MARI BERFORUM, BERHUJAH DAN BERTEKAK DI SINI

RADIO PILIHAN THE FLYING KICK

Wednesday, April 7, 2010

KECEK UNDI CINA, TANAH JADI MODAL

Mungkin menyedari kaum Cina sangat mementingkan pendidikan, terutama yang berkaitan dengan budaya dan kepentingan kaum mereka, Khalid Ibrahim selaku Menteri Besar Selangor telah MENGHADIAHKAN tanah tambahan kepada Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Rasa, Hulu Selangor dalam usaha meraih sokongan dan mengecek undi kaum berkenaan.

Sebelum itu, Khalid Ibrahim atas kapasitinya selaku Menteri Besar telah pun BERLAKON menyerahkan geran-geran tanah kepada peneroka-peneroka dengan ANDAIAN bakal pengundi Hulu Selangor TIDAK TAHU bahawa geran tersebut telah diluluskan oleh Kerajaan Barisan Nasional sebelum itu. Pentadbiran Khalid hanya menyerahkan geran tersebut sebagai umpan pilihanraya sekalipun kerajaan negeri Pakatan Rakyat pimpinannya tidak PERNAH MELULUSKAN sebidang tanah pun kepada orang Melayu sepanjang 2 tahun berkuasa, melainkan mengambil nama daripada usaha kerajaan negeri sebelum Mac 2008.

Sebaliknya Kerajaan Negeri Selangor di bawah Pakatan Rakyat lebih banyak meluluskan permohonan tanah daripada kaum Cina dan India sama ada untuk tujuan komersial, pendidikan mahupun keagamaan.

Pada masa yang sama, untuk mengambil hati pengundi-pengundi Melayu pula, Khalid Ibrahim akan membentangkan KERTAS PUTIH bagi tujuan menjelaskan apa sebenarnya yang berlaku kepada YAYASAN BASMI KEMISKINAN yang rata-ratanya membantu golongan miskin dan yatim piatu tanpa mengira kaum.

Kertas putih, kertas biru, kertas merah atau kertas biru air laut sekalipun, Khalid boleh sahaja menggunakan helah Lim Guan Eng yang memanipulasikan angka dan fakta dalam setiap PERSEMBAHANNYA walaupun hakikatnya tindakan yang dilakukan adalah bertentangan.

Contoh terbaik ialah bagaimana Lim Guan Eng MENGHAPUSKAN perniagaan kecil-kecilan orang Melayu DENGAN ALASAN kesesakan atau penempatan haram, tetapi pada masa yang sama, boleh pula mencari jalan untuk MENGHALALKAN penggerai-penggerai haram berbangsa Cina dengan menutup sebatang jalan bagi memudahkan mereka berniaga. Untuk mengelakkan kemarahan orang Melayu berlarutan, dikeluarkan angka-angka yang menunjukkan betapa Kerajaan Negeri Pulau Pinang bertindak lebih keras ke atas peniaga-peniaga Cina berbanding Melayu.

Khalid Ibrahim boleh menggunakan pendekatan itu. Jangan risau, tanah di Selangor ini banyak lagi. Bagi sahajalah. Kalau tak cukup, di Hulu Langat ini pun banyak lagi tanah Melayu.... terutama di kawasan Sungai Lui, Sungai Tekali dan Batu 8.

Kerajaan Pakatan Rakyat kan KERAJAAN PRIHATIN dan BERKEBAJIKAN?

Bagus betul depa ni buat kerja... yang UMNO kerja untuk MIC, yang Melayu PKR kerja untuk Cina DAP... orang Melayu? Kita adalah bangsa yang berhemah yang akan sentiasa membentangkan karpet merah untuk bangsa lain menginjak-injak kepala kita. Kalau depa minta masjid nak ditukarkan jadi tokong dan kuil pun, kita akan serah dengan sepenuh rela. Al-maklumlah, kita kan nak jaga perpaduan dan SEMANGAT SETIAKAWAN.
Continue Reading...

ATAS NAMA TRADISI... UMNO JILAT DAKI MIC

Najib Abdul Razak selaku Pengerusi Barisan Nasional dan Presiden UMNO telah mengumumkan bahawa calon yang akan bertanding di kerusi Parlimen Hulu Selangor adalah dari parti MIC. Ternyata atas semangat mempertahankan tradisi, Melayu UMNO sekali lagi menghulurkan tengkuk, batang tubuh dan tulang belakang untuk diragas dan disuntut oleh parti-parti komponen BN yang lain.

Semuanya kerana TRADISI.

P94 Hulu Selangor kali pertama dipertandingkan dan dimenangi oleh calon dari Kaum Ibu UMNO bernama Halimaton Saadiah pada 1955. Atas perasaan muhibbah dan toleransi tinggi kaum Melayu, Pada tahun 1959, kerusi tersebut diserahkan kepada MCA dengan calonnya, Ong Yoke Lin (Tun Omar Ong Yoke Lin) memenangi. 1982, kerusi berkenaan disandang pula oleh Lee Kim Sai, tokoh MCA yang pernah menaikkan kemarahan orang Melayu kerana menuntut penghapusan hak keistimewaan Melayu. Selepas Lee Kim Sai, pada tahun 1987, kerusi berkenaan diserahkan pula kepada S.S. Subramaniam dari MIC sehinggalah pada tahun 1990 apabila G.Palanivel dari MIC pula menyandangnya.

2008, kerusi di kubu selamat BN itu terlepas ke tangan PKR dengan calonnya Dr. Zainal Abidin Ahmad (Allahyarham) menang walaupun dengan majoriti undi yang sangat tipis berikutan protes rakyat terhadap kelemahan dan kepincangan pentadbiran Abdullah Badawi ketika itu. Pada masa yang sama, penduduk Hulu Selangor mula tidak berpuas hati dengan prestasi G.Palanivel yang sudah tiga penggal menyandang kerusi berkenaan tetapi sukar melihatnya di Hulu Selangor kecuali sewaktu pilihanraya.

Nampaknya pilihanraya kecil kali ini, UMNO yang masih tebal dengan sifat-sifat pemalu dan PENYEGAN Melayunya, menyerahkan kepada MIC biarpun suara akar umbi, termasuklah dari kalangan masyarakat India sendiri meminta agar UMNO sendiri meletakkan calonnya di situ untuk bertanding.

Ternyata barisan kepimpinan UMNO yang diketuai oleh Najib Razak lebih memilih jalan sukar berbanding jalan mudah yang menjamin kerusi tersebut kembali ke pangkuan Barisan Nasional. Arahan Najib agar siapa pun yang diletakkan sebagai calon di kerusi tersebut tidak perlu dipertikaikan, sebenarnya SANGAT BOLEH DIPERTIKAIKAN.

Apa perlu UMNO Hulu Selangor mengerahkan para petugasnya untuk bekerja keras bagi pihak MIC sedangkan MIC tidak pernah mengerahkan para petugasnya untuk bekerja bagi pihak UMNO? Sehari dua orang atasan MIC muncul untuk berkempen, selebihnya adalah untuk UMNO, dari Perdana Menteri sampailah ke tukang kutip tin terpakai. Manakala para petugas MIC, pasti akan bersikap seperti mandur dan 'tandey'. Malah percayalah, biarpun calon yang diletakkan kali ini tetap dari MIC, para petugas yang bersungguh-sungguh bekerja nanti adalah dari UMNO. Kalau ada pun dari MIC, seekor dua yang tersesat atau menerima arahan supaya kata-kata bodekan dan mengampu melekakan Melayu-Melayu yang bekerja untuk MIC.

Nampaknya kena gelak lagilah Melayu di Hulu Selangor, terutama barisan kepimpinan UMNO yang masih gagal melihat dan merasai denyut nadi sebenar pengundi di Hulu Selangor.

Satu cadangan, apa kata kalau serahkan sahaja kerusi itu kepada Pakatan Rakyat? Bukankah itu lebih baik daripada membuang duit dan membuang air liur dengan janji-janji yang pelbagai tetapi kemudian hilang senyap macam asap naik ke langit?

Kepada Pakatan Rakyat terutama PKR... BRAVO... anda sudah menang!
Continue Reading...

HULU SELANGOR: PALANIVEL OUT, MIC 'STILL' ON

G.Palanivel, calon proksi S.Samy Vellu, 'Mahagaru' MIC dikatakan telah diketepikan daripada menjadi calon Barisan Nasional di Kerusi Parlimen Hulu Selangor atas faktor, kurang disenangi rakyat dan sukar didekati. Sekalipun Samy Vellu cuba memberikan imej baik kepada proksinya itu, namun reaksi yang diberikan oleh penduduk Hulu Selangor menjelaskan perkara sebaliknya.

Malah faktor itulah juga yang menyebabkan Palanivel kalah dengan majoriti tipis di Kerusi Parlimen Hulu Selangor dalam Pilihanraya Umum Ke-12 lalu.

Keputusan mengenepikan Palanivel dibuat hasil perbincangan Najib Abdul Razak dengan beberapa orang pemimpin utama MCA. Para pemimpin MCA itu secara jelas menolak Palanivel dan mahukan 'perubahan besar' terhadap calon yang bakal diletakkan di Hulu Selangor. Malah dua daripada tiga orang ADUN yang berada di dalam Parlimen Hulu Selangor turut menemui Najib untuk menyatakan bantahan mereka terhadap pencalonan semula Palanivel di Kerusi Parlimen Hulu Selangor.

Bagaimanapun, calon yang bakal dipertandingkan di kerusi tersebut dikhabarkan, tetap diambil dari MIC. Setakat ini, Ketua Pemuda MIC Bahagian Hulu Selangor, V.Mugilan dikatakan berpeluang cerah menjadi calon. Apatah lagi hubungan rapat Mugilan dengan ADUN Hulu Bernam, Idris Abu Bakar dan ADUN Batang Kali, Mohd Isa Abu Kassim, memberikan peluang cerah kepada Mugilan untuk dipilih.

Berita ini pasti akan menjadi tamparan hebat kepada Sammy Vellu yang masih cuba mengekalkan kedudukannya selaku Presiden MIC. Malah, dikhabarkan juga, Sammy Vellu 'diminta' agar tidak muncul pada hari kempen di Hulu Selangor bagi memastikan undi masyarakat India tidak lari kepada pembangkang.

Perlu diketahui, kebanyakan peruntukan kerajaan untuk masyarakat India di negara ini, disalurkan menerusi MIC.

Tinjauan secara rambang mendapati, desakan agar kerusi Parlimen Hulu Selangor dipulangkan kepada UMNO, ada asasnya. Tiga penggal Palanivel menjadi Ahli Parlimen di situ, tidak banyak perubahan yang dilakukan kepada masyarakat India tempatan, sebaliknya yang mengalami 'perubahan besar' hanyalah Palanivel sendiri.
Continue Reading...

TIAN CHUA ADALAH 'LITTLE NAPOLEON' - WEE CHOO KEONG

Wee Choo Keong, Ahli Parlimen Wangsa Maju secara berterus-terang memberitahu, Tian Chua, Ahli Parlimen Batu merangkap Pengarah Strategik PKR merangkap penggigit cuping telinga polis dan bekas boyfriend Elizabeth Wong adalah salah seorang 'Little Napoleon' yang dimaksudkannya.

Menurut Wee Choo Keong, Tian Chua telah melakukan pelbagai onar untuk memburukkan pemimpin negara yang sebenarnya tidak ada kaitan langsung dengan kelangsungan hidup rakyat negara ini, sebaliknya sekadar satu cubaan untuk meraih sokongan popular daripada rakyat di samping menyembunyikan belang sebenar tuannya.

