MARI BERFORUM, BERHUJAH DAN BERTEKAK DI SINI

RADIO PILIHAN THE FLYING KICK

Friday, January 7, 2011

PAS BUKAN ANJING PKR-DAP!!!!

Atas nama TAHALLUF SIYASI, PAS dituntut memberi penjelasan yang lebih lengkap dan terperinci kepada pemimpin serta ahli-ahli PKR-DAP berhubung pertemuan antara Mursyidul Am dan Presiden PAS dengan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO. Dan desakan ini bukan sahaja datangnya daripada golongan PAS-Liberal, sebaliknya yang paling kuat mendesak adalah kepimpinan utama DAP dan PKR selain konco-konco mereka.

Anda baca macam mana ANAK SYAITAN ini berkokok deras!!!!

Di mana kedudukan PAS sebenarnya pada tanggapan anak syaitan ini? Adakah dia dan orang-orang sepertinya beranggapan bahawa PAS adalah ANJING PAKATAN DAP-PKR? Cikai sangat kah PAS sampai perlu memberikan laporan dan menjelaskan helah politik PAS kepada DAP-PKR?

Mengapa pula dipersoalkan peranan KDYMM Yang Dipertuan Agong dalam pertemuan berkenaan? Apa yang ditakuti sangat oleh Anak Syaitan tersebut seandainya berlaku sebagaimana tujuan sebenar pertemuan tersebut diadakan?

Semakin lama, semakin jelas tindak-tanduk DAP-PKR yang begitu bimbang seandainya PAS kembali berjuang menggunakan dakwah sebenar dan bukannya keluar daripada ikatan neraka DAP-PKR. Ternyata jelas, mereka sangat takutkan perpaduan yang diputar belitkan sebagai PAS masuk UMNO atau PAS menyertai kerajaan....

Semakin lama, semakin disingkapkan Allah Taala akan misteri ini dan tujuan sebenar DAP-PKR nak memusnahkan perjuangan umat Islam terutama yang tidak berlaga angin dan pemerintah!!!!
Continue Reading...

KISAH CINDERELLA ADUN SRI MUDA, SHUHAIMI SHAFIE

Ada semacam kejanggalan dengan berita PEJABAT ADUN SRI MUDA DISIMBAH CAT MERAH. Ianya berlaku selepas Shuhaimi Shafie menimbulkan 'kegemparan' dengan tulisan di blognya yang ramai menyifatkan tulisan 'beraja di mata, bersultan di hati' sebagai ditujukan kepada KDYMM Paduka Sultan Selangor tetapi dinafikan oleh Shuhaimi Shafie sendiri.

Lebih meragukan lagi, kejadian tersebut tidak 'disaksikan' oleh sesiapa pun. Lebih pelik lagi, ada CCTV tetapi pada masa kejadian CCTV PULAK TIDAK BERFUNGSI. Kejadian seperti itu tidak pernah berlaku, tetapi disebabkan kontroversi yang ditimbulkan oleh Shuhaimi Shafie, pejabatnya kali ini diserang dengan cat merah.

Pandai pulak orang yang menyerang itu memilih pada ketika CCTV tidak berfungsi, kan? Tahu pulak penyerang itu bahawa pergerakan dan perbuatannya tidak dirakam, tidak bersaksi dan tidak ada sebarang kesan yang ditinggalkan, walhal jenayahnya ialah melemparkan cat iaitu jenayah yang dikenali sebagai jenayah vandalisme!!!

Alahaiiiii.... masa jadi UMNO lawak, rupa-rupanya berpindah jadi PKR, terlebih-lebih lawak jadinya!!!
Continue Reading...

PKR-DAP SELANGOR TERUS SAKIT HATI, PAS 'SOKONG' KHUSRIN

Kemelut perlantikan SUK Selangor yang baru, Mohamad Khusrin sebenarnya hanya melibatkan Pakatan PKR-DAP, bukannya PAS Selangor. Sekalipun beberapa EKOR Erdogan-Liberal PAS Selangor yang bersuara dengan dibantu oleh ANAK-ANAK SYAITAN, mereka ini hanyalah bertubuh badan PAS tetapi jiwa dan nafasnya adalah DAP dan Anwar Ibrahim.

Disebabkan itulah, PAS Selangor sebenarnya kelihatan tidak kisah dengan perlantikan Khusrin. Apatah lagi Khusrin sebenarnya adalah ASET BESAR dalam PERJUANGAN PAS-TULEN untuk mewujudkan sebuah negara yang bersandar kepada hukum syariat selain langkah amar makruf nahi mungkar.

Secara peribadi, Khusrin lebih rapat dengan PAS berbanding UMNO. Tindak-tanduk Khusrin ketika menjadi Pengarah JAIS juga adalah lebih mirip PAS berbanding UMNO. Bahkan dalam beberapa kes yang melibatkan tanggungjawabnya sebagai Pengarah JAIS juga, mempunyai kaitan yang sangat rapat dengan PAS.

Contoh terbaik adalah tindakan JAIS terhadap Dr. Asri Zainal Abidin, bekas Mufti Perlis. Khusrin bertindak setelah mendapat info dan berbincang dengan beberapa pemimpin PAS Selangor. Sebabnya, pemikiran TAJDID Asri Zainal Abidin dilihat menjadi pengancam utama ummat Islam di Malaysia, terutama di kalangan yang kurang berilmu dan terlalu mengambil mudah untuk mencedok segala-gala yang didatangkan atas nama Islam dan jemaah.

Terlebih-lebih penting, di sebalik tanggapan kebanyakan orang PAS yang lebih terpengaruh dengan penonjolan diri ERDOGAN-LIBERAL, Khusrin sebenarnya mempunyai jalinan hubungan yang sangat baik dengan PAS khususnya di Selangor ditambah pula dengan ketegasan, lurus dan bertindak mengikut peraturan serta prosedur.

Atas sebab itulah, DAP yang menjadi tok dalang Pakatan DAP-PKR di Selangor dilihat mengambil masa dan langkah yang sangat berhati-hati untuk melakukan tipu daya. Dan kerana itulah juga, yang paling banyak bersuara adalah kepala-kepala PKR selain Erdogan-Liberal, bukannya PAS-Tulen... sebabnya, perlantikan Khusrin sebagai SUK dilihat sebagai penambahan kuasa PAS di Selangor memandangkan hubungan baik antara Khusrin dengan pemimpin PAS Selangor.

Maka tidak hairanlah mengapa PAS Selangor dilihat lebih MENERIMA Khusrin sekalipun tidak menzahirkan sokongan secara terbuka. Yang memekak dalam PAS Selangor, cuma Khalid Samad yang sememangnya diketahui bertubuh badan PAS tetapi nafas, roh, lisan dan pemikirannya adalah DAP!!!
Continue Reading...

HARAKAH KENA SAMAN DETIK NEWS!!!!

Di sebalik saranan Mahfuz Omar agar Rais Yatim menyaman blogger UMNO yang terbabit dalam berita khabar angin Menteri Rogol Melayu, sesuatu yang lebih penting perlu dilakukan oleh Pengurusan Tertinggi PAS terutama yang membabitkan media dan jabatan komunikasinya.

Sebabnya DETIK NEWS yang menafikan amah bernama Robengah dirogol menteri yang difitnah itu, telah MENAMAKAN HARAKAH DAILY SEBAGAI PENCETUS FITNAH yang memutarbelitkan tulisan Rocky Bru.

Kabar pemerkosaan terhadap Rubingah (46) asal Banjarnegara, diramaikan salah satu situs berita oposisi Malaysia, Harakah Daily. Harakah mengklaim ada bocoran WikiLeaks terkait hal itu, seperti ditulis seorang blogger Malaysia, Rocky Bru.

Namun diduga itu pelintiran Harakah yang menjadi oposisi UMNO. Sebab, Bru tidak menyebut demikian di blognya. Seperti dilansir detikcom dari blognya, yang berjudul 'Wikileaks: Malaysian senior politician and his maid?', Bru mengatakan sejauh ini kasak-kusuk WikiLeaks adalah diskusi antar blogger. Bru yang mantan Pemimpin Redaksi The Malaysia Mail pun belum tahu apakah benar ada bocoran WikiLeaks soal kasus perkosaan ini. (DETIK NEWS)

Tindakan saman perlu diambil oleh pengurusan HARAKAH dan HARAKAH DAILY memandangkan Harakah Daily merupakan sumber wajib dan layak dipercayai tanpa perlu diragui. Apabila DETIK NEWS menuduh Harakah Daily mengincarkan fitnah dan memutarbelitkan kenyataan Rocky Bru selain mengada-adakan cerita sehingga rakyat Malaysia percaya bahawa fitnah terhadap Rais Yatim adalah benar, portal berita Indonesia itu sebenarnya telah mencacatkan dakwah Islamiyyah yang dibawa oleh Harakah Daily.

Mana mungkin sebuah harakah dan jamaah seperti Harakah Daily menggunakan fitnah sebagai alat untuk menyebarkan dakwah? Mana mungkin juga para pemimpin yang mengambil sumber daripada Harakah Daily diperhitungkan dengan fitnah yang diwujudkan oleh Harakah Daily?

Harakah Daily perlu membersihkan namanya seperti mana Rais Yatim membuat penafian bagi membersihkan namanya, selain dibantu dengan fakta-fakta serta pengakuan daripada orang gaji Rais Yatim sendiri bahawa berita tersebut hanyalah fitnah semata-mata.

Cara terbaik adalah dengan mengikut 'NASIHAT' Mahfuz Omar kepada Rais Yatim... SAMAN BALIK!!!!
Continue Reading...

ROGOL AMAH: PERMAINAN YANG SANGAT BIJAK!!!

Sedar atau tidak, 'permainan krisis' atau 'skandal' Menteri Rogol Amah kini sudah terbalik. Nampaknya para blogger pro-UMNO sudah berperang sesama sendiri dan saling tuding-menuding jari menyalahkan geng-geng di dalam dua kumpulan yang berasingan iaitu ELITIS dan NYAMUK!!!

Di sinilah letaknya kebijaksanaan dan syncronization antara pemimpin Pakatan Rakyat dan Blogger Pakatan Rakyat yang perlu dipandang, dilihat dan dipelari.

Perlu diingat, golongan pertama yang menamakan RAIS YATIM sebagai Menteri Perogol Amah, bukan dari kalangan BLOGGER PRO-UMNO, sebaliknya dilakukan oleh blogger pro-Pakatan Rakyat. Bahkan pencetus pertama berita ini, ROCKY BRU tidak menamakan sesiapa pun, bahkan sekadar menulis atas 'khabar angin tentang WIKILEAKS' bukannya bersumber daripada WIKILEAKS sendiri.

POSTING MENTERI ROGOL AMAH: KENAPA RAIS DAN JOHARI BAHAROM? ada memperkatakan tentang perkara ini dan menunjukkan dua contoh bagaimana kedua-dua nama VIP berkenaan disebut tanpa berselindung berdasarkan laporan bocor yang disiar dengan nama yang dipadamkan tetapi 'DAKWAT KDN' dikatakan tidak dapat menghilangkan nama berkenaan daripada penglihatan...

Perhatikan bagaimana pemimpin Pakatan Rakyat begitu bijak mengambil kesempatan dengan terlibat secara langsung dan terus menuduh RAIS YATIM adalah MENTERI yang dimaksudkan. Ada yang membuat laporan polis sekalipun mereka sendiri tidak pasti. Ada yang segera mengeluarkan kenyataan. Malah ada yang segera menggesa Rais Yatim agar menyaman Blogger terbabit.

Umpan yang dimakan ternyata telah dimakan dan ditelan. Malangnya si pemancing pula dan rakan-rakannya pula terlalu teruja sehinggakan nampak 'ikan-ikan lain' untuk dipancing dan dimusnahkan...

Cubalah belajar daripada BUDAK-BUDAK PAKATAN macam mana nak SPIN ISSUE agar berpihak kepada mereka sekalipun memang terlalu jelas, mereka tidak mempunyai sebarang kelebihan dalam isu tersebut!!!
Continue Reading...

Cadangan utk menambah baikkan PLKN..

PLKN telah berjalan ngan lancar setakat ni..walaupun ada kedengaran berbagai2 komen, kritikan tapi semuanya telah ditangani ngan baik..


ada juga kes pelajar2 yg tidak terpilih merasa kesal..


Aku tak tahu secara terperinci akan program tersebut..cuma jika boleh utk pelajar2 beragama Islam, cuba tekankan berkenaan semayang awal waktu dan berjemaah..


Dalam penekanan usah dihiraukan akan perkataan "tiada paksaan dalam agama"..masa ni lah utk ditekankan dan didisplinkan.


