MARI BERFORUM, BERHUJAH DAN BERTEKAK DI SINI

RADIO PILIHAN THE FLYING KICK

Tuesday, December 7, 2010

KALAU KHIR TOYO, PANDAI PULAK SURUH KOSONGKAN KERUSI....

Makin bersungguh-sungguh puak tu mendesak, menuntut atau memerli Khir Toyo agar mengosongkan Kerusi DUN Sungai Panjang setelah mantan Menteri Besar Selangor itu dihadapkan ke mahkamah berhubung pembelian dua lot tanah di Seksyen 7, Shah Alam dan sebuah banglo dengan harga di bawah paras pasaran.

Konon-kononnya selepas Khir Toyo menghantar surat perletakan jawatan selaku Ketua Pembangkang, maka Khir Toyo juga perlu membuktikan keikhlasannya dengan mengosongkan kerusi DUN Sungai Panjang.

Aneh sungguhlah pemikiran puak-puak ni. Tidak hairanlah mengapa mereka berusaha bersungguh-sungguh untuk menghalalkan dosa meliwat dengan pelbagai hukum dan pelbagai alasan.

Apabila Khalid Ibrahim disiasat kerana penyelewengan pasir, dan skandal kewangan melibatkan GLC, tidak pula mereka menyuruh Khalid Ibrahim mengosongkan kerusi DUN dan Parlimen yang dimenanginya. Ketika, Ronnie Liu dan Cina-Cina DAP terlibat dalam skandal yang lebih besar, tidak seorang pun daripada mereka yang berani menggesa wakil-wakil DAP kosongkan kerusi yang mereka menangi seperti Tian Chua yang 'membunuh' seorang anggota tentera dan Ng Suee Lim yang cuba 'membunuh' seorang pelajar Melayu dengan kenderaan masing-masing.

Lebih menghairankan lagi, Nik Abdul Aziz yang membenarkan menantunya, Ariff Fahmi berkuasa sekehendak hati dengan pelbagai projek, termasuklah Dinar Emas dan Dirham Perak Kelantan versi syarikat Ariff Fahmi dan Husam Musa, tidak ada sesiapa di kalangan mereka yang meminta Nik Abdul Aziz dan Husam Musa meletakkan jawatan.

Tetapi Nasharuddin Mat Isa yang mewakili Parlimen Bachok serta Abdul Hadi Awang disuruh pula meletakkan jawatan sebab mereka dikaitkan dengan Kerajaan Perpaduan.

Adil KEPALA HOTAK apa macam tu? Keadilan dalam Islam apa namanya kalau itulah yang dipraktikkan? Belum Hudud dan Qisas lagi tu... gamaknya kalau Selangor nuh ada Hudud dan Qisas, soheh tangan Khir Toyo dipotong dulu sebelum dibicarakan...

Bicara dulu dekkk.... macam Anwar Ibrahim... dia dibicarakan dan telah didapati bersalah kerana MELIWAT AZIZAN ABU BAKAR bersama-sama adik angkatnya Sukma Darmawan selain meliwat adik angkatnya itu menerusi keterangan yang diberikan oleh Sukma di hadapan Taib Azzamuddin dan mahkamah.
Continue Reading...

SULTAN-SULTAN SEMUANYA RASIS!!!!

Apabila KDYMM Paduka Sultan Perak enggan mengikut kehendak mereka dengan tidak melantik Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar menggantikan boneka DAP, Nizar Jamaluddin yang hilang majoriti mudah di DUN Perak akibat tiga orang ADUN melompat menjadi Bebas, Karpal Singh mengancam untuk menyaman Paduka Sultan Perak. Malah ramai penjilat Pakatan yang mengata macam-macam terhadap Paduka Sultan Perak sehingga sebahagian kecil daripada mereka diberkas dan dihadapkan ke mahkamah.

Dan rata-ratanya mereka bukanlah dari bangsa Melayu!

Hari ini, sempena Maal Hijrah, kesembilan-sembilan orang Sultan Melayu bagaikan membaca skrip yang sama, termasuklah KDYMM Paduka Sultan Kelantan, Sultan Mohammad V tentang umat Islam, Melayu dan perpaduan.

Akan wujudkah pelbagai tuduhan yang akan dikenakan kepada 9 orang Sultan Melayu itu, sama ada dari kalangan bukan Melayu mahupun dari kalangan Melayu yang melihat sebuah negara Republik adalah alternatif terbaik menggantikan Raja Berperlembagaan di negara ini?

Perkataan 'Melayu', 'Islam' dan 'Bumiputera' merupakan perkataan taboo di negara ini yang boleh dituduh sebagai RASISME kepada si penuturnya. Kecenderungan untuk melabelkan apa-apa sahaja yang dikaitkan dengan ungkapan-ungkapan berikut, bukan sahaja menular di kalangan para pemimpin DAP dan penyokong mereka, bahkan juga di kalangan Melayu PKR dan Erdogan-Erdogan PAS yang berbaju PAS tetapi berhati Anwar Ibrahim.

Seruan agar umat Islam terutama sekali Melayu yang menjadi entiti terbesar dalam kesatuan umat Islam di negara ini agar bersatu dan berkasih sayang sesama mereka, pastinya akan membuatkan sebahagian daripada pemimpin yang akan CAPANG TELINGA dan merah hatinya.

Apatah lagi dengan titah Paduka Sultan Perak tentang golongan yang mempertikaikan hak keistimewaan Melayu yang diselindungkan di sebalik membakulsampahkan KETUANAN MELAYU sebagai golongan tidak sedar diri, pastinya akan membuatkan lebih banyak dogma, ceramah dan kempen untuk menerangkan bahawa KETUANAN MELAYU yang ditentang itu bukanlah hak keistimewaan orang Melayu tetapi konsep 'tuan' dan 'hamba', konsep yang mereka sendiri cipta untuk mewujudkan hasutan dan kekacauan di negara ini.

Kita tunggu, siapa yang SANGAT BERANI untuk mengatakan Sultan-Sultan Melayu bersikap RASIS!
Continue Reading...

PAKATAN RAKYAT SUDAH BOLEH SENANG HATI... BAKAL MENANG PRU 13

Pakatan Rakyat sudah boleh menarik nafas panjang apabila beberapa pihak termasuklah bekas Perdana Menteri dan bekas Menteri Kewangan, Tun Dr. Mahathir serta Tengku Razaleigh Hamzah menyatakan bahawa Pakatan Rakyat akan menerima lebih banyak sokongan generasi pengundi yang baru memandangkan ia sudah menjadi trend di negara ini bagi golongan muda.

The Economist yang secara terselindungnya memusuhi umat Islam dan negara-negara bermajoriti Islam yang dilihat memberikan saingan kepada Eropah, meramalkan bahawa Barisan Nasional akan kehilangan banyak kerusi ekoran pembabitan pengundi-pengundi muda yang dikatakan lebih suka menyokong Pakatan Rakyat berbanding Barisan Nasional yang sudah lama memerintah negara ini.

Majalah yang memusuhi umat Islam itu juga melaporkan kemungkinan Barisan Nasional akan kalah lebih banyak kerusi cukup besar memandangkan pengundi-pengundi baru Melayu yang lebih moderat, kecewa dengan skandal-skandal politik selain kecewa dengan UMNO yang menggalakkan nilai-nilai Islam. (Malaysian Insider)

Dengan kata lain, hayat Barisan Nasional, terutama sekali UMNO akan berakhir pada PRU 13 nanti memandangkan generasi muda tidak langsung menyokong mereka. Itu yang dimaksudkan oleh The Economist.

Mungkin ada juga benarnya, memandangkan UMNO dan parti-parti komponen BN yang lain, amat culas dalam usaha mendekati golongan muda yang kelihatan sangat liar hati mereka dengan pemerintah sedia ada. Apatah lagi golongan muda kini tidak faham apa yang dikatakan kesusahan dan kesukaran kerana mereka lahir dalam kehidupan yang lebih mudah dan bergaji lebih mahal.

Generasi berusia 40-an ke atas masih lagi merupakan penyokong majoriti UMNO dan Barisan Nasional kerana mereka melihat transformasi negara ini daripada sebuah negara yang penuh hutan kepada sebuah bangunan yang penuh dengan bangunan. Generasi tersebut bertransformasi daripada jalan tanah merah yang tidak boleh digunakan pada musim tengkujuh kepada jalan bertar yang kemudiannya menjadi jalan raya. Generasi itu juga yang melihat perkampungan yang terletak di ceruk pedalaman bertukar menjadi perkampungan yang dibekalkan api elektrik, air paip, bangunan sekolah yang lebih dekat dan memudahkan selain surat-surat yang dihantar ke rumah dan tidak lagi dihantar ke kedai runcit atau kedai kopi.

Dan mungkin kerana itulah, barangkali generasi baru bertanya-tanya mengapa generasi berusia 40-an ke atas begitu menyenangi Tun Mahathir walaupun pada suatu ketika mereka menentangnya. Jawabnya ialah, generasi ini melihat sendiri transformasi dari tahun 1981 hingga 1984 dalam tempoh yang begitu dekat. Generasi 40-an ke atas melihat bagaimana orang Melayu yang dahulunya tertunduk-tunduk di hadapan taukeh bermata sepet, sudah berani mengangkat muka, sudah ramai yang mampu berniaga sendiri, sudah mampu memiliki kenderaan sendiri dan akhirnya terlupa bagaimana hendak berjalan atau mengayuh basikal untuk bergerak dari satu tempat ke satu tempat.

Pakatan Rakyat sudah boleh bersenang-senang hati dan merangka untuk menempatkan pemimpin-pemimpin tertentu sebagai Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri dan menteri-menteri kabinet kerana pada PRU 13 nanti, mereka akan menang besar.

Tidak perlu lagi dibimbangkan kerana generasi sekarang tidak lagi tertakluk atau terjajah dengan perasaan terhutang budi atau berterima kasih kerana apa yang telah berlaku dahulu adalah kerana rakyat, kerana KETUANAN RAKYAT, kerana terhutang budinya UMNO dan Barisan Nasional kepada rakyat semata-mata.

Apatah lagi, sememangnya tiada apa-apa yang telah dilakukan oleh UMNO untuk membangunkan negara ini sepanjang 53 tahun merdeka kerana negara ini dibangunkan oleh British dan kaum imigran yang didatangkan oleh British ke sini untuk menjaga prioriti mereka manakala keselamatan negara pula dijaga oleh Chin Peng dan suku-sakatnya.
Continue Reading...

LUCAH SUNGGUH MULUT MAK CIK NIH!!!

Gelaran untuk lebih memperkenalkannya di kalangan musuh-musuh politiknya adalah MAK LAMPIR. Jawatannya adalah Ahli Parlimen Ampang mewakili PKR. Jawatannya dalam PKR pula adalah Ketua Wanita PKR. Dilahirkan pada 14 Mac 1958, Zuraidah Kamaruddin adalah kelahiran dan dibesarkan di Singapura sebelum berhijrah ke Malaysia pada tahun 1980. Menetap di Ampang bersama-sama suami dan tiga orang anaknya.

Latar belakang Zuraidah Kamaruddin boleh anda baca DI SINI.

Antara yang paling kuat mengampu Anwar di dalam PKR adalah Zuraidah Kamaruddin. Sikap mengampu dan membodeknya itu sangat berterus-terang dan tidak berselindung-selindung langsung. Dengan menghimpunkan beberapa orang ADUN dan Ahli Parlimen untuk menyokong Azmin Ali sebagai Timbalan Presiden PKR, Zuraidah jugalah yang menyarankan agar jawatan Ketua Umum PKR DIKHUSUSKAN untuk Anwar Ibrahim semata-mata dan orang lain tidak boleh serta tidak ada hak.

Dan barangkali menyedari perhimpunan anti-SYABAS yang didalangi oleh pemimpin-pemimpin DAP gagal total dengan kehadiran tidak lebih 3,000 - tersasar jauh daripada angka 30,000 orang yang diharapkan hadir - Zuraidah Kamaruddin sekali lagi terpaksa melucahkan mulutnya dengan menuduh PDRM berat sebelah dalam menangani dua kumpulan yang berdemonstrasi.

Agak lawak apabila Zuraidah Kamaruddin dalam duduk tak duduk, menuduh GAPS menyebabkan huru-hara tetapi polis tidak bertindak ke atas mereka. Sedangkan kononnya, para peserta demonstrasi anjuran Pakatan Rakyat pula dikatakan sedang bersolat, terjejas kerana dihujani gas pemedih mata secara berterusan.

Pembohong besar WAKIL RAKYAT AMPANG NI... malangnya penduduk Ampang yang telah memilihnya!!!

Huru-hara apakah yang dilakukan oleh GAPS? Adakah laungan ALLAHU AKBAR, HIDUP MELAYU, DAULAT TUANKU, HANCUR ANWAR, HANCUR MB SELANGOR, lagu INILAH BARISAN KITA dan HANCURKAN PAKATAN RAKYAT yang berkumandang di tempat letak kenderaan di pekarangan Stadium Negara oleh 400 orang demonstrator dianggap pencetus huru-hara? Apakah kerana para peserta GAPS bersurai dan akur dengan kehendak serta perintah pihak polis, maka itu dianggap sebagai melanggar undang-undang, manakala pihak penjilat dan upahan Pakatan Rakyat yang melanggar perintah polis agar tidak berarak di jalan raya dan kemudiannya disembur air busuk pula, dianggap sebagai pemelihara undang-undang?

