Wednesday, February 15, 2017

MAHFUZ DISARAN TINGGALKAN PAS SETELAH MENJADI JURUCAKAP TIDAK RASMI PARTI CAP BUNGA MAHATHIR!!!



Mahfuz Omar yang sering menjadi jurucakap Mahathir dan Mukhriz Mahathir, bahkan lebih Cap Bunga berbanding orang Cap Bunga, kini dicabar untuk keluar dari PAS. 

Cabaran berkenaan dibuat oleh Naib Presiden PAS yang berjaya menggantikannya dalam pemilihan lepas, Nik Mohd Amar Nik Abdullah yang juga merupakan Timbalan Menteri Besar Kelantan.

Kata Nik Amar, lebih baik Mahfuz keluar PAS daripada terus-menerus menghentam parti semenjak b berkawan baik dengan Mahathir dan Mukhriz. Apatah lagi kewujudan Mahfuz untuk bersama-sama PAS sudah tidak wajar lagi apabila dia terus berlagak seperti Mukhriz dan Mahathir yang asyik menghentam UMNO ketika berada di dalam UMNO. 

Mahfuz mungkin sakit hati memandangkan, semua pandangan dan pendapatnya langsung tidak diambil kira oleh partinya sendiri. Bahkan, kewujudan Mahfuz di dalam PAS juga tidak ubah seperti malukut tepian gantang yang cuba mencari-cari perhatian daripada pucuk pimpinan parti. Mahfuz sendiri berpengalaman memegang banyak jawatan penting sepanjang dia berada di dalam PAS. 

Terdapat ura-ura yang mengatakan, Mahfuz sebenarnya amat berminat untuk menyertai Cap Bunga tetapi bimbangkan SUMPAH TALAK TIGA menyebabkan dia masih kekal di dalam PAS walaupun perhatian dan masanya lebih banyak dengan Cap Bunga berbanding PAS. Malah Mahfuz sekarang pun telah menjadi jurucakap tidak rasmi untuk Cap Bunga, terutama dalam usaha Mahathir menekan dan memaksa PAS agar mengikut kehendaknya.

“Saya cadangkan dia (Mahfuz) keluar sahaja daripada parti, jangan jadi macam sekarang iaitu duduk dalam PAS, namun pada masa sama serang dan kritik PAS secara berterusan tanpa arah tuju. “Saya nak persoalkan kedudukan Mahfuz, buat apa lagi dia (Mahfuz) duduk lama-lama dalam PAS sekiranya beliau tidak mampu menerima perjuangan yang dibawa oleh PAS.

“Malah, sebarang kenyataan yang dikeluarkan Mahfuz sejak kebelakangan ini tidak diambil kira oleh parti kerana bagi kami tidak relevan langsung. Sekiranya tidak berpuas hati, sila keluar,” katanya pada sidang media selepas mesyuarat exco, di sini, hari ini.

Dalam kenyataan terbaharunya, Mahfuz meminta PAS membuat pertimbangan agar menarik diri daripada Kerajaan Negeri Selangor yang diterajui PKR. Menurutnya, ia adalah ekoran pendirian Presiden PAS, Abdul Hadi Awang yang enggan bekerjasama dengan mana-mana pihak yang mempunyai hubungan dengan DAP dan PAN, bahkan secara jelas mahu memutuskan hubungan dengan PKR.

4 comments:

Anonymous said...

Blah je. PAS pun nak masuk longkang dah. Musyidul Am pun dah komersial sekarang ni. Semua pemimpin PAS yg ada sekarang dah pandai meniaga. PAS dah macam umno. Semua dah dalam poket UMNO

Anonymous said...

exco pas yang patut keluar kerajaan selangor dulu..

Jutawan Android said...

PAS lebih rela masuk longkang dari masuk neraka jahanam akibat bersengkokol dgn DAP anti islam.

Anonymous said...

Poket UMNO tak pa. Jangan poket DAP evangelist christian yang terang2 anti-islam

top