Bayangkan lima waktu sehari selama 3 bulan..bermakna 450 waktu semayang. Hadis nabi saw mahfumnya..40 hari semayang takbir pertama brsama imam, akan dapat 2 jaminan: kebebasan dari sifat2 munafik dan bebas dari neraka..mahfumnya. Ini 3 bulan tu..bukan 40 hari lagi!!


Gunakan kesempatan ni utk jayakan pada pelajar2 yg terbabit utk capai jaminan trsebut..


Semayang juga merupakan jaminan Allah swt dalam mencegah fasakh dan mungkar..


Biar dipaksa..kerana apa yg dilatih dikem trsebut ianya akan jadi habit dan kebiasaan pelajar2 kelak. Badan yg telah dididik utk menjaga semayang awal waktu berjemaah akan mudah meneruskannya bila tamat program kelak..


Cadangan..demi kebaikan bangsa dan negara!!


-aa
Continue Reading...

TBH- Gugurnya seorg patriotik berbangsa Cina..

TBH ..inkues, hasilnya TBH telah mati.. cuma bukan bunuh diri, dan bukan dibunuh..cuma TBH telah pun mati, tu ler kisahnya.


Oleh kerana pakar2 inkues leh "tak pasti" punca kematian TBH, dan pakar2 yg diadili oleh seorg pakar juga tak leh nak buat keputusan..maka suruhanjaya pula ditubuhkan pula yg mungkin dijemput pokcik2 yg baca tak berapa pandai utk mengadili pegawai2 SPRM dan sebagainya..walaupun mahkamah inkues dah kabor TBH mati tapi bukan bunuh diri maupun dibunuh...tergelincir kut.


Kata2..hanya jauhari mengenal maknikam nampaknya tak boleh diguna pakai dalam kes kematian TBH..terpaksa cari bukan jauhari ler pulak.


Yg pastinya..tak tahu ler apa kesudahan kes yg TBH laporkan yg mana mengakibatkan kematian beliau. Jadi jeruk je le...


Kenapa PAS, PKR dan DAP tak perkara tentang kes tersebut..mmm musykil gak, kalau tengok semangat cintakan negara dan cintakan keadilan..foh mantap giler!! tiada tolok bandingnya!!


TBH ..mudah2an kematian kamu tu berbaloi pada negara. Atas jasa beliau cuba membongkar satu jenayah pengkhianatan pada negara, beliau perlu diberi anugerah..keberanian beliau perlu dimertabatkan dan agar menjadi contoh pada sekelian rakyat malaysia khususnya kaum Cina..beliau tetap melaporkan walaupun tahu ianya leh merbahayakan dirinya sendiri dan keluarganya. Kaum Cina perlu berbangga keatas TBH dan keberaniannya...


Sapa kata org2 cina tak patriotik..TBH adalah contoh patriotik yg dibanggakan!!


Apa lagi..puak2 BN mainkan le isu ni tentang patriotiknya TBH!! Bagi keluarganya merasa bangga dan mula menekan kes trsebut, agar hasrat anak mereka utk mengheret puak2 trbabit ke muka pengadilan..berjaya disempurnakan.


-aa
Continue Reading...

TERDESAK SUNGGUH NAK DAPATKAN UNDI FELDA

Ternyata, undi dari warga FELDA sangat diperlukan oleh Pakatan Rakyat. PKR yang selama ini tidak pernah menghiraukan kebajikan orang lain kecuali Anwar Ibrahim dan keluarganya, berusaha sedaya mungkin untuk mendapatkan sokongan daripada warga FELDA pula.

Kaedah yang digunakan tetap sama iaitu MENAIKKAN SENTIMEN dan mempermain-mainkan kebijaksanaan para warga FELDA. Maka tidak menghairankan apabila segelintir warga FELDA yang sangat terkesan dengan DUIT CEPAT, KAYA CEPAT dan JALAN PINTAS UNTUK SENANG, memilih untuk mempercayai tipu daya yang dituturkan oleh para pemimpin Pakatan Rakyat.

SUARA KEADILAN ONLINE terus menjadi 'jaguh' dalam hal ini. Portal berita tersebut cuba membangkitkan tentang hak milik tanah yang menurut mereka, FELDA sangat angkuh apabila mengakui bahawa tanah-tanah yang belum bergeran, semuanya milik FELDA.

Ia tidak sukar ditelah mengapa portal berita berkenaan memberikan respons sebegitu rupa. Sebabnya Mazlan Aliman, konco-konconya dan para pemimpin Pakatan Rakyat seringkali menggambarkan kepada warga FELDA bahawa mereka sebenarnya yang menjadi TUAN TANAH dalam setiap tanah rancangan FELDA.

Menaikkan sentimen kemarahan, kebencian dan rasa tidak puas hati merupakan kaedah yang paling baik untuk mendapatkan undi dan pengaruh. Walaupun terpaksa berbohong, berdusta dan memutar belit, ia bukanlah sesuatu yang dianggap jijik, sebaliknya itu adalah kaedah yang dibenarkan dalam sistem demokrasi rom. Dan sebagai pemain utama demokrasi rom di negara ini, PKR memang menganutinya dan menyebarkan fahaman tersebut secara lebih meluas.

Tanah diberikan kepada FELDA 'sebagai pemilik sementara'. FELDA kemudiannya memberikan kepada warga FELDA menerusi persetujuan serta perjanjian-perjanjian tertentu. Tertakluk kepada peruntukan undang-undang dan peraturan, warga FELDA BUKANLAH PEMILIK TANAH yang mereka usahakan, selagi nama mereka tidak tercatat dalam geran dan selagi FELDA tidak menyerahkan nama mereka kepada pejabat tanah negeri untuk menjadi tuan punya tanah seluas 12 ekar walaupun sudah tua renta.

Sememangnya PKR kelihatan sangat terdesak untuk mendapatkan kredit kerana 'membantu' peneroka-peneroka FELDA dan mengingatkan tentang 'perwarisan' hutang kepada generasi kedua. Setelah diberi tanah, modal mula bekerja, bahkan rumah untuk didiami, PKR cuba menghasut warga FELDA agar segera MERAMPAS apa-apa sahaja yang diberikan oleh FELDA kepada mereka dengan cara yang paling tidak masuk akal.

Sewajarnya FELDA mencantas tunas-tunas ini dari awal lagi. Akibat dibiarkan terlalu lama, akhirnya tunas tersebut menjadi ranting yang membaham FELDA sendiri. Tujuan murni penubuhan FELDA kini digunakan sebagai umpan untuk mendapatkan pengaruh dan merosakkan orang Melayu yang menjadi warga majoriti di dalam tanah-tanah rancangan FELDA di seluruh negara...

Berapa banyak sebenarnya puak-puak Mazlan Aliman dan konco-konconya mendapat UPAH daripada taukeh-taukeh besar agar tanah-tanah ladang FELDA BERPINDAH MILIK KEPADA MEREKA?
Continue Reading...

Apa Pandangan Puak Assobiyyah Terhadap Rais Yatim?

Bila Anwar dituduh dan diheret ke mahkamah..riuh sekelian puak2 assobiyah ni bahwa Anwar dizalimi, Anwar dianiaya..riuh kata ianya satu fitnah kerana tiada 4 saksi ..dan macam2. Di cari bermacam2 dalil..dicari para2 ulamak utk dikudakan pendapat mereka..


Pada hal Anwar tak pula menafikan tentang dirinya dan tidak pula buat pembelaan utk dirinya walaupun diberi peluang oleh mahkamah..sebaliknya brtegas bahwa semua tu adalah konspirasi belaka.


Tapi...


Bila Rais Yatim dituduh..tanpa perlu 4 saksi, tanpa penghakiman ngan mana2 mahkamah, tanpa ada siasatan polis lagi..puak2 assobiyah ni begitu keras menekan..


Kini Rais Yatim telah nafikan..apa pula kata para assobiyah.


Bukan kes Rais Yatim sahaja..malah ada brpuluh2 kes yg mana jika ianya brkaitan ngan puak2nya atau puak2 yg menyokongnya maka ngan begitu segera akan membelanya..walaupun dari pihak mereka lum ada siasatan yg teliti dilakukan..hanya sekadar brsandarkan beberapa logik yg direka2 oleh mereka sendiri.


Lihat saja Liza Wong..Liza Wong dibela ngan gitu sungguh2 sekali.


Ni kah Islam? ni kah keadilan Islam? Islam hanya diguna pakai utk kalangan golongannya sahaja manakala pada golongan yg lain dari kalangan org2 Islam sendiri, diberi perhatian yg lain..ni lah assobiyah yg dilarang oleh nabi saw.. hukum2 Islam berubah2 ikut golongan walaupun sesama Islam. Jika dizaman nabi saw..kerana prbezaan kaum atau kabilah..kini kerana perbezaan parti politik.


-aa
Continue Reading...

Cukuplah Hisyamudin je..

MB Selangor ‘keras kepala’ – NGO
Oleh METRA SYAHRIL MOHAMED dan LUQMAN RIDHWAN MOHAMED NORpengarang@utusan.com.my
KETIKA kontroversi pelantikannya masih belum reda, Datuk Mohammed Khusrin Munawi mengangkat sumpah jawatan dan taat setia sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor yang baru di hadapan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah di Istana Bukit Kayangan, Shah Alam semalam. Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang mempertikaikan pelantikan tersebut hadir pada majlis itu bersama barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri. – UTUSAN/Saharuddin Abdullah
KUALA LUMPUR 6 Jan. – Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) membidas Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang masih enggan mengiktiraf pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Selangor yang baru walaupun Datuk Mohammed Khusrin Munawi telah mengangkat sumpah di hadapan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini.
Sambil menyifatkan Abdul Khalid ‘keras kepala’, mereka mahu Menteri Besar itu berhenti daripada mempertikaikan pelantikan tersebut.
Lebih-lebih lagi, dalam titah ucapan Sultan Sharafuddin di Istana Bukit Kayangan, Shah Alam hari ini, baginda telah menegaskan bahawa pelantikan Mohammed Khusrin adalah mengikut peraturan-peraturan serta prosedur yang telah ditetapkan oleh Undang-undang Tubuh Kerajaan Selangor dan Perlembagaan Persekutuan.
Baginda juga tidak tidak mahu isu pelantikan SUK yang baru itu terus diperbesar, dipolitik dan disensasikan sehingga menimbulkan kekeliruan di kalangan rakyat.
Bagaimanapun, Abdul Khalid dalam satu kenyataan yang diedarkannya kepada media di istana tersebut berkata, Kerajaan Selangor tetap dengan pendirian bahawa isu pelantikan Mohammed Khusrin belum muktamad dan perlu penyelesaian.
“Kehadiran kami tidak bermakna kami rela dengan tindakan arbitrasi SPA (Suruhanjaya Perkhidmatan Awam) terhadap pentadbiran ini (Selangor),” kata Abdul Khalid.
Presiden Pertubuhan Profesional Melayu dan Pewaris Bangsa (ProWaris), Feriz Omar berkata, tindakan Abdul Khalid itu boleh mengakibatkan pentadbiran kerajaan negeri menjadi huru-hara.
“Sikap Abdul Khalid yang ‘keras kepala’ berhubung pelantikan SUK itu dibimbangi akan mengheret rakyat menjadi mangsa keadaan.
“Jalan terbaik mengubah keadaan tersebut adalah dengan cara mengubah tampuk pemerintahan kerajaan negeri pada pilihan raya umum akan datang,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau mengulas kenyataan Abdul Khalid bahawa Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor tetap dengan pendirian bahawa isu pelantikan Mohammed Khusrin belum muktamad dan perlu penyelesaian.
Abdul Khalid dan barisan Exco kerajaan negeri yang hadir pada upacara angkat sumpah jawatan dan taat setia pelantikan di Istana Bukit Kayangan menegaskan, kehadiran itu tidak bermakna mereka rela dengan tindakan arbitrasi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) terhadap pentadbiran Selangor.
Mengulas lanjut, Feriz berkata, tanpa menunjukkan imej yang ikhlas mengenai penerimaan pelantikan SUK, ia jelas menampakkan sikap ingkar dan tidak taat Abdul Khalid kepada Sultan Selangor.
Sementara itu, Presiden Persatuan Sosial Harmoni Malaysia, Nordin Ahmad dengan nada tegas menggesa, Abdul Khalid berhenti daripada mengeluarkan sebarang kenyataan mempertikaikan perkenan Sultan Selangor.
“Sudah-sudahlah. Tak perlu bising lagi, jangan mengeruhkan lagi keadaan. Kenyataan Menteri Besar yang tidak merelakan pelantikan SUK jelas menampakkan ia seperti memperlekehkan kuasa Sultan. Yang sudah dilantik, biarlah. Kenapa masih hendak memperlekeh Sultan?
“Tindakan itu nanti akan menyebabkan rakyat terus keliru. Demi perpaduan rakyat di Selangor berhentilah daripada membuat kenyataan mengelirukan. Tidak perlu dipanjangkan lagi. Pelantikan itu sudah sah di sisi undang-undang,” jelasnya.
Kata Nordin yang juga bekas Setiausaha Biro Penerangan Pemuda PKR, kehadiran Abdul Khalid pada upacara angkat sumpah itu sendiri membuktikan beliau setuju dengan pelantikan Mohammed Khusrin yang mendapat perkenan Sultan.
“Oleh itu, beliau kena hormat perkenan baginda. Jangan buat kecoh lagi. Kalau pertikai, ia seolah-olah mengajak rakyat terus membenci Sultan,” tegasnya.
Dalam pada itu, Yang Dipertua Persatuan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Selangor, Abdullah Mansor mengulangi desakan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) lain yang mengadakan demonstrasi aman di Shah Alam semalam agar Abdul Khalid meletak jawatan.
“Kalau Abdul Khalid cuba menghalang Mohammed Khusrin menjalankan tugasnya, beliau sendiri yang sepatutnya meletak jawatan. SUK boleh hadir dalam apa jua majlis atau mesyuarat kerajaan negeri,” jelasnya.
Sementara itu, Yang Dipertua Persatuan Seni Silat Gayung Malaysia (PSSGM), Datuk Adiwijaya Abdullah pula menyatakan, Abdul Khalid sudah lupa sumpah taat setianya kepada Sultan Selangor sewaktu dilantik sebagai Menteri Besar apabila beliau mempertikaikan pelantikan Mohammed Khusrin.
Tegasnya, sebagai seorang Melayu yang menjawat jawatan Menteri Besar, beliau tidak sepatutnya menderhaka kepada Sultan.
Kami mencadangkan pihak istana mengambil tindakan terhadap golongan yang menderhaka agar mereka keluar dari Selangor,” katanya.-utusan
__________