Awatnya buta perut sangat Ahli Parlimen Ampang kelahiran Singapura ini? Pembohong apakah yang diwarisinya sehingga tanpa segan silu mengeluarkan kenyataan sebegitu rupa? Atau Zuraidah Kamaruddin terpaksa berbohong kerana namanya di Ampang telah dibayangi oleh ADUN Lembah Jaya dari Parti PAS yang jauh lebih dikenali berbanding Zuraidah Kamaruddin memandangkan kekerapan ADUN tersebut turun padang dan bertemu dengan para penduduk selain bantuan-bantuan yang diberikan oleh Khassim, anak kelahiran Serdang Kedah kepada penduduk yang memerlukan tanpa mengira fahaman politik di Lembah Jaya?

PRU 13, sewajarnya PAS menaikkan nama Khassim Abdul Aziz sebagai calon Parlimen Ampang menggantikan Zuraidah Kamaruddin dari PKR yang sangat tidak efektif dan lebih sibuk mengekor serta mengampu Anwar Ibrahim dan keluarganya berbanding penduduk Ampang!!!

Baca juga DOUBLE-Y dan JOE-ZUAX

Layari BLOG PANGLIMA PERANG CYBER untuk menonton kebiadapan fasiqin PAKATAN RAKYAT di Masjid Negara dengan agenda jahat mereka untuk mencemarkan nilai sebuah masjid.
Continue Reading...

GAMBAR BOGEL BINI MENTERI, KEMBALI!!!

Gambar seorang DATIN yang sedang mandi bogel di dalam sebuah bilik air mewah, kini beredar di Internet dengan bebasnya. Beberapa keping gambar DATIN itu sedang beraksi dengan penuh ghairah di dalam bilik air, dikesan mula beredar pada FEBRUARI 2010.

Mungkin ada yang mengenali DATIN berkenaan terutama apabila suaminya dikatakan merupakan seorang Menteri dalam politburo Malaysia.

Berdasarkan penyebaran gambar bogel DATIN tersebut, motif utama adalah untuk menjatuhkan lawan politik. Salah satu cara terbaik untuk menutup mulut atau mematikan kerjaya seorang ahli politik adalah dengan mencari sudut-sudut yang memalukannya atau yang terkait rapat dengan maruah.

Isteri adalah sosok yang paling sesuai digunakan untuk menjatuhkan suaminya. Maruah aurat yang merupakan TABOO dalam masyarakat Malaysia adalah senjata yang paling ampuh. Apatah lagi dalam era ICT di mana Internet menjadi kuasa pendesak yang sangat efisien, gambar-gambar atau visual sebegini dapat diedarkan secara meluas dan bebas berbanding kaedah konvensional.

Bukan seorang dua yang jatuh akibat visual bogel... salah seorang daripada mereka adalah Chua Soi Lek yang kemudiannya kembali semula ke persada kuasa politik dengan menggunakan isu Perlembagaan dalam jaringan menjatuhkan Ong Tee Kiat, Val Paari anak lelaki Sammy Vellu dengan video lucah membabitkan isterinya, Shaila Nair, V.P. Vijendran bekas Timbalan Speaker Dewan Rakyat dengan koleksi video-video panasnya selain aksi DATIN TERLAMPAU yang cukup popular sebelum ini dan VCDnya mendapat sambutan yang sangat hangat dan Elizabeth Wong, ADUN Bukit Lanjan yang mempamerkan hutan simpanannya menerusi gambar-gambar yang dirakamkan oleh teman lelakinya yang bernama HELMI.

Maka berhati-hatilah kita dengan kamera terutama ketika melakukan hubungan intim. Biarpun atas nama 'koleksi kenangan', ia akan bertukar menjadi kedurjanaan apabila jatuh ke tangan orang lain, terutama yang baru belajar-belajar nak upload gambar ke dalam Internet!!!
Continue Reading...

MELAYU ITU CIKAI! MELAYU ITU BODOH! MELAYU ITU LEMAH!

Fenomena rakyat Malaysia lari ke luar negara untuk bekerja dan kemudian menanggalkan kewarganegaraan mereka, bukan lagi. Ia adalah fenomena yang sangat popular terutama di kalangan rakyat Malaysia yang berketurunan imigran. Dan penghijrahan ini dikatakan sebagai fenomena BRAIN-DRAIN yang sedang melanda, sekaligus menjadikan negara ini kekurangan tenaga pakar dan mahir kerana telah dimiliki negara asing, khususnya Australia, Singapura, Kanada dan Amerika Syarikat.

Faktor utama yang menyebabkan segelintir rakyat Malaysia mengambil sikap sebegitu adalah EKONOMI dan WANG. Namun apabila ditanya, mereka akan pantas menjawab bahawa sistem yang korup, kualiti graduan universiti tempatan dan 'red tape' yang diperlukan untuk mendapatkan bantuan kebajikan adalah antara sebab-sebab utama mereka lari.

Kuasa membeli yang rendah, rasisme, ketidakstabilan politik, berpendapatan rendah, polisi berdasarkan kaum, kadar jenayah dan undang-undang tidak membenarkan memiliki dua warganegara juga merupakan alasan-alasan yang digunakan oleh pelarian-pelarian ekonomi ini.

Agak aneh, golongan yang memberikan pendapat sebegitu adalah golongan yang telah pun menikmati dasar-dasar kerajaan yang disifati dengan pelbagai perkara negatif. Hanya kerana tidak mahu dianggap sebagai kacang lupakan kulit dan penderhaka, mereka memberikan alasan-alasan yang difikirkan mampu mewajarkan tindakan mereka.

Sememangnya fenomena kehilangan bakat-bakat penting dalam industri dan sebagainya, meresahkan Malaysia memandangkan Malaysia sedang memacu ke arah sebuah negara maju menjelang 2020.

Ketika alasan-alasan negatif diberikan, kebanjiran expatriate dan tenaga asing ke negara ini, terus berlaku. Kata-kata bahawa Malaysia tidak lebih baik daripada Burma bagaikan ternafi dengan sendirinya.

Tidak dapat dinafikan, 53 tahun UMNO berkuasa, menjadikan sebilangan rakyat dan bekas rakyat Malaysia yang lupa mengucapkan terima kasih, berasakan UMNO tidak berlaku adil kepada mereka, sebaliknya negara-negara asing yang sanggup mengambil mereka dan melayan mereka secara lebih 'istimewa' menjadi bidadari syurga di mata dan pemikiran mereka.

Tidak mustahil juga kerana Artikel 152 dan Artikel 153 yang masih gagal dimansuhkan menjadi punca dan penyebab utama alasan-alasan yang diberikan untuk mewajarkan tindakan mereka. Tentangan terhadap Artikel 152 dan Artikel 153 bukan baru. Ia sudah berlaku semenjak kali pertama Perlembagaan Persekutuan diperkenalkan.

Berprasangka bahawa kerajaan Malaysia melebihkan orang Melayu dalam serba-serbi dan menafikan hak-hak kaum lain, menjadikan mereka sentiasa berdendam dan berazam untuk meninggalkan negara ini. Walhal apa yang berlaku adalah sebaliknya.

DEB yang diperkenalkan oleh kerajaan untuk mendekatkan jurang (bukannya mengatasi) antara rakyat raja dengan bekas rakyat ratu, tidak menjadikan kaum bukan Melayu ketinggalan dan terpinggir, bahkan mereka turut sama menikmati skim berkenaan memandangkan merekalah vendor, mereka jugalah pemonopoli dan mereka yang memegang kuasa penawaran.

Keputusan kerajaan untuk menubuhkan Talents Corporation dua hari sudah, sebenarnya memerlukan komitmen yang bukan sedikit. Dengan kata lain, bukan sedikit juga PENGORBANAN yang perlu diberikan oleh Melayu-Bumiputera-Pribumi untuk kerajaan membawa balik tenaga-tenaga pakar yang sudah pun lari ke negara luar bagi mengejar pendapatan tinggi dan kehidupan yang mereka katakan, lebih baik dari di Malaysia.

Pasti akan ada tolak ansur yang merugikan Melayu-Bumiputera-Pribumi dalam usaha kerajaan mewujudkan pendapatan tinggi sekaligus mewujudkan kuasa belian yang mengukuhkan lagi aliran liquiditi domestik. Bagaimana pula dengan bakat-bakat tempatan yang sedia ada dan tidak pernah lari meninggalkan negara ini? Adakah mereka akan mendapat keistimewaan kerana kesetiaan mereka, atau mereka juga akan dilayan sama seperti rakyat marhein yang lain?

Ada pro dan kontra dalam hal ini... namun jarum suntikan bahawa Melayu itu lemah, Melayu itu cikai, Melayu itu bodoh dalam serba-serbi terus berkumandang. Lemparan tuduhan ke atas kelemahan kerajaan itu sendiri sudah cukup untuk mengenai Melayu memandangkan tulang belakang kerajaan adalah UMNO dan UMNO adalah parti yang mewakili orang Melayu.

Maka Melayu-Melayu marhein yang terdiri daripada pelbagai suku dan kacukan mempunyai tanggungjawab yang lebih besar untuk menaikkan pemimpin yang lebih bijak berbanding pemimpin-pemimpin yang duk ada la nih kerana kegagalan mereka menampilkan dan membuktikan bahawa Melayu itu bijak, Melayu itu bermaruah dan Melayu itu serba-serbinya hebat... tidak cukup dengan pembuktian bahawa Melayu itu hebat sebagai balaci kuasa lain atau Melayu itu hebat dalam politik semata-mata tetapi akhirnya menjadi budak suruhan kepada orang lain yang sekadar minum kopi sambil tersenyum-senyum memerhatikan generasi muda Melayu bergentayangan di tepi-tepi jalan berdemonstrasi sambil mandi air busuk water-cannon FRU.
Continue Reading...

ANWAR AKAN HASUT PENEROKA FELDA 17 DISEMBER INI

Bimbang dengan merudumnya reputasi PKR di kalangan peneroka FELDA, Anwar Ibrahim akan turun berkempen dan menghasut para peneroka untuk menyaman FELDA pada 17 Disember ini. Kempen dan hasutan tersebut akan dimulakan di Bera, Pahang.

HARAKAH DAILY turut melaporkan majlis kempen dan hasutan tersebut akan dianjurkan oleh ANAK yang dipengerusikan oleh Mazlan Alimin. Turut menyertai majlis tersebut adalah Naib Presiden PAS yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang, Tuan Ibrahim Tuan Man.

Dilaporkan juga, 1000 orang peneroka yang ingin menyaman FELDA akan hadir dalam majlis tersebut. Menurut Mazlan Aliman, 5000 orang peneroka akan menyaman FELDA bagi mendapatkan wang tanam semula berjumlah lebih RM17,000 dan peningkatan pengredan perahan minyak daripada 18-19% menjadi 23%

Mazlan Alimin dalam usaha memartabatkan namanya selaku calon pilihanraya selepas tewas di tangan Menteri KPDNKK di Parlimen Bera, mengintai-ngintai peluang untuk meraih sokongan daripada para peneroka FELDA.

PKR melihat peluang untuk menang di kawasan yang bermajoriti warga FELDA, sekaligus menyebabkan mereka perlu bekerja keras memesongkan fikiran dan melakukan hasutan. Tidak ada cara lain, selain menurunkan jaguh penghasut, Anwar Ibrahim yang ketika berada di dalam kerajaan, gagal menjaga kebajikan warga Peneroka FELDA.

Penubuhan BAPAK oleh Kerajaan Persekutuan bagi menangani masalah peneroka dan pengurusan FELDA menyebabkan Mazlan Aliman perlu mencari alternatif untuk meneruskan dirinya ke hadapan dalam cubaan menjadi wakil rakyat pada PRU 13 nanti.

Pun begitu, tanpa ANAK, BAPAK tidak akan ditubuhkan. Walaupun kelihatan 'buruk' dan 'licik', namun setidak-tidaknya penyelewengan-penyelewengan yang dilakukan oleh pengurusan FELDA setempat, berjaya ditimbulkan, sekaligus membolehkan pihak atasan FELDA melakukan sesuatu untuk membersihkan FELDA daripada penghisap-penghisap darah yang bekerja makan gaji dengan FELDA tetapi pada masa yang sama, menggunakan kuasa mereka sewenang-wenangnya untuk menindas para peneroka.

Dalam majlis yang sama di Stadium Kajang, Alumni Kakitangan FELDA yang ditubuhkan beberapa bulan lalu telah menyerahkan 50 borang keahlian kepada Abdul Hadi Awang yang merasmikan majlis berkenaan. Dikatakan, bekas kakitangan FELDA itu akan membongkarkan penyelewengan di dalam FELDA yang 'dikumpulkan' sewaktu mereka masih berkhidmat lalu dan mereka sendiri 'DIPAKSA DAN TERPAKSA' mengikut kehendak serta arahan pihak tertentu untuk menindas peneroka FELDA.
Continue Reading...

