MARI BERFORUM, BERHUJAH DAN BERTEKAK DI SINI

RADIO PILIHAN THE FLYING KICK

Wednesday, July 7, 2010

IDRIS AHMAD... BOLEH TAK BERHENTI MEMBODOHKAN RAKYAT?

Idris Ahmad, si Ketua Penerangan PAS di dalam laporan Harakah Daily berkata, Najib Abdul Razak selaku Perdana Menteri cuba membutakan rakyat Malaysia daripada segala maklumat yang datangnya dari pihak Pakatan Rakyat dengan menekan media-media milik Pakatan Rakyat seperti Harakah, Rocket dan Suara Keadilan.

Suara Keadilan bakal disaman oleh FELDA dengan nilai RM250 juta kerana menyiarkan berita FELDA BANKRAP dan semenjak itu, pelbagai cubaan dibuat untuk mendesak dan mengugut agar tindakan tidak diambil terhadap suara rasmi Parti Keadilan Rakyat itu.

Sama ada Idris Ahmad benar-benar tidak tahu dan cukup ikhlas untuk melihat kemelut ini dari satu segi, tidaklah dapat dipastikan. Bagaimanapun, mustahil seorang pemimpin besar seperti Idris Ahmad terlepas pandang.

HARAKAH, ROCKET dan SUARA KEADILAN tidak boleh disamakan dengan UTUSAN MALAYSIA/MELAYU, BERITA HARIAN dan SINAR HARIAN. Yang membezakan akhbar-akhbar tersebut ialah HARAKAH, ROCKET dan SUARA KEADILAN mempunyai permit penerbitan yang terhad. Manakala Utusan Malaysia, Berita Harian, Sinar Harian dan NST pula mempunyai permit terbitan umum.

Yang membezakan penerbitan terhad dan penerbitan umum ialah, Harakah, Suara Keadilan dan Rocket hanya boleh diterbitkan dan diedarkan di kalangan ahli-ahli sahaja. Ia bagaikan buletin untuk ahli-ahli kelab golf atau pun kelab renang. Ia tidak boleh dijual sama sekali di premis-premis awam dan kepada orang ramai. Manakala Utusan Malaysia, Berita Harian, Sinar Harian dan NST pula mempunyai permit yang membenarkan akhbar-akhbar terbabit dijual secara umum.

Inilah yang membezakan tahap mentaliti orang-orang PAS dan PKR yang sangat rendah dari mentaliti seekor burung gagak. Masing-masing menerima sahaja segala kata-kata pemimpin mereka.

Seharusnya PAS dan PKR sudah pun memohon permit untuk menerbitkan akhbar awam menerusi anak syarikat atau pembelian saham mahupun ekuiti seperti yang dilakukan oleh UMNO terhadap Media Prima dan Utusan. Masalahnya, para pemimpin PAS terus bercakap dan cakap-cakap kosong mereka diterima bulat-bulat tanpa mengetahui apa sebenarnya permit dan hadnya.

Namun di sini jugalah terlihatnya LIBERALnya kerajaan Barisan Nasional kerana telah membenarkan HARAKAH dan Suara Keadilan dijual secara berleluasa dan terbuka. Sedangkan pihak berkuasa sepatutnya telah lama melakukan PERAMPASAN DAN PEMUSNAHAN mahupun kajian permit semula memandangkan akhbar-akhbar PAS dan PKR itu telah lama melanggar undang-undang dan peraturan.

Mungkin kerana terlalu lama dimuakan dan dimanjakan, maka sikap Zionis yang ditanam oleh para pemimpin di kalangan mereka, semakin menebal sehinggakan segala peraturan dan undang-undang tidak lagi dihiraukan, sebaliknya sentiasa perasan mereka adalah yang terbaik dan tidak tertakluk langsung dengan undang-undang Malaysia.

Inilah golongan yang mendabik dada mereka mahukan undang-undang Hudud dan Qisas dikuatkuasakan dalam Malaysia. Sedangkan undang-undang sedia ada pun, mereka tak mampu nak patuhi dan tunduk, apakah undang-undang Hudud dan Qisas nanti akan membuatkan mereka sujud? Sudah tentu tidak, kerana mereka tidak akan tunduk dengan mana-mana undang-undang mahupun peraturan! Bahkan kalaulah Nabi s.a.w sendiri muncul di hadapan mereka, golongan inilah yang pertama-tama sekali akan menafikan Nabi s.a.w sebagaimana yang dilakukan oleh golongan Yahudi Yathrib 1400 tahun dahulu!

MENTERI DALAM NEGERI? Takkan bagi amaran dan tarik balik permit sahaja? Tak mahu buat operasi yang benar-benar menepati tanggungjawab anda selaku penjaga keamanan dalam negara ka? Atau anda sebenarnya tak tahu bidang tugas anda?
Continue Reading...

REBAH JUGAK AZIZAN RAZAK SI MB KEDAH

Dalam diam, KEDAH DARUL HAD di bawah pentadbiran PAS, terus kelabu dan bercelaru. Azizan Abdul Razak yang sentiasa mengamalkan sikap 'saya tak tahu', semakin terdesak dan didesak. Ketidakpuasan hati, bukan sahaja datang daripada golongan UMNO dan BN, bahkan dari kalangan PAS sendiri.

Cerita tentang Pegawai Khas Menteri Besar, Hassan Abdul Razak berkonfrontasi dengan Ustaz Yaacob, ADUN Serdang menjadi duri dalam daging di Kulim-Bandar Baharu. Kisah Dr.Hayati Othman cuba dicantas dan ditendang oleh beberapa kerat pemimpin PAS-Pendang pula memperlihatkan sikap tamak haloba pemimpin-pemimpin berkenaan setelah mereka juga yang mengutuk UMNO sebelum ini dengan gelaran serupa. Paling menarik dan paling PENTING ialah kisah ahli korporat yang bernama Che Had Dali yang begitu rapat dengan Azizan Abdul Razak juga menjadi buah mulut. Apatah lagi dengan keterlibatannya selaku penasihat ekonomi kepada Azizan Abdul Razak.

Nyatanya, apabila dikelebek-kelebek puncanya, semuanya mengarah kepada Yusuf Husin, Setiausaha Perhubungan Negeri. Yusuf Hussin begitu terhutang budi kepada Che Had Dali sekaligus menjadi penyokong kuat penglibatan tokoh korporat PAS itu ke dalam struktur ekonomi dan kewangan negeri. Che Had Dali dikatakan menyara hidupnya yang tinggal di pejabat PAS Negeri dengan pembiayaan RM5.00 sehari untuk makan minum. Malah tokoh korporat itu juga yang membiayai pakaiannya dan pakaian MB sewaktu Azizan menjadi Pesuruhjaya PAS Negeri.

