Monday, September 26, 2016

BETUL KE UMNO TAK NGERI, ATAU SEBENARNYA UMNO TERLEBIH NGERI KERANA MASIH TIDAK BERSEDIA?



Berkali-kali para pemimpin UMNO menyatakan kewujudan parti-parti politik baru seperti Cap Bunga dan Parti Apdal di Sabah, tidak akan mengancam UMNO, malah tidak menakutkan UMNO. Tidak itu sahaja, diberitakan pula kononnya parti-parti tersebut akan memberi kemenangan lebih mudah kepada UMNO kerana mereka saling berpecah dan berebut-rebut kerusi.

Dari satu segi, betullah seperti yang diperkatakan. Tetapi pada masa yang sama, ia seperti cuba menyembunyikan kelemahan ketara yang UMNO sudah terlepas pandang selama beberapa tahun, tidak sahaja kerana terlalu berkeyakinan besar tetapi juga kerana terleka dan tidak peduli.

Setiausaha Agung UMNO, Tengku Adnan Mansor sekali lagi mengulangi Parti Apdal di Sabah tidak akan mengancam UMNO di negeri tersebut. (RUJUK SINI). Dan seperti biasa, penanda arasnya adalah sejarah silam. Fakta sejarah yang sudah tidak terpakai pada masa kini, memandangkan terdapat perkembangan dan kecenderungan yang pelbagai, terutama sekali di kalangan pengundi-pengundi muda.

Dan seperti biasa, hujah untuk menyokong pendapatnya adalah KESETIAAN KEPADA PARTI DAN PRESIDEN.

Ternyata Setiausaha Agung UMNO itu sebenarnya tidak sedar realiti sebenar yang sedang berlaku. Kesetiaan kepada parti dan presiden sebenarnya tidak melibatkan ahli-ahli marhein, sebaliknya melibatkan para pemimpin UMNO itu sendiri. Yang keluar dari UMNO adalah pemimpin-pemimpin UMNO. Dan kemudian yang masuk kemudian diangkat serta dipuja sebagai pahlawan terhebat adalah pemimpin-pemimpin UMNO juga. Ahli-ahli UMNO marhein, kekal sebagai bola yang boleh ditendang sesuka hati.

Zaman ahli-ahli marhein menerima sahaja tanpa banyak soal, sudah lama berlalu. Zaman di mana ahli-ahli marhein mula mempersoalkan para pemimpin, kini terpampang jelas. Dan apabila ahli-ahli marhein tidak setuju atau berbulu mata melibat kelakuan serta gelagat para pemimpin UMNO, mereka membuat keputusan sendiri yang tidak tertakluk langsung dengan retorik para pemimpin UMNO seperti yang dilaung-laungkan oleh Tengku Adnan Tengku Mansor.


Adakah pemimpin-pemimpin UMNO seperti Tengku Adnan Tengku Mansor sedar hakikat tersebut? Adakah dia sedar bahawa Melayu yang didaftarkan sebagai pengundi baru, tersangat kecil jumlahnya berbanding pengundi Cina walaupun Melayu dan Bumiputera adalah majoriti penduduk di negara ini?

Bersediakah atau tidak takutkah UMNO kalau pengundi berpotensi untuk parti itu sendiri gagal didaftarkan sebagai pengundi? Sedangkan pada masa yang sama, Cap Bunga yang baru ditubuhkan beberapa hari lepas, sedang giat mendaftarkan ahli di seluruh negara. Kewujudan ahli-ahli baru Cap Bunga, menandakan terlalu ramai yang UMNO terlepas pandang atau buat-buat tidak peduli.

Apakah yang telah dilakukan atau dipelajari sepanjang tempoh dari tahun 2013 sehabis PRU-13 yang menyaksikan BN gagal memperolehi majoriti dua pertiga walaupun setelah pelbagai suapan diberikan kepada masyarakat Cina?

Cakap memanglah boleh bercakap untuk menyedapkan hati sendiri. Hakikat di bawah, ada dirasai atau tidak?

Atau sekadar cakap untuk mengampu semata-mata?


4 comments:

Anonymous said...

Ha..ha.. semua tu ayat mengampu untuk menyedapkan hati boss sahaja. Orang macam teuku Nan ni mana pernah turun kelapangan untuk meninjau keadaan sebenar penyokong Umno. Mungkin dia masih bermimpi dengan cara pengundi boleh dibeli cukup dengan sekadar sekampit beras dan sekilo gula làgi.sedangkan pemimpin bagaikn lanun mengaut segala hasil rampasan.

Anonymous said...

Hai.. tfk

Mcm pelik jer artikel kali ini.. selalu nya apa sahaja pemimpin umno ckp.. kamu semua sokong giler2.. x kira apa isu keluar.. sokong jer.. x kira lah siapa pun yg bg kenyataan asalkan pemimpin dan ahli umno..

Tp artikel kali ini nmpak lain pulak.. tahu pulak nk tegur keegoan pemimpin dan ahli umno..

Tahu pula nk sedarkan hakikat yg mereka sebenarnya mbuat rakyat dan ahli akar umbi tlalu meluat dgn kelakuan mereka..

Tahu pulak kan..??

Tapi dah tlambat la tfk.. dah tlambat.. ramai dah meluat..!!! Terutamanya dgn blogger seperti tfk ni jg.. selalu btindak melulu..!!

Pertahankan pemimpin dan parti biarlah mengikut isu.. btl kata btl!! Salah kata salah..!!! Bukan ulas isu yg timbul secara buta tuli.!!!

Mcm artikel ini.. mmg sy puji walaupun berasa pelik sedikit..!!!

Tp sudah terlambat..!!!

# sy dari zmn pak lah dh menyampah dan meluat dgn pemimpin umno.. ego, hipokrit dan kurang pemimpin yg bijak.. namun tetap undi umno@bn.. tak pernah undi selain itu..

# tp kini.. bye2 umno...!!!! BERSATU (PPBM) pilihan hati ku..

Anonymous said...

Yees bye byelah kalau dah menyampah kat Umno tak guna sokong lagi kan..tapi ingat...jasa Umno dah terbukti...begitu juga kerakusan dan kebodohan pembangkang pun dah terserlah...so tanya hati dan iman...nak sokong Umno atau pembangkang parti tukang fitnah dan pandai cakap dan putar alam tu...kesian kau

Anonymous said...

terpulangla pd individu...selagi Islam dan melayu masih memegang tampok kuasa..aku masih berpegang pd pemerintah sedia ada...perkara2 ketirisan dsbnya terpulang antara dia dan Allah...selagi pihak yg satu lagi tak mampu menunjukkan kredibiliti utk memartabatkan Islam dan melayu (malah dlm setengah isu sama2 bersekongkol dgn pihak yg nk hancurkan Islam tanpa rasa berdosa)...malah dari segi kepimpinan antara mrk masih huru hara...aku takkan memperjudikan nasib agama dan bangsaku begitu saja...wallahu a'lam

top