DIA DAH START TUKAR.... NI BARU KERJA SETIAUSAHA AGUNG

Selepas Presiden, Timbalan Presiden dan Ketua Umum PKR dihentam sebab 'KETUANAN MELAYU', akhirnya keluarlah suara dari mulut Setiausaha Agung PKR iaitu Saifuddin Nasution.

Tanpa mahu mengakui bahawa takrifan KETUANAN MELAYU 3A Serangkai itu adalah salah dan tidak tepat langsung, seperti biasa, Saifuddin Nasution terpaksa menggunakan helah biasa iaitu cuba melepaskan kesalahan kepada UMNO dan NGO-NGO yang menentang 3A Serangkai.

Dan akhirnya, setelah pusing sana, pusing sini, Saifuddin Nasution sendiri akhirnya memperakui KETUANAN MELAYU secara tidak langsung menerusi penjelasan tentang pendukungan Artikel 152 dan 153. Dengan sedikit 'penambahan' bahawa Pakatan Rakyat akan menjunjung apa yang telah termakhtub di dalam Perlembagaan Persekutuan sambil mengatakan PKR ingin menjadikan orang Melayu beriman dan boleh berdikari. (Malaysian Insider)

Padahal itulah juga bendanya yang digunakan oleh UMNO dan pertubuhan-pertubuhan Melayu yang lain sebagai modal perjuangan mereka. Apa yang direformasikan oleh PKR dalam perjuangan membela orang Melayu? Nak bagi orang Melayu berdikari?

Selama ini tidakkah kerajaan menggalakkan orang Melayu berdikari? Bukankah bantuan yang diberikan oleh kerajaan sekarang bagaikan memberi batang pancing, bukannya memberi ikan seperti yang cuba didoktrinkan oleh PKR.

Sekejap nak suruh Melayu berdikari, sekejap kata, Melayu bukan tuan sebab hidup susah dan kerajaan tak bantu, sekejap itu sekejap ini... DEY MACHA SAIFUDDIN! CAKAP KASI BETUL-BETUL LA... JANGAN PUSING-PUSING LAAA...
Continue Reading...

CUCU MAT KILAU MINTA DERMA UNTUK LAWAN UTUSAN MALAYSIA

Mohd Shukri Jamaluddin atau Mohd Shukri Mohd Ramli (entah yang mana satu) atau lebih dikenali sebagai Blogger Cucu Mat Kilau telah melancarkan operasi MEMINTA DERMA dalam usahanya untuk membuat saman fitnah ke atas Utusan Malaysia kerana membuat kesimpulan dengan sebuah artikel yang dikeluarkan di blognya yang memberikan gambaran dia akan keluar dari PKR.

Bekas calon PKR DUN Kemayan itu, turut popular dengan gambarnya mencium Anwar Ibrahim dengan reaksi Anwar Ibrahim yang memejamkan mata. Atas alasan itu jugalah, CucuMatKilau ingin menyaman Utusan Malaysia yang disifatkannya sebagai pencetus fitnah.

Artikel tentang CIUMAN ANWAR disiarkan oleh Utusan Malaysia pada 27 November 2010. CucuMatKilau besar kemungkinan merupakan blogger kedua Pakatan Rakyat yang menggunakan blog untuk memungut derma bagi tujuan perundangan selepas Tulang Besi Malaysia Waves.

Continue Reading...

CHIN PENG YANG BAIK, CHIN PENG YANG PERWIRA!!!

Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya, Ong Boon Hwa atau lebih dikenali sebagai Chin Peng gagal dalam usaha menghidupkan semula saman sivilnya ke atas Kerajaan Malaysia. Permohonannya itu telah ditolak oleh hakim kerana ia tidak menepati Seksyen 96 Akta Mahkamah Kehakiman 1964 (CJA). (MSTAR ONLINE)

Antara lain ialah, Chin Peng mahukan Kerajaan Malaysia membayar mereka gantirugi selain menuntut agar Kerajaan Malaysia atau agennya tidak mengeluarkan kenyataan berbau fitnah terhadap Chin Peng dan PKM.

Sebaik-baik sahaja Pakatan Rakyat memenangi 81 kerusi Parlimen, suara beberapa orang pemimpin mereka cukup lantang untuk membenarkan Chin Peng masuk ke negara ini semula dan menghabiskan sisa-sisa usianya di sini. Saranan tersebut tidak sahaja keluar daripada mulut para pemimpin Pakatan Pembangkang, bahkan turut disuarakan oleh seorang pemimpin sebuah parti komponen BN di Pulau Pinang.

Gambaran yang diberikan oleh kakitangan komunis ialah PKM ialah pejuang kemerdekaan negara. PKM adalah penghalau British dan mengambil nama Datok Bahaman pahlawan Melayu Kuala Semantan, Pahang, mereka cuba menghalalkan PKM di negara ini sekalipun hakikatnya PKM adalah entiti penjajah komunis yang berkiblatkan Mao Tse Tung. Manakala Rejimen Ke-10 yang dianggotai seratus peratus Melayu pula adalah himpunan para pejuang berhaluan kiri yang cuba mendapatkan kemerdekaan negara ini tetapi akhirnya terpedaya dengan perangkap PKM dengan menjadikan mereka sebagai balaci demi memudahkan aktiviti PKM terutama di kalangan orang Melayu.

Dan disebabkan itulah, khabarnya Rejimen Ke-10 tidak diberikan senjata api oleh PKM kerana tugas mereka hanyalah propagandakan keperwiraan PKM dan Chin Peng di kalangan orang Melayu!

Agak aneh apabila terdapat sebilangan orang yang masih cuba menafikan kekejaman PKM ke atas rakyat dan penduduk negara ini sekalipun sejarah telah membuktikan, PKM memperolehi bekalan senjata, peluru, ubat-ubatan dan wang daripada British dalam perjanjian mereka untuk menentang dan menyukarkan pentadbiran tentera Jepun di Tanah Melayu pada Perang Dunia Kedua. PKM yang berang apabila British enggan menyerahkan Tanah Melayu kepada mereka, akhirnya melancarkan pemberontakan dan menggunakan taktik kejam untuk mendapatkan sokongan paksa daripada penduduk Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak.

Kemerdekaan Tanah Melayu pada 1957 sebenarnya berlaku pada tempoh darurat di mana PKM memperhebatkan kemusnahan dan vandalisme harta benda dalam usaha menakut-nakutkan orang ramai. Mereka dengan bantuan para simpatisan telah melancarkan HARTAL. Mereka juga berjaya menyelinap masuk ke dalam beberapa buah parti politik Chauvinist dan mencetuskan Tragedi 13 Mei 1969.

Maka tepat benarlah alasan yang diberikan oleh penghakiman untuk menolak tuntutan komunis tua itu bahawa namanya dan PKM sudah lama tercemar akibat perbuatan kejam mereka memerangi penduduk negara ini dan usaha berterusan mereka untuk menimbulkan kekacauan.

Sepatutnya keluarga anggota-anggota perajurit negara yang dibunuh dan dicederakan oleh pengganas komunis sudah boleh memulakan saman untuk mendapatkan gantirugi daripada PKM dan Komunis Tua bernama Chin Peng. Mungkin Chin Peng dan PKM tidak akan berhadapan dengan masalah pembayaran jikalau mereka kalah dalam penghakiman nanti memandangkan pasti ramai pemimpin-pemimpin parti politik yang berebut-rebut menghulurkan bantuan kepada Chin Peng dan PKM.

Kalau mereka berebut-rebut untuk mendesak kerajaan membenarkan Chin Peng masuk ke Malaysia dan menghabiskan hayat terakhirnya di Sitiawan, tidak mustahil juga mereka sanggup menyediakan dana khusus untuk membayar gantirugi kepada keluarga perajurit-perajurit negara yang telah dibunuh kejam oleh komunis dalam usaha PKM untuk menjajah negara ini.
Continue Reading...

PAS NAK KUMPUL DERMA LAGI LAAA... ABIS LAAA....

Abu Bakar Chik, Timbalan Pengerusi Lembaga Amanah Dana Pendidikan PAS menyatakan, PAS bercadang untuk mengumpulkan dan berjumlah RM1 juta bagi membantu pembiayaan dan prasarana pelajar-pelajar sekolah agama rakyat (SAR). (Harakah Daily)

Bunyinya manis. Bunyinya cantik. Bunyinya juga enak. Namun Dana Pendidikan PAS itu juga bakal senasib dengan Tabung Memali atau KOHILAL yang hilang entah ke mana!!!

PAS dengan kutip derma dan kumpul dana mereka, sangat hebat. Modal yang digunakan untuk mengutip derma, meminta sedekah dan mengemis adalah Islam dan umat Islam. Sekaligus menjadikan PAS tidak ubah seperti sebahagian besar pelarian Rohingya yang berada Malaysia yang kerja utama mereka adalah meminta sedekah dan mengemis di tepi jalan.

Itu belum lagi dikira dengan kutip derma jihad dengan menggunakan Unit Amal selesai ceramah-ceramah politik mereka. Duit daripada kutipan derma tersebut entah ke mana disalurkan kerana kesudahannya tetap kosong. Dari tahun 1951 sehingga sekarang, sudah berapa ratus ribu atau jutaan ceramah yang dibuat. Dan kalau dikumpul atau dihitung-hitung, sudah berapa banyak pula derma yang diterima... barangkali berbilion ringgit!!!

Walau apa-apa sahaja projek derma atau jenama yang diletakkan bagi tujuan mengumpulkan sedekah dan mengemis duit orang ramai, PAS sewajarnya lebih telus dalam memberikan penjelasan berhubung cara pengendalian derma-derma berkenaan kerana ia bukannya duit daripada perbendaharaan negara yang disakau daripada cukai dan eksais, atau duit pusaka tok nenek, sebaliknya duit tunai yang dikutip daripada orang ramai.

PAS sehingga kini terlalu fobia untuk menjelaskan tentang penyelewengan Tabung Memali. Malah usaha-usaha daripada golongan yang kononnya bakal menerima sumbangan daripada tabung tersebut untuk mendedahkan tentang penyelewengan, segera dikatup dan disekat oleh orang-orang tertentu di dalam PAS. Begitu juga dengan KOHILAL yang diberikan sepenuh kepercayaan oleh ahli-ahli PAS sebagai tempat pelaburan, tetapi akhirnya habuk sahaja dan letih sahaja yang diperolehi.

Sekarang, PAS melancarkan pula Dana Pendidikan daripada kutipan derma?

Jawabnya, sekolah-sekolah agama rakyat tetap akan mengharapkan geran bantuan daripada kerajaan pusat seperti sekarang. Sekolah-sekolah agama rakyat tetap menerima bantuan daripada agensi kerajaan pusat untuk prasarana sekolah-sekolah tersebut... sama seperti sekarang!!!

Dan PAS melancarkan Dana Pendidikan hanya bertujuan untuk menakluki hati mudir-mudir, guru-guru dan para pelajar sekolah agama rakyat menyokong mereka...
Continue Reading...

DOA ORANG YANG DIZALIMI TIDAK TERHIJAB

Antara doa yang dimustajabkan Allah Taala adalah doa orang yang teraniaya dan dizalimi. Sama ada lambat atau cepat, doa tersebut, pasti Allah Taala tunaikan di dunia ini. Balasan bagi orang yang berbuat zalim, tidak hanya berbentuk fizikal, bahkan juga berbentuk emosi.

Apabila Saiful Bukhari Azlan, orang yang mendakwa Anwar Ibrahim meliwatnya bersumpah muhabalah, ramailah para penyokong Anwar Ibrahim yang mentertawakan dan menggelakkan anak muda pembancuh kopi bergaji mahal itu. Lebih mendukacitakan ialah prosedur sumpah itu pula yang dipertikaikan, bukannya isi kandungan sumpah tersebut dan kes yang cuba dibangkitkannya.

Perbicaraan Anwar Ibrahim meliwatnya sudah melewati 18 bulan dan menjadi antara perbicaraan terpanjang dan memakan masa paling lama di Malaysia kalau tidak pun di dunia. Perbicaraan sebenar masih belum berlaku sebaliknya selama 18 bulan, kerenah Anwar dan barisan peguambelanya hanyalah ingin menggugurkan kes berkenaan dari segi teknikal, bukannya dari segi fakta.

Lantaran itu, kesempatan menunaikan ibadah Haji di Tanah Suci Makkah telah digunakan oleh Saiful untuk melakukan satu lagi sumpah muhabalah. Kali kedua sebenarnya, sedangkan orang yang kena tuduh pula, mencari pelbagai helah untuk tidak bersumpah laknat sama ada dengan kaedah tradisional mahupun dengan kaedah yang dianggap menepati syara' seperti yang diterangkan oleh Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam usaha membela Anwar Ibrahim.

Antara lain yang terkandung di dalam muhabalah adalah sumpah laknat ke atas diri sendiri atau orang yang dituduhnya. Secara tidak langsung ia adalah sebuah permohonan atau doa kepada Allah Taala agar menurunkan bala dan kelaknatan, sama ada kepada orang yang bersumpah, mahupun kepada orang yang disumpah.

