MARI BERFORUM, BERHUJAH DAN BERTEKAK DI SINI

RADIO PILIHAN THE FLYING KICK

Monday, March 7, 2011

ADA YANG PANAS BUNTUT, ADA YANG GOSOK PERUT!!!


Kemenangan UMNO-BN di Merlimau dan Kerdau rupa-rupanya tidak sahaja diraikan, bahkan mencetuskan pelbagai kontroversi melibatkan para pembesar UMNO sendiri. Sudah ada yang bertanya di sana sini dalam usaha untuk men'cover'kan diri. Ada juga yang terlepas cakap dan sekarang, diserang bertubi-tubi.

Mungkin suatu masa dahulu apa yang berlaku di dalam UMNO, jarang sampai ke pendengaran orang luar. Kalau keluar pun, ianya tidak seberapa. Zaman telah berubah. Selepas Tsunami 2008, setiap pemimpin UMNO diperhatikan dengan teliti, meskipun ramai yang berjaya melepaskan diri atau sengaja dilepaskan.

Saifuddin Abdullah, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi adalah 'mangsa' terbaru apabila pilihanraya kecil yang berlaku di salah sebuah DUN di Parlimen yang diwakilinya, memaparkan sikapnya yang sebenar.

Kalau PAS bising tentang Pengerusi DAP Pahang yang 'melarikan diri' ke luar negara apabila PAS bertanding di Kerdau, UMNO pula kehilangan Saifuddin meskipun Saifuddin tidak ke luar negara. Lebih malang lagi, cerita tentang Saifuddin yang sudah 10 tahun tidak menjengah kampung dan bertemu ibunya, menjadi bahan gelak tawa di gerai bertentangan dengan Command Center.

Jangan tanya sama ada perkara yang dijadikan bahan gelak tawa itu benar atau sebaliknya, kerana setakat yang duk ada sekarang ini, semuanya hanya hearsay semata-mata. Bagaimanapun apabila Saifuddin yang juga disyaki sebagai 'PKR Planted' dalam UMNO tidak terlibat secara aktif dalam pilihanraya di salah sebuah daripada DUN di Parlimennya, ia menjadi isu yang sangat besar.

Lebih malang apabila Saifuddin sendiri cuba bercakap besar dan cuba menunjuk angkuh, sekaligus menunjukkan dia juga adalah salah seorang daripada pemimpin UMNO yang sangat tidak peka, sangat tidak sensitif dan sangat gemar syok sendiri dengan alam fantasi ciptaannya.

Kesilapan Saifuddin ialah, dia barangkali beranggapan dunia masih lagi sebelum Mac 2008! Satu tanggapan yang sebenarnya membunuh diri.

Dan terlebih-lebih malang apabila beranggapan bahawa apabila media baru pro-UMNO bererti semua tindakan pemimpin UMNO akan diangguk-angguk dan tidak boleh menggeleng-geleng. Tanggapan itu sebenarnya hanya sesuai untuk orang dan juak-juak PAS yang akan mengangguk walau apa sahaja, sekalipun disuruh memamah taik dan menelan air kencing sendiri oleh para pemimpin mereka atas nama WALA'....

Saifuddin Abdullah seharusnya faham bahawa media baru pro-UMNO bukannya salah satu unit dalam UMNO dan jauh sekali daripada menjadi entiti Unit Media Baru. Unit Media Baru tidak ada kena-mengena langsung para pengamal media baru. Kalau ada pun, mereka yang bernaung, entah sapa-sapa!!!
Continue Reading...

SETAN-SETAN DALAM PAS DAH MULA PASANG API!!!

Satu perkara paling menarik dalam PAS ialah betapa efektifnya dan cepatnya SETAN-SETAN di dalam parti tersebut bekerja. Kerja mereka tidak lain dan tidak bukan ialah mencari jalan bagaimana hendak menyingkirkan Abdul Hadi Awang dan Nasharuddin Mat Isa daripada jawatan Presiden dan Timbalan Presiden PAS. Walau atas apa isu sekalipun, apabila tidak menyebelahi PAS, maka kedua-dua orang ini akan dipersalahkan. Dan akhir sekali mereka akan mengeluarkan perkataan yang dianggap antara yang paling keramat dalam PAS iaitu UG atau KERAJAAN PERPADUAN(G).

Masalah PAS Kelantan dan PAS Terengganu yang berebut kepimpinan utama sudah terlalu lama. Sekalipun cuba dinafikan dan cuba dilakonkan dengan penuh yakin, keretakan antara PAS Terengganu dengan PAS Kelantan sememangnya boleh dilihat dengan mudah. Apatah lagi, PAS Terengganu hanya mampu memegang Terengganu selama sepenggal berbanding PAS Kelantan menerusi Nik Abdul Aziz yang telah memegang Kelantan semenjak dari tahun 1990 lagi.

Justeru, ramai yang melihat PAS Kelantan lebih dominan dan lebih hebat berbanding mana-mana PAS di seluruh Malaysia. Kiblat PAS diarahkan ke Kelantan atau lebih tepat lagi ke Pulau Melaka. Tokoh-tokoh dari Kelantan dinaikkan dan sebarang kaitan dengan Terengganu segera diputuskan. Bahkan pada masa yang sama, kempen-kempen untuk memburuk-burukkan PAS Terengganu berterusan.

Lebih sakit hati lagi apabila Abdul Hadi Awang melantik Mustafa Ali sebagai Setiausaha Agung PAS... satu negeri, satu team, dan satu kepala... sesuatu yang sebenarnya sangat tidak digemari oleh PAS Kelantan kerana tindakan sebegitu hanya akan menyebabkan tokoh-tokoh dari Kelantan tidak dipandang.

Apabila keputusan beberapa pilihanraya kecil diumumkan dan PAS kalah dengan majoriti besar kepada UMNO, maka sekali lagi desakan dan laungan agar Presiden dan Timbalan Presiden PAS digantikan kembali bergema.

Masing-masing menyalahkan Abdul Hadi Awang dan Nasharuddin Mat Isa sebagai punca kepada kekalahan PAS. Dan yang paling menariknya apabila mereka bertindak pantas sebelum mana-mana pihak menyalahkan Nik Abdul Aziz dan barisan kepimpinan PAS yang sebenarnya tidaklah PAS tetapi lebih kepada DAP dan PKR.

Sedangkan apa yang berlaku di akar umbi ialah, kekalahan PAS lebih banyak disumbangkan oleh Nik Abdul Aziz Nik Mat dan 'kawan-kawannya'. Yang perlu diubah dalam kepimpinan PAS adalah Nik Abdul Aziz dan 'konco-konconya' yang terlalu berkiblatkan kepada DAP dan PKR.

Sukar sangatkah PAS hendak menghilangkan pengaruh Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang yang melekat di tubuh badan Nik Abdul Aziz?
Continue Reading...

MAHU KE NIK AZIZ BERSEMUKA DENGAN HARUSSANI?

Pemuda PAS Perak sedang mengatur pertemuan antara Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria dengan Mursyidul Am PAS, Nik Abdul Aziz Nik Mat bagi 'menjernihkan' keadaan. Perbalahan antara Harussani Zakaria yang diberikan imej buruk oleh para juak PAS dengan Mursyidul Am PAS yang digambarkan sebagai orang yang sangat berilmu, seringkali berlaku di media-media massa.


Sebenarnya apabila berlaku pertentangan pendapat antara Nik Abdul Aziz dengan Harussani, ramai yang dapat melihat bagaimana Nik Abdul Aziz sebenarnya tidak faham banyak isu-isu agama. Sekalipun dia kerap tampil sebagai ulama yang mengeluarkan pelbagai dalih agama kontroversi, hakikatnya setiap kali disanggah oleh Harussani, Nik Abdul Aziz seperti tenggelam punca dan terpaksa 'menggunakan' juak-juak PAS dalam semua bidang media untuk menjahanamkan kredibiliti dan personaliti Harussani.

Dalam bahasa yang lebih mudah, setiap kali Nik Abdul Aziz disanggah oleh Harussani, tampak benarlah Nik Abdul Aziz sebagai orang tua yang sebenarnya tidaklah begitu fasih dan faqih tetapi pandai menyamarkan diri dengan pakaian dan penampilannya dalam bab agama.

Sebenarnya pertemuan tertutup dan adab menegur ulama, langsung tidak diamalkan oleh PAS. PAS seringkali mewar-warkan para pemimpin tertinggi mereka sebagai ulama, kerana dengan cara itu sahaja, PAS akan dilihat cerdik dan disangka bijak dalam maslahat agama. Seandainya ulama berkenaan tidak berada dalam kem PAS atau lebih tepat lagi, tidak berpihak kepada mana-mana parti politik dan sesekali menyetujui dasar kerajaan, maka ulama berkenaan akan diperdajalkan, diburukkan dan diperbodoh-bodohkan.

Seorang alim atau jamaknya, ulama itu perlu kita terima dirinya sebagai manusia biasa yang tidak lepas daripada sebarang kesalahan dan kesilapan, baik lisan mahupun perbuatan. Sepatutnya bagi mereka yang menganggap Nik Abdul Aziz sebagai ulama, tidak boleh langsung bersikap terlalu taksub kepadanya sehinggakan tidak mempercayai sebarang kritikan atau teguran yang dilontarkan kepadanya, bahkan sehingga sanggup memutarbelitkan dalil-dalil agama pujaan mereka itu agar tetap bebas daripada sebarang kesilapan.

Apatah lagi dengan seorang 'ulama' seperti Nik Abdul Aziz yang terlibat dalam politik kepartian sepenuh masa, yang sudah tentu setiap kata-katanya mencerminkan kepentingan parti yang diwakili dan bukannya atas sifat yang benar.

Mungkin ada baiknya juga Nik Abdul Aziz tidak dimalukan apabila berlaku pertemuan matanya dengan Harussani dalam pertemuan tertutup yang ingin dianjurkan oleh Dewan Pemuda PAS Perak. Apatah lagi, pertemuan tersebut berlangsung selepas tiga tahun Nik Abdul Aziz menjadi punca PAS tidak dapat menjadi pentadbir sebenar di Perak dengan sokongan UMNO apabila Nik Abdul Aziz lebih mempercayai Nga-Ngeh berbanding Tajol Rosli sehingga akhirnya Nizar Jamaluddin menjadi sasau dan tidak keruan akal fikirannya.

Cuma yang menjadi masalahnya ialah, mahukah Nik Abdul Aziz bersemuka dengan orang yang boleh menyanggah kata-kata dan dalih-dalih agamanya sekaligus memperlihatkan dia hanyalah seorang tua politik yang hanya menggunakan agama sebagai tiket untuk menang dalam pilihanraya? Tidak malukah Nik Abdul Aziz nanti sekalipun ianya hanya sebuah pertemuan tertutup, sedangkan Nik Abdul Aziz diangkat kerana populariti dan penyamaran agamanya, manakala Harussani pula diangkat kerana alim dan ilmunya dalam agama?



Continue Reading...

NIK AZIZ DIBERI AMARAN OLEH TERESA KOK!!!!

Kata Teresa Kok, PAS Kelantan tidak boleh mendesak sekutunya dalam Pakatan Rakyat untuk melaksanakan pengharaman judi sebagaimana yang dilakukan di Kelantan kerana dibimbangi menjejaskan undi bukan Melayu dalam Pilihanraya Umum akan datang.

Paling menarik apabila Teresa Kok berkata, tindakan PAS tidak akan mendatangkan lebih banyak undi daripada Melayu bahkan akan mengurangkan undi bukan Melayu kepada Pakatan Rakyat.

Sekali lagi amat jelas bagaimana Nik Abdul Aziz dan sekalian juak-juak PAS yang selama ini perasan dan syok sendiri tentang 'kejayaan mereka mendakwahkan Islam kepada DAP' cuba berselindung di sebalik sehelai lalang. Atau dalam perkataan lebih mudah, PEMBOHONG BESAR!!!

Nik Abdul Aziz bangga benar dengan Karpal Singh sehinggakan dikata 'ada bulan di dada Karpal Singh'.... dan sekarang apabila Karpal Singh sendiri menentang perlaksaan penghapusan judi di Kelantan kerana bimbangkan undi dan sokongan dari kaum bukan Melayu, apa Nik Abdul Aziz nak kata?