Ahli Parlimen Wangsa Maju merangkap Presiden Parti Demokratik Malaysia yang menang atas tiket PKR pada Pilihanraya Umum Ke-12 lalu menegaskan, Tian Chua sepatutnya diambil tindakan oleh partinya memandangkan tindak-tanduk dan gelagatnya yang membahayakan. Bagaimanapun, parti pembangkang tersebut lebih cenderung untuk mengambil tindakan ke atas Ahli-Ahli Parlimennya yang lain atas kesalahan yang lebih kecil dan remeh-temeh.

Choo Keong tidak gentar untuk dihadapkan ke Jawatankuasa Disiplin PKR atas dakwaannya itu tetapi mempersoalkan tentang kewajaran badan tersebut membebaskan Tian Chua yang telah melakukan kesalahan lebih besar dengan mengubahsuai gambar dan menindih gambar pemimpin negara dalam usaha mengaibkannya serta menyebarkan gambar tersebut di Internet.

Tian Chua sebelum ini telah mengaku melakukan penipuan gambar. Bagaimanpun, dalam banyak keadaan, Tian Chua tidak pula menerangkan maksud sebenar perbuatannya itu dan siapa yang telah mengarahkan dia untuk berbuat demikian.

Altantuya Shiiribu cuba dijadikan sebagai senjata pemusnah oleh Tian Chua dan ketuanya untuk menghalang Najib Abdul Razak daripada menjadi Perdana Menteri Malaysia Ke-6. Pembunuhan ngeri wanita Mongolia itu cuba dikaitkan dengan Najib Abdul Razak dan isterinya, Rosmah Mansur sekalipun Najib Abdul Razak dan isterinya menafikan perbuatan keji tersebut.

Malah Najib Abdul Razak turut bersumpah bahawa dia tidak mengenali serta bertemu dengan Altantuya. Sekeping gambar disebarkan di Internet bertujuan untuk menyanggah penafian Najib Abdul Razak. Gambar berkenaan dijaja di serata blog pro-pembangkang dan dikatakan bukti Najib Abdul Razak menipu.

Bagaimanapun, pengesanan dan teknik Photoshop dan Illustrator yang digunakan terlalu bersifat AMATUR, memakan diri. Tersepit, akhirnya Tian Chua mengakui penipuan foto tersebut dilakukannya. Pun begitu, pengakuan Tian Chua kurang diperkatakan oleh blog-blog serta portal berita pro-pembangkang, sebaliknya sehingga kini mereka tetap cuba mengaitkan Najib serta isterinya dengan wanita malang dari Mongolia itu.

Gambar di bawah adalah gambar yang dimaksudkan oleh Woo Chee Keong.


Continue Reading...

SAMAN ANWAR, SAMAN

Apabila Zahrain Mohamed Hashim mendedahkan bahawa 'firaun' yang mengarahkan Zul Noordin agar mengaitkan Najib Abdul Razak dengan kematian Altantuya Shiiribu, ia sebenarnya bukanlah perkara aneh. Malah ia langsung tidak memeranjatkan. Sebabnya semua orang sudah nampak kaitan antara Anwar dengan semua pembohongan dan fitnah yang berlaku dalam dunia politik Malaysia.

Bagaimanapun, dalam satu keadaan yang lain, ramai yang menanti-nantikan tindak balas Anwar Ibrahim. Anwar Ibrahim merupakan antara yang paling licik di dunia ini untuk menutup topeng sebenar dirinya. Salah satu instrumen yang digunakan adalah memanipulasikan undang-undang dengan menggunakan barisan peguam-peguam yang dianggap antara terbaik dan TERMAHAL di Tanah Melayu ini.

Anwar Ibrahim baru sahaja diarahkan oleh mahkamah agar meminda pertuduhan dalam kes dia menyaman Datuk Anifah Aman, Menteri Luar dan Kerajaan Malaysia atas alasan fitnah kepada pendakwaan individu. Sesuatu yang sebenarnya lebih melecehkan dan meletihkan peguambelanya kerana terpaksa menyediakan dua peluru yang berasingan dan bakal berhadapan dengan dua pasukan pembela yang sama sekali berlainan.

Apakah Anwar Ibrahim sekali lagi terpaksa MENYAMAN dan meminta injuksi mahkamah dengan dakwaan terbaru Zahrain, apatah lagi Zahrain turut menuduh Anwar merupakan dalang dalam usaha memburukkan imej Nazri Aziz menerusi tingkahlaku anak lelaki Nazri Aziz sendiri?

Dan kali ini, berapa pula nilai saman yang akan difailkannya? Adakah RM100 juta atau lebih?

Sama-samalah kita nantikan episod seterusnya 'Drama Politik Dekad Ini'....
Continue Reading...

KATA NAJIB, KATA PENGUNDI

Kata Najib, kita kena kerja kuat
Kata Pengundi... kami dah lama kena kerja

Kata Najib, jangan pilih calon
Kata Pengundi... calon kena pilih

Kata Najib, kita mesti menang
Kata Pengundi... kami tengok calon sebelum pangkah

Kata Najib, BN adalah kesatuan parti pemerintah
Kata Pengundi... UMNO hanya kuli dalam BN, tauke BN ialah GERAKAN, MIC, MCA, PPP

Kata Najib, sekarang masanya BN menang
Kata Pengundi... sekarang masanya tengok calon... MIC kalu, Hulu Selangor PAKATAN punya!
Continue Reading...

Tuesday, April 6, 2010

GEMPAR! VIDEO SKANDAL SEKS ERDOGAN PAS BAKAL DIDEDAHKAN?

GEMPAR!!!!

VIDEO SKANDAL SEKS SEORANG PEMIMPIN ERDOGAN PAS DI SEBUAH HOTEL DI PUDURAYA BAKAL DISIARKAN DI INTERNET!

PEMILIKNYA KINI BERADA DI SEBUAH NEGARA ASING BAGI MENGELAKKAN TINDAKAN PIHAK BERKUASA MALAYSIA KERANA MEMILIKI BAHAN LUCAH DAN MENYEBARKANNYA. PENYEBARAN VIDEO ITU AKAN DIBUAT DARI NEGARA BERKENAAN.

NANTIKAN KEMUNCULAN VIDEO YANG MENGGEMPARKAN ITU!!!!

Itu maklumat yang baru diterima. Bagaimanapun, laporan dan motif tindakan tidak dapat disahkan!

Semoga dijauhkan kita daripada perbuatan membuka aib seseorang biar sebenci mana pun kita kepada orang berkenaan kerana dengan tindakan tersebut, Allah Taala akan membalas dengan membuka aib kita pula. Dan semoga Allah Taala mengampunkan orang berkenaan dan memberi hidayah serta petunjuk kepadanya sekalipun niatnya tidak diteruskan.
Continue Reading...

ALAHAI SENANGNYA KENA TIPU PEMIMPIN PAS NIH!


Anggota Parlimen Padang Terap dari PAS, Nasir Zakaria begitu berbangga kerana istilah-istilah yang digunakan oleh Dr. Tan Seng Giaw, (MP DAP Kepong) ketika berbahas di Dewan Rakyat. Menurutnya, dengan penggunaan istilah-istilah tersebut, bermakna Islam sedang berkembang subur. (Baca rasa bangga bangangnya di sini)

Dengan kata lain yang lebih mudah, DAP telah menerima Islam sebagai agama syumul hasil pentarbiahan PAS.

Malangnya, Ahli Parlimen PAS ini dan sekalian ramai pemimpin-pemimpin PAS yang lain, mereka sebenarnya cukup BODOH dan BAHLOL dalam menanggapi sikap kaum kafir yang tidak ingin melihat perpaduan dan kesatuan ukhwah muslimin. Dengan hanya menggunakan istilah-istilah tersebut, mereka beranggapan, kaum kafir seperti Ahli Parlimen dari DAP itu sudah boleh diislamkan.


Mereka semua seharusnya mempelajari bagaimana Snouck Hurgronje (8 Februari 1857 - 26 Jun 1936) membuat onar dalam kefahaman WAHDATUL WUJUD atau juga dikenali sebagai HULUL menerusi kepakarannya di dalam disiplin keilmuan berkenaan. Snouck Hurgronje berjaya menipu Melayu-Melayu di kepulauan Jawa sehinggalah pemerintah Wahabi Arab Saudi. Bahkan, dia merupakan antara pengintip-pengintip kafir yang berjaya masuk ke pekarangan Masjidil Haram dan berada di hadapan Kaabah dengan menyamar sebagai seorang muslim dan bersahabat dengan para ulama ternama di Makkah dan di Acheh serta Jawa.

Sekalipun ilmu Wahdatul Wujud, Usulul Tahkik, Martabat Tujuh dan Hulul menjadi kepakarannya, Snouck Hurgronje hanya bertujuan untuk memusnahkan Acheh dan umat Islam di sana yang menjadi masalah besar kepada penjajah Belanda. Tidak sedikit pun, Snouck Hurgronje diberikan hidayah dan menganuti agama yang telah dimohorkan oleh Allah Taala, sekalipun dia telah berkahwin dengan penduduk tempatan dan mempunyai anak-anak hasil daripada perkahwinan taqiyyahnya itu.

Terlalu bersangka baik terhadap kaum kafir yang sentiasa bercita-cita melihat kemusnahan umat Islam dan pada masa yang sama, terlalu berprasangka terhadap saudara-saudara seagama, membuatkan kelompok pemimpin PAS-Erdogan seperti Nasir Zakaria ini, hanya berketayap untuk menunjukkan kealimannya, bukan kerana sunnah Rasul.

Kalau inilah yang dikatakan pejuang agama dan sanggup berhari bermalam semata-mata kerana agama Islam, Allah Taala dan Rasulullah s.a.w, nampak gayanya semakin ramailah Snouck Hurgronje akan muncul di Tanah Melayu, terutamanya yang berwajah Lim Guan Eng, Tan Seng Giaw, Ngar Kor Meng, P.Gobalakrisnan dan ANWAR IBRAHIM.

Mengapa agaknya jemaah yang begitu rapat dengan al Quran dan al hadis, begitu mengambil berat akan ijma' dan qias, mudah didorong dek penipuan kaum kafir dan munafik?

Continue Reading...

KESIAN NIZAR JAMALUDDIN... MACAM ANJING KURAP BASAH KUYUP

Saya terbaca di blog RBF (BACA DI SINI) yang memperincikan tentang kejadian memalukan di Jalan Kebun yang pernah menjadi tempat saya berkampung suatu ketika dahulu. Memandangkan zaman REFORMASI di Jalan Kebun sudah lama berakhir, saya tidaklah lagi menjenguk ke sana bertemu dengan para sahabat yang pernah berada di saf hadapan MENELAN AIR KUMBAHAN WATER CANON FRU dan wasap gas pemedih mata yang baunya seperti bau bawang putih yang tersangat tengik.

Saya segera menghubungi salah seorang sahabat yang masih lagi menjadi salah seorang AJK Pemuda PAS Kawasan, juga salah seorang yang terlibat dalam isu Kepala Lembu. Saya cuba dapatkan cerita daripadanya.

"Kesian dia, yop... macam anjing kurap basah lencun. Ekor tersepit. Mariah pun lari.... ingat, bila orang luar ramai masuk kampung, diorang boleh sesuka hati la?"

"Jadi, betullah macam yang dikatakan tu?" tanya saya.

