Social Icons

Pages

BULETIN 247

Wednesday, November 30, 2016

LAGI RAMAI JERUNG RASUAH DITANGKAP SPRM, LAGI KUAT PENJAWAT AWAM SALAHKAN KERAJAAN SEBAB TAKUT TERKANTOI!!!



Amukan SPRM masih belum berhenti, bahkan semakin menjadi-jadi...

Kerajaan rasuah, kata mereka.

Pemuka-pemuka parti politik Kerajaan penyeleweng dan makan rasuah, kata mereka lagi...

Penjawat-penjawat awam pun bukan main menceceh tentang rasuah yang berleluasa. Pelbagai dokumen didedahkan untuk membuktikan memang berlaku rasuah dan penyelewengan dalam sektor masing-masing.

Laporan Ketua Audit Negara pula saban tahun, mengesahkan memang ada penyelewengan dan rasuah dalam setiap entiti kerajaan.

Dahulu, isu-isu rasuah dan penyelewengan, tersimpan kemas di bawah karpet. Cerita-cerita tentang rasuah hanyalah cerita-cerita taboo yang kemudian ditutup dengan penangkapan ikan-ikan bilis yang tidak memberikan sebarang impak pun.

Zaman telah berubah. BSN kemudian BPR dan kini SPRM juga sudah jauh berubah.

Kebelakangan ini, kita menyaksikan bagaimana SPRM melakukan operasi melibatkan ramai jerung-jerung yang selama ini hidup selesa dengan bertongkatkan rasuah. Mereka yang berkuasa dalam entiti-entiti kerajaan yang mudah berselindung kerana mudah menyalahkan orang lain, terutama sekali Menteri dan anggota-anggota peringkat bawahan, menjadi sasaran.

Terbaharu ialah penangkapan seorang pegawai tanah dan daerah di Johor. Begitu juga dengan tangkapan melibatkan penyelewengan kontrak dan pemberian tender di Labuan selain berita menggemparkan tentang rasuah bernilai ratusan juta ringgit di Sabah.

Berita-berita seperti ini tidak muncul pada zaman pentadbiran sebelum-sebelum ini.

Namun ada pihak yang tidak senang atau barangkali menganggap mudah. Kata mereka, penangkapan dan operasi-operasi besar yang dibuat oleh SPRM menunjukkan dan membuktikan bahawa pentadbiran negara ini penuh rasuah. Dan mereka cuba membandingkan dengan pentadbiran-pentadbiran sebelum ini yang menunjukkan tiada atau kurangnya jerung-jerung rasuah ditangkap.

Yang mereka barangkali tidak faham ialah, bagaimana pentadbiran masakini sedang berusaha memerangi rasuah dan tidak lagi mensasarkan ikan-ikan bilis, sebaliknya menjadikan jerung-jerung yang selama ini terselamat sebagai sasaran.

Syabas SPRM dan pentadbiran terkini.

Jerung-jerung semakin kepanasan dan sekarang semakin ramai yang menentang kerajaan selain menyalahkan majikan mereka, hanya semata-mata kerana mereka bimbang aktiviti jenayah rasuah dan penyelewengan mereka terbuka.




1 comment:

Anonymous said...

Yang kena tangkap ialah anti UMNO.

 
Blogger Templates