Tindakan tegas dari pihak istana sangat2 diperlukan..agar menjadi teladan kepada setiap rakyat Malaysia.

Dan ianya akan dijadikan garis panduan..Sultan2 sendiri perlu brtindak sendiri utk mengekalkan kedaulatannya sendiri. Kedaulatan takhtanya sendiri..


Kurang ajar trhadap Sultan semakin menjadi2..tindakan tegas sangat2 diperlukan agar kedudukan Sultan ni terus relevan dan dihormati!! Agar tidak jadi bahan ketawa rakyat jelata..


Mana ler tahu..akibat permainan politik dan demokrasi, kerusi2 MB berjaya juga diduduki oleh DAP atau bangsa bukan Melayu dan kapir.

-aa
Continue Reading...

Apa Lagi!!! Desaklah... Bisinglah!!!!

Karpal perlu jadi saksi kes liwat
KUALA LUMPUR 6 Jan. - Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh perlu menawarkan diri sebagai saksi kes liwat yang dihadapi Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ahli Parlimen Wangsa Maju, Wee Choo Keong berkata, ini kerana Karpal pernah menyatakan secara terbuka dalam ceramah DAP di Hotel Federal pada 1997 yang beliau mempunyai bukti kukuh bahawa Anwar terlibat melakukan sodomi.
Menurutnya, sekiranya Karpal menolak berbuat demikian, ia secara tidak langsung memberi imej buruk kepada ahli Parlimen pembangkang itu kerana sanggup membuat kenyataan palsu di tempat awam.
"Saya tidak percaya Karpal sebagai pengamal undang-undang akan membuat kenyataan demikian tanpa mengenal pasti dan mempunyai bukti kukuh berdasarkan kenyataan Azizan Abu Bakar (bekas pemandu Anwar) bahawa beliau diliwat Anwar ketika itu.
"Bukan setakat itu, Karpal turut mendesak Peguam Negara ketika itu, Tan Sri Mokhtar Abdullah melakukan siasatan.
"Berdasarkan kata-kata Karpal sendiri 'saya akan pastikan fakta sebelum membuat kenyataan umum', saya pasti beliau telah menilai fakta yang ada sebelum membuat kenyataan umum itu," katanya dalam entri terbaru di blognya http://weechookeong.wordpress.com hari ini.
Sebelum ini, Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim mendesak Jabatan Peguam Negara memanggil Karpal untuk memberi keterangan sebagai saksi pendakwa dalam perbicaraan kes liwat kedua yang dihadapi Anwar.
Karpal bagaimanapun dalam kenyataan kepada portal berita dalam talian, freemalaysiatoday.com (FMT) menganggap desakan itu sebagai sukar dibayangkan kerana Anwar telah 'dibebaskan' oleh Mahkamah Persekutuan dalam kes sodomi yang pertama.
Mengulas kenyataan Karpal itu, Choo Keong berkata, beliau tidak percaya pemimpin pembangkang itu tidak membaca penghakiman oleh Mahkamah Persekutuan bertarikh 2 September 2004 yang turut diterbitkan dalam Jurnal Undang-Undang Malaya (MLJ).
"Dalam penghakiman oleh Hakim Datuk Abdul Hamid Mohamad menyebut 'Kami mempunyai bukti bagi mengesahkan perayu terlibat dalam aktiviti homoseksual dan kami cenderung percaya bahawa mengatakan kejadian di Tivoli Villa berlaku'.
"Sesiapa yang membaca penghakiman Mahkamah Persekutuan itu pasti membuat kesimpulan bahawa keputusan mahkamah itu adalah jelas. Saya pasti Karpal mengetahui perkara ini, tetapi apabila membaca kenyataan beliau di FMT, kepala saya pusing," katanya.
Justeru, beliau mengharapkan Karpal agar terus berpegang kepada perkara yang dikatakannya dalam ceramah DAP di Hotel Federal.
"Sekiranya beliau salah cakap dalam ceramah itu, ini adalah peluang untuk membetulkannya dengan menawarkan diri menjadi saksi. Jika tidak, Peguam Negara perlu mempertimbangkan secara serius untuk mengenakan sapina bagi mendesak beliau mendedahkan bukti yang dikatakan dimilikinya," ujarnya.- utusan.

___________


Tunggu apa lagi...desakan demi desakan perlu dilakukan. Integriti Karpal sebagai peguam, pejuang rakyat, pejuang keadilan..perlu dibuktikan..


Tunggu apa lagi..kalau yg dalam parlimen tu takut..ketua2 bahagian, NGO2 tunggu apa lagi?


Ni bukan kerana politik atau Anwar semata2..tapi integriti seorg peguam, wakil rakyat, pejuang keadilan dan penentang kezaliman yg dipersoalkan.


Pempin2 PAS, dan ahli2 PAS tak leh diharap sangat..pasal Allah swt yg mereka sembah sama je ngan Allah yg org2 kapir sembah..(mudah2an Allah swt limpahkan taufikNya dan keampunanNya)


-aa


Continue Reading...

Melayu Sedang Cuba Dihapuskan

Sedar tidak sedar..usaha utk melupuskan nama etnik "melayu" begitu giat dijalankan walaupun dari kalangan bangsa Melayu sendiri..


Satu masa dulu Bahasa Melayu tu sendiri diguna pakai sebagai Bahasa Malaysia..


Sekarang ni ianya lebih gemar menggunakan "bumiputera"..bila saja "melayu" disebutkan maka ianya digambarkan sebagai rasis. Pada hal nama2 bangsa lain bila digunakan tidak pula digambarkan sebagai rasis. PAS sendiri malu nak gunakan perkataan Melayu..malah digambarkan seolah2 sebagai seorang yg amalkan assobiyah..malah ada usaha nak bezakan Melayu ngan menggunakan perkataan Melayu Islam..seperti India Muslim, Cina Muslim..padahal sebelum ni secara umumnya difahamkan bahwa Melayu tu Islam..


Melayu- Islam digunakan utk bezakan Melayu yg amalkan Islam dan yg kurang amalkan Islam..bukannya semata2 nak bezakan Melayu yg beragama lain selain dari Islam. Mereka yg berbangga utk dikenali sebagai Melayu-Islam pun tidaklah mengamalkan islam secara keseluruhan juga. Melayu-Islam ni pula bila ditegur kerana kelemahan amalan Islamnya mereka ngan selamba akan berkata "kita ni bukan nabi, bukannya "perfect" dan maksum"..Gambaran diberi seolah2 Melayu-Islam ni "dibenarkan" atau "halal" utk lakukan sikit2 kesalahan..tetapi Melayu yg kurang amalkan Islam tidak sekali2 leh dimaapkan..dan mesti amalkan sebiji macam nabi saw dan para sahabat ra.


Kembali pada perkataan "Bumiputera"..bangsa2 lain lebih senang perkataan digunakan dari perkataan Melayu. Sehingga org2 Melayu trpaksa gunakan perkataan sedemikian demi menggelakkan dilabelkan sebagai rasis..mungkin kelak UMNO trpaksa ditukau kepada UBNO..


Padahal "Bumiputera" ni adalah taraf..bukannya mewakili bangsa. Jika sungguh2 nak lakukan..maka perkataan bangsa2 lain juga elok dihapuskan juga..so kelak akan ada 2 saja..Bumiputera dan bukan-Bumiputera.


Kita dah banyak korbankan perkataan "MELAYU" ni..dah banyak kita padamkan. Dari Semenanjung Tanah Melayu..jadi Semenanjung Malaysia..atau Malaysia Barat. Yg hanya tinggal sekarang ialah KTM saja..KERETAPI TANAH MELAYU..mungkin kerana sering disebut KTM maka tiada ada sapa yg bising..


Baru2 ni.."HARIMAU MALAYA" ni pun telah dipertikaikan. Ngan gunakan isu 1 Malaysia, maka perkataan MALAYA telah dipertikaikan..apakah kerana MALAYA tu tidak gambarkan 1 Malaysia? bagaimana Little India, China Town dsb..bagaimana nama2 jalan dan bangunan yg gunakan nama2 Cina, Inggeris, dan India..


Sepatutnya berbagai2 nama ni lah menggambarkan 1 Malaysia..yakni walaupun brbilang kaum, berbilang agama, berbilang budaya tapi semuanya mewakili 1 Malaysia, yakni satu wawasan.


Si Pak Menteri usahlah mudah sangat terkesan sampai berkata utk tukarkan perkataan MALAYA pada HARIMAU MALAYA..sepatutnya beri penerangan yg baik.


Sultan2 dan Yg Dipertuan Agong..juga dijadikan juga sebagai lambang 1 Malaysia, yg mana rakyat Malaysia yg berbilang kaum, berbilang agama, brbilang bahasa, brbilang budaya tapi brpayung pada 1 Agong, 1 Sultan -walaupun berbilang parti dan fahaman. Sultan dan Agong didaulatkan sebagai kunci penyelesaian segala bentuk pertikaian dan perbalahan..


Oleh itu mana2 tindakan dan perbuatan yg cuba pertikaikan Sultan atau Agong secara tidak benar ( perlu tunjuk sebab yg apa yg dipertikai trsebut sah atau tidak- dan perlukan badan yg handle perkara ni yakni Majlis Raja2- tidak boleh dipertikai di muka umum atau media umum)..atau pun meragui, pertikaikan titah Sultan atau Agong, atau keputusan..perlu dikenakan tindakan yg tegas..


Segala tindakan yg menjejaskan kedudukan Sultan merupakan tindakan yg menjejaskan 1 Malaysia..


Gitu juga tentang agama..mana2 pihak cuba mencampuri mana2 agama lain juga menjejaskan 1 Malaysia..tindakan tegas juga diperlukan. Jika ada org2 bukan Islam ingin bantah atau kritik tentang islam maka perlu hadiri majlis Fatwa malaysia..bukan berikan pandangan/kritikan/komen secara terbuka. Mahkamah juga tak leh memutuskan apa2 keputusan mengenai mana2 agama..


-aa
Continue Reading...

ROGOL AMAH; HUSAM MUSA ADA KAITAN RUPA-RUPANYA

Kemelut menteri rogol amah belum lagi berakhir, bahkan semakin bertambah menarik.... Ada pembabitan atau kaitan lain pulak...

Nama Husam Musa pula yang muncul dalam 'KRISIS' ini...

Apa sudah jadi la?

Polis perlu melakukan siasatan secara terperinci dan mendalam. Orang yang bersalah perlu diheret ke muka pengadilan. Orang yang teraniaya perlu dibersihkan namanya manakala fitnah yang sedang berlaku wajar ditangani dengan sebaik-baiknya..