Ekonomi Kedah begitu meruncing. Kedah sudah kehabisan wang saku kerana sikap memfaraid harta negeri di kalangan kaum keluarga dan kroni yang diamalkan oleh Azizan Abdul Razak. Kulim Hi-Tech yang sepatutnya menjadi kawah emas untuk negeri Kedah, terutama di bahagian selatan nampaknya turut muram dan bakal muflis seandainya PAS dan PKR terus-terusan menguruskan kawasan industri utama itu. Perletakan jawatan CEO lamanya, jelas membuktikan Pakatan Rakyat tidak mampu menguruskan tempat berkenaan berbanding cakap-cakap besar mereka sebelum ini.

Dan kini Kulim Hi-Tech bakal menggemparkan negara dengan kadar kematian tinggi di sebuah kilang akibat radiasi!

Yusuf Husin bukan setakat dilobi untuk menjadi penasihat ekonomi MB tetapi juga menerajui beberapa anak syarikat di bawah kerajaan negeri (PKNK). Paling menarik apabila dia menerajui lebih banyak SLC daripada apa yang pernah diterajui oleh bekas Menteri Besar Kedah, Mahadhir Khalid. Anak Yusuf Hussin juga dilantik dalam salah satu anak syarikat PKNK.

Azizan Abdul Razak sudah lama tewas apabila melantik salah seorang sepupunya sebagai pegawai kewangan negeri!

Kita menunggu apa tindakan UMNO dan BN Kedah untuk menggunakan kemelut yang membelenggu Azizan Abdul Razak yang sedang mendapatkan rawatan mata di Hospital Sultanah Bahiyyah? Mampukah UMNO dan BN kembali dengan janji dan amalan yang lebih baik berbanding pentadbiran Mahadzir Khalid yang dilihat merosakkan UMNO Kedah keseluruhannya sebelum ini?
Continue Reading...

Tuesday, July 6, 2010

Bersama Berusaha Mencapai Ekonomi Berpendapatan Tinggi.

Bunyi macam best!!

Tapi kena ler terima hakikat kehidupan..yg berpendapatan tinggi akan bertambah tinggi..brpendapatan rendah terus ler terkial2 disisi berpendapatan tinggi ibarat tikus melukut ditepi gantang..

Dah dikabor sebelum ni..kontraktor yg benar2 brwibawa je yg akan diberi projek..bunyinya menarik gak. Tapi terima ler hakikat kehidupan..maksud brwibawa ialah yg ada duitler!!!!

So kontraktor2 yg besor gak ler yg layak dapat projek2 kerajaan yg besor-besor tu..

Datuk2, Datuk Sri- Datuk Sri dan Tan Sri-Tan Sri brtambah-tambah ler seri..malah akan brterbangan kupu2 artis utk serikan Datuk2, Datuk Sri-Datuk Sri, Tan Sri-Tan Sri..
..bertambah2 molek ler Datin2, Datin Sri2 ...

Brmacam2 ler koleksi keta2 brjenama..alhamdulillah dapat ler juga yg brpendapatan rendah jadi driver yg gaji pasti macam 10 tahun sebelum ni. Tapi tempias2 seri mereka, merasa ler jugak.

Akan lahir ramai lagi pengampu2 pada Datuk2, Datuk Sri- Datuk Sri, Tan Sri-Tan Sri..

Kemudian ngan lantang..mereka akan berkata..naper org melayu malas..naper org Melayu hidup harap subsidi..

mm sapa pelahap subsidi?

Apakah tanggungjawab kerajaan BN atau UMNO untuk lahirkan lebih ramai brpendapatan rendah kepada berpendapatan tinggi?

Bukan kerajaan..kerana kerajaan kena pastikan projek utk rakyat benar2 brkualiti dan mampu disiapkan!!

Wahai mereka2 yg dilimpahi rezki!!! mungkin kamu ahli UMNO..mungkin kamu ahli PAS..mungkin kamu ahli GERAKAN ( parti tak Gerak tak makan)..usahlah menuding jari pada kerajaan..tapi kembalikan nikmat2 yg kamu perolehi pada bangsa2 kamu yg semakin melarat!!

Usahlah brlumba2 nak masuk top 10 billionnaire, tak de pun tak pa..usahlah kumpul bini dari kalangan artis..usahlah brlumba2 kumpul keta brjenama banyak sangat..usahlah abiskan wang brjuta2 utk renovation tandas je..

Cam mana nak duduk sebaris ngan billionaire sedangkan anak2 bangsa masih ramai brkeliaran dilembukan dan dikudakan oleh bangsa2 lain..siang dan malam. Masih ramai anak bangsa yg tidur kelaparan..kalau tak sayang bangsa maklum ler trkesan ngan konsep assobiyyah PAS, sekurang2nya mereka adalah seagama ngan kamu!!

GIVE BACK!!!!! Gunakanlah saluran baitul mal, MARA, PUNB, TEKUN, PTPN..salurkan kembali kekayaan kamu..pinjaman perniagaan tanpa keuntungan (interest- bunyi macam haram ler pulak)

Bantulah pembiayaan utk memiliki rumah2 yg mana gaji bulanan tuan2 saja leh selesaikan 3 unit rumah pangsa kos sederhana..

Lahirkan ramai jutawan dari bimbingan tuan2 sendiri...

..Lagi banyak kamu brsedekah!! pasti dan pasti lagi suburlah harta tuan!!

..Usahlah campak tikus2 yg sedang melukut kepada gantang kerajaan,..Gantang2 kerajaan sentiasa kosong kerana nak memenuhkan gantang2 tuan2..

..keh keh, ishh idealist pulak dah, nak jadi Anwar ke?
Continue Reading...

RM 1billion utk SJKC

RM 1 billion utk SJKC...kalau nak kira apa ada hal. Ramai anak2 cina dapat sekolah yg baik bakal lahirkan lebih ramai cendiakawan2 dan baik budi dan akhlaknya..baiklah untuk negara, dan semua kaum.

Tapi tak rasis ke?

Cuba Ibrahim Ali mintak RM 1 billion utk sekolah2 agama Islam, madrasah2, dsb..yg mana ramai dan sememang diketahui umum utk org2 melayu..sah ler menjerit2 puak MCA, DAP, GERAKAN...ni adalah rasis!!!!

Atau..
Tun M citer tentang kemunduran pelajar2 Melayu, atau kekurangan kualiti graduan2 melayu..maka mintak gomen sediakan RM 1 billion utk mengatasi masalah2 trsebut..

ooppss sori bukan RM 1billion..RM 10 billion, maklum ler kemunduran pelajar2 melayu dan kekurangan kualiti ..memang betul2 ramai dan betul2 mundur!!

