Thursday, March 16, 2017

SEBAGAI BOSS BESAR PARTI CAP BUNGA, KIT SIANG BERJAYA KETEPIKAN DR. MAHATHIR!!!



Mahathir kata Cap Bunga memohon masuk Pakatan Harapan yang diketuai oleh Lim Kit Siang dan mendesak agar Pakatan Harapan menggunakan satu lambang dan satu slogan bagi menghadapi PRU-14 nanti.

Baik Pakatan Harapan atau sebelum itu, Pakatan Rakyat, atau Barisan Alternatif, atau Angkatan Perpaduan Ummah atau apa-apa sahaja pakatan parti politik selain Barisan Nasional, tidak pernah menggunakan satu lambang dan satu slogan!

Dan selama 16 tahun jugalah DAP menjadi ketua barisan pembangkang, parti tersebut tidak pernah berminat untuk menggunakan logo selain logo roket mereka!

Reaksi Muhyiddin kepada Tuan Ibrahim Tuan Man akhirnya terjawab apabila Lim Kit Siang menyatakan, kerjasama antara DAP dengan Cap Bunga hanya akan bermula selepas RUU355 dan sikap Cap Bunga terhadap RUU355 yang akan dibentangkan kelak. (RUJUK SINI)

Ini adalah kerana DAP walau apa pun yang terjadi, tetap akan menentang RUU355 untuk Akta Mahkamah Syariah dengan alasan ia akan memberi kesan kepada seluruh negara.

Beberapa orang pemimpin DAP termasuklah Teresa Kok memberikan contoh bagaimana undang-undang syariah yang dilaksanakan di Acheh telah turut melibatkan penganut Buddha, sekalipun berita sebenarnya ialah, penganut Buddha berkenaan yang memilih untuk dihukum berdasarkan hukuman syariah Acheh, bukan sebaliknya. Manakala di Malaysia pula, bukan Islam tidak dibenarkan terlibat dalam undang-undang syariah, sama ada atas paksaan, mahupun atas kemahuan sendiri!

Kenyataan terbaharu Lim Kit Siang semakin mengesahkan halatuju Cap Bunga sebenarnya ke mana dan untuk apa.

Walaupun kelihatan seperti Dr. Mahathir yang memimpin Cap Bunga, hakikatnya berdasarkan kepada kenyataan Lim Kit Siang itu, parti tersebut sebenarnya adalah parti Lim Kit Siang. Lim Kit Siang yang mencorakkan Cap Bunga. Cap Bunga hanya boleh berbuat mengikut apa yang dikehendaki oleh Lim Kit Siang.

Kalau Lim Kit Siang kata, 'BERLAKON SOKONG RUU355 DEMI DAPATKAN PENGARUH PAS', maka itulah yang akan dilakukan oleh Cap Bunga. Kalau Lim Kit Siang kata, 'JANGAN SOKONG RUU355', maka itulah juga yang akan dilakukan oleh Cap Bunga.

Gerak geri dan kenyataan yang keluar dari mulut Muhyiddin sendiri mengesahkannya.

Jadi, kita tengok sahajalah apa gerakan Lim Kit Siang selanjutnya menerusi parti Cap Bunga yang dipengerusikan oleh Dr. Mahathir ini....




1 comment:

Anonymous said...

Akhirnya tergadai buah pelir Mahathir dan Muhyiddin kepada DAP. Hahahaha...

top