Dalam beberapa keterangan al Quran, Allah Taala memperingatkan tentang dosa dan kezaliman serta balasan azab yang Allah Taala turunkan kepada manusia yang zalim. Azab bala Allah Taala itu tidak hanya meliputi orang yang berdosa, sebaliknya diturunkan kepada seluruh penduduk.

Takutilah Allah Taala yang azab-Nya sangat keras!!!

Para penyokong Anwar Ibrahim sekali lagi melawak-lawakkan muhabalah Saiful di Makkah. Di dalam beberapa buah hadis, diterangkan tempat-tempat mustajab doa termasuklah di Hijr Ismail, di hadapan Kaabah dan di Raudhah Masjid Nabawi, selain di Masjidil Haram atau pun di Masjid Nabi.

Gelak tawa boleh berterusan namun azab Allah Taala adalah benar. Bagaimana sekiranya Allah Taala menurunkan bala bencana seperti yang dimuhabalahkan oleh Saiful? Tidakkah bala bencana tersebut bukan sahaja menimpa Anwar Ibrahim, sebaliknya kepada seluruh rakyat Malaysia yang tidak tahu pun macam mana hendak meliwat?

Mungkin keyakinan terhadap siksaan Allah Taala di dunia ini lagi, belum cukup memadai memandangkan tingkat-tingkat keyakinan berdasarkan Imam Al-Ghazali rahimahullah ada tiga macam:

(1) Keimanan orang-orang awam (Mubtadi): Golongan ini menggantungkan diri pada berita dan cerita orang lain. Mereka membenarkan cerita yang dikatakan oleh orang-orang yang mereka percayai. Perumpamaannya seperti ini, seandainya orang yang dipercayai itu mengatakan si fulan ada di dalam rumah, maka orang awam pun membenarkan apa yang didengarnya itu.

(2) Keimanan para ulama: Keimanan ini diperolehi oleh ulama dengan cara istinbath (penggalian kesimpulan daripada dalil dan bukti). Perumpamaanya seperti, dia mendengar suara si fulan di dalam sebuah rumah. Oleh kerana dia mendengar sendiri suara si fulan di dalam rumah, maka ulama itu menyimpulkan bahawa si fulan berada di dalam rumah.

(3) Iman dan keyakinan orang yang arif: Orang arif menyaksikan sendiri Al-Haq tanpa dihalangi oleh hijab. Perumpamaannya seperti, dia masuk ke dalam rumah dan melihat dengan mata kepalanya si fulan di dalam rumah.

Semoga kita semua dan negara ini tidak dilaknati Allah Taala sekalipun kezaliman dilakukan seseorang kepada seseorang yang bermuhabalah kerana sesungguhnya, kita tidak akan tertanggung beban azab daripada Allah Taala, walaupun sedikit, walaupun sekejap. Ujian-Nya kepada kita sahaja pun sudah cukup menyiksakan, apatah lagi azab-Nya!
Continue Reading...

SELAMAT MENYAMBUT MAAL HIJRAH 1432 HIJRAH

Solat Asar siang tadi merupakan solat terakhir pada tahun 1431 Hijrah. Dan selepas Solat Asar, kebanyakan imam membacakan doa akhir tahun dan majlis selepas itu disusuli dengan bacaan al Quran, zikir, tahlil, bertahmid dan bertazkirah, mengenang kembali saat-saat penghijrahan baginda Rasulullah s.a.w bersama-sama Sahabat r.a yang menyerupai baginda s.a.w dalam akhlak mahupun penjagaan sunnah baginda s.a.w iaitu Syaidina Abu Bakar As-Siddiq r.a.

Bagi yang bekerja pula, sekadar membaca doa akhir tahun dengan harapan dan sepenuh pergantungan sambil bertawassulkan kebajikan yang telah dilakukan pada sepanjang tahun 1431 Hijrah agar segala dosa diampunkan Allah Taala selain dirahmati-Nya. Kesyukuran dipanjatkan kerana masih diberikan Allah Taala kenikmatan dan anugerah-Nya sehingga akhir tahun meskipun terlalu banyak dosa yang dilakukan sepanjang tahun itu.

Dan selepas solat maghrib, bermulalah majlis yang sama dengan bacaan doa awal tahun dimulai. Perlu diingat, hari baru Islam bermula pada waktu Maghrib, bukannya tengah malam.

Mengungkap peristiwa Hijrah baginda Rasulullah s.a.w dari Kota Makkah ke Kota Madinah, pastinya akan membuatkan sebahagian daripada kita enggan mendengarnya lagi kerana kisah tersebut diulang-ulang setiap awal tahun Hijrah. Cerita tersebut tidak banyak berubah, bahkan ia tidak akan diubah walaupun seribu tahun lagi mendatang.

Namun apa iktibar yang boleh kita perolehi daripada peristiwa Hijrah berkenaan? Apakah cukup dengan hanya kita mengungkapkan keazaman baru, berhijrah daripada keburukan kepada kebaikan, berhijrah daripada kemunduran kepada kecemerlangan?

Hijrah Rasulullah s.a.w telah menguatkan agama Allah Taala dan akhirnya Makkah berjaya dikuasai sebelum dunia disinari khabar gembira buat orang-orang yang beriman ini.

Ada segelintir pendapat yang mengatakan, perkara pertama yang dilakukan sebaik-baik sahaja sampai di Kota Madinah adalah menyusun strategi politik. Sekaligus pada masa yang sama, tanpa mereka sedar, mereka sebenarnya telah menganggap bahawa Rasulullah s.a.w mempunyai nafsu untuk menjadi Raja, Maharaja, Sultan dan Pemerintah. Satu pendapat yang sama sekali sangat dangkal dan kufur sifatnya.

Apa yang dilakukan oleh baginda Rasulullah s.a.w adalah mendirikan sebuah masjid iaitu Masjid Quba. Seterusnya mendirikan masjid yang kini dikenali sebagai Masjid Kubah Hijau atau Masjidil Nabawi. Masjid adalah tempat sujud. Masjid juga merupakan tempat umat Islam berkumpul dan bersatu sehinggakan solat berjamah dilakukan dalam bentuk saf yang berlapis-lapis, bukannya berselerak atau dengan barisan kerusi yang rongak-rongak sifatnya.

Seterusnya, antara perkara terpenting yang Rasulullah s.a.w lakukan adalah mempersaudarakan kaum Ansar dan Muhajirin biarpun mereka satu bangsa kecuali dari suku-suku yang berlainan.

Tidak dapat dinafikan lagi, kerana persaudaraan dan perpaduan itulah yang menguatkan umat Islam sehingga menakutkan Yahudi-Yahudi Yathrib yang sebelum kedatangan Nabi s.a.w menjadi penguasa di kota tersebut. Dan kerana perpaduan antara Ansar dan Muhajirin itulah juga, Islam berjaya dimartabatkan sehingga sampai ke daerah Nusantara dan Melayu menjadi sinonim dengan umat Islam di rantau sebelah sini.

Pengukuhan persaudaraan di kalangan umat Islam menjadi prioriti kepada Nabi s.a.w sewaktu baginda tiba di Madinah al-Munawwarah. Namun, kita yang mengaku sebagai umat Nabi Muhammad s.a.w nampaknya terlalu patuh dengan kehendak Demokrasi Rom sehingga kita melupakan atau buat-buat tidak tahu tentang pengukuhan dan perpaduan tersebut sungguhpun pada masa yang sama kita mengakui bahawa perpaduan umat Islam pasti akan mengukuhkan kita dan mengangkat tinggi al Quran dan As-Sunnah.

Tiada sistem yang dicipta oleh manusia mampu untuk menandingi sistem atau sunnatullah di dunia ini. Begitu juga, walau sehebat mana pun kita berparti politik, tidak ada satu pun yang dapat menandingi ikatan persaudaraan dan perpaduan di kalangan kita. Kalau Nabi s.a.w sendiri pun mempersaudarakan Ansar dan Muhajirin, mengapa pula kita di sini, yang hidup pada penghujung hayat dunia ini yang begitu berani melanggar apa yang telah dilakukan oleh Rasulullah s.a.w?

Kita kata kita sayangkan Rasulullah s.a.w. Kita kata, kita berjuang demi Rasulullah s.a.w dan demi Allah Taala. Kita kata, kita ingin mengangkat Al Quran dan As-Sunnah sebagai perundangan teragung di negara ini.

Namun mengapa sebahagian besar daripada kita terlalu menentang persaudaraan dan perpaduan di kalangan umat Islam? Mengapa antara kita, ramai yang beranggapan, jauh lebih baik bersaudara dengan kafirin berbanding umat yang sama-sama berkongsi keyakinan dan keimanan dalam kalimah Thoiyibbah?

Tidakkah Nabi s.a.w ketika mempersaudarakan Ansar dan Muhajirin, baginda s.a.w cukup tahu tentang perangai para Sahabatnya? Tidakkah di kalangan mereka, ada yang bengkeng, ada yang keras kepala, ada yang masih sukar meninggalkan tabiat meminum arak sungguhpun pada waktu itu, arak masih belum diharamkan? Apa perlu baginda mempersaudarakan Sahabat-Sahabat baginda dengan umat yang baru sahaja mengenali Islam dan baru sahaja mengenali baginda s.a.w?

Mengapa kita di sini tidak mengambil iktibar tersebut? Mengapa kita lebih berpihak kepada kaum kafir yang menjadi sekutu politik kita berbanding saudara-saudara kita yang berlainan parti politik? Apakah kita sebenarnya ingin menegaskan bahawa kefahaman kita tentang Islam jauh lebih besar daripada Rasulullah s.a.w?

Na'uzubillah... semoga kita dijauhkan daripada perasaan takabbur sebegitu rupa.

Berhijrahlah kita daripada kejahilan kepada kebijaksanaan. Berhijrahlah kita daripada kesombongan kepada kerendahan hati dan budi. Berhijrahlah kita daripada Isyraqiyyah (Illuminisme) kepada realiti Islam yang telah diajarkan oleh Nabi s.a.w dan disebarkan oleh para Sahabat r.a dan golongan Solafus-Soleh.
Continue Reading...

Monday, December 6, 2010

BILA ANWAR BELA DIRINYA...

Anwar menempelak Najib Abdul Razak kerana mengata-ngatanya. Kisah nepotisme dan kronisme dalam PKR yang disentuh oleh Najib Abdul Razak dalam ucapan ketika Konvensyen BN di Wisma MCA semalam, akhirnya berjaya membuka mulut Anwar Ibrahim untuk mengulas tentang hal berkenaan.

Berkata Anwar, isu 'keluarga dalam parti' tidak berbangkit memandangkan Najib juga berlatar belakangnya keluarga untuk naik dalam politik. Yang tidak disentuh oleh Anwar Ibrahim ialah, Najib Abdul Razak naik sebagai Menteri Besar pada usia 28 tahun tatkala Almarhum ayahnya, Tun Abdul Razak Dato' Hussin sudah pun tiada di dunia ini. Manakala kewujudan Hishamuddin Hussein dalam barisan kepimpinan negara pula, bukannya dilakukan oleh Najib Abdul Razak, sebaliknya pada zaman Tun Mahathir.

Mengapa pula Anwar tidak mempersoalkan tentang Khalid Samad dan Shahril Samad, yang sekalipun berlainan parti tetapi mereka kekal sebagai adik-beradik. Pemikiran Anwar Ibrahim sememangnya aneh, seaneh selera seksualnya juga!

Namun perbezaan paling ketara antara Najib Abdul Razak-Hishamuddin Hussein dengan Anwar Ibrahim and cronys ialah, Hishamuddin Hussein dilantik atas kapasiti dirinya, bukannya ditunjuk, dituding, diusik-usik sedikit sahaja mahupun ditunjukkan kepada khalayak ramai seperti Sammy Vellu menunjuk Palanivel sebagai penggantinya. Sedangkan Wan Azizah, Nurul Izzah dan Azmin Ali, kemenangan mereka di dalam pucuk pimpinan PKR kerana hubungan istimewa dengan Anwar Ibrahim.

Anwar Ibrahim boleh berdalih macam-macam tentang kronisme dan nepotisme dalam PKR terutama yang membabitkannya, tetapi Anwar Ibrahim tidak boleh mengelak daripada hakikat, PKR sedang runtuh kerana perasaan meluat yang teramat sangat ahli-ahli parti itu dengan gelagat Anwar Ibrahim sendiri. Yang tinggal dalam PKR sekarang adalah SYAITAN-SYAITAN BISU yang mengharapkan mereka menjadi calon untuk PRU 13.

Nak tengok merudum atau berkuburnya PKR, tunggulah selepas PRU 13 terutama sekiranya PKR gagal mengekalkan kemenangan atau lebih menang berbanding PRU 12. Ketika itu, akan berbondong-bondong para PELAKON dalam PKR keluar parti dan berselerak sama ada menyertai parti baru mahupun menjadi Bebas!
Continue Reading...

PAKATAN RAKYAT DAH MULA BERBAHAGI KERUSI... ADA KERUSI TERBANG TAK?

Para pemimpin Pakatan Rakyat sudah mula membincangkan tentang pembahagian kerusi-kerusi yang bakal parti mereka tandingi pada pilihanraya akan datang.