Tengok macam mana melatah pempin2 MCA, GERAKAN, dan DAP..tak lupa trselit gak PAS ngan brkata ishhhh ni assobiyah HARAM!!!!!!!!! ( pada hal anak2 mereka gak belasah segala peruntukan yg kerajaan sediakan utk org2 Melayu/Bumiputera..dan mereka nak juga diskaun beberapa peratus utk beli umah)...terketil2 sayup2 terdengar suara2 ADIL..ni tidak ADIL!!!

PAS..beli ler umah ikut pasaran, tak yah lah mintak diskaun utk bumiputera tu..assobiyyah tu, HARAM!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! tapi tak per fatwa FLIP FLOP..haram kalau tak dapat, kalau dapat halal ler!!! keh keh

Puak2 ADIL tapi tak adil..keh keh..tak ketinggalan gak, yer nak diskaun utk bumiputera juga ke? ..keh keh.. ADIL yg tak adil he he..KESAMARATAAN..atau SAMA2 RATAH..keh keh

..keh keh tu bukan gelak, batuk je ma
Continue Reading...

Tindakan sewajarnya? a'a ye ler tu...

Suara Keadilan cuba cabar undang-undang - Muhyiddin
06/07/2010 3:28pm
PAGOH 6 Julai - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan tindakan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang mahu terus menerbitkan lidah rasminya, Suara Keadilan sebagai cuba mencabar dan mengingkari undang-undang negara.
Tegas beliau, jika akhbar itu terus diterbitkan maka ia jelas menunjukkan PKR sengaja mahu menunjukkan keberanian dengan cara mencabar keputusan Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang tidak memperbaharui permit akhbar berkenaan.
"Dia hendak melanggar, ingkar nak mencetak tanpa kebenaran iaitu nak tunjuk siapa lebih besar, siapa lebih berani tetapi apapun saya percaya pihak KDN akan ambil tindakan sewajarnya," katanya.-Utusan
_____

Aku tahu apa tindakan sewajarnya...SAYA BERI AMARAN KERAS!!!
........adussssssssssss
Continue Reading...

Perlu ke? RM 1 billion utk SJKC

Tiada sebarang keputusan mengenai pembangunan SJKC
06/07/2010 3:23pm
PAGOH 6 Julai - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kerajaan belum membuat sebarang keputusan berhubung permohonan peruntukan sebanyak RM1 bilion oleh MCA bagi menampung kos pembangunan dan operasi Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) di negara ini.
Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, ini kerana perkara tersebut masih dalam peringkat perbincangan antara MCA dan kementerian berkenaan.
"Kita telah adakan perbincangan tetapi belum selesai jadi yang dinyatakan oleh Chua Soi Lek telah dikemukakan kepada saya dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak," katanya.
Semalam, Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek berkata, partinya akan memohon peruntukan sebanyak RM1 bilion daripada kerajaan di bawah RMK-10 bagi menampung pembangunan dan operasi SJKC di seluruh negara. - Utusan
_________

Aku rasa tak perlu...ni bukannya yg diperlukan oleh org2 cina.

Ianya trbukti dalam beberapa pilihanraya kecil yg lalu dimana brjuta2 dilaungkan oleh pempin negara utk sekolah2 cina..tapi tetap mereka memberi undi pada pembangkang.

So kita kena faham mereka tak perlukan apa2 bantuan utk sekolah cina. Sebenarnya mereka lebih suka Sekolah Kebangsaan yg sedia ada..1 sekolah, 1 bahasa..kenapa perlu ada sekolah cina dan sekolah India?

Ni lah semangat org2 cina yg sebenarnya..

___ ishh aku macam brmimpi lak
Continue Reading...

PAS yg sedang mabuk!!!

PAS yg baru merasakan kesan "kuasa' mula kemabukan..dari takbir jadi TAKE BEER!!
Dari satu parti yg trdiri dari pempin2 yg brlatarkan berpendidikan agama yg tinggi..terkenal rigid, brpendirian teguh, dan menentang sekeras2nya apa saja yg mereka rasa leh memperjudikan nasib org2 Melayu dan agama Islam..

Dulu..PAS trdiri dari golongan yg benar2 membenci org2 kapir..

Tapi kini..PAS baru rasa seteguk dua arak brjenama "KUASA" dan "PANGKAT"..dan mula meneguk arak "KUASA" dan "PANGKAT" ngan keta2 besar dan berjenama.. maklum ler tak pernah meneguk walaupun setitik arak sebelum ni..

PAS mula jadi parti FLIP FLOP..fatwa2 diFLIP FLOPkan semata2 untuk menagih kuasa, kerana khuatir hilangnya "arak kuasa dan pangkat"..sanggup menundukkan kepala utk diinjak2 oleh org2 kapir dan yahudi..sanggup hantar dan brsekongkol ngan penjilat2 yahudi..sanggup gadai nama "ALLAH"..dan marah pada yg menghalang nama "ALLAH" digadaikan..fatwa yg dulunya haram, kini jadi halal..masjid2 diinjak2 oleh kaki2 org2 kapir ngan membenarkan org2 kapir memberi ceramah tentang kebenaran dan keadilan kononnya..pehh mabuk bebenor korang ni.... pompuan yg datang haid/nifas..tak dibenarkan lalu dilaman masjid apa lagi utk masuk walaupun Islam..apakah org kapir lebih suci dari pompuan Islam yg datang haid?

Demi keadilan ( sebenarnya kuasa)..pak imam/pak bilal dan ahli2 PAS sanggup brtakbir dan angguk2 apa2 yg dikata sikapir..malah brtempik takbir bila org kapir membaca ayat2 yg bunyinya macam ayat2 AQ.

Jika UMNO trkenal kerana menggadaikan tulisan jawi, tanah org2 melayu dsb..tapi kerana trlalu mabuk, PAS ngan selamba menggadaikan nama "ALLAH"..

Dalam kemabukan, pempin2 PAS mula mempamirkan kekayaan dan kemewahan hasil harta2 ghanimah yg dirampas dari UMNO yg telah brpuluh2 tahun binakan..mula rasa seronok ngan gelaran datuk2 ..mula rasa seronok dan gembira iringi Sultan2 dan merasmikan majlis2 itu dan ini...

KUASA dan PANGKAT satu arak yg berjenama yg sangat trkenal yg telah brjaya membenamkan ribuan manusia kedalam lembah nuraka jahanam sejak brzaman2 hingga kiamat..

WAHAI..ulamak2 PAS..apakah gitu tipis sekali iman kamu brbanding ngan mendalamnya ilmu kamu!!!

WAHAI ..ulamak2 PAS..kamu tahu tentang Anwar Ibrahim..tapi masih sanggup membantu pembohongan demi pembohongannya? Masih sanggup melihat ummat Islam di"liwat" pemikiran mereka? Walaupun kepala kamu masih ditunding2 sesuka hati oleh org2 kapir dan Anwar Ibrahim dan kuncu2nya?

