MARI BERFORUM, BERHUJAH DAN BERTEKAK DI SINI

RADIO PILIHAN THE FLYING KICK

Sunday, November 7, 2010

KRISIS TISU TANDAS DI PULAU PINANG... KETUA MENTERI DAH MEROYAN!!!!

Anak Apek Puaka, Lim Guan Eng yang juga merupakan Ketua Menteri Pulau Pinang menggesa warga emas yang ingin memulangkan wang ehsan pemberiannya agar tidak memulangkan duit berkenaan menerusi UMNO sebaliknya menggunakan saluran Pejabat Daerah. Katanya, besar kemungkinan duit yang dikatakan dipulangkan oleh warga emas Pulau Pinang menerusi UMNO itu sebenarnya bukanlah wang ehsan, sebaliknya daripada unsur-unsur rasuah, judi dan duit haram yang lain. (HARAKAH DAILY)

Dengar tu nasihat 'ORANG PANDAI'....

Dia punya gerun bila UMNO Pulau Pinang berjaya mendedahkan tembelang pembohong dan pendustaannya, membuatkan Guan Eng cuba berhelah agar perhatian kepada UMNO kurang diberikan. Guan Eng agak bernasib baik kerana UMNO sedang disibukkan dengan pelbagai aktiviti termasuklah aktiviti banjir di Kedah.

Jadi, kesempatan ini bolehlah digunakan oleh Guan Eng untuk menutup, menudung, melindungi dan menambahkan koleksi pembohongannya selaku Ketua Menteri Pulau Pinang.

KUNUN-KUNUNNYA wang ehsan tersebut tidak perlu dipulangkan menerusi UMNO kerana kata Guan Eng, UMNO AKAN MEMPOLITIKKANNYA...

Eh, sejak bila pula Cina DAP sepertinya tidak pernah mempolitikkan apa-apa sahaja keadaan dan perkara yang mereka lakukan? Bukankah Guan Eng sentiasa mendabik dada dengan mengatakan Kerajaan Pakatan Rakyat mendahului semua perkara baik untuk rakyat, walaupun hakikatnya mereka hanya meniru dan melakukan sedikit pengubahsuaian.

Contohnya, Kerajaan Negeri Melaka bagi bantuan kepada warga tua dengan jumlah RM250 hingga RM400 sebulan, Guan Eng modified dan bagi kepada warga tua RM100 hingga RM1000 setahun...

Dan sekarang, Guan Eng pandai pulak bagi nasihat supaya orang Melayu di Pulau Pinang tidak pedulikan UMNO kerana UMNO katanya berpolitik. DAP sahaja yang tak berpolitik...

CHEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEETTTTTTTTTTTTT.....
Continue Reading...

MANGKUK NI SAH, TAK PERNAH CABUT BULU HIDUNGNYA.... BUAT MALU TOK GUNDU JER!!!!

Sorang lagi makhluk dalam PAS yang berasakan seluruh manusia di Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak ini dari spesies makan tahi dan pemakan bangkai manusia apabila pembohongan yang dilakukannya, bukan setakat menggambarkan tahap keintelektualannya, bahkan dapat menunjukkan serta membuktikan keimanan serta akidahnya kepada Allah Taala dan Nabi Muhammad s.a.w terlalu sedikit berbanding topeng yang dikenakan ke seluruh badannya, selain menganggotai parti politik berjenama Islam.

Phahrolrazi Zawawi menyalahkan pihak media kerana tidak membuat liputan bagI MENUNJUKKAN BETAPA PRIHATIN dan AKTIFNYA Kerajaan PAS Kedah membantu rakyat semenjak mula banjir melanda negeri tersebut. (HARAKAH DAILY)

Pendedahan sikap lepas tangan Kerajaan PAS Kedah kali pertama diluahkan oleh Shahrizat Abdul Jalil yang berang apabila Kerajaan PAS Kedah langsung tidak mengambil sebarang inisiatif untuk membantu rakyat sekalipun beberapa lawatan oleh Menteri Besar dan kawan-kawannya dilakukan. Bagaimanapun tindakan tersebut tidak ubah seperti pelawat zoo melawat beruk!!!

Apabila pendedahan seterusnya oleh Chor Chee Heung, Ahli Parlimen Alor Star menempelak Kerajaan PAS yang hanya mengadakan mesyuarat membincangkan masalah banjir di Kedah selepas 5 hari bencana itu melanda, melompat sakanlah para pembesar PAS Kedah terutama sekali Mahfuz Omar yang serta-merta mengumumkan bahawa Kerajaan PAS Kedah telah memperuntukkan RM300 ribu sebagai bantuan kepada rakyat negeri tersebut.

Melihat kepada bantuan yang digerakkan oleh UMNO dan Kerajaan Pusat ke Kedah, sekaligus menurunkan darjat dan populariti PAS Kedah, maka barulah berbunyi para pemimpin PAS. Perutusan KDYMM Tuanku Sultan Abdul Halim agar perbezaan fahaman politik diketepikan dan bantuan diberikan kepada seluruh rakyat Kedah yang terjejas akibat banjir, maka jentera PAS dan Pakatan Rakyat mulai menggunakan titah Duli Tuanku untuk menempelak UMNO dan Kerajaan Pusat agar pada masa yang sama dapat melindungi kelemahan dan pengabaian yang telah dilakukan oleh Kerajaan PAS Kedah.

Hari ini, Timbalan Perdana Menteri telah sampai ke Pokok Sena untuk membuat tinjauan. Phahrolrazi Zawawi segera membuat pengumuman bahawa Kerajaan PAS telah memperuntukkan hampir RM1 juta untuk mangsa banjir selain wang baitulmal berjumlah RM500 ribu.

Sikap yang ditunjukkan oleh Phahrolrazi sememangnya sudah cukup menggambarkan betapa terdesaknya PAS Kedah mencari populariti. Daripada laporan-laporan yang diterima, sememangnya rakyat Kedah yang terlibat dalam bencana banjir besar ini benar-benar marah kerana selain mereka putus bekalan makanan, mereka juga tidak memperolehi bekalan air bersih kerana operasi berkenaan langsung lambat digerakkan oleh Kerajaan PAS Kedah.

Barangkali Phahrolrazi Zawawi masih hidup pada zaman batu atau zaman kolonial sehingga langsung tidak tahu bahawa maklumat bergerak jauh lebih cepat berbanding apa yang dilaporkan oleh HARAKAH dan HARAKAH DAILY.

Banjir besar yang merupakan yang terburuk dalam 100 tahun sejarah Kedah ini, sememangnya melondehkan terus ketidakupayaan PAS Kedah mentadbir negeri. Ternyata apa yang pandai dilakukan oleh PAS Kedah ialah mencuri, merompak, menjarah dan menjahanamkan negeri.

Bantuan yang diumumkan oleh Phahrolrazi selain wang Baitulmal yang dikeluarkan atas titah perintah Duli Tuanku, pastinya menambahkan lagi BURUKNYA KELAKU puak-puak PAS di Kedah. Tidak perlu diulas panjang hal ini kerana dalam tempoh tidak sampai 72 jam, ia akan terdedah dengan sendirinya...

Sekarang pun sudah kedengaran, bantuan yang diberikan oleh Kerajaan PAS Kedah hanya memilih bendera, warna dan ketayap... tidak menyeluruh. Bahkan ramai orang PAS jauh lebih menggemari pendekatan UMNO dan Kerajaan Pusat dalam pemberian bantuan kepada rakyat Kedah....

Teruskanlah membohong, Phahrolrazi... teruskanlah memberi mimpi dan gambaran yang cantik-cantik dengan niat PAS Kedah tidak dikahak dan diludah oleh penyokong PAS sendiri!!!!
Continue Reading...

WOI HUSAM!!! NAJIB BELUM MATI LA....

Liow Tiong Lai dan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Mohd Ismail Merican membuktikan pengumuman yang mereka buat sebelum ini apabila Perdana Menteri, Najib Abdul Razak kelihatan lebih sihat dan ceria tatkala dikunjungi oleh adik, sepupunya dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Koh Tsu Koon di Wad Kenamaan Hospital Besar Kuala Lumpur. (Gambar dari mStar Online)

Mungkin sekeping gambar sudah cukup untuk menafikan KERISAUAN dan KESUSAHANHATI Husam Musa serta para juak-juaknya tentang kesihatan Perdana Menteri Malaysia.

Sebenarnya biarpun tahap kesihatan Perdana Menteri Malaysia tidak begitu baik, namun pasaran spekulatif dan pasaran hadapan di Malaysia, langsung tidak terjejas. Sekaligus menunjukkan para pelabur sebenarnya TIDAKLAH SEBODOH seperti yang disangkakan oleh Husam Musa yang merupakan Exco Ekonomi Kelantan.

Pastinya cerita tentang kesihatan Najib Abdul Razak akan disiarkan oleh jentera penerangan kerajaan dan UMNO. Apa yang perlu dilakukan oleh Husam Musa adalah sentiasa memantau menerusi media-media yang dikuasai oleh UMNO, bukannya menunggu di Harakah, Harakah Daily, Rocket mahupun Suara Keadilan Online kerana media-media tersebut duduk di bawah tempurung dan tidak tahu bahawa di luar sana, epidemik sedang menular dan Pakatan Rakyat kian pupus dek perbuatan pemimpin mereka sendiri.
Continue Reading...

PEMBAHAGIAN ADIL, YEK? ADIL YANG MACAM MANA TUH?

Koh Tsu Koon, Presiden GERAKAN dalam usahanya untuk menunjukkan bahawa dia adalah seorang presiden sebuah parti yang konon-kononnya berbilang kaum dan wajar dihormati, rupa-rupanya tidak boleh lari daripada stereotype politik pemimpin daripada masyarakat Cina.

Tidak mengejutkan apabila Koh Tsu Koon menggesa agar kek ekonomi di negara ini tidak lagi berasaskan kepada kaum tertentu dan Perlembagaan Negara sewajarnya melindungi semua kaum di negara ini. (MALAYSIAN INSIDER)

Cakapnya senada dengan gesaan Chua Soi Lek, Presiden MCA agar kuota 30% Bumiputera dikurangkan secara berperingkat-peringkat agar masyarakat boleh 'bersaing dalam suasana yang lebih kondusif'.

Namun baik Koh Tsu Koon, apatah lagi Chua Soi Lek tidak pula menyebut bahawa hampir 90% ekonomi negara ini dikuasai oleh orang Cina. Kuota 30% yang diperuntukkan kepada Bumiputera masih lagi jauh tersasar memandangkan segala pembekalan 'bahan mentah' masih terpaksa bergantung kepada kaum bukan Bumiputera.

Desakan kunun-kununnya kek ekonomi dibahagikan sama rata, adalah pembohongan dan pendustaan yang sangat jelas. Kek ekonomi yang hendak dibahagikan itu adalah bahagian 30% yang diperuntukkan kepada Bumiputera, manakala 70% yang telah dimiliki oleh bukan Bumiputera khususnya orang Cina, tidak boleh diusik langsung.

Atas alasan apa sekalipun, pembabitan orang bukan Bumiputera dalam sektor awam sememangnya dialu-alukan. Bahkan sehingga kini, belum ada lagi penyapuan ekonomi seperti yang dilakukan di Indonesia mahupun Fiji atau di Zimbabwe apabila kaum imigran dihalau dan harta mereka dirampas kerana jurang ekonomi yang teruk.

Paling teruk adalah pada 1969 apabila berlakunya tragedi 13 Mei. Sekalipun ketegangan tersebut berlaku akibat faktor ekonomi dan faktor menyombong megah GERAKAN, DAP dan PPP dengan bantuan Parti Komunis Malaya yang berselindung di dalam jubah Parti Buruh dan Parti Rakyat, tidak ada satu pun premis mahupun aset bukan Bumiputera di Kuala Lumpur yang dirampas!