Secara dasarnya, kerusi bermajoriti Melayu akan diserahkan kepada PAS, manakala kerusi bermajoriti Cina pula akan diserahkan kepada DAP. Kerusi yang majoritinya bercampur-campur akan diserahkan kepada PKR. Perbincangan juga turut bersandarkan kepada persetujuan 2008 iaitu seandainya kerusi PAS, maka ia akan kekal ditandingi oleh PAS.

Perkembangan ini sangat menarik memandangkan jikalau keputusan itu direalisasikan, PKR akan kehilangan banyak kerusi yang mereka telah menangi dan bakal tandingi.

Antara kerusi berkenaan, termasuklah Parlimen Machang yang kini disandang oleh Saifuddin Nasution, Setiausaha Agung PKR, Parlimen Dungun yang ditandingi oleh Ketua AMK, Shamsul Iskandar Mohd Akin, Parlimen Kulim-Bandar Baru yang disandang oleh Zulkifli Nordin atas tiket PKR tetapi kemudian melompat parti menjadi bebas, DUN Gombak yang disandang oleh Azmin Ali sungguhpun Gombak merupakan kubu terkuat PAS di Selangor.

Sudah pasti tuntutan PAS akan membuatkan PKR yang cukup terkenal sebagai kelincahan dan magik serta tongkat ajaib mereka akan melakukan sesuatu agar mereka tetap menang dalam perebutan dengan PAS. DAP tidak akan banyak bermasalah memandangkan kerusi-kerusi yang ditandingi oleh DAP adalah kekal dan tidak banyak berubah. Kerusi-kerusi yang diserahkan oleh DAP kepada PKR pula adalah kerusi-kerusi yang dahulunya mereka sentiasa kalah!

Pilihanraya Umum Ke-13 sangat berbeza berbanding Pilihanraya Umum Ke-12. PRU12 menyaksikan kemarahan rakyat Malaysia yang membuak-buak terhadap kepincangan kepimpinan Perdana Menteri pada waktu itu iaitu Abdullah Ahmad Badawi walaupun pada 2004, kepimpinannya berjaya mengungguli Parlimen dan DUN.

PRU 13 akan menyaksikan pertarungan sebenar dengan isu-isu yang bolehlah dianggap semasa seperti kenaikan harga barang dan perkhidmatan tanpa banyak skandal dan penyelewengan kewangan seperti pada zaman Abdullah Ahmad Badawi.

Persoalannya, mampukah kepimpinan utama PAS menang dalam tuntutan mereka terhadap PKR memandangkan PKR sentiasa mendabik dada bahawa mereka adalah parti yang kuat dan diterima ramai oleh rakyat Malaysia.

Atau barangkali akan ada ahli-ahli PKR yang baling kerusi ke arah kepimpinan utama PAS memandangkan mereka SANGAT PAKAR dalam kes-kes melibatkan kerusi terbang, tumbukan, tendang terajang dan tipu-muslihat.
Continue Reading...

AMBIK KESEMPATAN SUNGGUH CINA DAP NIH!!!

Ng Suee Lim, ADUN Sekinchan yang melanggar seorang pelajar IPT Melayu sehingga koma dan hilang ingatan, mendesar agar Khir Toyo yang telah ditahan dan dihadapkan ke mahkamah oleh SPRM agar menggugurkan saman fitnah ke atasnya.

ADUN Sekinchan ini adalah orang yang membuat pendedahan tentang salahlaku serta penyelewengan kuasa melibatkan dua lot tanah dan sebuah banglo yang akhirnya menjadi milik Khir Toyo di dalam persidangan DUN.

Ng Suee Lim juga tidak berpuas hati dengan kelewatan dan kelambatan SPRM menyediakan kertas siasatan bagi mengheret Khir Toyo ke muka pengadilan. (FREE MALAYSIA TODAY)

Kalau melibatkan pemimpin UMNO, Cina-Cina DAP seperti Ng Suee Lim bersungguh-sungguh hendak membuktikan kebenaran. Bagaimanapun, apabila melibatkan kaum sendiri, seperti Teoh Beng Hock, seboleh-boleh mungkin mereka cuba menyembunyikan pelbagai fakta termasuklah penyelewengan yang dilakukan sehingga menyebabkan kematian Teoh Beng Hock.

Pasti ramai yang masih ingat, Teoh Beng Hock adalah saksi SPRM yang kemudian ditemui mati akibat terjatuh bangunan di Wisma Masalam selesai memberi keterangan kepada SPRM serta menyerahkan komputer ribanya selain beberapa dokumen lain melibatkan para pemimpin DAP di Selangor.

Kes tersebut bagaimanapun, dibesar-besarkan oleh DAP dan kesalahan segera dituding kepada SPRM serta PDRM tanpa sedikit pun menyentuh tentang data-data dan fakta-fakta penyelewengan yang telah diserahkan oleh Teoh Beng Hock sejurus sebelum kematiannya kepada pihak berkuasa.

Malah Ng Suee Lim sendiri enggan mengaku bersalah melanggar seorang pelajar ketika memandu dalam keadaan mabuk sungguhpun beberapa orang saksi mengesahkan ADUN Sekinchan itu berbau arak sewaktu keluar dari kenderaan pacuan empat rodanya untuk melihat keadaan mangsa yang telah dilanggarnya.

Ng Suee Lim sehingga kini tidak pernah BERANI untuk memperkatakan tentang kemalangan berkenaan!

Woi Apek! Pergi mahkamah dululah... kami pun nak dengar juga fakta-fakta dan barang bukti daripada Khir Toyo. Kami pun nak dengar juga sejauh mana bukti yang kau ada untuk mendakwa Khir Toyo rasuah dan menyeleweng. Kes Khir Toyo baru sahaja dibawa ke mahkamah, belum pun lagi dibicarakan....

Yang kau takut sangat, pasai apa? Nak cover line ka?

Apa kes kau kena belasah dengan orang kampung di Tanjung Karang tu hari? Dengar-dengarnya kau berlagak macam samseng dan memperlekeh-lekehkan petani kat situ sebab depa Melayu?
Continue Reading...

NIK ABDUL AZIZ PULAK LEPAS KHIR TOYO.. BETUL KE?

'CHIEF SITTING KERBAU PLAK KENA LEPAS NI!"

Insan yang digelarkan sebegitu rupa adalah Nik Abdul Aziz Nik Mat. Tidak pula diketahui bagaimana Nik Abdul Aziz memperolehi nama gelaran Red Indian berkenaan atau siapa yang memulakannya. Perlu diketahui bahawa hukum memberikan gelaran kepada seseorang ada dua.

Seandainya gelaran itu menyakiti hati dan perasaan orang yang digelar, maka haramlah perbuatan berkenaan seperti si tempang, si juling, si juburi dan sebagainya kecuali untuk tujuan memperkenalkan kepada orang lain. Sebaliknya dibenarkan atau diharuskan memberi gelaran seandainya gelaran berkenaan tidak menimbulkan perasaan riya' dan ujub.

Ianya bersesuaian dengan perintah Allah Taala dalam Surah Al-Hujurat ayat 11 dan kata-kata Imam Al-Nawawi di dalam al-Majmuk iaitu;

Dan ulama sepakat bahawa sunat menggelarkan seseorang dengan apa yang disukainya. Antaranya seperti Abu Bakar al-Siddiq. Namanya yang sebenar adalah Abdullah bin Uthman dan gelarannya pula adalah Atiq. (Al-Majmuk 8/41)

Dikatakan bahawa Nik Abdul Aziz bakal senasib dengan Khir Toyo berhubung beberapa penyelewengan dan skandal rasuah, melibatkan menantunya dan pengurusan kewangan negeri. Juga kek hari jadi bernilai puluhan ribu ringgit selain pakej mengerjakan umrah yang ditaja oleh syarikat-syarikat dan orang yang berkepentingan.

Seelok-eloknya, semua Menteri Besar dan Ketua Menteri dihadapkan ke mahkamah oleh SPRM agar kesungguhan mereka untuk menjadi Menteri Besar dan Ketua Menteri atau lebih tepat lagi, ke kemuncak politik diketahui umum oleh rakyat Malaysia. Setidak-tidaknya, mereka tidaklah berani menuding orang itu, orang ini sedangkan pada masa yang sama, banyak tindakan mereka diperkatakan oleh rakyat jelata, biarpun sebenarnya tidak berbukti.

Apatah lagi ISA boleh digubal untuk menahan mereka yang melakukan rasuah tetapi sukar memperolehi bukti sekalipun mempunyai tanda-tanda jelas bahawa mereka adalah pengamal rasuah dan penyeleweng amanah rakyat.

Contoh terbaik, Lim Guan Eng di Pulau Pinang!!!!
Continue Reading...

SYABAS WAJAR TERIMA TAWARAN KERAJAAN NEGERI SELANGOR!!!

Kerajaan Negeri Selangor katanya dalam keadaan menang sekarang ini mengatasi SYABAS. Menurut Setiausaha Politik Menteri Besar, Faekah Husin, SYABAS hanya ada dua pilihan iaitu menerima tawaran harga RM5.9 bilion untuk pembelian kepentingan SYABAS atau syarikat konsesi tersebut, menyewa peralatan dan aset Kerajaan Negeri Selangor yang digunakan oleh SYABAS selama ini secara percuma berjumlah RM10.9 bilion. (MALAYSIAKINI)

Tekanan demi tekanan terus dibuat oleh Pentadbiran PKR Selangor ke atas SYABAS dalam usaha untuk melupuskan hutang tertunggak mereka. Dan seperti biasa, 'rakyat' digunakan untuk mewajarkan tindakan tersebut.

Seharusnya Kerajaan Persekutuan sudah lama membuat keputusan agar tuntutan Kerajaan Negeri Selangor di bawah PKR ditunaikan. Selagi tidak ditunaikan, selagi itulah mereka akan terus menekan rakyat Selangor dengan penghalalan kenaikan harga air seperti yang berlaku sekarang ini.

Secara dasar, pemberian air percuma sebanyak 20 meter padu kepada rakyat dan penduduk Selangor adalah sangat baik. Bahkan rata-rata, tiada sesiapa pun yang mengatakan pemberian sebegitu, sekalipun sebenarnya ia adalah salah satu bentuk rasuah, sebagai tidak baik.

Namun sasaran Pakatan Rakyat sebenarnya adalah penuh bermuslihat. Konsep yang kaya semakin kaya, yang miskin perlu terus dimiskinkan, menjadi formula utama dalam usaha pengekalan kuasa di negeri ini. Pemberian air percuma sebanyak 20 meter padu bukan untuk golongan miskin dan marhein yang relatifnya mempunyai keluarga yang besar atau beberapa keluarga tinggal di dalam sebuah rumah seperti yang berlaku di Flat 'India' di Pandan Indah, tetapi lebih menguntungkan golongan pendatang asing dan keluarga kecil.

Itu jugalah kisahnya apabila Kerajaan Pusat di bawah pentadbiran Abdullah Ahmad Badawi suatu ketika dahulu memberikan elektrik percuma kepada bil di bawah RM20 yang sebenarnya lebih banyak dinikmati oleh orang lain, bukannya golongan berpendapatan kecil tetapi berkeluarga besar.

Ada baiknya, tanggungjawab bekalan air dikembalikan semula kepada kerajaan negeri. Sekalipun Pakatan Rakyat lebih sibuk dengan bekalan air di Selangor kerana IA ADALAH PERNIAGAAN YANG SANGAT MENGUNTNGKAN berbanding di Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan yang turut menswastakan bekalan air bersih kepada penduduk negeri-negeri terbabit, SYABAS seharusnya akur, bukannya mula mendedahkan tentang kepincangan Khalid Ibrahim.

Justeru tindakan kementerian terbabit memberikan laluan dan keizinan secara rasmi untuk Kerajaan Negeri Selangor berunding dengan SYABAS memang kena pada masanya. Apa pula gelagat dan tindakan Pakatan Rakyat Selangor selepas mereka memperolehi SYABAS? Apakah sebuah syarikat konsesi lain akan dianugerahkan hak ke atas air menggantikan SYABAS? Atau adakah kerajaan negeri akan terpaksa menggunakan alasan peningkatan kos bagi kenaikan tarif air?

Atau seperti yang dibayang-bayangkan dan diidam-idamkan, rakyat dan seluruh penduduk Selangor akan menikmati bekalan air bersih pada kadar yang jauh lebih rendah dan bekalan yang tidak putus-putus?

Yang pastinya, kes ini tidak akan mati dalam tempoh terdekat, sebaliknya akan mengundang kepada tindakan SYABAS ke atas Kerajaan Negeri Selangor menerusi tindakan undang-undang... yang sohehnya juga, rakyat dan penduduk negeri Selangor akan tetap dikenakan tarif air yang tinggi kerana AIR ADALAH PERNIAGAAN YANG SANGAT MENGUNTUNGKAN!!!!
Continue Reading...