Apakah Nik Abdul Aziz akan menggunakan alasan biasanya, Karpal Singh dan Teresa Kok tidak bersalah kerana mereka bukan Islam dan yang lebih bersalah adalah UMNO kerana tidak menyokong PAS Kelantan melaksanakan pengharaman berkenaan?

Ramai pemimpin PAS sedar, mereka sebenarnya bersendirian tetapi hampir kesemua juak-juak PAS percaya, DAP adalah sekutu mereka yang terbaik, sehingga ada yang beriktikad, PAS berjaya menguasai negeri Kedah dan memenangi beberapa kawasan lain kerana DAP dan PKR, bukannya kerana iktikad mereka kepada Allah Taala.

DAP tidak pernah 'berpura-pura' untuk menentang apa juga cubaan PAS untuk melaksanakan Islam di negeri yang PAS perintah. DAP akan bangun menentang secara terang-terangan seperti mana yang dilakukan oleh Pengerusi DAP Pahang yang bercuti di luar negara tatkala pilihanraya kecil Kerdau sedang dijalankan kerana tidak mahu terlibat langsung dalam kempen PAS.

Biarpun DAP menghantar wakil semasa hari pencalonan, tetapi ia setakat itu sahajalah. Di Kerdau, DAP langsung tidak membantu. Sebaliknya membiarkan Skuad 1Malaysia, bahkan dari Penerangan Pemuda UMNO Selangor yang diketuai oleh Safarizul Mustafa yang mempengaruhi undi Cina Kerdau yang menyaksikan penolakan pengundi Cina sendiri terhadap calon PAS, Hasanuddin Salim.

Tak tahulah kalau PAS masih lagi berbangga dengan kerjasama mereka bersama-sama DAP dan PKR. PAS yang sepatutnya tidak perlu banyak memikirkan masalah, kini terpaksa menanggung masalah daripada kerenah DAP dan PKR. Dan akhirnya PAS pening dan tidak siuman semata-mata kerana rakan sekutunya.

Kepada Nik Abdul Aziz Nik Mat yang merupakan orang yang paling kuat menyokong DAP, tahniah dan syabas kerana kekasyafan anda telah 'dibuka' seluas-luasnya sehinggakan hati anda sangat hitam dan busuk terhadap umat Islam, tetapi harum dan manis terhadap bukan Islam!!!





Continue Reading...

NASIHAT TERBANGANG DARIPADA PRESIDEN MIC!!!!

Sedap benar nasihat G.Palanivel kepada anak-anak muda masyarakat India di negara ini... katanya, kalau tidak berjaya di bandar, baliklah ke estet dan kerjalah di estet memandangkan tahap upah telah dinaikkan menjadi RM700. Pada masa yang sama, tindakan tersebut dapat menampung jumlah permintaan tenaga kerja dalam sektor perladangan.

Bayangkanlah seorang Presiden dan seorang Senator berfikiran sesingkat itu.... sesingkat misainya yang tidak ubah seperti berus jamban!

Penghijrahan dari luar bandar atau dari estet ke bandar, bukan perkara baru. Agak mengecewakan kerana manusia seperti G.Palanivel cuba memalingkan masalah sebenar yang mendasar dalam masyarakat India dengan menyalahkan keadaan.

Anda boleh perhatikan, apa yang telah dilakukan oleh MIC kepada masyarakat India dalam tempoh sedekad ini. Hampir tiada! Sebaliknya MIC lebih banyak pergolakan berbanding memajukan masyarakat tersebut dan apabila mereka didesak, mereka akan segera menyalahkan UMNO dan sistem perlembagaan negara.

MIC seperti PAS yang tidak pernah berasa bersalah sedikit pun. Semua kesalahan dan kesilapan mereka ditimpakan kepada orang lain. Penolakan terhadap MIC berlaku secara total di akar umbi. Mujurlah PKR melakukan banyak kesilapan dalam menangani ahli-ahli India mereka dengan menjadikan golongan tersebut sebagai golongan PARIAH yang boleh disepak terajang sesuka hati, sekaligus menjadikan golongan berkenaan mengharapkan Barisan Nasional dapat membantu mereka keluar daripada kepompong KEPARIAHAN.

Agak malang kerana MIC yang sepatutnya membantu mereka, lebih sibuk dengan pelbagai projek berbilion ringgit seperti MIED yang tidak sedikit pun memberi kesan dan keuntungan kepada masyarakat India yang berada di estet-estet. Begitu juga dengan para pemimpin MIC yang lebih sibuk mengumpulkan dan menumpukkan kekayaan peribadi berbanding membantu masyarakat India yang menjadi tunjang sokongan terhadap parti dan kekayaan yang mereka buru.

Mungkin sudah tiba masanya untuk UMNO mengenepikan MIC buat sementara dan menaikkan parti dari kumpulan masyarakat India yang lebih diterima ramai dan dianggotai serta disokong oleh akar umbi. Sebabnya mudah, MIC memang sudah tidak relevan dengan Barisan Nasional dan MIC bukan lagi sekutu UMNO, sebaliknya menjadi gunting dalam lipatan yang apabila mereka muncul, maka sokongan terhadap Barisan Nasional turun mendadak!!!
Continue Reading...

GAGAP KHALID IBRAHIM BAKAL MEMBUNUHNYA!!!!

Di Rumpun Makmur, Kerdau dua malam lepas, Khalid Ibrahim dimalukan. Kisahnya apabila dia tergagap-gagap di hadapan para penyokong Pakatan Rakyat yang didatangkan khas dari negeri-negeri berhampiran untuk mendengar ceramah yang diadakan di pentas AMK Rumpun Makmur, bersebelahan dengan bilik gerakan Barisan Nasional Rumpun Makmur. Ketika dia berucap dan memberi ceramah, di sebelah UMNO-BN, yang berceramah pula adalah Ezam Mohd Noor.

Paling menarik apabila dia disuruh DIAM oleh Ezam Mohd. Noor, Khalid akur bagaikan yang bercakap kepadanya itu adalah Ronnie Liu kalau tidak pun Teresa Kok. Ezam membidasnya dan Khalid hanya diam seribu bahasa.

Betul-betul diperbodohkan!!!

Malam tadi, ketika Pelancaran Buku Jingga yang hanya dihadiri oleh beberapa ratus orang sahaja berbanding jangkaan antara 10,000 hingga 15,000 orang, Khalid Ibrahim tergagap dan tersasul lagi. Khalid Ibrahim berkata, "Adakah salah saya membayar tetamu saya dari Sabah dan Sarawak yang mahu melihat sendiri bagaimana kita mentadbir Selangor?"

Daripada pembiayaan RM80,500 untuk perwakilan PKR dari Sabah dan Sarawak ketika berlangsungnya Kongres Tahunan Tahun 2010 di Petaling Jaya, Khalid Samad mengubah cakap yang MBI membiayai NGO bukannya perwakilan PKR.

Betul-betul putar belit punya cakap!!!!

Tentu ramai yang masih ingat, pada 21 Februari 2011, Faekah Hussin, SETPOL tergedik-gedik dan terlebih sudu dari kuah Khalid Ibrahim menyatakan pembiayaan tersebut adalah perkara biasa. Nampaknya sudah ada pertentangan antara Faekah Hussin dan bossnya yang seringkali gagap dan seringkali tersalah cakap.

Mungkin baru menyedari bahawa pembiayaan menggunakan wang negeri untuk parti politik mereka, merupakan satu kesalahan, maka Khalid Ibrahim terpaksa bercakap, konon-kononnya untuk menjelaskan keadaan. Paling menarik ialah apabila tarikh perwakilan dari Sabah dan Sarawak itu adalah sama dengan tarikh Kongres PKR berlangsung. Malahan lokasinya juga terletak berhampiran dengan tempat kongres tersebut diadakan.

Sudahlah majlis pelancaran Buku Jingga turut menelan duit kerajaan negeri, nampak gayanya Khalid Ibrahim terpaksa banyak menjawab pelbagai soalan yang dilontarkan oleh SPRM selepas Gabungan Anti Penyelewengan Selangor membuat aduan dan menyerahkan bahan bukti kepada Suruhanjaya itu. Terlebih-lebih malang lagi ialah, Khalid Ibrahim cuba buat lawak dengan menyatakan SPRM cuba cari kalau-kalau ada orang Penan di Selangor....

Buat ajerlah lawak Khalid oiii... Kalaulah Faekah yang diberi tanggungjawab untuk mewakili Khalid Ibrahim dalam pelancaran tersebut, tentu pertentangan fakta ini tidak akan berlaku. Tentulah juga, pembohongan kerajaan DAP-PKR tidak akan terdedah dengan mudah!!!

Bala akibat liwat Anwar Ibrahim ke nih?


Continue Reading...

KETUA PEMUDA JASIN SEPATUTNYA JADI KETUA PEMUDA UMNO MELAKA!!!

Zaidi Attan tidaklah setinggi mana. Tetapi pergerakannya pantas. Kerjanya juga kemas. Dan yang paling menariknya, dia juga bukanlah dari kaum bangsawan yang bergerak dengan kenderaan yang berharga ratusan ribu ringgit. Sepanjang mengenalinya di Merlimau, Zaidi Attan adalah seorang yang biasa-biasa dengan motosikal kapcai merahnya.

Namun kerjanya sangat tersusun. Pemuda UMNO Jasin dikoordinasikan dengan baik, terutama sekali membabitkan ketegangan yang hampir mencetuskan pergaduhan di beberapa lokasi panas di sekitar Merlimau.

Dengan sokongan jentera serangan siber yang dilihat masih muda tetapi sangat progresif, ternyata lelaki yang berusia 41 tahun ini, sebenarnya mempunyai rangka kerja yang sangat baik dan sangat kemas.

Syabas buat anda wahai KP Jasin, sekalipun makan ikan bakar di kedai anda di Umbai, harganya tetap tidak berdiskaun!

Cuma satu sahaja yang perlu dijadikan ingatan dan direnung baik-baik, Zaidi Attan pasti akan dicantas dan 'dibunuh' oleh pihak-pihak tertentu dalam Pemuda UMNO selepas ini kerana kerjanya yang cemerlang!!! Nama Zaidi Attan mungkin hanya akan tinggal dalam lipatan sejarah kecemerlangan Pemuda UMNO Jasin selepas ini.
Continue Reading...

SOKONG BN TAPI TAK SOKONG MIC!!!!

Apa yang berlaku di Merlimau sememangnya sudah cukup untuk mencerminkan penolakan terhadap kepimpinan MIC sekarang ini yang berpresidenkan G.Palanivel. Kebanyakan daripada pengundi India di Merlimau merupakan sebahagian besar daripada bekas penyokong Hindraf.

Secara berterus-terang, mereka menolak MIC yang masih mengekalkan Sammy Vellu dalam bentuk G.Palanivel, selain barisan kepimpinan yang dipelihara semenjak dari zaman Sammy Vellu. Barisan kepimpinan tersebut merupakan barisan kepimpinan TONG SAMPAH yang tidak bernilai sedikit pun.

Sememangnya agak jelas, penolakan kaum India terhadap MIC masih lagi berterusan. Hanya kerana yang bertanding adalah calon UMNO, maka mereka keluar memberikan undi kepada UMNO. Kalaulah calon yang bertanding itu adalah MIC, besar kemungkinan apa yang berlaku adalah sebaliknya.

Paling menarik apabila mereka langsung tidak mahu dikaitkan dengan MIC. Mereka lebih rela memakai baju T sukarelawan UMNO berbanding mengenakan t-shirt MIC. Dan mereka lebih rela bekerja bersama-sama petugas UMNO berbanding jentera MIC yang jelas pincang dan bertaraf sampah... seperti juga para pemimpin MIC yang lain!!!

Ia juga merupakan keadaan yang sama kepada kumpulan Cina yang tidak mahu dikaitkan dengan MCA sebaliknya membentuk sebuah skuad yang dinamakan SKUAD 1MALAYSIA.... skuad ini kali pertama dilihat secara nyata di Tenang, Johor. Dan lebih menarik ialah apabila Skuad 1Malaysia sangat dicemburui oleh para pemimpin MCA terutama sekali Chua Soi Lek!