Bagaimana orang politik seperti Koh Tsu Koon dan sekalian pemimpin bangsa Cina yang lain - sama ada dari parti komponen BN apatah lagi pembangkang seperti DAP - begitu yakin dengan pendapat mereka bahawa pembahagian ekonomi tidak adil kepada orang Cina dan peluang mereka di sektor awam tertutup rapat? Walhal apa yang berlaku adalah di sebaliknya... walhal negara ini membuka cukup banyak peluang kepada masyarakat Cina sekalipun masyarakat Cina telah mendapat bahagian dan hak Bumiputera yang dirampas oleh British dan diserahkan kepada mereka tanpa sebarang tuntutan balas atau desakan agar mereka memulangkan semula aset-aset tersebut.

Contoh terbaik adalah di Pulau Pinang apabila British merampas tanah-tanah orang Melayu serta menghalang orang Melayu dengan menaikkan 'ekor' komuniti Cina menerusi pembahagian konsesi ekonomi secara besar-besaran agar tentangan orang Melayu terhadap British berjaya diminimakan. Akibatnya sehingga kini, Pulau Pinang terus 'dimiliki' oleh komuniti tersebut dan pembabitan Bumiputera khususnya Melayu di pulau tersebut dalam bidang ekonomi, sangatlah daif sekalipun mempunyai peruntukan dalam Perlembagaan. Ditokok pula dengan sikap ahli-ahli politik Melayu yang lebih banyak bermain selamat serta memastikan tembolok mereka tidak kurang dengan dedak, sekalipun milik Melayu yang lain.

Politik pemimpin kaum Cina sangat menarik. Apabila mereka ingin melakukan desakan dan tuntutan, mereka akan mula memperkatakan tentang Artikel 152 dan Artikel 153 Perlembagaan Malaysia. Sambil menekankan bahawa Perlembagaan melindungi hak keistimewaan Melayu, mereka pada masa yang sama, membuat tuntutan yang bertentangan dengan apa yang mereka cakapkan.

Anda boleh melihat politik jenis ini menerusi cakap-cakap Lim Kit Siang, Lim Guan Eng dan sekalian orang besar DAP yang bermata sepet dan tak pandai berbahasa Kebangsaan selain dibantu oleh muka Melayu yang tak pernah hidup susah seperti Nurul Izzah Anwar, Anwar Ibrahim dan sekalian pengikut serta pemimpin PKR.

Sewajarnya sebelum memperkatakan tentang perkongsian yang lebih adil, apa kata seandainya Koh Tsu Koon dan rakan-rakan pemimpin Cinanya menggesa agar semua harta kekayaan kaum Cina dikongsi ramai-ramai. Mana-mana syarikat gergasi Cina yang bermula daripada perampasan British ke atas pribumi dan Bumiputera negara ini, dibubarkan dan hasilnya dibahagikan sama rata. Begitu juga dengan tanah-tanah serta bandar-bandar yang asalnya merupakan tanah-tanah Bumiputera, tanah-tanah Raja, dipulangkan semula dan golongan imigran yang mendapat terlalu banyak manfaat daripada penjajahan British ke atas negara ini suatu masa dahulu, menyerahkan kerakyatan serta warganegara agar mereka boleh berambus dari negara ini dengan seberapa segera.

Cakap-cakap Koh Tsu Koon dan sekalian ramai pemimpin Cina yang lain sekadar untuk memastikan kekayaan mereka tidak terusik. Perhatikan bagaimana mereka melakukan serangan dan tentangan beramai-ramai ke atas cadangan pembinaan Menara Warisan 100 tingkat di kawasan yang dianggap mempunyai nilai hartanah yang sangat tinggi, semata-mata kerana pemiliknya adalah PNB, bukannya Ah Chong, Ah Seng, Muthusammy atau pun Harjit Singh!!!
Continue Reading...

NI ADA KERJA UNTUK ANDA... KALAU ANDA ISLAM DAN SAYANGKAN AGAMA LA....

Halaman Facebook ini menghina islam malah mempersendakan junjungan Rasulullah s.a.w.



Bagi pengguna Facebook yang prihatin sila protes dengan cara melaporkan kepada pihak pengurusan facebook berkenaan page ini. Harapan kita jika ramai yg membuat laporan, pihak pengurusan FB akan menutup halaman ini.

Caranya:
1: login ke akaun FB korang
2: copy dan pastekan url ni>>> http://www.facebook.com/pages/Anti-Islam/107844799251057
3: Klik di sebelah kiri dibawah sekali yg ada tulis "Report Page"
4: Pastu berikan tanda pada "Contains hate speech or attacks an individual"
5: "targets a religious group"
6:Submit


klik untuk besarkan

Copy And Paste daripada BUJANG SUSAH!!
Continue Reading...

Saturday, November 6, 2010

KELUAR PARTI... APASAL? KECEWA ATAU GAGAL?

Blogger terkenal, CUCU MAT KILAU yang juga merupakan calon PKR untuk DUN Kemayan, Bera, Pahang pada Pilihanraya Umum Ke-12, Mohd Shukri Jamaluddin 39, telah mengumumkan keluar parti kerana menganggap PKR telah tersasar daripada perjuangan asal.

Anda boleh baca cerita selanjutnya tentang Cucu Mat Kilau keluar PKR dari blog JUSTICE FOR ALL...

Anda juga boleh membaca sendiri luahan hati Cucu Mat Kilau di blognya, CUCUMATKILAU ONLINE

Mohd Shukri terkenal pada tahun 2004 apabila membubarkan Parti Keadilan Bahagian Paya Lebar kerana memprotes tindakan Ezam Mohd Nor yang pada ketika itu Ketua AMK memecat Lokman Nor Adam dalam satu konspirasi perebutan kuasa. Bagaimanapun apabila Lokman Nor Adam dan Ezam Mohd Nor menyertai UMNO dengan jawatan Exco Pemuda UMNO dan Senator, Mohd Shukri kembali mendaftar keahlian PKR dengan bantuan Fuziah Salleh, Ahli Parlimen Kuantan sekarang.

Dia juga terkenal kerana dituduh talibarut UMNO di dalam PKR kerana pernah bertemu serta berunding dengan Menteri Besar Pahang serta Perdana Menteri Malaysia!
Continue Reading...

DEPA DAH START BERGASAK!!!... TENGOK AJER... JANGAN CAMPUR...

Setiausaha politik Anwar Ibrahim, Abdul Rahman Yusof telah mencetuskan polemik baru menerusi laman sosial Facebook sehari selepas pilihanraya kecil Galas dan Batu Sapi.

Polemik yang dimaksudkan adalah, PAS dan DAP, dua buah parti sekutu PKR tidak memberikan bantuan setimpal bagi memastikan kemenangan calon PKR, Ansari Abdullah di Batu Sapi. (Malaysian Insider)

Abdul Rahman turut mengungkit, bantuan yang diberikan oleh PAS dan DAP di Batu Sapi perlu dibayar oleh PKR walhal bantuan yang diberikan oleh PKR kepada PAS di Kuala Terengganu, Bagan Pinang dan Bukit Gantang serta DAP di Sibu tidak pula dibayar oleh kedua-dua parti berkenaan sebaliknya menggunakan duit kocek sendiri.

Dengan kata lain, pusing pi balik, PKR juga yang kena keluar duit. Itu yang dimaksudkan oleh SETPOL Anwar Ibrahim ini.

Kekalahan PKR dan PAS di Batu Sapi dan Galas, menimbulkan kegemparan di dalam Pakatan Rakyat. Ketiga-tiga parti mula menuding salah sesama sendiri. Meskipun secara tidak rasmi, sebaliknya masing-masing mula merungut tentang bantuan yang tidak bersungguh-sungguh dari kalangan parti sekutu.

Meskipun Anwar Ibrahim sendiri turun berkempen di Galas, begitu juga dengan anak perempuannya, namun kempen berkenaan dilihat sekadar melepaskan batok di kaki tangga. Begitu juga dengan pasukan-pasukan berkempen DAP. DAP sebaliknya lebih bersungguh-sungguh di Batu Sapi berbanding di Galas.

Bagaimanapun, usaha yang ditunjukkan oleh PKR dan DAP tidak bersamaan dengan usaha yang dilakukan oleh PAS di mana-mana sahaja pilihanraya kecil melibatkan PKR dan DAP. Sekalipun Abdul Rahman cuba mengungkit duit yang telah dikeluarkan untuk membayar khidmat bantuan PAS, hakikatnya sepanjang PKR terbabit dalam pilihanraya kecil dan umum pada 2008, PAS telah melakukan korban yang sangat besar.

PAS bukan sahaja berkorban wang ringgit dan jentera penerangan sebaliknya turut mengarahkan anggota-anggotanya terutama dari UNIT AMAL, agar beramal untuk satu tujuan yang tidak pasti dengan berselindung di sebalik perkataan JIHAD apabila ada pilihanraya membabitkan PKR. Begitu juga apabila berlaku pilihanraya kecil di Sibu, para pemimpin PAS tidak segan silu menggadaikan maruah dan 'aset' Islam semata-mata untuk memenangi hati kaum bukan Islam sekaligus memenangkan Wong Ho Leng.

Ekspresi Abdul Rahman sebenarnya mencerminkan perasaan tidak puas hati sesetengah pihak di dalam PKR. Mungkin juga sebagai respons kepada PERASAAN BENCI dan MELUAT sebahagian besar orang PAS terhadap PKR yang kelihatan sangat mengada-ngada, berlagak pandai, berlagak banyak duit, dan berlagak sebagai tuan dalam Pakatan Rakyat sekalipun hakikatnya PKR menggunakan dan memperkudakan PAS dalam apa juga keadaan.
Continue Reading...

OTAK ADUN SEKINCHAN BERKECAI DITUMBUK!!!!

Bayangkan anda dibelasah dan dipukul oleh 30 orang pemuda!

Pastinya anda akan dikeronyok habis-habisan dan tidak sempat ke kereta mahupun menjerit minta tolong. Bagaimanapun Ng Suee Lim, ADUN Sekinchan yang pernah melanggar seorang pelajar Melayu sehingga koma namun tidak dikenakan sebarang tindakan sehingga hari ini, mendakwa dia telah MENGALAMI GEGARAN OTAK akibat ditumbuk tiga puluh orang pemuda Melayu itu tetapi hanya berasa 'tiga tumbukan di kepala'.

Hari ini, Malaysiakini, portal berita rasmi DAP dan Pakatan Rakyat, menyiarkan berita 'malang' Ng Suee Lim dengan harapan, ADUN yang berwajah PORGY itu akan diberikan kasihan belas.

Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor dan ADUN Serdang dalam Twitter mereka turut mencari pengaruh untuk mendapatkan belas kasihan buat ADUN Sekinchan ini.


Sebelum ini, blog ini ada mengulas tentang kejadian berkenaan. (BACA DI SINI)

Noh Omar merupakan sasaran DAP dan PAS terutama di kawasan Kuala Selangor, Sekinchan dan Sabak Bernam memandangkan pengaruhnya yang sangat kuat di kawasan berkenaan. Noh Omar tidak sahaja mendapat perhatian daripada para pesawah berbangsa Cina di Sekinchan, tetapi juga para nelayan yang telah dianiayai oleh Ronnie Liu.

Dek kerana itulah, Ng Suee Lim sebagai ADUN Sekinchan diperlukan dalam sebuah 'aksi-komedi' yang dapat menggamit perasaan simpati di kalangan para pengundi PAS, PKR dan DAP di kawasan tersebut. Cubaannya untuk berdemonstrasi dan menentang arahan polis agar bersurai akhirnya makan diri. Mengharapkan orang ramai yang berkumpul akan menyebelahinya sebab dia datang 'untuk membantu mereka', akhirnya dia yang dihalau bagaikan anjing kurap.

Dan untuk menutup malu, Ng Suee Lim membesar-besarkan cerita dengan kisah OTAKNYA BERGEGAR!!!!

Pastinya ramai yang masih ingat bagaimana pembantu Ronnie Liu begitu bersungguh-sungguh berlakon patah kaki dan terpaksa ke mahkamah dengan tongkat berkaki empat dengan kaki berbalut. Cuma balutan pada kakinya agak lawak... mamat berkenaan terlupa tarik kaki seluarnya agar tidak dibalut sama....

