Tuesday, September 6, 2016

NAJIB SEBAGAI BAPA PERPADUAN UMMAH!!!



Siapa sangka selepas 18 tahun, dua orang musuh ketat yang saling caci maki, nista, celaan dan sumpah seranah, selain disemarakkan oleh para pengikut masing-masing, boleh bertemu dan kemudian bersalam serta berdamai.

Walaupun di sebalik kenyataan bahawa kehadiran Mahathir di mahkamah semalam hanyalah untuk menyokong penentangan Anwar terhadap Akta MKN, tetapi rata-rata mereka yang membesar, dewasa dan memperhalusi gelagat Mahathir serta Anwar Ibrahim mudah tahu, bahawa kedua-duanya adalah pelakon super mega. Mereka bukan sahaja bijak berlakon, tetapi juga bijak mengatur strategi politik demi kepentingan diri dan keluarga.

Kecuali para penyokong taksub yang terus mempertahankan tindakan Mahathir serta enggan memalukan diri sendiri dengan hujah-hujah yang telah mereka taburkan sebelum ini terutama tentang hebatnya Mahathir memperjuangkan hak rakyat dan masa hadapan negara.


Kebencian terhadap Najib boleh menyatukan Anwar dan Mahathir, dua musuh ketat yang telah menyebabkan jutaan orang di Malaysia berbelah pendapat dan pendirian. Kebersamaan dalam anti-Najib, membuatkan perjuangan selama 18 tahun kaum pro-reformasi dan anti KKN (Korupsi, Kronisme, Nepotisme) terpaksa menerima hakikat, orang yang mereka benci dan kutuk-kutuk serta telapakkakikan selama ini, kini merupakan tempat bergantung untuk hayat politik seterusnya.

Sudah pasti, penyokong Mahathir amat menyambut baik 'perdamaian' ini sekalipun mereka juga sedar, BERHALA PUAKA mereka mempunyai kecenderungan untuk melanggar perjanjian pada bila-bila masa jikalau mendatangkan keuntungan kepadanya. Namun para penyokong Anwar Ibrahim, dilihat sudah pun berpecah belah terutama yang membabitkan kem Azmin Ali dan kem Wan Azizah-Nurul.

Ketika Najib dan Haji Abdul Hadi Awang bersalaman, Mahathir merupakan salah seorang yang mempopularkan cerita kononnya, PAS telah dibayar RM90 juta oleh Najib daripada RM2.6 bilion wang derma Arab Saudi ke dalam akaun peribadinya. Cerita Mahathir itu kemudiannya disambungpanjangkan oleh DAP yang memang tidak mahu melihat PAS dan UMNO berbaik-baik atau duduk dalam satu saf. Menggunakan PAN, PAS diserang dan Abdul Hadi Awang dihina sebagai pemakan dedak Najib.

Namun dalam situasi Mahathir-Anwar, lain pula cerita mereka. Tidak pula mereka mahu mengatakan, Azmin Ali yang telah diberikan dedak dan trojan horse Mahathir, telah bertindak melangkaui kuasa Wan Azizah dan Nurul Izzah untuk mempertemukan Mahathir dengan Anwar Ibrahim.


Kejijikan terhadap Hadi-Najib, rupa-rupanya hilang begitu sahaja apabila terkena ke batang hidung sendiri. Sebaliknya mula bercakap tentang ajaran Islam, tentang ukhwah, tentang silaturrahim dan sebagainya yang muluk-muluk.

Tiada apa-apa yang mustahil dalam politik Malaysia. Komunis yang suatu masa dahulu dibenci dan dimusuhi pun, sekarang ini sudah boleh diterima, malah dikatakan pula sebagai pejuang kemerdekaan.

Inikan pula Anwar Ibrahim dan Mahathir.

Cuma kita ingin tengok apa yang berlaku menerusi gandingan Mahathir-Anwar vs Najib-Hadi. Siapa yang menang dan siapa yang lebih bijak memanipulasikan politik di negara ini.

Biar terbakar jadi abu selepas jadi arang... yang penting sentimen perlu diteruskan!!!

Cuma satu yang paling menarik dan fakta serta hakikat yang perlu diterima ialah, NAJIB adalah faktor utama kebersamaan Mahathir-Anwar, sekaligus Najib telah menyatukan dua orang musuh untuk kembali berkawan dan bekerjasama kembali.

Dalam bahasa yang lebih mudah, Najib adalah BAPA PENYATUAN UMMAH MALAYSIA!!!


12 comments:

Anonymous said...

terbaik punya bodek..jilat sampai licin
kembanglah najib..bangga sgguh najib

Anonymous said...

Bukan BAPA PENYATUAN UMMAH MALAYSIA,tapi gelaran yang Lagu mulia harus diberikan kepada najib.najib sepatutnya digelar BAPAK PENYAMUN RAKYAT MALAYSIA.

Anonymous said...

Semua pemimpin dari Utara pengkhianat dan pelacur agama... mereka tak perlu lagi di lanyik jadi PM lagi selepas ini.... Fakta yang terang lagi bersuluh...

Anonymous said...

Bapa segala penyamun pun ada yang sanggup menjilat lagi. Jijiklah nak kaitkan Najib ni dengan perpaduan ummah.

Anonymous said...

"NAJIB SEBAGAI BAPA PERPADUAN UMMAH!!!"

Kelakar Seram!!!!

Wahkahkahkah....

Anonymous said...

UMMA geng Penyamun!!

Anonymous said...

Ha...ah pak nuar bapak peliwat anak2 jantan kau dan tun m bapak komunis dah ganti chinpeng dan limkomunis. Dah keluar kemunafiqan mamak harbi bapak komunis. ;-) ;-) ;-)

Anonymous said...

Pak nuar pon tgh kembang lobang hidung yg dulu ludah dia sanggup jadi balaci kpd lgbt dan komunis.
Bagus betul ex pm kita nih. Family sendiri pon tunggang longgeng...haha. desperado...

Anonymous said...

Najib dan penaung wahabi iaitu keluarga setan al saud pembunuh beramai ramai di yemen dan syria adalah wali allah. Org2 UMNO pula adalah keturunan Nabi2. Dah cukup ke tu atau nak lagi.

Anonymous said...

Yanhg tuduh orang lain ni tanpa bukti sahih apa hal buat dosa kering ni..
Tak kan bangang sangat tak tahu kalau berita itu palsu ia menjurus kepada FITNAH
Apa hukumnya fitnah di sisi Agama kita
Jangan ikut sedap hati dan emosi saja
Kalau kita wasx dan tidak beraspa pasti,biarlah ALLAH saja menentukannya dan nescaya ALLAH akan beri hukuman yg setimpal,kalau tidak secara cash di dunia ini,pembalasan tetap dikenakan di akhirat kelak

Anonymous said...

Yer...pasal nak jatuhkan Najib...sanggup bersatu sama cina komunis..sama raja peliwat Nauzubillah... Teruk dah atuk tua ni...buang tabiat...dah ni

Anonymous said...

Kalau dengan org 2 umno cina kalah dalam isu rasuah.

top