Bangunlah wahai ulamak2..tegak kamu dalam agama..bukan tegak kamu dalam parti!!!!

Lihatlah sekeliling kamu..ummat Islam sedang menderita...
.........ribuan anak2 luar nikah dilahirkan.. ribuan yg trperangkap ngan konsep keadilan Anwar Ibrahim( aku adil, org lain semua zalim)..ribuan yg trperangkap ngan arus tekanan kehidupan...ribuan yg terperangkap dalam lembah2 maksiat..salah laku seks brmaharaja lela dan hampir gitu terang2an...seks sejenis makin brleluasa..amanah dan kejujuran jadi satu lawak jenaka..keikhlasan jadi satu perkataan hiburan...masjid2 lenggang(sekurang2nya kuil berterangan sampai siang) tapi masjid2 sunyi sepi walaupun dihias indah..suami isteri keja siang malam, anak2 trbiar dan ddidik oleh ASTRO dan amah..dada ummat sempit penuh kemiskinan, baik yg miskin maupun kaya raya..

Usahlah meneguk lagi arak "KUASA dan PANGKAT"..teguklah arak taqwa dan keimanan!!! wahai ulamak2 kamulah tonggak masyarakat..tonggak ummat..

Bayangkan apa akan trjadi pada ummat..jika para ulamak sibuk berebut2 bangkai dunia brsama2 org2 kapir dan org2 awam.

..no more TAKE BEER!!! PLS no more!!!
Continue Reading...

ISTANA NEGARA: SATU LAGI ISTANA AIR MATA

Pelbagai masalah membelenggu projek pembinaan Istana Negara yang baru. Kemelut yang sedang berlaku sekarang, adalah lanjutan daripada kemelut-kemelut seterusnya. Malah peristiwa ini juga mengingatkan tentang 'perampasan' tanah penduduk di salah sebuah jajahan di Kelantan untuk menjayakan pembinaan sebuah istana yang digelar oleh penduduk tempatan sebagai Istana Ayer Mata.

Terlalu banyak istana di negara ini. Dan kebanyakan istana juga adalah kosong dan hanya digunakan berapa kali sahaja di dalam setahun. Penggunaan istana pula hanyalah bersifat protokol.

Istana Negara yang ada sekarang, dikatakan perlu diganti memandangkan ia hanyalah sebuah mansion yang dibeli daripada seorang jutawan berbangsa Cina.

Hanya kerana itu!

Dan isu pembinaan Istana Negara yang baru, bukan berlangsung pada tahun-tahun terakhir ini, bahkan ia telah kedengaran semenjak sebelum Anwar Ibrahim masuk UMNO lagi!

Mengapa perlu terlalu banyak dibazirkan untuk pemimpin? Apa lagi yang rakyat Malaysia, khususnya orang Melayu perlu berkorban untuk pemimpin? Orang Melayu sudah lama menjadi bidak-bidak catur yang sesuka hati dilaga-lagakan agar sebilangan daripada pemimpin mereka kekal di tampuk kuasa. Orang Melayu juga dipermain-mainkan akidah mereka bagi membolehkan segolongan SYAITAN KUASA menjadi sebahagian daripada eksekutif negara.

Kini Istana Negara yang baru pula ditunjukki Allah Taala...

Barangkali hanya setelah bumi Tanah Melayu bergoncang dan Semenanjung Emas ini tenggelam di dasar Laut China Selatan dan Selat Melaka, barulah masing-masing sedar tindakan melampaui batas mereka.

Berapa banyak lagi istana-istana kosong yang megah dan menelan ratusan juta ringgit bakal dibina? Berapa banyak pula bangunan Parlimen akan dibangunkan untuk menunjukkan golongan yang menduduki kerusi Parlimen adalah golongan 'tak boleh disentuh' dan 'sangat-sangat istimewa'?
Continue Reading...

ULAMA APA NIK AZIZ NIH? ULAMA SYAITAN KUT?

Nik Aziz Nik Mat, Menteri Besar Kelantan dan Mursyidul Am PAS, berbunyi lagi. Kali ini ketara sangat ASSOBIYYAH dan kecintaannya kepada kekafiran serta kekufuran!

Apabila Karpal Singh melenting tentang Negara Islam versi PAS, Nik Aziz dengan tenang berkata, itu hanyalah pendapat peribadi 'NIK ABDUL' KARPAL SINGH, bukannya pandangan keseluruhan DAP. Bagi Nik Aziz, pendapat Karpal Singh itu hanyalah pendapat terasing,

Bayangkanlah kalau yang bercakap tentang Negara Islam PAS yang tidak lebih hanyalah retorik kaum pentadbir dan bukannya fuqaha dalam parti berkenaan itu adalah Muhyiddin Yassin atau paling cikai pun, Khairy Jamaluddin. Harus satu Tanah Melayu PAS akan menggerakkan seluruh anggota dan jenteranya untuk membuat solat hajat di hadapan tokong, di hadapan ibu pejabat DAP, di padang-padang, mahupun di tengah-tengah stadium. Silap-silap bukan lagi doa pecah perut, sebaliknya pecah segala-galanya. Atau riuh rendahlah satu dunia Internet dengan hujah-hujah picisan golongan penaqlik buta seperti yang terlihat dalam blog-blog penyokong Nik Aziz dan golongan Erdogan!

Malangnya yang bersuara adalah Karpal Singh, seorang kafir yang sudah tentu tidak menerima Allah Taala sebagai Tuhannya.

Inilah yang membezakan antara ulama, penyamar ulama, berlagak dan berkeinginan menjadi ulama. Ulama yang berpegang teguh kepada ajaran Islam, al Quran dan Hadis pastinya menjadikan firman Allah Taala sebagai panduan mereka. Perintah Allah Taala bahawa umat Islam itu saling bersaudara, berkasih sayang sesama mereka dan bersikap keras terhadap kaum kafir, nampaknya telah dilanggar dan didurhakai oleh Nik Aziz menerusi keangkuhan dan ketaksubannya kepada parti politik yang disertainya. Nik Aziz kalau ditanya dan diberitahu tentang firman Allah Taala itu, pastinya akan berlagak seperti Iblis Laknatullah yang dihalau keluar dari syurga setelah enggan tunduk sujud kepada Adam a.s.

Dengan kata lain, Nik Aziz akan memberikan pelbagai alasan dan hujah. Tak cukup dengan itu, segala jentera akan digunakan untuk menghalalkan pendurhakaan Nik Aziz kepada perintah Allah Taala dan Nabi s.a.w.

Tidak dapat dinafikan sepanjang sejarah Islam, peradaban dan kefahamannya, para ulama dan fuqaha saling berselisih pendapat dalam banyak perkara furu'. Pun begitu, perkara pokok membabitkan akidah, diterima sebulat suara.