TIGA PULUH ORANG TUMBUK, HANYA TIGA TUMBUKAN KENA KE KEPALANYA.. HEBAT BETUL ADUN SEKINCHAN INI!!!!
Continue Reading...

GEMPAR!!! ULAR BERSERBAN MUNCUL DI KEDAH!!!

Pengarah Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), Zainuddin Hussein telah mengingatkan orang ramai terutama mangsa banjir agar berwaspada terhadap haiwan-haiwan berbisa yang mungkin telah memasuki rumah mereka ketika banjir melanda.

Khamis lalu, seorang penduduk kampung di Kampung Gual Tok Deh dekat sini nyaris dibelit seekor ular sawa bunga sepanjang hampir 10 meter apabila terserempak dengan reptilia itu yang cuba menyelamatkan diri daripada banjir dalam sebuah reban ayam di rumahnya. (BERITA HARIAN ONLINE)

Zainuddin bagaimanapun 'terlupa' hendak mengingatkan tentang kewujudan dan kemunculan sejenis lagi makhluk yang bukan sahaja berbisa, bahkan boleh membuatkan manusia beriman masuk neraka dengan mudah!!!

Ular berserban dan berjubah dengan janggut sejemput!!!

Ular-ular berkenaan sudah pun menjalar di merata-rata tempat. Haiwan-haiwan berkenaan tidak mematuk kerana tidak mempunyai bisa, tetapi membelit untuk memerangkap mangsa. Setakat ini, ular-ular berserban, berjubah dan berjanggut sejemput itu sedang membelit dengan menyalahkan kerajaan pusat kerana lambat menghantar bantuan dalam usaha melindungi Kerajaan Ular Berserban di Kedah daripada kena hentam sebab masih tidur lagi.

Diberitakan, semakin banyak ular berserban, berjubah dan berjanggut sejemput yang didatangkan ke Kedah untuk membelit dan menelan mangsa-mangsa mereka yang tolol!!!
Continue Reading...

HOIII UMNO!!! BELAJAR DARI APEK PUAKA LAAA!!!!

Sekalipun Berita Harian telah mengakui kesilapan mereka, Penasihat AGONG DAP, Lim Kit Siang tetap akan menyaman akhbar berkenaan kerana menurutnya telah melakukan fitnah selain membenarkan kenyataan Ketua Menteri Melaka, Ali Rustam bahawa Lim Kit Siang telah menuduh UMNO kafir.

Writ saman terhadap akhbar dan Ketua Menteri Melaka akan diserahkan pada hari Isnin ini di Mahkamah Tinggi.

Cubaan meminta maaf oleh Berita Harian yang disiarkan pada
muka surat 8 akhbar tersebut dianggap bukan meminta maaf kepadanya, sebaliknya mengukuhkan pandangan Ali Rustam bahawa DAP telah mencampuri urusan Islam di negara ini. (Free Malaysia Today)

UMNO seharusnya belajar daripada Lim Kit Siang bagaimana hendak 'membunuh' bagi menaikkan kredibiliti dan mendatangkan promosi besar kepada parti mahupun secara individu. Berapa banyak berita fitnah yang telah disiarkan oleh tabloid ROKET dan HARAKAH selain portal-portal berita yang diketahui dimiliki serta cenderung kepada PAS, DAP dan PKR.

Para pemimpin UMNO harus sentiasa bingkas pantas dan bertindak balas dengan kadar segera seperti yang dilakukan oleh Lim Kit Siang. Walaupun mereka meminta maaf, sewajarnya saman diteruskan. Agak malang, para pemimpin UMNO terlalu berlembut hati seperti Menteri Besar Perak, Zambry Abdul Kadir apabila memaafkan Suara Keadilan yang telah menfitnahnya.

Para pemimpin UMNO juga tidak seharusnya berbelas kasihan dengan media-media pembangkang kerana Lim Kit Siang dan orang Pakatan Rakyat tidak pernah berbelas kasihan kepada mana-mana media yang dianggap menyebelahi UMNO/BN.

Seharusnya UMNO menugaskan agen tertentu untuk merakamkan suara dan gambar selain video 'pelakon-pelakon' DAP. Silap cakap saja, saman mereka beratus juta ringgit. Kaedah yang sama telah dibuat berpuluh-puluh tahun dahulu oleh bapa angkat DAP di Singapura iaitu PAP dan kaedah berkenaan masih diteruskan sehingga kini.

Sewajarnya UMNO tidak lagi bersikap defensif atau terlalu berlembut hati terhadap para pemimpin DAP ini. Sudah sampai masanya, para pemimpin UMNO kerap melakukan saman ke atas puak-puak DAP. Jangan sedikit-sedikit kalau saman mereka, biar beratus-ratus juta ringgit. Biar suatu hari nanti, kita boleh tengok Lim Kit Siang dan anaknya, Lim Guan Eng menyangkung di tepi jalan sambil menghirup bubur.

Tapi berani ke UMNO?
Continue Reading...

SESEKALI MAHFUZ TRY PERKATAAN INGGERIS.... KAGUM! KAGUM! KAGUM!!!

Naib Presiden PAS, Mahfuz Omar yang juga merupakan Ahli Parlimen Pokok Sena, mengamuk apabila Shahrizat Jalil BLAME Kerajaan PAS Kedah kerana lembab dan tidak melakukan apa-apa untuk membantu mangsa-mangsa banjir.

Kata Mahfuz Omar lagi, Kerajaan PAS Kedah tidak mempunyai bot-bot besar atau pun kenderaan-kenderaan berat yang boleh digunakan untuk menghantar bantuan. Shahrizat sebagai menteri sepatutnya boleh COORDINATE jabatan kebajikan di bawahnya dengan tentera bagi mendapatkan kenderaan-kenderaan berat, kenderaan PACU empat roda, trak dan sebagainya untuk MENGHARUNGI KAWASAN MASUK AIR dan juga mendapatkan bot-bot besar. (HARAKAH DAILY)

Aikkk... Mahfuz Omar adalah antara pemimpin politik Kedah yang sangat pandai bercakap. Pendek kata, apa sahaja yang orang lain buat semuanya salah. Yang betul cuma kaum puak dia sahaja. Masakan masalah 'sekecil' ini pun, Mahfuz boleh BLAME orang lain pula? Dah sememangnya Kerajaan PAS Kedah sangat lembab, mandom, tidak INOVASI dan tidak KREATIF dalam memberikan bantuan kepada rakyat Kedah, Mahfuz nak nafi apa lagi?

Mudah sangat Mahfuz Omar menyalahkan Jabatan Kebajikan untuk menutup kelamahan Kerajaan PAS, walhal tanggungjawab menjaga anak negeri dalam masalah ini berada di atas bahu Kerajaan Negeri manakala Kerajaan Pusat sekadar mencukupkan bantuan, bukannya mengambilalih sepenuhnya tanggungjawab Kerajaan Negeri.

Kalau masalah banjir pun Kerajaan PAS Kedah tidak mampu nak atasi, jangan BLAME rakyat Kedah apabila tidak memangkah PAS lagi pada masa akan datang. Rakyat Kedah pun KREATIF dan INOVASI dalam COORDINATE kerajaan serta pentadbiran yang menyenangkan mereka di Kedah.

Nota; Harap maaf jikalau penggunaan perkataan-perkataan yang ditebalkan itu tidak tepat. Penulis cuba menggunakannya setepat mungkin sebagaimana yang dilakukan oleh Mahfuz Omar.
Continue Reading...

TARIF AIR DI KEDAH NAIK SEIRING DENGAN NAIKNYA BAH... NAK GELAK KA?

Bantuan sudah digerakkan ke Kedah walaupun Kerajaan Negeri Kedah masih lagi sibuk menyalahkan landasan berkembar KTM sebagai punca banjir besar kini. Setakat yang diketahui, kerajaan negeri Kedah TELAH PUN memperuntukkan RM300 ribu sebagaimana yang diTWITTERkan oleh Mahfuz Omar.

Kisah para pembesar kerajaan Negeri Kedah yang sekadar melawat dan menyampaikan bantuan bagaikan memberi hadiah kepada budak-budak darjah enam pada hujung penggal ketiga, mendapat perhatian yang luar biasa daripada banyak pihak termasuklah NGO. Mereka bukannya kagum, sebaliknya HAIRAN kerana Kerajaan Negeri Kedah yang dipimpin oleh PAS, terlalu berpangku tangan sambil mamai terkuap-kuap.

Bayangkanlah bagaimana PRIHATINNYA Kerajaan Negeri Kedah di bawah pimpinan OSTAT kita kepada rakyat Kedah apabila hanya mengadakan mesyuarat menangani masalah bencana banjir selepas 5 hari Kedah tenggelam dek air banjir.

Paling menarik apabila Menteri Besar Perak, Zambri Abdul Kadir telah mengumumkan penghantaran lori-lori tangki yang membawa air bersih selain makanan dan keperluan lain ke Kedah dan Perlis sebagai bantuan kemanusiaan. (PERAK TODAY)

SADA, konsesi yang membekalkan air bersih kepada seluruh penduduk Kedah baru-baru ini telah dihadiahkan dengan kenaikan tarif oleh Kerajaan Negeri. Sepatutnya perkhidmatan yang diberikan, selain daripada berasaskan keuntungan, juga turut memenuhi keperluan sosial memandangkan air bersih adalah keperluan wajib.

Tarif air telah dinaikkan di Kedah tapi balasannya, SADA telah menyekat bekalan air bersih bagi mengelakkan kerugian besar selain pencemaran yang berlaku akibat banjir pada ketika sebahagian besar penduduk di sebelah utara Kedah berhadapan dengan ancaman kolera atau taun mahupun penyakit berjangkit lain yang berpunca daripada air. Selain melakukan sekatan, SADA bagaimanapun, tidak pula mengusahakan penghantaran air bersih kepada penduduk.

Atau barangkali mereka sedang menunggu arahan langsung daripada Menteri Besar?

Atau barangkali juga sedang menunggu air bah surut meskipun jumlah yang dipindahkan semakin meningkat ke angka 40 ribu orang?

Perak hantar bantuan air bersih. Putera UMNO hantar bekalan ubat-ubatan dan makanan. Polis, bomba dan RELA terpaksa mengambil tindakan sendiri kerana Kerajaan Negeri Kedah lebih senang tengok, melawat kawasan dan kemudian bersembang macam mana nak solat hajat daripada mencari jalan bagaimana hendak membantu mereka yang terlibat dengan banjir.

Solat tu baik dan tindakan yang amat terpuji tapi kalau sampai berdebu rambut dan serban sebab banyak sangat berdoa, Ya Rabb! Ya Rabb! sedangkan punggung tak beralih dari sejadah, himar yang bersuara hodoh itu pun pandai cari jalan nak selamatkan diri dan kawanan!!!

Seperkara yang sangat ditakuti oleh kebanyakan penduduk serta kawasan perumahan di sekitar Jalan Kuala Kedah ialah kerosakan ban-ban banjir yang setakat ini berjaya mengurangkan risiko banjir di Tandop. Mujur jugalah kerajaan negeri sebelum 2008 telah menjalankan projek penambakan ban berkenaan!!!

Dikatakan Dewan Pemuda PAS Kedah telah berjaya mengumpulkan seramai 70 orang tenaga sukarelawan Pemuda dan Unit Amal dari Kedah, Wilayah Persekutuan. Kesemua tenaga sukarelawan tersebut telah melaporkan diri di Bilik Gerakan Banjir PAS Kedah.

Sukarelawan tersebut dihantar ke kawasan penempatan banjir di Kuala Kedah, Alor Setar, Pokok Sena dan Kubang Pasu.
Continue Reading...

KESIAN NAJIB... DOA NIK AZIZ DAH DIKABULKAN...

Tu la... sapa suruh mengata, mengutuk, mencerca dan memperlekeh-lekehkan Nik Abdul Aziz lagi. Patutnya bila dia cakap apa-apa pun, terus hantar sembahan kat dia. Kalau dia keluarkan fatwa, terus pasang colok tiga batang dan susun limau sunkist tiga biji.

