Kalau dengar penceramah mahupun bloggers PAS mengutuk UMNO dan Kerajaan Pusat, seolah-olah tiada langsung jenayah atau pun masalah sosial yang berlaku di Kelantan. Apatah lagi apabila mendengar hujah dan kemarahan, kekesalan serta kekecewaan mereka kerana Malaysia tidak menjalankan hukum Hudud dan Qisas, sebaliknya hanya menggunakan hukum Takzir yang dinamakan sebagai hukum sekular.Sesuatu yang paling menarik tentang Kelantan adalah BULAN SEMBAHYANG yang dianjurkan oleh Kerajaan Negeri. Dan Harakah Daily begitu GEMBIRA mewar-warkan di dalam berita mereka, dengan rasa bangga, seperti mana bangganya PUSAT-PUSAT ZAKAT mengisytiharkan LEBIHAN ZAKAT BERPULUH JUTA dalam akaun mereka setiap hujung tahun.
Solat adalah tiang agama. Ia merupakan perkara pertama yang ditanya sewaktu di hadapan al-Mizan nanti. Tidak ditanya siapa pemimpin kamu, atau apa parti kamu, mahupun apa ideologi parti yang kamu ikut, sebaliknya yang ditanya adalah SEMPURNA dan CACAT solat yang didirikan sepanjang dipinjamkan dengan 7 sifat maani hamba.
Setelah lebih 20 tahun PAS di bawah Nik Abdul Aziz yang begitu TEKUN mentakfirkan orang lain yang enggan mengikut KEDURJANAAN dan KEFASIQAN parti politik yang diimaninya, Kerajaan Negeri itu hanya mampu mengadakan Bulan Sembahyang? Rupa-rupanya solat atau sembahyang bagi umat Islam di Kelantan, masih tidak dapat dihadami dan dicintai oleh rakyat yang kononnya berada di bawah pentadbiran Ulama-Ulama?
Terlebih malang, Kelantan yang merupakan Negeri Tadahan Wahyu dan Negeri Serambi Makkah, hanya 31% penduduknya yang bersolat lima waktu sehari. (Harakah Online)
Setelah 20 tahun, masih ada yang tidak tahu mengapa kita harus bersolat dan apa kepentingan solat kepada diri kita sendiri selain daripada masuk syurga dan dapat pahala? Takkanlah orang Kelantan yang sudah 20 tahun DIBERKAHI dengan KEPIMPINAN ULAMA tidak tahu, mereka yang enggan mengerjakan solat, adalah jatuh kafir. Mengerjakan solat hanya kadang-kadang dan malas, adalah fasiq dan berdosa besar, manakala mengerjakan solat tanpa ilmu adalah kufur. Takkan Nik Abdul Aziz yang diangkat sebagai Tuan Guru tak dapat tanam dan fahamkan rakyat Kelantan dengan perkara-perkara berkenaan?
Jadi, jadah apa duk mengata orang lain kalau rakyat Kelantan sendiri terpaksa diadakan Bulan Sembahyang agar solat dicintai dan didirikan. Jadah apa, blogger-blogger dan pencacai-pencacai PAS dalam dunia maya menyibukkan diri tentang pihak lain sedangkan pihak yang disokong, SAH-SAH BAKAL TERJUN dalam KAWAH NERAKA?
TAKKANLAH dah 20 tahun perintah Kelantan, rakyat Kelantan masih dididik untuk bersolat, bukannya perlaksanaan undang-undang mewajibkan solat? Mana pergi kuasa Kerajaan Negeri? Dah kena telan dengan DAP atau orang bukan Islam ker?
Buktikan Kelantan benar-benar negeri Islam sebelum terfikir untuk menyiarkan kenyataan Nik Abdul Aziz yang nampak kesalahan dan plastiknya Islam orang lain. Didik rakyat Kelantan agar menghazami solat dan mendirikannya tanpa perlu WUJUD BULAN SEMBAHYANG LAGI.
Turutilah kembali sunnah yang diajarkan oleh Nabi s.a.w. Anak umur 7 tahun disuruh solat. Anak umur 10 tahun dirotan kalau tidak bersolat.... dalam solat jangan mencuri. Sempurnakan ruku' dan sujud... RAJINKAN DIRI untuk bersolat jemaah, bukannya setakat berjamaah masa persidangan parti semata-mata atau masa ada program parti.
Nak tunggu juga kalau-kalau Nik Abdul Aziz dan kerajaan negeri pimpinannya, mengenakan hukuman keras terhadap mereka yang enggan bersolat, menafikan wajibnya solat, engkar dan meringan-ringankan solat.... sibuk sangat suruh Federal menjalankan hudud, sedangkan hukuman di bawah kuasa kerajaan negeri, takkan tak boleh buat.
Kalau diturut-turutkan hukum Islam, mereka yang menafikan wajibnya solat dan engkar, maka disuruh bertaubat nasuha dan mendirikan solat. Kalau enggan, maka orang itu dibunuh....
Agak-agak berapa ramai orang Kelantan yang akan dibunuh sebab mengkufurkan solat?
Sembang ajer lebih Nik Abdul Aziz nih... patutlah Kelantan sentiasa ditimpa BALA BENCANA....

