Mungkin sudah sampai masanya UMNO mempunyai cabang dan cawangan kelab penyokong bukan Melayu kepada UMNO secara rasmi seperti yang dilakukan oleh PAS dengan Dewan Himpunan Penyokong PAS, DHPP.
Continue Reading...

MELAKA BUBAR UNIT MEDIA BARU?!!

Unit Media Baru atau UMB yang dipengerusikan oleh Exco Pemuda Tun Faisal Ismail Aziz sepatutnya membantu UMNO dalam perang saraf dengan pihak Pakatan Rakyat. UMB dijanakan dengan peruntukan yang bukan kecil. Bagaimanapun, rata-rata merungut dan mengecam UMB dan Tun Faisal kerana terlalu BERLAGAK, TAK SEDAR DIRI dan PERASAN sebagai boss kepada para bloggers, sekalipun Tun Faisal sebenarnya tidak mempunyai blogger yang bernaung di bawah UMB.

Maka masalah tersebut meledak di Kerdau dan Merlimau. Di Melaka, media baru dijalankan oleh Pahlawan Melayu Melaka atau PMM dan bukannya UMB. 20 orang bloggers yang bernaung di bawah PMM langsung tidak menghiraukan Tun Faisal dan UMBnya yang dilihat sangat pincang dan hanya gah pada nama tetapi langsung tak buat sebarang kerja dan gagal berfungsi mengikut bidang tugas bagi menaikkan nama Pemuda UMNO.

Apa yang berlaku di Merlimau dan cubaan 'merampas' kuasa di Kerdau jelas memperlihatkan bagaimana Unit Media Baru tidak lebih daripada sebuah entiti yang sebenarnya cuba menaikkan nama Tun Faisal dalam Pemuda UMNO, bukannya menaikkan Pemuda UMNO secara keseluruhannya.

Dengan kata-kata lain, Tun Faisal sebenarnya TAK PAYAH ADA DALAM PEMUDA UMNO PUN tidak menjejaskan perjalanan cywar UMNO. Bahkan ketiadaannya lebih melicinkan dan melancarkan tugas para peserta yang terbabit dalam cywar.

Di Kerdau, Pahang, media baru dikendalikan oleh PAHANGKU. UMB yang sepatutnya menjalankan tugas dan menaungi para blogger, ditolak sejak dari awal lagi. Boleh dikatakan, hampir keseluruhan blogger UMNO menolak UMB yang tidak lebih daripada sebuah mesin pengaut wang untuk masuk ke akaun sendiri, berbanding terlibat secara langsung dengan permainan dunia perang siber. Yang lebih malang, Pengerusi Unit Media Baru Pemuda UMNO sendiri pun, BUTA KAYU TENTANG CYWAR!!!!

Mungkin kerana itulah, Datuk Akbar Ali, Ahli Dewan Negara yang mewakili negeri Melaka, sejurus selepas mengumumkan kemenangan tidak rasmi UMNO-BN di Command Centre UMNO-BN di Merlimau, memberitahu Ketua Pemuda UMNO Melaka, Karim Yaacob agar membubarkan UMB, apatah lagi dengan pintu bilik media yang sepatutnya digunakan oleh para blogger dikunci sepanjang masa dan tidak boleh digunakan oleh sesiapa pun kecuali dengan IZIN TUN FAISAL!

Dan ianya mungkin secara tidak langsung disebabkan oleh ketidakupayaan UMB menggalas tugas dalam beberapa PRK yang lepas dengan kemuncaknya adalah di Merlimau dan Kerdau.
Continue Reading...

Rusuhan spt di Mesir akan tercetus..

Ada pempin PAS berkobar2 akibat ada protes2 yg berbunyi pasal SAMAN EKOR!!!


"Semua jentera penerangan perlu semarakkan protes saman ekor yang tidak adil dan membebankan rakyat. Masih kedapatan 17.1 juta saman ekor yang disenarai hitam. Pihak polis terpaksa melanjutkan tempoh bayaran saman diskaun sehingga 10 Mac 2011. Ini bermakna rakyat sudah protes secara senyap terhadap saman ekor. "...blog Idris Ahmad.


Mungkin ngan menyemarakkan lagi protes ni dapat mencetuskan satu rusuhan besar2an..spt mana di Mesir. Peluang PAKATAN utk menerajui negara nampak cerah tanpa terpaksa melalui pilihanraya!!


Bayangkan 17.1 juta saman..kalau seorang ada 10 saman bermakna ada 1.71 juta orang terlibat, jika dapat kumpulkan semua ni dan protes di KL, pehhh gembira bebenor le PAKATAN!! This is it!!


SAMAN EKOR..aku dah terkona tahun lepas yg mana masa nak renew roadtax, sangkut le pulak..jenuh gak ke hulu ke hilir..nak bayor saman!!


Sakit gak hati ma..tapi kena telan gak le, pasal sendiri bikin salah ma!!


17.1 juta saman..no wonder ler, kita alami kemalangan yang tinggi!!


SUka atau tidak..ni adalah hakikat!! Jika memang betul salah, apa lagi bayor le!! Kalau rasa tak bersalah..apa lagi gi mahkamah ler, hak kamu. Tak yah nak buat rusuhan!!


Pempin PAS ni kabor rakyat leh muflis kerana kena bayor saman!! mungkin dia terlupa berapa negara hadapi kerugian setiap tahun kerana kemalangan!! Berapa kerugian yg dihadapi oleh keluarga yg kehilangan anggota keluarga kerana kehilangan jiwa akibat kemalangan..


17.1 juta saman..begitu tinggi sekali kos utk "educate" rakyat Malaysia utk memandu ngan lebih berhemah..


Aku yakin tiada seorang pun dari ahli2 PAS dan penyokong2 PAS yg kena saman ekor..kerana mematuhi AQ dan sunnah, orang2 yg mematuhi AQ dan sunnah sangat tertib dan sesekali tidak akan melanggari mana undang2..mesti puak2 UMNO dan BN ni, maklum ler UMNO dan BN selalu benar langgar undang2.


Mudah2an yakin aku ni benar le!..


-aa


Sepatutnya PAS berusaha tertibkan rakyat Malaysia supaya mematuhi undang2 jalanraya spt mana mereka..mematuhi undang2..dan jika bersalah, bertanggungjawablah.


Continue Reading...

Sunday, March 6, 2011

BN MENANG DI MERLIMAU DAN KERDAU... PEMUDA MERAUNG-RAUNG HENTAK KAKI!!!!

UMNO dan BN menang 'besar' di Merlimau dan Kerdau. Namun sesuatu yang sangat jelas, ialah penolakan terhadap Khairy Jamaluddin juga sangat BESAR dan SANGAT JELAS. Malam kempen terakhir di Kerdau, Khairy meminta sendiri untuk berceramah di Rumpun Makmur. Barangkali dia telah terdengar tentang kemasyhuran tempat itu, terutama sekali faktor menarik pendengar dan penonton. Dia berucap selepas Rahimi Othman dan Rashid Rosdi.

Malangnya, apa yang berlaku selepas itu, wajar direnung dan diperhalusi oleh Khairy Jamaluddin. Para pemimpin UMNO seharusnya bukan datang daripada kepala dan badan ELITIS atau anak bangsawan. Para pemimpin UMNO terutama sekali PEMUDA UMNO harus datang dari grassroot. Perlu datang daripada golongan yang mampu bekerja, bukannya beretorik dan bukannya jenis yang memikir bagaimana hendak meletakkan bidak-bidak catur.

Lebih tepat lagi, orang yang pandai bekerja dan menunjukkan hasil, bukannya orang yang pandai beretorik dan penuh dengan segala macam teori tapi satu kerja pun tak tahu... bahkan budaya dan suara hati rakyat Malaysia pun tidak faham.

Khairy di Rumpun Makmur sememangnya satu MALANG YANG DITEMPAH. Penonton yang begitu ramai untuk mendengar ceramah Rahimi Othman dan Rashid Rosdi akhirnya beransur-ansur pulang dan hanya beberapa kerat sahaja yang mencapangkan telinga untuk mendengar ENTAH APA-APA YANG DISEBUTKANNYA.... dan yang sohehnya, Khairy langsung tidak tahu apa sebenarnya tentang Rumpun Makmur, masyarakat Felcra, masyarakat Felda dan masyarakat kampung... Khairy tidak mampu hidup dengan denyut nadi rakyat marhein....

Bukan salah Khairy kerana dia tidak meminta untuk dilahirkan dari kalangan bangsawan, namun ketidaksungguhannya untuk mempelajari cara hidup Melayu dan rakyat Malaysia walaupun pada masa yang sama, terus menawarkan dirinya sebagai pemimpin muda, sememangnya cukup untuk menunjukkan dia masih belum layak untuk berada dalam kepimpinan.
Continue Reading...

ISYARAT MAKIN JELAS... KERJASAMA PAS DALAM PAKATAN RAKYAT DITOLAK TOTAL!!!

Keputusan tidak rasmi telah pun beredar. Di kedua-dua DUN - Merlimau dan Kerdau - jumlah undi majoriti yang diperolehi oleh UMNO-BN telah meningkat sekali ganda. Dalam keghairahan PAS untuk meneruskan TSUNAMI 2008, nampaknya PAS yang hanyut dalam PERASAAN dan ALAM KHAYAL mereka sendiri.

Kalau PAS masih tidak dapat melihat apa yang sedang berlaku berdasarkan keputusan di dua DUN berkenaan, PAS sebenarnya memang DICIPTAKAN ALLAH TAALA dalam keadaan mata buta, telinga yang tuli dan hati yang terhijab.

Tiada yang lebih penting melainkan kerjasama antara PAS dengan Pakatan DAP-PKR yang menjadi punca mengapa PAS mengalami kemerosotan undi yang sangat ketara meskipun kesedaran beragama Islam di kalangan orang Melayu semakin ketara peningkatannya. Corak berkempen dan berdakyah sebagaimana yang dilakukan oleh PAS sekarang ini, ternyata sangat ketinggalan zaman.

Melabelkan kumpulan yang tidak menyukai PAS dengan label-label yang menghina, ternyata memakan diri PAS sendiri. Biarpun pelbagai alasan yang diberikan oleh para pemimpin dan juak-juak PAS tentang perbuatan tersebut, ternyata, ianya lebih mendatangkan keburukan kepada PAS sebagai sebuah parti siasah.

PAS mengaku mereka sebagai parti dakwah. Namun dakwah apanya kalau asyik ditolak dan diterajang serta diperbodoh-bodohkan oleh sekutu. Dan kalau itulah yang dimaksudkan oleh PAS sebagai dakwah, maka PAS telah meletakkan dakwah sebagai satu kejijikan dan satu penghinaan terutama apabila umat Islam di Malaysia adalah majoriti.

Tidakkah itu juga memberi erti kepada PAS bahawa kaedah dakwah yang digunakan sepanjang PAS ditubuhkan dari tahun 1951 sehingga kini sebenarnya tidak efektif langsung. Kaedah dakwah yang konon-kononnya, bil-hikmah, sebenarnya hanyalah satu waham yang perlu diperhatikan dan diperhalusi.

Dari tahun 1951 sehingga sekarang, mengapa PAS terlalu banyak perasan dan syok sendiri? Tidakkah PAS mempelajari kesilapan mereka dan meletakkan diri sebagai sebuah parti siasah dan pada masa yang sama sebagai sebuah parti dakwah.

Selit: Merlimau - BN - 6121 undi - PAS 2356 undi - majoriti 3811 undi termasuk undi pos.

PAS sudah beberapa kali diberikan peluang oleh Allah Taala untuk menang dan menawan hati umat Islam. Namun para pemimpin PAS terus melakukan kesilapan demi kesilapan... dan kesilapan terbesar adalah BERBAIK-BAIK DAN BERSEKUTU DENGAN DAP-PKR.

Dan PAS kalau masih mahu melihat parti 'keramat' itu terus duduk dalam liang lahad tanpa dikafankan, teruskanlah berkawan dengan DAP dan PKR seperti sekarang....
Continue Reading...