Tengok apa dah jadi dengan Najib Abdul Razak... tu belum lagi DOA PECAH PERUT tu. Baru doa sikit jer... tu mesti pasai hati perut pedal Najib tak elok la. Nik Aziz kata, dia akan doakan Najib pecah perut kalu Najib seleweng tentang royalti minyak Kelantan.

Cuba tengok, bukankah Najib sekarang sakit perut? Opppssss... sorry, bukan mild-gastritis, tapi tanda-tanda perut nak pecah. Baik nasihatkan Najib pi minta ampun dengan Nik Abdul Aziz. Paling tidak pun mencium selipar dan terompah jamban Nik Abdul Aziz. Nanti tak fasal-fasal pulak, Nik Aziz doakan rambut Rosmah Mansur jadi leper dan loyok. Tak fasal-fasal nanti, Rosmah Mansur kena pakai tudung plak.

Hah, kepada sesiapa yang duk mengutuk Nik Aziz sebelum ini, bersedialah... doa Nik Abdul Aziz dah dimakbulkan Allah Taala. Setidak-tidaknya itulah yang dipercayai oleh penyongsang agama yang duduk dalam PAS sampai tidak tahu yang mana senjata mukmin, yang mana satu mengkufurkan diri dan mendapatkan kemurkaan Allah Taala. (Baca DI SINI)

Saya pun berdoa juga... saya berdoa agar Nik Abdul Aziz kurang bercakap dalam apa-apa isu sekalipun. Kalau dia kurang bercakap, kuranglah saya mendapat dosa kerana mengutuknya. Kalau dia kurang bercakap, ramai yang akan pandang hormat kepadanya.

Tetapi sehingga setakat ini, Allah Taala belum kabulkan doa saya lagi. Mungkin sebab ada la rukun berdoa yang saya langgar dan tidak patuhi atau adab-adabnya tidak menepati, atau boleh jadi Allah Taala belum lagi mengabulkan buat masa ini kerana hikmah-hikmah tertentu. Apa-apa pun, saya memang berdoa pada waktu-waktu 'nuzulnya Allah Taala ke langit pertama' (sila dapatkan penjelasan daripada mursyid anda tentang ungkapan ini), Nik Abdul Aziz yang menjadi ikutan dan idola ramai generasi muda, Allah Taala lorongkan ke jalan kebenaran. Dan doa saya, bukan untuk Nik Abdul Aziz semata-mata, sebaliknya kepada sekalian pemimpin di negara ini.

Kalau golongan pemimpin ini melakukan kebaikan dan kebenaran, bayangkan berapa ramai yang akan memperolehi kebaikan tersebut... betapa rahmat Allah Taala itu adakalanya tidak mampu kita fikirkan... betapa halusnya, betapa seninya...
Continue Reading...

Friday, November 5, 2010

PEDALAMAN BOLEHLAH BN MENANG... CHITTTT!!!

Abdul Aziz Bari, Profesor dari Universiti Islam Antarabangsa yang juga merupakan penganalisis politik selain diangkat oleh Pakatan Rakyat sebagai Pakar Perlembagaan, berpendapat kemenangan BN di Galas dan Batu Sapi sekadar kemenangan biasa. Malah kemenangan itu juga tidak menunjukkan bukti bahawa pentadbiran Najib Abdul Razak telah diterima oleh sekalian rakyat Malaysia.

“Jika Barisan benar-benar kuat, ia sepatutnya menang di kesemua 13 pilihan raya yang telah diadakan dan tidak di kawasan pedalaman sahaja,” katanya. (MALAYSIAN INSIDER)

Penganalisa politik yang sebenarnya bercakap bagi pihak pembangkang itu sebenarnya cukup memandang hina kepada para pengundi di kawasan pedalaman. Sekalipun di dalam artikel berkenaan tidak disebutkan bahawa masyarakat di pedalaman bodoh, namun konteks ayat yang dilaporkan oleh portal berkenaan, jelas menunjukkan profesor yang tidak pernah tepat apa-apa sahaja jangkaan politiknya itu, menunjukkan kecenderungan Abdul Aziz Bari menuduh KEBODOHAN, KETOLOLAN dan KEBANGANGAN masyarakat luar bandar terutama di kawasan pedalaman yang masih memilih Barisan Nasional sebagai wakil mereka.

Dan kerana itulah, Abdul Aziz Bari mengatakan, BN sepatutnya menang di kesemua 13 pilihanraya kecil dan bukannya di kawasan pedalaman. Abdul Aziz bagaimanapun tidak menyebut tentang 3 pilihanraya kecil yang diadakan pada tahun ini yang berkeputusan 2-1.

Atau dengan kata lain, faktor-faktor semasa telah menunjukkan sokongan kepada Barisan Nasional pada tahun ini kelihatan berganda berbanding sewaktu pentadbiran negara diterajui oleh Abdullah Badawi.

Dan sama seperti pemimpin-pemimpin pembangkang yang lain, HANJENG ANWAR IBRAHIM ini juga bercakap dengan menggunakan nada yang sama iaitu kemenangan Barisan Nasional dibantu oleh polis, tentera, agensi-agensi kerajaan lain serta mahkamah apabila mengulas tentang kemenangan yang dicapai oleh Barisan Nasional

Malah untuk menyedapkan hatinya sendiri yang berstatus Profesor, Abdul Aziz Bari mengatakan, BN tidak perlu berbangga dengan kemenangan di Galas dan Batu Sapi kerana 'kedua-dua kerusi' berkenaan adalah milik mereka sebelum ini.

Agak aneh, mengapa Abdul Aziz tidak mengambil kira semua kerusi Parlimen di Semenanjung milik UMNO-MCA-MIC bermula dari 1955 dan apabila kawasan pilihanraya dipecah-pecahkan, UMNO-MCA-MIC kehilangan satu demi satu kawasan kekuasaan mereka...

Kadang-kadang orang yang berstatus Profesor ini pun, macam kangkung liar di tepi parit limbah juga... asal boleh keluar perkataan, diberilah alasan, sekalipun alasannya itu hampir setaraf dengan penoreh getah BUTA HURUF di kawasan yang DIISYTIHARKANNYA sebagai PEDALAMAN!!!
Continue Reading...

AISEH MAN... OSTAT KITA TAHU LA PASAI APA BANJIR MAI KEDAH

Menteri Besar Kedah yang sebelum ini cukup sinonim dengan gelaran 'Tak tahu! Saya tak tahu!' akhirnya tahu juga apa punca sebenar banjir besar di Kedah. Bagaimanapun, pengetahuannya itu pun menimbulkan keraguan yang munasabah.

OSTAT kita kata, banjir besar yang sedang melanda negeri Kedah ADALAH DISEBABKAN kerja-kerja pembinaan landasan keretapi berkembar yang sedang berjalan. Sehubungan dengan itu, kerajaan negeri menggesa kontraktor landasan keretapi berkembar itu, MMC-Gamuda Joint Venture (GAMUDA) membesarkan aliran air supaya air banjir dapat disalirkan ke sungai dengan cepat. (CERITA DAN ALASAN SELANJUTNYA DI BERNAMA)

Bagaimanapun, sesuatu yang sangat menarik apabila OSTAT kita berkata, semasa banjir besar lima tahun lepas, kawasan Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim dan beberapa kawasan lain tidak pernah ditenggelami air, tetapi sejak pembinaan landasan kereta api berkembar, banjir yang melanda Kedah semakin buruk.

Bandingkan pula format jawapan OSTAT kita apabila banjir lumpur melanda beberapa kawasan di sekeliling Hutan Simpan Rimba Teloi, kawasan Tadahan Sg Semeliang akibat pembalakan keterlaluan dan tidak terkawal terutama menerusi jawapan yang diberikan oleh SETPOLnya. (BACA DI SINI)

TAICHI LA OSTAT OII... TAICHI.... MUJOQ LA, PEMIMPIN UMNO KEDAH LARI ABIH KE KUALA LUMPUR....
Continue Reading...

LAMA TAK DAPAT KUT? TU YANG MEROYAN JER...

Presiden Parti Keadilan Rakyat yang hanya bersuara sesekali sahaja berbanding De Facto parti tersebut yang juga merupakan suaminya, membuat kenyataan yang disifatkan sebagai sekadar melepaskan tengkuk dan usaha untuk melindungi kemaluan suaminya.

Sepanjang kempen membabitkan pilihanraya kecil di Galas dan Batu Sapi, suara Wan Azizah sangat halus dan langsung tidak kedengaran. Urusan presiden diambilalih oleh Anwar Ibrahim dengan dibantu oleh anak perempuan sulungnya, Nurul Izzah.

Mengulas kekalahan PAS di Galas dan PKR serta SAPP di Batu Sapi, Wan Azizah mengatakan, di sebalik kekalahan tersebut, peningkatan undi daripada golongan muda kepada Pakatan Rakyat sangat ketara. (Harakah Daily)

Dan kerana itu, Wan Azizah berkata, kekalahan di kedua-dua tempat tersebut akan ditebus semula di dalam pilihanraya umum akan datang.

Wan Azizah tidak berseorangan di dalam kepercayaan bahawa kebanyakan pengundi muda memilih Pakatan Rakyat, bahkan hampir semua pihak termasuklah bloggers yang pro-UMNO/BN. Apatah lagi golongan yang muda yang cenderung kepada Pakatan Rakyat sangat menonjol dan mereka tidak segan silu untuk menunjukkan siapakah mereka, sama ada di tempat-tempat kempen mahupun di dunia siber.

Namun, sokongan muda kepada mana-mana parti sebenarnya tidak lagi disebabkan kesetiaan. Golongan muda yang menjadi majoriti pengundi TERMASUKLAH DI GALAS DAN BATU SAPI mempunyai otak dan bijak menganalisa persekitaran mereka. Mereka tidak rugi apa-apa apabila memenangkan sesebuah parti dan kemudian pada pilihanraya akan datang, mereka tidak akan memangkah lagi parti yang mereka anggap tidak mendatangkan keuntungan kepada rakyat.

Tahap pemikiran kritis di kalangan anak-anak muda serta sikap rebellious mereka, adakalanya memakan diri seperti yang mereka tunjukkan di Perak, Pulau Pinang dan Selangor. Namun setelah merasai sendiri natijah daripada pemilihan yang mereka lakukan, gerakan untuk melakukan peralihan boleh dilihat dengan jelas dan mereka sangat aktif, agresif dan tidak berselindung-selindung, sekalipun tidak berarak ramai-ramai di jalan raya kerana tiada penghasut 'hehat' seperti Anwar Ibrahim.

Wan Azizah boleh terus bermimpi. Malah dia boleh terus menyelak album-album gambar 1997-2000 untuk berasakan lautan manusia sebegitu masih wujud untuk suaminya. Wan Azizah boleh terus dilambung angan-angan yang tidak berkesudahan dan mimpi-mimpi sebagai 'FIRST LADY OF MALAYSIA' seperti gelaran yang diberikan kepada ROSMAH MANSUR oleh Rosmah Mansur sendiri!!!

Yang masih menjadi kehairanan... MACAM MANA WAN AZIZAH MASIH SANGGUP MEMBIARKAN BADANNYA DISENTUH OLEH ANWAR IBRAHIM, sekalipun itu adalah suaminya...
Continue Reading...

PAS NAK BUAT POST-MORTEM? HAHAHAHAHAHA... GELAK GULING-GULING LA!!!!

Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Kelantan, Abdul Fatah Harun telah mengumumkan bahawa PAS akan membuat bedah siasat berhubung kekalahan dan kegagalan mereka mempertahankan kerusi Galas menerusi siaran berita HARAKAH DAILY. Belum pun apa-apa, Abdul Fatah Harun sudah pun mengulangi perangai stereotype PAS apabila mengalami kekalahan iaitu meletakkan kesalahan kepada orang lain.

Kenyataannya berunsur kekesalan kerana beranggapan Orang Asli yang dikatakan menjadi pengundi penentu, telah berpihak kepada Barisan Nasional. Begitu juga dengan semua peti undi kecuali di Sungai Terah yang merupakan kubu kuat PAS. Dan seperti kebiasaan setiap kali kalah, kekalahan tersebut akan disabitkan kepada agensi-agensi kerajaan termasuklah pasukan keselamatan seperti anggota tentera, polis, RELA bahkan kakitangan Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEO).