Nampaknya, 'PERSEFAHAMAN' dan 'KERJASAMA' antara pihak tertentu dalam UMNO-PAS telah pun berlaku sebelum pertemuan pemimpin-pemimpin tertinggi PAS-UMNO... patutlah Erdogan-Liberal risau benar.....
Continue Reading...

Thursday, January 6, 2011

100 AHLI PAS MASUK UMNO: PAS SIK PATUT TAMPIL BAGI PENJELASAN

Berita yang diterima adalah 100 orang ahli PAS keluar parti yang sebahagian besarnya adalah dari Lujnah Pemuda. Mereka keluar dari PAS dan masuk UMNO. Kawasannya pula adalah di Sik, manakala lokasi khasnya adalah di Kampung Bandar Hilir. Lebih menarik ialah apabila ketua yang keluar adalah Rashidi Sulaiman yang sebelum ini sentiasa menjadi kepala menghalang petugas-petugas UMNO memasuki kampungnya untuk berkempen.

MSTAR ONLINE memberikan butiran yang lebih terperinci...

Menurut sumber sewaktu majlis yang turut dihadiri oleh Tajuddin Abdullah yang merupakan Ketua UMNO Bahagian Sik dan Ahmad Bashah Hanipah yang merupakan Pengerusi UMNO Negeri yang baru, surau berdekatan telah memasang bacaan al Quran menggunakan pembesar suara bagi mengganggu majlis penyerahan borang-borang permohonan 100 orang bekas PAS ke dalam UMNO.

Ahli Parlimen Sik adalah Cik Uda Cik Nik dari PAS yang menang dalam PRU12 lalu dengan majoriti 481 undi mengalahkan calon UMNO. Parlimen ini disifatkan sebagai kawasan yang masih tidak membangun, bahkan beberapa blog Pakatan Rakyat sendiri turut tidak berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberikan oleh Ahli Parlimen Sik yang sangat sukar turun padang atau mengambil tahu tentang masalah yang berlaku di kalangan rakyat.

Anda boleh baca di BLOG ANAKKEDAH007

Bagaimanapun, UMNO juga tidak terlepas daripada 'dikecam' kerana selepas berpuluh-puluh tahun sebelum ini menguasai Sik dan DUN-DUN di dalamnya, para wakil parti UMNO juga banyak nganga kat tempat lain... sekadar berbangga Sik pernah menjadi kubu kuat UMNO tetapi UMNO sendiri gagal mengambil hati warga dan pengundi di Sik, jawabnya, cerita orang lompat parti sebegini akan terus ditimbulkan.... sama ada ianya cerita benar, separuh benar atau tidak benar!!!!


Continue Reading...

KHALID SAMAD MERACAU TAK JUMPA 'UBAT'

Salah seorang wakil Erdogan dalam tubuh badan PAS, Khalid Samad menyatakan pertemuan antara Mursyidul Am dan Presiden PAS dengan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO adalah 'usaha terdesak' UMNO dengan menjadikan KDYMM Yang Dipertuan Agong sebagai orang tengah.

Katanya, UMNO-BN tahu PAS tidak akan hadir jikalau pihak berkenaan yang mengundang untuk menghadiri majlis seperti itu. (MALAYSIAN INSIDER)

Takut benar nampaknya WAKIL ERDOGAN-LIBERAL yang bertubuhbadankan PAS tetapi bernafas dan rohnya adalah DAP seandainya berlaku sebarang 'PERPADUAN' antara PAS dan UMNO. Dan seperti biasa, untuk mengelakkan daripada dikatakan tidak wala' kepada kepimpinan, maka Khalid Samad pun segera melepaskan bom asap kepada UMNO dengan harapan, para pemimpin UMNO akan turut melatah dan memeriahkan lagi perkara ini, sekaligus akan mengangkat namanya seperti mana dia mencetuskan kontroversi kalimah ALLAH yang katanya boleh digunakan oleh orang bukan Islam dengan bebas.

Sama ada anda perasan atau sebaliknya, Khalid Samad nampaknya 'sepakat' dengan barisan kepimpinan PAS Selangor dalam hal Khusrin SUK yang baru dan tidak berlebih-lebihan seperti dalam isu-isu yang lain. Selalunya kalau kepimpinan PAS Selangor senyap, Khalid Samad akan menjadi orang yang paling terpekik-terlolong membantu DAP dan PKR. Namun kali ini, suaranya agak kendur dan dia juga begitu berhati-hati....

Seorang pemimpin PAS di Bangi yang cukup skeptik dengan Khalid Samad ketika ditanya, memberikan respons yang mudah... "Dia takut tak dicalonkan dalam pilihanraya umum akan datang!"
Continue Reading...

ADUN SRI MUDA DAH KENA KUTIP DENGAN BUKIT AMAN!!!!!

Ini berita yang baru diterima...

ADUN Sri Muda, Shuhaimi Shafie yang bercakap besar yang dia akan meminta ampun daripada Paduka Sultan seandainya tulisan di dalam blognya berjaya dibuktikan sebagai hasutan, telah DIKUTIP OLEH BUKIT AMAN... (tidak pasti sama ada puku 6.30 pagi atau petang)

Nampaknya Shuhaimi terpaksa minta 'ampun' dari polis dululah sebelum boleh minta ampun dari pihak istana... harap-haraplah tidak diheret ke mahkamah pula kerana jikalau disabitkan dengan kesalahan menghasut, boleh menyebabkan penjara dan denda yang menggugurkan taraf Yang Bongoknya.
Continue Reading...

JANGAN PELIK SEBAB DIA MEMANG SPESIES PELIK DUNIA!!!

Saifuddin Nasution, Setiausaha Agung PKR cuba menolak andaian tentang kebimbangan besar PKR dan Anwar Ibrahim berhubung pertemuan antara Mursyidul Am dan Presiden PAS dengan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO yang dititahkan oleh KDYMM Yang Dipertuan Agong di Istana Terengganu pada Hari Natal lalu.

Katanya, pertemuannya dengan Mursyidul Am PAS itu adalah pertemuan biasa membabitkan wakil rakyat dengan Menteri Besar. Katanya lagi, tiada apa-apa yang perlu dihairankan!!! (MALAYSIAN INSIDER)

Kiranya itu, pertemuannya dengan Nik Abdul Nik Mat bukanlah sesuatu yang berkaitan dengan KEBIMBANGAN BESAR PKR dan Anwar Ibrahim terhadap kerjasama atau persefahaman antara PAS dan UMNO sekalipun kedua-dua parti itu kekal sebagai pembangkang dan pemerintah.

Memang tidak peliklah, kan? Apa yang hendak dipelikkan kerana mangkuk ini sememangnya makhluk yang serba memelikkan... tambahan pula dengan ketuanya yang lagi pelik dalam serba-serbi termasuklah kecenderungan seksualitinya!!!!
Continue Reading...

WAKIL RAKYAT UMNO SUDAH MENYERAH KALAH KEPADA PAKATAN!!!

Sekalipun wakil-wakil rakyat berjenama UMNO kelihatan sangat yakin akan menang dalam PRU13 akan datang terutama menerusi sikap pasif mereka dalam sebarang aktiviti membabitkan akar umbi, hakikatnya, UMNO-BN sebenarnya dalam keadaan yang sangat bahaya. Lebih tepat lagi, berdasarkan senario dan kerusi panas yang majoriti kemenangan kecil, tidak mustahil UMNO-BN akan kehilangan lebih banyak kerusi pada PRU akan datang.

RUJUK MERDEKAREVIEW yang PRO-DAP.

Sebenarnya kalaulah wakil-wakil rakyat UMNO masih seperti sekarang, sebenarnya tidak mustahil, akan lebih banyak kerusi yang bakal terlepas ke tangan Pakatan Rakyat. Sikap terlalu yakin dan kemudian MENGAMUK apabila mereka tidak terpilih sebagai calon wakil rakyat, sudah menjadi darah daging puak-puak ini.

Tengok sajalah apa yang berlaku di Selangor semalam. Ketika beberapa pertubuhan NGO dan pemimpin muda dari Pemuda UMNO, MCA dan MIC berdemonstrasi, 18 orang wakil rakyat UMNO hilang entah ke mana. Ketua-Ketua UMNO Bahagian yang hadir pun, hanyalah Nawawi Shah Alam dan Ismail Kijo Ampang. Kalau bab jawatan, mereka berebut-rebut tetapi kalau bab nak buat kerja dan nak tunjukkan kepada akar umbi bahawa mereka benar-benar DIJADIKAN ALLAH TAALA untuk rakyat, biasanya mereka lebih senang jadi macam muncikari yang ketakutan ditangkap polis!!!

Dan ini bukanlah kejadian yang pertama. Ianya sudah banyak kali berulang. Wakil-wakil rakyat UMNO dan Ketua-Ketua UMNO Bahagian di Selangor sentiasa berkeyakinan yang mereka SANGAT-SANGAT DISAYANGI oleh akar umbi, malah mereka juga sebenarnya adalah MAHARAJA yang titah perintahnya akan bertukar menjadi undang-undang.

Atau barangkali ada di kalangan wakil-wakil rakyat UMNO ini yang bakal MENYOKONG MB Selangor untuk meminda Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor 1959 kut? Sebab itulah, mereka tidak hairan pun dengan apa yang dilakukan oleh ORANG YANG TIDAK BERJAWATAN dan TIDAK BERKEPENTINGAN dalam politik Selangor seperti GAPS dan PERKASA!!!

Menariknya, IBRAHIM ALI boleh turun, wakil-wakil rakyat UMNO pula termasuklah KHIR TOYO hilang telur!

Apalah agaknya TEMBERANG dan KELENTONG wakil-wakil rakyat UMNO serta Ketua-Ketua Bahagian UMNO Selangor itu dalam mesyuarat pertama mereka dengan NAJIB ABDUL RAZAK, Presiden UMNO merangkap Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor? Yang sohehnya, mereka tidak akan menceritakan langsung, perasaan tidak minat mereka untuk berkhidmat kepada rakyat, SEBALIKNYA mereka akan bercerita tentang kehebatan mereka dan kesungguhan mereka untuk terus dicalonkan dalam pilihanraya umum akan datang.

Dan jangan hairan apabila BIAWAK-BIAWAK berkulit menggerutu itu, tidak akan segan silu untuk mengaku MEREKALAH yang telah menggerakkan penentangan rakyat Selangor terhadap Pakatan DAP-PKR yang menjadi kerajaan negeri, sekalipun, jangankan sumbangan tenaga dan pembabitan aktif, suara dan bayang pun langsung hilang!!!!

Anda ragu-ragu dengan pendapat ini... turun sendiri hari Sabtu nanti dan kemudian kira sahaja berapa kepala wakil rakyat UMNO dan Ketua-Ketua UMNO Bahagian yang hadir!!!!

Continue Reading...

AL-MAHDI DIHARAP SANGAT TURUN DI SABAH UNTUK BANTU PKR!!!

Seperti yang dijangka, Jeffrey Kitingan kembali menjadi kucing yang bermain-main dengan tikus yang berjaya ditangkapnya. PKR yang berharap sangat dapat menguasai Sabah dan Sarawak menerusi Jeffrey Kitingan, ternyata berhadapan dengan tamparan hebat, terutama apabila lebih ramai pemimpin-pemimpin PKR Sabah yang bertindak keluar parti.

Di Sarawak pula, di sebaliknya laungan Zuraidah Kamaruddin, Ketua Wanita PKR merangkap Ahli Parlimen Ampang bahawa PKR akan menguasai 40 kerusi di negeri tersebut, kemelut PKR yang tidak berpemimpin dan ketiadaan DUIT yang luruh dari pusat, menjadikan masa hadapan parti Anwar Ibrahim itu semakin kelam.

Ternyata, PKR memerlukan sentuhan Messiah yang boleh menyelamatkan kelangsungan hidup parti berkenaan di kedua-dua negeri di Pulau Borneo itu. Walaupun beberapa pihak cuba membayangkan kekuatan PKR tidak akan terjejas kerana tindakan Jeffrey dan kawan-kawannya keluar dari PKR, ternyata ia sekadar kata-kata yang cuba menyedapkan hati sendiri (SABAHKINI)

Bagi yang tidak biasa dengan permainan politik Jeffrey Kitingan, pastinya mereka menjangkakan pemimpin tersebut, seorang yang mudah diramal dan tidak ada pendirian. Namun sepanjang sejarah penglibatannya dalam politik khususnya di Sabah, Jeffrey Kitingan biarpun dibayangi oleh abangnya, Pairin Kitingan, mempunyai pengaruhnya yang tersendiri, khususnya dari kalangan 'para pemberontak' yang kehilangan kantung!

