MARI BERFORUM, BERHUJAH DAN BERTEKAK DI SINI

RADIO PILIHAN THE FLYING KICK

Monday, February 7, 2011

LAIN MACAM SUNGGUH WAKIL PAS KE MESIR NIH BAGI ALASAN.... RM120,000 BETUL KE SAMPAI?

Wakil Kerajaan Negeri Kelantan yang sepatutnya bersama-sama pasukan penyelamat Malaysia ke Mesir, Zulkapli Yaacob melahirkan 'kekecewaan' dan 'kekesalan' kerana telah dipinggirkan oleh pasukan berkenaan. Menurutnya, sekalipun Perdana Menteri berkata, operasi menyelamat itu tidak bermotifkan politik, namun layanan yang diterimanya jelas disebabkan politik. Anda boleh baca LUAHAN HATINYA DI SINI.

Anda perlu ingat, orang ini membawa RM120,000 bersama-samanya ke Mesir. RM120,000 itu bukan duit peribadi Menteri Besar, jauh sekali duit dari akaun menantu Menteri Besar, sebaliknya duit Kerajaan Negeri. Kalau duit Kerajaan Negeri, bererti duit daripada perbendaharaan.

Dia terpaksa menaiki kapal terbang SYARIKAT PENERBANGAN SINGAPURA untuk ke Kaherah. Dan sesampainya di sana, dia telah membahagi-bahagikan duit tersebut kepada para pelajar Kelantan yang sudah keputusan wang belanja kerana bank ditutup dan mesin ATM tidak berfungsi... dan kemudian dia balik semula ke Malaysia.... sempat pulak bagi ceramah tu...

Hebat tak cerita dia? Dia boleh pergi balik dengan senang hati dan tanpa sebarang masalah, sedangkan ada orang yang sudah berhari-hari berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Kaherah sedangkan Zulkapli boleh berulang-alik tanpa sebarang masalah. Zulkapli telah sampai pagi semalam ke Kelantan, jauh lebih awal daripada penerbangan pertama membawa balik pelajar-pelajar dan warga Malaysia yang ditransitkan di Jeddah. Malah jauh lebih awal berbanding pelajar-pelajar Sabah dan Sarawak yang menaiki Qatar Airways.

Barangkali Zulkapli menggunakan ilmu lipat bumi, di mana dia boleh ke sesuatu tempat tanpa sebarang masalah dan dalam masa yang sangat singkat. Atau barangkali pelajar-pelajar tajaan Kerajaan Negeri Kelantan berada setempat dan semuanya sudah menunggu kedatangannya.

RM120,000 yang dikatakan telah dibahagi-bahagikan kepada para pelajar Kelantan di Mesir sudah tentu tidak beresit atau berinvois. Urusan, prosedur dan proses seperti itu diketahui tidak wujud dalam organisasi PAS... sebab itu, selepas dia mendakwa selesai membahagikan wang, dia BOLEH TERUS BALIK KE KOTA BHARU....

Atau barangkali sesi ceramah tersebut untuk menerangkan bagaimana RM120,000 sudah tiada lagi kerana 'dibahagi-bahagikan' kepada para pelajar Kelantan di Mesir... dan yang paling menariknya, IA DILAKUKAN DENGAN SEPANTAS MUNGKIN bagi membolehkan Zulkapli Yaacob bagi ceramah di hadapan para pembesar PAS Kelantan!!!!

Najib Abdul Razak seharusnya belajar daripada Zulkapli Yaacob, bekas Presiden Persatuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) bagaimana hendak bergerak pantas dalam keadaan kucar-kacir, dalam keadaan di mana protokol dan prosedur bagi setiap pergerakan sangat merimaskan, dan kesukaran memperolehi penerbangan untuk keluar dari negara bergolak. Barangkali kerana Najib Abdul Razak tidak belajar daripada Zulkapli Yaacob jugalah, menyebabkan Operasi Piramid terpaksa mengambil masa berhari-hari!!!
Continue Reading...

Nik Aziz Bukannya Faham Pun Apa Yang Dia Kata!!!!

Aku terdengar dari TV-Bernama News- sedutan kata2 TG NA..berkenaan debat...

Kita tahu le apa komennya pasal debat dan syaratnya..


Tapi yg menariknya..dia kabor yakni dia heran ngapa Melayu Nasionalis Menolak Islam???

_______________________


Melayu Nasionalis Menolak Islam..rasanya ni perlu diperjelaskan ngan sejelas2nya..atau pun elok dikaborkan..ngapa MELAYU NASIONALIS MENOLAK ISLAM PAS?


Jika "kenapa Melayu Nasionalis Menolak Islam PAS'? tu adalah lebih logik dan tepat..kerana mana ada org Melayu semada ianya Nasionalis atau "bukan Nasionalis" atau "bukan dan bukan mana-mana" atau sesapa yg beragama Islam menolak Islam..


Apa yg dimaksudkan ialah KENAPA MELAYU MENOLAK PAS..dan tajuk ni adalah lebih tepat lagi!!


Kerana Nik Aziz dan PAS kena faham..ahli UMNO hanya 2,3 juta je..baki dari lebih 10 juta org2 Melayu bukanlah ahli UMNO...dan ummat Islam di Malaysia bukan saja org2 Melayu.


So TAJUK yg sesuai untuk diperdebatkan ialah..KENAPA ADA MELAYU dan ORANG2 ISLAM yg BUKAN MELAYU MENOLAK PAS?


-aa
Continue Reading...

KESIAN SAM KETOT... ANWAR PUN TAK BERAHI KAT DIA!!!!

Tak payahlah kontrol ayu, Shamsul oiii... nama kau tak lekat pun!!!

Sudah-sudahlah Shamsul oiii... kau tu sapa... kenalah sedar diri sikit. Udahlah pendek, katik pulak. Sudahlah katik, tonggek pulak... sudahlah tonggek, perut buncit pulak.... tak payahlah berangan-angan nak jadi calon pilihanraya, apatah lagi jadi Wakil Rakyat... nak bawa perut pun, jalan terkengkang-kengkang, tangan terlenggang-lenggang, lagi mahu berangan nak jadi wakil rakyat.

Cukuplah kau jadi balaci Anwar Ibrahim. Lagipun dengan muka badut kau tu, jangankan orang UMNO, orang PAS tengok pun meluat. Kau mana ada apa-apa selain daripada membodek Anwar.

Pergi main jauh-jauh!!! Syohhhhhhhh!!!

Kau kena sedar, Shamsul, kalau kawasan Melayu, PAS dengan UMNO saja yang layak bertanding. Kau tu PKR.... PKR apa barang... jenis masuk lubang jamban. Kan ker kau punya parti terbuka dan tertonggeng, pergilah berjubor di kawasan majoriti Cina tu... pi main kat kawasan bandar... tu pun kalau DAP mahu bagilah...

Orang Melayu ni, hanya ada dua parti politik saja iaitu PAS dan UMNO... sapa-sapa menang di kalangan UMNO atau PAS, orang Melayu tak susah hati sebab kedua-duanya Melayu. Kalaupun kedua-duanya bergaduh, tapi gaduh depa ada takut pada Allah Taala dan Rasul-Nya. Memanglah depa nampak macam berseteru sangat-sangat tapi time sembahyang, depa duduk satu saf... yang PKR pulak, takdak saf untuk golongan pembontot dan menyokong amalan membontot, sama ada sesama jantan mahupun jantan betina. Sebabnya, Nabi s.a.w tak ngaku ummat... kalau Nabi s.a.w sendiri dah tak ngaku ummat, mana ada saf lagi untuk PKR!!!

Kau nangis sampai terkeluar biji mata kau tu pun, takder sapa nak kesian, Shamsul... kau kempiskan perut dan besarkan dada macam mana pun, orang tak heran... kau pakai kasut tumit tinggi lapan inci pun, orang tetap nampak kau dan gelar kau sebagai ABANG 'PEN'....

Anwar Ibrahim sendiri pun tak berahi kat kau... sampaikan sebulat suara Anwar dan kawan-kawan DAPnya serahkan Merlimau kepada PAS untuk ditandingi.... Dia tak nampak kau ler, Shamsul walaupun telinga kau terkelepek dan kau senyum-senyum ayu...

Seluruh simpati TFK buat si pengecut Shamsul Iskandar Mohd Akin yang pernah melarikan diri untuk bertanding di Parlimen Dungun meninggalkan DUN Merlimau pada 2008...
Continue Reading...

SATU LAGI BUKTI KEKEJAMAN KERAJAAN MALAYSIA

Sehari selepas memberitahu bahawa Kementerian Pengajian Tinggi TIDAK BERTANGGUNGJAWAB dan di luar kawalan untuk meminta universiti-universiti di Mesir agar menangguhkan peperiksaan atau memberikan pengecualian kepada pelajar-pelajar Malaysia, menteri berkaitan, Khaled Nordin menunjukkan SIKAP KEJAM DAN TIDAK BERPERIKEMANUSIAANNYA dengan memberitahu bahawa kementeriannya sedang berunding dengan pihak berkuasa universiti-universiti Mesir agar pelajar-pelajar Malaysia boleh mengambil peperiksaan di negara ini atau pun menangguhkannya terlebih dahulu.

SUNGGUH KEJAM! SUNGGUH TIDAK BERHATI PERUT!!!

Mengapalah Kementerian Pengajian Tinggi sampai hati untuk berunding dengan universiti-universiti Mesir bagi pihak pelajar-pelajar Malaysia? Tindakan Khaled Nordin, Kementerian Pengajian Tinggi dan Kerajaan Malaysia itu ibarat mencurahkan garam ke parut luka.

BACA DI SINI

Membawa para pelajar itu pulang ke Malaysia sahaja sudah cukup kejam. Inikan pula membuat rundingan agar para pelajar Malaysia diberikan keistimewaan? Bukankah tindakan Khaled Nordin itu hanya akan mengecilkan keupayaan Kerajaan-Kerajaan Negeri seperti Kedah, Kelantan dan Selangor yang mempunyai jaringan lebih kuat, kukuh dan hebat berbanding KPT dan Kerajaan Malaysia di Mesir.

KPT dan Kerajaan Malaysia tidak seharusnya merampas keistimewaan tersebut daripada Kerajaan-Kerajaan Negeri yang ditadbir oleh Pakatan Rakyat (haram). Kalau Kerajaan Negeri Sabah yang membiayai sendiri para pelajar mereka di Mesir untuk pulang dengan menyewa pesawat Qatar Air, tak mengapalah sebab Kerajaan Negeri Sabah adalah Kerajaan Negeri yang miskin dan papa kedana berbanding Kedah, Kelantan, apatah lagi Selangor.

Kejam sungguh Kerajaan Malaysia!!! Kejam sungguh Khaled Nordin dan Kementerian Pengajian Tinggi!!!

Mujurlah Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat (haram) tidak berlaku sekejam itu....
Continue Reading...

Jangan Sambil Kemaluan Naik Ke Dahi!!!!

Harga getah naik: Penoreh peroleh RM60,000 sebulan
07/02/2011 2:36pm
BESUT, 7 Feb. - Kenaikan harga getah di pasaran dunia memberikan tuah kepada pemilik kebun dan penoreh getah di Hulu Besut sehingga ada yang memperoleh pendapatan sehingga RM60,000 sebulan hasil jualan susu getah.
Anggota Dewan Undangan Negeri Kawasan Hulu Besut, Nawi Mohamad berkata, kebanyakan daripada mereka memiliki kebun antara tiga dan enam hektar seorang.
"Seorang penoreh yang mempunyai 3 hektar kebun getah memperoleh RM2,000 dalam masa tiga hari dengan menoreh di kebunnya,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Menurutnya, dengan harga pasaran antara RM8 dan RM10 sekilogram pada masa ini, ada antara penoreh yang memperoleh pendapatan RM60,000 dalam masa sebulan. - Bernama

____________

Dah macam gaji CEO ni...syukurlah. Mudah2an diberkatiNya.


Beringat2 lah masa ada..


-aa
Continue Reading...

NAIB PRESIDEN PKR MINTA DICEDERAKAN!!!!

Apa agaknya reaksi Naib Presiden PKR yang dilantik, N.Surendran apabila seruan seperti tajuk artikel ini berleluasa? Apakah dia dan para penyokongnya akan membuat laporan polis untuk menjaga keselamatan diri dan keluarga? Atau dia akan menggunakan undang-undang sebagai medium terbaik untuk menjaga keselamatan dirinya dan keluarganya?

Dan sekiranya tindakan undang-undang dilakukan, atas akta apakah ianya boleh dibuat? Kalau nak gunakan kanun keseksaan, ia sekadar satu tajuk, bukannya satu tindakan. Nak kata ancaman, ancaman tersebut tidak pula ditujukan kepada sesiapa. Kalau nak gunakan AKTA HASUTAN, akta tersebut telah disyorkan oleh N.Surendran sendiri agar dihapuskan.

Dan bukankah Akta Hasutan itu sendiri berfungsi sebagai benteng awal daripada berlakunya sesuatu yang lebih serius dan sukar ditangani? Atau barangkali N.Surendran merupakan pemeluk agama Harry Porter yang setiap masalah boleh diselesaikan dengan hanya ketukan tongkat sakti? Bukankah pencegahan itu jauh lebih mudah untuk menyelesaikan masalah berbanding mengubah ketika telah terjadinya krisis?

