Social Icons

Pages

BULETIN 247

Wednesday, November 9, 2016

PAS ULANGI LARANGAN AHLI-AHLINYA SERTAI DEMONSTRASI BERSIH 5.0 MILIK SOROS!!!



Ketua Penerangan PAS, Nasruddin Tantawi sekali lagi menegaskan bahawa PAS melarang ahli-ahlinya daripada menyertai demonstrasi BERSIH 5.0 yang bakal dilangsungkan pada 19 November nanti.

Sekaligus memberi impak besar kepada jumlah kehadiran demonstrasi yang digerakkan menggunakan wang George Soros yang disalurkan menerusi OSF kepada syarikat yang dikendalikan oleh Maria Chin Abdullah.

Sebelum ini, DAP telah meminta PAS memikirkan semula keputusan mereka tidak membenarkan ahli-ahli PAS turut sama dalam demonstrasi tersebut. Umpan yang diberikan ialah kononnya, PAS perlu bersatu dengan BERSIH bagi menumbangkan BN dan Najib Abdul Razak. Namun yang lebih menarik lagi ialah apabila Mahathir yang merupakan musuh utama PAS sehingga mencetuskan tragedi berdarah dan kezaliman ke atas ahli-ahli PAS ketika berkuasa dahulu, turut memujuk PAS agar meramaikan lagi demonstrasi tersebut.

Dalam demonstrasi BERSIH 1.0 sehingga BERSIH 3.0, jumlah demonstran teramai adalah PAS. PAS menghantar kontinjen terbesar, jauh lebih besar daripada DAP yang menggunakan BERSIH sebagai mekanisme untuk merampas kuasa. Pada BERSIH 4.0 pula, PAS tidak mengeluarkan sebarang arahan rasmi kepada ahli-ahlinya, sekaligus menyebabkan majoriti pendemonstran adalah dari kalangan penyokong DAP yang terdiri daripada kaum Cina.

Beberapa perkara pelik dilakukan oleh Cina-Cina DAP itu termasuklah mengadakan upacara memijak gambar Presiden PAS dan Presiden UMNO.

Walaupun arahan tersebut akan dipatuhi oleh hampir kesemua ahli-ahli PAS, tetapi salah seorang pemimpin utama PAS yang sebenarnya berhati perutkan PAN yang menyembah DAP - Mahfuz Omar - sudah pasti akan berada dalam saf demonstrasi BERSIH.


3 comments:

Anonymous said...

Ade akai pakai wak lebai, otak tu jgn berkarat dlm kopiah.

juragan69 said...

Jika bersih dikatakan milik soros kerana dibiayai oleh soros...hahaha,klu trdesak pun bhai jgn tnjuk sngt...boleh ke klu rakyat malaysia mngatakn yg bersih tidak mmpu menandingi 'kehebatan' dan 'kekuatan' kumpulan tajaan 1MDB dan 'putera arab'..iaitu geng 'baju merah' kahkahkah...selamat maju jaya bhai

Anonymous said...

Pas tak perlu terikut ikut dgn rentak politik yg didalangi yahudi.

 
Blogger Templates