Berada di dalam PKR, Jeffrey tidak banyak membantu tetapi apabila berada di luar PKR yang disifatkan sebagai 'parti Semenanjung' pastinya akan lebih menyiksakan Anwar Ibrahim dan kaum kerabatnya!!!

Ditambah pula dengan perebutan jawatan-jawatan utama PKR di peringkat negeri yang kelihatan masih tidak berkesudahan...
Continue Reading...

SEPATUTNYA KEPUTUSAN VERDICT IALAH, SPRM BUNUH TEOH BENG HOCK



Mahkamah Koroner telah pun memberikan keputusan dalam kes kematian Teoh Beng Hock, insan yang cuba mendedahkan penyelewengan di dalam pentadbiran kerajaan Pakatan DAP-PKR Selangor melibatkan pemimpin partinya sendiri.

Bagaimanapun, verdict terbuka yang mungkin ramai yang baru mendengarnya, sangat keliru kerana secara mudah, keputusan tersebut sebenarnya bukanlah keputusan yang ingin didengar, sebaliknya sekadar satu lagi misteri yang perlu diselesaikan.

Maka sekali lagi polis terpaksa menjalankan siasatan untuk mengenalpasti punca kematian Teoh Beng Hock sama ada terdapat unsur pengkhianatan mahupun unsur kematian mengejut.

Keputusan mahkamah ternyata tidak dapat diterima oleh ahli keluarga Teoh Beng Hock terutama sekali kakak (atau adiknya?) yang terpaksa menggunakan air mata untuk mendapatkan simpati. Keadaan itu mengingatkan tentang adat kematian orang Cina, apabila sekelompok orang terpaksa diupah untuk menangis!!!

Macam manalah keadaan selepas ini kerana Pakatan DAP-PKR pasti akan menggunakan keputusan verdict terbuka inques Teoh Beng Hock sebagai modal kempen mereka. Terutama sekali daripada kalangan orang yang disyaki melakukan pengkhianatan kepada Teoh Beng Hock, pastinya isu ini akan digunakan secara hebat agar pengkhianatannya tidak terbongkar... sama seperti Anwar Ibrahim dalam kedua-dua kes liwatnya.

Apa yang dikehendaki oleh ahli keluarga Teoh Beng Hock itu mudah sahaja... mereka hanya inginkan jawapan yang Teoh Beng Hock dibunuh. Dan pada masa yang sama, orang yang disyaki pula akan memutarkan jenayah berkenaan kepada pihak berkuasa, terutama sekali SPRM yang baru sahaja menyoalsiasat dan diberikan dokumen-dokumen bukti serta komputer ribanya sebelum Teoh Beng Hock dijumpai mati di Plaza Masalam, iaitu bangunan yang sama menempatkan ibu pejabat SPRM Selangor.

Pastinya kali ini polis akan menjalankan siasatan yang lebih terperinci dan pastinya juga, pihak yang disyaki akan berusaha sedaya mungkin untuk menyibukkan polis dan berusaha sekuat mungkin agar orang mereka tidak dibawa, disoalsiasat dan didakwa sebelum disabitkan dengan kesalahan....

Desak tubuh Suruhanjaya Diraja untuk siasat kes kematian Teoh Beng Hock, semakan keputusan hakim Mahkamah Koroner... nampaknya banyak acara penting yang boleh dilakukan dengan kes ini....

Anda nak menangis? Anda boleh mula menangis sekarang....
Continue Reading...

DIA BERSUARA LAGI... SUARA SAJALAH, LEBIH DARI TU, TAK BERANILAH!!!

Kecoh kemelut SUK Selangor sudah masuk minggu ketiga. Kecoh perangai bangang Shuhaimi Shafie dah nak masuk seminggu. Akhirnya Hishamuddin Hussein bersuara juga... barangkali berita baru sampai ke telinganya.

Namun seperti biasa, Hishamuddin sekadar bersuara sajalah. Tak perlulah menjangkakan tindakan daripada Kementerian atau pun dia sendiri. Sebabnya, berani dan tegas Hishamuddin hanya pada suara, terutama ketika dia memberi AMARAN, AMARAN LAGI dan AMARAN KERAS. Selepas itu, dia akan kembali senyap dan kembali berbungkus dalam selimut bersama bininya!!!

Bagi Hishamuddin, hasutan yang dilakukan oleh Shuhaimi Shafie, ADUN Sri Muda tidak membahayakan keselamatan negara. Oleh kerana itu, ISA tidak boleh digunakan, sebaliknya pendakwaan boleh dilakukan oleh Peguam Negara. (MALAYSIAKINI)

Betul ler tu kut... menteri dah cakap macam tu, maka betullah... macam yang seorang menteri botak tu seringkali cakap, 'I menteri, you siapa?' apabila tindakannya dipersoalkan.

Patutlah setakat ini, KDN di bawah Hishamuddin Hussein tidak dapat menyimpulkan hasutan dan ancaman keselamatan ke atas negara. Hasutan, fitnah dan adu domba bagi Hishamuddin Hussein bermakna itu adalah kerja Peguam Negara, bukan kerja KDN... kerja KDN adalah terhadap ancaman keselamatan negara... mungkin serangan militan.

Dan kalau berlakulah serangan militan, jawapan Hishamuddin juga sudah boleh dijangka... itu kerja Kementerian Pertahanan bukan kerja Kementerian Dalam Negeri...

Maka tidak hairanlah orang yang mengancam kestabilan negara, boleh dibiarkan begitu sahaja kerana itu bukan kerja KDN, sebaliknya kerja Peguam Negara....

Kenapalah kau dilahirkan ke dunia ini, Hishamuddin Hussein Onn oiii!!!!
Continue Reading...

ISA SAMAD DAH MULA TURUN KE FELDA...

Isa Samad, Pengerusi baru FELDA telah mula turun padang. FELDA pertama yang dia turun untuk memberikan ceramah dan penjelasan adalah FELDA Tenang. Pada masa yang sama, dia turut meninjau masalah yang dihadapi oleh warga peneroka di FELDA berkenaan.

Pastinya Mazlan Aliman dan konco-konconya tidak senang hati dengan situasi ini. Apatah lagi, ceramah yang membabitkan Anwar Ibrahim di Felda Cemplak beberapa hari lepas, tidak begitu mendapat sambutan sekalipun media-media propaganda Pakatan Rakyat, meuar-uarkan jumlah penonton ceramah Anwar Ibrahim sehingga ke angka ribuan walaupun jumlah yang sebenarnya jauh berkurangan daripada yang disiarkan.

BACA DI SINI

Eloklah Isa Samad berbuat begitu. Setidak-tidaknya Isa Samad boleh tahu siapakah di kalangan pegawai-pegawai FELDA setempat yang sebenarnya menjadi musuh kaum peneroka dan penyelewengan kuasa yang berlaku. Mendengar sendiri keluhan daripada kaum peneroka jauh lebih baik berbanding mempercayai laporan-laporan positif yang diberikan oleh pegawai-pegawai setempat yang kerap kali menimbulkan perasaan tidak puas hati di kalangan warga FELDA.

Pastinya juga Mazlan Aliman yang menyaman malu FELDA sebanyak RM20 juta, akan berhadapan dengan kerja yang sukar, memandangkan Isa Samad bukanlah seperti Yusuf Nor yang lebih banyak membuat kerja-kerja di pejabat. Isa Samad yang dikenali adalah jenis yang turun padang untuk mendengar sendiri masalah, bukannya mendengar masalah orang lain menerusi mulut orang lain.

Pastinya juga, turunnya Isa Samad ke FELDA Tenang sebagai permulaan, menandakan bermulanya pengatasian masalah yang melibatkan generasi kedua dan ketiga yang sebelum ini sangat terdedah kepada tohmahan dan dakyah daripada Pakatan Rakyat, khususnya menerusi tentera-tentera dan talibarut Mazlan Aliman.

Dan kalau anda dapat perhatikan, semenjak Isa Samad dilantik sebagai Pengerusi baru FELDA, Mazlan Aliman sudah kurang bersuara dan berita tentang ANAK yang hendak menyaman FELDA turut berkurangan. Mungkinkah taktik kali ini diubah oleh Mazlan Aliman yang sudah pasti ada 'tuan besar' di belakangnya, terutama dalam usaha untuk mengambil tanah-tanah FELDA untuk diserahkan kepada tuan-tuan besarnya?

Kita tunggu sahaja apa yang akan dilakukan oleh Isa Samad yang sekurang-kurangnya akan cuba membersihkan imej dan namanya daripada kemelut politik wang yang pernah menyaksikan dia digantung keahlian daripada UMNO beberapa tahun lalu. Pastinya, FELDA akan dijadikan pemangkin kejayaan dan kesungguhannya kerana Isa Samad sentiasa percaya bahawa dia sebenarnya berada dalam kelompok pemimpin elit, bukannya budak-budak cikai seperti Mazlan Aliman....
Continue Reading...

LUPAKAN SABAH, KUKUHKAN SELANGOR

Hujung bulan ini, Pakatan DAP-PKR akan mengusulkan Sidang Khas DUN Selangor untuk pembentangan usul pindaan Undang-Undang Tubuh Selangor 1959 yang konon-kononnya bertujuan untuk memberi kembali kuasa kepada Sultan tetapi pada masa yang sama, membesarkan lagi kuasa Menteri Besar mengatasi kuasa Sultan.

Dan semua orang tahu, Pakatan DAP-PKR tidak cukup dua pertiga untuk membuat pindaan. Bantuan daripada PAS yang mempunyai 8 kerusi juga tidak mampu memenuhi syarat berkenaan. Dengan kata lain, Pakatan DAP-PKR memerlukan tiga lagi undi daripada UMNO-BN.

Maka bermulalah kembali GEMPAR 16 SEPTEMBER yang menyaksikan cubaan Anwar Ibrahim untuk membeli Ahli-Ahli Parlimen BN berjumlah 40 orang bagi menumbangkan kerajaan Abdullah Ahmad Badawi pada masa itu. Usaha tersebut gagal apabila Ahli-Ahli Parlimen dari Sabah yang sering diberikan gambaran bahawa mereka adalah KAKI RASUAH dan KAKI MUDAH KENA SUAP, membuat 'lawatan sambil belajar' ke Taiwan.

Anggota rombongan PKR diarahkan menyusul namun rombongan berkenaan sekadar bulan madu untuk Tian Chua dan Elizabeth Wong yang menurut cerita telah 'ditangkap' oleh anggota rombongan mereka sendiri ketika sedang 'bersedap-sedapan'.

Kes kali ini juga nampaknya berkongsi plot dan sub-plotnya. Tiga orang ADUN dari BN diperlukan dan ketika UMNO Selangor sudah pun memutuskan bahawa mereka tidak akan hadir dan tidak akan menyokong usul tersebut, Khalid Ibrahim nampaknya begitu yakin untuk mengadakan Sidang Khas DUN pada hujung bulan ini.

Maka tidak mustahillah seandainya cubaan untuk MEMBELI ADUN dari BN sedang giat dilakukan bagi merealisasikan keinginan DAP yang berada di belakang Khalid Ibrahim. Siapakah ADUN dari BN yang bakal dibeli? Dan berapakah jumlah yang akan disogok untuk mendapatkan tiga undi yang sangat berharga itu?

Kalau 40 undi untuk menumbangkan kerajaan Abdullah Badawi dikatakan sangat mudah diperolehi, apakah undi daripada ADUN-ADUN BN Selangor juga, mudah seperti yang disangkakan. Perlu diingat, undi Khir Toyo tidak dikira kerana dia sedang menghadapi penggantungan 18 bulan sehingga penghujung Jun nanti sebelum dia boleh memberi undi.

Tempoh sehingga hujung bulan dilihat sangat dekat, apatah lagi dengan kesibukan Pilihanraya Kecil N.05 DUN Tenang akan mengalihkan tumpuan daripada kemelut yang berlaku di Selangor kepada pertandingan antara UMNO dan PAS di Tenang.

3 Undi... berapa puluh juta pula yuran perpindahannya? Apa pula janji daripada DAP-PKR untuk tiga orang ADUN BN yang membelot itu?

Menarik... perkembangan yang sangat menarik!!!!
Continue Reading...

Wednesday, January 5, 2011

SAH!!!! UTUSAN MALAYSIA BUAT FITNAH!!!

UTUSAN MALAYSIA ONLINE melaporkan yang ADUN Komtar merangkap Setiausaha Politik Lim Guan Eng, Ng Wei Aik telah mengeluarkan kata-kata kesat berbau perkauman kepada seorang peniaga restoran berketurunan India Muslim, Syed Kassali Mohamad Aliyar ketika bersama-sama anggota penguatkuasa Majlis Perbandaran Pulau Pinang menyita premis peniaga tersebut.