Dalam usaha untuk membebaskan Shuhaimi Shafie daripada tuduhan menghasut, Naib Presiden PKR yang kelihatan BANGANG dan SERBA MEMBANGANGKAN ini telah mengusulkan agar Akta Hasutan yang dikhabarkan datangnya daripada penjajah British sekalipun akta tersebut telah digubal berkali-kali dari awal merdeka sehingga ke hari ini, dihapuskan. (HARAKAH DAILY)

Bagi mereka yang BENGAP dan BAHLOL KETERLALUAN, Akta Hasutan 1948 memperlihatkan kepada mereka bahawa akta berkenaan telah digubal pada zaman British. Akta yang ada sekarang ini adalah lanjutan daripada akta dari zaman British... sebabnya ada 1948 di situ!!!!

Kali terakhir Akta Hasutan 1948 DIPINDA adalah pada 29 Ogos 1975 membabitkan Akta 160 (Akta Matawang Malaysia (Ringgit) 1975). Kerajaan yang dimaksudkan di dalam Akta Hasutan 1948 ialah Kerajaan Malaysia, Kerajaan Negeri (termasuklah yang ditadbir oleh Pakatan Rakyat) dan Raja-Raja Melayu. Dan Akta Hasutan turut mencakupi pertuturan lisan, penerbitan akhbar mahupun penyebaran risalah yang menyentuh beberapa perkara yang membabitkan aspek keselamatan rakyat dan negara.

PKR menerusi para pemimpinnya termasuklah SHUHAIMI SHAFIE yang didakwa menghasut, tidak pentingkan undang-undang. Undang-undang bagi mereka hanyalah yang menyebelahi mereka sahaja. Sekiranya tidak menyebelahi, ia wajar dihapuskan.

Begitulah dengan Akta Hasutan.... dikatakan peninggalan British, tetapi Perlembagaan Malaysia yang menjamin setiap warganya untuk berpilihanraya dan menjadi wakil rakyat, tidak pula diambil kira? Bukankah itu merupakan peninggalan British juga? Guballah agar tidak ada sisa British sedikit pun di dalam Perlembagaan Malaysia.

Kalau British kata, setiap rakyat Malaysia ada hak untuk jadi wakil rakyat, tukarkan menjadi tidak ada hak. Kalau British kata, Malaysia adalah negara demokrasi, tukarlah Malaysia menjadi kukubesi... kalau British mengusulkan Kerajaan Tanah Melayu bagi kerakyatan percuma kepada orang Cina dan India, tarik balik kerakyatan tersebut kerana dengan terus mengekalkan kerakyatan mereka, bermakna usul dan rancangan British untuk lari daripada tanggungjawab mereka, masih valid di negara ini...

N.Surendran nak kerakyatannya digugurkan?

Undang-undang yang dicipta oleh manusia, mempunyai kelemahannya yang tersendiri. Namun Allah Taala Yang Maha Bijaksana tidak pernah mengenepikan kecenderungan hamba-hamba-Nya. Lantas Diizinkan-Nya untuk perlaksanaan apa-apa sahaja perbuatan manusia hatta yang bersifat maksiat sekalipun.

Ternyata PKR dan orang-orang di dalamnya sedang mengusahakan sebuah negara yang tidak berundang-undang dan berperaturan. Maka tidak hairanlah mereka begitu bersungguh-sungguh mempertahankan Ketua Umum mereka yang telah didapati bersalah MENJUBORKAN pemandu isterinya kerana mereka anggap perbuatan itu tidak salah.

Tidak salah juga bagi mereka memperkudakayukan PAS kerana undang-undang tidak wujud. Etika juga tidak wujud. Bahkan nilai moral juga tidak ada!!!

Kalau jadi seperti yang disyorkan oleh N.Surendran, maka lepas ni bebaslah kita menghasut sesiapa sahaja untuk melakukan jenayah, termasuklah menghasut untuk mengancam keluarga N.Surendran dan Shuhaimi Shafie kerana kata mereka, Akta Hasutan adalah peninggalan British yang masih dipandang mulia!!!

Barangkali Shuhaimi Shafie juga ingin mengatakan 'akta hasutan' dalam Islam juga peninggalan British? Almaklumlah, diakan orang PKR. Bila orang PKR, bermakna tidak ada agama, tidak ada peraturan, tidak ada undang-undang!!!
Continue Reading...

KHALID SAMAD MAHU TUNJUK PERASAAN TERHADAPNYA DIBUAT DI SHAH ALAM!!!!

Anda kena ambil apa yang Khalid Samad utarakan di dalam BLOGnya. Intipatinya mudah, rakyat berkuasa dan mempunyai kuasa untuk menjatuhkan seseorang pemimpin yang gagal melaksanakan tugasnya, terutama hanya pandai bercakap tetapi bila bab bekerja, langsung tidak nampak sebarang hasil.

Cerita tentang rasuah, penyelewengan dan sebagainya yang dikatakan oleh Khalid Samad hanyalah penyedap telinga dan penghalal cara. Setiap rakyat perlu menilai setiap orang pemimpin terutama sekali wakil rakyat mereka, sama ada wakil rakyat mereka benar-benar bekerja atau sekadar benar-benar boleh bercakap.

Kategori Khalid Samad mudah... dia adalah seorang pencakap, bukan seorang pekerja. Dia TIDAK PERNAH BEKERJA untuk pengundi-pengundinya di Shah Alam. Malah dia sendiri tidak tahu apa yang harus dilakukan di Shah Alam kerana Shah Alam sudah seperti sekarang ketika dia dijadikan Ahli Parlimen dan Yang Dipertua PAS Shah Alam.

Mengambil daripada kata-kata di dalam blognya sendiri, maka seharusnya warga Shah Alam bangun, 'memberontak', menunjuk perasaan dan melaung-laungkan agar Khalid Samad segera melepaskan jawatannya sebagai Ahli Parlimen Shah Alam memandangkan dia tidak berbuat apa-apa pun untuk Shah Alam selain menggunakan jawatannya untuk mendapatkan promosi buat dirinya di dalam PAS dan Pakatan DAP-PKR.

Pastinya Khalid Samad akan berasa sangat kagum sekiranya, warga Shah Alam keluar beramai-ramai menunjuk perasaan dan membuat demonstrasi bagi menekannya kerana kegagalan fungsinya selaku Ahli Parlimen. Khalid Samad tentu sangat menghargai tindakan sebegitu di seluruh Shah Alam kerana baginya, ia adalah manifestasi kepada pemikiran yang lebih terbuka dan tidak sempit!

Maka tunggu apa lagi warga Shah Alam... keluarlah beramai-ramai! Berdemolah! Tunjuklah perasaan dan usir Khalid Samad daripada jawatannya sebagai Ahli Parlimen Shah Alam kerana dia hanya MAKAN GAJI BUTA dan tidak buat apa-apa kerja selain bercakap, berkempen dan berceramah!!!!

Atau saranan seperti itu akan dianggap sebagai satu hasutan apabila terkena ke batang hidungnya seperti yang berlaku kepada Shuhaimi Shafie yang menganggap tuduhan ke atasnya adalah fitnah walaupun tindakan itu sendiri berdasarkan kepada saranannya sendiri?

Sangat mujur kerana majoriti rakyat Malaysia, bukanlah jenis mengikut emosi seperti yang dikehendaki oleh para pemimpin PAS dan PKR.... masing-masing masih lagi boleh berfikir secara rasional dan sangat tahu, tunjuk perasaan tidak pernah menghasilkan apa-apa, terutama setelah perut kenyang dan duit ada dalam kocek....

Dan kerana itulah, Pakatan Rakyat perlu memastikan, wujud masyarakat tidak berumah yang tinggal di dalam kotak di tepi jalan beramai-ramai seperti di Indonesia, Filipina dan Thailand kerana golongan ini sentiasa lapar dan akan bertindak berdasarkan emosi. Atau kadar pengangguran yang tinggi seperti di Tunisia dan Mesir, akan lebih mendorong rakyat ke jalan raya untuk menunjuk perasaan.

Atau dengan kata lain, Pakatan Rakyat perlu memastikan ramai rakyat Malaysia yang papa kedana sebelum saranan Khalid Samad dituruti!!!!
Continue Reading...

LIM KIT SIANG DENGAN SEJARAH IMIGRANNYA DAN 13 MEI 1969!!!

Sebuah artikel yang tersiar di dalam BLOG LIM KIT SIANG menggesa agar kerajaan melakukan reform dan 'membetulkan' penulisan sejarah di Malaysia. Menurut penulis artikel tersebut, sejarah Malaysia berat sebelah dan tidak menyebut langsung tentang sumbangan bangsa-bangsa lain dalam sepanjang sejarah negara ini.

Memang serba melawakkan... usaha daripada puak-puak Lim Kit Siang sangat jelas. Dalam pada mereka menuduh buku-buku sejarah yang ada sekarang, berat sebelah dan tidak betul, mereka sendiri cuba melencongkan sejarah negara.

Apakah tidak benar, imigran Cina dan India datang ke sini dengan tangan Inggeris dan British? Atau barangkali hendak ditunjukkan bagaimana orang Cina yang diberikan pelbagai kemudahan dan keistimewaan telah menyumbang kepada kejatuhan Empayar Kesultanan Melayu Melaka menerusi bantuan jong, tenaga, senjata dan maklumat kepada Alfonso de Alburqueque pada 1511 lalu?

Barangkali juga Lim Kit Siang dan gerombolannya mahu sejarah negara mencatatkan bagaimana saudagar-saudagar Cina di Tanah Melayu dengan bantuan Inggeris merampas tanah-tanah Melayu untuk mereka jadikan sebagai tapak perniagaan dan empayar ekonomi yang besar, seperti yang berlaku di Pulau Pinang, Singapura dan Perak?

Atau barangkali bagaimana sejarah penaklukan Inggeris ke atas Pahang dibuat yang terhasil daripada pembunuhan seorang rakyat Ratu, seorang lelaki Cina yang cuba merampas tanah seorang pengikut Bendahara Wan Ahmad, perlu ditulis semula?

Mungkin juga, perlu diceritakan bagaimana DAP berperanan besar dalam Tragedi 13 Mei 1969 sehingga berlakunya pembunuhan dan tragedi berdarah yang mencacatkan sejarah negara?

Atau kesemua itu perlu dihapuskan dengan memberikan gambaran yang baik-baik atau menyelewengkan segala fakta bagi mencapai 1Malaysia seperti yang sering digambarkan oleh Lim Kit Siang?

Pusinglah arah mana sekalipun, jasa dan sumbangan para pemimpin bukan Melayu hanya bermula pada pertengahan 1950-an dan tidak pernah lebih awal daripada itu. Parti Komunis Malaya dan Chin Peng serta gerombolan komunisnya bukanlah pejuang dan mereka tidak ada hak di dalam catatan sejarah sebagai penyumbang kerana mereka sebenarnya adalah penjajah yang cuba menjajah negara ini. Chin Peng dan PKM sama sahaja statusnya dengan Inggeris, Siam, Belanda, Portugis mahupun Sepanyol.

Terimalah hakikat bahawa orang Melayu telah BERMURAH HATI memberikan kerakyatan 1 juta orang kepada imigran Cina dan India dalam tempoh 24 jam sahaja. Tak perlulah nak temberang tentang sumbangan para pemimpin mereka yang entah di mana-mana duduknya....

Kalau ada pun, hanyalah anak watan negeri ini seperti Tan Cheng Lock yang keluarganya sudah beratus-ratus tahun menjadi penduduk Tanah Melayu!!! Dan jasa Tan Cheng Lock, sekalipun terpalit dengan kisah dia melarikan diri sewaktu perang, tetap dikenang sebagai negarawan....

Apa jasa Lim Kit Siang sepanjang bergelar orang politik dari tahun-tahun 60-an?

Jasa yang paling besar ialah MENYEMARAKKAN TRAGEDI 13 MEI 1969.... dan kerajaan wajar memasukkan teks itu di dalam buku-buku sejarah yang diajarkan di sekolah-sekolah!!!!
Continue Reading...

IDRIS AHMAD KEKALKAN JENAKANYA!!!!

Sebagai Ketua Penerangan, tugasnya adalah memberikan pencerahan, bukannya buat lawak bangang. Namun itulah yang dilakukan oleh Idris Ahmad terutama dalam hal debat Nik Abdul Aziz yang cuba disensasikan agar dapat dijadikan promosi percuma kepada PAS dan Nik Abdul Aziz yang semakin uzur dan semakin celaru.

Menurut Idris Ahmad, tindakan Nik Abdul Aziz adalah ulangan berkali-kali dalam usaha menyelesaikan kemelut antara UMNO dan PAS. Katanya lagi, UMNO sering menuduh PAS membawa ajaran sesat, anti perpaduan, menafsirkan Islam dengan cara yang salah dan sebagainya. (MALAYSIAKINI)

Yang paling menarik dan paling melawakkan ialah apabila Idris Ahmad kesal kerana media-media utama negara ini tidak memberikan ruang kepada PAS untuk 'menjawab' balik segala 'tuduhan' UMNO.

Satu perkara bangang yang perlu diketahui ialah, media-media utama di negara ini, syer utamanya adalah UMNO. Bukan syer kosong tetapi pemilikan. Oleh kerana itulah, setiap berita yang disiarkan adalah untuk UMNO.

Berapa baris ayat di dalam Harakah dan Harakah Daily yang diberikan kepada UMNO untuk menjawab segala prasangka PAS? Berapa kolum dalam Harakah yang dimiliki sepenuhnya oleh PAS diperuntukkan kepada UMNO dan pemimpinnya untuk memperkenalkan polisi serta dasar mereka?