"Betul tak betul, yop tunggu sajalah. Cuba tanya syeikh Seksyen 4 kita. Dia pun ada malam tadi."

"Khalid tak datang?"

"Khalid lembu atau Khalid gereja?"

"Khalid Gerejalah."

"Dia takkan berani datang. Kalau dia nak rasa anunya dicili-cili, datanglah."

Saya masih tidak dapat buat kesimpulan kerana saya tidak ada di tempat kejadian. Tapi bagi sesiapa yang nak mula buat bayangan tentang kejadian memalukan Nizar Jamaluddin nih, pergilah baca BLOG RBF.
Continue Reading...

KESIAN WARGA TUA PULAU PINANG... TAPI....

Sahabat blogger OrangKasai menimbulkan perkara ini di blognya. Ada isu menarik yang boleh dikupas, sekalipun ia mungkin bola tanggung yang menjadi senjata kepada mereka yang melihatnya dari sudut pembangkang.

Sharizat Abdul Jalil, Mak Menteri Wanita kita menyelar tindakan Kerajaan Pulau Pinang yang 'menghina' warga tua Pulau Pinang dengan bantuan tidak sampai RM10 sebulan. (baca di sini)

Sebenarnya, walau apa pun alasan yang diberikan oleh Kerajaan DAP dan PKR Pulau Pinang (bukan Kerajaan Pakatan kerana PAS tidak wujud dalam pentadbiran negeri), ianya jelas merupakan satu bentuk rasuah yang mereka sendiri perangi. Cuma untuk mengaburkan makna rasuah itu sendiri, nilainya dikurangkan kepada RM100 setahun.

Mungkin untuk MEMADANKAN MUKA DAP dan PKR di Pulau Pinang, Sharizat mengeluarkan kenyataan berkenaan. Hakikatnya, keprihatinan terhadap rakyat, bukanlah perkara yang boleh dimegah-megahkan kerana ia merupakan TANGGUNGJAWAB setiap kerajaan yang diberikan kepercayaan untuk mentadbir.

Kerajaan Pusat sendiri masih gagal MEMPRIHATINKAN rakyat dengan pelbagai masalah yang sedang melanda negara. Dari isu kemasukan dan kebanjiran warga asing, sehinggalah kadar jenayah yang SANGAT TINGGI serta pelbagai anasir subversif yang cuba memecah-belahkan perpaduan negara dan rakyat, menteri seperti Shahrizat sepatutnya bersikap lebih peka.

Jangan hanya kerana ianya mampu memberi pulangan politik yang baik kepada partinya, Shahrizat mengeluarkan kenyataan seperti itu sedangkan perkara lain yang lebih besar, dipandang dan dilihat dengan sebelah mata.

Perhatikanlah bagaimana kebanjiran warga asing di negara ini membolosi sempadan dan pintu negara dengan mudah seolah-olah kita tiada sebarang agensi keselamatan. Perhatikan juga bagaimana warga Myanmar yang hanya berbekalkan kad pengenalan UNHCR bebas bergerak dan mengemis atau menjadikan kawasan Selayang sebagai sarang mereka. Begitu juga dengan warga Indonesia, Filipina dan segala macam negara lagi.

Silap-silap, kalau dikelebek betul-betul, pasti akan ada warga ESKIMO yang tersesat dan tinggal melebihi visa pelancong kerana tertarik dengan pokok kelapa dan cuaca panas kita.

Nak harapkan Menteri Dalam Negeri? Harapkan mulut sahaja yang besar, suara sahaja garau dan garang, tapi tindakan... alahai... mengalahkan pondan tua tak dapat pelanggan! Dah tiga bulan dah janji, operasi menangkap dan menghalau pendatang tanpa izin akan dilakukan SECARA BESAR-BESARAN di samping MEMBERI AMARAN agar warga tempatan tidak melindungi mereka, tapi kat Pandan Indah ni, operasi yang diadakan sekadar melepaskan kentut setelah MENGENTOT!

Kesian warga Malaysia!
Continue Reading...

APCO: SAMSUL KENCING TUNJUK PANDAI

Dalam usaha untuk MENGISBATKAN Anwar Ibrahim, Ketua AMK, Samsul Iskandar Mohd Akin telah membuat laporan polis agar Najib Abdul Razak dan Khairy Jamaluddin Abu Bakar disiasat tentang hubungan langsung dan tidak langsung mereka dalam mendedahkan keselamatan negara kepada Zionis Israel.

Turut dilaporpoliskan oleh Samsul Akin ini adalah Pengarah Ethos & Company, Omar Mustafa. Omar Mustafa dahulunya adlaah Penasihat Najib Abdul Razak.

Mentaliti Samsul ini sebenarnya beracuankan PEMBOHONGAN dan PUTAR-BELIT Anwar Ibrahim yang akan menggunakan apa isu sekalipun, hatta taik di tepi jalan semata-mata untuk menyelamatkan air mukanya daripada dimalukan di mahkamah berhubung perangai 'anehnya' meliwat kaum sejenis.

Laporan polis sepatutnya ditujukan kepada Anwar Ibrahim yang lebih banyak berhubung secara langsung dengan pihak Zionis. Anwar Ibrahim pastinya telah menggunakan kapasitinya selaku bekas Timbalan Perdana Menteri dengan menyalurkan pelbagai maklumat, sehinggakan para TIANG ZIONIS DUNIA berdiri teguh di belakangnya dalam apa jua isu yang bertentangan dengan aspirasi Kerajaan Malaysia dan umat Islam.

Apatah lagi kewujudan 'kotak-kotak ajaib' yang pernah bergema 12 tahun lalu, sehingga kini senyap dan sunyi. Ezam Mohd Nor ketika ditanya tentang 'kotak-kotak ajaib' tersebut mengatakan, ianya 'selamat' berada di tangan Anwar Ibrahim. Sedangkan Anwar Ibrahim pula, tidak pernah menimbulkan lagi isu kotak-kotak ajaib berkenaan.

Apa yang ada di dalam kotak-kotak ajaib itu, pastinya sesuatu yang berkaitan dengan keselamatan negara. Kotak-kotak ajaib itu digunakan untuk memeras-ugut kerajaan agar lebih bertolak ansur dengan Anwar Ibrahim ketika menjalani hukuman akibat perbuatan meliwat dan rasuah salah guna kuasa.

Dan tidak mustahil, kotak-kotak ajaib itu merupakan faktor utama yang menyebabkan hukuman Anwar dikurangkan dan dia dibebaskan akibat faktor teknikal oleh Mahkamah Persekutuan sekalipun ketiga-tiga hakim SEPAKAT, ANWAR MELIWAT.

Lebih aneh apabila isu APCO Worldwide digendangkan oleh Anwar Ibrahim, dia bergegas ke luar negara dan bertemu dengan tokoh-tokoh Pergerakan Zionis Dunia yang berselindung di sebalik pelbagai pertubuhan dan agensi.

Cuma yang menghairankan, mengapa sehingga kini tidak seorang pun Ahli Parlimen Barisan Nasional membuat laporan polis tentang hubungan Anwar Ibrahim dengan ZIONIS dalam menjahanamkan negara ini atas nama DEMOKRASI dan HAK ASASI.

Nak harapkan Samsul Iskandar Mohd Akin? Dia lebih senang terkencing di dalam seluar dan mengencing orang ramai daripada MENDERHAKA kepada Anwar Ibrahim, Nurul Izzah dan Wan Azizah... dan tidak dilupakan juga, Azmin Ali dan isteri!



Continue Reading...

TOLOL MEREKA TAK PERNAH HABIS

Pemuda PAS Perak nampaknya tersinggung sungguh dengan tindakan Pemuda UMNO Perak yang menghantar memorandum kepada Istana Perak agar darjah kebesaran yang dianugerahkan kepada ADUN Pakatan Rakyat dilucutkan kerana gelagat ADUN-ADUN Pakatan yang tidak menghormati baginda sultan dan Raja Muda dalam banyak majlis dan keadaan.

Untuk tujuan itu, Timbalan Ketua Pemuda PAS Perak, Mohd Munir Ali MENYALAK Pemuda UMNO Perak untuk berdebat kerana katanya, dengan hanya berdebat atas sebarang isu yang dipertikaikan, keadaan di Perak akan kembali stabil.

Berdebat dan bertekak, takkan itu sahaja yang mampu dilakukan oleh Pemuda PAS Perak? Bila lagi nak bertanding siapa yang bekerja lebih kuat untuk rakyat Perak? Takkan dengan berdebat, semua kerja boleh selesai?

Ni apa punya tolol andaian yang dibuat oleh Timbalan Ketua Pemuda PAS nih? Kalau inilah rupanya pemimpin pelapis yang duk ada dalam PAS, nampak gayanya PAS tidak akan keluarlah daripada kepompong BANYAK BERCAKAP, BANYAK CERAMAH TAPI TOLOL DAN MALAS BEKERJA sampai bila-bilalah!

Dua negeri berada dalam tangan PAS tetapi sehingga ke hari ini, Kelantan yang sudah 20 tahun ditadbir Nik Aziz masih berkeadaan tahun 80-an dahulu, manakala di Kedah pula, pertumbuhan ekonomi tetap di takuk lama. Pembangunan-pembangunan sekadar di dalam ceramah, dalam HARAKAHDAILY, dalam temberang sesama pemimpin PAS dan dalam mimpi ahli-ahli PAS.

Cuba Timbalan Ketua Pemuda PAS itu MENCABAR Pemuda UMNO, siapakah yang paling bekerja kuat untuk ditunjukkan kepada rakyat Perak. Rakyat Perak tidak memerlukan sembang-sembang deras seperti yang ada di dalam PAS sekarang ini tetapi memerlukan perancang kerja yang baik kerana rakyat Perak rata-ratanya makan nasi, bukannya makan ceramah atau kuliah agama yang sarat dengan hujah, PILIHLAH AKU!
Continue Reading...

Monday, April 5, 2010

BILA NAK KALAH, MULALAH... PENGUNDI HANTUUUU... menyampah!


PKR hairan wujud 2,561 pengundi baru

SHAH ALAM - Parti Keadilan Rakyat (PKR) mempersoalkan kehadiran 2,561 pengundi baru yang direkodkan sejak Pilihan Raya Umum Ke-12 pada 8 Mac 2008 dan menyifatkannya sebagai ajaib.

Pengarah Pilihan Raya PKR Selangor, Abdullah Sani Abdul Hamid berkata, pihaknya terkejut dengan perkembangan itu, walaupun tidak menafikan parti-parti politik terlibat dalam kerja pendaftaran pengundi baru.

Menurutnya, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) perlu menjelaskan isu tersebut kerana jumlah pengundi muda tidak mungkin mencecah 2,000 orang dalam tempoh setahun. (BACA SETERUSNYA)

Para komander PKR sudah mula bermain dengan isu 'pengundi hantu'. Isu 'pengundi hantu' hanya akan muncul apabila komander-komander Pakatan Rakyat kurang yakin kemenangan akan berpihak kepada mereka. Isu ini juga akan muncul bagi menimbulkan kemarahan bakal pengundi kepada kerajaan dan SPR, sekaligus membolehkan Pakatan Rakyat memenangi sebarang pilihanraya kecil yang mereka sertai.

Permainan psi-war yang cuba didendangkan oleh komander-komander Pakatan Rakyat, terutama dari PKR bertujuan tidak lain dan tidak bukan untuk menyedapkan hati mereka sendiri. Pada pilihanraya umum ke-12, isu pengundi hantu hanya muncul seketika tetapi apabila PKR, DAP dan PAS menang banyak kerusi, isu tersebut hilang lenyap begitu sahaja.

