Social Icons

Pages

BULETIN 247

Wednesday, March 1, 2017

FAHAMI KENAPA MAHATHIR TAK PERLUKAN GST UNTUK BINA NEGARA SELAMA 22 TAHUN!!!



PENULIS: AB. JALIL BACKER

Najib Razak bina infrastruktur seperti MRT, Lebuh Raya Pan Borneo, keretapi pantai timur dan sambungan LRT melalui pinjaman langsung kerajaan. Tiada lagi perjanjian konsesi yang menindas rakyat dan menguntungkan kapitalis secara berleluasa.

Maka hutang kerajaan pun meningkat. Tapi kita tahu berapa perlu bayar dan tidak terdedah dengan ancaman kapitalis mahu menaikkan harga menjelang pilihan raya atau perjanjian konsesi berat sebelah.

Ya, atas kertas kerajaan Zaman Mahathir tidak banyak berhutang secara langsung. Mahathir bina semua Lebuh Raya, Putrajaya, LRT, ERL melalui "public–private partnerships" atau "private finance initiative" (PFI). Jadi kerajaan tidak ada apa-apa hutang.

Sebaliknya, syarikat konsesi dibenarkan memerah rakyat sesuka hati. Jika mereka gagal perah rakyat melalui kenaikan tambang dan tol, mereka boleh perah duit kerajaan. Kerajaan mesti bayar kepada mereka.

Mahathir reka perjanjian yang akan meningkatkan jumlah pampasan pada masa hadapan. Itulah yang terjadi sekarang. Mahathir benarkan tuntutan kenaikan yang tidak munasabah kepada kemampuan rakyat. Apabila menjadi isu politik maka kerajaan terpaksa bayar pampasan kepada pemilik konsesi.

Kerajaan telah membayar RM 4 bilion pampasan kepada syarikat konsesi tol sahaja sejak 15 tahun lalu.

Sistem LRT projek Star dan Putra LRT diambil alih oleh Syarikat Prasarana Negara Berhad (SPNB), masing-masing dengan kos RM3.3 bilion dan RM4.5 billion. RM 7.8 bilion ini kerajaan beli tunai? Ini kena hutang yang hanya muncul selepas Mahathir bersara.

Jadi hutang makin bertambah kerana Mahathir terlampau cerdik tidak mahu kerajaan berhutang tetapi membenarkan swasta berhutang dengan kadar faedah yang lebih tinggi.

Bila rugi atau lingkup kerajaan terpaksa membelanjakan kos yang lebih besar dari kos pembinaan untuk menyelamatkan projek-projek infra ini.

Jadi di mana logiknya Mahathir buat pembangunan tidak menyusahkan rakyat, tidak perlu kutip GST dan tidak berhutang?

Sekarang juga Kerajaan Persekutuan perlu membayar sewa Putrajaya hampir RM 2 bilion setahun.

Kerajaan sekarang menanggung kos pampasan RM 2.9 bilion apabila kerana menghalang ERL milik kroni Mahathir, YTL menaikkan kadar tambang.

Tahukah anda selain itu ERL juga mendapat RM 5 setiap kali pengguna KLIA membayar cukai lapangan terbang?

Ya memang Mahathir boleh bangunkan negara ini tanpa GST kerana beliau bangunkan negara dengan cara kita sekarang kena bayar pampasan berbilion ringgit.

Dia bukan peduli apa hendak jadi pada masa depan. Janji dia boleh kaut dan nampak hebat dalam sejarah.

4 comments:

amanasyanti said...

TDM membazirkan keuntungan dari pengeluaran minyak yang tinggi ketika itu untuk pelbagai projek mega yang gagal. Syarikat yang baik seperti MAS dan Bank Bumiputera juga digagalkan. Langkah penswastaan juga tidak menguntungkan kerajaan kerana kos yang meningkat berlipat ganda. Sepatutnya, wang digunakan untuk memperbaiki prasarana kerajaaan seperti sekolah, mahkamah, balai polis, klinik dan hospital. Yang nampak berjaya hanya lebuhraya utara selatan. Tetapi dengan kos yang tinggi yang menjadi beban kepada rakyat seperti diceritakan disini.

Ricesaffron@gmail.com said...

Mana punya kira kira lu guna bro,,, ok kita ANGAP benar kira kira itu, Angap saja ok,, cuba kira berapa banyak incometax yg dah di ambil olh kerajaan,, klu dalam beberapa tahu kerajaan TunM klu benar ada buat hutang beberapa billion tapi harta yg ada pd nilai sekarang juga maninkat,, cuba kira berapa puluh juta GST dikutip setahun,, berapa banyakmharta kerajaan tergadai di lingkup kan dgn hutan,, berapa punya banyak sapsidi yg kerajaan dah tarik blk,, berapa banyak pemotongan peruntukan yg telah kerajaan potong,, bro ini kira kira org kampung bukan kira kira politikndan rasuah,, ayooo yooo biar betul sikit,,, lu klu lambat dapat payment pun lambat update blog lu,,, macam GRO ada sevis ada kira,,, tak bayar no service,,, Klu ye cari mkn biar patut patot lah bro,,,

Anonymous said...

Kekalkan pembangkang sbg pembangkang supaya mereka dpt meneruskan ""khidmat cemerlang mengesan kelemahan kerajaan". Tp bab pemerintahan serahkan kpf umno ye

Anonymous said...

Dasar memberi projek2 kpd kawan2 yg sebulu harus di berhentikan. Walaupun pemerintah yg bengis Dan rakus sering buat sebegitu rupa supaya sebahagian dari harga tender itu kira hadiah kpd sepulan2 tertentu dlm UMNO. Sebab itulah pemimpin2 Malaysia bolehlah digelar perompak siang hari.

 
Blogger Templates