Kalau sendiri pun tak boleh bikin, mengapa pula menyibuk nak menebeng kat orang lain? PAS memang muka jenis tak tahu malu ke? Mengharapkan orang lain membukakan pintu rumah sendiri untuk mereka, walhal rumah mereka terkatup rapat?

Perkara kedua, siapa sebenarnya yang memulakan agama sebagai alasan untuk berpolitik dengan dalil, politik adalah agama dan tidak boleh berpisah tanggal? Kalau sabda Nabi s.a.w yang memperincikan golongan neraka yang antara lain termasuklah mereka yang membawa cerita dunia ke dalam masjid, tafsiran PAS betul sangatkah dalam hal ini? PAS atau UMNO yang memulakan gerakan mengkafirkan sesama sendiri dalam usaha untuk mendapatkan undi serta pengaruh?

Bagaimana pula dengan Nik Abdul Aziz yang kerap mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang berbau songsang dan serba merimaskan akidah?

Corak berpolitik berputar belit dan kemudian menyalahkan orang lain bagi menutup kesalahan sendiri, seharusnya sudah lama dihapuskan dari dalam PAS. PAS sewajarnya berdiri tegak menegakkan haq dan menghapuskan kebatilan seperti tujuan asal penubuhan parti tersebut. Apa yang berlaku sekarang adalah, asal diri sendiri semuanya boleh dan sesiapa sahaja yang kata salah, semuanya haram... kalau kena kat orang lain, semuanya haram dan sesiapa yang dedahkan adalah jihad.

Tak payah kumpul ulama... cukup dengan menjawab segala persoalan sebelum ini pun, belang Nik Abdul Aziz akan terserlah. Tak payahlah nak berlagak dengan mengumpulkan semua ulama UMNO sebab Nik Abdul Aziz sendiri pun sangat takut dengan Mohd Noor Deris sehingga terpaksa memberikan alasan yang menggelikan hati iaitu TIDAK SETARAF, TIDAK BERJAWATAN dan TIDAK BERPENGARUH DALAM MENGUBAH DASAR....

Susah-susah sangat, berdebat sahajalah dengan diri sendiri, sama ada hujah-hujah sebelum ini diterimapakai di dalam Islam atau sebaliknya... tapi susah jugak kalau diri sendiri pun seringkali dibohongi....
Continue Reading...

MENUNGGU TINDAKAN UMNO!!!

Seorang lelaki bersama kekasihnya dicekup oleh suami kekasihnya sendiri bersama-sama pegawai-pegawai masjid yang bertauliah. Lelaki berkenaan mempunyai jawatan dalam UMNO Puchong Perdana. Malah lelaki tersebut didakwa mempunyai lagak yang sungguh besar kerana sekalipun berjawatan BUDAK PEJABAT (Pembantu Am Rendah), dia mengaku sebagai pensyarah di sebuah universiti di Lembah Pantai, Kuala Lumpur.

RUJUK MYMETRO

Kisah tentang orang politik ditangkap khalwat sememangnya cerita yang sedap didengar. Skandal seks melibatkan orang politik, bukan sahaja popular di Malaysia, bahkan di seluruh dunia, dari zaman purba sampailah ke zaman sekarang.

Selain kisah lelaki yang dikatakan Ketua UMNO Cawangan Puchong Perdana itu, sebelum ini heboh dengan kisah ADUN Selising dan ADUN Perupok dari PAS di Kelantan. PAS seperti biasa, mengamalkan perangai 'menyapu ke bawah karpet' dan tidak mengambil sebarang tindakan mahupun siasatan, sebaliknya menganggap ia hanyalah satu fitnah biarpun saksi-saksi sedia memberi keterangan.

Kisah lelaki tersebut pasti akan dijaja-jaja. Setakat ini, cubaan untuk mendapatkan respons daripada pihak-pihak yang berkaitan khususnya Ketua UMNO Bahagian masih lagi gagal diperolehi. Kalau ada pun, kesemua mereka enggan memberikan jawapan balas yang meyakinkan.

Maka timbullah pertanyaan, adakah UMNO juga akan mengamalkan perangai PAS yang menyapu semua masalah ke bawah karpet? Adakah UMNO akan mengamalkan perangai PAS yang pantas untuk bingkas menyalahkan orang lain dan menyatakan ia hanyalah fitnah semata-mata? Adakah UMNO akan menerima masalah ini sebagai masalah peribadi si pelaku atau mengambil tindakan sewajarnya untuk membersihkan UMNO daripada golongan yang mencemarkan, bukan sahaja diri sendiri, bahkan agama yang dianuti.

Respons daripada UMNO sedang dinanti-nanti oleh ramai orang, termasuklah dari kalangan penyokong UMNO sendiri.
Continue Reading...

PONDANNYA PEMUDA UMNO, ALLAH TAALA SAHAJA YANG TAHU RAHSIANYA!!!!

RUJUK KICKDEFELLA

Membaca tulisan Kickdefella membuatkan penulis mengangguk berulangkali bersetuju dengan apa yang dikatakannya. Pengalaman penulis dengan puak-puak UMNO ini juga sebenarnya tidak jauh bezanya daripada apa yang dilalui oleh Kickdefella. Terus-terang cakap, Pemuda UMNO bagaikan sekumpulan samseng India yang cukup berani dan terer bila beramai atau berkawan tetapi kecut telur bila bersendirian. Bahkan mengangkat muka dan nak hirup nafas pun mereka tidak berani.

Sikap KEPONDANAN Pemuda UMNO terlalu ketara. Sudahlah PONDAN, otak pula hanya tinggal setengah. Dalam ribut serangan kaum pembangkang yang tidak berasas terhadap kerajaan ekoran penyelamatan para pelajar dan warga Malaysia di Mesir, Pemuda UMNO bagaikan telah disumpah Sang Kelembai menjadi batu.

Senyap sunyi tak berkutik!!!

Jangan tidak, di Kelantan, UMNO dan Pemudanya melancarkan satu lagi operasi yang akan membangangkan diri mereka sendiri iaitu GELOMBANG MERAH. Gelombang Merahlah, Gelombang Birulah, Gelombang Sang Rajuna Tapalah, hakikatnya UMNO di Kelantan sebenarnya sudah lama tidak wujud. UMNO Kelantan sudah lama pupus. Dan UMNO Kelantan sudah lama bercawat kote ke sana ke mari.

Pemuda PAS saban masa dan sentiasa mencari ruang untuk menunjukkan kekuatan mereka. Pemuda UMNO pula sentiasa mencari peluang untuk menyakau.... Pemuda PAS walau atas isu apa pun, mereka akan mengumpulkan kekuatan dan mempamerkannya secara terbuka. Pemuda UMNO sentiasa melaungkan kekuatan mereka, tetapi kekuatan mereka sudah termasuk ke dalam perut.

Boleh cakaplah yang Nik Abdul Aziz tidak menjalankan tugas yang diamanahkan kepadanya selaku Menteri Besar Kelantan dengan penuh bertanggungjawab. Tetapi apa yang dilakukan oleh Pemuda UMNO dan UMNO sendiri di Kelantan?

"Kita tidak akan mengikut gaya mereka!"

Itulah kata-kata keramat yang kerap keluar dari mulut penyombong-penyombong dalam UMNO. Walhal sebenarnya kata-kata itu membuktikan kepondanan mereka dan cuba disembunyikan dengan bercakap gah.

Penduduk-penduduk DUN Chempaka berdemonstrasi. Pemuda UMNO dan UMNO Kelantan kecut perut dan duduk pandang dari jauh. Sekadar bersorak sesama sendiri, demonstrasi tersebut berlalu begitu sahaja. Di sana sini di Kelantan, rakyat melahirkan perasaan tidak berpuas hati dengan prestasi yang ditunjukkan oleh Kerajaan Negeri yang lebih banyak ceramah daripada projek pembangunan untuk rakyat. UMNO dan Pemudanya pula lebih sibuk berada di Kuala Lumpur dan mengira berapa helai bulu lagi yang belum dicabut dari telur masing-masing.

Seharusnya, apa yang berlaku di Mesir, Tunisia, Jordan, Syria, Oman dan Yaman dijadikan pemangkin kepada bermulanya transformasi UMNO Kelantan. Apatah lagi Nik Abdul Aziz sendiri telah menghalalkan demonstrasi, terutama sekali TUNJUK PERASAAN SECARA AMAN. Mengapa UMNO dan Pemuda UMNO tidak melakukannya di Kelantan? Kenapa tidak dikumpul dan digerakkan massa untuk melancarkan tunjuk perasaan besar-besaran di seluruh Kelantan.

Takkan selama 20 tahun Nik Abdul Aziz menjadi Menteri Besar Kelantan, para Pemuda UMNO dan UMNO Kelantan sendiri sudah menjadi bacul?

Tak perlulah berhias yang bukan-bukan. Tak perlulah beretorik yang bukan-bukan kerana sebarang retorik hanya akan digelakkan... bukan sahaja oleh orang-orang PAS, bahkan oleh orang-orang UMNO sendiri... apatah lagi perangai UMNO Kelantan cukup tersohor di serata ceruk rantau!!!

Gelombang Merah kononnnnnn... cehhhh... pergi belajar pakai seluar dululah sebelum nak bergelombang-gelombang!!!!
Continue Reading...

DAP MEMANG HINA MELAYU, ALASAN APA LAGI LIM GUAN ENG AKAN BAGI?

Sumber gambar dan rujukan: BLOG DR. NOVANDRI

Sedap benar Lim Guan Eng memberi jawapan berkenaan risalah 'My Balik Pulau' yang dikatakannya diterbitkan oleh UMNO dengan pembiayaan Kerajaan Pusat hanya berdasarkan kepada logo Pejabat Pelancongan Pulau Pinang yang tertera pada bahagian belakang risalah tersebut. Manakala si penerbit dan kakitangan yang bertanggungjawab menerbitkan risalah itu tidak pula diperkatakan oleh Lim Guan Eng.

Penghinaan terhadap orang Melayu sememangnya sudah lama dilakukan. Kemuncak daripada penghinaan itu adalah Tragedi 13 Mei 1969 yang dalang utamanya adalah DAP sendiri. DAP tidak pernah berhenti daripada menghina Melayu sama ada secara luaran mahupun dalaman.

Kisah DAP memperjuangkan Malaysian Malaysia itu sendiri sudah cukup menjadi bukti bagaimana bencinya DAP kepada orang Melayu. Mereka tidak pernah mengiktiraf orang Melayu sebagai penduduk asal di negara ini. Hujah mereka ialah, orang Melayu adalah pendatang, sama juga seperti mereka. Bagaimanapun, mereka tidak pula menghujahkan bahawa kedatangan orang Melayu dari Alam Melayu bukannya beberapa tahun sebelum negara ini wujud.

Risalah 'My Balik Pulau' adalah lanjutan daripada penghinaan tersebut. Secara jelas, di dalamnya terkandung fakta-fakta palsu yang cuba menyanggah bahawa orang Melayu telah lama menghuni Pulau Pinang. Secara tidak masuk akal, mereka cuba menjadikan Pulau Pinang 'HANYA' ditemui pada 1800-an oleh pendatang-pendatang dari China yang dibawa masuk oleh Inggeris.... sesuatu yang sangat melucukan kerana Pulau Pinang sudah beratus-ratus tahun menjadi penempatan orang Melayu terutama dari Kedah, Pasai-Samudera, mahupun Acheh!

Lim Guan Eng boleh terus menipu dan berlakon. Namun bukti-bukti yang ada jelas menunjukkan dia sememangnya mempunyai hajat besar untuk MENGHAPUSKAN SELURUH KETURUNAN MELAYU dari Pulau Pinang. Pulau Pinang hendak dijadikannya sebagai pangkalan utama pengkaderan sosialis Cina. Kebenciannya terhadap Melayu terakam dalam tindakan-tindakannya menghapuskan perkampungan Melayu dan pengusiran Melayu secara terhormat dari Pulau Pinang atas alasan pembangunan.

Bagi anda yang pernah hidup pada tahun-tahun 70-an, pasti anda mengingati semula bagaimana pengiklanan cukup memainkan peranan menghina Melayu sehinggalah kabinet Dr. Mahathir mengubah polisi pengiklanan.

Tentu anda masih ingat, dalam iklan serbuk pencuci, orang Melayu digambarkan membasuh pakaian dengan tangan manakala orang Cina pula menggunakan mesin basuh. Begitu juga dengan iklan kad kredit. Tidak ada nama Melayu, muka Melayu atau sebarang unsur Melayu sebaliknya yang ada hanyalah nama, muka dan unsur Cina. Iklan-iklan kereta juga tidak melibatkan orang Melayu sebaliknya seratus peratus orang Cina, seolah-olah menanamkan doktrin bahawa orang Melayu tidak berkemampuan membeli apa juga barangan.

Perhatikan kartun di atas. Itu adalah gambaran yang sentiasa tertanam dalam kepala orang Cina DAP. Bagi mereka, orang Melayu tidak boleh diberikan pinjaman atau galakan perniagaan kerana orang Melayu lebih gemar membuang duit untuk perkara-perkara tidak berfaedah seperti majlis perkahwinan. Penggalakan perniagaan seharusnya diberikan kepada orang Cina kerana orang Cina yang akan menggerakkan ekonomi domestik!