Melayu Yang Berjaya Kerana Dasar DEB, Cuba Tutup Peluang Orang Lain

Ketuanan Melayu: A risky experiment
Mariam Mokhtar | Dec 6, 10 Malaysiakini
I was born Malay and was hardly conscious of my race, either at school or at home. Race hardly cropped up in conversation except when we had form-filling to do – like applying for an identity card. Religion was something sacred and the only time we’d be aware of our racial and religious differences was deciding what to wear for a wedding or whose open house to visit, during the various festivities.
Thus, the recent clamour for “ketuanan Melayu” is destructive and damaging – not just for Malaysia but more so for the Malays, the very people that the “ketuanan Melayu” concept is supposed to protect. It is wrong because “ketuanan Melayu” is a dangerous experiment in social engineering.
Our neighbours were both Chinese and Indian. As children, we studied and played with each other, even hitched lifts to school when necessary, whilst the adults shared garden produce, swopped certain special dishes for the various ‘open houses’ and practiced their own version of ‘neighbourhood watch’.
Today, the Wongs are living out their twilight years away from their children, who have now settled overseas. Their children were willing to pay for them to live in a gated community, but they refused. In gated communities, they said, people hardly know one another and lives are conducted behind high walls and electric fences. The Wongs are unwilling to trade their relative freedom for living in secure isolation.
Mrs Pillai is now a widow, living on her own. Both her son and daughter have emigrated and she is loathe to leave Malaysia. She tells me, her children saw no opportunities in Malaysia. Her daughter is particularly bitter at having to leave her mother and especially angry that she was denied a place at a local college, and denied help by a local political organisation who refused to recommend her for a study loan.
Several thousand non-Malays have left, but many Malays have also gone. Families are torn apart or wrecked by a false belief in so-called superiority. Our country has not benefited from the wasted talent.
Where’s the sense of equality and justice?
When will Malays understand that the call for “ketuanan Melayu” creates antagonism at best, and violence at worst? There is open hatred toward non-Malays. The Malays have become arrogant; and non-Malays have been forced to be compliant. But for how long? Perhaps, it is the Malay who has more need of change. Where is their sense of equality and justice?
If “ketuanan Melayu” is supposed to benefit the Malays, why are the majority of Malays poor? If politicians had genuinely wanted to help Malays, the majority of Malays would now be wealthy, after 53 years of Umno rule. But this is not the case. The majority of Malays are poor.
Former prime minister Dr Mahathir Mohamad warned that the Malays will “lose their power” if Pakatan Rakyat were to come to power. He labeled Pakatan leaders as a bunch of self-serving and racist politicians.
What “power” is he referring to? Is he referring to Umno’s potential loss? Will the loss mean no more abuse of power and enrichment of family, friends and cronies? Is he lamenting the lack of control over the media, police, judiciary and the parliamentary rights and privileges committee? Did he also mean the inability to detain those who dare speak out against injustices?
Malay extremists claim that Pakatan’s alternative call for “ketuanan rakyat” goes against the Malay rulers. However, no one objected when Mahathir clipped the wings of the royals.
Mahathir and Najib Abdul Razak have sought to suggest that Umno/BN is a caring party, but despite 1Malaysia, Malaysians probably feel less united today.
Perhaps, the Malay extremist politicians promoting “ketuanan Melayu” can rightly be called “Children of Mahathir”.
Why will the extremists not deal with the social ills that beset the Malay youth – drug abuse, abandoned babies, under-achievement, and Mat Rempit? They have been fed propaganda and expect instant rewards but soon become disillusioned. They then fall further into the trap that ‘non-Malays are robbing them of their rights’. Is it any wonder they are bitter and have little aspiration?
The same group of extremists expects other faiths to respect Islam – but they fail to reciprocate this. It is alleged that in some mosques, the sermons preach unbridled hatred.
Many loopholes and obstacles
Last Saturday, a 14-year-old girl and a 23-year-old teacher were married at a mosque in Kuala Lumpur, after a religious syariah court approved the union. The teenager said, “It has been hard trying to juggle two rôles – as a student and a wife – but I am taking it in my stride.”
Can no one else see that this is wrong? How does the state protect children from paedophilia? Has the child’s health and maturity been considered? What about her mental and maternal health, when she undergoes repeated childbearing at a young age? What about her education?
Muslim men can remarry easily. So who will support her should her marriage fail? Or if her husband leaves her for a younger woman or fails to support her when he remarries? Our syariah law and welfare system has many loopholes and obstacles. Some women claim it works against them.
Look at how Malay men perceive of their women. Despite equality in Islam, women are given short shrift. Nurul Izzah Anwar’s request for a debate with Ibrahim Ali was rejected. He called her ‘small fry’ and told her to contact the head of Wiranita, the Perkasa women’s organisation, instead. This demeaning attitude towards women is replicated in many Malay households.
When will the champions of “ketuanan Melayu” talk about success, progress, innovation, creativity, harmony, sharing and excellence instead of alluding to the “only my rights matter” mentality?
We Malays must face up to our insecurities so we can live at peace with ourselves. The non-Malay is a convenient scapegoat for our failures. We need to admit we have problems and face up to them.
Our religious leaders must make a clear stand against polygamy, paedophilia, child-snatching and intolerance of other faiths. Our Malay leaders must learn to respect other non-Malay Malaysians and treat them as equals. Only then do we have the right to ask others to respect us. We must stop the hypocrisy and madness that is called “ketuanan Melayu”.
MARIAM MOKHTAR is a non-conformist traditionalist from Perak, a bucket chemist and an armchair eco-warrior. In ‘real-speak’, this translates into that she comes from Ipoh, values change but respects culture, is a petroleum chemist and also an environmental pollution-control scientist. -dari bloq Lim

____

MARIAM mokhtar berkata bagi pihaknya..tul ler tu. Dia telah mendapat munafaat dari DEB yg kini jadi seorg professional dan fasih menulis dan brbahsa Inggeris dan mengatakan DEB telah gagal..

tapi bagaimana bagi pihak mereka dari bangsa Melayu yg masih susah? tak perlu ke mereka dapat peluang spt mana Adik Mariam perolehi? Tak perlukah mereka dibantu? mentang2 dah senang, takkan tak leh beri peluang org lain senang? mentang2 dah berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dan dah punyai keyakinan diri dan rasa dah mampu brsaing secara open..bagaimana mereka? sapa nak sediakan mereka utk jadi spt kamu? kamu ke? PAS ke? DAP ke? PKR ke? jika Saiful pun tak dapat peluang pengadilan baginya apakah kamu ingat kaum melayu yg kamu sendiri sedar masih ramai yg susah akan dapat pembelaan? Yong oiii ...


"Ketuanan Melayu"..Mariam ni faham apa mende? Jika kefahaman dalam agama masih berfikir ada yg tak "sesuai"..apa yg dia faham dari "ketuanan melayu".

Dan rasa2nya..sapa yg mula menyentuh pasal ketuanan Melayu ni, apa sakitnya dan deritanya? selama ni tak diusik pun, semua ok je? mereka yg mula dulu, kemudian nak salahkan org lain pulak..


Tapi puak2 ni biasa le, langgar perintah polis dan undang2..kemudian bila kena tindakan, maka polis disalahkan..


Bila Ibrahim Ali tak nak brdebat ngan Nurul Izzah, marah..Tapi Nik Aziz tak nak muzakarah ngan satu pendakwah bebas dahulu atas alasan yg sama, tak marah.

Jika dalam keadaan sedemikian tidak boleh berlaku adil dan terbuka..yakni mengutuk kedua2nya..sebaliknya membenarkan yg satu dan mengutuk satu lagi, bermakna MARIAM MOKHTAR bukanlah jujur dan telus.


Ketuanan melayu/ketuanan Islam..tergugatnya ketuanan melayu sama ler tergugatnya Islam..


Nabi saw brdoa semasa perang badar..mahfumnya..agar Allah swt bantu dan berikan kemenangan pada para sahabat ra, kerana kalahnya mereka bermakna luputlah Islam...


Setahu aku, org2 Melayu sangat2 jarang bebenor menyusahkan org lain...Mariam ni betul2 Melayu ke atau macam Zaid, saya pun melayu.


Org2 cina dan India rasa terancam pasal Ketuanan melayu..kah kah kah... apakah ni si Mariam ni fikir?

Adik mariam, cuba singkap kembali rentetan peristiwa 13 Mei..sapa ancam sapa?


-aa
Continue Reading...

Pijak Ajer Kepala Melayu, Mereka Rela!!!

Buat pertama kali rasanya..parti2 sedemikian malah dari kaum Cina bagi pandangan dan pendapat dalam isu2 org2 Melayu, pandangan membantu..syabas!! keprihatinan pada org2 Melayu.


GERAKAN mencadangkan ASEB, Amanah Saham Equiti Bumiputera, utk beli balik saham2 bumiputera, menjaga kepentingan equiti Bumiputera..


di berinya gula2..kemudian dicadangkannya agar diskaun 7% harga rumah mahal dimansuhkan (>RM500,000). Kabornya dari keuntungan trsebut leh le pemaju buat umah kos rendah..


Menarik........

___________

Walaupun ianya adalah syor..pandangan je.


Bunyi rasanya macam menarik..aku rasa, ngan adanya ASEB brmakna 30% pemilikan equiti tu dapat di"istiqamah"kan dan bermakna 30% kek ekonomi tu leh ler dimansuhkan..


Mungkin aku salah faham..atau mungkin GERAKAN salah faham..atau pun mungkin sekelian rakyat M'sia salah faham..atau pun mungkin buat2 tak faham.


30% pemilikan bumiputera bukanlah semata2 pemilikan 30% equiti saham sahaja..lagi pun ianya telah dimansuhkan..yg mana tidak lagi menjadi syarat lagi pada syarikat utk penyenaraian di Bursa KL.


30% pemilikan kekayaan negara..yakni pada keseluruhannya.


Ramai mengatakan DEB gagal kerana merujuk pada satu skop DEB yg sangat sempit yakni pemilikan saham. Pemilikan saham ni hanya satu dari ribuan agenda 30% economic share ni..aku simpati gak kerana pemimpin UMNO sendiri memahami DEB tu adalah semata2 30% dalam ekuiti saham yg disenaraikan..cam mana pempin UMNO leh tak faham dan tak tahu sedangkan ianya dicetuskan oleh pempin2 UMNO yg trdahulu,...


30% dalam pemilikan ekuiti, pemilikan dalam bidang keusahawanan, tenaga2 professional, tenaga2 mahir, dalam sektor industri, pertanian, kontraktor, retails, hartanah dll..


30% share diBursa..harganya berubah2..bila harga jatuh, kemungkinan 30% dari nilainya akan susut..apakah ketika ni nak start kembali 30%...policy 30 % ikut turun naik harga pasaran le pulak.

_____

Usaha2 dalam DEB sebenarnya hampir 100% Melayu-bumiputera menikmatinya..dari pembinaan sekolah2 rendah, kebangsaan, IPTA2, kolej2, institute2, Polyteknik, ITM, MARA, UDA, RISDA, FELDA, biasiswa2, kemudahan2 infrastruktur, Lebuh2 raya, dan macam2 bentuk rupa subsidi-subsidi baja, subsidi benih, subsidi minyak diesel, subsidi perubatan, diskaun pembelian hartanah, PEWAJA, PETRONAS, PROTON, "pandang ke Timur" dll...dalam memberikan kelebihan pada Melayu -Bumiputera ni, bukan Bumiputera tetap mengaut keuntungan dan kekayaan spt biasa malah berlipat ganda!! sekelian Melayu-Bumputera sepatutnya faham dan sedar!!! Pengurniaan biasiswa hampir kepada semua pelajar2 Melayu-Bumiputera diawal 70'an, 80'an tu adalah agenda DEB..billion telah dibelanjakan!!! It's about time to pay it back!!! tul tak kapten..doktor2, prof2, jurutera2..usahawan2..


Awal tahun 70an, berapa ramai Melayu-Bumiputera yg leh memiliki kereta (biasanya kalau ada keta 2nd hand je)..berapa ramai engineer, doktor, tenaga2 mahir, loyar, kapten kapal, akauntan, dll...sekarang berapa ramai? malah melalui DEB juga Nizar leh jadi Ir, Kamarudin Jaafar kaya raya, Hj Hadi, Nik Aziz sekarang ni leh kategori kaya raya gak..tak lupa, En Kamal Sanusi..gitu juga si Saya pun Melayu, Zaid Ibrahim..MB Selangor Khalid Ibrahim..Khalid Samad..Azmin Ali dan ketua Pembangkang merangkap bekas banduan peliwat dan penyalah guna kuasa, Anwar Ibrahim dan anak beranaknya...


Adakah ngan wujudnya ASEB, dan katakan ianya berjaya kekalkan 30% ekuiti saham maka isu 30% pemilikan Bumiputera ni perlu dimansuhkan?


Mana2 negara didunia ni..native atau penduduk tempatan memang kurang agresif dalam meningkatkan taraf hidup mereka, kerana mereka fikir ni adalah negaranya berbanding ngan pendatang. Pendatang akan brtungkus lumus, guna segala peluang dan peluang "kurang agresifnya" rakyat tempatan (kurang agresif makna lebih kurangnya "pemalas") mengukuhkan kedudukan ekonomi mereka demi utk keturunan mereka..mana2 negara trmasuklah rakyat Amerika..mat salleh dan pak hitam mula kurang agresif berbanding ngan pendatang2 dari Cuba, Mexico, Cina dll..agresif mereka yakni penduduk tempatan lebih pada perasaan patriotik semata2.. penduduk Bumiputera mereka yakni dari red Indian, jika tak kerana wujudnya "pemeliharaan hak2 istimewa" sudah lama pupus ditelan zaman...