Ng Wei Aik telah mengeluarkan kata-kata, "TUTUP KEDAI, BALIK INDIA" kepada Syed Kassali Mohamad Aliyar.

Ini merupakan SATU FITNAH besar kepada ADUN yang juga Setiausaha Politik yang juga Exco Kerajaan Negeri (jawatan-jawatan banyak ni pun fitnah juga nih!) yang diakukan oleh Utusan Malaysia.

Sangat mustahil Ng Wei Aik mengeluarkan kata-kata rasis sebegitu rupa. Ng Wei Aik merupakan antara ahli DAP yang sentiasa merungut tentang orang Melayu yang bersikap prejudis terhadap para pemimpin DAP khususnya yang berbangsa Cina. Oleh kerana itu, amat mustahil Ng Wei Aik yang merupakan antara Exco DAP paling banyak menerima surat ugutan yang majoritinya berbahasa Cina, akan memandang kulit dan bangsa.

Utusan Malaysia Online yang juga memetik kata-kata Pengerusi Badan Perhubungan Negeri KIMMA (Kongres India Muslim Malaysia), pastinya telah tersalah lapor atau tersalah orang yang disangkakan sebagai Faruk Raja Mohamed.

Kalau Ng Wei Aik marah sangat apabila Cina disuruh balik ke Thongsan, takkanlah dia nak sebut perkataan balik India pula kepada seorang MUSLIM berbangsa India. Apatah lagi ini negara Islam berdasarkan majoriti penduduk dan pemerintahnya. Atau dengan kata lain, orang yang beragama Islam, sentiasa mendapat keutamaan dan kelebihan di negara ini berbanding orang bukan Islam, malah istilah Melayu juga merujuk kepada golongan beragama Islam sekalipun bukan berketurunan Melayu-Deutro, Melayu-Polinesia mahupun Melayu-Melanesia.

Lagipun, SANGAT MUSTAHILLAH Ng Wei Aik akan berkata-kata seperti itu kerana dia adalah pemimpin dan anggota parti DAP... parti yang sentiasa menekankan ketiadaan kaum (lain selain Cina) di negara ini. DAP sentiasa memperjuangkan kesamarataan (lebih banyak kepada Cina DAP), serta ketelusan (rasuah DAP kena sorok dan perlu diputar belit).

Apabila bernama DAP, MUSTAHIL SANGATLAH akan terkeluar kata-kata RASIS seperti itu. Yang RASIS hanyalah UMNO dan SEGELINTIR PAS yang tidak bersetuju penggabungan PAS dengan DAP!!!!

Jadi kesimpulannya, UTUSAN MALAYSIA telah menfitnah Ng Wei Aik!!!
Continue Reading...

APA PASAT MAU MINTA AMPUN SAMA RAJA, SHUHAIMI SHAFIE?

Aiya... ini Sri Muda punya ADUN banyak bodoh punya orang...

Apa hat mahu minta ampun sama sultan? Sultan apa boleh bikin? 20 laporan polis dengan 6 laporan polis oleh Orang-Orang Besar Selangor pun, lu sudah gentar ka?

Jangan takutlah, Shuhaimi Shafie. Teresa Kok ada apa... Teresa Kok boleh tolong sama lu. Ronnie Liu lagi boleh tolong sama lu. Gobind Singh Deo, anak Karpal Singh, anytime boleh tolong lu.... lu jangan takutlah... tarak payahlah minta ampun sama sultan.

Lu sia-sia saja minta ampun sama sultan. Apa sultan boleh kasi sama lu? Kasi ampun ka? Haiya... itu semua orang boleh kasi. Lu minta ampun sama Lim Kit Siang la... lagi afdal. Lu punya cakap pun, banyak untuk ambil hati Lim Kit Siang sama DAP. Lu tarak tau ka, Sultan tu Raja orang Melayu. Itu Raja ada dalam Ketuanan Melayu. Lu sokong itu Ketuanan Rakyat, bukan? Kalau Ketuanan Rakyat, lu mesti sembah ampun sama Lim Kit Siang la, pasai Lim Kit Siang adalah Tuan Rakyat...

Apa macam lu cakap media sudah putar belit sama lu punya statement dalam blog? Aiya... lu betul-betul bikin suwey... lu suka anggap orang lain bodoh-bodoh. Lu baca sendiri lu punya kenyataan tentang 'beraja di mata, bersultan di hati' tu...

Aiya, senang cakap, lu minta ampun sama Lim Kit Siang, sudahlah... lu minta ampun sama Sultan, nanti lu susah... lu boleh dapat sultan sahaja, tapi lu tak boleh dapat Lim Kit Siang dan Pakatan DAP-PKR. Bila lu tak dapat Pakatan DAP-PKR, bila lu tak dapat restu dan ampunan dari Lim Kit Siang, lu mana boleh senang hidup maaaa...

Lu kena ingat, lu ada banyak hutang pasir loooo...
Continue Reading...

KHALID IBRAHIM DEMAM AKIBAT TELUR TERSENTOT!!!

Khalid Ibrahim terus berserabai dan mula bercakap bukan-bukan. Barangkali juga dia sedang kemabukan air tapai. Dan ianya berlaku selepas pembohongannya tentang 'persetujuan' Paduka Sultan Selangor agar dia berbincang dengan SPA dan JPA, ditingkah sendiri oleh titah baginda menerusi kenyataan media yang disiarkan oleh Pejabat Istana Selangor.

Disebabkan tidak ada cara lain, Khalid terpaksa memilih jalan yang paling tidak logik iaitu menyalahkan Setiausaha Sulit Tuanku, Datuk Muhammad Munir Bani. Kononnya kenyataan lima muka surat yang disiarkan itu bukanlah titah baginda tuanku sebaliknya pendapat peribadi Setiausaha Sulit baginda. (MSTAR Online)

Khalid barangkali mengambil keadaan di sekelilingnya sendiri ketika mengemukakan pendapat tersebut. Ini adalah kerana kebanyakan Setiausaha di sekeliling Khalid, terutama sekali Setiausaha Politiknya, Faekah Husin kerap mengeluarkan kenyataan yang bukan memetik daripada Khalid sebaliknya menggunakan pendapat sendiri.

Kenyataan Khalid itu, sekaligus mendedahkan kaedah halus DAP yang berada di belakangnya untuk membuktikan kepada rakyat Selangor bahawa Paduka Sultan Selangor bukanlah seorang raja yang baik, tidak tahu apa yang berlaku di sekeliling dan tidak mempunyai pendirian sehinggakan baginda boleh memberikan perkenan kepada pendapat Setiausaha Sulit baginda untuk bersuara bagi pihak baginda.

Atau dengan bahasa kasarnya, Paduka Sultan Selangor cuba digambarkan sebagai seorang raja yang BODOH dan MUDAH DIPERGUNA-GUNAKAN oleh Setiausaha Sulitnya!

Barangkali juga DAP dan Khalid Ibrahim menganggap, Paduka Sultan Selangor adalah sejenis memerang yang akan menangkap ikan sekalipun ikan tersebut adalah puyu. Walhal dalam beberapa tindakan baginda, ternyata Paduka Sultan Selangor adalah seorang raja yang sangat berhemah, bijak membuat keputusan dan sangat berhati-hati.

Dan kerana itulah, sudah ada beberapa ekor juak-juak dan penjilat tegar yang memainkan gambar Kavita Kaur sebagai simbol menyindir baginda tuanku kerana tidak berpihak kepada Khalid Ibrahim dan DAP terutama daripada BLOGGER SYIAH!!!

Permainan politik Pakatan DAP-PKR sudah sangat keterlaluan... mereka langsung tidak ada adab, tidak ada peraturan, dan tidak ada hukum kanun. Semuanya mereka langgar, asalkan mereka kelihatan seperti hero sekalipun hakikatnya mereka adalah parasit!!!
Continue Reading...

REPEAT DEMONSTRASI AKAN BERLANGSUNG LAGI!!!

Perhimpunan anjuran GAPS yang turut melibatkan PERKASA, telah berlangsung di Dataran MBSA. Turut serta dalam perhimpunan berkenaan adalah Ketua Pemuda MCA, Ketua Pemuda MIC dan Ketua Pemuda UMNO Selangor yang baru selain Ketua Puteri UMNO Selangor.

Matlamatnya cuma satu iaitu menyampaikan memorandum bantahan kepada Menteri Besar Selangor berhubung kemelut perlantikan SUK yang baru selain cubaan Khalid Ibrahim yang didalangi oleh DAP untuk MENGHAPUSKAN KESULTANAN SELANGOR.

Cerita-cerita tentang perhimpunan ini banyak diulas oleh beberapa buah blog pro-UMNO.

http://www.papagomo.com/2011/01/live-fru-menghalang-peserta-dari-masuk.html

http://gelombang-rakyat.blogspot.com/2011/01/khalid-gagap-akan-letak-jawatan.html

http://parpukari.blogspot.com/2011/01/live-dari-shah-alam-menentang-mb.html

http://darulehsantoday.blogspot.com/2011/01/khalid-gagap-tercirit-terima-memo-dari.html

(Sekadar beberapa buah blog)

Paling menarik ialah apabila perhimpunan kali ini turut disertai oleh Ketua Pemuda MCA, Dr. Kow Cheong Wei yang pernah mencetuskan polemik menyeru MCA dan parti-parti komponen BN keluar dari gabungan berkenaan sewaktu MCA dibelasah teruk oleh DAP akibat kekalahan pada PRU 12. (BACA DI SINI)

Kow Cheong Wei merupakan penyandang kerusi DUN Kinrara pada 2004 tetapi kalah pada 2008 di tangan Teresa Kok. Dia juga mengesyorkan agar wakil-wakil rakyat bukan Melayu agar memahiri pertuturan dan penguasaan Bahasa Melayu, sekaligus menjadikan dia sebagai sasaran kebencian utama Teresa Kok memandangkan Teresa Kok punya Bahasa Melayu mengalahkan orang Zulu baru mendarat di Tanah Melayu!!!

Turut sama dalam perhimpunan itu juga adalah Ketua Pemuda MIC Selangor, Shankar Raj.

Signifikannya perhimpunan ini ialah ini adalah kali pertama Ungku Salleh terlibat dalam perhimpunan sebegini sebagai KETUA PEMUDA UMNO SELANGOR yang baru. Malah perhimpunan ini juga berjaya melibatkan Ketua Puteri UMNO Selangor yang sangat jarang kelihatan muka dan tubuh badannya.

Ketua Pemuda yang baru, Ibrahim Ali yang sudah tidak sesak dadanya macam kena hempap buntut gajah, GAPS yang mula mendapat rentak, Puteri UMNO yang mulai keluar dari memperkatakan tentang fesyen baju dan gincu bibir, Ketua Pemuda MCA Selangor yang sudah mula berjalan di tebing jalan raya, Ketua Pemuda MIC Selangor yang baru keluar dari tempurung.... segala-galanya adalah YANG BARU!!!

Maka khabar-khabar angin yang mengatakan Ezam Mohd Noor akan memimpin satu lagi demonstrasi besar di jalan raya untuk mempamerkan kebencian terhadap PKR-DAP Selangor... mungkin hari Sabtu ni kut? Sumber pula menyatakan demonstrasi besar ala-Reformasi 98 di Jalan Kebun membabitkan Ezam.... namun tarikhnya tidak pula diberitahu...

Momentum! Momentum!!!
Continue Reading...

ROGOL AMAH: RAIS NAFI DAN MINTA POLIS SIASAT!!!!

Tuduhan telah dilemparkan. Laporan polis juga telah dibuat. Akhirnya orang yang dituduh, tampil memberikan penjelasan dan menafikan segala tuduhan tersebut. Lebih menarik apabila dia sendiri menyambut baik sebarang kaitan dengan perkara ini wajar disiasat mengikut lunas undang-undang. (MALAYSIAKINI)

Itu yang sewajarnya. Perkara jenayah sebegini, sememangnya memerlukan siasatan polis dan kalau terbukti, diheret ke mahkamah untuk dibicarakan. Bukannya buat penafian tanpa sebarang fakta, kemudian takut dibicarakan dan membuat pelbagai ulah untuk melepaskan diri daripada diambil keterangan, diperiksa serta dibicarakan. Dan apabila sudah tidak mampu melepaskan diri daripada mahkamah, diambil pula langkah-langkah agar perbicaraan tersebut dicacatkan dengan pelbagai usul penundaan kes atau pengguguran tanpa perlu dibicarakan!!!

