Thursday, November 10, 2016

HEBAT SANGAT MENGUTUK, GURU-GURU DALAM CLOSED GROUP FB 'KGM' LANGSUNG TAK BELA RAKAN-RAKAN MEREKA YANG DISAMAN IBU BAPA PELAJAR SMKTTDI!!!



Bukan satu rahsia lagi, golongan guru merupakan kelompok paling ramai yang menunjuk pandai dan pada masa yang sama menuntut segala macam kemudahan dan kesenangan atas alasan beban kerja yang semakin bertambah. Walaupun masih terdapat guru yang tetap setia menjalankan tugas dan amanah, tetapi kelompok yang cukup hebat bersuara lantang seolah-olah mereka makan gaji untuk jadi wakil rakyat pembangkang di dalam perkhidmatan perguruan, lebih menonjol berbanding guru-guru yang amanah dan memastikan undi mereka semasa PRU SEBAGAI RAHSIA.

Group tertutup 'KAMI GURU MALAYSIA' menghimpun penjawat-penjawat awam yang berasakan mereka lebih hebat daripada semua orang dan negara serta rakyat negara ini berhutang sepenuhnya dengan mereka.

Tiada bezanya antara mereka dengan puak yang setiap masa berada di FB dan kemudian menampilkan sifat tidak tahu bersyukur dengan apa yang mereka telah terima dan nikmati.

Seperti yang dikatakan oleh Dr. Aznil Hisham, seorang lagi Facebooker yang sering menjadi bahan momokan puak menonjol dalam Grup KGM itu, golongan yang seperti tidak tahu apa tanggungjawab mereka, perlu memandang lebih jauh.



5. Kita lihat emolumen yg dibayar kepada penjawat awam, adalah 30% dari jumlah bajet keseluruhan. 30% adalah jumlah angka yg besar iaitu bersamaan RM 78 billion. Dan tidak heran apabila pembangkang berazam untuk membuang separuh penjawat awam apabila mereka berkuasa kelak.

6. Persoalan?? Siapa yg mereka akan buang? Doktor? Polis? Tentera? Guru??

7. Jumlah penjawat awam kini adalah 1.6 juta orang. Malaysia mempunyai penjawat awam yg ramai. Jika kita lihat UK, mereka memiliki hanya 1.2 juta penjawat awam, walhal penduduknya adalah 64 juta orang berbanding Malaysia 29 juta orang. Anda boleh lihat negara2 membangun lain dan nisbahkan dengan penduduk negara mereka. Malaysia kekal tinggi.

8. Sekali lagi, siapa yg akan menjadi "mangsa" mereka?

9. Jom kita lihat statistik penjawat awam di Malaysia. Penjawat awam yg paling ramai di Malaysia adalah guru (> 400 000) berbanding polis dan tentera (200 000). Sudah nampak siapa yg akan jadi mangsa?

10. Persoalan seterusnya adalah bagaimana mereka hendak kurangkan separuh guru2 ini tanpa mengganggu perkhidmatan pendidikan? Sudah pasti ada caranya.

11. Lihat kembali sejarah. Guru2 pernah ditawarkan bercuti 25 hari setahun namun kena bekerja dari jam 8 pagi hingga 5 petang. Namun, guru2 tidak bersetuju. Mereka lebih rela untuk cuti 7 hari setahun dengan 2 sesi persekolah. BN kerajaan yg prihatin. Mereka akur dengan permintaan guru.

12. Sekarang, jika pembangkang memerintah, dan mereka mahu buang separuh penjawat awam, guru adalah profesion yg akan di lihat mereka. Mereka jadikan cuti setahun guru 25 hari, dan guru yg sama berkhidmat dari jam 8 pagi hingga 5 petang. Tidakkah separuh dari guru boleh "dijimatkan"?

13. Bukan saya nak menakutkan para guru. Tapi segala kemungkinan boleh berlaku. Mereka melihat 29 juta rakyat utk undi mereka. Mereka tak pandang 400 000 guru untuk undi mereka.

14. Buang separuh penjawat awam, bermakna kerajaan yg dipimpini pembangkang kini boleh memperolehi jumlah lebih banyak dari kutipan GST tahunan.


Berita tentang kejadian di Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Tun Dr. Ismail (SMKTTDI) apabila ada ibu bapa yang tidak berpuas hati kerana anak-anak mereka dihukum duduk di atas tar kerana lambat datang ke sekolah, seharusnya membuka mata guru-guru terbabit.

Tiada seorang pun daripada mereka yang sibuk mengecam itu ini, berani menyentuh tentang kisah saman pihak sekolah ini. 

TTDI merupakan kawasan Melayu elit yang sebahagian besar daripada mereka tidak mengundi tetapi berasakan mereka lebih bijak berbanding Melayu-Melayu yang lain. Dan seperti biasa, apabila Melayu berada di kawasan bandar, mereka akan cuba menghilangkan susur galur dan asal-usul mereka. Justeru, mereka akan memilih anti-kerajaan sebagai cerminan status kehidupan mereka. 

