Sunday, September 4, 2016

LETIH, TAK TAHAN DENGAN NEGARA INI, RARA OTHMAN MAHU RAMPAS PUTRAJAYA!!!



Macam biasa, apabila dia orang DAP, maka segala-galanya di negara ini tidak memuaskan hatinya melainkan apabila DAP sudah berada di puncak kuasa. Seperti tidak puas hatinya pemimpin-pemimpin DAP terhadap prestasi Pulau Pinang dan Selangor sewaktu kedua-dua negeri tersebut di bawah Barisan Nasional. Seperti tidak puas hatinya mereka ketika Mahathir memegang kuasa selama 22 tahun yang disifatkan dan dilabelkan sebagai Mahafiraun yang gila berkuasa dan tak mahu letak jawatan walaupun telah menjadi orang yang paling lama memegang jawatan Perdana Menteri di Malaysia.

Kini, Mahathir jadi pujaan dan sanjungan kerana Mahathir bersama-sama mereka, walaupun Mahathir tidak menyarung baju yang ada lambang roket.

Kini Pulau Pinang dan Selangor berada dalam genggaman DAP dan dikatakan sebagai dua buah negeri yang paling efisien, paling hebat pentadbirannya walaupun didedahkan pelbagai skandal dan penyelewengan yang kemudian ditutup dengan alasan dipolitikkan tanpa sebarang penyelesaian ke arah masalah-masalah yang telah terdedah dan didedahkan.

Rara Othman atau Young Rara merupakan kader Melayu dalam DAP yang dipergunakan untuk meluaskan empayar Dinasti Lim. Biarpun menikmati pelbagai kemudahan dan kesenangan, demi mengambil hati dan 'menjalankan tugas' sebagai kader politik, Rara Othman mengatakan yang dia sudah letih dan tidak tahan dengan negara ini. Katanya lagi anak-anak muda perlu menggembeleng tenaga bagi membolehkan DAP merampas Putrajaya. (RUJUK DI SINI)

Sebagai salah seorang calon Melayu DAP yang akan ditempatkan di kawasan majoriti pengundi Melayu pada PRU akan datang, Rara Othman memerlukan pencarian dan penggalian pengaruh yang lebih besar dan lebih teratur. Apatah lagi dengan cita-cita DAP mahu merampas 8 kerusi yang sebelum ini ditandingi dan sebahagian besarnya telah dimenangi dan disandang oleh PAS di Selangor.

Dari sumber-sumber dalaman DAP, Rara Othman yang merupakan salah seorang mentor di Sekolah Demokrasi akan diletakkan sebagai calon DAP di DUN Dusun Tua, yang sekarang ini disandang oleh PAS. Calon PAS, Razaly Hassan berjaya menewaskan calon BN, Ismail Sani dengan majoriti 4,071 undi pada PRU-13. Sekaligus menjadi calon pertama pembangkang yang berjaya menghancurkan penguasaan UMNO-BN di Dusun Tua. Ini adalah kerana, trend pengundian terutama di kawasan seperti Sungai Long dan Bandar Mahkota Cheras yang bermajoritikan pengundi Cina, boleh menjadi fixed deposit untuk Rara Othman sepertimana yang mereka lakukan untuk Razaly Hassan pada PRU-13 lalu.

Jadi, tidak hairanlah apabila Rara Othman melakukan pre-empt awal dengan menyeru penggabungan semua parti pembangkang untuk berhadapan dengan Barisan Nasional pada PRU-14 nanti. Walau bagaimanapun, dengan meminta PAS 'berkorban' untuk DAP dengan melepaskan 8 kerusi DUN di Selangor dan beberapa kerusi Parlimen di seluruh Malaysia untuk menjadikan DAP sebagai parti terkuat dalam konsesi pembangkang sekiranya mereka menang pada PRU-14 nanti.

Kecenderungan golongan muda kepada idealisme anti-establishment seperti yang diingini oleh DAP, membolehkan DAP memperjudikan dan menonjolkan Rara Othman menerusi hujah-hujahnya yang penuh sentimen kebencian terhadap negara pada waktu itu. Tidak sukar untuk mencari pengaruh di kalangan pengundi-pengundi muda.

Cipta sahaja cerita-cerita buruk tentang negara dan para pemimpin Barisan Nasional, khususnya UMNO, mereka akan percaya sepenuh-penuhnya tanpa sebarang keraguan. Malah kalau dikatakan Najib dan Rosmah Mansor adalah FALLEN ANGEL yang ditendang keluar dari syurga pun, pasti akan ada yang membenarkan dongengan tersebut yang akan disokong dengan pelbagai hujah dan fakta yang amat menarik serta penuh sensasi.

LETIH DAN TAK TAHAN DENGAN NEGARA INI, tetapi menariknya, orang seperti Rara Othman tidak akan ke mana-mana melainkan terus berada di dalam negara ini demi mencari kuasa kerana sebenarnya KUASA yang tidak diperolehi itulah sebenarnya yang membuatkan mereka LETIH DAN TAK TAHAN DENGAN NEGARA INI, bukan kerana apa yang terkandung dalam hujah-hujahnya.


8 comments:

Anonymous said...

Hadirnya bukan Melayudin dalam BN untuk membela hak masing- masing; hadirnya muka Melayudin dalam PH yang sepatutnya menjaga hak bangsanya sebaliknya hanya mampu diam dan pelan pelan telan ketidakpuasan. Sian.

Anonymous said...

Kita perlu banyak lagi Melayu dalam DAP supaya negara boleh terus maju kehadapan. UMNO hanya memusnahkan negara. Mana perginya berbillion ringgit yang diselewengkan melalui 1MDB oleh MO1.

Anonymous said...

to rara....baca sejarah negara....

Anonymous said...

Lihat pada bibirnya, begitulah jua rupa pantatnya...

Anonymous said...

Budak mentah mcm ni mudah diperalatkn oleh dap.

Anonymous said...

Dah letih...apa yang diletihkannya...entah...bukannya dia tu perajurit di perbarisan...bukan pula berkhidmat sebagai polis menjaga keamanan...ataupun..sebagai pasukan beruniform yang kerja tidak tentu masa....oh letih pasal...orang Melayu tetap tak sokong Dap dan pemimpin Dap rupanya lagi kuat rasuah...tu yang letih tu yer rara...maklumlah kau sokong parti yang jelas berniat jahat untuk Islam so kau tanggunglah... Dosa kau...tu

Anonymous said...

Hadir mu tidak diundang, pergimu tidak siapa yang halang. Berambuslah dari bumi Malaysia kalau sudah letih. Agaknya negara mana yang boleh menerima mu. Perjuangan mu hanyalah seperti Rashid Hasnon, yang menjadi pak angguk ataupun yes man/woman. Kau cuma inginkan kerusi empuk sebagai ADUN, jalan singkat untuk jadi YB dengan menjadi Barua DAP.

Anonymous said...

Belum kena dengan aku dah letih.

top