Social Icons

Pages

BULETIN 247

Thursday, November 10, 2016

PAS PULAUKAN KONVENSYEN PAKATAN HARAPAN... MARAH LAGILAH DAP KAT PAS!!!



Sebelum Lim Guan Eng bertindak menghalau PAS keluar dari Pakatan Rakyat setelah barisan proksinya digagalkan daripada menguasai kepimpinan utama PAS, parti tersebut seringkali dijadikan umpan untuk menunjukkan sokongan hebat orang Melayu kepada DAP. Bahkan Lim Guan Eng sendiri sentiasa cuba menampilkan dirinya sebagai pemimpin bukan Islam yang berpekerti Islam dan jauh lebih baik daripada pemimpin-pemimpin beragama Islam. Ada juga juak-juak Lim Guan Eng yang menyandarkan ayat-ayat al Quran dan hadis-hadis untuk 'menghalalkan' Lim Guan Eng.

Apabila kepimpinan utama PAS bertindak balas terhadap kaum 'bughah' di dalam jemaah, Lim Guan Eng tidak berpuas hati dan berasakan PAS boleh ditundukkan menerusi tekanan. DAP dan Lim Guan Eng mahu menunjukkan yang PAS sebenarnya memerlukan Pakatan, bukan sebaliknya.

Malangnya, taktik Lim Guan Eng dan DAP tidak menjadi. PAS terus buat tak reti. Demonstrasi yang dianjurkan oleh DAP menggunakan entiti seperti BERSIH, kurang orang dan kurang meriah berbanding sebelum ini.

Dan sekali lagi, PAS dipersalahkan. Nama Allahyarham Nik Abdul Aziz dipergunakan sewenang-wenangnya untuk melakukan serangan ke atas PAS dan Abdul Hadi Awang.

Menjelang PRU-14, DAP dan PKR mula berasa bahangnya. Beberapa pendedahan berhubung skandal rasuah dan penyelewengan kuasa membabitkan Lim Guan Eng, Azmin Ali, Kerajaan PKR dan Kerajaan DAP, amat mencemaskan. Golongan yang paling kuat membela mereka yang merupakan penyokong-penyokong PAS di media-media sosial, mula menghentam mereka kembali. Bahkan mengungkit semula perbuatan biadap yang dilakukan oleh DAP dan PKR ke atas PAS.

Justeru, untuk menghadapi PRU-14, DAP dan PKR kembali menagih simpati dan bantuan daripada PAS. Umpan 'satu-lawan-satu' digunakan untuk melembutkan hati kepimpinan PAS. Kenyataan majoriti penyokong PAS yang dididik dengan pendirian bahawa 'kekalahan dalam pilihanraya adalah satu perkara biasa tetapi kemenangan itulah yang luar biasa', tidak dapat dihadam dan diterima oleh pucuk pimpinan DAP dan PKR.

Setiausaha Agung PAS, Takiyuddin Hasan dalam satu kenyataan, mengesahkan yang pucuk pimpinan PAS tidak akan hadir dalam konvensyen Pakatan Harapan yang terdiri daripada DAP, PKR, PAN dan Cap Bunga. (BACA DI SINI)

Mungkin ada seorang dua pemimpin PAS yang sudah hilang jawatan dan mahu menunjukkan mereka masih ada pengaruh seperti Mahfuz Omar akan menghadiri konvensyen tersebut tetapi ia tidak akan memberikan sebarang impak besar kepada parti.

Namun yang pastinya, kenyataan Takiyuddin Hassan dengan alasan-alasan yang sangat remeh merupakan satu pukulan besar kepada DAP dan PKR yang masih mengharapkan PAS akan tunduk sujud di kaki mereka, sama sepertimana mereka mengharapkan PAS tidak keluar dari Selangor dengan mengekalkan Exco dan Timbalan Speaker DUN memandangkan sekiranya PAS benar-benar diterajang keluar, Azmin Ali dan DAP akan kehilangan semua kemewahan mereka di Selangor serta-merta!!!


1 comment:

Anonymous said...

Sebelum ni cakap besar. Ingat rakyat sokong sangat. Sekarang baru tau langit tinggi ke rendah.

 
Blogger Templates