Melayu..bumiputera sama ler macam Red Indian..tanpa usaha "pemeliharaan" ini..tentu akan pupus ditelan zaman dan arus pembangunan. Generasi2 muda pendatang dari bangsa Cina, India sekarang telah mula mengikuti rentak cara hidup org2 Melayu ..kerana mula brfikir mereka ni adalah org tempatan tak seperti nenek moyang mereka yg menyedari mereka adalah pendatang!! nenek moyang org2 cina faham mereka adalah pendatang maka mereka keja siang malam tungkus lumus kumpul harta utk generasi2 akan datang..


Sekarang..Melayu-bumiputera, India dan Cina (rakyat Malaysia) dll..mula "tertekan" ngan pemilikan kekayaang dari pendatang2 generasi baru yakni dari Bangla, Pakistan,Kampuchea, Melayu Pattani, Aceh, Boyan, Pak Hitam Afrika, Arab2 dll..pendatang2 generasi baru semakin ramai membanjiri bandar2 dan kampung..Nilai 3 benar2 telah ditakluki oleh pendatang2 ini..KL, sebahagian dari bandar KL telah mula ditakluki..kedai2 kat taman2 dan kampung2 telah mulai ditakluki..pasar2 malam..


Rakyat dari bangsa Cina dan India mula menuntut keistimewaan dari kerajaan sebagaimana keistimewaan yg diberikan pada Melayu-Bumiputera kerana khuatir generasi mereka akan kehilangan tempat berteduh akibat "pendatang2" ni yg kelak mungkin akan jadi warganegara Malaysia..


tapi malangnya..org2 cina dan India rakyat malaysia ini menuntut keistimewaan ini dengan cuba memansuhkan dan merampas hak keistimewaan Melayu-Bumiputera..sepatutnya mereka minta satu peruntukan khusus hak keistimewaan utk rakyat Malaysia dari ancaman2 "pendatang alaf baru"..


Sepatutnya..jika pemilikan hartanah yg mahal utk Melayu-Bumiputera diberikan 7%, maka elok gak utk rakyat Malaysia diskaun 3-5%, dan premium (diskaun tersebut diperolehi kembali) dari pembelian dari "pendatang2 alaf baru"..bukannya membasmikan peruntukan Melayu-Bumiputera!!! (aku rasa kerajaan dah buat perkara ni-tapi kapitan2 ni tak mahu citer betapa keuntungan mereka perolehi-cuma kita leh nampak keghairahan mereka utk terus membina projek2 perumahan yg harganya melebehi RM500,000. Target mereka ialah "pendatang2 alaf baru dan investor2 asing")...cuma rakyat Malaysia cina dan india yg teringin memiliki hartanah2 yg mahal rasa perit sikit pada hal ianya adalah dari perbuatan dari kalangan mereka sendiri..menyalahkan diskaun 7% pada Melayu -Bumiputera tidak memberi apa2 faedah dan keuntungan pada rakyat Malaysia dari kalangan cina dan india..ianya lebih pada hasad dengki, "aku tak dapat beli, jgn harap korang leh beli".


pemansuhan 7 % takkan memberi laluan mudah pemilikan hartanah2 yg mahal ni pada rakyat2 malaysia berbangsa India dan Cina pun..dan bukan sebab penghalang pada mereka utk membelinya juga. Malah quota Melayu-Bumiputera ni jika tak dibeli dalam tempoh tertentu, ianya leh dijual juga pada sesapa...7 % bukannya isu.


7 % diskaun leh mengurangkan keuntungan pemaju..he he .. sendiri le mau ingat ma..

_______

GERAKAN, MCA, MIC dari pertikaikan hak2 Melayu Bumiputera dan keistimewaan..mereka perlu merangka hak2 keistimewaan rakyat Malaysia secara umumnya dalam menghadapi tekanan global dan "penjajahan pendatang2 alaf kini"..lagi maju negara ni, lagi akan berlaku penghijrahan besar2an..


Sebagaimana org2 cina dan India dihijrahkan oleh British sehingga ada yg terus bermaustatin disini..mereka dihijrahkan kerana British tak mahu penglibatan secara terus ngan rakyat tempatan yg diwaktu trsebut 100% Melayu.


Kini..disebabkan arus pembangunan..rakyat malaysia yakni pendatang satu masa dulu, Cina dan India dah tak berminat utk buat keja buruh2 kasar dan pekerja2 estet spt melayu pada masa trsebut..maka kapitan2 Melayu, kapitan2 Cina, kapitan2 India sptmana British ketika tu telah "mendatangkan" ribuan2 tenaga2 buruh murah dari India, bangla, nepal, kampuchea, Vietnam, Pakistan, Indonesia..dalam pada tu berlaku juga penghijrahan besar2an dari Cina, Hong Kong, Singapura, Taiwan, Thai, Vietnam, Aceh, Indon, Burma, pakistan, Afrika, iran, dll dalam usaha mencari rezki dan kekayaan di tanah bertuah Semenanjung Tanah Melayu!!!


Aku rasa..kewujudan pendatang2 baru ni mungkin mencecah 1/3 atau 1/2 dari jumlah penduduk Malaysia.


Pempin2 Cina dan India sedar hal ini..tapi yg masalahnya nak rampas "hak keistimewaan org2 Melayu le pulak" sepatutnya mereka berusaha mengukuhkannya..kerana kerana org2 melayu lah mereka menikmati kehidupan hari ini..org2 Melayu telah berkali2 berjuang "menjaga" mereka semasa pendudukan Jepun, Komunis-Bintang Tiga, 13 mei...ni adalah hakikatnya.. dan jgn khuatir, org2 Melayu juga akan "menjaga" mereka dari penaklukan dan pendudukan "pendatang2 alaf baru". Org melayu bukan bangsa yg tak mengenang budi..kecuali Anwar dan suku sakatnya sahaja- tu kena bagi diskaun sikit.

______

Pempin2 India dan Cina sepatutnya mengenal pasti masalah terkini..dan mencari akal bagaimana utk menghadapinya. Bukan jadikan Melayu sebagai musuh, jadikanlah melayu ni sebagai kawan.. kebanyakan melayu suka dipijak2 akan kepalanya spt Nik aziz, hj Hadi, Nizar dan Kamal sanusi..so pijak je ler!!. lagi dipijak lagi bangga dia, lebih2 lagi kalau puji sikit sebagai pemimpin berwawasan, berkarisma dan macam2..


-aa

Continue Reading...

HADI AWANG BALUN HARAMJADAH-HARAMJADAH PAS!!!

Orang tua ni, kalau bercakap sekali dengar macam tutuh puak-puak UMNO-BN tapi bila didengar dua kali, pihak yang ditutuhnya sangat berbeza daripada persepsi umum. Begitulah apabila dia berkata, Najib Abdul Razak gelabah dengan KEKUATAN Pakatan Rakyat. (HARAKAH DAILY)

Berkata Abdul Hadi Awang, Najib Abdul Razak tidak lagi dapat menyembunyikan 'ketakutannya' terhadap perkembangan terkini Pakatan Rakyat. Sekali imbas, kedengarannya seperti Pakatan Rakyat berada dalam kekuatan yang keterlaluan dan tidak mungkin dapat dirobohkan oleh mana-mana pihak sekalipun.

Tidak mungkin Abdul Hadi Awang tidak tahu tentang merudumnya PKR yang terang-terang mengamalkan budaya kuasa di kalangan isteri, suami, anak dan 'kekasih'. Tidak mungkin juga Abdul Hadi Awang, di dalam PAS, golongan Erdogan yang lapar kuasa sedang mencari jalan mencantas, menerajang, menyepak dan membentes selain memberikan gambaran-gambaran buruk terhadap kawan separti mereka sendiri. Malah sangat tidak mustahil, Abdul Hadi Awang tidak tahu tentang kemelut di dalam DAP yang sangat meruncing sehinggakan pihak kepimpinan tertinggi parti berkenaan MELARANG mana-mana ahli dan pemimpin DAP daripada mempertikaikan sebarang kuasa Lim Anak-Beranak di dalam media, sekalipun media itu menyokong mereka.

Abdul Hadi Awang bukanlah TOLOL dan BENGONG seperti yang cuba digambarkan oleh HARAMJADAH ERDOGAN di dalam PAS. Abdul Hadi Awang juga bukan BUTA, TULI dan LUMPUH sebagaimana yang diuar-uarkan oleh HARAMJADAH-HARAMJADAH yang menentangnya di dalam PAS.

Matanya dapat melihat kepincangan dalam PAS dan PAKATAN RAKYAT. Telinganya dapat mendengar masalah yang berbangkit. Kaki dan tangannya bergerak ke tempat-tempat yang menjadi punca kemerosotan sokongan terhadap Pakatan Rakyat dan menjadi punca kebencian terhadap PAS dan perjuangan parti berkenaan.

Dek kerana itulah, Abdul Hadi Awang kerapkali mengeluarkan kenyatan yang SEAKAN-AKAN MEMBALUN BN dan UMNO tetapi sebenarnya LEBIH KENEN kepada HARAMJADAH-HARAMJADAH di dalam PAS yang cuba meruntuhkan parti tersebut dari dalam selain menempelak sikap DUSTA, PEMBOHONG dan PENGELAT pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat yang lain.

Sudah ramai ahli-ahli PAS yang sedar diri dan tahu taktik sebenar para pemimpin SIALAN khususnya dari PKR dan DAP yang mempergunakan PAS untuk kepentingan mereka, tetapi kemudian menyepak, menerajang dan meludah kahak hijau ke atas PAS seperti mana yang berlaku di Selangor dan Pulau Pinang.

Namun geng-geng HARAMJADAH di dalam PAS terus berusaha menampilkan parti berkenaan sebagai selipar tandas dan keldai tak bertelinga yang boleh disuntut sewenang-wenangnya oleh PKR dan DAP dalam apa yang mereka gelarkan sebagai Pakatan Rakyat.

Hanya barangkali kerana Abdul Hadi Awang adalah Presiden PAS, maka cakapnya penuh kiasan, ibarat, gurindam dan seloka... sama seperti kebanyakan pemimpin-pemimpin berjenama Melayu yang lain. Barangkali kalau dia masih seperti tahun 1970-an dahulu yang merupakan rebellious, pastinya tak cukup suara HARAMJADAH-HARAMJADAH di dalam PAS yang datang selepas PAS lebih kuat, menjawab terjahan-terjahannya.
Continue Reading...

GIMIK PRA-PILIHANRAYA UMUM KA?

Berita bekas Menteri Besar Selangor, Khir Toyo diseret oleh pegawai-pegawai SPRM berhubung pemilikan dua lot tanah di Shah Alam yang dibeli dengan harga di bawah pasaran serta pembinaan rumah banglo ala-Bali, mendapat liputan hangat khususnya dari kalangan Pakatan Rakyat.

Mereka sepakat dan sebulat suara mengatakan, penangkapan tersebut adalah GIMIK pilihanraya semata-mata. Keyakinan penuh bahawa pilihanraya umum bakal diadakan dalam masa terdekat, menjadikan penangkapan Khir Toyo begitu setara dengan pemikiran mereka.

Persoalannya, benarkah seperti yang didakwa?

Apa perlunya kerajaan khususnya Barisan Nasional Selangor memilih jalan tidak popular untuk mendekati dan menakluki hati para pengundi? Apakah Khir Toyo senasib dengan Khairy Jamaluddin yang dianggap sebagai liabiliti sama ada kepada Barisan Nasional, apatah lagi untuk UMNO?

Tangkap salah, tak tangkap pun salah. Itu adalah dilema SPRM yang perlu difikirkan oleh rakyat Malaysia dengan waras. Perlaksanaan tanggungjawab dan amanah yang SPRM tanggung, jarang sekali diberikan perhatian, sebaliknya apa-apa sahaja tindakan SPRM dianggap sebagai 'favour' untuk Barisan Nasional.

Perkara ini akan menjadi lebih riuh-rendah apabila Khir Toyo nanti akan 'dibebaskan' selepas diambil keterangan dan prosedur yang diambilnya sewaktu pemilikan harta-harta berkenaan sah di sisi undang-undang. Dan kalau itulah yang berlaku, Pakatan Rakyat akan terus meyakinkan rakyat Selangor dan Malaysia amnya bahawa SPRM bekerja bagi pihak UMNO-BN, manakala kes-kes yang melibatkan Pakatan Rakyat yang juga dibebaskan oleh SPRM dianggap sebagai KEBENARAN HAKIKI pemimpin-pemimpin terbabit.

Sewaktu SPRM melakukan siasatan terhadap Khalid Ibrahim berhubung lembu-lembu korban yang 'didatangkan' oleh entiti tertentu bagi pihak Khalid, tidak pula teori GIMIK PILIHANRAYA dikeluarkan. Begitu juga dengan kemasukan SPRM dalam menyiasat penyelewengan beberapa buah GLC Kerajaan Negeri Selangor, termasuklah isu pasir, PKNS dan sebagainya, juga tidak dikatakan sebagai GIMIK PILIHANRAYA.