Hanya dalam dekad-dekad kebelakangan ini, apabila semangat kecintaan melampau kepada DEMOKRASI ROM, maka perkara pokok iaitu akidah Islam turut diheret untuk dibincang dan dibahaskan. Nik Aziz bolehlah digolongkan sebagai sebahagian daripada anggota Mutasyabihat yang berasakan mereka layak untuk membicarakan tentang sifat-sifat Allah Taala. Mereka terlupa nasihat Imam As-Syafii kepada salah seorang muridnya:

"Hai Abu Ishaq, janganlah engkau mengikut sahaja apa yang aku ucapkan, kajilah dahulu kerana apa yang aku ucapkan ini adalah masalah agama." (Mizan al-Kubra 1/192)

Nik Abdul Aziz pernah menggemparkan dengan mengambil sikap kaum Mujassimah (kaum yang menyerupakan sifat-sifat Allah Taala dengan sifat-sifat makhluk) dengan 'fatwa' paling kontroversinya, Allah Gedebe (kahaq, atau qahhar) sekalipun salah satu nama-Nya adalah Al-Qahhar. Semuanya dilakukan semata-mata untuk membela penulisan picisan Shahnon Ahmad yang berjudul 'SHIT'.

Dan sikap sebegitu dapat dilihat dalam salah satu blog penyokongnya yang memulakan penulisan dengan 'Dengan nama Allah Yang Maha Ego'.

Barangkali ramai yang menanggapi masalah ini sebagai masalah remeh berbanding politik, namun masalah ini sebenarnya jauh lebih besar keran ia boleh mengheret seseorang itu ke lembah zindiq, syirik total dan pendurhaka!

Nik Abdul Aziz menentang ASSOBIYYAH tetapi nampaknya dialah pengamal ASSOBIYYAH tulen seperti mana makna ungkapan tersebut yang telah diterangkan Nabi s.a.w kepada Syaidinna Ali r.a. Tidak ada sesiapakah dari kalangan ahli-ahli PAS yang berkeinginan untuk menarik Nik Abdul Aziz daripada jatuh ke dalam perangkap kesyirikkan?
Continue Reading...

Monday, July 5, 2010

'umar abdul aziz ibni PAS' WUJUDKAN ASNAF KE-9 DI PULAU PINANG

Seorang rakan yang bekerja di pejabat agama Pulau Pinang melaporkan, sejumlah besar borang permohonan telah diterima sepanjang dua tahun Pakatan Rakyat mentadbir Pulau Pinang dengan ketuanya, 'umar abdul aziz ibni PAS'.Penambahan jumlah borang tersebut meningkat lebih 300% sebelum kejatuhan BN di Pulau Pinang.

Borang-borang permohonan yang bertimbun itu datangnya daripada asnaf ke-9 yang diwujudkan atas 'PERINTAH PR'. Golongan bukan Islam dilaporkan cuba mengambil kesempatan untuk mendapatkan bahagian di dalam pembahagian zakat.

Ada hantu di dalam pentadbiran Pakatan Rakyat yang cuba menjadikan zakat dan baitulmal sebagai modal politik mereka. Sama seperti kalimah Dzat Wajibalwujud yang cuba disamaratakan penggunaannya kepada bukan Islam, zakat dan baitulmal juga nampaknya tidak berbeza.

Bukti tertera pada timbunan borang dari kalangan bukan Islam untuk mendapatkan duit zakat. Dan dengar ceritanya, baitulmal menjadi tempat yang paling direbuti oleh MELAYU-MELAYU PKR, PAS dan UMNO bagi tujuan menfaraidkan kutipan yang ada.

Nampaknya menang PR bukan mengikut reformasi yang mereka katakan, sebaliknya yang direformasikan adalah pengaliran duit golongan yang berhak terima kepada golongan yang menang pilihanraya... Macam juga di Kedah, apabila duit zakat diagih-agihkan kepada MMK sebagai duit hari raya dengan penuh meriah, bukannya kepada 8 asnaf yang telah ditentukan oleh Allah Taala...

Itulah baru namanya kemajuan! Menjadi betul Reformasi Rom di hati 'so-called' orang Islam di Tanah Melayu nih!
Continue Reading...

SEMBANG UMNO KEDAH, SEMBANG AUTA!!!

Shafie Afdal dah ghuyub sekalipun menjadi Pengerusi UMNO Kedah. Peranannya dimainkan oleh Timbalannya, Dato' Bashah. Kalau bercerita tentang UMNO Kedah, umpama bercerita tentang PAS Johor yang kewujudannya sekadar wujud, tapi fungsinya, lebih banyak riuh daripada bekerja!

Yang menjadi tumpuan UMNO Kedah adalah bahagian utara Kedah. Bahagian selatan Kedah yang merangkum empat Parlimen iaitu Baling, Sungai Petani, Padang Serai dan Kulim Bandar Baharu yang mempunyai 10 DUN benar-benar diabaikan oleh UMNO Kedah.

Dari zaman berzaman, Kedah Selatan benar-benar menjadi kawasan terabai, dan sekarang kawasan berkenaan menjadi sarang PAS yang cukup kowloon hati hempedu mereka. Daripada 10 DUN, UMNO sekadar mampu menang satu DUN iaitu Bayu menerusi Azmi Che Hussin.

Sama ada UMNO Kedah sedar atau tidak, 10 DUN berkenaan seandainya dikerjakan betul-betul dan diberikan tumpuan serta pertimbangan berbanding Kedah Utara, UMNO sebenarnya dapat merampas kembali pentadbiran Kedah dari PAS dengan mudah. Kawasan selatan yang dahulunya lubuk UMNO dan Barisan Nasional, kini tidak ubah sebagai sebuah kawasan hitam buat UMNO kerana kesilapan UMNO dan BN Negeri yang terlalu mengabaikan kawasan berkenaan.

Terlalu berbangga dengan Kulim Hi-Tech yang kemudiannya dijahanamkan oleh Azizan Abdul Razak serta konco-konconya, tetapi pada masa yang sama, terlalu mengabaikan saluran 2 dan 3 di kesemua kawasan berkenaan menyaksikan UMNO Kedah tertungging dan tertumus.

Sudah seharusnya kepimpinan UMNO Negeri turun berkampung di Kedah Selatan dan tidak terlalu memerap di pejabat berhawa dingin di bangunan berhadapan dengan Pekan Rabu. Keluhan daripada penduduk di kawasan-kawasan terbabit, perlu didengar. Saluran 2 dan 3 merupakan majoriti pengundi di kawasan terbabit dan mereka merupakan generasi paling aktif dan paling terdedah kepada semua bentuk komunikasi serta maklumat.