Anehnya, sekarang ini golongan mereka yang sangat berlumba-lumba untuk mendapatkan cop HALAL JAKIM dalam semua perkara. Logo HALAL JAKIM akan meningkatkan keuntungan perniagaan mereka.... golongan yang mementingkan halal itu bukankah orang Melayu?

Dan perhatikan pula siapa yang lebih banyak menjadi pelanggan segala macam KopiTiam kalau bukan orang Melayu? Begitu juga dengan restoran makanan segera yang lain....

Namun, golongan seperti Lim Guan Eng tetap memandang rendah terhadap orang Melayu. Maka tidak hairanlah bagaimana dia melayan PAS di Pulau Pinang seperti tuan melayan seekor anjingnya yang kelaparan. Apabila anjing itu menyalak, dia akan menepuk-nepuk kepala anjingnya dan anjingnya itu akan kelam-kabut menggoyangkan ekor sambil menjilat tangannya dengan harapan akan terus diberi seketul tulang yang masih ada sisa-sisa dagingnya...
Continue Reading...

ANWAR MEMANG HEBAT! TIADA SESIAPA DAPAT TANDINGINYA!!!!

Perlu diakui, antara kehebatan Anwar Ibrahim selain daripada temberang, membohong, berjubor dan menggatal dengan bini orang sebagaimana yang tersebar menerusi YouTube, adalah BERCAKAP. Dia merupakan Menteri Kewangan pertama yang boleh bercakap selama lebih tiga jam membentangkan Bajet Tahunan selama beberapa tahun dia memegang jawatan yang membolehkan kroni dan kaum keluarganya menjadi bilionaire tidak berdaftar.

Pada 19 Februari nanti, Anwar Ibrahim sekali lagi akan mempamerkan kehebatannya bercakap selama berjam-jam di Seberang Jaya, Pulau Pinang. Konon katanya, dia akan mengupas tentang pelbagai isu membabitkan penyelewengan dan kejahatan UMNO-BN sepanjang 53 tahun memerintah Malaysia.

Kita kena percaya. Anwar akan ungkit segala-gala macam tok nenek. Yang tak ada pun, dia boleh adakan. Di belakang rumahnya, berapa punya banyak fail buruk dari zaman Datuk Onn sampailah ke zaman Najib tentang penyelewengan UMNO.

Yang tidak akan diceritakan oleh Anwar Ibrahim sepanjang 2 jam ceramahnya itu nanti ialah MISTERI KEKAYAAN KELUARGA dan KAUM KERABATNYA, termasuklah kawan-kawannya yang sekarang berada dalam PAS dan PKR. Yang Anwar Ibrahim takkan cerita ialah tentang hubungan istimewanya dengan Vincent Tan dan beberapa taukeh besar yang lain. Yang Anwar akan ceritakan sepanjang tempoh dua jam itu ialah, cerita di sebaliknya... yang lebih mudah faham, cerita tu memang cerita dia tetapi watak dia dalam cerita itu ditukarkan kepada watak lain... dan sudah tentulah watak kegemarannya adalah Dr. Mahathir dan Najib Abdul Razak.

Namun yang sudah pasti tidak akan diceritakan oleh Anwar Ibrahim ialah peristiwa 1997 di mana dia cuba menyerahkan negara ini di bawah taklukan Amerika Syarikat dengan serangan ke atas matawang, ekonomi, perbankan dan segala-gala yang berkaitan dengan kewangan. Anwar sebaliknya akan berkata, pemulihan segera ekonomi Malaysia pada tahun 1998 adalah hasil kerjanya, walaupun dia sebenarnya hanya makan gaji buta... dan yang tidak akan diceritakan oleh Anwar Ibrahim juga ialah bagaimana dia dipetisejukkan dan tugasnya selaku Menteri Kewangan diserahkan kepada Tun Daim dan MTEN.

Bagi anda yang berminat untuk ketawa berdekah-dekah, silalah pergi dan dengar sendiri lawak-lawak Anwar Ibrahim. Anda tidak perlu terpengaruh dengan cerita-cerita buruk tentangnya tetapi anda boleh selidiki semula apa yang telah berlaku dari tahun 1982 sehingga 2011, iaitu sepanjang Anwar Ibrahim berada dalam alam politik... daripada SEEKOR BAJINGAN BERKURAP sehingga MENJADI TIMBALAN PERDANA MENTERI dan kemudiannya menjadi banduan menyontot jubor jantan.

Manakala bagi anda yang pernah bersama-sama Anwar juga, elok pergi dan tunjukkan muka kepada Anwar Ibrahim. Dia memang akan buat-buat tidak kenal atau menebalkan mukanya bagaikan pantat kuali, malah dia juga tidak akan mengendurkan suaranya tetapi dia akan lebih berhati-hati kerana golongan agresif yang sebelum ini menyokong, kemudian meninggalkannya, kembali semula untuk mendengar segala pembohongannya. Anwar pasti akan lebih berhati-hati, bahkan akan terkedu seperti di Tenang apabila dia melihat muka beberapa orang 'kawan' lama....

Dua jam berceramah... hebat! Memang hebat!!!

Tapi biasanya, orang kalau dah banyak dan pandai bercakap, KERJA MEMANG TAK PANDAI BUAT SATU APA PUN!!!!
Continue Reading...

KANGKANG SAMPAI KOYAK... KOCAK SAMPAI BASAH!!!!



Kebanjiran pendatang asing, terutama dari Indonesia turut membawa bersama budaya mereka yang ada sesetengahnya sangat bertentangan dengan nilai budaya orang Malaysia, khususnya orang Melayu.

Sesetengah pihak menjadikan Indonesia sebagai contoh terbaik kebebasan, ketelusan, keadilan dan sebagainya yang indah-indah menurut kacamata demokrasi. Hakikatnya, kebebasan yang dicari-cari itu telah meluluhlantakkan Indonesia yang mulai kehilangan arah dalam menentukan haluan bangsa Indonesia itu sendiri.

Terlalu banyak pengaruh asing, telah menyerap ke dalam bangsa Indonesia yang terdiri daripada pelbagai suku, kaum dan puak. Nilai-nilai asing itu diterima dengan senang hati dan dengan mata yang tidak sakit meskipun masalah sebenarnya telah membarah dalam masyarakat tersebut.

Lantaran itu, apabila Kerajaan Malaysia melarang pengimportan budaya Indonesia di kalangan masyarakat itu di Malaysia, ramai yang mengutuk Malaysia. Bahkan para pejuang kebebasan di Indonesia menganggap Malaysia sebagai penghalang kebebasan yang sangat tegar.

Anda boleh nilai sendiri. Tengok di sekeliling anda dan perhatikan cara hidup masyarakat pendatang Indonesia yang ketinggalan puluhan tahun, dengan budaya suka melepak, suka bergebang di kedai kopi, budaya wanita yang bekerja keras dan kaum lelaki pula menghisap rokok sambil menyabung ayam atau bermain kartu. Dan perhatikan juga di mana mereka berkahak dan meludah kalau anda tidak bernasib baik untuk melihat di mana mereka kencing dan buang air besar!!!!

Maka bayangkanlah kalau budaya seperti ini berleluasa di Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak....

Tak tahu kalau Anwar dan anaknya, Nurul Izzah suka sebab apa-apa hal pun, mereka tetap menjadikan Indonesia sebagai idola dan negara contoh terutama dalam ceramah-ceramah dan kempen-kempen mereka.
Continue Reading...

Sunday, February 6, 2011

PAS MAKAN TAIK KALAU BENARKAN PKR DI MERLIMAU!!!!

Apa-apa sahaja sentuhan PAS, pasti kesudahannya adalah taik belaka. Mereka yang mengharapkan kebenaran, mereka jugalah yang menyokong kesongsangan. Mereka yang mengatakan mereka dari golongan kanan, sebaliknya tindak tanduk mereka kelihatan sangat jelas, mereka adalah golongan kiri.

Di selatan Kedah, mereka mengamuk sakan meminta Gobalakrishnan meletakkan jawatan dan mencipta satu lagi pilihanraya kecil berlangsung. Masa Mac 2008, mereka jugalah yang bersungguh-sungguh berkempen memenangkan Gobalakrishnan dan sehingga saat-saat terakhir Gobalakrishnan jadi MP Padang Serai berjenama PKR, sokongan mereka langsung tidak berbelah bahagi. Apa-apa sahaja tindakan Gobalakrishnan akan disahut dengan takbir. Sampaikan Gobalakrishnan berkempen dengan memetik ayat Quran pun, mereka bertakbir, bahkan ada Muslimatnya yang mengalirkan air mata, kununnya terharu sangatlah seekor kafir seperti Gobalakrishnan boleh membaca ayat-ayat al Quran.

Tu belum lagi berkembang biaknya samseng-samseng yang berasal dari estet dan kini menguasai Kulim, Lunas dan Padang Serai. Sebelum ini, samseng-samseng yang bermotor itu kalau tetak Melayu pun, mereka sokong samseng. Kalau samseng-samseng tendang budak Melayu umur 6 tahun macam yang berlaku di Lunas tahun lepas pun, mereka suka sakan....

Sekarang, apabila Gobalakrishnan jadi Ahli Parlimen Bebas, merekalah yang paling kuat menyorak. Paling kuat menjerit. Paling kuat mendesak. Segala sokongan dan usaha mereka untuk memenangkan Gobalakrishnan sebelum ini diungkit-ungkit. Tu belum lagi Gobalakrishnan masuk MIC dan kemudian cuba mengekalkan status-quo untuk bertanding di Padang Serai pada PRU13.

Itu kisah di Padang Serai...

Di Merlimau pun, lebih kurang jugalah ceritanya... Masa PRU12, Mac 2008, PAS dengan senang hati bagi laluan kepada PKR yang konon-kononnya hendak meletakkan Shamsul Iskandar Mohd Akin untuk bertanding di situ. PAS pun bukan main lagi menyokong dengan harapan Abang 'Pen' akan menang.

Alih-alih Abang 'Pen' tak berkenan jadi ADUN, sebaliknya dia berpindah untuk bertanding di Parlimen Dungun, Terengganu yang menyaksikan ketinggian tubuhnya semakin kemetot, sekemetot otaknya juga walaupun dia adalah Pengerusi PKR Negeri Melaka. PAS dihina apabila PKR sekadar meletakkan muka baru yang sesiapa pun tak kenal untuk menggantikan Shamsul Iskandar Mohd Akin bertanding di kerusi DUN Merlimau.

PAS kempunan...

Sekarang, Shamsul Iskandar Mohd Akin menuntut untuk bertanding lagi. Macam-macam fakta sudah dikeluarkan. Dia sajalah yang hebat. Dia sajalah yang boleh membawa kemenangan kepada Pakatan Rakyat setelah kekalahan berjubor-jubor sebelum ini.

PAS yang mengalami kekalahan berturut-turut bakal kempunan sekali lagi. PAS Melaka bukan sahaja dihina sebaliknya diaibkan jikalau Shamsul Iskandar Mohd Akin yang berjiwa besar, berpunggung besar, berperut lebar jadi calon di Merlimau.

Sebabnya sangat pasti, Shamsul Iskandar Mohd Akin dan PKR akan jadi tuan besar, sedangkan PAS Melaka yang bagi laluan pula akan dijadikan hamba tebusan, yang bukan sahaja terpaksa mengeluarkan perbelanjaan sendiri, bahkan untuk mengelap punggung berlengas Shamsul Iskandar Mohd Akin pun, merekalah juga!!!

Dan putaran akan berlaku... PAS akan melalak-lalak, menjerit-jerit dan berkeriau sakan, macam yang mereka lakukan di Padang Serai, walhal dalam apa juga keadaan, PKR jauh lebih bijak, lebih strategik, lebih segala-galanya berbanding PAS yang bukan sahaja dungu, tetapi sangat mudah diperkotak-katikkan kerana kebencian mendalam mereka terhadap UMNO dan Barisan Nasional.
Continue Reading...

BENGONG MAHFUZ MEMANG SEJAK AZALI!!!!

Dia sebenarnya tak tahu nak cakap apa. Tetapi mengenangkan yang dia adalah Naib Presiden PAS, maka dia perlu bercakap sesuatu. Maka dia pun bercakaplah. Cuma malangnya, butiran yang keluar dari percakapannya tidak menampakkan kebijaksanaan, tetapi KEBENGONGAN tahap melampau!!!

Mahfuz Omar kata, Najib tidak boleh kata sebarang tohmahan sebelum ini terhadap kerajaan sebagai fitnah sebab katanya lagi, kerajaan lewat mengeluarkan kenyataan setelah cerita-cerita tentang pembiayaan sendiri oleh para pelajar tersebar meluas.

Apa punya lawaklah Naib Presiden PAS ini!!!

Nak katakan dia buta huruf, macam mana pula dia boleh jadi wakil rakyat. Nak kata, dia langsung tak tahu perkembangan luar, cakapnya bukan main hebat lagi. Apa benda pun, semuanya nak diulas sekalipun ulasannya macam ular ulas tentang lipan...

Dari awal lagi, kerajaan menerusi Kementerian Pengajian Tinggi, Kementerian Luar, Timbalan Perdana Menteri dan sebagainya telah memberitahu bahawa segala kos ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan, termasuklah cukai lapangan terbang. Pendek kata, anak-anak orang PAS di Mesir tidak perlu risau langsung dengan perbelanjaan kerana kerajaan yang tanggung, bukannya kerajaan negeri atau pun parti politik.