Hakikatnya, bedah siasat PAS sebenarnya tidak memerlukan unsur-unsur luaran untuk menilai atau mencari punca serta sebab sebenar kekalahan di Galas. Kemenangan yang tidak dijangka pada 2008, telah mengaburkan mata dan membutakan akal fikiran puak-puak PAS. Keyakinan bahawa dengan bermodalkan agama, PAS akan mengekalkan semua kerusi yang dimenangi, begitu menebal. Dan keyakinan tersebut tidak sahaja di kalangan para pemimpin PAS, bahkan melarat dan jauh lebih teruk di kalangan para penyokong serta publicist mereka.

Sekalipun PAS sebenarnya menjadi sandaran kepada golongan muda yang dahagakan makanan rohani, namun kesilapan utama PAS ialah terlalu menjunjung demokrasi sehingga menjadikan Islam boleh dicampak sesuka hati dan ditendang terajang mengikut kesesuaian strategi untuk memenangi pilihanraya. Pendekatan yang digunakan oleh PAS untuk mendapatkan sokongan, amat jauh dan menyimpang daripada ajaran Islam.

Menggunakan fatwa-fatwa songsang dan tidak bersandar kepada nas-nas qati’e seperti yang dilakukan oleh Setiausaha Dewan Ulama PAS Pusat, Muhammad Zain Abdul Rahman sebenarnya memburukkan imej PAS bukan sahaja pada kacamata umat Islam tetapi juga kepada bukan Islam. PAS terlalu menganggap orang mubtadi atau awam jahil dan tidak tahu apa satu tentang agama Islam. Doktrin mereka yang menyatukan akidah dan politik terlalu ketara kekufuran dan kesyirikannya. Hanya golongan yang terlalu terdesak atau memilih jalan singkat untuk ke syurga sahaja yang akan termakan dengan dakyah sebegitu.

Terlalu berdoktrin, namun pada masa yang sama, tidak pula mendidik hati para pengikut PAS, juga merupakan kesilapan yang sangat besar. Disebabkan itulah, kita boleh lihat bagaimana orang berserban, berjubah, berjanggut serupa kambing jantan tetapi bermulut celupar, gemar mencarut, sangat berprasangka, sangat jahat hati perutnya, bahkan tidak segan silu melemparkan fitnah mahupun memanjangkan umpatan dengan berselindung di sebalik ajaran agama Islam. Hati mereka sentiasa disuburkan dengan semangat untuk menang, tetapi mereka tidak ditarbiah untuk berada di jalan yang telah ditetapkan oleh Allah Taala dan rasul-Nya walau dalam apa keadaan sekalipun.

Pengajaran daripada kekalahan tentera Islam dalam Perang Uhud tidak pernah sampai ke hati dan sanubari para pengikut PAS.

Disebabkan hati mereka tidak pernah dididik dengan baik dan mengikut jalan-jalan yang telah diajarkan oleh Rasulullah s.a.w, jadilah seperti apa yang kita lihat sekarang. Antara golongan yang mereka TAKFIRKAN dan golongan yang sememangnya kafir, perangai pengikut-pengikut PAS jauh mengatasi golongan jahil yang tidak beragama dan tidak bertuhan. Mereka sentiasa mencari jalan untuk melakukan provokasi, mencari gaduh dan cubaan mencetuskan kekacauan…. sikap yang tidak langsung wujud dalam ajaran Islam!

SAMBUNGANNYA DI PERAK TODAY

Continue Reading...

INILAH MASANYA UMNO KEDAH TUNJUK ILTIZAM MENANG

Kedah merupakan sebahagian daripada negeri-negeri di utara dan pantai timur Semenanjung yang terkena musibah banjir. Bahkan banjir di Kedah dikatakan jauh lebih teruk berbanding banjir pada Disember 2007. Malah tidak keterlaluan jikalau dikatakan antara yang paling teruk dalam tempoh 25 tahun dengan setakat artikel ini ditulis sudah empat kematian dicatatkan.

Sekalipun banjir dilihat sebagai musibah dan peringatan yang diberikan oleh Allah Taala kepada manusia apabila manusia menggamit-gamit malapetaka dengan merosakkan keseimbangan alam, namun pada masa yang sama, banjir besar ini juga sebenarnya menjadi hikmat dan nikmat kepada sebahagian orang.

Pentadbiran negeri Kedah yang dipimpin oleh Azizan Abdul Razak dikecam hebat, bukan sahaja oleh menteri pusat, sebaliknya oleh kebanyakan mangsa banjir kerana sehingga setakat ini masih bersikap lepas tangan. Azizan menggunakan pendekatan yang terlalu ringkas iaitu sekadar melawat dan kemudian membuat janji.

Naib Presiden PAS, Mahfuz Omar di dalam TWITTERnya malam tadi juga sekadar bercerita tentang 'bangun awal sebab nak tolong mangsa banjir'. Sebelum itu juga, Mahfuz di dalam TWITTER yang lebih awal memberitahu Kerajaan Negeri Kedah telah memperuntukkan RM300 ribu untuk mangsa-mangsa banjir di seluruh Kedah.

Bayangkanlah, betapa banyaknya RM300 ribu tu... barangkali pentadbiran negeri Kedah masih lagi fikir sekarang tahun 1965 dan RM300 ribu adalah 2/3 daripada jumlah keseluruhan pendapatan negeri dalam setahun....

Shahrizat Jalil, Ketua Wanita UMNO yang melawat mangsa-mangsa banjir di Perlis dan Kedah, kesal dengan sikap lepas tangan kerajaan negeri Kedah yang terlalu bergantung kepada kerajaan pusat. Tidak seperti kerajaan negeri Perlis yang telah pun melakukan usaha-usaha menyelamatkan rakyat negeri mereka dan memperkukuhkan bekalan makanan, berbeza sangat dengan apa yang berlaku di Kedah.

Barangkali kerajaan Ostat Kita tu fikir, banjir ni macam air longkang melimpah kut? Barangkali para penasihat OSTAT Kita telah memberitahu OSTAT kita bahawa tanggungjawab membantu rakyat negeri Kedah yang terjejas akibat banjir adalah tanggungjawab kerajaan pusat.

Maka apa lagi para pemimpin Kedah terutama Ketua-Ketua Bahagian yang berlagak sangat dengan POWER masing-masing. Pergilah jenguk dan gantilah wakil-wakil rakyat PAS yang masih sibuk di Kuala Lumpur dan di pejabat agung mereka yang terbakar di Jalan Raja Laut tuh. Tunjukkanlah betapa prihatinnya anda. Tunjukkan juga betapa anda sebenarnya sangat layak untuk menjawat jawatan Ketua Bahagian UMNO tersebut.

Kepada rakyat Kedah, khususnya yang 'bermazhab' UMNO, inilah masanya untuk menilai kepimpinan setempat anda. Jangan segan jangan silu untuk mendedahkan di mana muka mereka berada. Kalau mereka tidak ada di kawasan masing-masing pada waktu musibah ini, dedahkan sahaja. Kalau mereka ada, tetapi mereka lebih sibuk mengira berapa peruntukan nak turun untuk mangsa banjir, juga dedahkan. Kalau mereka ada, tetapi mereka sekadar membuat lawatan macam PELANCONG MELAWAT BERUK DI ZOO, buka tembelang mereka.

Inilah masanya para pemimpin UMNO setempat yang inginkan jawatan dan kekuasaan untuk turun membasahkan seluar dan baju masing-masing di dalam air banjir. Kalau perlu berlakon mendukung orang tua atau menjinjing anak kecil di dalam air banjir, berlakonlah. Bagaimanapun, pastikan sebelum berlakon, lensa jurukamera terarah kepada anda. Kalau tidak, sia-sia sahajalah lakonan anda itu.

Cuma masalahnya... PEMIMPIN UMNO ADA LAGI KE KAT KEDAH?
Continue Reading...

BERTELURKAH UMNO UNTUK BERHADAPAN DENGAN MALAYSIAKINI DI MAHKAMAH

Malaysiakini dalam laporannya, menuduh UMNO telah menyogok RM250 kepada pengundi luar. Kejadian didakwa berlaku di di bilik operasi BN di Bukit Cekati, Gua Musang, di mana kira-kira 300 orang beratur selepas mengundi.

Portal berkenaan turut menyatakan bahawa orang ramai kelihatan mendaftar di kaunter sebelum masuk ke dalam sebuah bilik. Apabila keluar dari bilik berkenaan, mereka memegang sepucuk sampul surat berwarna coklat yang berisi wang tunai berjumlah RM250.

Maka bayangkanlah berapa yang telah UMNO 'keluarkan' untuk membiayai 300 orang dengan setiap seorang berharga RM250....

Namun berita tersebut segera disanggah oleh hampir 10 orang bloggers pro-UMNO/BN yang berada di tempat kejadian. Masing-masing mengeluarkan cerita yang hampir sama dan menyanggah laporan Malaysiakini selain, turut merakamkan wajah dan aksi wartawan portal berkenaan, Salhan K.Ahmad. (BACA ASPIRASI BANGSA)

Sewajarnya UMNO menuruti jejak langkah Lim Kit Siang, Anwar Ibrahim, Husam Musa dan beberapa nama lain di dalam Pakatan Rakyat menyaman portal berita dan akhbar apabila mendapati berita berkenaan boleh mengurangkan kredibiliti dan mendatangkan kerosakan kepada imej mereka.

Rasa-rasanya dalam hal ini, 10 orang bloggers yang berada di tempat kejadian, pastinya lengkap dengan kamera video dan kamera still, boleh memberikan bantuan bukti kepada UMNO untuk menyaman Malaysiakini yang diketahui sangat anti Melayu-Islam, selain cenderung kepada Anwar Ibrahim dan DAP.

Inilah masanya untuk mengajar Malaysiakini, tuan mereka iaitu DAP dan Anwar Ibrahim. Saman sahaja portal berita itu dengan jumlah ratusan juta ringgit macam yang dibuat oleh Anwar Ibrahim. Kemenangan pasti akan berpihak kepada UMNO memandangkan setakat bukti yang ada di tangan bloggers, kelebihan berpihak kepada UMNO, sekaligus menyanggah berita yang ditulis oleh Salhan K.Ahmad.

Cuma persoalannya, adakah UMNO CUKUP BERANI DAN BERTELUR untuk ambil tindakan terhadap Malaysiakini?
Continue Reading...

KESIAN NUAR BERAHIM, ASYIK LA KENA PERLI!!!

Perdana Menteri Italy, Silvio Berlusconi, 74 tahun pastinya bukanlah sahabat karib Anwar Ibrahim. Meskipun nafsu seks Silvio Berlusconi yang juga terkenal sebagai tokoh anti Islam Eropah, hampir sama taraf dengan nafsu kuda, namun berbanding Anwar Ibrahim, Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia, tarafnya jauh lebih 'mulia'.

Sebabnya, sekalipun bernafsu kuda dan kencang, Silvio Berlusconi hanya menghinggut wanita-wanita jelita sama ada pelacur kelas atasan dan penari gelek. Berbeza pula dengan Anwar Ibrahim yang pada 30 April 2001 telah didapati bersalah di bawah Kanun Keseksaan Seksyen 377B oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur kerana melakukan hubungan seks luar tabi'e sesama jenis di Tivolli Villa.