Setidak-tidaknya UMNO Kedah perlu sedar, empat bahagian berkenaan sebenarnya jauh ketinggalan dalam semua bentuk kemajuan biarpun merupakan daerah yang paling dekat dengan Pelabuhan Pulau Pinang dan kawasan perindustrian utama. Campurtangan aktif UMNO Kedah di kawasan-kawasan berkenaan, pastinya akan memberikan impak yang paling berkesan.

Tinjauan di kalangan penduduk tempatan jelas membuktikan kelemahan UMNO yang sehingga kini tidak diperbaiki dan harapan menggunung daripada para pendokong, penyokong mahupun penentang UMNO. Sama ada UMNO Negeri sedar atau tidak, terpulanglah kepada mereka. Mungkin para pemimpin UMNO Kedah masih lagi terbuai dengan mimpi-mimpi indah dan angan-angan memandangkan orang Kedah memang kuat berangan tetapi kurang bekerja.
Continue Reading...

JADAH APA KHAIRY JAMALUDDIN DI PENDANG?

Hebat betul permainan politik di Kedah. Pertembungan kuasa antara puak-puak di dalam UMNO Kedah yang tidak mahu akur bahawa mereka adalah parasit dan penghalang antara rakyat Kedah dengan UMNO Kedah, begitu ketara.

Di Pendang, Khairy Jamaluddin yang tidak begitu digemari, akhirnya masuk ke kawasan berkenaan untuk merasmikan mesyuarat bagi salah satu sayap UMNO. Puak yang menjemput Khairy pula dianggap sebagai antara MAKHLUK PEROSAK UMNO paling tegar dan mendatangkan masalah kepada UMNO Negeri.

Jadah apa Khairy dipanggil dan didengar ucapannya? Khairy sendiri tidak mampu meletakkan dirinya sebagai Ketua Pemuda, sama ada secara praktikal mahupun teori, cuba mengajar. Ibaratnya ibu ketam mengajar anaknya berjalan lurus, Khairy yang kelihatan terdesak untuk berada di saf utama kepimpinan UMNO Pusat, nampaknya berjaya mencuri peluang... antara kawasan paling bermasalah bagi UMNO Kedah.

Ada perubahan besar berlaku dalam pentadbiran UMNO Bahagian Pendang. Bagaimanapun, penyakit sebenar UMNO bukan datangnya daripada UMNO Malaysia, sebaliknya datang daripada Puteri UMNO, Wanita UMNO dan Pemuda UMNO. Tiga sayap ini begitu ketara perebutan jawatan di kalangan mereka. Biarpun masing-masing sekadar menumpang tuah daripada hasil kerja orang lain, masing-masing begitu tekun mendabik dada bahawa merekalah pekerja yang dimaksudkan.

Isyarat yang ditunjukkan dengan fenomena ini ialah, UMNO Pendang sewajarnya melupakan hasrat untuk merampas kerusi ADUN di kawasan tersebut yang jatuh ke tangan PAS. Biarlah dan redhakanlah kerusi tersebut dipegang oleh PAS sekalipun Dr.Hayati Othman sendiri tidak disukai oleh puak-puak PAS.

Tak payahlah berangan-angan untuk ambil alih kerusi berkenaan. Cukuplah para pemimpin UMNO berpuas hati dengan perebutan jawatan di dalam parti kerana sehingga ke hari ini, penyakit kronik para pemimpin UMNO ialah ingin merebut jawatan di dalam parti, bukannya berkhidmat untuk rakyat.

Kepada rakyat Kedah, jangan segan silu untuk menyokong PAS kerana sehingga setakat ini, hanya PAS sahaja yang kelihatan berjaya menutup dan menyapu segala masalah mereka ke bawah karpet, biarpun dari segi lahap, lahap mereka tidak kurang malah berlebih berbanding pemimpin UMNO!
Continue Reading...

PERKASA- bidak2 catur.

PERKASA mulai nampak keperkasaannya..sebutan "melayu" kembali brkemundang..

Tapi perkataan keramat "melayu" begitu menakutkan ramai pihak..ada segelintir dari UMNO yg mana khuatir wujudnya sebagai juara melayu semakin trhakis..DAP, begitu panas sekali..MCA juga..dan tak lama lagi mungkin MIC pun akan mula menyerang.. mm tak tahu ler lama mana PERKASA dapat pertahankan keperkasaannya..PAS he he..terketil2 tak lupa untuk ambik bahagian..

MCA bebas brcakap tentang kepentingan bangsa cina..GERAKAN juga bebas..DAP juga bebas..dan MIC juga bebas..semuanya bebas utk brcakap tentang kepentingan bangsa mereka masing2..tanpa sapa menyerang, mengkritik, dan tidak didakwa sebagai rasis.

UMNO dan PERKASA atau mana2 NGO hanya dibenarkan brcakap tentang "BUMIPUTERA"..kalau sebut je "melayu"..comfirm rasis!!

Tapi kewujudan PERKASA hanya melengkapkan lagi wayang2 politik...UMNO akan sungguh2 bantah kata2 PERKASA, agar rakyat melihat UMNO tidak lah rasis dan brsifat trbuka dan sememangnya juara rakyat brbilang kaum. Jadi ada ler pempin2 UMNO akan menentang...

PAS juga cuba mempamirkan..agar bangsa2 lain melihat bahawa PAS juga perihatin ngan mereka.

Maka PAS dan UMNO akan berjuang..ngan memijak2 PERKASA..utk dapat sambutan dan sokongan bukan melayu.

MCA, DAP, GERAKAN..akan bersungguh2 memijak2 PERKASA..utk perlihatkan pada bangsa cina bahawa merekalah yg akan berjuang untuk memelihara kesejahteraan org2 cina dan mengekang kuasa bangsa Melayu.
____________
..Ketakutan pada kuasa2 bangsa etnik ni..adalah perkara lumrah dari sejak tok adam as lagi..peperangan demi peperangan kerana brbeza suku bangsa. Negara Cina..sebelum Shih Huang Ti, peperangan antara2 bangsa cina ni berlarutan beratus2 tahun..sehingga negara trsebut disatukan..tapi empayar Cina silih brganti sehingga kepada pemerintahan komunis. Malah baru2 ni berlaku juga pergaduhan antara bangsa etnik diCina..

Afrika.. India..Serbia ..Arab...

..kaum dan bangsa..ianya leh jadi satu kebaikan malah leh jadi satu fitnah ygt besar..
_________

Kembali pada PERKASA...

Apakah trtubuhnya PERKASA ni utk jadi bahan politik dan untuk diinjak2 demi utk kepentingan politik org lain?