Isu pengundi hantu kembali bergema dan didendangkan secara meluas apabila Pakatan Rakyat kalah di DUN Bagan Pinang. Kemenangan di Kuala Terengganu, Bukit Selambau, Penanti, Permatang Pauh, Bukit Gantang dan dua tempat lain, tidak pula dipersoalkan tentang kewujudan pengundi hantu.

Hantu... hantu... hantu... tetapi sebenarnya di dalam Pakatan Rakyat, terutama PKR, TERSANGATLAH BANYAK hantu-hantu yang berkeliaran... salah satu kepala hantunya bernama Saifuddin Nasution!
Continue Reading...

NAK BELA NIK AZIZ MACAM MANA LAGI?


KICKDEFELLA telah membongkar kejahatan dan kebejatan pentadbiran Nik Aziz dalam mencuri serta menjarah kekayaan balak Kelantan di kalangan mereka, tetapi memberikan pelbagai alasan bahkan sanggup MENIPU bahawa ekonomi bukanlah perkara utama di dalam Islam, untuk mengaburi mata dan akal fikiran umat Melayu yang masih lemah pegangan agama mereka.

Barangkali menyedari impak besar daripada pendedahan Kickdefella yang pernah berada di dalam pasukan Nik Aziz sebelum dicampak keluar akibat perbalahannya dengan menantu Nik Aziz, para bloggers pro-pembangkang, khususnya yang menyanjungi Nik Aziz mula panas buntut, pasukan PEMBELA Nik Aziz cuba mengembalikan imej zuhud dan alim Nik Aziz.

Bagaimanapun, mereka jelas kehilangan arah untuk mempertahankan pemimpin pujaan mereka itu. Kebanyakan mereka sekadar mempersoalkan moraliti dan baiah selaku ahli PAS. Malangnya, mereka tidak mampu mematahkan hujah Kickdefella dan data-data yang dipaparkannya.

Anda boleh baca sendiri KELUHAN mereka dan nilaikanlah bagaimana hujah mereka sudah MATI ANGIN.

(1) http://sauhdibongkar.blogspot.com/2010/04/berbulu-ayamkah-musang-itu.html

Continue Reading...

BILA HUSNI HANADZLAH BERANAK ANGKATKAN SEORANG BUDAK CINA... KEMPEN HULU SELANGOR GAK KER?

Husni Hanadzlah bersama-sama anak angkatnya, sambil diperhatikan oleh Leong Meow Yong yang kudung tangan kirinya.

Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah telah mengambil seorang anak angkat berbangsa Cina, Leong Han Ni, 9 tahun dalam satu majlis di Kampung Baru, Temoh dekat Tapah pada 4 April lalu. Leong, seorang pelajar pintar, telah ditinggalkan oleh kedua-dua orang ibu bapanya yang berpisah ketika masih kecil dan dipelihara oleh datuknya, Leong Meow Yong, 79, yang juga seorang OKU. (The Star)

Ketika para pemimpin pembangkang sarat dengan LELUCON apa yang dilakukan oleh para pemimpin BN sebagai rasuah, gula-gula dan umpan pilihanraya, besar kemungkinan tindakan Menteri Kewangan Kedua ini juga turut akan menerima tempias yang sama.

Itu kempen pilihanraya saja. Untuk ambil hati orang Cina... barangkali itulah yang akan bermain-main di blog dan media pro-pembangkang selepas ini.
Continue Reading...

MALAYSIAN FIRST, CHINESE SECOND.... A PRETTY LIAR, HUGH?

Kalau kelebek kat mana-mana blog, terutama sekali blog Lim Kit Siang, anda pasti akan tersua dan terbaca tentang 'I'm Malaysian first, Chinese second'. Ia adalah sebagai cara momokkan kepada 1Malaysia dan kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin tentang keadaan dirinya yang memperakui bahawa dia adalah Melayu dan kedua sebagai rakyat Malaysia.

Seluruh angkatan DAP dan para penjilat mereka termasuklah PAS-Baru, apatah lagi PKR merupakan ANJING-ANJING SETIA kepada PAP yang dipimpin oleh Lee Kuan Yew yang cukup dikenali oleh penduduk Kluang, Johor sebagai KEPALA SAMSENG era awal 60-an dulu. Dengan kerenah dan tindakan subversif PAP yang dipimpin oleh Lee Kuan Yew pada masa itu, mereka akhirnya berjaya mengambilalih pentadbiran Singapura setelah Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj memandang ringan keupayaan Lee Kuan Yew.

Selepas 'kejayaannya' itu, Lee Kuan Yew memulakan siri pembersihan Melayu di dalam pentadbiran dan partinya. Pengasas bersama PAP, A.Samad Ismail (Allahyarham dan Tan Sri) diterajang keluar dari PAP dan diharamkan menjejakkan kaki ke Singapura atas alasan-alasan bangang yang diberikan oleh Lee Kuan Yew. Kampung-kampung Melayu dirampas atas alasan pembangunan dan umat Melayu disingkirkan dari bumi Singapura secara ekonomi. Manakala saki-baki UMNO Singapura, dikucar-kacirkan dengan penghantaran masuk ANJING-ANJING Kuan Yew bagi memastikan UMNO Singapura TETAP berpecah-belah.

Dan lebih ramai CINA dari seluruh tanah serta kepulauan Cina dibawa masuk ke pulau tersebut bagi memastikan majoriti Melayu dikecilkan dan akhirnya menjadi minoriti. Sejarah sebenar kewujudan Pulau Singapura atau Temasik atau Pulau Hujung Tanah digantikan dengan sejarah Stamford Raffles yang datang beberapa ratus tahun selepas Singapura dibuka dan dimajukan oleh Batin Negara serta Laksamana Melaka.

Itu sebenarnya yang cuba dilakukan oleh Kit Siang dan gerombolannya. Manis muluk dengan slogan, Malaysian First, Chinese Second, gerombolannya ini memang PENIPU BESAR. Lim Kit Siang sendiri gagal dan tidak mampu menguasai Bahasa Kebangsaan dengan baik sama ada tulisan, jauh sekali lisan. Malah hampir semua Ahli Parlimen DAP gagal menguasai lisan Bahasa Kebangsaan. Anda boleh dengar sendiri Bahasa Kebangsaan Teresa Kok, Po Kuan, Chong Eng, Karpal Singh, Ngeh Koo Ham serta segelintir rakan-rakan sebangsa mereka di Barisan Nasional.

Bahasa Melayu diangkat sebagai Bahasa Kebangsaan di Malaysia dan telah ditetapkan oleh Perlembagaan yang diasaskan daripada Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 dan Perlembagaan Kemerdekaan 1957.

Kalau anda perhatikan blognya, cuba kira berapa banyak posting Kit Siang dan angkatan penulis artikelnya yang menulis dalam Bahasa Kebangsaan berbanding Bahasa Inggeris? Malah tidak keterlaluan kalau anda cuba semak balik hansard Dewan Rakyat, bagaimana perkara berkenaan Sekolah Vernakular dan Bahasa-Bahasa Lain selain Bahasa Melayu tidak boleh disentuh serta dibincangkan di Parlimen, sehinggakan wujud satu akta yang akan menghukum Ahli Parlimen seandainya berani menyanggah PERLINDUNGAN ke atas kaum YANG KONONNYA Malaysian First, Chinese Second.

Mansuhkan akta perlindungan itu dan hapuskan sekolah-sekolah vernakular di samping memahirkan seluruh kaum PENDATANG dengan Bahasa Melayu sebelum nak mengaku I AM MALAYSIAN FIRST, CHINESE SECOND. Patuhi dan ikuti ketetapan di dalam Perlembagaan sebagaimana yang dilakukan oleh orang Melayu bagi menzahirkan diri sebagai rakyat Malaysia, bukannya subversif yang MENYAMAR SEBAGAI RAKYAT MALAYSIA!

Sudah adakah jawapan daripada Kit Siang berkenaan peranannya dalam Tragedi 13 Mei 1969?

Tidak ada! Dan sampai bila-bila pun, Kit Siang tidak akan berani mengakuinya!
Continue Reading...

ANWAR IBRAHIM: "GANTUNG SAYA DARI PARLIMEN JIKALAU ANDA SOKONG ISRAEL"

"Ini adalah pihak yang sama mentadbir kita, yang memberitahu kita tentang hak-hak orang Melayu dan umat Islam perlu dijaga. Najib tidak cukup berani untuk menjawab perkara ini.

"Saya sanggup... kalau anda berterusan menyokong Israel, anda boleh menggantung saya dari Parlimen. Gantunglah saya, tiga bulan, enam bulan, setahun, saya tak tahu.

"Insya-Allah, biar rakyat yang membuat penilaian." (The Malaysian Insider)

Itu adalah kata-kata Anwar Ibrahim ketika memberi ceramah berapi di Kampung Sungai Tengi, Hulu Selangor semalam. Anwar Ibrahim yang sudah kesuntukan masa dan kekurangan idea untuk menjahanamkan negara ini agar rakyat melupakan kes liwatnya yang perbicaraannya asyik ditunda kerana masalah remeh-temeh, menjadikan 1Malaysia dan APCO Worldwide sebagai mangsa terjahannya.

Dengan berandaian bahawa seluruh rakyat Tanah Melayu ini BANGANG DAN BODOH, Anwar Ibrahim mengharapkan cabaran demi cabaran yang dibuatnya kepada musuhnya akan memperlihatkan KEBIJAKSANAANNYA meskipun tergambar jelas bahawa perbuatannya itu sekadar menambahtebalkan imej PENDUSTA DAN PEMBOHONG kepadanya.

Anwar Ibrahim sememangnya berharap dia akan digantung daripada menghadiri sessi parlimen bagi mengelakkan pembabitannya secara langsung dengan ZIONIS bagi tujuan MENJAHANAMKAN UMAT ISLAM SELURUH DUNIA tidak dibangkitkan oleh mana-mana Ahli Parlimen Barisan Nasional, khususnya UMNO. Sekalipun peraturan Dewan Rakyat tidak memaksa setiap ahlinya berada di dewan perbahasan sepanjang sessi parlimen, namun Anwar Ibrahim berasakan, alasannya untuk tidak menjawab sebarang soalan, akan lebih menyelamatkannya apabila dia digantung.

Sama keadaannya apabila Anwar Ibrahim berharap dia akan diISAkan agar perilaku seksualnya yang ganjil tidak didedahkan di mahkamah, sekaligus menyembunyikan aibnya daripada pengetahuan para penyokong dan penjilatnya.

Tekanan perlu diberikan kepada PENGKHIANAT serta ANJING ZIONIS ini tentang pembabitannya di dalam semua agensi dan pertubuhan Zionis. APCO Worldwide seharusnya menjadi pemangkin untuk kerajaan dan rakyat Malaysia menilai peranan Anwar Ibrahim sebagai ANJING ZIONIS yang bebas berkeliaran bersama BIAWAK-BIAWAK PEMAKAN BANGKAInya di seluruh negara.

Insya-Allah, suatu masa nanti, tembok-tembok dan pokok-pokok akan bercerita di mana tempatnya kaum Yahudi bersembunyi daripada buruan umat Islam kecuali sebatang pokok. Pokok itu bernama Gharqad.
Continue Reading...

