Monday, November 28, 2016

KUNING KENA REMPUH DI PULAU PINANG, BISING... KUNING BELASAH ORANG, TAK APA!!!



Para penyokong dan penjilat Lim Guan Eng sekarang ini sedang merintih-rintih, kononnya Akta Perhimpunan Aman telah diganggugugat oleh Merah dan Hitam. Kononnya perhimpunan aman mereka di Pulau Pinang telah diprovokasi dan dikacau oleh Merah dan Hitam. Mereka meminta perlindungan daripada polis dan pihak keselamatan.

Kaedah yang sama, digunakan oleh Zionis ketika mereka mahu membunuh rakyat Palestin. Mereka buat jenayah tetapi kemudian berlakon seolah-olah mereka adalah mangsa.

Sama jugalah seperti yang berlaku di Myanmar. Konon-kononnya Rohingya adalah bangsa yang ganas, yang tidak sedar diri kerana mereka bukan warganegara tetapi menganggap tanah Rakhine sebagai tanahair mereka.

Malangnya, yang kurang ajar sebenarnya adalah KUNING BERSIH. Mereka yang melakukan provokasi. Mereka juga yang mencabar dan melanggar undang-undang. Mereka mencuit sesuatu yang sangat sensitif di negara ini dan apabila respons atau reaksi diberikan, mereka berpura-pura seolah-olah mereka sangat alim, sangat naif dan sangat baik.


Hari ini viral video seorang lelaki yang memakai baju kuning terlibat dalam penderaan ke atas seorang individu yang dipercayai warga kerja asing.

Menariknya, para 'penyokong' memberikan hujah yang amat hebat. Warga asing tersebut wajar dibantai kerana melakukan kesalahan besar.

Malah, ada yang lebih berani apabila cuba menghalalkan perbuatan zalim dengan berkata, Bangla itu masuk ke negara ini jadi, tidak salah untuk membantainya.

Sesuatu yang pasti ialah, mana-mana negara yang pemerintah dan pihak berkuasanya bermajoritikan umat Islam, amat payah melihat kezaliman dilakukan kepada golongan minoriti, sebaliknya golongan minoriti pula yang bersusah payah hendak membuktikan mereka teraniaya, walaupun pada masa yang sama, mereka bukan sahaja kaya raya tetapi senang lenang dan keselamatan mereka terjamin.

Bayangkanlah seandainya pada tahun 1931, pada ketika gelombang kemasukan besar-besaran imigran ke negara ini disambut dengan keganasan seperti yang ditunjukkan oleh kedua-dua ekor DAPIGS di dalam klip video tersebut dilakukan, barangkali komposisi kaum di negara ini tidak seperti sekarang. Bahkan kuasa politik dan mengundi juga tidak 'KELAM-KABUT' dan 'BERSERABUT' seperti sekarang.

Sepatutnya puak-puak yang pandai bercakap itu bersyukur kerana orang Melayu-Bumiputera di negara ini, majoritinya beragama Islam. Bila beragama Islam, maka kezaliman seperti yang ditunjukkan di negara haram Zionis Israel dan Myanmar tidak berlaku di sini.

Apa yang dirintihkan oleh BERSIH dan para penyokong mereka sekarang, adalah permulaan kepada sesuatu yang lebih DAHSYAT dan LEBIH KEJAM sekiranya mereka dibenarkan berada di puncak kuasa di negara ini. Sedangkan mereka tidak berkuasa pun, mereka boleh berbuat sekehendak hati, malahan menganggap manusia selain mereka, bukan manusia, apatah lagi sekiranya mereka berkuasa.

Perhatikan sahaja gelagat para penyokong mereka... ke sana ke mari dengan maki hamun dan menuduh orang lain berbuat jahat sedangkan hakikatnya, individu di dalam kelompok mereka yang lebih jahat dan lebih zalim!


2 comments:

Anonymous said...

Kuning dah tak bersih tpi penuh dgn kotoran akhlak.

Anonymous said...

nah ini ada lagi

https://www.youtube.com/watch?v=bNT-dtc9qGo

top