Pakatan Rakyat boleh terus menggunakan reversed-psychology dalam usaha mereka untuk mendoktrinkan sebahagian besar warga Internet. Namun rasional kepada tindakan mereka, dilihat lebih kepada keburukan Pakatan Rakyat Selangor sendiri yang selepas 3 tahun, masih lagi gagal melaksanakan sebarang janji pilihanraya, termasuklah bantuan Tabung Haji sekalipun telah mengutip nama, alamat dan nombor kad pengenalan daripada sebahagian besar rakyat Selangor yang berbangsa Melayu dan beragama Islam.

Jangan pula terkejut selepas ini, TIBA-TIBA SAHAJA ANDA MENJADI ahli kepada mana-mana parti di dalam Pakatan Rakyat sekalipun anda tidak pernah mengisi borang atau membuat permohonan menjadi ahli. Dan jangan juga hairan mengapa jumlah ahli-ahli PKR dikatakan 400,000 orang tetapi yang turun memilih pemimpin tidak sampai pun 9.7% daripada keseluruhan ahli.

Sama ada ianya GIMIK PILIHANRAYA seperti yang dicanangkan oleh serata blog Pakatan Rakyat, atau sebaliknya, rasa-rasanya terlalu ramai rakyat Selangor yang benar-benar gembira melihat kesungguhan SPRM menahan jerung-jerung belukang yang mempergunakan nama rakyat untuk nama mereka tercatat sebagai orang terkaya dan paling berharga di negara ini.

Negara ini bebas... sesiapa sahaja yang bijak, kuat berusaha sama ada kuat berjenaka, berdusta mahupun bekerja secara halal, selagi itulah mereka terus dibenarkan membuat kekayaan dan mengumpulkan harta. Namun pada masa yang sama juga, mereka juga perlu bersedia untuk berhadapan dengan kemungkinan tindakan undang-undang sekiranya pemilikan sebarang harta dibuat secara tidak sah DAN ADANYA LAPORAN INDIVIDU-INDIVIDU TERTENTU meskipun laporan berkenaan bersifat GIMIK dan RETORIK dalam usaha meraih populariti dan pengaruh politik.
Continue Reading...

Menara Warisan Jangan Jadi Plaza Rakyat...

Menara Warisan..sejak ia diumumkan, berbagai2 reaksi.


Ada yg setuju..ada yg tak perkara..ada yg tak berapa setuju..ada yg sangat2 tak bersetuju..dan dari berbagai2 golongan..pembangkang maupun pro kerajaan..cendiakawan..malah dari Tun M sendiri.


Pembangkang..tu perkara biasa..tiada apa pun yg setuju melainkan kenaikan elaun Ahli Majlis Parlimen atau DUN..dulu, aku bayangkan DUN2 dan MP2 dari pihak Pembangkang ni akan ambil gaji sekadarnya dan pulangkan bakinya pada rakyat-ianya tinggal bayangan je ler. Ye ler, dah jadi YB, gaya hidup tu kenalah setaraf YB2 BN..


Aku teringat..satu masa dulu, PAS beria2 maukan pempin2 yg hidupnya zuhud cam Umar AlKhattab ra..tapi bila brpeluang menjadi pempin dan berpeluang utk buktikan dan amalkan seruannya tu, mmm ..biasalah manusia!!


KLCC tu dulu..jenuh diperkatakan..perkara yg sama yakni ruang pejabat "over supply". Kos tinggi malah elok dibelanjakan pada rakyat..mmm

Tapi bila KLCC dah siap, masing2 berbangga ngan trtegaknya bangunan berkembar tersebut. Ada yg kabor KLCC tu batu nisan ...

Mungkin tul jugak..pasal tu ramai gi ziarah, maklum ler makam MAHA FIRAUN!! Firaun diMesir kecik je....

Aku pelik, AQ dan hadis mana yg mereka pelajari dan dijadikan landasan..oleh Guru Nanak ke, Hj Mat Matahari ke, Ayah Pin ke..


Putrajaya..ngan kisah mahligai air mata rakyat hebohnya ..sapa2 masih teringat zaman reformasi yakni zaman utk komuniskan rakyat tentu teringat pasal MAHLIGAI AIR MATA..malah arwah Fadhil Nor sendiri kabornya akan lelong PUTRAJAYA jika BARISAN ALTERNATIF berjaya memerintah.

Kini..setiap rakyat M'sia berbangga ngan PUTRAJAYA semada dari golongan yg tak kisah, golongan yg tak setuju..brpusu2 org datang ziarah PUTRAJAYA dari sejak ianya siap hingga hari ni. PAKATAN RAKYAT pula kini brcita2 utk duduk diPUTRAJAYA...


Manusia mudah bebenor beralih angin..kesetiaan, kepercayaan, ketaatan yg berbolak balik..


dan macam2 hal lain le jugak..kutuk2 sakan, ludah sampai keluar kahak hijau..lepas tu pakat jilat ramai2!! tanpa segan silu..walaupun pada yg berjenama agama!!


Menara Warisan..spt biasa aku tak perkara. umumnya projek tu leh rancakkan ekonomi..sapa yg dapat, maka rezeki dia le..

Menara Warisan..kabornya akan timbulkan macam2 masalah antaranya kesesakan jalanraya, ..baguslah sebenarnya masalahini khususnya pada usahawan, ia leh jadi satu keuntungan..leh hasilkan projek lain pulak..he he..

Dunia yob...apa saja masalah bila diselesaikan akan lahirkan masalah yg lain..lagi pun kita kena faham manusia tu sendiri bermasalah. Jika tidak buat apa diutusNya sampai 124,000 ambiya' as..malaikat pun dah kabor, manusia ni tiada lain keja melainkan menimbulkan huru hara dan kacau bilau je. Manusia , teringin nak tonjolkan "ketuhanannya"..

So takut apa ngan masalah..tanpa masalah tiada lah warna warni kehidupan..tanpa masalah tak de ler keja..tak da keja, tak de le masyuknya!!


Kisah..ruang pejabat, ruang kedai dsb.."oversupply"..dari dulu aku dengor benda ni..tapi takpernah pula hentinya projek2 perumahan kos tinggi, apartment kos tinggi, ruang2 pejabat, dan ruang2 kedai..tak de pula DAP bantah, aku faham nak bantah macam mana pasal yg tak henti2 bina ni ramai dari kapitan2nya.


Sesakkan je KUALA LUMPUR ni..sekarang ni pun dah ramai stress..mudah2an bertambah2 ler golongan stress ni. Semakin banyak ler ustaz2 akan buat syarikat2 motivasi..ustaz2 ni kalau dah kaya dan gemok, sihat le mereka. Lagi pun KUALA LUMPUR, tempat terkumpulnya lumpur2 dan daki2 dunia..tentu lah tidak leh tahan tsunami pembangunan dan maksiat..Kuala Lumpur sekarang ni mula di"serang" oleh pendatang2 dari benua Arab, Benua Hindustan, Benua China, Benua Afrika dan Benua Indochina..dan pendatang2 ni kelak akan tuntut hak sama rata, maklum ler cina2, india2 dan melayu2 yakni rakyat Malaysia yg ada pun kan pendatang jua..


So buat je ler...memang Nabi saw tak suka binaan2 ni..tapi tu ler akhir zaman, buat je ler. Besok lusa dah nak kiamat..ada pula yg terkilan. Dunia sementara, buat je le..sementara leh buat.


mana tahu MENARA WARISAN kelak leh jadi ofis UNITED NATION le pulak..maklum ler US tgh bermasalah. Ada desas desus...kelak disini akan jadi pusat dunia..desas desus le.


Aku bukan pakar ekonomi..dan bukan juga pakar hartanah. Tapi aku tak kisah, PNB buat je ler.

Masalah esok lusa..sama2 le fikir dan usaha kan.


Cuma jgn jadi macam PLAZA RAKYAT...


-aa
Continue Reading...

APA SEBENARNYA MOTIF GERAKAN?

Ketua Pemuda GERAKAN, Lim Si Pin mencadangkan agar kesemua parti yang menjadi komponen di dalam Barisan Nasional dibubarkan, sebaliknya Barisan Nasional menjadi parti tunggal yang mewakili semua kaum di Malaysia bagi menggambarkan masyarakat majmuk dan progresif di negara ini.

Sekali imbas, cadangannya itu nampak sangat 'cantik' dan 'mulia'. Namun apabila diamat-amati, ternyata ianya merupakan salah satu daripada senjata yang digunakan sama ada untuk menutup kelemahan diri, mahupun untuk memantapkan lagi ugutan dan tekanan terhadap Barisan Nasional sendiri.

Umum mengetahui bahawa GERAKAN merupakan parti yang diberikan kemanjaan, perhatian dan kasih sayang yang keterlaluan oleh Barisan Nasional selepas kemasukannya ke dalam Barisan Nasional pada 1970. Biarpun bergerak sebagai antoganis di dalam Barisan Nasional dan diberikan kekuatan terutama di Pulau Pinang, GERAKAN sebenarnya tidak pernah berjaya mengembangkan pengaruh atau kekuatannya menerusi dasar parti terbuka, sebaliknya bertukar menjadi sebuah lagi parti Cina selepas MCA dan DAP.

Penglibatan kaum-kaum lain di dalam parti berkenaan, terlalu kecil malah mereka tidak pun mempunyai sebarang kuasa, termasuklah suara kuasa berbanding kaum majoriti yang terdapat di dalam parti berkenaan. Pastinya para pembaca masih ingat bagaimana seorang calon Naib Presiden berbangsa Melayu dilanyak dengan teruk dan akhirnya kalah sebelum berkempen dalam pemilihan pucuk pimpinan GERAKAN beberapa tahun lalu.

Mac 2008 menyaksikan GERAKAN lumpuh sepenuhnya, terutama sekali di Pulau Pinang. GERAKAN kehilangan hampir kesemua kerusi yang mereka bertanding. Dan bermula dari situ, suara-suara sumbang yang cuba menggunakan taktik DAP untuk meraih sokongan kaum Cina, kerap berkumandang.

Di sebalik ikrar mereka tidak memperjuangkan perkauman, perkauman jugalah yang dijadikan senjata untuk meraih populariti. Di sebalik seruan agar Barisan Nasional dan UMNO khasnya agar membuka pintu yang lebih liberal, mereka jugalah yang menjadi chauvanist tegar.

Secara logiknya, walau atas alasan agama sekalipun, pendekatan terus kepada kelompok-kelompok bangsa merupakan pendekatan yang paling efektif. Dek kerana itulah, sekalipun PAS memperjuangkan Islam dan seringkali mengatakan Melayu tidak semestinya Islam, kelompok yang menjadi sasaran tetap juga orang Melayu, hatta wakil rakyat PAS itu seorang yang berbangsa Cina Muslim.

Dan itu merupakan hikmah terhadap penciptaan manusia dalam pelbagai kaum, suku dan bangsa seperti mana yang difirmankan Allah Taala!

GERAKAN dilihat terlalu tersepit untuk mencari populariti dan merampas semula kerusi-kerusi yang mereka telah hilang sebelum ini. Di sebalik ketakutan bahawa kerusi-kerusi berkenaan akan diserahkan kepada parti-parti komponen lain, khususnya MCA, MIC dan PPP, GERAKAN cuba menjadi kumpulan pendesak yang menggunakan taktik ugutan dan tekanan agar mereka tidak dipinggirkan, sungguhpun prestasi parti tersebut dalam Pilihanraya Umum ke-12 lalu paling teruk dalam sejarah penubuhannya.

Cerita dacing berat sebelah, cerita UMNO terlalu dominan, cerita BN jadi satu parti, cerita biasiswa untuk semua golongan rakyat Malaysia, cerita itu dan cerita ini, akan terus didendangkan oleh GERAKAN dalam usaha untuk mendapatkan sokongan kaum Cina, khususnya DAP.

Persoalannya, antara DAP dan GERAKAN yang ditubuhkan pada sezaman, jarak dan jurang mereka bagaikan langit dengan bumi. DAP dilihat sudah berjaya mendoktrinkan rakyat Malaysia, khususnya dari kalangan orang Cina manakala GERAKAN masih lagi terkial-kial dalam usaha memastikan parti tersebut terus hidup.

Sudah ada cakap-cakap yang mengatakan, ada atau tidak ada GERAKAN dalam Barisan Nasional, sudah tidak penting lagi. Sekalipun lebih gah daripada Parti Progresif Penduduk Malaysia (PPP), namun kedua-dua parti tersebut berkongsi dasar dan matlamat. Yang membezakan kedua-dua parti tersebut hanyalah, GERAKAN DIBERI PERHATIAN DAN PELUANG YANG JAUH LEBIH BESAR BERBANDING PPP, biarpun dari semasa ke semasa, GERAKAN semakin longlai dan hilang arah tujuan.
Continue Reading...

IKLAN BERBAYAR

PORTAL ISTIMEWA

BLOG-BLOG PRO KERAJAAN

TAK TAHU KIRI KE KANAN

BLOG PEMIMPIN

MASUKNYA WAKTU SOLAT

SAPA DIA

Top Commenters

Powered by Disqus

Recent Comments

Senarai Laman Web WAJIB