Social Icons

Pages

BULETIN 247

Friday, April 28, 2017

LIM GUAN ENG KENAKAN BAYARAN KEPADA RAKYAT PULAU PINANG UNTUK AIR MENTAH YANG DIPAM PBAPP DARI SUNGAI MUDA!!!



Rakyat Pulau Pinang tanpa sedar, telah membayar jutaan ringgit bagi 'kos tersembunyi' di sebalik penggunaan air di negeri itu hasil daripada ketamakan dan keserakahan pentadbiran Kerajaan Negeri yang diterajui oleh Lim Guan Eng.

Kebanyakan rakyat Pulau Pinang tidak mengetahui yang Kerajaan Pulau Pinang telah mengenakan bayaran kepada pembekal air mentah negeri iaitu PBAPP Sdn. Bhd bagi air mentah yang diperolehi SECARA PERCUMA dari Sungai Muda semenjak tahun 2011.

Sungai Muda merupakan sumber air mentah utama Pulau Pinang yang membekalkan 80% air mentah yang diproses oleh PBAPP untuk penggunaan rakyat dan penduduk Pulau Pinang.

Bayaran yang dikenakan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang itu telah menyumbang kepada peningkatan perbelanjaan (OPEX) PBAPP. Peningkatan OPEX itu kemudian dibebankan kepada pengguna air Pulau Pinang dalam bentuk peningkatan tarif dan surcaj.

Kebanyakan rakyat dan penduduk Pulau Pinang tidak tahu, Kerajaan Negeri telah memerah wang rakyat Pulau Pinang dengan kos tersembunyi hanya untuk memastikan kantung kerajaan negeri tetap penuh setelah dijoli oleh Lim Guan Eng.

Hakikatnya, walaupun Kedah tidak mengenakan sebarang caj kepada air mentah yang disalurkan menerusi Sungai Muda, Kerajaan Negeri Pulau Pinang mengenakan bayaran kepada rakyatnya pula.

Kerajaan DAP telah mengambil kesempatan di atas sikap naif dan tidak peduli rakyat terhadap pengambil untung.

Pada Bajet 2017, Kerajaan Negeri Pulau Pinang menganggarkan pendapatan daripada bayaran air mentah yang akan dibayar oleh PBAPP adalah RM20.55 juta.

Kerajaan Negeri memiliki 55% kepentingan dalam PBA Holding Berhad. PBA Holding Berhad memiliki kepentingan 100% dalam PBAPP.

Sama seperti bantuan dan geran daripada Kerajaan Pusat sebanyak RM1.6 bilion yang kemudiannya dijadikan sebagai 'pendapatan negeri' bagi pembinaan Empangan Mengkuang, Kerajaan Negeri Pulau Pinang menikmati pendapatan tambahan daripada air mentah percuma yang diperolehi dari Sungai Muda pada kos sifar, keuntungan sepenuhnya dan rakyat perlu menyara dan menanggung PBAPP menerusi bayaran bil air mereka.

Setiap tahun PBAHB mencipta keuntungan berjumlah jutaan ringgit.

Perolehan PBAHB (termasuklah surcaj pemuliharan air) antara tahun 2011 sehingga 2015 adalah RM236 juta (2011), RM244 juta (2012), RM251 juta (2013), RM261 juta (2014) dan RM300 juta (2015).

Perolehan dan keuntungan PBAHB berjumlah jutaan ringgit, sekaligus menjadi alasan sebenar kepada peningkatan surcaj air di Pulau Pinang, bukanlah disebabkan pembaziran sepertimana yang dikatakan oleh Lim Guan Eng.

Lim Guan Eng dan jentera propagandanya berkata, peningkatan surcaj tersebut hanya akan memberi kesan kepada 25% atau 126,100 daripada 504,400 orang pengguna air di Pulau Pinang.

Ironinya, orang yang sama jugalah yang menentang dan mengecam TNB apabila pembekal tenaga itu meningkatkan tarif kepada penggunaan elektrik melebihi 300KWJ setiap bulan.

Walaupun ia hanya menjejaskan 30% pengguna TNB, Lim Guan Eng dan jentera propagandanya berkata, alasan yang diberikan oleh TNB untuk meningkatkan tarif adalah 'alasan bodoh'.

Pandai bercakap tentang orang lain, tetapi Lim Guan Eng dan DAP terang-terang menipu dengan menggunakan alasan yang tidak kurang bodohnya, walaupun secara jelas, PBAHB dan Kerajaan Negeri mengaut keuntungan besar dengan menekan rakyat Pulau Pinang sendiri.

SUMBER




No comments:

 
Blogger Templates