pusat namun mereka berada lama di Pinggiran. Kalau tidak diusir dari Pinggiran, lambat laun akan ada yang curi-curi masuk ke Pusat.

Anonymous said...

Pan parti melayu yg sentiasa sokong dap...apa nak jdi...

Anonymous said...

bagus kalau akhbar cina di cetak juga slm versi bahasa melayu, baru muhibbah..

Anonymous said...

X pernah nmpk pun gmba atau video skabdal mhyuddin dgn bini org.. Blnjalah kat sini. Bukti.

 
Blogger Templates