Alih-alih Mahfuz kata, pengumuman itu sudah terlewat!!! (HARAKAH ONLINE)

Apa punya baghal ler sekor nih!!!

Barangkali berita yang dibacanya hanya dari Harakah dan Suara Keadilan... Rocket dah tentulah dia tak baca sebab dia buta seni Bahasa Inggeris. Berita TV yang ditonton pula hanyalah berita syok sendiri daripada siaran Internet seperti Selangor Kini dan sebagainya. Selebih daripada itu, dia pula hanya percaya kepada ramalan dan fatwa pujangga Nik Abdul Aziz yang khabarnya kena sakit lutut pulak dah!!!

Daripada awal lagi kerajaan dah cakap semuanya adalah percuma. Yang menyebarkan berita agar para pelajar tidak bertukar parti politik, adalah puak-puak Pakatan. Mereka juga yang mengandaikan kerajaan akan pilih kasih untuk bawa pulang pelajar, mereka juga yang ketakutan. Mereka yang menyebarkan berita tentang perlunya pembayaran tambang oleh pelajar dan warga Malaysia dari Jeddah ke Malaysia, mereka juga yang percaya dengan cerita rekaan. Mereka yang takut para pelajar itu akan terhutang budi dengan UMNO dan Barisan Nasional, mereka juga yang sibuk berlagak menyebar luaskan cerita yang kerajaan negeri seperti Selangor, Kedah dan Kelantan hantar wakil dan duit yang hanya cukup untuk belanja masuk tandas.

Bila peringkat penghantaran balik para pelajar dan warga Malaysia di Jeddah ke Malaysia bermula, Mahfuz pulak yang panik terlebih-lebih!!!

Alahai, siapalah pilih Naib Presiden PAS dari kalangan si tongong yang menongongkan dan sangat malas membaca walaupun bergelar Ahli Parlimen!!!!
Continue Reading...

AZMIN ALI INGAT, KERJA MENYELAMAT MACAM KONGSIKAN BINI SENDIRI DENGAN JANTAN LAIN KUT?

Azmin Ali, 'sang kekasih hati' Anwar Ibrahim berkata, Kerajaan Malaysia gagal dalam menyelamatkan dan mengeluarkan pelajar serta rakyat Malaysia dari Mesir. Katanya lagi, kegagalan tersebut adalah disebabkan kelembapan, kemandoman dan kebongokan para pegawai kedutaan yang tidak tahu berbahasa Arab sehinggakan mereka tidak tahu apa-apa yang berlaku di Mesir. (SUARA KEADILAN ONLINE)

Kalau menurut Azmin, kerajaan Malaysia seharusnya bertindak lebih awal, iaitu sebelum berlakunya rusuhan bagi mengeluarkan rakyat dan pelajar Malaysia dari Mesir. Seolah-olah dia merujuk kematian beramai-ramai para pelajar serta rakyat Malaysia di Mesir akibat kelambatan yang dimaksudkannya.

Barangkali Azmin Ali beranggapan, mengatur logistik, menguruskan aset, meminta kebenaran mendarat, berlabuh, melalui ruang udara, ruang laut dan sebagainya itu adalah harta Anwar Ibrahim yang dia boleh kongsikan dengan orang ramai. Mungkin dia tidak ada masalah menerusi PERKONGSIAN tetapi apabila melibatkan negara-negara asing, pastinya banyak benda yang dilakukan.

Azmin Ali seharusnya menunjukkan negara-negara yang telah selesai mengangkut dan mengeluarkan rakyat mereka dalam jumlah yang besar seperti Malaysia bagi menyokong tuduhannya bahawa Kerajaan Pusat gagal melaksanakan pelan evakuasi di Mesir. Esok merupakan hari di mana kumpulan terakhir akan dibawa keluar dari Mesir. Dan dari Jeddah, mulalah pengangkutan dibuat menghantar para pelajar dan rakyat Malaysia pulang ke tanah air.

Atau barangkali Azmin Ali mempunyi geluk ajaib yang boleh memberikan ramalan apa yang berlaku pada masa hadapan. 20,000 orang rakyat Malaysia di Mesir boleh diangkut dengan sekali ketip jari ketika rusuhan mulai tercetus. Dan jangka masa rusuhan itu pula berlaku boleh ditangguh-tangguh?

Barangkali Azmin Ali ini sudah terlebih minum AIR JANTAN sampaikan benda yang keluar dari mulut dia, bongok saja bunyinya. Gagal apa bendanya kalau tidak ada seorang pelajar atau rakyat Malaysia yang tersangkut atau mati kejung atau lenyek di Mesir. Baki yang tidak pulang, bukan kerana kerajaan gagal membawa mereka pulang, sebaliknya kerana mereka sendiri yang sukarela untuk terus tinggal di Mesir.

Rakyat Malaysia terus dihidangkan dengan AHLI-AHLI POLITIK BANGANG seperti Azmin Ali yang cuba memperlihatkan kebijaksanaan tetapi hasil kerja tidak ada langsung. Masa pelan evakuasi, tidak ada suara langsung daripada Azmin Ali kecuali mendesak agar para pelajar dan rakyat Malaysia dibawa pulang. Apabila kerajaan telah pun melaksanakan rancangan tersebut secara berperingkat-peringkat serta lancar, maka berbunyi pulaklah mulut PONDAN HENTAK KAKI Azmin Ali.

Segala-gala benda hendak dipolitikkan dan dijadikan sumber berpolitik. Tidakkah suatu hari mereka berasa bosan amat dengan perangai sendiri yang sentiasa membodoh-bodohkan dan merendah-rendahkan keintelektualan rakyat Malaysia secara keseluruhannya. Atau mereka barangkali seronok apabila melihat kebodohan mereka ditelan, dijilat dan dikunyah oleh para penyokong mereka yang otak mereka jauh lebih kecil berbanding otak ayam!!!!
Continue Reading...

GUAN ENG TENTU ADA JAWAPANNYA... YANG LAWAK!!!!

Tiada yang lebih menarik selain daripada menantikan jawapan balas daripada Lim Guan Eng apabila Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin meminta agar Lim Guan Eng berlaku adil di Pulau Pinang iaitu memberikan peluang secara saksama kepada semua rakyat tanpa mengira kaum dan agama.

Selama ini, Guan Eng seringkali menggambarkan yang kerajaan negeri pimpinannya telah memberikan peluang sama banyak kepada semua orang. Kalau ada rumah Melayu yang dirobohkan, itu bermakna rumah dan perkampungan Melayu yang sudah beratus tahun itu, terletak di atas tanah pemaju atau dengan kata lain, setinggan. Kalau ada gerai Melayu yang dirobohkan, itu tandanya gerai Melayu tersebut dipacak secara haram.

Tapi kalau perkampungan setinggan Cina, ia wajar dibiarkan dan dijadikan sebagai tapak warisan memandangkan keperluan mewujudkan persepsi bahawa Cina adalah pembuka Pulau Pinang. Manakala gerai-gerai Cina pula, wajar dibiarkan dengan menutup jalan bagi memudahkan mereka berniaga.

Itu adalah keadilan yang didefinisikan oleh Lim Guan Eng.

Untuk lebih adil lagi, nilai hartanah sengaja dinaikkan, bukan kerana mengikut harga pasaran, tetapi sebaliknya untuk memastikan orang Melayu tidak tinggal di pulau. Untuk membeli sebuah rumah flat berharga ratusan ribu, orang Melayu tidak mampu. Jadi, dengan menggunakan alasan bahawa pembelian rumah flat tersebut adalah terbuka, itu adalah maksud adil bagi Lim Guan Eng.

Macam projek pelaburan juga. Adil bagi Lim Guan Eng ialah, semua projek dimasukkan ke Pulau Pinang kerana katanya, Pulau Pinang ada segala-galanya, sedangkan dia sendiri tidak bekerja keras pun untuk menarik pelaburan. Adil bagi Lim Guan Eng adalah memberi dan menyuap segala-galanya kerana dia adalah Lim Guan Eng dan Kerajaan Pusat wajar mengada-ngadakan Pulau Pinang kerana di Pulau Pinang ketua menterinya adalah Lim Guan Eng.

Kerja menarik pelaburan bukanlah kerja Lim Guan Eng dan DAP. Kerja Lim Guan Eng dan DAP adalah berpolitik, halau orang Melayu, hapuskan perkampungan orang Melayu, bagi fakta salah tentang sejarah Pulau Pinang, saman Utusan Malaysia, saman mana-mana wakil rakyat atau pemimpin UMNO yang berani mendedahkan kejahatan dan keiblisan Lim Guan Eng.... itu kerja Lim Guan Eng.... kerja-kerja yang lain, bukan kerjanya.

Jadi, apabila Muhyiddin meminta Lim Guan Eng berlaku adil, pastinya sebahagian daripada kita sudah tahu apa sebenarnya yang akan dicakapkan oleh Lim Guan Eng dan ke arah mana tudingan jarinya menghala.....

Bijak Melayu-Melayu Pulau Pinang yang memilih dan menyayangi Lim Guan Eng!!!
Continue Reading...

GILA SEKS KETERLALUAN... MENYAMAR UNTUK CAKAP LUCAH SAMBIL PAKAI SERBAN!!!!

Makhluk ini adalah orang kuat PASTI Pulau Pinang. Makhluk ini juga pernah ditelanjangkan kerana mengapur duit bebudak PASTI. Yang paling menarik, makhluk ini adalah salah seorang daripada Lembaga Pengarah PASTI Pulau Pinang.

Bagi yang tidak tahu, PASTI adalah Pusat Asuhan Tadika Islam yang merupakan milik penuh Parti Islam SeMalaysia.

Cerita terbaru pula adalah, makhluk ini telah dituduh menyamar sebagai seorang wanita berwajah ayu dan sering bersembang lucah dalam FACEBOOK dengan wanita-wanita yang lain. Motifnya sangat mudah difahami... mencari LUBANG FREE!!!

Nak cerita banyak-banyak pun tak pandai... apa kata anda ke BLOG ABU NAWAS untuk tahu siapakah orang kuat PAS yang gila seks dan berserban berjubah itu....
Continue Reading...

SEBUT SAJA NAMA NAJIB, CIRIT ANWAR IBRAHIM BERTABURAN!!!

Selama ini hanya dengar cerita dari sebelah pihak. Selama ini pun, Anwar sekadar mengaku dalam bentuk perumpaan, peribahasa dan gurindam. Tidak pernah dia berterus-terang. Bahkan selama ini pun, Anwar memperlihatkan keberaniannya yang luar biasa untuk menentang Najib Abdul Razak menerusi tindakan-tindakan yang tidak masuk akal, terutama MENYONTOT punggung Saiful Bukhari Azlan.

Seperti kisah Anwar Ibrahim dan Dr. Mahathir Mohamad. Dr. Mahathir cukup terkenal sebagai seorang yang kuat membaca. Kebanyakan masa lapangnya diisi dengan membaca dan menulis selain bertukang kayu. Dek kerana itulah, Dr. Mahathir boleh bercakap atas sebarang isu dengan mudah dan baik.

Berbeza pula dengan Anwar Ibrahim. Oleh kerana kekaguman masyarakat terhadap nilai-nilai terpuji Dr. Mahathir, Anwar cuba menyaingi dengan cerita suka membacanya. Habis dicanangnya, kononnya dalam perjalanan ke sana ke mari, dia sempat membaca beberapa buah buku bertajuk besar. Namun bagi orang yang mendengar cakapnya dan pada masa yang sama, seorang yang kuat membaca, akan mengetahui bahawa Anwar Ibrahim hanya baca tajuk buku dan blurp pada bahagian kulit belakang buku berkenaan. Mungkin sedikit prakata dan mungkin sedikit isi kandungannya secara rambang.

Sebabnya mudah, cakap-cakap Anwar Ibrahim jelas menunjukkan dia bukanlah seseorang yang mencintai buku dan pembacaan!!

Buktinya, kisah kalau Pakatan menang hari ini, esok harga barangan dan perkhidmatan serta harga minyak akan diturunkan!!!!

Dan yang percaya dengan cakap bodoh seperti itu, adalah kelompok pemercaya yang sefahaman dan seperangai dengan Anwar Ibrahim.... kelompok malas membaca! Kelompok yang otak sebelah kanan dan kirinya kurang berfungsi dengan baik.

Najib Abdul Razak mempunyai kepakaran dalam pengurusan ekonomi. Pengalamannya sebagai Menteri Besar Pahang yang paling muda, mendedahkan dia kepada pentadbiran dan pengurusan ekonomi secara makro. Anwar Ibrahim tidak ada sebarang kepakaran selain membuat havoc, bertemberang dan berlagak macam pandai.

Jadi, apabila Najib Abdul Razak mengatur strategi ekonomi yang sudah mula menampakkan hasil, Anwar Ibrahim turut mengatur strategi ekonomi yang sama. Bagaimanapun, strategi dan langkah pengurusan ekonomi anjuran Anwar Ibrahim kelihatan sangat pincang dalam semua sudut, terutama dari segi perolehan. Anwar Ibrahim hanya merancang untuk berbelanja besar, bukannya mencari pendapatan besar. Dan ini terkandung dalam Buku Jingga Janji 100 Hari Pakatan.

Ekonomi Anwar Ibrahim ialah 'jangan bagi sesiapa kaya' dan 'orang kaya adalah musuh masyarakat'... suatu falsafah yang dikongsi dengan Mahaguru Komunis Stalin-Lenin-Mao, Mao Tze Tung. Dek kerana itulah, Anwar Ibrahim dalam setiap ceramah dan kempennya akan menunjukkan sikap permusuhan kepada golongan yang dikatakannya sebagai kroni.