Berikut adalah keputusan tiga hakim Mahkamah Persekutuan yang telah membatalkan hukuman ke atas Anwar Ibrahim pada 2 September 2004:

Sebahagian dari sedutan penghakiman
Hakim Mahkamah Persekutuan:

The Federal Court on September 2, 2004, by a majority decision of 2:1 acquitted Anwar on the charge of committing carnal intercourse against the order of nature – sodomy. He was acquitted essentially on the grounds that it was unsafe to convict him mainlyon the evidence of the complainant, one Azizan whothe court held was an accomplice and therefore his evidence must be corroborated by other witnesses thathe was sodomised on thedates that he complained of. However, it is interesting to note that themajority decision of the
Federal made a finding that:

“The testimonies of one Dr. Mohd Fadzil and one Tun Haniff and the conduct of the first Appellant (ie Anwar) confirmed the appellants’ involvement in homosexual activities. However such evidence did not corroborate Azizan’s story that the appellants sodomised him on the date, time and place specified in the charge.” Additionally, the majority also held:


“even though reading the appeal record, we find evidence to confirm that the appellants were involved in homosexual activities and we are more inclined to believe that the alleged incident at Tivoli Villa did happen, sometime, this court, as a court of law, may only convict the appellants if the prosecution has successfully proved that the alleged offencesas stated in the charges, beyond reasonable doubt.” However, we should note the minority opinion:

“It will be too high a standard to require that in sexual offences no case can be made out if it is solely on the evidence of a complainant or a participant to the act. At the end of the day it is the credibility of the witness that matters and in these appeals, the learned judge correctly appreciated that position.”



Nadia Macri, 28, telah ditiduri oleh Berlusconi sebanyak dua kali dan dibayar hampir RM45,000. Nadia turut mendedahkan kepada pihak berkuasa yang menyiasat dakwaan Perdana Menteri Itali itu kerap hadir dalam pesta seks dan dadah di villa peribadinya, Berlusconi turut mengadakan hubungan seks dengan beberapa orang wanita di dalam jakuzi.

Baru-baru ini, Berlusconi turut dikaitkan dengan seorang penari gelek dari Maghribi, Karima Keyek, 18.

Paling menarik apabila Berlusconi mengeluarkan kenyataan apabila ditanya tentang kecenderungannya kepada seks dan wanita-wanita jelita:

"Lebih baik kita berasa ghairah kepada wanita cantik daripada menjadi gay.”

Dan bayangkanlah kalau kata-kata itu diucapkan di hadapan Anwar Ibrahim di hadapan khalayak ramai, harus juga Ketua Pembangkang Malaysia itu akan menghentak-hentak kepalanya ke atas permukaan aspal sambil menjeling-jeling marah....

Mujurlah Berlusconi berada nun jauh di Itali....
Continue Reading...

Thursday, November 4, 2010

KALAU YER PUN KALAH PILIHANRAYA, TAKKAN SAMPAI GILA, BANG?!!!... KESIANNNN...

Apa nak kata, dah kalah dah... tapi fatwa-fatwa sesat yang dah keluar sepanjang kempen pilihanraya siapa yang nak tanggung dan siapa yang nak jawab? Masam muka dan permusuhan antara saudara seagama, siapa yang nak tolong leraikan? Bagi zakat atau sedekah atau hadiah selepas pengislaman impromtu saudara baru di khalayak ramai apatah lagi pada masa kempen pilihanraya, menjadikan perbuatan tersebut terlalu dekat dengan perbuatan rasuah, siapa yang nak tolong huraikan?

Yang kalah tetap kalah... telah tersurat. Telah ditentukan dan telah tertulis di Loh Mahfuz (bukan Mahfuz Omar yek!!!). Yang menang, tetaplah menang bersama seribu satu macam tanggungjawab yang selepas ini, bukan sahaja perlu melayan para penyokong, sebaliknya juga para penduduk dari parti lawan yang mengharapkan bantuannya selaku wakil rakyat mereka sekalipun mereka tidak memilihnya.

Cuma yang menariknya, orang yang paling gila bukanlah orang yang terlibat dalam pertandingan tersebut mahupun para pemimpin yang menjadi tukang kempennya, sebaliknya para penyokong dan pendokong.

Bukan sedikit orang yang tiba-tiba mereng kerana calon harapan tiba-tiba sahaja tergolek dog... bukan dengan majoriti yang kecil tetapi hampir sekali ganda daripada kemenangan sendiri pada pilihanraya lalu, sekaligus menunjukkan penolakan hampir 100% daripada penyokong yang dipengaruh oleh tiupan angin!!!!

Dan tidak sedikit yang malam tadi, begitu bersungguh-sungguh bermunajat kepada Allah Taala sepanjang malam tadi, memohon doa, bersolat hajat, beristikharah, membaca hizib, berqunut nazilah dan sebagainya, hari ini solat maghrib dan isyak pun sengaja dilambat-lambatkan. Bersolat pun dah tak sekusyuk malam tadi. Baca doa dan mengaminkan doa pun, sekadar sambil lewa....

Malah yang lebih teruk, ada yang langsung tak bersolat maghrib dan isyak lagi sebab alasannya nak jamak bila nak balik ke tempat masing-masing nanti!!!!

Yang sohehnya Islam tetap kekal sebagai Islam, agama yang syumul, yang telah dicopmohorkan oleh Allah Taala sebagai jaminan keselamatan dan kesejahteraan serta kerahmatan-Nya. Baik parti apa pun yang mengaku mereka memperjuangkan Islam, Islam kekal di atas takhta termulia, sama ada parti berkenaan kalah atau sebaliknya. Tiada sesiapa pun yang berhak mengakui yang mereka memperjuangkan Islam kerana Islam sentiasa dimuliakan Allah Taala. Maka bagi sesiapa yang mematuhi perintah dan larangan Allah Taala sekalipun mereka BUAT DERK jer kat parti-parti politik, sesungguhnya mereka jauh lebih dekat dengan rahmat Allah Taala berbanding mereka yang sibuk bertakbir dalam kempen dan ceramah pilihanraya tetapi segala larangan dan perintah Allah Taala didurhakai dan dilanggari!

Gambar hiasan dari Jinggo Photo Pages
Continue Reading...

BARISAN NASIONAL TAKKAN MENANG AMAN!!!

Keputusan pilihanraya kecil bagi DUN Galas dan Parlimen Batu Sapi sudah pun diketahui. Keputusannya berpihak kepada Barisan Nasional dengan pertambahan majoriti undi berbanding majoriti yang dimenangi pada Pilihanraya Umum Ke-12 Mac 2008 lalu.

SAPP yang cuba 'mencari' untung di Batu Sapi, nampaknya karam. Manakala PKR yang diwakili oleh Ansari Abdullah, juga runtuh seperti runtuhnya jambatan yang dilaluinya. Dan kalaupun percantuman undi antara Ansari dan Yong Teck Lee, jumlahnya tetap gagal mengatasi jumlah yang berjaya dikaut oleh Linda Tsen yang TIDAK FASIH BERBAHASA KEBANGSAAN!!!

Di Galas, Nik Abdul Aziz tidak lagi menjadi faktor WOW sekalipun pelbagai mitos, superstitious dan khurafat diletakkan ke tubuh badannya dengan menjenamakan Nik Abdul Aziz sebagai ALIM ULAMA. Dr.Zulkefly Mohamed yang dipilih sebagai calon juga nampaknya tidak berjaya menepis pelbagai cerita tentang dirinya dan isterinya terutama sejarah silam sebelum perkahwinan mereka.

Namun yang terlebih penting, jentera pilihanraya PAS di Galas tidak mampu menebus dosa yang dilakukan oleh mantan ADUN Galas, gemulah Chek Hashim Sulaima yang akhirnya mati akibat kanser usus!!!

Ramai yang gembira dengan keputusan ini. Pun begitu, seperti yang berlaku di Bagan Pinang dan Hulu Selangor, pastinya kemenangan Barisan Nasional di Galas dan Batu Sapi tidak akan aman. Terlalu banyak isu yang akan ditimbulkan, malah keputusan berkenaan juga akan diheret ke mahkamah untuk dipertikaikan dan kemudian berharap agar keputusan pilihanraya berkenaan dipindahkan kepada pihak yang kalah dalam pilihanraya sebenar... seperti cubaan Nizar Jamaluddin dan Sivakumar yang kehilangan jawatan Menteri Besar dan Speaker DUN Perak setelah Pakatan Rakyat kehilangan majoriti di DUN Perak.

Kemelut keputusan dengan pelbagai tuduhan akan muncul dan seronok diperkatakan. Setidak-tidaknya dapat mengurangkan perasaan kecewa di kalangan penyokong Pakatan Rakyat. Musim penerimaan keputusan pilihanraya dengan berlapang dada dan pasrah sudah lama berlaku. Semenjak PAS bersekutu dengan PKR dan DAP, mereka sudah 'bijak' dan 'pandai'. Manipulasi undang-undang akan dilakukan untuk tujuan kemenangan.

Dan sememangnya tentera-tentera Pakatan Rakyat dalam dunia siber sudah pun memperkatakan tentang isu ini biarpun sebelum keputusan pilihanraya kecil Galas dan Batu Sapi diumumkan lagi. Lebih tepat lagi apabila mereka cukup sedar, kekalahan kepada Pakatan Rakyat sudah terlalu jelas. Penolakan oleh rakyat, bukan sahaja secara diam, sebaliknya ditunjukkan dengan ketara, terutama di Galas.

Apa pun, Barisan Nasional tidak akan menang secara aman! Keputusan di kedua-dua tempat berkenaan akan terus disanggah dan ditentang... sama ada di mahkamah, mahupun menerusi portal, blog dan media massa Pakatan Rakyat!!!
Continue Reading...

BN MENANG DI BATU SAPI DAN GALAS

Galas BN menang Majoriti 1069!

Batu Sapi BN Menang Majoriti 3342!




Keputusan mengikut peti Undi:

BN:5177

PAS:4108

Majoriti:1069


Peti undi Batu Papan: BN menang majoriti 108

Peti Undi Kampung Bharu menang majoriti 16

Peti Undi Kampung Pulai menang majoriti 44

Peti Undi Sungai Ber Menang Majoriti 158

Peti Undi Lepan Tupai Menang Majoriti 80

Peti Undi Bandar Lama Gua Musang BN Menang Majoriti 37

Peti Undi Balar BN Menang majoriti 112

Peti Undi Bihai BN Menang majoriti 228

Peti Undi Hau Bn Menang majoriti 49

Peti Undi Brook Bn Menang majoriti 346

Peti Undi Belatim BN Menang 108

Peti Undi Sungai Terah BN Kalah majoriti 258



Peratusan keluar mengundi:

lojing 82%,

ber 88.8% ,

sg terah 80.8% ,

kg bt papan 80.2 ,

bdr baru 65.8%,

kg bharu 58.4% ,

bdr lama 61.1% ,

lepan tupai 86%,

kg pulai 84.7%


*** Keputusan Tak Rasmi
Continue Reading...

OOO, TU HARI LU LANGGAR ORANG... HARI NI LU PLAK KENA BELASAH!!!

ADUN Sekinchan, Ng Suee Lim membuat laporan polis kerana dibelasah oleh sekumpulan penduduk kampung yang DIA PERCAYA sebagai Ahli UMNO Tanjong Karang.

Malaysiakini yang anti Melayu-Islam bagaimanapun tidak menceritakan perkara sebenar dan punca yang menyebabkan ADUN Sekinchan yang begitu lantang membela Teoh Beng Hock di ADUN Selangor suatu ketika dahulu dibelasah oleh petani-petani Melayu di situ sekalipun masyarakat Cina dan Melayu sudah lama bekerjasama dan hidup secara harmoni di kawasan yang cukup dikenali sebagai pengeluar padi yang paling produktif di Malaysia.

Namun berdasarkan daripada laporan yang disiarkan oleh Malaysiakini, ADUN tersebut bagaikan telah diperdayakan oleh sekumpulan petani untuk mendengar 'rintihan mereka tentang harga padi yang rendah dan potongan basah yang terlalu tinggi'.

Portal itu bagaimanapun, telah membuang laporan awal yang turut menyebut nama seorang pemimpin PAS kawasan yang menjadi pengiringnya sebaliknya sekadar menyebut dua orang pembantu Ng Suee Lim turut dibelasah selain belakang kereta mereka sehingga mendatangkan 'kecederaan parah' iaitu KEMEK!!!

