Wednesday, September 28, 2016

TAWARAN WANG TUNAI UNTUK PENGUNDI BARU OLEH RAFIZI RAMLI, BOLEH MEMBUATKAN MATA TERBELIAK BESAR!!!



*#SembangKencangTapiBelumDaftarUndi*

*#UntungDaftar*

Daftar mengundi sekarang dan berpeluang menangi hadiah mingguan RM1,000 (x1), RM500 (x2) atau RM200 (x3). Lebih banyak dari BR1M. Kemudian dapat peluang sama-sama #ProjekBuangNajib

Video promosi https://www.youtube.com/watch?v=2NE4wy_ZfA4

*INVOKE PERKENAL INSENTIF TUNAI RM1,000/ RM500/RM200 SETIAP MINGGU GALAK ANAK MUDA MENDAFTAR PENGUNDI*

Melalui satu kajiselidik atas talian yang dibuat dalam tempoh 3 hari lalu, dapatan menunjukkan 63% dari 708 responden anak muda bersetuju bahawa mereka akan terdorong dengan insentif yang ditawarkan untuk mendaftar dengan lebih cepat. 68% responden memilih “wang tunai” sebagai insentif yang paling berkesan.

Memandangkan terdapat lebih 4 juta pengundi (yang majoritinya adalah pengundi muda yang cenderong kepada Pakatan Harapan dan pembangkang), yang belum berdaftar, kelewatan mereka mendaftar mempunyai kesan besar kepada keputusan PRU14 nanti.

Bermula hari ini, setiap minggu INVOKE akan menganjurkan Voters Registration Initiative (VRI) dalam bentuk kempen #UntungDaftar untuk mempercepatkan proses pendaftaran pengundi. Berbeza dengan kaedah yang selalu digunapakai sebelum ini iaitu jentera parti politik membantu mendaftarkan pengundi (kerana SPR sudah tidak membenarkan kaedah ini), #UntungDaftar menawarkan insentif wang tunai setiap minggu yang boleh dimenangi oleh pengundi-pengundi yang baru mendaftar seperti berikut:

Satu hadiah mingguan RM1,000
Dua hadiah mingguan RM500
Tiga hadiah mingguan RM200

Kempen #UntungDaftar ini akan dijalankan setiap minggu bermula hari ini.

Untuk melayakkan diri memenangi hadiah-hadiah tunai ini, seorang yang baru mendaftar mengundi hanya perlu mengambil gambar slip pendaftaran dan mengisi maklumat pendaftaran secara talian di bitly.com/untungdaftar.

Syarat-syarat penyertaan dan maklumat lain boleh diperolehi di laman www.invokemalaysia.org

INVOKE akan menggunakan promosi atas talian di media sosial, portal dan whatsapp untuk cuba menggerakkan rakyat untuk mendaftar dalam tempoh yang pendek ini. Setiap beberapa hari, kandungan promosi dalam bentuk video dan lain-lain akan disiarkan untuk disebarkan oleh orang ramai. Promosi video yang pertama boleh ditonton di https://www.youtube.com/watch?v=2NE4wy_ZfA4

Mana-mana pihak yang ingin membantu menyebarkan maklumat, mengiklankan atau mendapatkan lebih ramai anak muda mengundi boleh menghubungi contact@invokemalaysia.org

Dikeluarkan oleh:

*Rafizi Ramli
Rashad Tajuddin*

_26 September 2016_

_Bagi pihak INVOKE_

****

Di atas adalah mesej yang sedang tersebar menerusi WhatsApp dan Telegram. Pada mulanya disangkakan, ia hanyalah satu lagi hoax dan fitnah terhadap Rafizi Ramli sepertimana yang sering diberitahu setiap kali penjalangan Rafizi Ramli didedahkan. Namun, carian di Internet menerusi portal-portal berita membuktikan bahawa ianya adalah tulen dan bukannya satu fitnah. 

Malaysiakini melaporkan, NGO yang mempunyai kaitan dengan PKR, INVOKE sedang menaburkan wang tunai untuk menggalakkan empat juta golongan muda layak mengundi, untuk mendaftar sebagai pemilih. 

NGO berkenaan mengambil inisiatif tersebut selepas kajian mendapati golongan muda berkata, mereka akan mendaftar sekiranya terdapat insentif wang tunai. Justeru itu, INVOKE menawarkan peluang untuk memenangi wang tunai berjumlah RM1,000 melalui pertandingan di laman sesawang INVOKE.

Apa yang perlu dilakukan hanyalah memuatnaikkan slip pendaftaran pengundi mereka, menjelaskan kepada INVOKE mengapa mereka mendaftar dan memberikan sedikit butiran peribadi sebagai tukaran kepada tunai, lapor Malaysiakini.

Setiausaha Agung PKR merangkap Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli yang seringkali menampilkan dirinya sebagai ANTI POLITIK WANG, kini berkata, dia menggunakan RM300,000 daripada simpanan peribadinya untuk tujuan tersebut.

Hina benar golongan muda di mata Rafizi Ramli dan PKR kerana bagi mereka, golongan muda yang enggan mendaftar undi adalah golongan mata duitan. Rafizi dan PKR membuat kesimpulan mudah, wang akan membuatkan mereka mendaftar dan seterusnya keluar mengundi, memilih PKR.

Rafizi cuba berlagak bijak tetapi kali ini dia sengaja mengantoikan dirinya sendiri. sSeharusnya dia sudah pun mencari strategi baru untuk menjawab setiap soalan berkenaan RASUAH WANG untuk daftar undi dan undi untuk PKR sebelum dia kembali bercakap tentang penentangan ke atas POLITIK WANG.

Cuma agak pelik juga, tindakan Rafizi Ramli dan INVOKE langsung tidak menarik perhatian para pemimpin pembangkang yang selalunya cukup sensitif, mata sentiasa terbuka dan otak sentiasa bergerak untuk membalun UMNO-BN dan SPR atas tuduhan POLITIK WANG!


2 comments:

Anonymous said...

bagus la bagi macam tu untuk galakkan anak muda daftar mengundi daripada kerajaan bn yang macam dah tidak ada semangat nak memerintah dengan lebih adil.

Anonymous said...

Jika nak bodokanh budak laloq bolehlah. Mana cukup beli dedak hadiah RM1000 satu minggu. Ada 4 juta penggundi baru bodoh punya Gay mau tabur dedak belajarlah dengan Mamak Madey.

Poraah!!!

top