UPDATE DI MERLIMAU!!!

BN MENANG MAJORITI 2732 UNDI...

masih ada beberapa peti undi yang belum dibuka!!!!
Continue Reading...

UPDATE DI MERLIMAU!!!

BN MENANG MAJORITI 2732 UNDI...

masih ada beberapa peti undi yang belum dibuka!!!!
Continue Reading...

LAGI UPDATE!!!

Jengka 23;
BN menang majoriti 518 undi


Teluk Sentang:
BN menang majoriti 71 undi (kubu kuat PAS)

Jengka 22:
Majoriti 302 undi BN Menang

BN Menang di semua peti undi!!!!
Continue Reading...

LAGI KEPUTUSAN DI KERDAU!

Rumpun Makmur:
BN - 273 undi

Kerai:
Majoriti 242 BN
Continue Reading...

PAS BOLEH MAKAN PASIR LA DI KERDAU!!!!

Lintas langsung;

Kubu kuat PAS di Kerdau, Desa Murni mencatatkan kemenangan buat UMNO-BN dengan UMNO memperolehi 698 undi dan PAS 377. Undi rosak 10.

Lipat Kajang;
BN - 243
PAS -99

Rosak : 4

Kuala Tekal:
BN - 241
PAS - 64
Rosak - 5

Batu Sawar:
Majoriti 91 - BN

Pulau Pasir Mandi
Majoriti 96 - BN

Jumlah pengundi yang keluar mengundi 83.12%

Merlimau: 78.98%
Continue Reading...

SAPA SEBAT DUIT BOMOH HUJAN NIH?!!!!

Apa sudah jadi di Merlimau? Hujan dah mula turun? Mana pergi duit peruntukan untuk pembayaran BOMOH HUJAN? Siapa pula yang menyebat duit berkenaan? Atau adakah duit peruntukan BOMOH HUJAN tersebut telah dilepaskan ke Kerdau mengakibatkan Kerdau tidak hujan?

Cerita bab duit dan peruntukan ni, ada la satu makhluk halus tuh... dia punya aksi GILA BABI punya DON'T.... Tapi kesemua DON'T tu, sebenarnya adalah DO untuk dirinya sendiri. Punyalah nak tunjuk kuasa, sampaikan duit untuk jentera pilihanraya yang tak sampai tiga ribu ringgit tu pun nak disebat... kunun-kunun untuk 'orang-orangnya'.... siapa 'orang-orangnya', tidaklah pula diketahui memandangkan makhluk ini sebenarnya adalah makhluk yang tersesat diturunkan ke dunia ini.... dia sebenarnya makhluk dari Planet X yang tak boleh nampak duit....

Makhluk ini juga telah mengunci pintu bilik media di Merlimau... dan di Kerdau, makhluk ini telah cuba menunjukkan kuasa, dan akhirnya menjadi buah mulut kalau tidak pun, buah kutukan...

Apa punya bahalollah seekor makhluk seperti ADUN LENGGENG yang tak boleh nampak duit nih... nak tunjuk pandai tak bertempat walaupun sebenarnya baik sedikit sahaja daripada LEMBU DAN KAMBING.

Ni nak tanya lagi, siapa punya kerja yang menyebat duit untuk BOMOH HUJAN? Kalau peratusan pengundi tak ramai di Merlimau, semua kesalahan perlu diletakkan kepada makhluk ini kerana duit peruntukan untuk pekerja pun nak dikibaunya...
Continue Reading...

MACAM HARAMJADAH TAK? AGAK-AGAKLAH KALAU NAK MENIPU PUN!!!

Ceritanya ialah media dan UMNO adalah penfitnah. Dan untuk membuktikan ianya adalah fitnah, maka orangnya pun keluarlah bersama-sama buktinya. Malangnya bukti yang dipaparkan, sangat tidak menarik dan sangat menimbulkan pelbagai tanggapan lain.

Dia tidak ada duit dan melihat iklan peserta FELDA yang ingin menjual tanahnya di merata-rata tempat. Dan kemudian, dia dihubungi dan ditemui oleh peserta FELDA tersebut, kemudian memujuknya untuk membeli tanah tersebut.... ingat yer, dia telah melihat iklan dan kemudian ditemui serta dipujuk untuk membeli tanah terbabit... dengan kata lain, siapa sebenarnya yang iklan siapa? Kalau peserta FELDA tersebut mengiklankan tanahnya untuk jualan, bagaimana pulak si dia yang keluar untuk memberikan penjelasan, pula yang ditemui dan dipujuk? Adakah kerana bekas guru itu seorang yang sangat terkenal dan satu-satunya manusia yang ada di FELDA berkenaan? (BACA HARAKAH DAILY)

Tinggalkan dahulu hujah berkenaan yang sudah cukup untuk meragukan...

Guru berkenaan tidak cukup duit... lantas membawanya bertemu dengan Tuan Ibrahim Tuan Man. Punyalah baik Tuan Ibrahim Tuan Man, maka pinjaman diberikan dan sebagai jaminan, tanah itu diletakkan atas nama isteri Tuan Ibrahim Tuan Man terlebih dahulu. Dengan kata lain, ia sebenarnya mengutamakan keselamatan duit yang dipinjam oleh guru terbabit dan kata guru tersebut, pinjamannya telah habis dibayar, dan tanah tersebut kini telah pun menjadi milik syarikatnya... ingat, dia adalah seorang guru... dan sekarang, dia mempunyai sebuah syarikat pula!

Adakah pembelian tanah tersebut membantu peserta FELDA? Mengapa kalau benar hendak membantu, tanah yang DIHADIAHKAN oleh kerajaan dan rakyat Malaysia kepada peserta FELDA itu pula yang dibeli?

Membantukah memandangkan peserta FELDA berkenaan masuk ke tanah rancangan tersebut kerana mereka tidak mempunyai tanah dan sekarang, tanah yang diberikan itu pula dijual, sekaligus menjadikan peserta FELDA berkenaan kembali tidak bertanah? Membantukah namanya?

Atau ia sekadar satu urusniaga yang sangat menguntungkan dengan menggunakan guru yang bernama Ibrahim itu sebagai proksi Tuan Ibrahim Tuan Man yang memproksikan isterinya bagi mengelakkan dia menerima kecaman kerana membeli tanah peserta FELDA yang kesangapan dan terlupa bahawa suatu ketika dahulu mereka adalah kaum yang sangat bertuah kerana dihadiahkan 12 ekar tanah oleh kerajaan dan rakyat Malaysia berbanding rakyat Malaysia lain yang lebih memerlukan tanah dan peluang untuk hidup?

Dalam ceramah PAS, kononnya mereka memperjuangkan kebajikan para peserta FELDA... adakah dengan membeli tanah peserta FELDA, PAS sebenarnya membantu atau memusnahkan kebajikan peserta FELDA? Atau sekali lagi, ia merupakan urusniaga yang sangat menguntungkan dan HALAL pada undang-undang negara, biarpun hanya menggunakan proksi seperti guru yang bernama Ibrahim itu.

Dan tidak menghairankan bagaimana PAS begitu bersungguh-sungguh untuk 'membela' para peneroka dengan ANAK dan BAPA yang diketuai oleh Mazlan Aliman... sebab pada pengakhirannya, apa yang dilakukan oleh guru bernama Ibrahim itu jugalah yang akan dilakukan sekiranya ANAK dan BAPA berjaya dalam misi mereka. Cuma kali ini, pembelinya bukan lagi proksi Tuan Ibrahim Tuan Man, sebaliknya Ah Chong, Ah Meng sama ada tempatan mahupun dari Singapura yang akan menggunakan proksi bernama Ahmad, Che Hamid, Tuan Ibrahim Tuan Man, mahupun Nik Abdul Aziz Nik Mat...

Mustahil tak?
Continue Reading...

SUDAH BERMULA OPERASI UNTUK MENAKUT-NAKUTKAN PENGUNDI!!!

Sumber gambar: BADUT RAKYAT

Puak Pakatan Rakyat nampaknya sudah semakin kelam-kabut. Mereka bukannya bertindak untuk menang sebaliknya hanya untuk mengurangkan majoriti kemenangan UMNO dengan teruk bagi menjatuhkan semangat UMNO, khususnya Najib Abdul Razak dan Pilihanraya Negeri Sarawak yang dijangka bakal dilangsungkan pada bulan April nanti.

Sewaktu penulis sampai ke Merlimau, penulis dapat perhatikan reaksi provokasi yang diperlihatkan oleh upahan-upahan Pakatan Rakyat yang berlilit kepala dengan kain berwarna hijau yang bertulis di atasnya, PAS dalam tulisan Jawi.

Cara mereka memandang dan merenung, sudah cukup untuk menunjukkan mereka sememangnya sedang mencari gaduh. Dan apabila penulis singgah sebentar di Command Centre Barisan Nasional yang terletak bersebelahan dengan sebuah masjid yang sangat cantik, sekali lagi penulis direnung dengan tajam oleh tiga orang anak muda dalam lingkungan usia awal dua puluhan dari dalam sebuah kereta yang bernombor pendaftaran di Johor.

Terdapat banyak kereta yang bernombor pendaftaran luar berada di Merlimau. Bahkan sewaktu penulis meninggalkan Kerdau, semakin banyak nombor pendaftaran Terengganu dan Kelantan memasuki Kerdau. Keadaan yang sangat serupa berlaku di Merlimau memandangkan lebih banyak kereta bernombor pendaftaran Selangor, Johor dan Perak sampai dan berhenti di hadapan beberapa buah pondok PAS. Lebih menarik lagi, kebanyakan yang keluar dari kereta-kereta berkenaan adalah wajah-wajah muda yang kelihatan sangat teruja dan kelihatan sangat agresif dengan gaya seorang samseng taik kucing.

Laporan tentang pergaduhan yang tercetus di Chin Chin melibatkan penyokong-penyokong PAS dari luar dengan pemuda-pemuda UMNO tempatan. Mujurlah pergaduhan tersebut tidak berpanjangan.

Begitu juga dengan pergaduhan yang berlaku di hadapan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Merlimau yang turut melibatkan penyokong-penyokong PAS dan UMNO. Agak menarik kerana apabila polis mengarahkan pemuda-pemuda UMNO beredar, mereka melakukannya tanpa banyak merungut, sungguhpun sebahagian daripada mereka sememangnya sudah bersedia untuk 'BERTEMPUR HABIS-HABISAN', bahkan sudah ada lebih 500 orang yang sudah 'bersedia' sama ada dari Serkam, mahupun dari Umbai dan beberapa kawasan lain yang berhampiran bagi pihak UMNO.

Dan mujurlah pihak polis bertindak pantas dan sangat cekap. Kedegilan para penyokong PAS untuk mendirikan khemah di kawasan lapang di hadapan sekolah berkenaan, menjadi punca. Namun yang lebih menarik ialah, para penyokong PAS kelihatan sangat bersungguh-sungguh untuk mengawasi kawasan pusat mengundi yang melibatkan kawasan bukan bermajoriti Melayu seperti Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Merlimau. Mungkin keyakinan mereka terlalu tinggi bahawa undi Cina lebih 40% akan berpihak kepada mereka di Merlimau.

Nampaknya, pihak polis terpaksa melipatgandakan usaha untuk menjaga keamanan memandangkan terdapat unsur-unsur untuk menakutkan para pengundi daripada keluar mengundi.

Anehnya, mereka yang begitu bersungguh-sungguh mahukan ketelusan, tetapi mereka jugalah yang paling tidak telus, dan berusaha menggagalkan proses demokrasi. Kalau sudah teringin sangat hendak BERPERANG dan BERGADUH, buat apalah bersusah-payah mencalonkan YUHAIZAT ABDULLAH sebagai calon mereka? Bawa sajalah parang, pedang, keris, pisau atau apa-apa senjata dan mulakanlah pergaduhan... bukankah itu lebih tidak hipokrit berbanding dengan perbuatan yang dilakukan sekarang?

Pihak polis pastinya akan melakukan yang terbaik untuk mengawal keganasan yang bakal dicetuskan oleh para penyokong upahan PAS yang dibawa khas dari luar Merlimau ke kawasan pembuangan undi bagi menakutkan para pengundi.