Anehnya sewaktu dia di puncak kuasa, dialah KEPALA BAPAK terbesar yang membahagi-bahagikan kekayaan negara kepada beberapa kerat kroninya.... salah seorang daripada mereka adalah KAMARUDDIN JAAFAR!!!

Tidak pula diketahui sama ada sewaktu dia menunjukkan projek-projek besar untuk kroninya, dia berada dalam panel atau menggunakan kuasa ugutan seperti yang dilakukan terhadap Ummi Hafilda dan Azizan Abu Bakar.

Kempen Anwar di Sarawak bermula apabila Najib Abdul Razak dirancang untuk bersemuka dengan wakil-wakil rakyat BN Sarawak. Anwar mendahului kerana dia tidak ada kerja selain daripada berceramah dan berkempen. Dan seperti biasa, Anwar yang sangat takut dengan Najib Abdul Razak menggunakan kesempatan dan ruang waktu untuk mengumpulkan ahli-ahli politik opportunis Sarawak untuk mengembangbiakkan pengaruhnya, biarpun Anwar tahu di Sabah sana, PKR sedang berpecah teruk.

Tunggulah sampai Najib ke Sabah pula... Anwar pasti akan mendahului dan keadaan PKR di Sarawak pula akan berpecah belah seperti di Sabah!!!

Semakin lama semakin jelas, ketakutan Anwar Ibrahim bukanlah kepada penjara yang sedang menantinya, tetapi ketakutan yang tidak terhingga kepada Najib Abdul Razak yang telah menyekat segala keistimewaan kaum keluarga serta kroni Anwar Ibrahim yang dinikmati dari zaman Tun Mahathir dan Abdullah Badawi. Dek kerana itulah, bersungguh-sungguh benarlah Anwar Ibrahim berkempen dan menyalahkan sesiapa sahaja yang menjadi kaya raya sebagai kroni kerajaan kerana kroninya sudah mula terduduk dan kehilangan berbilion ringgit hasil penyusunan semula pembahagian projek....

Itu pun masih ramai yang terfana dan terzauq dengan Anwar Ibrahim!!!!
Continue Reading...

DENGAR TU MIC... TIADA LAGI SOKONGAN MELAYU UNTUK MANA-MANA AHLI POLITIK INDIA DALAM PILIHANRAYA AKAN DATANG!!!!


Apabila orang Melayu marah kerana bangsa mereka dan tanah mereka diinjak-injak, segeralah serangan RASIS diberikan kepada orang Melayu. Tidak sahaja datangnya daripada bukan Melayu bahkan dari kalangan orang Melayu sendiri. Orang Melayu sentiasa DIPAKSA untuk menerima apa-apa sahaja, diperlakukan apa-apa sahaja oleh orang dan orang Melayu perlu sentiasa menutup mulut dan tidak boleh langsung menyuarakan bantahan kerana bagi mereka itu adalah RASIS. Golongan sakral dalam Melayu pula segera melabelkan kemarahan Melayu sebagai ASSOBIYYAH dan kata mereka, ASSOBIYYAH dilarang di dalam Islam. Dan mereka pantas memberikan pengertian ASSOBIYYAH mengikut cerminan tuan-tuan besar di belakang mereka, bukannya berdasarkan ajaran Islam!!!

Ikrar lebih 100 NGO Melayu untuk tidak memberikan sebarang sokongan kepada mana-mana pemimpin dari masyarakat India, mungkin tidak dipandang berat, memandangkan ramai yang beranggapan undi orang Melayu tidak sepenting undi India dan Cina. Bantahan kerana putar belit pemimpin dari masyarakat India yang sudah lama berakar di jiwa Melayu, kini akan direalisasikan dalam bentuk undi pilihanraya. (MALAYSIAKINI)

Putar belit pemimpin masyarakat India sudah terlalu lama. Seperti perayaan Thaipusam yang disambut meriah di Malaysia dan diberikan status cuti perayaan... sebenarnya perayaan Thaipusam tidak disambut pun di India, tempat kelahiran agama berkenaan. Bahkan sesiapa sahaja yang menyambut Thaipusam di India, pasti akan terpinggir dan dipulaukan kerana hanya 'masyarakat tertentu' sahaja yang menyambut perayaan ini.

Justeru apabila mereka menentang penggunaan istilah PARIAH di dalam NOVEL INTERLOK, talam dua muka mereka begitu ketara. Pada ketika mereka begitu berbangga dengan Thaipusam, mereka enggan mengakui kewujudan istilah berkenaan yang wujud pada awal kedatangan kaum imigran dari India ke Tanah Melayu.

Ketiadaan sokongan Melayu bererti, tiadalah juga pemimpin masyarakat India yang dibenarkan bersuara di Parlimen atau DUN. Kalau ada pun, hanyalah dari pihak sebalik sana yang sudah tentu kiblat mereka adalah Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng, bukannya masyarakat India sendiri. Pemimpin masyarakat India di sebalik sana sudah pandai berbahasa Inggeris. Secara lazimnya apabila mereka sudah pandai berbahasa Inggeris, maka malulah mereka untuk berbahasa Tamil. Selagi boleh mereka akan cuba untuk mengelak daripada mengaku sebagai Tamil bahkan dengan bangganya mengaku sebagai Ceylon.

Sehingga setakat ini, kebanyakan pemimpin MIC sangat bergantung harap kepada undi Melayu. PPP yang turut membariskan pemimpin daripada masyarakat India, juga seringkali diletakkan di kawasan bermajoriti Melayu atau lebih tepat lagi di kawasan selamat.

Mungkin kerana terlalu kerap menang hasil daripada undi Melayu, maka para pemimpin masyarakat India berasakan mereka telah menjadi tuan dan boleh melakukan apa-apa sahaja yang dianggap sensitif terhadap orang Melayu. Mereka jadi kumpulan pendesak dan berputar belit dengan fakta sejarah kedatangan kaum mereka di negara ini.

Pengajaran seperti yang dilakukan oleh lebih 100 NGO Melayu itu sepatutnya sudah lama dipraktikkan. Tanpa wakil mereka di Parlimen atau DUN, mungkin mereka akan mula sedar diri dan tidak lagi terlalu ego dan cuba berputar belit dengan nilai-nilai sejarah yang membuatkan mereka masih lagi perasan yang mereka berada di Benua Kecil India.

Sudah lebih setengah abad masyarakat itu berada di Tanah Melayu, seharusnya mereka tidak lagi menghiraukan tentang PARIAH, atau BRAHMIN kerana sebaik-baik sahaja mereka diterima sebagai rakyat Tanah Melayu, segala kasta dalam adat masyarakat India telah dihancurkan, sebaliknya semua orang bebas melakukan apa-apa sahaja untuk menaikkan taraf ekonomi dan kedudukan.

Sejarah kekal sebagai sejarah. Seharusnya sejarah dijadikan sebagai panduan dan iktibar. Orang Melayu pernah dijajah oleh pelbagai bangsa, termasuklah oleh Maharaja Chola dan Suran yang telah memusnahkan peradaban Gangga Negara dan Langkasuka, bahkan orang Melayu terutamanya di utara Semenanjung pernah dianggap sebagai abdi tebusan kepada Sukhotai, namun ianya kekal sebagai sejarah. Bukannya berasa rendah diri seperti yang dialami oleh masyarakat India di negara ini....

Barangkali kalau emak bapak Ananda Krishnan tidak berhijrah ke Tanah Melayu, dia juga masih kekal dalam masyarakat tepu di India yang sangat kukuh memegang adat berbanding agama.

Kalaulah penarikan sokongan kepada mana-mana pemimpin India sama ada dari blok kerajaan mahupun pembangkang terlaksana secara meluas, tidak mustahil masyarakat India akan menjadi jauh lebih teruk berbanding sekarang!!! Dan pada ketika itu, mereka barangkali baru sedar, kebanggaan mereka sebenarnya tidak ada apa-apa nilai sedikit pun!!!
Continue Reading...

NIK ABDUL AZIZ DIBONGOKKAN OLEH PENASIHATNYA SENDIRI

Akhirnya seperti yang dijangka, Pejabat Menteri Besar Kelantan BOLAYAN Mohd Noor Deris untuk berdebat dengan Nik Abdul Aziz Nik Mat dengan alasan, tidak setaraf, tidak berjawatan dan tidak berpengaruh untuk menggubal dasar.

Bagi seseorang yang digelar sebagai ulama, dan dia sendiri menggolongkan dirinya sebagai ulama, alasan berkasta seperti itu merupakan sesuatu yang sangat melucukan. Dalam sejarah kecendekiawanan Islam, proses debat dan hujah tidak memandang kasta dan kedudukan mahupun jawatan, sebaliknya kisah Washil bin Atho' yang berdebat dengan gurunya sendiri, Hasan Al-Basri, bahkan Khalifah Al-Makmun bin Abdullah Abu Al-Abbas berdebat dengan Ahmad bin Hanbal yang merupakan banduannya dalam hal Al-Quran itu makhluk, membuktikan bahawa rukun debat tidak memerlukan sekufu, setaraf mahupun berjawatan.

Ada banyak dalam sejarah Islam yang menunjukkan berlakunya perdebatan antara golongan kafir dengan Islam. Bahkan ada golongan Muktazilah yang berdebat dengan kanak-kanak yang sangat masyhur dalam sejarah. Dan perdebatan tersebut bukannya seperti perdebatan yang ingin dianjurkan oleh PAS dan PKR yang sekadar mencari nama dan mencari jalan untuk dipromosikan secara percuma.

Ada kemungkinan keengganan Nik Abdul Aziz bukanlah keengganannya sendiri, sebaliknya keengganan daripada pejabatnya. Para penasihatnya melihat ruang yang lebih besar untuk Nik Abdul Aziz mencipta nama sama ada kalah atau menang dalam beragumentasi dengan Majlis Fatwa Kebangsaan berbanding dengan Mohd Noor Deris yang diketahui sangat agresif dan membungkamkan mulut Nik Abdul Aziz.

Umum mengetahui, Nik Abdul Aziz sudah banyak kali diperdayakan oleh orang di sekelilingnya yang sering memberi khabar-khabar yang bertentangan dengan apa sebenarnya yang berlaku. Hal ini diakui sendiri oleh anaknya. Dek kerana keadaan itulah, Nik Abdul Aziz seringkali dilihat 'jahat', 'jahil', 'bahlol', 'bermulut lepas' dan 'biadap terhadap Allah Taala dan rasul-Nya'.

Justeru, keengganan yang disiarkan oleh Pejabat Menteri Besar berkemungkinan besar adalah strategi kakitangannya semata-mata. Bukan daripada Nik Abdul Aziz. Apatah lagi sebagai seorang yang bergelar ulama dan menggolongkan diri sebagai ulama, Nik Abdul Aziz tentu sekali tidak akan mahu melepaskan peluang terbesar untuk membuktikan betapa salahnya Mohd Noor Deris keluar dari PAS dan masuk UMNO. Tambahan pula ia adalah debat secara terbuka yang membolehkan orang ramai menilai hujah kedua-duanya.
Continue Reading...

RM120,000 KELANTAN LAGI BAIK DARIPADA RATUSAN JUTA WANG PUSAT!!!!

Ada satu mangkuk... mangkuk ni adalah Editor Kanan di Penerbitan PTS Islamika yang turut terbabit dalam membekalkan buku kepada Jabatan Pelajaran Malaysia dan Perpustakaan Negara Malaysia. Atau dalam bahasa mudahnya, bermain-main dengan tender dan kontrak kerajaan jugalah!!!

Katanya, Kerajaan Kelantan jauh lebih terpuji kerana menghantar RM120,000 kepada para pelajar mereka di Mesir berbanding sebuah agensi kerajaan pusat yang hanya menghulurkan RM35,000. Dia juga lebih bersetuju dengan tindakan Kelantan menghantar wakil ke Mesir dan memberikan wang kepada para pelajar mereka di sana, berbanding usaha kerajaan pusat mengeluarkan semua pelajar dan warga Malaysia dari negara yang sedang bergolak itu. (HARAKAH DAILY)

Dia lebih bimbangkan tentang barangan pelajar yang ditinggalkan, seperti komputer dan kitab serta 'kehendak' orang tempatan yang mahukan bantuan daripada para pelajar Malaysia untuk menjatuhkan Hosni Mubarak.

Itu Editor Kanan... dan bayangkanlah pula dia bertugas di sebuah syarikat penerbitan yang pada masa ini merupakan syarikat penerbitan paling besar dan paling agresif menerbitkan buku-buku bacaan untuk semua peringkat.... terlebih-lebih penting, dia adalah Editor Kanan di Divisyen Islamika iaitu bahagian yang mengeluarkan bahan-bahan bacaan berbentuk Islam, termasuklah novel-novel cinta yang dilabelkan sebagai novel Islamik.

Menjadi orang PAS bererti otak turut jadi hampas!!! Itulah gambaran yang boleh diberikan.

Kemelut di Mesir tidak berhenti dengan perletakan jawatan Hosni Mubarak. Ini baru permulaan. Campurtangan tentera asing sedang menanti bersama calon-calon proksi mereka sebagai Presiden. Kehidupan aman yang diimpikan oleh rakyat Mesir yang membuat tunjuk perasaan, masih jauh daripada tercapai...

