Monday, August 22, 2016

SECARA TIBA-TIBA, PKR JADI BERMURAH HATI DENGAN PARTI CAP BUNGA DALAM PEMBAHAGIAN KERUSI!!!



Azmin Ali kata, sedia berbincang dengan Parti Cap Bunga bagi pembahagian kerusi yang bakal ditandingi oleh kedua-dua parti pada PRU-14 nanti.

Tian Chua juga menyatakan perkara yang sama.

Sekaligus semakin merancakkan pergeseran dalaman PKR yang dikatakan akan mengadakan pemilihan pada Disember akan datang.

Seperti yang diketahui, Azmin Ali adalah Timbalan Presiden PKR manakala Tian Chua pula adalah Naib Presiden parti.

Azmin Ali mengetuai satu fraksi di dalam parti tersebut, manakala Tian Chua mewakili kumpulan Wan Azizah-Nurul yang cuba mengekang kuasa dan pengaruh Azmin Ali sementelah ketiadaan Anwar Ibrahim yang dipenjarakan selama 5 tahun kerana jenayah liwat.

PKR diwujudkan kerana sakit hati dan dendam terhadap Mahathir. Dendam dan sakit hati terhadap Mahathir telah menyebabkan ratusan ribu orang keluar ke jalan-jalan raya pada setiap hujung minggu di tengah-tengah Bandaraya Kuala Lumpur untuk berdemonstrasi. Mahathir terpaksa menggunakan undang-undang untuk melindungi jawatan dan kedudukannya antara tahun 1998-2001 termasuklah mewujudkan stigma dan ketakutan ke atas PAS yang dipersepsikan sebagai sebuah kumpulan militan menerusi tindakan ISA ke atas ahli-ahli Pemuda PAS yang dituduh bergiat dalam Kumpulan Militan Malaysia (KMM).

Salah seorang yang ditangkap dan ditahan di bawah ISA adalah anak lelaki Allahyarham Nik Abdul Aziz Nik Mat.

PAS pada waktu itu dilihat sebagai sebuah parti Melayu-Islam yang berkedudukan kukuh serta berjaya menarik penyertaan ramai anak-anak muda berbanding UMNO di bawah Mahathir yang rata-rata berwajah tua dan tidak mampu bersaing kerana terlalu kuat mempertahankan Mahathir.

Keputusan PRU pada tahun 1999 adalah bukti jelas kehilangan pengaruh UMNO di bawah Mahathir apabila UMNO kehilangan banyak kerusi DUN dan Parlimen kepada PAS. Tanpa MCA, MIC dan Gerakan serta Dhong Zong dan Suqui, Mahathir dan UMNO sudah tentu menjadi pembangkang.

Para penyokong Parti Cap Bunga sudah boleh menari dan berjoget gembira kerana sokongan serta janji yang diberikan oleh para pendendam Mahathir itu. Bagaimanapun, mereka juga perlu sedar, dendam dan kemarahan ke atas Mahathir serta segala pendedahan yang dibuat dari tahun 1997 dahulu, tidak akan mudah dipadamkan begitu sahaja walaupun Mahathir dan Parti Cap Bunga Muhyiddin dilihat sebagai kenderaan yang boleh ditunggang bagi politik dalaman PKR sendiri.

PKR tanpa PAS tidak ubah seperti sebuah sebuah parti yang hanya ada nama tanpa ada pengaruh yang boleh ditunjuk-tunjuk. Justeru kehadiran Mahathir dan Parti Cap Bunga dilihat lebih berkeupayaan agar pemimpin-pemimpin tertentu dalam PKR terus mengekalkan kuasa setelah PAN yang diketuai oleh Mat Sabu lebih berpihak kepada DAP berbanding PKR.

Sejarah orang UMNO dan bekas UMNO terutama yang pernah berada di puncak kerjaya politik ialah, kecenderungan untuk melawan tetapi kemudian memilih untuk kembali ke dalam UMNO semula seperti yang berlaku kepada Tengku Razaleigh Hamzah, Rais Yatim, Nakhaie Ahmad, dan sebilangan pemimpin-pemimpin oportunis bekas PKR.

Apatah lagi Parti Cap Bunga Mahathir-Muhyiddin sendiri sentiasa memberitahu orang kampung kononnya mereka bukannya menentang UMNO sebaliknya mahu menyelamatkan UMNO daripada 'keserakahan' dan 'ketamakan' Najib Abdul Razak. Sekaligus memberi petunjuk bahawa sehebat dan sebaik mana pun kerjasama yang diberikan kepada parti tersebut, kesudahannya ialah, parti tersebut akan dibubarkan dan kesemua ahlinya akan diserap kembali ke dalam UMNO sekiranya, masalah yang menyebabkan penubuhan parti tersebut berjaya dilenyapkan.

PAS sudah cukup berpengalaman dengan perangai tikam belakang Mahathir. Dari tahun 1969, PAS belajar yang Mahathir bukanlah seseorang yang boleh dipercayai. Kemudian berlaku lagi pada 2001 dan seterusnya pada tahun 2006 ketika Mahathir menggerakkan gerakan menggulingkan Abdullah Badawi.

Kalau benar seperti yang dikatakan oleh Azmin Ali dan Tian Chua, kita akan menyaksikan episod yang lebih menarik dalam drama pentas yang membabitkan Mahathir sebagai dalangnya.

Elok benarlah PKR bekerjasama dengan Parti Cap Bunga....


4 comments:

Anonymous said...

SELAMATKAN MALAYSIA DARI KAPIR2 ANTI ISLAM DAN BARUA2 PENGKHIANAT DARI KERALA!

Anonymous said...

Tak ada masalah..dia nak bg berapa pun dia punya pasal..ko yg terlebih meroyan tu nape? Heee

Anonymous said...

SELAMAT MALAYSIA DAN UMNO DARI LANUN BUGIS YANG BERMAHARAJALELA!!!!

Anonymous said...

Selagi PKR bersekonkol dg Dog & Pig selagi itulah PKR tidak akan dapat undi drp orang Melayu memainkan drp orang Melayu desperado yg menjadi pencacai Dog & Pig yg tidak seberapa kerat pun.

top