Begitu juga di Kerdau... polis pastinya akan memastikan perjalanan pembuangan undi akan berjalan dengan lancar dan tidak terganggu dek perbuatan penyokong-penyokong dari luar yang dikerahkan untuk membuat kacau oleh pihak tertentu!
Continue Reading...

APA MASALAH MANGKUK NI SEBENARNYA? NAK CARI GLAMOUR?

Bekas Ketua Cawangan FELDA Jengka 25 yang empat hari lalu keluar dari UMNO untuk menyertai PAS bersama-sama 11 orang rakan 'imaginasinya', masuk UMNO semula di tangan Ismail Sabri Yaakob. Muzammil Mualif yang sebelum ini dikatakan bermasalah setelah empat penggal berturut-turut menjadi Ketua Cawangan dan kemudiannya 'merajuk' kerana projek tak dapat, menerima publisiti yang sangat besar apabila menghantar borang permohonan masuk PAS menerusi tangan Abdul Hadi Awang, Presiden PAS sendiri. Dan ramai orang PAS terutama sekali di Jengka 25 yang sudah tergedik-gedik ekor dan mendapat kemenangan moral kerana kemasukan seorang bekas P.A wakil rakyat ketika sedang berkempen untuk kemenangan calon PAS di Kerdau.

Ia seperti mengulangi keadaan yang berlaku di Perak hampir dua tahun lalu yang menyaksikan akhirnya tumbanglah sebuah kerajaan yang diperkudakan oleh Ngeh-Nga sehingga Nizar Jamaluddin sampai ke hari ini asyik ternganga-nganga dan meroyan ke sana ke mari.

Kepada orang politik seperti Muzammil... tak payahlah buat lawak yang bukan-bukan. Anda keluar dari UMNO pun tidak menghairankan, anda masuk balik pun, hanya akan menyebabkan lebih ramai yang semak mata. Keputusan untuk menyertai PAS sebenarnya sudah betul sangat ler tuh... sepatutnya diteruskan dan tidak perlulah alasan yang diberikan kedengaran seperti jantan yang diceraikan bininya yang cantik jelita dan sedang mabuk angau atau lebih tepat lagi gila talak.

Sudah-sudahlah dengan sandiwara sebodoh itu. Rakyat bukannya sebangang yang difikirkan. Rakyat bukanlah robot yang boleh digerakkan dan dihentikan sesuka hati. Rakyat juga bukanlah medan untuk anda menguji populariti.

Walau atas helah apa sekalipun, perbuatan seperti ini tidak perlu diberikan simpati. Alasan-alasan yang diberikan juga tidak memerlukan sebarang rasa kesian atau lebih tepat lagi, tak perlulah percaya dengan apa yang dituturkan....

Manusia yang sangat mudah berubah hati seperti ini, seharusnya ditolak terus daripada menjadi pemimpin. UMNO sudah tentulah tidak memerlukan pemimpin yang akan melakukan apa-apa sahaja demi kuasa dan kehendaknya dipenuhi. Cukuplah dengan seorang sahaja ANWAR IBRAHIM. Tidak perlulah lebih ramai Anwar Ibrahim di dalam UMNO yang cuba berlagak sebagai DRAMA KING.

Dan PAS pula, seharusnya tidak melihat sesuatu sebagai political mileage dan advantage dalam peperangan menentang UMNO. Dalam kes ini, PAS 'berjaya dibuktikan' oleh Muzammil Mualif sebagai sebuah parti yang BANGANG, BAHLOL dan TIDAK BERUSUL PERIKSA, sebaliknya sentiasa tunduk kepada nafsu dan bukannya mengikut pertimbangan akal dan iman.

Sekali lagi PAS dimalukan... dan Muzammil Mualif juga telah membuktikan bahawa PAS dan para pemimpinnya bukanlah yang terbaik untuk dipilih untuk digantung harap, sama ada sebagai wakil rakyat, mahupun pemimpin rumahtangga pun!!!
Continue Reading...

Saturday, March 5, 2011

HASANUDDIN SALIM CALON PAS YANG TERSALAH MASUK CHANNEL!!!

Perlu diakui, PAS sememangnya seringkali mengambil langkah yang membunuh mereka sendiri. Sekalipun pelbagai retorik dan slogan yang dihamburkan kepada PAS malah Nik Abdul Aziz sendiri, nyata apa yang dinyatakan tidak berakar tunjang. Berkata Nik Abdul Aziz, kononnya PAS memilih calon yang tawadduk, tak ada masalah, tidak merokok dan tidak tinggal solat berjemaah... namun apa yang berlaku adalah sebaliknya.

Calon PAS di Kerdau, Hasanuddin Salim tidak menepati ciri-ciri yang telah ditetapkan oleh Mursyidul Am, Nik Abdul Aziz Nik Mat. Sikapnya yang gemar mengasingkan diri daripada jemaah dan hanya berkumpul sesama sendiri semata-mata jelas menunjukkan bahawa Hasanuddin bukanlah seorang pemimpin yang diperlukan.

Di dalam ajaran Islam sendiri, 'rukun' sahsiah bagi membolehkan seseorang pemimpin dilantik adalah pemimpin yang disenangi dan diterima majoriti. Kalau pemimpin macam Hasanuddin yang hanya berani beraksi bersama-sama kumpulan 'syok sendirinya' sahaja, jadah apa dia perlu dipilih untuk mewakili Kerdau?

Cerita bab Islam macam air liur tersembur waktu dapat anak dara... tetapi dari segi perlaksanaan, hampehh....

Tu belum lagi kira macam mana dia memperolehi tanah dengan cara putar belit dengan menggunakan nama isterinya...

Agak malang bagi PAS kerana PAS tidak begitu berhati-hati sebagaimana yang mereka sendiri lafazkan. Sekadar menggunakan alasan agama untuk membenarkan perlakuan, tidak cukup untuk menghalalkan slogan dan retorik dalih agama.

Apatah lagi, PAS di Kerdau seolah-olah tidak bertanding, sebaliknya yang bertanding adalah Anwar Ibrahim dan PKR. PAS cuba membawa beberapa bintang ceramah mereka, tetapi PKR lebih mendominasi dengan kepentingan untuk menyelewengkan fakta perbicaraan liwat Anwar Ibrahim...

Kesian PAS... PAS hanya dijadikan sebagai selipar dan seluar dalam PKR semata-mata. Dan sekalipun calon PAS yang bertanding, PKR menerusi AMK sekadar seronok untuk menutup punggung tua Anwar, bukannya membela dan mempengaruhi pengundi untuk memilih PAS.
Continue Reading...

PAS PERLU LEBIH MUHASABAH DIRI, BUKANNYA JADI TAK MUNASABAH!!!

Suka atau tidak, PAS di Kerdau berdasarkan pemerhatian penulis, adalah sebuah parti yang dipandang lekeh, bukan sahaja oleh orang UMNO bahkan oleh orang-orang PAS sendiri. Dalam sebuah jamuan selepas solat Isyak di sebuah masjid di salah sebuah Felcra dua malam sudah, sempatlah penulis berbual dengan beberapa orang jemaah yang kalau berdasarkan cakap-cakap dan semangat mereka, mereka adalah orang PAS. Apabila mereka ditanya oleh penulis, mengapa tidak pergi mendengar ceramah yang disampaikan oleh para penceramah dari pentas AMK tidak jauh dari masjid tersebut, mereka sekadar tersengih sambil menggeleng.

"AMK buat pentas kat simpang tu, sebenarnya bukan nak tolong PAS tapi nak musnahkan PAS."

Kata-kata jemaah yang berusia dalam lingkungan pertengahan lima puluhan itu tidak mengejutkan penulis. Sebabnya, penolakan yang ditunjukkan oleh ahli jemaah itu membuktikan bagaimana akar umbi PAS di seluruh negara sebenarnya sudah meluat sangat dengan gelagat dan tindakan semberono yang dilakukan oleh pimpinan tertinggi parti tersebut.

Terlalu banyak retorik. Terlalu menurut kehendak PKR. Terlalu mengagungkan Anwar Ibrahim. Tidak bersikap adil sekalipun menggesa UMNO berlaku adil dan sentiasa menyokong sekalipun kesalahan yang dilakukan melanggar akidah selagi berada di pihak PAS adalah antara alasan-alasan yang penulis kerap terima.

Mungkin penulis sudah tersalah masuk dalam jemaah yang membenci tindakan kepimpinan sekarang, maka penulis ketika selesai bersolat zohor secara berjemaah di sebuah masjid yang lain, sempat membuat tinjauan dengan bersembang politik bersama beberapa orang jemaah yang kelihatan seperti penyokong tegar PAS.

Pengalaman penulis berjaya mengesahkan mereka memang ahli PAS. Sebenarnya tidak jauh dari masjid berkenaan, ada satu markas atau bilik gerakan PAS yang juga berada di kawasan yang dianggap sebagai berdarah hijau, tidak jauh dari sebuah perkampungan Orang Asli di Jalan Temerloh-Jerantut.

Ketika ditanya, mereka jelas kecewa dengan apa yang dilakukan oleh kepimpinan PAS terutama dalam persengkokolan dengan DAP dan PKR. PAS bagi mereka terlalu menurut kata-kata DAP dan terlalu mengagungkan PKR sekalipun PKR sudah berkali-kali membuktikan mereka hanya kuat pada sembang dan temberang, tetapi dari segi lain, PKR muflis!

Paling menarik apabila jemaah yang penulis tanya itu merupakan pengundi di Kerdau. Penulis tidak perlu lagi bertanya parti apakah yang akan dipangkah oleh jemaah terbabit pada esok hari. Mereka sama ada akan membuat undi protes atau pun tidak keluar mengundi langsung kerana enggan bersubahat dengan para pemimpin PAS mencipta dosa dalam hukum yang mereka karang sendiri berdasarkan hukum al Quran. Itu adalah kepastiannya....

Hanya dari dua buah masjid, sememangnya sukar untuk dibuat petunjuk apa sebenarnya yang akan berlaku pada hari Ahad nanti. Pun begitu, melihat kepada situasi di sekitar Kerdau, sambutan hangat yang diberikan dalam ceramah-ceramah PAS tidak lebih daripada topeng semata-mata. Apakan tidak, kebanyakan yang datang adalah orang luar, bukannya penduduk tempatan. Kalau ada pun penduduk tempatan dan pengundi tempatan, jumlah mereka boleh dibilang.

Mungkin selepas PRK Kerdau ini nanti, PAS perlu melakukan bedah siasat yang lebih menyeluruh dan lebih terperinci seandainya benar PAS ingin menguasai Putrajaya. PAS tidak boleh terus hanyut dan percaya bulat-bulat dengan temberang PKR dan DAP lagi. PAS perlu menunjukkan kekuatan yang pernah mereka miliki tanpa perlu menggunakan kaedah lapuk menjatuhkan hukum seperti yang diamalkan sekarang!

Cuma persoalannya adakah Tuan Ibrahim Tuan Man mampu bercakap benar, atau terpaksa mencipta cerita yang indah-indah untuk mewujudkan suasana fantamorgana kepada kepimpinan utama PAS dalam usaha untuk mengelak daripada mengecilkan hati Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng?

Rasa-rasanya PAS lebih memilih Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng berbanding akar umbi PAS sendiri!!!
Continue Reading...

PEMUDA UMNO HILANG TELURNYA DIMAKAN TUNGAU!!!!

Penulis tidak tahu apa yang berlaku di Manek Urai, Galas, Tenang mahupun Batu Sapi kerana penulis tidak terlibat sepenuh masa dengan kempen pilihanraya kecil di tempat-tempat tersebut. Tetapi di Kerdau, penulis melihat sendiri bagaimana longlainya Pemuda UMNO Malaysia. Kumpulan Pemuda UMNO yang penulis jumpa pun, hanyalah dari Selangor yang di dalamnya adalah Safarizul Mustafa yang juga Ketua Penerangan Pemuda UMNO Selangor yang dikerah untuk memujuk undi kaum Cina di pekan Kerdau dua hari lepas.