Lebih menarik apabila Rais berkata, dia dan seluruh ahli keluarganya bersedia untuk memberi keterangan dan disiasat selain kerjasama penuh, manakala sebarang keputusan daripada siasatan tersebut akan diterima dengan dan dipatuhi.

Jauh sangat STATUS HARGA DIRI RAIS YATIM dengan ANWAR IBRAHIM...

Beza betul antara orang yang yakin dia tak bersalah dengan orang yang cuba meyakinkan yang dia akan didapati tidak bersalah....
Continue Reading...

UMNO PERLIS TALKINKAN SENDIRI UMNO DI PERLIS!!! APA SUDAH JADI LAAA?

Isu perebutan jawatan melibatkan bekas Menteri Besar Perlis, Shahidan Kassim nampaknya tidak berkesudahan, bahkan menambahkan episod menarik di negeri sekangkang kera itu. Dan kali ini, ianya melibatkan satu figur kontroversi Perlis bernama Hashim Suboh yang merupakan bekas Ketua Penerangan UMNO Perlis.

Hashim Suboh berkata, satu majlis talkin untuk UMNO Perlis akan diadakan dalam masa terdekat bagi MEMBERI AMARAN kepada pucuk pimpinan UMNO Pusat bahawa parti itu dalam keadaan tenat dan hampir terkubur.

Episod ini adalah rentetan daripada keputusan UMNO Pusat kerana TIDAK MELANTIK SHAHIDAN sebagai Pengerusi UMNO Negeri!!!!

Majlis berkenaan sepatutnya diadakan pada malam Sabtu lalu di Denai Larian, Pengkalan Asam melibatkan beberapa pemimpin veteran UMNO Perlis yang tidak berpuas hati dengan keputusan mengekalkan Menteri Besar, Md Isa Sabu sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri.

Bagaimanapun, hasrat tersebut terpaksa ditangguhkan setelah Hashim Suboh berbincang dengan Setiausaha Agung UMNO, Tengku Adnan Tengku Mansor pada 30 Disember lalu. Tengku Adnan dilaporkan bersetuju untuk menyampaikan luahan hati kumpulan yang tidak berpuas hati dengan Md Isa Sabu kepada Najib Abdul Razak.

Apa sudah jadi? Hashim Suboh merupakan figur yang paling menarik apabila secara terus-terang menyalahkan Datuk Radzi Syeikh Ahmad dan Azmi Khalid sebagai tuk dalang yang menyebabkan Shahidan Kassim tidak dilantik sebagai Menteri Besar Perlis ketika di hujung era Abdullah Ahmad Badawi selepas PRU12.

Home and energy - home energy efficiency rating



Besar sungguh misi menaikkan Shahidan Kassim sebagai Pengerusi UMNO Perlis dan Menteri Besar, memandangkan takrif AKAR UMBI yang diberikan kepada penyokong sendiri!!!

(BACA JUGA DI SINI)
Continue Reading...

POLEMIK SUK SELANGOR TAK BERPIHAK, PAKATAN CUBA PULA HARGA RON97

Isu petrol naik harga boleh menyebabkan ramai yang berkerut kening. Almaklumlah sekarang ini semuanya bermula dengan petrol. Namun apabila pihak Pakatan Rakyat cuba menggunakan sentimen petrol yang bukan pada tempatnya, ia melambangkan betapa terdesaknya mereka untuk menaikkan sentimen pengundi untuk menyokong mereka.

RoN95 tidak dinaikkan dan kekal pada harga RM1.90 seliter. Diesel juga tidak dinaikkan dan harganya kekal pada RM1.80 seliter. LPG juga tidak naik dan harganya tetap pada paras RM1.90 sekilogram.

Yang naik harga adalah RON97. Malangnya, puak-puak pembangkang cuba MENTONGONGKAN rakyat dengan menuduh kenaikan tersebut adalah kerana Najib Abdul Razak. Walhal, harga RON97 tidak dipengaruhi oleh dasar kerajaan sebaliknya telah diapungkan mengikut pasaran harga minyak dunia.

Mungkin mereka tidak faham apa maksudnya DIAPUNGKAN. Dek kerana itulah, apabila harga RON97 meningkat, cepat-cepat mereka menuding ke arah Najib Abdul Razak dan pentadbirannya. Kata mereka, itu adalah hadiah tahun baru daripada Najib Abdul Razak untuk rakyat Malaysia.

Rakyat marhein kebanyakannya menggunakan RON95 yang diberikan subsidi oleh kerajaan. Yang terkesan sangat-sangat ialah apabila RON95 naik harga. Kalau setakat bising kerana RON97 naik harga, mungkin bising itu berlaku kerana perangai jahat dan busuk hati mereka.

Contohnya begini, kalau kereta import dinaikkan harga, sedangkan pada masa yang sama, harga kereta tempatan lebih rendah, apa perlu dibisingkan seandainya benar kereta telah menjadi barangan perlu? Apa perlunya memburuk-burukkan kereta tempatan dan kemudian bising sebab harga kereta import mahal sebab anda tidak mahu beli kereta tempatan?

Itulah yang berlaku kepada RON97 dan RON95.... kalau dah prasangka sangat dengan RON95 dan enggan menggunakannya kerana kewujudan teori kereta mudah terbakar, terima sahajalah harga apungan RON97. Kalau RON95 naik harga, maka wajarlah memekak dan dicarut-carutkan.

Setakat RON97 naik harga, lantak pi la... tak jadi kudis apa-apa pun... apatah lagi dengan harga minyak mentah dunia yang akan mencecah US$89.79 (RM278.75) satu barrel pada minggu ini.

Dah terdesak sangat ler tuh, sampaikan isu kenaikan harga RON97 pun nak dikecohkan...
Continue Reading...

Rumah Untuk Penjaga Gol, Takkan Tak Solat Istikharah Dulu?

Kelantan cari rumah sesuai untuk Khairul Fahmi
05/01/2011 10:29am
KOTA BAHARU 5 Jan. — Kerajaan Kelantan sedang berbincang untuk mencari rumah serta lokasinya yang sesuai untuk dihadiahkan kepada penjaga gol kebangsaan Khairul Fahmi Che Mat yang mengharumkan nama negara membantu menjuarai Piala AFF Suzuki 2010 menentang Indonesia, baru-baru ini.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunaan Insan, Belia Sukan dan NGO Negeri, Abdul Fattah Mahmood berkata kerajaan negeri juga belum menetapkan nilai rumah yang akan dihadiahkan kepada pemain remaja itu.
"Kita sedang berbincang di peringkat dalaman untuk menentukan rumah, lokasi dan nilainya untuk dihadiahkan kepada pemain itu, yang penting keselesaan bagi dia dan keluarga,” katanya kepada Bernama di sini, hari ini. — Bernama

__________


Kerajaan negeri perlu masa yg lama utk bincangkan satu permasalahan yg sangat besar dan kritikal sekarang ni..


Diantara isu yg sedang hangat diperbincangkan..ishhh sapa le yg gatai mulut kata nak bagi ni!!!!


mmm no wonder le..masalah air masih diperingkat perbincangan..dan hudud pun masih tercari2 ilham lagi..


-mudah2an dapatlah siFahmi ni rumah baru sebelum raya nanti..bagi aku memang Fahmi telah memberikan persembahan yg terbaik dan mutu permainan yg sangat mantap!! TAHNIAH!!!

-aa

Continue Reading...

MANA BUDAK-BUDAK PAKATAN? INI PELUANG UNTUK TERUS HIDUP!!!

Lebih 360,000 peluang pekerjaan ditawarkan kepada rakyat Malaysia pada tahun ini sahaja membabitkan sektor perkhidmatan dan jualan, perkeranian, teknikal dan pengurusan serta profesional dengan penawaran gaji yang sederhana atau tinggi. (BERNAMA)

Sepatutnya ini adalah berita baik kepada budak-budak Pakatan, khususnya yang berwujud sebagai ahli-ahli AMK atau simpatisan parti Anwar Ibrahim itu yang sentiasa berzikir dan beratib yang kerajaan Malaysia tidak dapat memberikan kehidupan yang lebih baik kepada mereka.

Tak tahulah kalau mereka sebenarnya berfikiran, sebagai kerajaan yang baik, kerajaan harus setiap bulan memasukkan sejumlah wang kepada setiap orang rakyat Malaysia tanpa rakyat perlu bekerja dan hanya bergoyang kaki... atau mereka berfikir bahawa walaupun tak lulus SRP, boleh dapat jawatan Pengerusi GLC kerana 'kerajaan baik'.

Kalau itulah yang mereka fikirkan, berita tentang peluang-peluang kerja sebegini hanyalah SATU LAGI BENTUK KEZALIMAN kerajaan UMNO-BN untuk rakyat Malaysia.

Cerita tentang kezaliman kerajaan UMNO-BN yang kononnya tidak meningkatkan ekonomi orang Melayu, atau menganiaya orang Melayu selama 53 tahun, bukan perkara asing di kalangan budak-budak Pakatan. Bagaimanapun, sesuatu yang pasti ialah mereka tidak akan bercerita apa-apa tentang kerja kosong yang ditawarkan oleh pelbagai sektor di negara ini kerana mereka hanya ingin makan disuap, tidur ditatang sedangkan mereka pula berlagak macam batara di kraton.

Apa lagi, pergilah rebut peluang kerja kosong yang ditawarkan itu... dan bila dah makan gaji, tak payahlah sembang deraih tentang perkara-perkara membabitkan ekonomi perniagaan kerana anda hanyalah pemakan gaji, bukannya peniaga!!!
Continue Reading...

CONTOH TERBAIK MENGAPA KERAJAAN UMNO-BN DILABEL ULTRA-LEMBAB!!!

Tan Lian Hoe, Timbalan Menteri KPDNKK akhirnya menyatakan bahawa 'HARGA MINYAK MASAK TIDAK AKAN MENINGKAT'. Pada masa yang sama, penghantaran bekalan minyak masak ke seluruh negara juga akan ditambah 20% menjadikan jumlahnya adalah hampir 85 ribu tan metrik berbanding 74 ribu tan metrik selama ini. Puncanya ialah ketiadaan minyak masak di pasaran sekalipun Malaysia adalah pengeluar minyak masak terbesar dunia.

Usaha yang baik dan tindakan yang tepat... MALANGNYA sangat terlambat dan SENTIASA TERLAMBAT....

Kemerosotan bekalan minyak masak, bukan baru berlaku dua tiga hari kebelakangan ini, sebaliknya ia sudah pun berlarutan selama hampir dua bulan, malah di sesetengah kawasan, ia adalah masalah semenjak tiga bulan lalu. Khabar-khabar angin yang disebarkan oleh pemborong dan orang tengah tentang kenaikan harga minyak masak, telah mendorong sebahagian daripada mereka mengurangkan bekalan ke pasaran, sungguhpun pengeluaran minyak masak adalah seperti biasa. Ditambah pula dengan pembelian panik oleh pengguna, menjadikan harga minyak kelapa sawit dalam plastik seberat 1 kilogram berharga melebihi harga yang dibenarkan. Harga minyak kelapa sawit yang dibotolkan pula turut melonjak hampir 30% daripada harga yang ditawarkan oleh pekilang.

Ini bukan masalah baru sebenarnya. Ini masalah lama yang masih sama iaitu betapa lambatnya kerajaan terutama agensi dan kementerian yang berkaitan menangani situasi sebegini. Barangkali berita yang sampai ke telinga mereka, masih lagi menggunakan khidmat jin khadam yang gemar melencong ke sana ke mari. Atau barangkali juga kerana ia hanya melibatkan rakyat marhein, bukannya melibatkan golongan VVIP.

Kerajaan UMNO-BN masih belum belajar rupa-rupanya bagaimana hendak mengambil hati rakyat, terutama dalam kemelut kenaikan harga pelbagai barangan termasuklah RON 95 dan diesel yang menjadi nadi pengangkutan majoriti rakyat Malaysia.

Sikap tak apa dan tanggapan bahawa rakyat mudah lupa, pasti akan memakan diri lagi sebagaimana yang berlaku pada Tsunami 2008. Rakyat sebenarnya sangat bijak menilai. Tak guna berpropaganda bagai nak rak sedangkan posisi rakyat biasa bagaikan tapak piramid demi menjunjung para pemimpin yang berada di apex. Walhal jaminan kelangsungan sesebuah kerajaan adalah undi daripada rakyat yang berpuas hati dengan perkhidmatan yang diterima.

Kalau makan dan minum pun sudah tidak terjaga, rasa-rasanya rakyat akan jaga kerajaan sedia ada, tak?

Sendiri fikir, sendiri jawab!!!
Continue Reading...

PENJELASAN NIK ABDUL AZIZ MAKIN DIPERSOALKAN....