SESAT LAGI MENYESATKAN

Sedap bunyinya pendapat si ADUKA TARUNA yang cuba mengatasnamakan PAS REFORM dalam membuat terjemahan pengembangan ilmu berdasarkan hawa nafsunya. PAS REFORM yang sekadar diwujudkan atas faktor transisi kuasa politik di dalam PAS, rupa-rupanya meresap jauh untuk menyesatkan pandangan anak muda yang bernama Aduka Taruna ini.

Menghentam keseluruhan ulama Melayu sebagai bodoh secara genetik, merupakan satu pendapat yang sangat keterlaluan, seumpama golongan yang mengkafirkan segolongan ulama yang tidak sefahaman dengan pendapat mereka. Sedangkan ulama-ulama semenjak zaman berzaman sentiasa bermuzakarah dan bermuqabalah dalam menyebarkan syiar Islam kepada seluruh umat manusia. Bahkan ulama-ulama dari zaman berzaman tidak AKAN TERBABIT dalam sebarang parti politik yang memecah belahkan.

Pendapat ini disuarakan oleh Ibn Taimiyyah. Di dalam kitabnya, 'Iqtidhau Ash-Shiratil Mustaqim Mukhalifatu Ash-habil Jahim', Ibn Taimiyyah memberi amaran terhadap sikap berlebih-lebihan terhadap para Nabi a.s, orang soleh dan orang sufi akan mengundang kepada kesesatan.

Selapis pandang, bacaannya kedengarannya terlalu janggal. Bagaimanapun, itu hanyalah hujah dasar. Ibn Taimiyyah mentahkikkan hujahnya, tindakan berlebih-lebihan kepada golongan yang disebutkannya itu hanya akan mengundang kepada perpecahan, padahal Al Quran dan hadis Rasulullah s.a.w sepatutnya menjadi panduan dan pedoman.

Bagaimana pula dengan mereka yang mengakui diri sebagai PAS REFORM tetapi sebenarnya DEFORM, begitu berani menghumbantaikkan golongan ulama, termasuklah dari kalangan mereka sendiri hanya semata-mata kerana perbezaan furu' (syariat)? Padahal apa yang didakwa oleh Aduka Taruna dan golongan 'Jahmiyyah' moden ini sudahpun diijtihadkan oleh ulama-ulama Melayu semenjak kedatangan Syeikh Abdullah Al-Yamani ke Kedah pada abad ke-8 dahulu lagi. Terlalu berbangga dengan kelompok sendiri dan malas membaca, itulah yang menjadikan pendapat Aduka Taruna terlalu janggal bunyinya!

Ijtihad hanya boleh dijalankan oleh mereka yang alim (berpengetahuan), dan tidak semua bidang dikuasai oleh seorang ulama (cendekiawan). Orang awam atau golongan mubtadi menjalankan apa yang disimpulkan oleh golongan mutawassit, manakala golongan muntahi yang lebih dikenali sebagai khowasul-khowas atau para Arifbillah, tidak lagi memandang dunia sebagai mana yang dipandang oleh Aduka Taruna dan pasukan PAS REFORMnya. Dengan kata lain, golongan khowasul-khowas ini hanya menganggap PAS REFORM dan PAS serta parti-parti politik lain serta perjuangan mereka sebagai debu-debu di kaki anjing yang bila-bila masa sahaja boleh diterbangkan oleh angin.

Membebaskan diri daripada segala disiplin ilmu pengetahuan sekaligus membenarkan ijtihad dilakukan oleh semua orang termasuklah si jahil hanya akan mengundang lebih banyak keburukan. Apa akan berlaku seandainya seorang penoreh getah yang ilmunya sekadar menoreh getah berijtihad tentang penciptaan bom nuklear dan kemudian memaksa ijtihadnya digunakan oleh sekalian makhluk?

Hal ini disentuh oleh Imam Al-Ghazali di dalam Qawaid al-Aqaid dalam bab Tahap-Tahap Pelurusan dan Tingkatan Akidah. Al-Ghazali menjelaskan keyakinan manusia terhadap akidah adalah tidak mungkin boleh dilakukan semata-mata dengan diawali talqin (pembimbingan) dan taqlid semata-mata. Bahkan ia memerlukan kesaksian yang diperolehi daripada pelbagai faktor, termasuklah guru-guru mursyid yang memahami masyarakat itu secara mendalam bagi memudahkan pemahaman tentang Allah Taala dan agama-Nya.

Bagaimana syajarah thoiyyibbah boleh tumbuh subur jikalau akarnya tidak lekat di tanah?

Riak dan ujub yang dimiliki oleh Aduka Taruna dan golongan PAS REFORM sekadar menambahkan kejahilan yang sudah sedia murakkab (berlapis-lapis) semata-mata atas nama kebebasan berfikir, sedangkan ayat 33 dari Surah Ar-Rahman sudah sedia menjelaskan betapa manusia itu dihadkan kekuatan pemikiran mereka, sekalipun mereka berasa mereka sudah terlalu pandai.

Boleh jadi, PAS REFORM terlalu mengkagumi ILMU LADUNI sehingga mereka berasa ulama-ulama yang bercakap bahasa Melayu, berbangsa Melayu dan mengamalkan adat istiadat Melayu, secara genetiknya sangat BODOH kerana terpaksa berpandukan kepada kitab-kitab yang dihasilkan oleh ulama-ulama terdahulu, manakala kitab-kitab itu pula berpandukan lagi kepada kitab al Quran dan himpunan sunnah Rasulullah s.a.w yang dilihat oleh PAS REFORM sebagai datangnya daripada manusia, bukannya daripada Allah Taala. Dan itu dianggap sebagai bidaah kerana Rasulullah s.a.w tidak menggunakan kitab yang berbentuk buku seperti kita pada hari ini!

Golongan 'Jahmiyyah' moden ini seharusnya banyak lagi mengaji dan mengkaji terutama tentang Af'aal, Sifat dan Asma Allah Taala. Malah mereka seharusnya tahu bagaimana 'kuasa di dalam kuasa' berfungsi di dalam diri manusia!

Ketika mereka mengatakan ulama-ulama Melayu membuat bidaah, ternyata mereka sendiri telah melakukan BIDAAH YANG MAHA BESAR untuk menyesatkan umat!
Continue Reading...

IDHAM LIM KENA DENGGI


Khalil Idham Lim atau lebih dikenali sebagai Blogger Cina Islam, ADUN Titi Serong, telah dimasukkan ke wad di Hospital Colombia, Taiping setelah didapati positif denggi. Turut dimasukkan ke wad adalah anak lelakinya, Khairul Anwar Lim kerana menghidap penyakit yang sama.

Menurut Idham Lim di blognya (baca sini) beliau terpaksa membatalkan ceramahnya di Manjoi setelah doktor pakar mengesahkan dia menghidap denggi.

Beberapa hari lepas, deejay, pelawak, pelakon dan pengacara terkenal, Din Beramboi atau nama sebenarnya Mior Ahmad Fuad Badri meninggal dunia setelah menghidap denggi berdarah. Hanya dalam tempoh sehari selepas dia dimasukkan ke hospital dalam keadaan kritikal, Din Beramboi menghembuskan nafas terakhirnya di hospital akibat kegagalan organ dalaman berfungsi.

Beberapa buah blog pro-Pakatan Rakyat sedang 'sibuk' memainkan isu, 'doakan wakil rakyat mati' sebagai sindiran kepada laba yang diperolehi oleh penduduk Hulu Selangor selepas kematian Ahli Parlimen mereka dari PKR, Zainal Abidin Ahmad.

Blog Cina Islam turut menyindir di dalam blognya tentang perkara ini. (Baca di sini)

Apa pun The Flying Kick mendoakan agar kesembuhan segera diberikan oleh Al-Syafi kepada ADUN Titi Serong yang mewakili PAS ini. Semoga Dzat Wajibal Wujud dengan berkat Asma-Nya, Al-Latif Al-Ghaffur menjadikan kesakitan dan penderitaan itu sebagai satu bentuk KIFARAH untuk membersihkan dosa-dosanya sekaligus menurunkan hidayah dan inayah buat wakil rakyat ini.
Continue Reading...

Sunday, April 4, 2010

KAEDAH NIK AZIZ HALALKAN RASUAH... "SAYA TAK TAHU"

Setelah diasak bertalu-talu dan pendedahan demi pendedahan berkenaan rasuah yang diamalkan oleh pentadbiran Nik Aziz di Kelantan, akhirnya Nik Aziz mengeluarkan kenyataan bahawa dia tidak tahu menahu tentang derma yang 'diberikan' oleh konsesi balak kepada UNCANG AMAL PAS.

Barangkali beranggapan bahawa jawapannya itu akan meredakan tuduhan amalan rasuah yang sudah mendarah daging di dalam tubuh PAS Kelantan, Nik Aziz cuba MENGHALALKAN rasuah dengan perkataan 'SAYA TIDAK TAHU'.


Konon-kononnya kalau tak tahu, kira halallah rasuah itu yer? Macam orang tak sengaja minum arak... macam orang tak sengaja makan babi... MACAM ORANG TAK SENGAJA SOKONG PELIWAT.... iyer?

Atau sebenarnya Nik Aziz sudah tidak mampu menidakkan lagi rasuah yang sentiasa berkitar di kalangan elitis-elitis PAS Kelantan? Seperti juga Nik Aziz tidak tahu bagaimana menantunya... YANG ENGINEER TU LER... memprojekkan pelbagai projek di Kelantan untuk menimbun kekayaan peribadinya.

Apa pun, doa Nik Aziz dan sekalian pengikut PAS yang mengharapkan petunjuk Allah Taala diturunkan, sudah mendapat apa yang mereka mahukan. Terpulanglah sama ada mereka ingin menjadi ahlil bait Muhammad s.a.w atau pengikut-pengikut Musa a.s yang cukup pandai berdalih semata-mata untuk menjadi kufur.
Continue Reading...

PAS SELANGOR ENGGAN BANTU HULU SELANGOR

Sumber-sumber yang enggan nama mereka disebut memberitahu, PAS Selangor akan mengurangkan sokongan dan bantuan kepada PKR dalam usaha parti Anwar Ibrahim itu mempertahankan kerusi Parlimen yang mereka sandang di Hulu Selangor. Fikrah yang keberatan menyokong Erdogan-Erdogan PAS di Hulu Selangor, turut memberitahu, mereka bagaimanapun tidak akan melahirkan tentangan terhadap PKR secara terang-terangan bagi menghormati pucuk pimpinan PAS Pusat yang masih berusaha menjalin dan menjaga hubungan lebih kukuh dengan PKR dan DAP di Selangor.

"Kalau PAS Selangor tak bantu pun, PAS Kedah, PAS Pulau Pinang dan PAS Kelantan akan turun membantu kempen serta menyediakan segala keperluan yang diperlukan oleh PKR dengan bermati-matian. Anda boleh lihat sendiri bagaimana unit media alternatif PAS sedang digerakkan seolah-olah mereka bukan lagi PAS sebaliknya PKR yang berpakaian PAS," kata pemimpin kumpulan terbabit.

Umum mengetahui, anggota-anggota PAS terbahagi sokongan mereka kepada beberapa pihak. PAS Selangor yang dipimpin oleh Hasan Ali juga dikatakan terpecah kepada dua kumpulan iaitu kumpulan ulama konservatif dan kumpulan liberal sekular yang lebih dikenali sebagai Erdogan.