Penulis tidak ada sebarang komen tentang Safarizul dan kumpulannya yang kelihatan keletihan dan sangat lelah ketika penulis temui. Mereka telah menjalankan kerja dan peranan yang diberikan dengan penuh tanggungjawab dan sebaik mungkin sekalipun mereka sebenarnya telah DIKHIANATI oleh Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia.

Namun hakikatnya, Pemuda UMNO Malaysia secara keseluruhannya, kelihatan sangat meminggirkan diri daripada pilihanraya kecil Kerdau. Jangan tidak, Pemuda UMNO adalah membabitkan diri dalam satu perlawanan bolasepak atau futsal. Dan selebihnya Pemuda UMNO tidak ubah seperti budak jantan yang kulup anunya dan kemudian digigit tungau sehingga asyik tergaru-garu tanpa menghiraukan orang lain sedang memerhatikan mereka dan mentertawakan kelakuan bangang mereka!

Muka Ketua Pemuda UMNO ada terlekat di mana-mana tetapi kelibat Ketua Pemuda UMNO dan aktiviti Pemuda UMNO sendiri bagaikan mencari biji petai di dalam tahi!!!

Sepatutnya Pemuda UMNO malu dengan Gelombang Merah yang dipimpin oleh Dato' Hamidah Osman, ADUN Sungai Rapat yang juga merupakan Exco kerajaan negeri Perak dan Ketua Penerangan Wanita UMNO. Kumpulan Gelombang Merah Kak Midah begitu menonjol dan sangat aktif. Bersama-sama dengan Ketua Wanita Pahang, Datuk Rosni Zahari, mereka bergerak di serata tempat dan bukan setakat melakukan ceramah rumah ke rumah, sebaliknya turut mengatur pentas-pentas ceramah di seluruh Kerdau.

Apa sebenarnya yang cuba dilakukan oleh Pemuda UMNO Malaysia? Adakah mereka sebenarnya sedang kebingungan atau sebenarnya kerana ketua mereka tidak berjawatan dalam kabinet kerajaan, menjadikan telur mereka dihurungi tungau?

Yang sohehnya, hari ini adalah hari terakhir berkempen dan kelibat Pemuda UMNO masih sukar dikesan.... kehadiran Ketua mereka sekadar kehadiran olok-olok. Aktiviti yang dijalankan oleh Pemuda UMNO bagaikan pencuri getah buku... langsung tidak kelihatan!

Atau sebenarnya Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia sebenarnya telah pun dibubarkan?

Cuba cerita yang betul-betul....
Continue Reading...

RAHIMI OTHMAN BERJAYA SEBAGAI PENCERAMAH UMNO!!!!

Malam tadi merupakan kali pertama penulis mendengar dan melihat Rahimi Othman menjadi penceramah bagi pihak UMNO. Dan ternyata, Rahimi Othman, anak muda yang berbadan kurus, dan tinggi lampai itu tidak mengecewakan langsung. Mungkin bagi orang yang kali pertama melihat baby-facenya akan berasa, Rahimi tentu akan mengalami tekanan yang bukan sedikit sebelum berucap, paling tidak pun terkencing-kencing dan terketar-ketar, namun apa yang berlaku adalah sebaliknya. Rahimi kelihatan sangat enjoy dengan ceramah dan 'kerja barunya'.

Rahimi seperti tahu, dia adalah anak tempatan dan dengan menggunakan bahasa atau loghat daerahnya, dia berjaya mencuit hati para penonton yang terdiri daripada warga Felda tempatan, walaupun lebih kurang beberapa ratus meter dari tempatnya berceramah, Nurul Izzah sedang berucap bagi membantu calon PAS, Hasanuddin Salim.

Tinjauan mendapati, Nurul Izzah tidak berjaya menarik perhatian penduduk tempatan, sebaliknya diminati oleh orang dari luar Felda Jengka 22 berdasarkan jumlah penonton dan orang ramai yang memenuhi ruang di hadapan kawasan ceramahnya adalah orang luar.

Dan kerana tujuan tertentu, medan perlagaan antara Nurul Izzah dengan Rahimi Othman dan Ezam Mohd Noor terpaksa dipindahkan pada saat-saat akhir. Pun begitu, ia tidak mengecewakan dengan kehadiran penonton yang tidak berganjak sekalipun hujan mulai turun.

Banyak yang didedahkan oleh Rahimi tentang Anwar Ibrahim. Hanya kerana masa yang terhad akibat perancangan ceramah yang meleret-leret oleh penceramah yang tidak sepatutnya datang menyibuk seperti Adnan Seman, pengundi Felda Jengka 22 tetap gembira dengan penjelasan yang diberikan oleh Rahimi. Malah seorang pak cik ketawa tergolek-golek apabila Rahimi bercerita tentang kisah Anwar Ibrahim dan gelagat pembohongnya yang sangat sinonim dengannya.

"Bukan sahaja di luar, dalam mimpi pun, Anwar tetap nak bohong!"

Esok adalah hari terakhir kempen di Kerdau. Dan esok juga, Rahimi nampaknya begitu sibuk dengan pelbagai atur cara termasuklah ceramah yang bakal disampaikannya di Rumpun Makmur bersama-sama Rashid Rosdi yang akan mengisahkan tentunya tentang pembohongan Anwar.

"Kenapa pula kita tak boleh serang Anwar? Anwar adalah Ketua Pakatan Rakyat dan PAS adalah pendokong utama Anwar Ibrahim!" kata Rahimi sambil disahut oleh sorakan para penonton tempatan di Jengka 22.

Syabas Rahimi... anda nampaknya berjaya membuktikan sesuatu, sekalipun tanpa sokongan daripada UMNO sendiri... walhal yang bertanding di Kerdau adalah calon dari UMNO, bukannya calon dari bekas PKR!!!!
Continue Reading...

BLOGGER MEMANG PUNCHING-BAG UNTUK SI BAHLOL DALAM UMNO!!!!

Dalam keseronokan berceramah, mangkuk yang bernama Adnan Seman yang menjadi pembesar Pemuda UMNO Bandar Tun Razak ini, telah menjadikan BLOGGER sebagai bahan ceramahnya dengan menggelarkan BLOGGER sebagai GOBLOK!!!

Ternyata Pemuda UMNO juga tidak kurang hebatnya menampilkan SI BODOH, SI BAHLOL dan SI BENGONG sebagai penceramah yang cuba menunjuk pandai dan memandai-mandai. Dia mungkin tidak sedar bahawa ceramah itu turut dihadiri oleh beberapa orang BLOGGER yang bertujuan memberi publisiti kepada parti yang disertainya.

Sebenarnya budaya menggelar BLOGGER sebagai GOBLOK bukan perkara baru. Seringkali BLOGGER dianggap sebagai musuh oleh pihak-pihak tertentu terutama apabila BLOGGER berjaya mendedahkan tembelang, tipu helah dan permainan kotor pemimpin tertentu dalam cubaan meraih kuasa. Memandangkan BLOGGER sukar dikawal memandangkan kebanyakan BLOGGER bukan POLONG BERTUAN, maka dia membuat pukul rata bahawa semua BLOGGER adalah GOBLOK.

Tidak kiralah sama ada BLOGGER berkenaan datangnya dari Pro-UMNO mahupun Pro-Pakatan Rakyat, apa perlu diGOBLOKKAN pasukan BLOGGER dari media baru? Mengapa tak berani menggelarkan WARTAWAN sebagai HAIWAN? Adakah kerana memikirkan BLOGGER tidak bermajikan, maka sewenang-wenangnya HAIWAN POLITIK YANG LAPAR KUASA ini menggelarkan pihak lain yang tidak sebulu dengannya?

Sakit hati sebab bossnya selalu kena sesah dengan BLOGGER maka dia menjadikan BLOGGER sebagai musuh utama?

Berceramah menghentam PAS tetapi sejarah UMNO-PAS pun gagal sama sekali. PAS memang ditubuhkan pada 1951 tetapi pertandingan merebut jawatan Yang Dipertua UMNO antara Tunku Abdul Rahman dengan C.M Yusof dan Ahmad Fuad Hassan bukanlah punca utama penubuhan PAS. Pengaruh Hizbul Muslimin yang telah diharamkan oleh Inggeris telah meresap di dalam UMNO dan keputusan UMNO untuk menjadikan loteri kebajikan sebagai salah satu punca pendapatan bagi mendapatkan kemerdekaan itulah yang menyebabkan berlakunya Muktamar Ulama Ketiga di Bangunan Kelab UMNO, Bagan yang menyaksikan wujudnya sebuah parti yang bernama PAS.

Amat malang, orang muda itu seorang yang gemar menipu dan cuba menipu. Sepatutnya tidak perlulah nak diperbesar-besarkan tentang kekalahan Haji Ahmad Fuad Hassan yang hanya mendapat 7 undi berbanding Tunku Abdul Rahman yang mendapat 57 undi. Tak perlulah dia menggunakan taktik dan helah Anwar Ibrahim yang akan menipu dalam apa juga isu. Perpecahan PAS dari UMNO sepatutnya dijadikan alasan dalam ceramah untuk menunjukkan bagaimana UMNO telah berubah dan peka kepada kehendak umat Islam.

Yang lebih penting, tak perlulah dinaikkan isu kekalahan Haji Ahmad Fuad Hassan dalam kes perpecahan ini kerana ia hanyalah buah untuk membunuh UMNO kembali.

Maka bayangkanlah seorang penceramah UMNO yang menggoblokkan BLOGGER sedangkan dia sendiri bukan sahaja GOBLOK, bahkan TOLOL DAN BAHLOL sehingga menjejaskann parti yang disertainya sendiri.

Itu belum lagi spinning yang dilakukan terhadap angka rasuah Nik Abdul Aziz. Dari RM65 ribu menjadi RM650 ribu... ia bukanlah sesuatu yang boleh diterima dengan mudah, sebaliknya ia jelas menunjukkan ketidakpekaan seorang penceramah yang diberikan tanggungjawab untuk menaikkan nama parti yang diwakili dan merendahkan parti lawan.

Dan kalaupun nak merendahkan parti lawan, tidak perlulah menggunakan fakta-fakta pembohong seperti itu! Cakap sajalah yang benar dan tidak perlulah membesar-besarkan angka yang semua orang sudah tahu menerusi PEMBACAAN DI BLOG!!!

Untuk pengetahuan Adnan Seman lagi, gambar Nik Abdul Aziz yang menghulurkan rasuah kepada tiga Orang Asli di Galas itu sebenarnya adalah gambar yang berjaya dirakamkan oleh BLOGGER bukannya wartawan akhbar yang dibangga-banggakan! Bukan juga datangnya daripada wartawan media elektronik... gambar berkenaan datangnya daripada seorang BLOGGER!!!!

Mengapa agaknya Ketua Pemuda UMNO menyimpan dan membela orang-orang tongong seperti ini? Adakah Ketua Pemuda UMNO ingin menunjukkan dia lebih pandai dan lebih futuristik berbanding orang lain, dengan berpandukan kepada orang-orang bawahannya yang TONGONG-TONGONG dan BERAKAL LEMBIK seperti Adnan Seman yang berceramah di FELDA JENGKA 22 malam tadi?

Rasa-rasanya ramai yang boleh menjawab persoalan tersebut.
Continue Reading...

BILA SI BUTA PERUT MASUK KE KAMPUNG!!!!

Masa dulu, kalau nak pergi ceramah saja, mesti naik kereta buruk... bukan setakat buruk, tetapi BURUK NAK MAMPUS! Konon-kononnya sebagai pejuanglah... konon-kononnya sebagai isyarat lebih dekat dengan rakyat marhaein. Dan konon-kononnya pejuang seperti mereka, tidak memerlukan kemewahan dan bukan kemewahan yang dicari.

Tetapi itu dulu... beberapa belas tahun lampau. Sekarang, sudah lain. Masuk ke kampung pun tunjuk hebat dengan MENATANG BERHARGA RM1 JUTA. Punyalah nak menunjuk-nunjuk parking pula betul-betul di hadapan jalan masuk ke lapangan ceramah.