Barangkali Editor Kanan ini kurang mengetahui apa yang berlaku dan kurang membaca. Kalau membaca pun, dia sekadar membaca Harakah Online atau tabloid ahli Harakah. Itulah sebabnya, otaknya sangat singkat dan pandangannya sangat dangkal... aneh, macam mana dia boleh diterima sebagai Editor Kanan walhal tahap pemikirannya tidak lebih baik daripada pembaca pruf.

Bahagian yang memuji-muja PAS Kelantan itu, kita sudah maklum yang itu adalah kerja Editor Harakah sendiri. Penambahan seperti itu adalah perlu bagi menunjukkan setiap orang yang mereka siarkan adalah penyokong kuat PAS yang sentiasa bersetuju dengan apa-apa sahaja pandangan Editor Harakah....

Tapi memang lawaklah... RM120,000 dibandingkan dengan ratusan juta ringgit yang dibelanjakan untuk menyelamatkan rakyat Malaysia... itu yang dipandang sangat-sangat.... hantar wakil dan jadi tandiey, itu yang dibanggakan?

Tak lama lagi PTS juga akan jadi seperti beberapa buah syarikat penerbitan yang lain kalau itulah pandangan Editor Kanannya... apatah lagi sekarang ini, BBT dan PNM membuka ruang yang sangat luas kepada bahan-bahan penerbitan yang berbentuk Islamik, dari peringkat tadika, pra-sekolah sehinggalah ke tingkatan enam....
Continue Reading...

Saturday, February 5, 2011

NIK AZIZ TAK JAWAB KER? KER SEBAB TAK SETARAF?

Nik Aziz kata dia sudah bermuzakarah @ berdialog @ berdebat @ berhujah @ bertekak dengan sesiapa pun hatta Majlis Fatwa Kebangsaan sekalipun bagi menunjukkan dia berada di pihak yang benar dan golongan yang diserangnya adalah pihak salah. Nik Abdul Aziz ingin membuktikan kepada para pengikut yang memuja dan mencolok buah orenkan dia bahawa dia sedang memperjuangkan Isle dengan mengalahkan hujah sesiapa sahaja yang ingin berdebat dengannya.

Dan kenyataan Nik Abdul Aziz itu segera disambut oleh Pengerusi Biro Agama dan Ulama Majlis Veteran UMNO Kelantan, Mohd Noor Deris yang akan menghantar sepucuk surat untuk mengadakan majlis debat dengan Mursyidul Am PAS itu.

Bagi anda yang kurang mengenali dan banyak sangat makan semut sampai mudah terlupa, Mohd Noor Deris adalah orang yang mencetuskan kontroversi kerana menghamun Nik Abdul Aziz ketika kemuncak Pilihanraya Kecil Galas yang menyaksikan, Nik Abdul Aziz terkengkang-kengkang berjalan dan bertongkat meninggalkan Mohd Noor Deris selepas kena sergah dan dia sendiri tidak dapat menjawab pertanyaan-pertanyaan bekas orang kuat PAS Kelantan itu.

Bagaimanapun, ramai yang menjangkakan, Nik Abdul Aziz akan bolayan surat debat Mohd Noor Deris kerana Mohd Noor Deris jauh lebih agresif berbandingnya. Atau kalau nak mudah faham, Mohd Noor Deris akan banyak bertanya, bukannya ditanya.

Satu kepantangan bagi para pengikut PAS ialah menjawab soalan. Bagi mereka yang rajin berdebat dan bertekak dengan puak-puak ini akan melihat satu fenomena stereotaip iaitu mereka sangat suka mendesak dengan soalan tetapi apabila soalan dibalikkan kepada mereka, mereka tidak akan menjawab soalan tersebut sebaliknya dibalikkan pula sebagai soalan balas.

Dek kerana itulah, golongan seperti Nik Abdul Aziz sangat ALERGIK dengan sesiapa sahaja yang banyak soalan. Yang mereka suka adalah yang menjawab soalan mereka dan kemudian diasak dengan soalan-soalan yang berputar belit... sebagai contohnya tentang wali dan imam... kalau mereka terdesak, mereka akan bertanya siapakah yang lebih layak sebagai imam solat... dan kalau dijawab, Nik Abdul Aziz, maka mereka akan mengubah soalan tersebut dengan menekankan bahawa imam solat adalah imam di dalam Siyasah Syariah Islam... bagi yang berakal sedikit, mereka akan menggunakan perbandingan serta ciri-ciri mudah Imam Solat dengan Al-Mutawalli Al-Kabir. Dan seandainya soalan-soalan mereka dapat dijawab, mereka akan kembali semula kepada Imam Solat dan kelayakan siapakah untuk menyolatkan jenazah!!!!

Justeru, Nik Abdul Aziz yang memerlukan promosi dan propaganda memandangkan dia adalah seorang ahli politik berserban yang menjadikan Islam sebagai jajan utamanya, tidak akan memandang Mohd Noor Deris, sebaliknya akan menjadikan Majlis Fatwa Kebangsaan sebagai sasaran. Apatah lagi sebarang keputusan muzakarah dengan Majlis Fatwa Kebangsaan akan dijadikan sebagai umpan utama para propagandis PAS untuk membuktikan bahawa Nik Abdul Aziz adalah benar, sekalipun dia terduduk dalam menjawab setiap persoalan yang dilemparkan!!!

Mudir Pondok Geting telah pun membuktikan... Mohd Noor Deris juga telah membuktikan... dan sesiapa yang lengkap 12 perkara atau rukun ilmu debat, pasti akan cuba dielakkan oleh Nik Abdul Aziz kerana dia tidak lengkap 12 perkara tersebut, bahkan 4 perkara asas untuk berdebat pun, dia tidak layak....
Continue Reading...

IBRAHIM ALI BERKOKOK LAGI... SERAK JER SUARANYA!!!!

Ibrahim Ali menyarankan agar kerajaan segera bertindak pantas terhadap golongan yang cuba menghasut rakyat untuk menghina institusi raja-raja Melayu. Tindakan tersebut bukan kepada Shuhaimi Shafie sahaja, sebaliknya kepada ramai lagi yang turut melakukan perbuatan serupa, bahkan lebih teruk dari Shuhaimi Shafie.

Wahai Tok Him...

Tak usahlah berkokok sampai serak suara. Saranan Tok Him itu tidak sampai pun ke telinga kerajaan dan menteri yang berkaitan. Apatah lagi kalau yang menghina itu bukan Melayu dan ahli politik pula. Sebabnya Hishamuddin seringkali tertinggal telurnya yang dibalut kain kuning dan diperasap kemenyan setiap malam Jumaat, sekaligus membuatkan dia tidak berani bertindak atau memulakan sebarang tindakan.

Kes Shuhaimi Shafie, kalau bukan kerana desakan keterlaluan daripada pelbagai pihak, Hishamuddin tetap sengih, senyum dan kemudian gosok-gosok batang hidung besarnya seolah-olah ingin memberitahu dia ada 'senjata' yang sangat besar berbanding orang lain.

Dan percayalah, Shuhaimi Shafie akan dijadikan 'kambing hitam' untuk menutup kes-kes lain yang gagal diambil tindakan oleh Hishamuddin KDN. Selepas Shuhaimi Shafie, tidak akan ada apa-apa tindakan yang akan dibuat kerana 'kami dah dakwa orang yang menghasut'.

Jadi, kepada Tok Him, tak payahlah berkokok atau menyalak... berhentilah... terimalah hakikat bahawa di negara ini, apa-apa sahaja boleh dilakukan, seperti juga kedatangan dan kebanjiran warga asing... kalau warga tempatan, ada undang-undang yang mengatakan, tidak boleh berkumpul melebihi 5 orang... kalau warga asing pulak, berkumpullah jutaan orang pun, tidak akan ada sebarang tindakan yang diambil....

Jangan tanya kementerian atau menteri apa yang bertanggungjawab dalam hal ini kerana menteri berkenaan terlalu kagum dengan telurnya yang dibalut kain kuning, disimpan di dalam almari hias di ruang tamu dan diperasap kemenyan setiap malam Jumaat!!!!
Continue Reading...

DEPA TETAP TAK BERPUAS HATI

Propagandis PAS terus melakukan serangan yang tidak berasas kepada pasukan negara yang cuba menyelamatkan rakyat dan pelajar Malaysia dari Mesir. Mereka cuba mewujudkan perasaan kacau bilau di kalangan ibu bapa dan kaum keluarga rakyat Malaysia yang sedang dikeluarkan dan ditransitkan ke Jeddah.

Sekalipun jaminan demi jaminan diberikan oleh Kerajaan Malaysia bahawa tiada sesiapa pun yang perlu membayar balik segala perbelanjaan dari Jeddah ke Kuala Lumpur, propagandis PAS tetap berusaha untuk menimbulkan keraguan di hati kaum keluarga pelajar serta rakyat Malaysia di Mesir.

Tohmahan dibuat dalam pelbagai bentuk. Segala jaminan yang diberikan oleh kerajaan dipandang sepi. Sekalipun tidak menafikan, tetapi usaha mereka untuk membanyakkan berita palsu rekaan mereka sendiri sudah cukup jelas untuk menunjukkan bahawa mereka sebenarnya sedang takut dengan bayang-bayang sendiri.

Perdana Menteri, Najib Abdul Razak sekali lagi terpaksa mengulangi kata-kata bahawa segala perbelanjaan ditanggung oleh kerajaan. Namun puak-puak yang sudah tertutup hati dan hidayah daripada Allah Taala itu tetap berkeras untuk enggan percaya, sebaliknya lebih percaya dengan bisikan syaitan di telinga masing-masing.

Sewajarnya Kerajaan Malaysia mengikut sahaja kehendak puak-puak ini. Kalau puak-puak ini kata, para pelajar dan warga Malaysia itu kena bayar tambang, kenakan tambang kepada mereka. Kalau puak-puak ini bising pula sebab kepercayaan mereka direalisasikan, tarik mereka dan letakkan dalam pasukan menyelamat di samping memberikan peranan penting dalam logistik mahupun penggunaan aset untuk membawa pulang pelajar serta warga Malaysia.

Gunakan sahaja RM120,000 pemberian Kerajaan Negeri Kelantan dan jumlah yang hampir sama daripada Kerajaan Negeri Selangor untuk menyelamatkan para pelajar mereka. Mereka mempersoalkan tentang perbelanjaan yang dikeluarkan oleh kerajaan Malaysia yang berpunca daripada cukai rakyat, dan jumlah yang dikeluarkan oleh kerajaan Kelantan serta Selangor itu barangkali datang dari Syurga Firdaus.

Ini masanya seluruh rakyat Malaysia teringin nak melihat keberkesanan golongan yang banyak komplen dan sering merasakan mereka adalah yang terbaik dan terhebat. Biarkan mereka yang bekerja...

Barangkali mereka masih tidak berpuas hati kerana Najib Abdul Razak tidak MENYEMBAH-NYEMBAH NIK AZIZ sambil menyatakan, 'Tok Mahadewa, kami ada duit, kami bagi bantuan sepenuhnya... kami biayai sepenuhnya perbelanjaan pelajar-pelajar dan warga Malaysia keluar dari Mesir."

Mungkin kerana itulah puak-puak PONDAN TARAK TELUR ini terus melalak-lalak dan membuat fitnah kononnya golongan pelajar dan warga Malaysia yang dipindahkan ke Malaysia perlu membayar tambang sendiri....

Kenapalah mereka ini Allah Taala jadikan sebagai manusia... kalau mereka dijadikan sebagai lembu, boleh juga mengurangkan harga daging di pasaran!!!!
Continue Reading...

PONDAN-PONDAN DALAM PAS SUDAH MULA BERSUARA... AUWWWWW, TAK KUASA MAK!!!!

Tindakan proaktif yang diambil oleh Kerajaan Pusat dan Najib Abdul Razak ke atas pelajar-pelajar serta warga Malaysia di Mesir, nyata meresahkan pemimpin PAS yang merupakan konco Amerika Syarikat dan Zionis Israel menerusi sokongan tidak berbelah bahagi mereka kepada tunjuk perasaan di Mesir. Dan bimbang kerana ibu bapa, sanak saudara, keluarga mahupun pelajar-pelajar Pro PAS yang diselamatkan UMNO dan Kerajaan Pusat beralih arah sokongan, maka mesin propaganda dan pemimpin bacul PAS terpaksa mereka cerita palsu bagi menyedapkan hati sendiri.

Timbalan Ketua Pemuda PAS Negeri Selangor, Ahmad Zaidy Abdul Mutalib mungkin salah seorang daripada pengkhayal yang sedang ketakutan kerana khayalannya sendiri. Dia mempersoalkan tentang 'sikap pilih kasih' kerajaan yang membuat operasi mengeluarkan para pelajar dan warga Malaysia dari Mesir. (HARAKAH DAILY)

Angan-angannya sangat keterlaluan. Tidak pula diketahui di dalam dunia ini ada kenderaan atau keinderaan pengangkut yang boleh mengeluarkan 20,000 orang sekaligus yang telah dibina dan dimiliki oleh Malaysia. Sebabnya, dia mempersoalkan tentang ada pelajar yang dikeluarkan dahulu dan ada pelajar yang dikeluarkan kemudian.

Malaysia diberi hak menggunakan lapangan terbang Jeddah untuk pendaratan transit sehingga hari Isnin. Oleh kerana itu, semua jentera yang digerakkan, beroperasi 24 jam sehari dan operasi pemindahan semua warga Malaysia dijangka selesai dalam tempoh empat atau lima hari bermula dari semalam.