Itu yang disiarkan oleh Malaysiakini... hakikatnya, jarang sangat orang Melayu membelasah mana-mana pemimpin terutama sekali yang bergelar Yang Berhormat atau wakil rakyat. Kebiasaannya orang Melayu sangat hormati golongan yang bergelar wakil rakyat ini. Malah kalau wakil rakyat datang, pasti akan dijamu dengan lauk yang sedap-sedap sekalipun mereka sendiri sudah beberapa hari makan ikan tamban kiat yang hanya mampu dibakar di atas bara api.

ADUN Sekinchan ini sebenarnya sangat terkenal setelah melanggar seorang pelajar UiTM berbangsa Melayu di suatu persimpangan berlampu isyarat tidak jauh dari Universiti Industri Selangor (UNISEL) Seksyen 7, Shah Alam pada 12.30 pagi, 8 Februari 2010.

Mohd Bakri Mohd Bazli, koma selepas dilanggar oleh Ng Suee Lim yang dipercayai mabuk. ADUN Sekinchan itu dikatakan hanya melawat mangsa sekali dan membuat janji. Bagaimanapun, janji hanya tinggal janji kerana sehinggalah Mohd Bakri Mohd Bazli keluar dari hospital, jangankan mata sepet dan hidung kemek Ng Suee Lim, bau arak dari mulutnya pun tidak wujud.

Mangsa langgar oleh ADUN Sekinchan itu kini mengalami kecacatan otak kekal dan bakal berhadapan dengan masa hadapan yang kelam. Jadi, berbanding dengan tindakan petani-petani Melayu di Sekinchan terhadapnya, apalah sangat kerana ADUN Sekinchan masih boleh lari dengan keretanya dan masih boleh berkokok dengan muka yang saling tak ubah seperti PORGY dari rancangan Bugs Bunny and Friend!

Macam manalah keadaan DAP dan Pakatan Rakyat kalau si PORGY ini kena belasah sampai koma macam Mohd Bakri Mohd Bazli seperti dalam gambar di bawah?

Continue Reading...

MENGADA-NGADA!!! BUAH DADA DIA TAK DIRAMAS PUN!!!!


Ketua Puteri UMNO Kuala Krai telah diserang oleh seorang Muslimat PAS dari arah belakang ketika sedang merayu undi. Akibat serangan tersebut, Suzaini Adlina Mohd Shukri telah mengalami kecederaan di dahi dan hidungnya akibat dibelasah dengan batang bendera.

Ketua Polis Daerah Gua Musang mengesahkan menerima laporan daripada Suzaini Adlina Mohd Shukri.

Pengarah Pilihanraya PAS Pusat, Abdul Halim Abdul Rahman menyifatkan insiden itu sebagai 'hanyalah kes biasa'.

"Itu cuma satu salah faham antara seorang wanita dari Umno dan seorang lagi dari PAS.

"Saya sudah tengok, tak ada apa. Tak ada luka pun," katanya dalam satu sidang media petang ini.

"Saya ingat ini satu pilihan raya yang tenang," tambahnya. (MALAYSIAKINI)

Betullah cakap Abdul Halim Abdul Rahman tu. Cuba kalau Suzaini Adlina tu salah seorang daripada Muslimat PAS, harus berketonteng sekalian makhluk berserban berjubah, berjanggut kambing dalam PAS pakat melompat. Nasruddin Tantawi juga tidak akan segan silu untuk mengisytiharkan jihad fisabillah. Para bloggers Pakatan Rakyat juga akan melancarkan pelbagai kempen dengan cerita-cerita yang ditokok tambah.

Paling menarik, Lim Kit Siang dan babi-babi tonyok DAPnya akan campur tangan. Mereka pasti akan meminta dan mendesak kerajaan agar mewujudkan sebuah Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat kes tersebut. Silap-silap mereka mungkin akan menjadikan kes tersebut sebagai kes Teoh Beng Hock kedua.

Sayangnya, Suzaini Adlina adalah Ketua Puteri UMNO. Setakat UMNO ni, apalah sangat yang depa boleh buat. Paling-paling pun hantar memorandum, berjabat tangan sambil tersenyum seolah-olah Orang Asli yang sedang menerima sijil penempatan berkelompok Ladang Rakyat. Itu pun dah kira baik. Dalam banyak keadaan, biasanya orang UMNO buat-buat pekat jer...

Lainlah kalau nampak duit...
Continue Reading...

KALAU ISTERI TAK TOLONG LAKI, TAKKAN JANDANYA PULAK, KAN?

Sumber gambar: Ruang Bicara Pria Malaya

Jahat sungguh SPR ni... sentiasa nak sabotaj PAS. Udahlah pusat pembuangan undi di empat kawasan Orang Asli ditutup pada pukul satu tengah hari, peti-peti yang mengandungi kertas-kertas undi itu dibawa naik helikopter pula.

Tak lain tak bukan, nak tambah kertas undi 'hantu' dalam kotak-kotak undi tu ler... nanti bila dikira nanti, jumlahnya mesti lebih dari jumlah yang membuang undi... tapi jumlahnya berapa yer?

Tak cukup dengan itu, isteri calon PAS, Zainab Jalar yang tertekan kerana masalah khalwat yang dihebahkan oleh blog-blog pro-UMNO (celako! celako! celako!), terjumpa pula kertas undi tak ada logo tapi ada cop nama calon... (MALAYSIAN DIGEST)

Sah! SPR memang nak sabotaj... takkanlah SPR tak tahu, berapa ramai warga tua yang masih buta huruf?

Sekalipun besar kemungkinan kertas-kertas undi tersebut yang dibuat secara kepilan seperti buku resit, besar kemungkinan mengalami kesilapan cetak oleh Syarikat Percetakan Negara di Chan Sow Lin, ia boleh dijadikan isu besar... lagipun itu menunjukkan bahawa petugas SPR di tempat pembuangan undi itu memang lalai dan bongok sampaikan tak nampak logo tak ada pada kertas undi yang diberikan kepada Zainab Jalar....

Isyyyy... takkanlah SPR menggajikan OKU penglihatan sebagai petugas di meja hadapan pulak kut?

Tapi yang pelik sangat-sangat, kenapa dalam banyak hal, PAS sahaja yang kena aniaya oleh SPR? Adakah ada pihak-pihak tertentu yang ingin membuktikan bahawa SPR adalah 'pekerja' UMNO? Habis tu, jadah apa pula depa masuk bertanding kalau dah tahu SPR akan bekerja untuk UMNO dalam setiap pilihanraya?

Harap-harap sangatlah calon PAS menang di Galas hari ini. Nak dengar dan nak tengok juga bantahan daripada para pengikut PAS bahawa SPR mungkin telah berpakat dengan UMNO untuk memenangkan Dr. Zulkefli, calon mereka sendiri. Dan kalaulah mereka tidak membuat bantahan, sudah sampai masanya UMNO pula buat perangai BANGANG macam ahli-ahli PAS...
Continue Reading...

Piiiiraaaa.... Cakap Ajer Berdegar-Degar, Telur Besar Biji Sawi....

SANDAKAN 3 Nov. - Ahli Barisan Nasional (BN) khususnya pengundi di kawasan Parlimen Batu Sapi dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas diingatkan supaya tidak mudah terpedaya dengan hasutan pihak tidak bertanggungjawab menjelang hari pengundian esok.Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, semua ahli BN harus berpegang teguh kepada prinsip kesetiaan dan perjuangan parti."Kadangkala banyak tipu helah akan berlaku di sepanjang perjalanan, itulah, inilah akan diceritakan tetapi yang penting kita turun tunaikan tanggungjawab sebagai pengundi di negara ini," katanya..... -dan seterusnya di Utusan.

Tul ler tu...tapi mau ingat sikit, citer2 bohong jika ulang kali diciterkan, didengarkan dan berkali2 ianya akan dipercayai dan seolah2 ianya benar!!

contoh spt kes Anwar..hakim telah putuskan bahwa dia bersalah sebagai peliwat, tu adalah hakikatnya!! tu adalah kebenaran!!Tapi kerana ulang kali dan berkali2 kononnya yg ia difitnah dan yg mana dia sendiri pun gagal membuktikan ianya adalah fitnah..org2 yg selalu dengar, selalu cakap pun percaya ianya fitnah walaupun yg mempercayai itu sendiri gagal membuktikan bahwa ianya fitnah!!

PAS..sanggup membelakangkan para ulamak dan meletakkan seorg bekas banduan dan peliwat sebagai KETUA PEMBANGKANG..

...apakah PAS tiada keyakinan pada para ulamaknya?..apakah PAS sudah tidak menghormati para ulamaknya?..apakah PAS merasakan Anwar lebih mulia, lebih bertaqwa, lebih hebat dari kepempinan ulamak2nya? takkan sebegini sekali hinanya ulamak2 PAS disisi PAS?

Aku rasa ni juga berpunca dari keyakinan yg dipupuk dalam hati dan fikiran bahwa Anwar seorg yg digeruni..(memang patutnya ianya digeruni khususnya anak2 muda dan mak bapak yg ada anak2 muda)Bila saja Anwar disentuh..maka dikatakannya bahwa org yg "sentuh" Anwar ni gerun ngan Anwar!!Hebatnya Anwar dimata beliau..mengalahkan kehebatan Nik Aziz, Hj Hadi, Haron Din..yg mana jika Nik Aziz, Hj Hadi dan Haron Din "disentuh" tiada pula beliau melompat mengatakan org yg "sentuh" mereka ni gerun pada mereka!!

Hasutan2 ni dinasihatkan jgn didengari..nasihat bapak menteri!! Tapi apa bapak menteri dan kawan2 bapak menteri leh lakukan agar hasutan pada rakyat leh dielakkan dan dihentikan!!
Rakyat beri kuasa pada bapak2 menteri agar guna kuasa utk kebaikan, kesejahteraan, keamanan, keharmonian hidup!! tapi bapak2 menteri mengelat dan serahkan kuasa tu kembali pada rakyat!!

wahai bapak2 menteri..rakyat dah menangung macam2 hal dan masalah kehidupan..masalah suami, masalah isteri, masalah isteri2, masalah "kekasih2" gelap, masalah anak2, masalah anak2 remaja, masalah persekolahan, masalah budaya kuning yg menyerang( yg bapak2 menteri serahkan juga pada rakyat), masalah bil2 utiliti, masalah2 sayur dan ikan, masalah majikan, masalah mak dan pak mentua, masalah anak sakit, masalah mak pak sakit, masalah janda2, masalah pancut awal, masalah bini tak puas, masalah laki buas, masalah mak mentua galak, masalah ipar dan jiran yg menggoda suami atau isteri, masalah majikan tengah adjust bini org, masalah keta, masalah nak balik raya, masalah apa nak buat cuti sekolah dah nak mula ni....seribu satu macam!!!

Jadi usahlah bebankan rakyat dan tentukan mana satu hasutan, mana satu bukan..mana satu nak dengar, mana satu tak nak dengar..dah le kerajaan berikan pada yg kononnya dikatakan penghasut2 ni gelaran2 "DATUK SERI", "DATUK", "TUN", "TAN SRI", "YB2"..yg mana dah dikitiraf oleh kerajaan akan kebaikan, kehormatan, dan kemuliaan mereka..takkan puak2 ni "penghasut" dan "pengkhianat" agama, bangsa dan negara!!! so sapa yg menghasut dan sapa yg dihasut!!

Wahai, bapak2 menteri kamu diberikan mandat dan kuasa, gunakanlah sebaik2nya dan kurangkanlah beban kami..jgn salahkan rakyat jelata jika mendengarkan dan ikut mana2 hasutan.. kami tak tahu dan yg pastinya bapak2 menteri tentu lebih tahu yg mana satu benar dan yg mana satu adalah hasutan!!!

Dah tahu ianya hasutan..sekatlah..halanglah..gunakan kuasa yg telah diamanahkan!!

Kalau bapak2 menteri tak mampu..takut..elok2 le bagi je pada org lain ataupun kosongkan je kerusi menteri dan kerusi tu, biarlah pemilihan baru diadakan..

-aa
Continue Reading...

HAHAHAHA... PADAN MUKA!!! LIM KIT SIANG DAH MENANG!!!!