Beberapa hari lepas, angkatan Erdogan mula mengenakan tekanan ke atas Nasharuddin Mat Isa, Timbalan Presiden PAS menerusi seorang blogger yang juga wartawan Harakah. Cubaan untuk meng'AnwarIbrahim'kan PAS sedang berjalan secara giat dan terang-terangan dengan Mursyidul Am yang kembali dilantik, Nik Aziz Nik Mat menjadi pendukung utamanya. Bagaimanapun, ramai yang percaya, Nik Aziz bertindak begitu atas nasihat para pembantunya yang berkiblatkan PKR dan DAP berbanding pucuk pimpinan PAS Pusat.

Fikrah PAS Selangor telah pun membuktikan keberkesanan tindakan mereka apabila 'memboikot' pilihanraya kecil DUN Bagan Pinang yang menyaksikan kemenangan Isa Samad dengan majoriti besar, mengalahkan calon PAS dari clan Erdogan.

Sebelum ini, fikrah ini telah menuntut agar kerusi Parlimen Hulu Selangor dikembalikan kepada PAS untuk ditandingi. Bagaimanapun, Anwar Ibrahim selaku de facto PKR telah membuat pengumuman tanpa rundingan bersama-sama PAS dan DAP bahawa kerusi tersebut akan ditandingi daripada calon parti yang dinasihatinya.

Continue Reading...

MALANGNYA SELANGOR BERMENTERI BESARKAN KHALID!

Khalid Ibrahim, si MB Selangor membidas BN kerana menabur janji di Hulu Selangor yang baginya tidak pernah ditunaikan. Menurutnya, PENYANGAK (BN) tidak mempunyai urusan di Selangor.

Nampaknya, perampas tanah anak-anak yatim piatu dan golongan miskin ini nampaknya terlupa janji-janji yang telah ditabur tetapi TIDAK SATU PUN ditunaikan di Hulu Selangor.

Sambil menyatakan bahawa Pakatan Rakyat akan mengambil pendekatan 'mesra rakyat' dan bukannya menabur janji untuk menarik pengundi, Khalid Ibrahim mencabar Barisan Nasional untuk membina sebarang universiti di Hulu Selangor dan kerajaan negeri pimpinannya akan menyediakan tanah untuk tujuan tersebut.

Sememangnya Khalid Ibrahim ini merupakan watak yang sangat menarik untuk dilihat dan dikaji. Sedikit berbeza dengan Anwar Ibrahim, emosi Khalid Ibrahim agak kurang stabil. Ramai yang tidak dapat meneka sama ada dia bergurau, melawak, bersenda, serius atau cakap kosong. Malah kenyanyukan dan sikap pelupanya itu jauh mengatasi Anwar Ibrahim dalam banyak perkara. Yang tidak dilupakannya ialah bagaimana HENDAK MENGEBAS TANAH untuk diberikan kepada kroni-kroni DAPnya di serata Selangor.


Dalam duk puji diri kononnya Pakatan Rakyat tidak akan memberikan sebarang umpan untuk memancing undi, Khalid Ibrahim telah menyerahkan geran hak milik tanah yang menurutnya telah dirancang tiga bulan sebelum ini.

Kalau di Pulau Pinang, Pakatan Rakyat atau DAP lebih tepat, mengumpan dengan duit tunai RM100, di Selangor pula, yang dijadikan umpan adalah geran pemilikan tanah. Bagaimanapun berbeza dengan KERAJAAN BONEKA DAP di Perak suatu masa dahulu, kerajaan Selangor masih tidak terkeluar dari tempoh 99 tahun.

Tanpa sebarang pengotaan janji-janji pilihanraya yang lepas, Khalid Ibrahim nampaknya terpaksa mengulang-ulang sebut tentang TAWAS (Tabung Anak Selangor) dengan harapan, RASUAH DUIT RINGGIT kepada rakyat Selangor akan memenangkan partinya nanti.

Apa nak jadi dengan negara ini? Tidak satu pihak pun, baik kerajaan apatah lagi pembangkang yang bersungguh-sungguh hendak membanteras rasuah. Mereka menyatakan kebencian terhadap rasuah tetapi pada masa yang sama, merekalah PENGAMAL NOMBOR WAHIDNYA dengan segala bentuk rasuah seperti geran tanah, projek mee-segera, janji-janji kosong dan janji-janji pembangunan.

Terlebih malang kalau tok serban berat lapan kilo di Kelantan, menukar perkataan rasuah menjadi derma dan dihalalkan... rosak umat Islam dengan pemahaman Demokrasi Islam puak-puak nih!
Continue Reading...

HULU SELANGOR: BN JANGAN GEMBIRA SANGAT

Ramai yang beranggapan kemenangan sudah berada dalam genggaman Barisan Nasional, meskipun masih wujud kebimbangan faktor calon yang diletakkan untuk bertanding di kawasan tersebut akan menukar pola pengundian.

Tuntutan dan desakan daripada UMNO Bahagian agar kerusi Parlimen Hulu Selangor diserahkan kembali kepada UMNO selepas lebih 51 bertolak ansur dengan MCA dan MIC, tetap kedengaran.

Pun begitu, daripada isyarat yang ditunjukkan kepimpinan utama Barisan Nasional yang didominasi oleh UMNO akan TETAP menyerahkan kerusi tersebut kepada calon dari MIC dan ramai yang melihat para pengundi akan berbelah bahagi memandangkan MIC adalah parti yang paling tidak disukai oleh majoriti pengundi di mana-mana pun di negara ini atas faktor Sammy Vellu dan proksi-proksinya.

Hulu Selangor dan Bukit Gantang bagaikan menyajikan pemandangan yang hampir serupa. Barisan Nasional dilihat mempunyai peluang yang lebih besar berbanding Pakatan Rakyat untuk memenangi pertandingan dua penjuru itu. Bagaimanapun, kelekaan dan terlalu mempercayai saluran-saluran yang pengundi berbangsa Cina dan India sebagai majoriti, akhirnya membunuh impian Barisan Nasional.

Sama ada untuk menyedapkan hati sendiri atau pun salah satu taktik, kenyataan bahawa pengundi Cina dan India sudah berpaling kepada BN, nampaknya giat dipaparkan di media-media utama, termasuklah media ketiga - Internet. Kenyataan tersebut sebenarnya sangat jauh berbeza daripada apa yang diimpikan oleh kebanyakan pemimpin UMNO apatah lagi menanggapi PENDUSTAAN Sammy Vellu tentang calon pilihannya.

Bukit Gantang kalau tidak disebabkan Kuala Sepetang, sudah pasti Nizar Jamaluddin sekadar menjadi Adun Pasir Panjang sahaja. Gaya sambutan yang diberikan, ditambah pula dengan cerita-cerita asyik-masyuk yang disediakan oleh MCA, GERAKAN dan MIC kepada pucuk pimpinan UMNO yang bertungkus-lumus di kawasan Melayu, melekakan. Sekalipun operasi MCA, GERAKAN dan MIC langsung tidak bergerak, mereka tetap memberitahu UMNO bahawa Bukit Gantang akan jatuh ke tangan Barisan Nasional.

Mempercayai mereka dengan sepenuh hati, akhirnya menyaksikan UMNO dimalukan oleh Nizar Jamaluddin yang menang hanya disebabkan undi CINA DAN INDIA.

Keadaan yang sama pasti akan berlaku di Hulu Selangor. Tanpa mengira siapakah calon yang diletakkan, parti-parti komponen seperti MCA, MIC, GERAKAN dan PPP akan bertindak, 'tunggu dan lihat' sambil MENCIPTA CERITA DUSTA untuk diberikan kepada UMNO.

UMNO tidak boleh terlalu gembira dengan apa yang sedang berlaku di Hulu Selangor sekarang ini. Barisan Nasional bukan seperti Pakatan Rakyat di mana PKR dan PAS begitu SETIA dengan DAP. GERAKAN, MCA, MIC dan PPP hanya menunggu masa untuk menikam belakang, memotong kaki dan tangan, memulas telinga dan mencungkil biji mata UMNO seandainya perlu. Dan jikalau menang, tuntutan mereka ke atas Melayu dan Islam akan dipergiatkan!
Continue Reading...

Saturday, April 3, 2010

USAHA HAPUSKAN MALAYSIA, MUNCUL SEMULA

USAHA-USAHA UNTUK MENARIK SABAH DAN SARAWAK KELUAR DARI PERSEKUTUAN MALAYSIA SEDANG GIAT DIJALANKAN DENGAN BANTUAN HINDRAF!!!

Free Malaysia Today melaporkan, segelintir ahli-ahli politik dan aktivis politik ternama Sabah dan Sarawak sedang berusaha untuk mengeluarkan Sabah dan Sarawak dari Malaysia sekaligus 'memerdekakan' kedua-dua negeri tersebut.

Mereka merancang untuk meminta bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi menjalankan referendum. Pengerusi HINDRAF, P.Waytha Moorthy dilaporkan menjadi orang tengah rundingan tersebut dan akan memanjangkan permintaan PENDERHAKA-PENDERHAKA tersebut ke PBB. Tujuh orang perwakilan daripada kumpulan PENDERHAKA itu dilaporkan telah bertemu dengan Waytha Moorthy di Indonesia.

Isu pengungkitan Sabah dan Sarawak di dalam Persekutuan Malaysia seringkali didendangkan oleh para pemimpin pembangkang yang melihat Sabah dan Sarawak merupakan punca kegagalan mereka menawan Putrajaya. Keluarnya Sabah dan Sarawak dari Persekutuan Malaysia, dijangka akan memberi keputusan yang lebih baik kepada mereka.

Peranan Menteri Dalam Negeri yang sebelum ini lebih senang MEMBERI AMARAN dan AMARAN KERAS perlu diperhatikan. Apakah tindakan yang akan diambilnya atau berita ini sekadar satu berita picisan di telinganya atau pun dia sekadar mengulangi AMARAN demi AMARAN yang tidak berguna walau setengah sen pun!

Sudah sewajarnya kerakyatan Waytha Moorthy dilucutkan! Malah anasir-anasir subversif yang ingin mengeluarkan mana-mana negeri daripada Persekutuan Malaysia, sewajarnya dilayan seperti kerajaan melayan PENGGANAS KOMUNIS pada zaman darurat dahulu!

Rakyat Malaysia lain, apa kata anda?


Continue Reading...

GERAKAN MEMANG SEHATI SEJIWA DENGAN DAP

Gambar di sebelah ini adalah Setiausaha Pemuda GERAKAN, Dominic Lau Hoe Chai. Hoe Chai menyelar kenyataan Muhyiddin Yassin yang mendahulukan bangsa berbanding rakyat Malaysia. Malah pada masa yang sama, turut memberikan amaran tentang TSUNAMI POLITIK yang telah menyebabkan Barisan Nasional kehilangan penguasaan 2/3 majoriti di Parlimen.

BANGANGNYA Cina sekor ni memang tidak boleh diajar-ajar. Kesalahan semuanya diletakkan kepada sesiapa sahaja yang bergelar Melayu!

Hoe Chai cuba menutup sejarah yang membuktikan yang dilanda TSUNAMI POLITIK 2008 sebenarnya adalah GERAKAN dan parti-parti komponen berteraskan Cina dan India dalam Barisan Nasional. Sedangkan UMNO masih menguasai 80% daripada kerusi yang mereka tandingi. TSUNAMI POLITIK tidak seharusnya ditujukan kepada UMNO, sebaliknya dia wajar melihat keupayaan dan kelangsungan partinya sendiri dalam arus perdana.