Orang kampung tidak berasa kagum langsung dengan kereta mewah tersebut sebaliknya MELUAT. Dan ianya tidak setakat meluat kepada pemilik kereta berkenaan yang langsung tidak faham tentang hati budi, budaya dan resam penduduk luar bandar.

Agak aneh, mereka sangat terpelajar dengan taktik untuk mengambil hati tetapi apabila lama-kelamaan, mereka mula menunjukkan belang mereka yang sebenar. Amat malang kerana ia tidak memberi imej yang baik kepada parti yang mereka wakili, sebaliknya memberikan impresi yang sangat buruk seolah-olah kedatangan MENATANG BERHARGA RM1 JUTA itu menghina orang kampung yang ingin mendengar ceramah yang hendak disampaikan?

Dalam cerita hebat tentang perjuanganlah, semangatlah, apa balalah, akhirnya yang dipersembahkan kepada penduduk kampung adalah satu kebohongan yang nyata. Yang terpamer di mata orang kampung adalah sebuah kemewahan yang tidak mungkin dapat mereka kecapi. Orang yang datang berceramah itu sebenarnya adalah PEMBOHONG BESAR apabila bercerita tentang perjuangan, sekalipun yang datang bawa kereta mewah itu bukanlah dia, sebaliknya pengiringnya!!!
Continue Reading...

KESIAN ANWAR!!! DAH TAKDAK MODAL, SEMUANYA DIKATAKAN UPAH!!!

Kalau anda dengar betul-betul, ada dua perkataan yang menjadi sinonim dengan lidah Anwar Ibrahim iaitu KONSPIRASI dan DIBAYAR UPAH. Setiap kali ada hujah yang tidak mampu dijawab oleh Anwar Ibrahim, inilah perkataan yang akan keluar dari mulut Anwar. Itu sahajalah yang mampu Anwar ucapkan setiap kali dia mati akal.

Dan dua malam sudah pun, sama jugalah... Anwar sekadar mampu berkata, Ummi Hafilda diupah dari RM500 dan naik RM600. Apa-apa sahaja yang tidak mampu dijawabnya, pasti akan dikatakan diupah dan konspirasi.

Anehnya, apa yang dikatakan oleh Anwar Ibrahim dihadam oleh para pendengarnya dengan laungan REFORMASI dan KETUANAN RAKYAT....

Pernahkah mereka terfikir tentang konspirasi dan upah yang dikatakan oleh Anwar Ibrahim? Tidakkah mereka pernah terfikir, apakah mereka yang bersama-sama Anwar Ibrahim sekarang ini menerima upah atau sebaliknya untuk terus kekal bersama-samanya? Berapa dan apakah ganjaran yang telah diberikan kepada Saifuddin Nasution untuk kekal sebagai Setiausaha Agung PKR? Berapa pula yang diupah oleh Anwar Ibrahim kepada Kamaruddin Jaafar untuk menjadi ulat dan anai-anainya di dalam PAS?

Seperti kata Rahimi Othman, 30 orang Ahli Parlimen Barisan Nasional yang cuba dipujuknya sebelum 16 September 2008 semuanya dijanjikan jawatan Menteri dan Timbalan Menteri, sekaligus akan menjadikan Malaysia sebagai pemilik Menteri terbanyak di dunia jikalau Gempar 16 September benar-benar berlaku.

Dan sekarang, sesiapa sahaja yang menentang Anwar Ibrahim akan dikatakan sebagai pengambil upah dan berkonspirasi untuk menjatuhkannya.

Belang Anwar tidak dapat lagi disembunyikan dengan ramainya penonton yang datang mendengar ceramahnya, sebab kebanyakan daripada mereka bukanlah orang tempatan yang mengeluarkan undi!!!

Malang sungguh PAS kerana masih lagi dipermain-mainkan oleh Anwar Ibrahim dan PKR...
Continue Reading...

Friday, March 4, 2011

VIRUS BAHLOL TAK PUPUS SEBENARNYA!!!

Rupa-rupanya TERLALU BANYAK VIRUS BAHLOL yang melekat dalam tubuh badan UMNO. Kedatangan ke Kerdau atau lebih tepat lagi ke Pahang mendedahkan pendapat-pendapat bangang dan bahlol yang masih tidak dapat dihapuskan sekalipun mangkok-mangkok dalam politik berterusan mempamerkan diri mereka sebagai orang yang serba advance dan berfikiran jarak jauh.

Hakikatnya masih terdapat BAHLOL-BAHLOL di dalam politik yang sebenarnya langsung tidak bijak tetapi berjaya menyembunyikan diri mereka di sebalik topeng politik. Salah seorang daripada mereka adalah Exco Pelancongan Pahang.

Dia tidak percaya media baru dapat membantu UMNO dan Barisan Nasional. Dia masih beranggapan media baru merupakan barang mainan golongan remaja yang gila gadget dan suka mencuba teknologi baru.

Dalam dunia yang sudah berubah, dalam keadaan di mana revolusi rakyat tercetus tanpa membabitkan kertas dan senjata konvensional, masih ada lagi makhluk-makhluk dari zaman Jurrasic yang masih cuba berlagak yang mereka adalah pemimpin masa hadapan.

Besar kemungkinan Exco berkenaan tidak langsung mempunyai otak atau barangkali tahap pembelajaran dan persekitarannya pula hanyalah Gua Kota Gelanggi. Mungkin juga makhluk ini kalau dia nak makan ikan, dia akan ke sungai, menyelam atau menuba. Kalau nak rumah, dia akan ke hutan mencari balak yang boleh dibuat tiang seri, kemudian mencari buluh untuk dibuat dinding dan lantai. Untuk buat atap pula, dia perlu menanggung beberapa beban pelepah bertam yang akan dijalin dan kemudian disusun dan diikat pada rangka atap yang diperbuat daripada kayu kemahang.

Sama ada Exco berkenaan sekadar bergurau atau sebaliknya, yang sahihnya, dia bukanlah seorang pemimpin yang baik dan boleh membuat perancangan pada masa hadapan. Dia masih tidak tahu tentang teknologi penghapusan kertas. Barangkali sudah sampai masanya untuk pemimpin yang sebangang dan out-of-date ini dicantas keluar dan disuruh untuk menjadi budak pejabat sahaja.

Bayangkanlah, UMNO hampir hilang negara ini menerusi pembabitan media baru, sedangkan Exco berkenaan masih tidak tahu dan tidak sedar pun!!!

Betapa jahilnya dia!!!!
Continue Reading...

AHMAD MASLAN GOMOL FUZIAH SALEH!!! JAHAT SUNGGUH TIMB. MENTERI NIH!!!!

Dengan hanya berkain pelikat dan berselipar sahaja, Ahmad Maslan membelasah Fuziah Saleh yang tidak ditemani oleh lakinya di Rumpun Makmur. Kejadian yang memalukan itu berlaku tidak lama selepas ceramah Ummi Hafilda membelasah Anwar Ibrahim secara berdepan-depan dan tidak berselindung.

Dan sama keadaannya seperti Ummi Hafilda dan Anwar Ibrahim yang langsung tidak memihak kepada 'projected PM' itu, Fuziah Saleh cuba bermain-main dengan isu agama, yang menyindir Wanita UMNO yang datang tidak bersuami sebagai melanggar hukum agama.

Maka berkatalah Ahmad Maslan, di mana sebenarnya laki Fuziah Saleh dan 'laki mana' yang menemankan dia untuk berceramah di Rumpun Makmur.

Kesian Fuziah... dia mungkin terlupa yang dia adalah seorang wanita, bukannya jantan. Dia mungkin tersalah sebut dan sebutannya itu pula didengar oleh Ahmad Maslan. Dan Ahmad Maslan dengan hanya berselipar dan berkain pelikat, segera membalas memandangkan jarak antara kedua-dua tempat ceramah tersebut tidak jauh antara satu sama lain.

Paling menarik apabila Ahmad Maslan memecahkan 'tradisi' berceramah dengan mundar-mandir bagaikan seorang selebriti yang sedang membuat persembahan dan tidak hanya berdiri tegak bagaikan patung kayu.

Nampaknya kelibat PKR dan tokoh-tokoh pembesar mereka yang dihadap secara berhadap-hadapan, memperlihatkan kebohongan yang telah mereka lakukan selama 13 tahun, kian terungkap. Kain mulai terselak. Dan celah kelengkang sudah boleh dilihat sama ada berbulu atau licin.

Bravo Ahmad Maslan!

Para pemimpin UMNO seharusnya belajar tentang kaedah serangan yang baru dan tidak lagi bergantung kepada cara berpolitik yang diamalkan sekarang yang ternyata sudah jauh ketinggalan zaman!
Continue Reading...

PAS KERDAU SUDAH BAGI AMARAN AWAL KEPADA ANWAR IBRAHIM!!!!

Beberapa jam sebelum Anwar Ibrahim datang ke Rumpun Makmur untuk memberikan ceramah dan bertembung suara dengan Ummi Hafilda Mohd Ali yang hanya dipisahkan jarak sejauh 15 meter, sudah ada amaran daripada pihak tertentu agar Anwar Ibrahim tidak datang dan dimalukan. Antara pihak berkenaan termasuklah yang menamakan diri mereka sebagai PAS Kerdau.

Hal tersebut terbukti dalam Twitter dari 'grup' berkenaan yang meminta Anwar Ibrahim tidak datang ke Kerdau dan memalukan mereka. Dan ternyata, apa yang dibimbangi menjadi kenyataan. Anwar Ibrahim tidak sahaja dimalukan di Rumpun Makmur sehingga terpaksa memendekkan ucapannya yang biasanya boleh menjangkau tujuh hari tujuh malam tanpa berhenti-henti menjadi tidak lebih dari setengah jam.

Dalam usaha Anwar untuk lari ke Jengka 22 bagi mengelak pertembungan dengan Ummi Hafilda, Anwar menerima malu yang lebih besar apabila bukan sahaja diejek, bahkan dibaling dengan tongkeng ayam oleh penduduk Jengka 22.

Kemunculan TWITTER PASKERDAU sememangnya ada asas berdasarkan apa yang berlaku malam tadi. Siapakah sebenarnya yang berada di belakang PASKERDAU? Benarkah PASKERDAU benar-benar PAS atau satu entiti lain yang sebenarnya sedang memberi isyarat besar kepada Anwar Ibrahim dan PKR di mana-mana pilihanraya kecil atau lebih tepat lagi dalam arus politik negara?

Dan berdasarkan kepada petunjuk semalam, PKR dan Anwar Ibrahim sudah tidak relevan lagi biarpun pada masa yang sama, Anwar masih mampu mengumpul crowd, tetapi apabila berlaku pertembungan secara langsung dan hujahnya dipatah-patahkan dengan Anwar sendiri tidak berani menghuraikan secara lanjut setiap isu yang diutarakannya, sudah cukup untuk membuatkan Anwar hilang peminatnya.

Ternyata, benarlah seperti yang dikatakan oleh Rahimi Othman, Anwar Ibrahim pantang kalau diprovokasi. Kalau hujahnya berjaya dipatahkan, Anwar biasanya akan gugup dan mula berfikir untuk melarikan diri. Benar juga seperti kata Rashid Rosdi, Anwar akan lebih cepat marah apabila isu yang dibangkitkan terhadapnya adalah benar dan dia mula akan mencari jalan untuk berpusing dan menyeronot dalam apa juga lubang yang ada sebelum memulakan serangan baru yang langsung tidak berkaitan dengan isu terbabit.

Dan anda boleh buktikan menerusi TWITTERnya dengan bertanyakan tentang isu semalam.... kalau anda tidak kena blok selepas mengeluarkan pertanyaan tersebut, anda sudah boleh dikira sangat beruntung.
Continue Reading...

BUAT KALI PERTAMA ANWAR DIMALUKAN BERHADAP-HADAPAN

Bila Kak Midah, ADUN Gunung Rapat yang turut datang membantu kempen pilihanraya kecil Kerdau menyatakan, 'Anwar dah kecut... dah kecut atas bawah....' dan pada masa yang sama, di kem sebelah terletak lebih kurang 15 meter dari Bilik Gerakan Barisan Nasional Rumpun Makmur 'merungut' yang Anwar bukanlah calon yang bertanding, sekaligus memberi isyarat agar Anwar Ibrahim tidak diserang dan tembelangnya didedahkan di hadapannya sendiri, ia sebenarnya sudah cukup untuk memberi gambaran yang sebenar tentang situasi Anwar Ibrahim.