Hairan juga mengapa KGM tidak langsung melancarkan solidariti kepada rakan-rakan mereka di sekolah terbabit sebaliknya terus sepi dan menutup mulut. Adakah kerana mereka beranggapan guru-guru dan pentadbiran sekolah tersebut, tidak layak diperjuangkan sepertimana mereka sibuk memperkatakan tentang kesusahan mereka membeli belah dan meneruskan gaya hidup mewah.


18 comments:

Anonymous said...

Setuju...

Anonymous said...

Dia orang ni semua tidak bersyukur. Nak tengok Allwh bayar cash.

Anonymous said...

wow...ada point...

Anonymous said...

elok jgk tu, anak2 hantar satu tmpt je,tak payah kesana-kemari nak attend kelas yg pelbagai.pukul lima balik kerja boleh terus pickup anak.

Anonymous said...

golongan cikgulah paling ramai jadi tali barut pembangkang .
duit gaji kerajaan pusat dia sapu
balik rumah dduk dpn pc mencaci , mengutuk kerajaan .

mujur najib yg jadi pm. kalau aku pm , dah lama aku cari golongan ni satu persatu & masukkan mereka dalam jel . buatpe menyimpan biawak hidup. kita bagi madu , racun dia balas.

Anonymous said...

Mereka ni kufur nikmat.dan hati mereka hitam sehitamhitam...biarlah...apa hukumnya..mengutuk kerajaan yang..beri mereka bermacm mcm.keselesaan..akhir mengumost menfitnah..belakang2...Allah bayar cash..kita... Ingatlah..tak semua..kat dunia ni sempurna...tapi patut bersyukur dengan apa yana ada...

Anonymous said...

Jgn dengki tak baik

Anonymous said...

siasat dulu Dari dua2 pihak..
jgn hnya dgr Dari sbelah pihak je.

Ismail Mat Sulaiman said...

Fitnah!

Anonymous said...

Err...
1. Sejak bila si aznil ni SERING jadi bahan di KGM?
Malah sebelum dia menyibuk dalam group profesion lain, takda langsung yang kenal dia...
2. Sejak bila plak guru di SMKTTDI nak kena saman pasal hal tu? Agak-agak la nak buat citer pun...ekekekek!

Anonymous said...

Kenapa perlu cop semua guru x bersyukur hanya kerana nila setitik rosak pula susu sebelanga.

Anonymous said...

Ada guru yg sebok dgn politik je. Kerja tak tumpu betul2.

Anonymous said...

maaf saya tumpang mencelah..

dah lama BN memerintah. byk kebaikan BN bg. bukan kita tak ngaku malah kita bersyukur tp dlm masa yg sama ada byk jugak kelemahan BN. kita bkn tumpu GST, subsidi, bonus etc ja tp kita tekan jugak sudut integriti, akhlak, rasuah, kroni, nepo, salah guna kuasa, janji dan sebagainya kan. pembangkang bersungguh lawan nak ambik kuasa. bg ja la kali ni. bg peluang depa perintah. kita tengok jd mcm mana. kalau bagus, ok, alhamdulillah, kalau tak bagus, tabah la tunggu pru, undi balik kerajaan sedia ada.

kita sebagai org bawah, kita nampak kemungkaran yg org atas buat tp kita dok sokong jugak, kan salah tu. At least kita pelepas tanggungjawab atas diri kita dulu.

macam pelik jugak, Dr. Aznil Hisham hanya nampak sisi ekonomi ja, sedangkan sisi lain yg sama jerat bahaya mudaratnya, doktor tak mau nampak :)

pembangkang pulak bukan 1 parti ja tp lebih dari tu jd ikut la kesesuaian pilihan kita..

Anonymous said...

Beri pembangkang itu siapa? Dap? Mmg org melayu cari penyakit dan penyakit tu penyakit malas berfikir.
Dap akan dan sedang halau dan pecahbelahkan org2 melayu . Menyedihkan halau org melayu dgn mengunakan lawyer melayu juga yg terlebih bijak pandai yg lacurkan bangsa agama dan negara. Ada perasan malu lebih diri dan celik matahati supaya jgn jadi seperti melayu spore.

Anonymous said...

Akan datang pada satu ketika sekolah prasarana persekolahan dan guru2 bukan lagi fenomena pendidikan. Semua ini akan jadi sejarah yang tersimpan dalam cakra padat.

Pendidikan akan melalui proses maya. Mulai sekarang guru-guru perlulah bersedia untuk mencari cara lain untuk menyambung hidup.

Padanlah muka guru-guru yang tidak amanah dalam menjalankan tanggung jawab sebagai pendidik anak bangsa. Waktu itu juga sudah lambat untuk merungut dan merenget umpama anak kecil minta nenen dari ibunya.

Anonymous said...

Cekgu² ,yg kaki mlm sama taik pembangang mohon letak jawatan je.. cepat sket bg peluang org lain la mangkuk

Anonymous said...

Ye lah...ramai lagi lepasan universiti yang menyokong kerajaan memerlukan pekerjaan.

Anonymous said...

kan bawah sekali komen saya tu bunyinya begini:

"pembangkang pulak bukan 1 parti ja tp lebih dari tu jd ikut la kesesuaian pilihan kita.."

jadi terpulang kita nak pilih yang mana. selain BN, ada Barisan Rakyat, Pakatan Harapan, Gagasan Sejahtera, Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia dan lain-lain lagi.

cuba berlapang dada..

top