Mungkin PERKASA perlu mengenal pasti apakah ciri2 atau keperluan satu2 bangsa tu perlu dilakukan utk jadi perkasa..mungkin PERKASA perlu fikirkan bagaimana utk satu padukan bangsa2 Melayu..mungkin PERKASA perlu fikirkan bagaimana utk merapatkan jurang kekayaan antara org2 Melayu..mungkin PERKASA perlu fikirkan bagaimana utk mengurangkan atau menyelamatkan bangsa Melayu dari tenggelam dalam arus kemajuan dan lemas dalam lembah maksiat.

PERKASA ..tak perlu lah hero dalam sorakan, tempikan dan jeritan..tapi juara dalam memperkasakan org2 Melayu tanpa timbul prasangka buruk dan ketakutan oleh bangsa2 lain. PERKASA juga mungkin perlu selamatkan org2 Melayu dari kerakusan sesetengah pempin2 Melayu dalam kuasa politik dan ekonomi..yakni cuba menaikkan kedudukan dan nama ngan menindas dan memijak bangsa sendiri.

..pada pandangan aku
Continue Reading...

Friday, July 2, 2010

YAHUDI dan NASRANI

Dilaknatnya yahudi bukanlah kerana ia dilahirkan dari kalangan org2 yahudi..

Dilaknatnya nasrani bukanlah kerana ia dilahirkan dari kalangan org2 nasrani..

Yg dilaknat ialah mereka2 yg berperangai dan brkelakuan "yahudi" dan "nasrani"..malah setiap org2 Islam lum tentu trjamin selamat dari pengaruh kelakuan dan perangai2 "yahudi" dan "nasrani" ini.
Sebab tu setiap hari sekurang2nya 17 kali kita baca Alfatehah dalam semayang..dan wajib dibaca..yg mana minta perlindunganNya dari jadi "yahudi" dan "nasrani".

Sesat!!

Sesat lagi menyesatkan!!!!
______

...nauzubillah
Continue Reading...

Hikmah PAS- susah jika brtuhankan kuasa.

Pas Selangor anggap Karpal jahil
SHAH ALAM 1 Julai - Pas Selangor menganggap kenyataan Pengerusi DAP, Karpal Singh mengenai konsep negara Islam acuan Pas adalah salah sebagai kata-kata orang yang jahil.
Bagaimanapun Ketua Penerangannya, Roslan Shahir Mohd. Shahir berkata, sebagai sahabat Pas, Karpal tidak sepatutnya membuat kenyataan seumpama itu dan perlu berfikir sebelum menyatakannya.
Sehubungan itu katanya, beliau menyokong tindakan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat mencabar Karpal agar membuktikan kesahihan kenyataannya itu.
''Sebagai orang Islam kita perlu menerima pandangan yang bukan Islam dan itu hak dia untuk memberi pandangan.
''Jika yang memberikan kenyataan itu bukan Islam dan mungkin dia tidak tahu.
''Bagaimanapun sesiapa yang dah berkawan dengan kita (orang Islam), sepatutnya menghormati kita kerana bila dah berkawan kita perlu berbaik-baik," kata beliau ketika dihubungi di sini hari ini.
Semalam, Nik Aziz mencabar Karpal supaya membuktikan konsep negara Islam acuan Pas yang telah dilaksanakan di Kelantan selama 20 tahun adalah salah.
Beliau menganggap kenyataan Karpal yang menolak gagasan pembentukan konsep negara Islam Pas jika pakatan pembangkang dapat menguasai pentadbiran negara sebagai kenyataan peribadi.
Roslan Shahir berkata, beliau tidak kesal dengan apa yang dikatakan oleh Karpal itu kerana ia keluar dari mulut orang bukan Islam.
''Jika UMNO yang cakap kesal sebab ahli UMNO orang Islam. Karpal ini bukan Islam jadi kita boleh dakwahkan dia," ujar beliau.
___
..Amboiii begitu brhikmah dan penuh kasih sayang..ish ish.

Wahai mereka yg mendakwa brlandaskan AQ dan sunnah..jika org Islam, hendaklah brpesan2, hendaklah ingat mengingati..ianya perintah dari Allah swt..

Kedudukan org2 Islam atau hak2 org Islam keatas org2 Islam yg lain lebih tinggi dari hak2 org kapir.

Jika sesama kapir boleh brlapang dada..kenapa tidak sesama Islam?
Jika sesama kapir boleh diberi peluang..kenapa tidak sesama Islam?

Tapi..apa lah nak dihairankan, mereka menyanjung ketua mereka yg menjilat2 org2 yahudi, jika pepatah mengatakan bapa borek, anak rintik...leh digunakan ketua borek, anak buah rintik ler.

..wahai ahli2 PAS, amalkanlah Islam.
Continue Reading...

Yahudi penting atau Org2 Islam di Malaysia penting

Anwar, pemimpin trtingi Pakatan Pembangkang, sanjungan Nik Aziz, idola ahli2 PAS..memohon maaf terang-terangan dan 1 dunia tahu..

Begitu brsungguh2 beliau minta maap..beliau rupa2nya hanyalah anjing2 pada Israel, dan ahli2 PAS yg memeliharanya..

PAS yg kononnya gitu perihatin ngan Palestine, perihatin ngan Islam..rupa2nya adalah penyokong2 dalam senyap akan Israel. Tapi itu tidaklah menghairankan, jika syaitan pun boleh brkawan apa lah ada org2 yahudi. PAS tanpa disangka2..

Aku percaya lepas ni..akan keluar macam2 fatwa tentang baiknya minta maap pada org2 yahudi. Dan akan gunakan kisah2 org2 yahudi yg dimunafaatkan sebagai tenaga2 pengajar dizaman nabi saw ( tawanan perang yg mana Umar ra cadangkan utk dibunuh). Akan keluarlah kisah2 org2 yahudi yg telah masuk Islam dan berjuang brsama2 nabi saw. Akan keluarlah kisah tentang org2 tua yahudi yg buta yg nabi saw telah brkhidmat padanya semasa hayat baginda saw, dan yg mana diteruskan oleh Abu Bakr ra. Org tua yahudi ni kemudian telah memasuki Islam.

Akan keluar lah akan kisah2 tanggungjawab yg kita perlu dakwah org2 yahudi..dan macam2 lagi helah dan kisah2 agama akan digunakan utk "tuan mereka" iaitu anjing2 yahudi!!! walaupun nampak macam "hero" Islam. "hero" Palestine, mengecam Israel tapi semua tu rupa2nya hanya lakonan semata2.

Tapi PAS, Anwar..lakonan tu adalah perkara biasa..fatwa diputar belitkan..isu2 semasa diputar belitkan utk timbulkan kekeliruan pada ummat..

Semata2 kerana dibakar oleh dendam kesumat dan hasad yg menyala2..membakar hangus hati sanubari mereka.. walaupun dilidah dibasahi oleh zikir, dan tasbih serta takbir..tapi didalam hati sibuk brzikir ngan UMNO, UMNO, UMNO, UMNO..ngan penuh hasad dan dendam.
__
Baguslah minta maap kerana kelanjuran kata2..