Sudah tentulah dalam keadaan tersebut, ada yang didahulukan dan ada yang dikendiankan. Oleh kerana otak Timbalan Ketua Pemuda PAS itu sebenarnya hanyalah taik lembu yang langsung tidak bernilai, maka dia melihat tindakan berkenaan dari sudut politik semata-mata. Dia memikirkan Kerajaan Pusat akan bersikap bangang seperti kerajaan PAS dan Pakatan Rakyat di Selangor yang mendahulukan penyokong-penyokong mereka berbanding keseluruhan rakyat.

Dia juga mempersoalkan kononnya wang yang digunakan adalah wang rakyat. Justeru operasi tersebut tidak wajar dipolitikkan. Yang menjadikan ianya politik adalah PONDAN-PONDAN seperti Ahmad Zaidy Abdul Mutalib yang bimbang seandainya pengaruh PAS terjejas di kalangan para pelajar Malaysia di Mesir.

Mempertikaikan wang rakyat yang digunakan di dalam operasi tersebut, seharusnya perlu juga mempertikaikan keberkesanan wakil-wakil rakyat Pakatan Rakyat. Sepanjang mereka mentekedaghah duit rakyat dalam bentuk gaji, elaun, perubatan dan sebagainya, apa pula yang telah mereka berikan kepada rakyat selain daripada ceramah politik, dan kutip derma amal jihad?

Kenapa hal itu juga tidak dipersoalkan? 600 juta ringgit yang diberikan kepada Kelantan untuk tujuan penaiktarafan sistem bekalan air, ke mana pula menghilangnya kerana sistem bekalan air di Kelantan tetap tidak pulih-pulih dan tidak ada peningkatan apa pun. Malahan penduduk di DUN Chempaka yang diwakili oleh Nik Abdul Aziz sendiri pun mengamuk sebab wakil rakyat mereka PEMALAS NAK MAMPUS tapi bercakap pandai dan saban hari memberikan ceramah agama yang sebenarnya adalah ceramah politik untuk kekalkan kuasa.

PONDAN-PONDAN seperti Ahmad Zaidy sebenarnya cukup risau dengan perkembangan yang berlaku. Kerana itulah, mereka berganding bahu untuk menimbulkan kegusaran dan perasaan tidak puas hati terhadap kerajaan pusat yang menurut mereka bertanggungjawab ke atas rakyat Malaysia di luar negara bulat-bulat.... sedangkan mereka pula sekadar menjadi tukang penasihat...

PAS sememangnya sangat malang kerana membiarkan PONDAN-PONDAN seperti ini bersuara. Sudahlah suaranya garau dan lembik, telurnya juga kecut dan lanjut. Tak boleh bekerja dan langsung tidak tahu apa yang harus dibuat selain daripada bercakap dan terus bercakap....

Kesian PAS.... udahlah menyokong Zionis Israel dan Amerika Syarikat menjajah Mesir, sekarang ini mereka mempersoalkan pula tindakan kerajaan Malaysia menyelamatkan rakyat Malaysia di Mesir kerana bimbang dimarahi oleh tuan-tuan besar mereka di Malaysia....
Continue Reading...

DUSTA!!! KENAPA NAMA NAJIB PULA YANG DISEBUT-SEBUT?

Portal berita utama Malaysia benar-benar pendusta! Mereka benar-benar memutarbelitkan fakta! Mereka langsung tidak berpijak ke bumi nyata, sebaliknya hidup dalam kepompong dan angan-angan yang tidak berkesudahan! Lebih teruk lagi apabila tersalah mencetak nama orang lain untuk diberikan kredit.

Lihat LAPORAN MSTAR ONLINE...

Pendusta jenis apakah MStar Online ini? Mengapa pula Najib Abdul Razak yang diberikan kredit walhal kisah USD10 bilion dari Negara Teluk akan sampai ke Malaysia sebaik-baik sahaja 16 September mencatatkan sejarah sebagai penubuhan kerajaan pintu belakang, bukanlah atas nama Najib Abdul Razak, sebaliknya atas nama Anwar Ibrahim.

Anwar Ibrahim adalah orang yang paling layak untuk menerima segala pujian tersebut. Tanpa Anwar Ibrahim, tidak ada satu buah negara pun yang akan memberikan kerjasama yang sempurna untuk Malaysia. Anwar Ibrahim telah menggunakan segala keistimewaannya untuk mengeluarkan para pelajar Malaysia dan warga negara Malaysia dari Mesir.

Tanpa Anwar Ibrahim, bagaimana pula pasukan Malaysia boleh berjaya. Ini adalah realiti yang perlu ditelan oleh setiap orang. Anda tentu pernah mendengar ceramah Anwar tentang Putrajaya yang hendak dilelong pada zaman Abdullah Badawi yang mendorong kepada pembebasan Anwar Ibrahim dari penjara. Tanpa Anwar Ibrahim, pastinya Malaysia sudah kehilangan Putrajaya dan Cyberjaya kepada Brunei dan beberapa negara pelabur yang lain.

Cerita yang sama jugalah di Mesir. Berbanding Najib Abdul Razak, Anwar Ibrahim lebih dikenali di seluruh dunia. Bahkan dia mendapat sokongan bukan sahaja daripada Presiden, Perdana Menteri bahkan ahli-ahli Parlimen dunia pun menyokong dan berkawan baik dengannya.

Najib apa ada... harapkan bininya yang katik macam ayam serama itu sajalah jalan tertonggek-tonggek ke sana ke mari. Konon katanya buat kerja diplomatik tetapi sebenarnya nak pergi shopping dan membeli belah di Oman dan beberapa buah negara Arab yang lain. Najib tak ada aura seperti Anwar Ibrahim.

Kalaulah Anwar Ibrahim tak ada dan tak campur tangan, sudah pasti tidak seorang pun pelajar Malaysia yang boleh dikeluarkan. Kalau bukan kerana kehebatan diplomatik Anwar Ibrahim, sudah tentulah tidak sebuah pesawat Malaysia boleh terbang dan mendarat, bahkan kapal TLDM pun tak boleh berulang alik antara Jeddah dengan Kaherah untuk mengeluarkan pelajar dan rakyat Malaysia.

Kenapa pula Najib yang mendapat nama padahal Anwar punya kerja?
Continue Reading...

LIM GUAN ENG KATA BUKAN DIA BUAT... UMNO YANG PEMBOHONG!!!

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menafikan booklet 'My Balik Pulau' yang mengandungi fakta-fakta sejarah yang mengelirukan dan menafikan Melayu sebagai pembuka kawasan tersebut, dikeluarkan oleh pihak kerajaan negeri. Malahan dia menuntut agar ADUN Pulau Betong, Muhammad Farid Saad agar menarik balik kenyataannya dan meminta maaf kepadanya kerana MENDEDAHKAN PENYELEWENGAN FAKTA oleh kerajaan negeri Lim Guan Eng. (BLOG LIM KIT SIANG)

Memang dasar pembohong dan pelakon terbaik, si Ketua Menteri Pulau Pinang ni!

Booklet tersebut diterbitkan oleh Persatuan Pendidikan Seni Pulau Pinang yang dibiayai oleh Majlis Pendidikan Pulau Pinang.

Lim Guan Eng seperti biasa, segera menuding ke arah UMNO dan Kerajaan Pusat yang dituduhnya mengeluarkan dan menerbitkan booklet berkenaan dengan alasan, UMNO sedang mencipta ruang rasis dan menggambarkan Kerajaan Negeri Pulau Pinang sebagai pendiskriminasi Melayu.

Dek kerana itulah, Lim Guan Eng mengancam akan mengambil tindakan keras ke atas Muhammad Farid Saad dan Utusan Malaysia yang mendedahkan pertualangannya kepada umum. Lim Guan Eng bagaimanapun tidak menjawab tentang Persatuan Pendidikan Seni Pulau pinang dan Majlis Pendidikan Pulau Pinang yang dicipta oleh DAP di Pulau Pinang untuk memaksa penyelewengan sejarah agar berpihak kepada kaum imigran di pulau berkenaan. Sebaliknya dia seperti biasa akan menyalahkan orang lain berbanding menjawab soalan dan memberikan penjelasan.

Apa pun yang dikatakan oleh Lim Guan Eng, sikap chauvanist dan permusuhannya terhadap orang Melayu serta cita-cita untuk membersihkan pulau berkenaan daripada sebarang unsur kemelayuan sudah terbukti. Banyak perkampungan Melayu yang telah diranapkan dan dihapuskan. Pentadbirannya sengaja meningkatkan nilai hartanah agar orang Melayu tidak mampu tinggal di pulau berkenaan, sebaliknya berpindah ke Seberang Perai dan selatan Kedah.

Agak aneh, apabila pembohongan Lim Guan Eng sangat mudah dipercayai sekalipun penipuannya begitu terang dan nyata. Lebih aneh lagi, setiap kali tembelangnya pecah, dia akan segera mengancam akan menyaman Utusan Malaysia dan wakil rakyat Melayu agar cerita pembohongan dan cerita buruknya tidak lagi diketahui umum.

Bijak betul orang Pulau Pinang memilih Ketua Menteri mereka, sebijak cakap golek kepala mereka dan gebang deraih sedangkan tangga rumah pun pakat lucut habis!!!!
Continue Reading...

ISLAM KONON... PIIIIRAAAAHHH... CAKAP AJERLAH BERTERUS-TERANG YANG HANGPA SOKONG ZIONIS ISRAEL!!!!

Apabila 'kebangkitan rakyat' berlaku di Tunisia, puak-puak PAS di Malaysia begitu seronok. Apabila 'kebangkitan rakyat' pula berlaku di Mesir, masing-masing mula bercakap juah tentang Islam, tentang Ikhwanul Muslimin, tentang penegakan undang-undang syariah, tentang penyelewengan dan kukubesi Hosni Mubarak dan sebagainya. Yang terlebih penting, mereka cuba mengaitkan apa yang berlaku di Mesir dengan apa yang sedang mereka lakukan di Malaysia.

Teori tentang kejatuhan negara-negara Arab itu akibat dalang berkulit putih yang beribupejabat di Washington DC, tidak diendahkan. Mereka terlalu seronok dengan teori mereka yang kerajaan zalim telah ditumbangkan oleh Allah Taala, walhal apa yang berlaku sebenarnya ialah, Allah Taala sedang memasukkan sebuah kerajaan yang jauh lebih zalim daripada kerajaan yang telah digulingkan.

Amerika Syarikat tidak lagi menyorokkan belang mereka terutama apabila melihat sokongan yang bertali arus terhadap tindakan mereka di Mesir, Tunisia dan beberapa buah negara Arab yang lain. Terbaru adalah sokongan '10,000' Melayu di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur semalam yang konon-kononnya untuk menyerahkan memorandum bantahan, tetapi sebenarnya menunjukkan sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada Amerika Syarikat dan Godfathernya, Zionis Israel.

Rakyat Mesir yang berjaya menggulingkan Hosni Mubarak kini perlu bersedia berhadapan dengan tindakan ganas ketenteraan oleh Amerika Syarikat yang akan diketuai oleh Frank G.Wisner III, Duta Amerika ke Mesir. Bapa Wisner adalah tukang perancang utama di sebalik penggulingan berdarah Perdana Menteri Iran Mohamed Mossadegh pada tahun 1953.

Seruan El Baradei agar tentera Amerika Syarikat masuk campur di Mesir, menambahkan keyakinan bahawa apa yang berlaku di Mesir sebenarnya adalah rencana teliti Amerika Syarikat yang ingin menguasai pasaran minyak dunia.

BERITA SELANJUTNYA DI UNSPINNERS

Ramai di Malaysia yang berharap penggulingan Hosni Mubarak Mesir merupakan usaha Islam. Dek kerana itulah mereka bersungguh-sungguh meraikan 'kejayaan' tersebut, sedangkan apa yang berlaku selepas ini, jauh lebih teruk berbanding penderitaan yang dialami oleh rakyat Mesir di bawah pentadbiran Hosni Mubarak.

Iraq kedua akan menyusul di Afrika Utara pula. Umat Islam yang baghal, bahlol dan bangang akan menang sorak tetapi tidak menyedari satu lagi wilayah Islam tergadai di tangan Amerika Syarikat yang sentiasa memastikan Zionis Israel akan terjaga.

Ikhwanul Muslimin Mesir sekadar boleh berangan-angan seperti mana Anwar Ibrahim dan PKR berangan-angan untuk menguasai Putrajaya.

PAS yang cuba menjadikan peristiwa di Mesir sebagai pengajaran utama kepada pemimpin Malaysia, barangkali sangat sedar bahawa mereka sedang menyokong Amerika Syarikat dan Zionis Israel tetapi memandangkan ia adalah sokongan yang membolehkan mereka menguasai Putrajaya, maka kepimpinan utama PAS menutup mulut dan membiarkan para propagandis mereka meracau-racau dengan cerita-cerita bahlol yang mengkhayalkan.
Continue Reading...

IKLAN BERBAYAR

PORTAL ISTIMEWA

BLOG-BLOG PRO KERAJAAN

TAK TAHU KIRI KE KANAN

BLOG PEMIMPIN

MASUKNYA WAKTU SOLAT

SAPA DIA

Top Commenters

Powered by Disqus

Recent Comments

Senarai Laman Web WAJIB