Malah, perkembangan politik dewasa ini menunjukkan GERAKAN sudah tidak relevan lagi. Peranan GERAKAN sudah digantikan oleh DAP, sama ada GERAKAN sendiri menghulurkan fail kepada parti chauvinist tersebut mahupun kerana seronok apabila berjaya menikam Barisan Nasional dari belakang menerusi usaha yang tidak bersungguh-sungguh setelah diperuntukkan sejumlah kerusi dan Pulau Pinang kepada GERAKAN.

Sehati Sejiwa dengan DAP, GERAKAN juga sudah beberapa kali melahirkan kebimbangan seandainya penyatuan dan kerjasama antara UMNO-PAS menjadi kenyataan. Sekalipun PAS sudah beberapa kali menyatakan, kerjasama dan penyatuan mereka dengan UMNO bukanlah bermakna PAS akan berada di dalam Barisan Nasional, namun GERAKAN dan DAP benar-benar tidak sanggup kehilangan 'perpecahan' di kalangan umat Melayu-Islam agar objektif serampang dua mata mereka terus-terusan mengawal Melayu di Tanah Melayu, khususnya di Pulau Pinang tidak gagal.

Seperti yang diusulkan oleh SAHABAT BLOGGER, DINTURTLES, sebarang cubaan untuk meragui bangsa dan rakyat, Cina seperti Hoe Chai seharusnya memperjuangkan terlebih dahulu penghapusan sekolah-sekolah vernakular di negara ini dan hanya ada satu sekolah yang berteraskan kebangsaan berdasarkan Perlembagaan. Perjuangkan juga sekolah-sekolah vernakular agar tidak lagi mendapat bantuan daripada kerajaan sebaliknya berdiri sendiri seperti yang terdapat di negara-negara lain contohnya di Amerika Syarikat dan United Kingdom, mahupun Singapura.

Cina seperti Hoe Chai juga seharusnya tidak mempertikaikan tentang sekolah agama rakyat yang dibantu kerajaan memandangkan ia sudah jelas termakhtub di dalam Perlembagaan.

Sanggup ke?
Continue Reading...

GAGAL DALAM NEGARA, ANWAR MINTA SOKONGAN LUAR

Setelah gagal mendapat sokongan daripada rakyat Malaysia berhubung isu liwatnya yang sedang ditangguh-tangguhkan, Anwar Ibrahim berjaya membuka mulut Inter-Parliment Union (IPU). Kesatuan tersebut telah mendesak Kerajaan Malaysia agar menggugurkan kes liwatnya kerana beranggapan ia hanyalah suatu cara untuk menutup mulut Anwar Ibrahim, bukannya kes jenayah.

Kesatuan tersebut yang rata-rata dianggotai oleh parlimen-parlimen di negara yang tidak mengharamkan homoseksual dan sangat liberal dalam soal moral seksualiti, beranggapan Anwar Ibrahim tidak melakukan sebarang kesalahan, sebaliknya terdapat banyak kecacatan dalam kertas pendakwaan di dalam kes berkenaan.

Berbekalkan kenyataan bahawa pihak pendakwa gagal menyerahkan bahan bukti kepada pasukan pembela Anwar Ibrahim, kesatuan berkenaan menganggap ianya adalah perbicaraan yang tidak adil. Kenyataan tersebut ternyata memberi impak yang tersendiri terutama di kalangan para penyokong Anwar Ibrahim yang beranggapan itu adalah faktor sebenar punca perlengahan perbicaraan kes berkenaan.

Agak aneh, segala bahan bukti perlu diserahkan kepada pihak tertuduh untuk dianalisa oleh pasukan pembela. Lebih aneh apabila ia dianggap sebagai salah satu elemen dalam demokrasi. Mengapa penyerahan bahan bukti itu tidak ditunggu sehingga masa perbicaraan? Mengapa perlu sebelum perbicaraan? Lebih menimbulkan pertanyaan ialah, mengapa pasukan peguambela Anwar memerlukan set lengkap bahan bukti ASAL, bukannya SALINAN yang telah disahkan KESAHIHANNYA?

Sehingga ke hari ini, kes tersebut tetap ditangguhkan dari semasa ke semasa atas pelbagai alasan dan faktor remeh-temeh. Ditambah pula dengan Anwar Ibrahim yang dilepaskan bebas untuk menjalankan kempen dan dakyah.

Gagal memperolehi sokongan rakyat, sebagaimana yang dinikmati pada penghujung 1990-an lalu, membuatkan Anwar Ibrahim memerlukan sokongan agensi luar negara untuk mendesak dan menekan kerajaan agar menggugurkan kesnya. Dengan faktor, kerajaan Malaysia bergantung kepada negara asing, Anwar berharap tekanan dan desakan itu akan mengembalikan semula maruahnya selaku seorang pesalah seks luar tabiie.

Seandainya Anwar Ibrahim melihat gelombang sokongan rakyat seperti pada 1997-99 dahulu, pastinya kes perbicaraan ini tidak tertangguh-tangguh lagi. Malah seandainya Anwar tahu, tiada sebarang rakaman yang mengesahkan perbuatannya itu, pasti Anwar akan bercakap besar tentang kesnya seperti 12 tahun dahulu!
Continue Reading...

PROJEK MEE SEGERA TELAH PUN BERMULA

Rupa-rupanya kempen gaya 50-an dahulu masih wujud dan diamalkan sehingga kini. Maka disebabkan itulah, baik Pakatan Rakyat, apatah lagi Barisan Nasional, masing-masing mula mengumumkan pelbagai projek di Hulu Selangor atas kapasiti Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan.

Sudah pastilah pengumuman pelbagai bentuk bantuan dan projek oleh Kerajaan Pusat mengatasi Kerajaan Negeri yang dipimpin oleh PKR. Penyaluran projek mee-segera di kawasan yang bakal mengharungi pilihanraya kecil oleh kerajaan pusat, lebih banyak bersifat MENGADA-NGADA berbanding keperluan sebenar.

Timbul persoalan, apakah masalah yang hendak dibantu itu hanya dapat dikenalpasti setelah pilihanraya kecil hendak dilakukan? Sebelum ini, tidak adakah atau tertahan-tahan atau memang sengaja menunggu pilihanraya kecil baru hendak dilaksanakan?

Projek MENGADA-NGADA seperti yang diumumkan oleh Muhyiddin Yassin di Batang Kali, Hulu Selangor itu sepatutnya sudah lama dihentikan atau kalau nak buat pun, tak payahlah diuar-uarkan di media secara besar-besaran. Paparan lawatan dan pengumuman projek mee-segera Muhyiddin Yassin atas kapasitinya selaku Timbalan Perdana Menteri di kawasan yang bakal berlakunya pilihanraya kecil, hanya akan membuatkan lebih ramai yang meluat apatah lagi pada masa yang sama, media yang sama turut memaparkan tentang kepincangan dan keperluan projek-projek mee-segera di tempat-tempat lain yang jauh lebih MENDESAK dan LEBIH PERLU.

Ulu Baram, Melano dan seribu satu nama di pedalaman Sabah dan Sarawak memerlukan perhatian khusus. Keperluan-keperluan asas yang masih tidak mereka nikmati, sepatutnya diatasi dengan secepat mungkin. Tiada gunanya melambakkan pelbagai projek di kawasan yang akan berlangsung pilihanraya kecil semata-mata, tetapi rakyat di kawasan-kawasan tersebut, terbiar dan tiada pembelaan.

Semoga PENDEKATAN MENGADA-NGADA yang diamalkan sekarang ini, dapat diubah segera!
Continue Reading...

Friday, April 2, 2010

BERAPA CALON BEBAS TAJAAN PKR, SAIFUDDIN KATAK?

Setiausaha Agung PKR, Saifuddin 'Al-Katak Kuang' Nasution, telah pun memberi isyarat bahawa PKR akan meletakkan calon-calon bebas di Hulu Selangor bagi memecah undi sekaligus memenangkan calon PKR nanti.

Sekalipun kata-katanya di dalam Harakah Daily bertujuan hendak mengenakan UMNO, tetapi amalan para pemimpin Pakatan Rakyat ialah, kita buat tapi salahkan orang lain, sekaligus pemahaman harus diterbalikkan.

Keadaan di dalam PKR juga dilaporkan kalut kerana setiap warlord menampilkan calon proksi masing-masing untuk bertanding di Hulu Selangor. Dilaporkan tidak kurang 11 orang calon dipanggil menghadap Anwar Ibrahim. Tidaklah pula diceritakan, apa yang diperiksa oleh Anwar Ibrahim bagi melayakkan mereka menjadi calon PKR di situ.


Kalau di Bukit Selambau, Setiausaha Agung PKR itu dibuktikan mendapat bantuan dari agen Singapura untuk memenangkan calon mereka, tidak pula diketahui apakah agen yang sama akan bertandang ke Hulu Selangor untuk menghantar bantuan seperti di Bukit Selambau.

Sudah ada yang mencongak-congak, berapakah dana dari sumber Zionis akan mengalir masuk ke akaun PKR untuk pilihanraya kecil Hulu Selangor ini.
Continue Reading...

JANGAN GANTUNG ANWAR...

Dengar cerita, Anwar sampai sekarang tidak dapat menjelaskan siapakah perempuan muda yang bergambar bersama-samanya itu. Anak angkatnya barangkali?

Beberapa pihak dari Pakatan Rakyat mula MENGGERTAK kerajaan agar Anwar Ibrahim tidak digantung daripada menghadiri sebarang sesi perbahasan di Dewan Rakyat setelah Anwar Ibrahim GAGAL SAMA SEKALI menjelaskan kaitan antara APCO WORLDWIDE dengan Kerajaan Zionis Israel menerusi 'PERSAMAAN BANGANGNYA', 1Malaysia=1Israel.

Datuk Halik Zaman dalam Suara Keadilan menyatakan, tindakan yang diusulkan oleh Ahli-Ahli Parlimen BN itu merupakan tindakan terdesak dan cuba melarikan diri daripada tuduhan berkenaan. Malah menurutnya, tindakan pembuktian tidak bersalah, terletak di bahu Kerajaan Malaysia, bukannya ke atas Anwar Ibrahim yang membuat tuduhan.

Dengan memberikan butir-butir yang disentuh secara rambang dan mudah, tuduhan yang dilemparkan oleh Anwar Ibrahim itu dianggap sangat serius dan perlukan penjelasan selain tindakan keras terhadap APCO Worldwide.


Sedap kena cium yer, Anwar? Sampai terpejam renik biji mata hang. Tu baru kena cium, kalau bercium, macam manalah agaknya?

Bagaimanapun, Anwar Ibrahim sendiri tidak pernah berusaha menjelaskan tentang PERANAN dan PENGLIBATANNYA dalam badan-badan dan organisasi ZIONIS di seluruh dunia. Malahan, Anwar Ibrahim akan bertindak melarikan diri dari Parlimen apabila soalan tersebut diajukan kepadanya. Tanpa menjawab persoalan tersebut, Anwar sebaliknya menimbulkan isu yang lain bagi mengalihkan topik persoalan.

Bagaimana Anwar Ibrahim boleh terlibat dengan Generation Investment Management Group, Protokol Kyoto dan segala macam organisasi dalam semua bidang milik Zionis yang lain, tidak pernah dijawab sama ada oleh BIAWAK-BIAWAK PEMAKAN BANGKAINYA apatah lagi Anwar Ibrahim sendiri!