Tapi bagaimana rakyat Malaysia khususnya org2 Islam?

Tidakkah perlu minta maap kerana brbohong dan brdusta:
a) kononnya diracuni arsenik
b) kononnya dimasukkan kedalam penjara yg sangat kecil
c) kononnya telah disuntik ngan darah yg dah dicemari penyakit AIDS.
d) kononnya telah memiliki 36 kotak rahsia tentang penyelewengan kerajaan.
e) kononnya ia dipecat oleh PM Dr Mader kerana konspirasi UMNO dan kerajaan.
f) kononnya telah berjaya memujuk wakil2 BN utk melompat dan membentuk kerajaan pada 16 sept - dan masih ramai yg mahu mempercayainya, bukan saja dikalangan pembangkang tapi juga dikalangan UMNO. Entah macam mana bangang ahli2 UMNO trmasuk pemimpin2nya, ada yg masih anggap Anwar adalah pemimpin yg brwibawa setelah gitu sekali Anwar meludah UMNO.
g) kononnya telah dapat perkenan yg Dipertuan Agong dan sokongan dari general2 ATM.
h)..ahhhhh gitu banyak sekali pembohongan demi pembohongan..

Tak perlukah meminta maap!!!!

.....woiitt pemuja2 Anwar, apa lagi yg leh sedarkan kamu..apakah setelah disuntiknya belakang kamu baru kamu nak perasan!!!
Continue Reading...

Thursday, July 1, 2010

Nik Aziz dan Fatwa

udah2 ler tu yob oiiiii..rujuk artikel beliau dalam Harakah.

Nak kaitkan ngan judi..ianya telah diputuskan bahwa lesen tidak diberikan.

Yob oii..usahlah nak diputarbelitkan kenyataan..dilesenkan dan tanpa dilesenkan. Tanpa dilesenkan dikatakan haram disegi undang2 negara. Dilesenkan pula dibenarkan broperasi dibawah selia undang2 negara bukanlah brmakna "halal" disisi agama.

Usahlah gunakan kedudukan sebagai Tok Guru dan pakaian ulama' utk timbulkan kekeliruan pada ummat dan timbulkan kebencian yg tidak menentu.

Benar!! kemakmuran dunia tanpa kemakmuran hati..satu kerugian yg besar!! Tapi lagi buruk perangai..jika kemakmuran dunia sendiri menumpang pada kemakmuran org yg dicaci..dan dalam hati penuh ngan dendam kesumat, tiada kemaapan, tiada kasih sayang sesama Islam.

Dan dalam hadis Qudsi ada dikatakan secara mahfumnya.."golongan yg menyakiti Allah swt, brpakaian dan brkata2 umpama ambiya' tapi hatinya lebih pahit dari jadam"

Dibiaknya kebencian hatinya kepada hati sesama ummat..bukannya dibiaknya kasih sayang dan kemaapan dan brlapang dada sesama Islam.

Naper gitu jahat sekali dan busuknya hati cuba menyekat para ulamak dari mendekati ahli2 UMNO yg bragama Islam..apakah Nik Aziz telah mendahului Allah dalam menutup segala jalan kebaikan dan hidayat pada sedara seIslamnya yg brlainan parti? Ulamak bukannya diutus atau khusus utk UMNO..ulamak ialah milik sekelian ummat dan brtanggungjawab pada sekelian ummat..pada ummat Islam dalam UMNO, dalam PKR, dalam PAS, dalam DAP, dalam MCA, dalam MIC, dan seluruh dunia.

Mengapa seorg ulamak yg dianggap trbilang, diangkat dan dimuliakan sebagai mursyidul Am boleh brfikiran jahat dan sempit sedemikian?

Kabor..ISlam for All. Tapi pada amalan dan kata2..ISLAM is only for PAS, or ISLAM is only for those who support PAS. Jika yahudi atau negara Israel istihar sokongan pada PAS, tentulah disanjung oleh Tuan Guru.

Tapi apa nak kisah pasal yahudi sokong..Tok Guru dah kabor, jika setan nak hulur tangan nak bantu, sahih diterimanya..janji titik sedara seIslam yg dari parti UMNO.

Wahai tuan guru..wahai pengikut2 taksub tuan guru..nikah contoh ulamak waris ambiya'?
___

Jika beliau bersimpati ngan ulamak2 yg sertai UMNO, aku pun brsimpati ngannya kerana "simpati"nya....

Jika beliau begitu perihatin ngan lesen2 yg "menghalalkan" yg dikeluarkan oleh kerajaan2 BN..jengok2lah lesen2 "halal" yg dikeluarkan oleh "khalifah beliau diPenang", rakan sekutu di Kedah, rakan sekutu diSelangor..
__

Yob, udah2 ler tu
Continue Reading...

ANWAR & YAHUDI vs UMNO & YAHUDI

Bila Anwar brkokok..pasal UMNO & Yahudi, ramai ler juak2 PAS brkokok walaupun tak tahu duduk perkara ngan sebenar2 dan sejelas2nya..

Umpama sekor ayam jantan brkokok, maka brsahut- sahutanlah ayam2 jantan yg lain..tu lah ibaratnya.

Dimana duduk perkara kata2..selidik dulu, hati2, dan sebagainya. PAS apa saja yg leh untungkan partinya dan peluang nak titik UMNO..segala jenis statement walaupun dari musuhnya sendiri pastilah ia akan brkokok.
Spt kenyataan2 dari Che Det, yg pernah dilabelkan Maha Firaun dan Maha Zalim, ..dari Ku Li. dan seterusnya.

PAS..ni kah kehendak agama?

Tapi meh kita tengok..apa kata ustaz2 PAS brkenaan isu Anwar & Yahudi ni?

Yg aku leh agak..

a) "Ni semua fitnah belaka"
b) " Ni adalah niat2 jahat UMNO"
c) " Alhamdulillah, usaha dakwah kita telah melampaui sempadan. Tujuan Anwar ialah utk kembangkan usaha dakwah mereka, maklum ler Islam for All."
_______
Mujur lah DAP join PR..jika DAP join BN, dan GERAKAN pula yg keluar BN..agak2 apa cerca maki hamun serta fatwa yg akan ditaburkan oleh ustaz2 PAS

.....macam2 ada
Continue Reading...

IKLAN BERBAYAR

PORTAL ISTIMEWA

BLOG-BLOG PRO KERAJAAN

TAK TAHU KIRI KE KANAN

BLOG PEMIMPIN

MASUKNYA WAKTU SOLAT

SAPA DIA

Top Commenters

Powered by Disqus

Recent Comments

Senarai Laman Web WAJIB

 

Blog Archive

Labels