Thursday, October 27, 2016

DEMI JATUHKAN NAJIB, ADAKAH MAHATHIR AKAN MINTA MAAF SEBAB TAHAN PEMIMPIN DAP DALAM OPERASI LALANG BAWAH ISA?



DAP sedang cuba mencari kesempatan dan mendapatkan pengiktirafan daripada bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir bahawa penangkapan ahli-ahli serta pemimpin-pemimpin DAP, menggunakan ISA merupakan satu kesilapan dan kezaliman.

Dr. Mahathir yang sekarang ini merupakan Pengerusi Parti Cap Bunga merupakan sekutu kuat Lim Kit Siang dan DAP walaupun sebelum Cap Bunga diwujudkan, Mahathir merupakan musuh utama Lim Kit Siang dan DAP.

Berbanding Almarhum Tunku Abdul Rahman, Allahyarham Tun Abdul Razak dan Allahyarham Tun Hussein Onn, Tun Dr. Mahathir merupakan Perdana Menteri yang paling banyak menangkap dan menahan tanpa bicara golongan politik berbanding anggota subversif PKM dan kongsi gelap. Sesiapa sahaja yang dilihat melawannya, akan berkampung di Kamunting selama dua tahun tanpa bicara.

DAP walaupun tidak seramai PAS yang ditangkap tanpa bicara oleh Mahathir, memekak dan paling kuat berkeriau tentang Akta Dalam Negeri yang telah disalahguna oleh Mahathir bagi mengekalkan kuasanya walaupun pada  masa yang sama, dilihat mampu menstabilkan politik negara ini.

Kua Kia Soong merupakan antara mereka yang cuba mengherotkan sejarah Tragedi Berdarah 13 Mei 1969 menerusi buku tulisannya yang menuduh, tragedi tersebut berpunca daripada persaingan dalaman UMNO yang kemudian memberikan reaksi kepada perarakan penghinaan DAP kepada orang Melayu sebagai punca tragedi berdarah itu. (RUJUK SINI)

Justeru, apabila dia menulis lagi dan mengingatkan Mahathir akan 'dosa-dosa silamnya' tentang ISA, Kua Kia Soong sebenarnya cuba menghalalkan perbuatan DAP yang mahu menentang Perlembagaan Persekutuan. Kebencian DAP kepada Artikel 152 dan Artikel 153 serta Artikel 3 Perlembagaan Malaysia, dianggap sebagai satu hak dan tidak salah sama sekali.

Kua Kia Soong menyebut tentang Operasi Lalang 1987 yang menyaksikan Lim Kit Siang dan beberapa orang pemimpin DAP ditahan dan disumbatkan ke Kamunting. Katanya, sudah sampai masanya untuk Mahathir meminta maaf atas perbuatannya itu.

Sedangkan pada masa yang sama, berbanding DAP, jumlah para pemimpin UMNO yang ditangkap dan ditahan di bawah ISA di Kamunting jauh lebih tinggi dan ramai. Malah, Najib Abdul Razak yang pada waktu itu adalah Ketua Pemuda UMNO juga, hampir-hampir sahaja disumbatkan ke Kamunting kerana insiden ucapannya di Stadium TPCA Kampung Bharu.

Hanya kerana Mahathir sedar, dia akan menjahanamkan kedudukannya sendiri sekiranya Najib ditahan, membuatkan Najib terpaksa dilepaskan. Pengaruh Najib di kalangan Pemuda UMNO pada waktu itu, sangat besar sehinggakan pada ketika Mahathir hampir digulingkan oleh Tengku Razaleigh Hamzah, Najib merupakan satu-satunya pemimpin UMNO yang menjadi 'kunci' kepada pengekalan jawatan Presiden UMNO dan Perdana Menteri yang dipegang oleh Mahathir.

Apa yang dilakukan oleh Kua Kia Soong dan anak perempuan P.Patto, Kashturi agar Mahathir mengakui perbuatannya dan meminta maaf, sebenarnya tidak lebih daripada sekadar mahu membersihkan DAP daripada label rasis dan penentang Perlembagaan Persekutuan.

Dalam bahasa yang lebih mudah, Kua Kia Soong yang terlibat dalam perang saraf DAP dari zaman 13 Mei sedang menjadikan DAP sebagai sebuah parti yang suci murni dan sentiasa dizalimi oleh UMNO.

Sekarang, Mahathir sudah keluar dari UMNO. Mahathir sudah menentang UMNO. Mungkin elok juga sekiranya, Mahathir membantu DAP menyucikan parti tersebut dengan meminta maaf dan mengakui kesalahannya menahan para pemimpin DAP yang maksum di bawah ISA.

Mampukah Mahathir berbuat begitu?

Mungkin... sebab kalau bercakap tentang Mahathir, segalanya berkemungkinan...


3 comments:

Anonymous said...

Kalau Mahathir mengaku..habislah Kerajaan Bn.perlu bayar ganti rugi...kalau duit poket Mahathir sendiri tak pe tapi dibuat suruh Najib yang bayar...pengsan

Anonymous said...

Manusia mcm si tua sanggup lakukan apa sj.
Dasar perut babi

Anonymous said...

koho lamo koho kuat sawan madey

top