Maka sewajarnya Parlimen tidak menggantung Anwar Ibrahim daripada menghadiri sidang perbahasan, sebaliknya meminta Anwar Ibrahim menjelaskan pembabitannya kerana sesiapa sahaja yang terlibat dengan Zionis, apatah lagi menjadi balacinya, MEREKA ADALAH PENGKHIANAT dan ZINDIQ yang wajar dihukum pancung kerana mengkhianati agama dan umat Islam! Malah mengikut hukum feudal Melayu zaman dahulu, seluruh ahli keluarga si pengkhianat akan dihapuskan bersama-samanya, manakala rumahnya dimusnahkan dan tapak rumahnya dikorek serta dibuang ke laut!
Continue Reading...

PAS-Keliru 2

Anwar dah ngaku. Ustaz2 dan ulamak2 PAS tak nak mintak maap ngan MP Bayan dan MP Kulim..

Dan tak nak mintak maap ngan MB Perak..

Tak rasa brsalah ke kerana tuduh mereka berbohong tanpa siasat dulu dakwaan..
Continue Reading...

PUNGGUNG ANDA TERDEDAH, PAKATAN!




Setahun sudah Najib Razak menjadi Perdana Menteri Malaysia selepas mengambilalih dari tangan Abdullah Badawi. Dalam masa setahun juga, Najib Razak KELIHATAN begitu bersungguh-sungguh untuk membetulkan semula rejim kewangan dan dasar ekonomi negara yang dikucar-kacirkan oleh Abdullah Badawi dan tentera-tenteranya sepanjang 6 tahun Abdullah Badawi memegang kuasa.

MEB merupakan dasar terbaru yang diumumkan. Bagaimanapun, usaha-usaha yang dilakukan oleh pentadbiran Najib Razak tidak disenangi oleh para pemimpin pembangkang, manakala para penyokong mereka cuba menggiat-giat Najib menerusi kenyataan Tun Mahathir yang mengatakan, sepanjang tempoh lima dan enam tahun, pertumbuhan ekonomi boleh dikatakan tidak berlaku langsung.

Dan mereka segera menalakan muncung tembakan kepada Najib dan pentadbirannya. Malah Anwar Ibrahim selaku ketua PENGKHIANAT dan BALACI ZIONIS segera membanding-bandingkan pencapaiannya selaku Menteri Kewangan dengan Najib Tun Razak. Malangnya ramai yang tidak tahu, Anwar Ibrahim selaku Menteri Kewangan sekadar meletak namanya di situ.

Hakikatnya, tiada sebarang sumbangan ANWAR IBRAHIM kepada ekonomi negara sepanjang dia bergelar PEMBESAR NEGARA kerana peranan sebenar Menteri Kewangan dimainkan oleh MTEN dan MAPEN. Nama Anwar Ibrahim selaku Menteri Kewangan dipacakkan dengan harapan, apabila dia menjadi pengganti Mahathir, dia telah mempelajari sesuatu... mungkin sebab dia TAK LULUS KERTAS EKONOMI HSC KUT!

BIAWAK-BIAWAK PEMAKAN BANGKAI sudah pun menggerakkan tulang dan urat saraf mereka untuk menembak Najib Razak. Dan dalam keseronokan mereka menembak, mereka terlupa 5-6 TAHUN yang dimaksudkan oleh Tun Mahathir bermakna pertumbuhan ekonomi telah DIHENTIKAN oleh Abdullah Badawi dan Najib masih TERKIAL-KIAL untuk membetulkan dan merancakkan semula pertumbuhan tersebut.

Kalau untuk depa, pandai pulak bagi alasan, baru dua tahun memerintah. Tang Nik Aziz yang dah 20 tahun tadbir Kelantan tanpa sebarang perubahan melainkan semakin besar BERHALA BUDDHA dan Watt Siam, tidak pula mereka sentuh atau momok-momokkan.

Tembak jangan tak tembak... tapi agak-agak, sebelum tembak tu, tengok punggung anda terlebih dahulu... agar tembakan anda tidak mendedahkan punggung anda sendiri penuh dengan kurap dan kayap!
Continue Reading...

PAS- Keliru 1

Ahli2 PAS telah keliru sehingga tak tahu mereka ni bangsa apa...

Islam ialah agama..bukannya bangsa. Penganutnya ialah ummat Islam, atau muslim muslimat.

....aku yg keliru
Continue Reading...

PERMAINAN CHAUVINIST SI SOSIALIS NYANYUK

(klik untuk besarkan imej)

Lim Kit Siang masih berusaha melaga-lagakan Muhyiddin Yassin dan Najib Razak dengan permainan, 'Melayu dahulu atau Malaysian dahulu'. Kata Kit Siang, 1Malaysia gagasan Najib runtuh gara-gara kegagalan Muhyiddin mengakui dia adalah Malaysian terlebih dahulu sebelum Melayu.

Bekas Setiausaha Akhbar Lee Kuan Yew ini dengan bangganya menyatakan, dia telah pun membuat deklarasi di Parlimen pada 18 Mac lepas bahawa dia adalah rakyat Malaysia yang berbangsa Cina. Baginya, itu adalah satu kemenangan berbanding Muhyiddin yang meletakkan bangsanya terlebih dahulu berbanding kerakyatannya.

(klik untuk besarkan imej)

Sememangnya si sosialis nyanyuk ini sebenarnya sekadar ingin mengalihkan isu. Isu KETIDAKSETIAANNYA kepada Malaysia, sudah lama diperkatakan. Isu cubaan untuk MEREPUBLIKKAN Tanah Melayu tidak pernah berhenti sehingga kini. Ditokok pula dengan isu PROKSI ZIONIS yang melingkari tubuh badan Anwar Ibrahim, semakin membuka mata rakyat Malaysia, khususnya umat Islam sama ada dari kalangan ahli UMNO mahupun PAS, membuatkan DAP bakal kehilangan momentum di Parlimen Malaysia. Satu-satunya cara adalah dengan mengalihkan topik tersebut secepat mungkin dengan menyerang apa-apa sahaja dan menyibukkan Ahli-Ahli Parlimen Barisan Nasional yang sememangnya lebih banyak tidur daripada berjaga... sindrom Abdullah Badawi yang masih wujud sehingga kini!

Kenapa baru sekarang, si pengkhianat ini melagukan rakyat Malaysia dan bangsa? Bagaimana ketika 13 Mei lalu? Kit Siang tidak pernah berhenti untuk mencabuli Perlembagaan Malaysia yang meletakkan Melayu dan Islam, Bahasa Melayu dan Raja-Raja Melayu di dalam akta tersendiri berbanding kaum pendatang seperti Cina dan India.

(klik untuk besarkan imej)

Permainan Kit Siang, seandainya tidak dihentikan dan dia diasak dengan pertanyaan mengenai pembabitannya dalam MENYAPU orang Melayu di Bandar Kuala Lumpur pada 13 Mei 1969, pasti akan berlarutan dan menimbulkan lebih banyak masalah lain. Siapa yang memulakan pembunuhan seterusnya mencetuskan kekacauan kaum di Kuala Lumpur pada 1969?

Kit Siang pasti tahu jawapannya!

Continue Reading...

Isu APCO, 1 Israel..apa jawab PAS..

Isu APCO, 1 Israel..apa yg akan dijawab oleh PAS jika dia ditempat Najib/BN sekarang ni, jika benarlah ianya ada kaitan?

Mereka akan beritahu..kita tak leh assobiyah. Kita perlu munafaatkan kepakaran org2 Israel spt mana kisah tawanan2 perang yahudi yg tak jadi dhukum bunuh tapi dijadikan guru utk ngajar anak2 Arab, dizaman nabi saw.

Dan kemudian ahli2nya angguk2..ustaz2nya akan riuh brceramah dan tunjukkan betapa Islamik dan bijaknya mereka dalam Islam dan yg menentang isu 1 Malaysia /1 Israel ni jumud, jahil dsb..dan harakahnya juga tulis perkara yg sama. Dan ngan sekelip mata semua dosa dan kesalahan Israel akan dimaafkan.

Spt mana mereka mentabalkan seorg bekas banduan yg telah disabitkan kesalahan salah guna kuasa dan meliwat sebagai pemimpin diatas kepempinan ulamak mereka..
apakah PAS juga ketandusan pemimpin yg berkelibar?

Jawabannya..ia adalah sahsiah, maklum ler jika syaitan nak bantu, mereka terima je..setakat Israel, setakat bekas banduan yg disabitkan salahguna kuasa dan meliwat, apa ada hal. Janji dapat tumbangkan UMNO yang dianggap musuh Islam dan lebih jahat dari org2 kapir, walaupun bangsa sendiri dipijak2, dihina, dan negara leh trjual.

...PAS, mazhab terbaru dalam Islam
Continue Reading...

1 Malaysia= 1 Israel: Mana Anwar dapat idea ni?

Apabila MP Bayan Baru, dedahkan perancangan dan pembohongan beliau di dalam dewan..Beliau terus terbang ke USA, jumpa abang atau mentor kut, apa nak buat ni?

Setelah balik, terus attack pasal 1Malaysia dan 1 Israel....

SIASAT!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! apa dia buat disana dan jumpa sapa?


.........Syak
Continue Reading...

Thursday, April 1, 2010

TIAN CHUA PEMBOHONG BESAR!

Dalam usaha untuk 'menyelamatkan' Ngeh Koo Ham, Tian Chua, Ahli Parlimen Batu merangkap Pengarah Strategik PKR MENYALAHKAH pihak polis kerana imej buruk yang terpalit pada entiti penguatkuasa undang-undang itu.

Menurut Tian Chua yang sebelum ini didapati bersalah kerana menggigit telinga seorang anggota polis, PDRM dipandang serong oleh 'rakyat' kerana beberapa kes kematian tahanan di lokap-lokap polis.

Dengan memberi contoh Kugan yang ditahan kerana terlibat dalam sindiket mencuri kereta mewah, Tian Chua menafikan pembabitan sebarang anasir-anasir dari PAKATAN PEMBANGKANG dalam memberi persepsi negatif terhadap PDRM.

Serangan ke atas polis dilakukan secara berterusan dan tersusun oleh ahli-ahli politik Pakatan Pembangkang seiring dengan peningkatan jumlah sindiket dadah, judi, maksiat dan kongsi gelap di Selangor dan Pulau Pinang. RAKYAT sebenarnya dapat melihat permainan memberikan persepsi negatif kepada polis bertujuan agar polis MENGURANGKAN tekanan dan pembanterasan kes-kes jenayah yang dikepalai oleh kongsi gelap.

Terdapat banyak andaian melibatkan seorang pemimpin kanan Pakatan Rakyat terbabit dalam kegiatan kongsi gelap dan kes-kes jenayah di Selangor. Bagaimanapun, sehingga kini tiada sebarang tindakan atau siasatan dijalankan. Manakala seorang ADUN dan Exco Selangor yang terbabit dalam kemalangan ngeri, dibebaskan begitu sahaja, meskipun terdapat dakwaan ADUN terbabit berada di bawah pengaruh alkohol sewaktu kemalangan itu berlaku.

Nota: Tian Chua masih tidak menafikan pembabitannya dan penyaluran dana George Soros ke akaun PKR bagi membantu aktiviti parti tersebut di Malaysia. George Soros adalah penyangak matawang yang menyerang sistem pasaran kewangan Asia 10 tahun dahulu dan merupakan antara penggerak utama Pergerakan Zionis Sedunia.
Continue Reading...

IKLAN BERBAYAR

PORTAL ISTIMEWA

BLOG-BLOG PRO KERAJAAN

TAK TAHU KIRI KE KANAN

BLOG PEMIMPIN

MASUKNYA WAKTU SOLAT

SAPA DIA

Top Commenters

Powered by Disqus

Recent Comments

Senarai Laman Web WAJIB