Sunday, September 4, 2016

BANTAI DULU, DAPAT SOKONGAN DULU, KEMUDIAN BILA DIKANTOIKAN, MINTA MAAF... SELESAI PERKARA!!!



Inilah yang sedang berlaku di Malaysia...

Demam media sosial menyebabkan hampir kebanyakan rakyat Malaysia berasakan mereka lebih bijak daripada orang lain, walaupun sebahagian besar daripada mereka, merupakan CACAT AKADEMIK semasa di bangku sekolah. Malah ada juga yang nak mengeja nama sendiri, walaupun dah tua bangka, masih tergagap-gagap tetapi bercakap perihal orang yang mereka benci, cukup lancar, lebih lancar dari air yang mengalir di sungai berjeram.

Berbekalkan LIKE dan SHARE serta komentar-komentar yang sama sejenis, Facebook merupakan medium terbaik walaupun amat diketahui bahawa medium tersebut amat terdedah kepada awam sekaligus mendorong pelbagai persepsi negatif terbina selain fitnah-fitnah yang mudah dicipta.

Seorang wanita yang suaminya adalah seorang pegawai tentera yang terkorban dalam satu bencana di Amerika Syarikat, menggunakan Facebook untuk mencipta persepsi dan tanggapan kononnya dia dan anak-anaknya tidak dipedulikan oleh Kerajaan Malaysia atau lebih tepat lagi Kementerian Pertahanan Malaysia.

Tulisannya menggambarkan kekejaman, penyelewengan dan penindasan serta kezaliman ke atas dirinya dan arwah suaminya. Komen-komen yang diberikan oleh mereka yang mengikuti postingnya, juga amat menarik.

Barangkali 'kesilapannya' ialah apabila dia membuat tuntutan daripada Menteri terbabit.



Dan Menteri itu pun memberikan jawapannya sekaligus mendedahkan bahawa wanita berkenaan telah menerima lebih dari SUKU JUTA RINGGIT daripada kematian suaminya.

Sokongan dan simpati yang diterimanya sebelum itu segera bertukar reaksi. Wanita berkenaan dilihat seperti seorang yang mengada-ngada dan keterlaluan apatah lagi dengan tulisannya yang memang mencari sokongan menerusi pembantaian ke atas Kementerian Pertahanan dan Kerajaan Malaysia.

Suku juta ringgit, masih tidak cukup?

Yang dicakapkannya ialah pencen bernilai RM916.75 yang dikatakan tidak cukup untuk ketiga-tiga orang anaknya dan dia sendiri. Tetapi dia langsung tidak bercakap tentang lebih RM274,000 yang telah dibayar oleh Kementerian Pertahanan kepadanya.

Bila dah terkantoi, cepat-cepat keluarkan kenyataan minta maaf dan berharap isu itu tidak lagi dipanjang-panjangkan. Namun pada masa yang sama, masih lagi cuba menegakkan benang basah, kononnya dia cuma menuntut hak tanpa sedikit pun berasa kesal dengan pembohongan dan fitnah yang dibuat, bahkan tidak berterima kasih langsung dengan pampasan lebih suku juta ringgit yang telah diterimanya.


8 comments:

Ted Manoff said...

Dia tengah gersang tu.

Anonymous said...

Orang lain pun mengalami kes macam ini. Selepas dpt ganjaran kena teruskan hidup. Bukan hentam Kerajaan hendak bayaran pencen melebehi gaji akhir. Ikut Kiraan dlm Akta Pencenlah. Nak lebih lagi minta dngan parti politik yg dia sokong.

Anonymous said...

Perempuan..ni..memang sah sokong pembangkang... Untung2 boleh jadi calon...Dap sedang memerhatikanya tu...tak caya tengoklah nanti waktu Pru 14

Anonymous said...

suh la dia mntak dpd dap.. tengok la apa yg dia dpt.. mmg xsedar diuntung dan dari jenis org yg xbersyukur...

Anonymous said...

Aku hilang kesian dengan dengan manuia jenis macam ni. Sedarlah sikit, laki kau kerja tak berapa tahun pun dah dapat begitu banyak duit ganjaran. Banyak lagi orang yang nasbnya tak sebaik enkau, laki eksiden mati katak, anak bini apa pun tak dapat ok! Mana ada orang kerja 8 tahun dapat pencen? tu tak kira duit dekat 300 ribu lagi masuk.

Pencen pun sebenarnya tak layak tetapi diorang tolong adjass jugak bagi ada tapi kau buat apa? komplen, kutuk cakap mana nak cukup. Come on la, askar lain kerja 20 tahun pun dapat pencen lebih kurang tu jugak. Kau ingat pencen untuk kau tu free? mana datangnya kalau bukan pakai duit pembayar cukai yang lain? Apahal pulak kau spesel sangat boleh dapat orang lain tak boleh dapat?

Bersyukurlah Minah, jangan buat drama. Orang kesian tapi bila kau dah mula kelentong berbagai terserlahlah manusia jenis apa kau sebenarnya!

Al Fatihah untuk arwah.

Anonymous said...

lahanat manoff
ni mcm tau2 je

Anonymous said...

agama kuranggg
bersyukur jarang

Anonymous said...

ko nak ape lagi

top