Rupa-rupanya penjelasan yang diberikan oleh Nik Abdul Aziz berhubung pertemuannya dengan Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri bersama-sama Abdul Hadi Awang atas titah perintah KDYMM Yang Dipertuan Agong di Istana Terengganu, tidak memuaskan hati banyak pihak dalam PAS terutama dari kalangan Erdogan-Liberal.

Apabila Nik Abdul Aziz meminta agar segala spekulasi dan tanggapan dihentikan, kerana dia sekadar mematuhi titah perintah Yang Dipertuan Agong, masing-masing mula membuat rujukan. Sebelum itu, Nik Abdul Aziz berkata, 'berjumpa Perdana Menteri, takkan bersembang biasa.' Kemudian dalam penjelasannya selepas 24 jam, Nik Abdul Aziz pula berkata, 'Yang Dipertuan Agong perintah menghadap'.

Pertentangan antara dua jawapan daripada Nik Abdul Aziz itu dipersoalkan oleh para penyokongnya sendiri.

Ternyata, badi KERAJAAN PERPADUANG nampaknya begitu utuh di hati mereka sehinggakan sebarang cubaan untuk merealisasikan doktrin tersebut perlu ditentang habis-habisan. Lebih aneh apabila mereka mempersoalkan Nik Abdul Aziz sendiri yang sebelum ini mereka junjung, mereka puja dan mereka akur walaupun kadang-kala kata-katanya terbabas ke sana ke mari.

Dan tidak kurang pula, ada yang mula menyiarkan karangan yang kononnya, Presiden PAS dan Timbalan Presiden PAS akan mengundurkan diri dan tidak mempertahankan jawatan mereka dalam Muktamar Agung yang akan berlangsung tahun ini...

Semuanya kerana penjelasan Nik Abdul Aziz yang dibaca daripada skrip entah milik siapa yang bertentangan dengan kenyataan awalnya.....

Benda macam tu pun, boleh jadi masalah, yek? Macam-macam puak Erdogan-Liberal nih....


Continue Reading...

TEMBERANG TAK MENJADI NIH!!!

Konon-kononnya ceramah Anwar Ibrahim di FELDA Cemplak dihadiri lebih 3000 orang oleh portal berita Suara Keadilan Online. Namun Selangor Kini yang juga merupakan wadah media PKR-DAP pula melaporkan hanya sekitar 500 orang yang hadir. Sumber yang lain pula memberitahu, jumlah penonton tidak sampai pun 300 orang dan kebanyakan daripada mereka adalah orang luar, bukannya warga FELDA Cemplak, Labis. (BLOG PISAU)

Tak cukup dengan itu, ada pula khabar, sekumpulan warga FELDA Cemplak dah buat laporan polis berhubung ceramah tanpa permit dan tanpa kebenaran pihak berkuasa membabitkan Anwar Ibrahim itu.

Mazlan Aliman punya kenyataan, macam penoreh terbau getah sekerap pada musim harga getah mahal. Hebat sungguh, sampaikan UMNO pun dikatakannya ketar lutut sebab Anwar Ibrahim berceramah.

Kempen secara rasmi belum pun bermula tetapi Pakatan sudah mula hingar tentang beberapa risalah yang banyak ditemui di ketiga-tiga buah FELDA dalam DUN Tenang tentang penyelewengan yang dilakukan oleh Pakatan Rakyat, khususnya DAP yang disifatkan sebagai fitnah. Mungkin kerana itulah, Pakatan Rakyat terpaksa mengimport Anwar Ibrahim yang cukup dikenali sebagai kaki ceramah degar-degar untuk counter-attack risalah-risalah berkenaan.

UMNO belum lagi menggerakkan jenteranya. PKR dan DAP sudah pun mendahului PAS walaupun dikhabarkan PAS yang akan bertanding di kerusi berkenaan. Kecuali Mazlan Aliman yang dikatakan pakar dalam menangani ketegaran warga FELDA, para pemimpin PAS yang lain belum lagi turun dan berkampung.

Masa masih ada 17 hari lagi sebelum kempen secara rasmi bermula. Anwar perlu menggunakan kesempatan itu untuk melarikan kisah Karpal Singh yang didesak untuk mendedahkan bukti dan pengetahuannya tentang kes liwat pertama di mahkamah. Karpal Singh adalah Ketua Peguambelanya daripada 12 orang peguam-peguam mahal yang diupah oleh Anwar Ibrahim. Dan Karpal Singh juga pada 1997 merupakan orang pertama yang mendedahkan perangai Anwar Ibrahim yang suka meliwat setelah bertemu dengan Ummi Hafilda dan Azizan Abu Bakar....

Jeng jeng jeng....
Continue Reading...

TERESA KOK SEKSI NAK KEMBALIKAN KUASA SULTAN...

Teresa Kok bersetuju dan 'berdiri teguh' di belakang Khalid Ibrahim untuk memanggil Sidang DUN Khas bagi meminta Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor 1959 sekaligus mengembalikan semula kuasa Sultan.

Bunyinya macam indah betul tuh...

Dengan mempunyai 27 orang ADUN DAP-PKR dan 8 ADUN PAS, gerombolan Teresa Kok sebenarnya kekurangan 3 lagi kerusi untuk mendapat majoriti 2/3 bagi membolehkan pindaan dilakukan. UMNO-BN menguasai 20 kerusi manakala 1 kerusi lagi adalah Bebas.

Apabila musuh Melayu-Islam seperti Teresa Kok tiba-tiba sahaja bersikap lunak dan membayangkan yang mereka adalah gerombolan yang menyayangi institusi kesultanan Melayu, sememangnya ada sesuatu yang tidak kena. Apatah lagi dengan memperluaskan kuasa Menteri Besar untuk campurtangan dalam urusan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, tanpa mengambil kira faktor Selangor adalah Negeri-Negeri Melayu Bersekutu!!!

Konon-kononnya nak mengembalikan kuasa Sultan seperti sebelum 1993.... tapi disertai juga dengan perluasan kuasa Menteri Besar. Sememangnya sangat aneh dan sangat luar biasa keazaman DAP untuk menghapuskan terus kesultanan di Malaysia.

Bila Istana Selangor mengeluarkan titah tuanku untuk siaran media, jenuh pulaklah nak berputar belit sebab titah tuanku bertentangan betul dengan apa yang diucapkan oleh Khalid Ibrahim dan Dr.Manuty. Konon-kononnya Khalid dibenarkan membuat perbincangan dengan SPA dan JPA tentang perlantikan SUK sedangkan titah tuanku ialah, Khalid Ibrahim dah terlebih lajak dalam hal tersebut.

Jadi, apabila Teresa Kok yang merupakan Pengerusi DAP negeri kekal dengan pendapatnya bahawa DAP akan berdiri di belakang Khalid Ibrahim berhubung pindaan Undang-Undang Tubuh, sememangnya ia tidak lain dan tidak bukan hanyalah untuk memulakan gerakan DAP untuk menghapuskan terus kuasa Sultan... dan caranya cukup mudah iaitu dengan memancing sentimen Melayu...

Nama Sultan digunakan tetapi sebenarnya kuasa itu untuk Menteri Besar... tang Menteri Besar tu ada slow sikit bunyinya....
Continue Reading...

UNTUK ANDA YANG BERANI....

JANGAN LEPASKAN PELUANG UNTUK MEMAKI HAMUN PAKATAN ZIONIS PKR-DAP PETANG NANTI!!!!!
video
Continue Reading...

Tuesday, January 4, 2011

Mimpi Si Pengangan

Dreams and reality..
Stalin, Karl Marx, Mao Tze Tung...citer dreams, yg mana rakyat pada umumnya impikan perkara2 ni..tapi trnyata in reality, ianya hanyalah satu impian.

Gitu juga Martin Luther King..misi dan visi nya adalah satu impian..pasal tu dia sendiri kabau.."In my dreams.."

Anwar guna approach yg sama..citer kan "dreams" dan "Idealism" yg mana ramai yg idam2kannya..tapi trnyata dalam kehidupan yg sebenar ianya adalah satu perkara yg hanya sedap didengar..kesemarataan, keadilan, ketelusan, kebebasan dsb.

Golongan2 "peasant" yg rasa tertekan ngan kehidupan dan tersisih, merasa marah ngan golongan bangsawan ( ahli2 korporat dan golongan2 elit) dan meletakkan golongan2 ni sebagai penyebab kepada kesengsaraan mereka. dan inginkan golongan2 ni membuka peluang dan agihkan kekayaan dan keistimewaan yg dimilik kepada org ramai..pada hal golongan2 bangsawan dan elit merasakan semua itu adalah milik mereka dan ianya atas usaha mereka dan ngapa perlu agihkan ngan gitu saja. Golongan2 ni juga trdiri mereka yg kecewa atau "kalah" dalam persaingan..kekecewaan menjadi senjata utk menghancurkan diri sendiri. Sepatutnya kekecewaan dan "kalah" ini sepatutnya jadi alat utk mematangkan diri sendiri dalam terus berjuang!! Dosa juga leh memusnahkan diri sendiri jika "dosa" dijadikan sebagai sumber kekecewaan dan kekalahan..
Jadikan "dosa" sebagai asset dan sempadan agar ianya leh jadi pendorong dalam mengejar pahala dan ganjaran..
Kekalahan sebenar..bila kekecewaan dijadikan musuh dan jadikan sebab untuk mengalah. Allah swt beri peluang sehingga ke saat2 yg terakhir utk kita terus berjuang!!

Qabil berjaya dihasut oleh syaitan kerana kecewa dan cemburu pada Habil..

Golongan2 ni mula menyokong sesapa je yg "champion" kan hasrat mereka tanpa memikirkan apakah kesudahan yg akan mereka dapati..Rakyat soviet union brsungguh2 dibelakang Stalin yg mana akhirnya mereka juga yg menghadapi kesengsaraan yg amat atas pilihan mereka sendiri.. Cina pula membuka lebih ruang kepada kebebasan dan kapitalism setelah menyedari "idealism" yg mereka pertahankan hanya membawa lebih banyak kemudharatan dari munafaatnya.

Kesemarataan dan keadilan yg manusia impikan atau idea komunisma hanyalah satu perkara yg "ideal"..tapi bukanlah realiti.Spt mana rakyat2 cina, soviet union menelan "pembohongan" ini gitu juga ramai rakyat M'sia menerima "pembohongan" ini.

Rakyat M'sia yg menerima "pembohongan" ni tidak memikirkan apakah kesudahan pada rakyat cina dan soviet union.

Gitu juga..revolusi yg melanda dizaman kemelesetan ekonomi dalam tahun 1998, 1999..revolusi "reformasi"..kononnya menjanjikan sesuatu yg ideal..yg mana akhirnya tidak membawa apa2 keuntungan pada golongan yg brdemo sakan dan trjerit2 pasal reformasi..hanya melihat keruntuhan kerajaan dan bangunnya kerajaan yg dihasilkan melalui reformasi yg goyah dan tidak kukuh spt di Indonesia, sehingga kini kita telah melihat peralihan kuasa yg kerap..dan masalah masih tetap ditahap yg lama..jeritan2 "reformasi" akhirnya brkubur!!

__

Hakikat kehidupan..sentiasa ada perbezaan. Cuma bagaimana nak kita hadapi dan melihat "perbezaan2" trsebut..negatif atau positif.

Kesemarataan..jari jemari pun tidak sama rata.
Keadilan..adil hanya bila masing2 menerima kekurangan dan kelebihan memasing.
Kebebasan..Tiap ciptaan yg wujud dalam dunia terikat ngan undang2 dan peraturan masing2. Siang ada hadnya, malam juga ada hadnya..matahari ada masanya, bulan juga ada masanya..mematuhi peraturan masing2 membawa kepada keamanan dan keharmonian..tapi jika bulan cuba jadi matahari..dan matahari cuba menjadi bulan, maka berlakulah haru biru dan kekecohan.
Ketelusan..ada perkara tetap dirahsiakan.

Dengan kekurangan dan kelemahan yg ada..kita kena terus berusaha.

Spt mana OKU..walaupun ada kekurangan yg kekal, perjuangan utk hidup dan mertabatkan maruah tetap diteruskan!!

Jadikan kekurangan dan kelemahan sebagai asset dan bukannya liabiliti..

-aa
Continue Reading...

IKLAN BERBAYAR

PORTAL ISTIMEWA

BLOG-BLOG PRO KERAJAAN

TAK TAHU KIRI KE KANAN

BLOG PEMIMPIN

MASUKNYA WAKTU SOLAT

SAPA DIA

Top Commenters

Powered by Disqus

Recent Comments

Senarai Laman Web WAJIB