Akhbar Berita Harian hari ini telah membuat pembetulan berhubung laporan yang memetik ucapan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ali Rustam yang mendakwa tokoh DAP Lim Kit Siang mengeluarkan kenyataan 'kafir' terhadap UMNO dalam satu ceramah pilihanraya kecil di Gua Musang.

Lim Kit Siang dilaporkan akan membuat saman malu terhadap Berita Harian dan Ketua Menteri Melaka berhubung perkara ini. (Blog Lim Kit Siang)

Beberapa blog pro-pembangkang yang memetik berita yang 'tersalah lapor' oleh Berita Harian sebelum ini, begitu menyambut baik perkataan 'UMNO Kafir'. Mereka beranggapan, 'kata-kata Kit Siang itu' selaras dengan fatwa dan pendapat agama yang sudah lama digunakan oleh PAS terhadap UMNO semenjak penghujung 1970-an dahulu.

Meskipun terdapat usaha-usaha pemutihan dengan menggunakan tokoh-tokoh tertentu yang berstatus bekas ahli PAS sebagai kambinghitam untuk permasalahan TAKFIR, hakikatnya PAS secara menyeluruh telah mengkafirkan UMNO dan mana-mana pihak yang bermufakarah dengan kepimpinan utama PAS bermula dari zaman Yusof Rawa sehinggalah kini. Paling hebat adalah sekitar penghujung 1970-an dahulu dengan kes-kes sembahyang dua imam, kubur berasingan, fardhu kifayah yang diringan-ringankan atas alasan parti politik, sembelihan tidak sah, perceraian suami isteri semata-mata kerana perbezaan akidah politik dan sebagainya.

Kemuncak daripada KEJAHILAN MURAKKAB tersebut adalah KEMATIAN SIA-SIA Ibrahim Libya dan kawan-kawannya di Memali, Baling!

Sehingga ke hari ini, tidak ada seorang pun pemimpin utama PAS yang cuba menghapuskan masalah takfir di dalam PAS sebaliknya sentiasa berusaha untuk mewujudkan perasaan jijik terhadap UMNO dan ahli-ahlinya dengan menggunakan TAKFIR sebagai senjata utama.

Fatwa terbaru Setiausaha Dewan Ulama PAS Pusat adalah bukti KEJAHILAN yang sangat menyesatkan itu!!!
Continue Reading...

DISIPLIN CARA MALAYSIA... LEBIH KAPITALIS DARIPADA BAPA SEGALA KAPITALIS!!!

100 orang pemandu teksi mogok dan buat demonstrasi aman di hadapan KLCC kerana membantah yuran RM50 sebulan yang dikenakan kepada mereka dan RM2 kepada setiap penumpang yang turun ke KLCC.

Alasan yang diberikan oleh syarikat yang diberikan konsesi itu, Awana Sutera Sdn. Bhd berkata, sistem itu dibuat untuk menjaga kepentingan semua pihak terutama sekali penumpang.

Tidak dinafikan, teksi di Kuala Lumpur baik sedikit khidmatnya daripada di Delhi, Bombay mahupun Indonesia tetapi kalau diambil kira daripada CEKIK LEHER, ada kemungkinan pemandu-pemandu teksi di Kuala Lumpur (jangan kira di Pulau Pinang dan Johor), mereka merupakan antara CHUPACHABRA yang paling kejam dan paling tidak berhati perut.

Namun sesuatu yang lebih menarik apabila ada juga pihak yang ingin menyertai pemandu teksi mencekik darah daripada para penumpang. Jadah apa penumpang dikenakan bayaran tambahan RM2 bagi teksi yang menggunakan pelekat RM50 sebulan di KLCC? Adakah Awana Sutera memikirkan dengan cara demikian, pemandu teksi tidak rasa tertekan kerana terpaksa membayar RM50 sebulan kepada mereka kerana bayaran tersebut sebenarnya dibiayai oleh penumpang? Apa, bodoh sangatkah keseluruhan warga kota dengan perkiraan sebegitu?

Dalam banyak keadaan, Malaysia mengamalkan sistem yang paling kelakar di dunia. Sistem cukai 5% perkhidmatan, dibayar oleh pelanggan sekalipun pada masa yang sama, ia juga dikenakan di dalam harga perkhidmatan. Atau dengan kata lain, rakyat perlu membayar sekali ganda. Satu kepada kerajaan, satu bahagian lagi kepada penyedia khidmat.

Contoh terbaik ialah makanan di restoran-restoran makanan segera. Dewasa ini, terdapat juga sebilangan kedai mamak, bistro mamak yang bersepah-sepah di Kuala Lumpur yang turut mengenakan 5% cukai perkhidmatan.

Mungkin bagi kebanyakan orang yang berfikiran singkat akan membuat rumusan mudah, kalau tak mahu bayar, jangan makan di restoran-restoran berkenaan. Hakikatnya, fenomena tersebut tidak sahaja berlaku di restoran-restoran makanan segera, sebaliknya turut meliputi pelbagai perkara lain terutama barangan rutin dan ruji.

Teksi di Kuala Lumpur dan KLCC adalah contoh terbaik. Keperluan terhadap teksi begitu ketara, terutama bagi mereka yang tidak 'berani' memandu kereta ke tengah-tengah bandaraya selain renyah dan remeh-temeh memandu kenderaan persendirian.

Bilangan kenderaan persendirian di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur seharusnya telah lama dikawal dan dihadkan menerusi penggunaan kenderaan awam. Namun dengan inisiatif syarikat-syarikat konsesi seperti Awana Sutera, tidak mungkin akan menggalakkan penduduk Kuala Lumpur teringin hendak menggunakan kenderaan awam. Lebih baik mereka memandu kereta mereka dan menyesakkan jalan raya di samping meningkatkan keuntungan syarikat-syarikat yang diberikan konsesi parkir di serata Kuala Lumpur.

Atau mungkinkah Awana Sutera sebenarnya bertindak bagi pihak konsesi parkir di KLCC?
Continue Reading...

KEBAIKAN HANYA UNTUK CALON, RAKYAT HANYA DAPAT HAMPAS

Berakhirlah sudah kempen pilihanraya di Batu Sapi dan Galas. Pelbagai janji, pelbagai pembongkaran, pelbagai kerenah, pelbagai fatwa dan pelbagai permainan politik telah disajikan bukan sahaja kepada para pengundi di Galas dan Batu Sapi, sebaliknya kepada seluruh rakyat Malaysia. Pilihanraya di kedua-dua tempat tersebut seolah-olah cerminan kepada pilihanraya umum.

Yang pastinya, di kedua-dua tempat tersebut, para pemimpin dari pusat, berkumpul dan berbincang, berjanji dan bersembang Ada janji-janji yang boleh dipakai. Ada janji yang nampak macam boleh dipakai. Ada janji macam janji nak kutip bintang dan tukarkan jadi berlian. Malah ada janji yang sekali dengar, macam dah nampak pintu syurga dengan bidadari melambai-lambai sambil tersenyum simpul.

Segala-galanya dilakukan hanyalah untuk menaikkan calon. Sekalipun rakyat dilibatkan, penglibatan rakyat secara realistiknya adalah membuang undi dan memilih calon masing-masing. Keadaan tidak banyak berbeza dan rakyat akan kembali hidup seperti suasana sediakala.

Suka atau tidak, sesiapa pun yang menang nanti di Batu Sapi dan Galas, masalah utama yang membelenggu penduduk di kedua-dua tempat tersebut sangat sukar untuk diubah. Sesiapa pun yang menang, tidak akan diberikan tongkat sakti Harry Porter atau jampi mentera Batara Guru. Apa yang dijanjikan sebelum hari pengundi akan kekal sebagai janji.

Dan dari tahun 1955, keadaan seperti itu tidak pernah berubah....

Sebelum hari pilihanraya, calon-calon wakil rakyat akan datang berkunjung. Budak hingus hijau meleleh sampai ke dagu pun, mereka akan sanggup dukung dan cium. Orang tua bertubuh hamis dengan daki bertakung pun, mereka sanggup peluk sambil tersengih.

Lepas pilihanraya dan lepas menang atau kalah, batang hidung mereka hilang. Mereka tidak ubah seperti burung nasar botak yang menunggu untuk makan bangkai. Apa yang mereka cetuskan sehingga di kalangan rakyat biasa, saling cuak dan curiga, malah lebih teruk lagi mulai menaruh prasangka, tidak mereka pedulikan. Itu adalah permainan dan itu juga adalah pelaburan akan datang.

Sesiapa pun calon yang menang, mereka tetap akan sama tanpa mengira parti apa pun yang mereka wakili. Mereka sudah terikat dengan PERJANJIAN DEMOKRASI ROM. Biarpun rakyat melihat mereka seperti bercakaran, hakikatnya segala apa yang mereka ucapkan, lakukan dan fikirkan hanyalah berpandu kepada skrip yang diberi. Mereka tidak akan melangkaui skrip berkenaan, malahan bersungguh-sungguh untuk mematuhinya.

Masyarakat Asli tetap kehilangan tanah rayau dan tanah adat mereka di Gua Musang. Orang Bajau Laut tetap menjadi kelompok termiskin di Malaysia di Batu Sapi. Populasi tenaga kerja di Gua Musang dimonopoli oleh rakyat asing. Majoriti penduduk di Batu Sapi dan Sandakan pula adalah rakyat Filipina dan Indonesia.

Ahli-ahli politik dari semasa ke semasa akan terus bermain-main dengan emosi rakyat marhein. Rakyat yang paling beremosi adalah aset paling besar untuk mereka. Rakyat sebegitulah yang akan menjadi pengikut tegar. Apa yang dilakukan oleh ahli-ahli politik tersebut ialah memberikan cetusan dan selepas itu mereka boleh sama-sama bersandar sambil minum kopi dan makan roti mayat sambil menyaksikan rakyat bercakaran dan bergaduh sesama sendiri, terutama sekali kaum Melayu yang sangat peka apabila memperkatakan tentang politik dan agama.

Yang pakai serban dan jubah dah boleh tanggalkan dan sangkut ke dinding. Yang pakai songkok berbaju batik pula, sudah boleh gantung baju batik masing-masing dalam almari, dan songkok mereka dimasukkan ke dalam kotak bagi mengelakkan terkena habuk. Mereka hanya perlu menunggu pelaburan yang dibuat untuk tempoh terdekat ini sambil berdoa moga-moga ada lagi wakil rakyat yang mati.

Keadaan itu tidak akan berubah! Itu adalah kepastian!

Walaupun pilihanraya baru akan datang, situasi berkenaan tidak akan lebih baik. Ia tidak akan dibaikpulih kerana ia adalah modal untuk calon-calon daripada parti-parti yang bertanding untuk jaja-jajakan.

Yang berubah cumalah calon-calon wakil rakyat. Ada sesetengahnya yang dapat jawatan dan dapat habuan. Ada sesetengahnya yang sudah mampu main tarik tali dengan parti sendiri terutama dengan sokongan dan undian yang agak memberangsangkan sekalipun tidak menang. Ada juga calon yang terus melompat parti sebab parti lawan melihat potensi pada dirinya....

Paling ketara adalah pemimpin-pemimpin tertentu yang mengejabkan kedudukan mereka di dalam parti setelah berjaya menampilkan keistimewaan mereka. Ada yang berjaya menampilkan diri sebagai pejuang rakyat yang tidak kisah dengan bau busuk getah sekerap. Ada yang menjadi wali dunia dengan berpakaian zuhud agar pengaruh yang diperolehi dengan mempergunakan agama, terus kekal dan semakin bertambah. Ada juga yang mengasah bakat untuk berdebat dan melakukan provokasi agar dicopmohor sebagai 'gedebe'.

Yang tidak berubah dan akan terus kekal sampai bila-bila adalah kehidupan rakyat marhein yang kekal bermain selut dan ombak kotor!
Continue Reading...

IKLAN BERBAYAR

PORTAL ISTIMEWA

BLOG-BLOG PRO KERAJAAN

TAK TAHU KIRI KE KANAN

BLOG PEMIMPIN

MASUKNYA WAKTU SOLAT

SAPA DIA

Top Commenters

Powered by Disqus

Recent Comments

Senarai Laman Web WAJIB