Siapa yang sangka, malam tadi menjadi sejarah apabila buat kali pertamanya, Anwar Ibrahim berhadapan dengan musuh utamanya, Ummi Hafilda di suatu tempat, dan pada masa yang sama. Siapa sangka, kedatangan Kak Midah dan Ummi Hafilda di Rumpun Makmur, membawa satu pembaharuan terhadap kempen-kempen Anwar Ibrahim semenjak dia dipecat dari Kerajaan dan UMNO.

Bahang sememangnya sudah terasa semenjak dari awal lagi. Lebih kurang 3 ribu orang berkumpul di kedua-dua belah kem untuk mendengar hujah Ummi Hafilda dan Anwar Ibrahim yang berlaku serentak. Agak malang bagi Anwar Ibrahim, kebanyakan yang mendengar cerita Anwar Ibrahim adalah orang luar, bukannya orang Rumpun Makmur. Sedangkan yang mendengar hujah Ummi Hafilda pula kebanyakannya adalah orang tempatan.

Pelbagai hujah yang diperdengarkan oleh Ummi Hafilda. Sedangkan Anwar Ibrahim pula, walaupun berjanji akan menjawab setiap hujah Ummi Hafilda yang dikatakannya sebagai fitnah, tidak melakukannya sebagaimana yang dijanjikan. Bahkan, Anwar langsung tidak menyentuh walau satu isu pun yang ditimbulkan oleh Ummi Hafilda. Bak kata Blogger GAP, buat kali pertama dalam tempoh 10 tahun, dia mendengar ceramah Anwar Ibrahim yang terus melaju dengan gear 5, tidak lagi bermukadimah seperti biasa.

Bagi mereka yang berada di tempat ceramah, anda pastinya akan dapat mendengar suara menggeletar Anwar Ibrahim. Pastinya juga Anwar seperti budak yang baru belajar nak berceramah, tidak sebagaimana kebiasaan. Hujah-hujah Anwar tidak lagi mantap. Dia bagaikan terganggu dengan ucapan Ummi Hafilda yang memperincikan kronologi peristiwa 1997.

Dan berbeza daripada janjinya sebelum itu, Anwar langsung tidak menjawab mahupun menyentuh apa yang dikatakannya sebagai fitnah. Sebaliknya Anwar lebih sibuk bercerita tentang gejolak di Mesir, di Libya dan Asia Tengah. Langsung tak ada kena-mengena dengan apa yang berlaku di Kerdau!

Anwar cuba berceramah tentang rasuah dan penyalahgunaan. Cerita tentang pembaziran kerajaan yang membayar subsidi kepada syarikat pembekal tenaga IPP, namun apabila Ummi Hafilda menyatakan secara lantang bahawa Anwar Ibrahim adalah pembohong dan bapa rasuah malah sebagai pelakon yang kalau P.Ramlee masih hidup pun akan angkat kaki dan tangan, surrender kepada Anwar Ibrahim yang memiliki kebolehan dan bakat berlakon yang lebih besar.

Namun yang paling SADIS apabila Ummi Hafilda memberitahu para pendengar ceramah di kedua-dua belah kem bahawa Anwar Ibrahim berasal dari keluarga papa-kedana yang kemudian menjadi super kaya-raya apabila Anwar Ibrahim menjadi Menteri Kewangan dan Timbalan Perdana Menteri.

Dan seperti sebelumnya, Anwar tetap tidak menjawab persoalan tersebut.

Begitu juga apabila Ummi Hafilda menceritakan tentang hubungan asmara dana Anwar dengan Shamsidar Taharin serta rasuah RM100k oleh abangnya, Azmin Ali agar menutup mulut, Anwar juga langsung tidak menjawab.

Sememangnya malam tadi, segala-galanya tidak menjadi buat Anwar Ibrahim. Segala-galanya majal dan mendajalkannya.

Dan seperti yang dikatakan oleh Blogger GAP yang bersama-sama penulis di tempat ceramah, buat kali pertama, Anwar Ibrahim hilang suara. Anwar Ibrahim yang datang, bukanlah Anwar Ibrahim yang biasa.

Provokasi yang dilakukan oleh Ummi Hafilda, benar-benar merimaskan Anwar Ibrahim. Anwar Ibrahim memendekkan ceramahnya dan berlalu menuju ke Jengka 22 ketika Ummi Hafilda masih lagi seronok menceritakan tembelang Anwar Ibrahim dalam sejarah hidupnya.

Anwar terburu-buru ke Jengka 22. Ternyata, nasib majalnya masih berterusan. Di Jengka 22, Anwar bukan sahaja disambut oleh anak muda Jengka 22 dengan demonstrasi yang menghalaunya, bahkan Anwar Ibrahim turut dibaling dengan tongkeng ayam. Tidak cukup setakat itu, Anwar juga disambut dengan laungan "Anwar Peliwat! Anwar Peliwat!"

Ummi Hafilda bersumpah lagi, Anwar pula sekadar berceramah yang entah apa-apa. Ummi Hafilda begitu bersemangat, sedangkan Anwar pula cuba buat-buat bersemangat, meskipun nadanya kedengaran longlai dan hujahnya pula tidak langsung menggambarkan kualiti manusia yang memprojekkan dirinya sebagai Perdana Menteri Malaysia.

Mungkin Anwar Ibrahim langsung tidak menyangka, nasibnya malam tadi, semalang itu. Sudahlah KALAH APABILA BERHADAPAN DENGAN UMMI HAFILDA, bahkan disambut dengan cara yang paling menghinakan di Jengka 22. Apa yang mampu dilakukan oleh Anwar Ibrahim hanyalah perkataan 'REFORMASI! REFORMASI! REFORMASI!' ungkapan yang suatu ketika dahulu sangat keramat, tetapi sekarang dianggap sebagai ungkapan paling malang bagi sesiapa yang mengucapkannya.

Barangkali kalau Wan Azizah dan Nurul Izzah ada semalam, mereka juga pasti akan merah muka dan merah biji mata seperti Anwar Ibrahim. Anwar Ibrahim yang sangat sensitif apabila diprovokasi dan menjadi gabra beruk, sepanjang masa kelihatan cuba menahan kemarahan dan nada suaranya tidak lantang, tidak berkeyakinan dan tidak bersemangat. Nadanya terkeleweh bagaikan punggung pompuan tua.

Kesian Anwar Ibrahim!
Continue Reading...

RAHIMI AKAN BUKTIKAN DIA BUKAN TROJAN HORSE!!!

Sesi beramahmesra dengan Rahimi Othman dan Rashid Rosdi di One Station, Temerloh mengungkap banyak cerita-cerita sisi dalam Anwar Ibrahim dan inner-circlenya. Bagaimanapun, banyak bahagian yang tidak dapat didedahkan kerana ia akan berlawanan dengan kes liwat yang sedang dibicarakan melibatkan Anwar Ibrahim di mahkamah sekarang ini.

Pun begitu, satu perkara yang sangat jelas, kedatangan Rahimi Othman yang tidak mendapat sokongan banyak pihak dalam UMNO, sebenarnya menggambarkan satu lagi permainan baru yang sedang wujud dalam manifestasi UMNO sama ada suka atau sebaliknya.

Kebimbangan awal bahawa penggunaan Rahimi Othman dalam kempen dan ceramah di Kerdau nyata tidak berasas. Bertemu dengan anak muda tersebut dan melihat semangatnya untuk mendedahkan bukti hubungan Anwar Ibrahim dengan Zionis dan Amerika serta Yahudi bersama-sama bahan bukti yang berjaya 'dicurinya' sudah cukup untuk menunjukkan apa yang 13 tahun dahulu digunakan oleh geng-geng Anwar Ibrahim kini sudah kembali kepada UMNO. UMNO menggunakan senjata yang menikam mereka dari hujung tahun 1998 sehingga sekarang biarpun sangat lembab dan tidak beridea kreatif langsung.

Tanpa diketahui, sebenarnya banyak pembocoran tentang Anwar dan kerjasamanya dengan Amerika Syarikat, Yahudi dan Zionis dilakukan oleh Rahimi Othman dan beberapa orang rakannya yang kini masih lagi berada di dalam PKR. Pembocoran diserahkan kepada pihak psy-war UMNO dan didedahkan semenjak 2008 dahulu tanpa sumber berkenaan didedahkan.

Justeru membawa Rahimi yang jauh lebih fasih untuk menceritakan tentang cita-cita Anwar Ibrahim untuk menyahudikan negara ini dan menjadikan Zionis sebagai penjajah negara ini, merupakan satu tindakan bijak.

Yang tidak bijaknya ialah berdasarkan pengamatan penulis, UMNO tidak mengambil berat pun tentang Rahimi. Mungkin UMNO berpendapat, mereka mempunyai lebih banyak maklumat tentang Anwar Ibrahim dan modus operandinya yang berselindung di sebalik nama REFORMASI tetapi sebenarnya didalangi oleh Zionis. Namun itu pun boleh juga menjadi persoalan, memandangkan kempen dan ceramah UMNO tidak pernah mendedahkan tentang kerjasama erat Anwar Ibrahim itu secara terperinci untuk menjadikan Zionis sebagai tuan Malaysia di hadapan orang kampung.

Kehadiran Rahimi dan ceramahnya tentang kerjasama Anwar dengan Zionis adalah satu langkah yang bijak. Tetapi lebih bijak lagi, kalau UMNO menggunakan orang seperti Rahimi sebagai attacker Anwar dan Pakatan Rakyat tanpa perlu memandikan mereka dengan jawatan seperti yang kerap diamalkan sebelum ini kepada beberapa bekas PKR seperti Lokman Adam!!!
Continue Reading...

Thursday, March 3, 2011

PAS Kelantan Sedang Mendekati Kekufuran dan Kekafiran!!!


Isu arak dan judi hangat di Sidang Dewan Negeri Kelantan
03/03/2011 3:29pm
KOTA BHARU 3 Mac – Isu arak dan judi yang didakwa masih tidak diharamkan sepenuhnya di Kelantan menjadi perdebatan hangat antara seorang Exco kerajaan dan ketua pembangkang pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan............." utusan

Mana mungkin ada arak dan judi..ishh takkan PAS dah halalkan arak dan judi di Kelantan, fitnah ni..fitnah semata2..


Kabornya utk lain2 kaum..ishh lain2 kaum kat Malaysia umumnya ada agama, dan takkan agama kaum2 lain ni menghalalkan arak dan judi.


Aku yakin brpuluh2 tahun PAS telah tarbiah rakyat Kelantan ..pastinya yg muslim dan yg bukan sangat2 membencikan arak dan judi..


P/s Terkonang satu masa dulu..bila BN luluskan permit arak atau judi, maka bertempiklah sekeliannya dan canang seluruh negara dimasjid2 dan disurau2 bahwa UMNO halalkan arak dan judi..


PAS amalkanlah Islam usahlah amalkan amalan sekular UMNO nanti jadi kapir..


-aa




Continue Reading...

MUSLIMAT DAN AN-NISA' TERPAKSA MENYAMAR UMNO DI JENGKA 22

Tanpa alasan yang kukuh dan tanpa terdesak untuk memenangkan calon PAS, Hasanuddin Salim, Muslimah dan An-Nisa' telah masuk ke FELDA 22 dan menyamar sebagai jentera sokongan UMNO dalam usaha untuk memalukan UMNO dan menjatuhkan integriti calon UMNO, Syed Ibrahim Syed Ahmad.

Jengka 22 dianggap sebagai kubu kuat UMNO dan kesukaran untuk PAS menembusi kubu berkenaan memaksa jentera wanita PAS, Muslimat dan puteri PAS, An-Nisa' terpaksa bergerak bagaikan 'semut hitam di atas batu hitam pada malam yang gelap gelita tanpa sebiji bintang di langit' bagi menjayakan misi, cari, tangkap dan musnah.

Sama seperti pelacur-pelacur Belanda pada Perang Dunia Kedua yang menyelinap masuk ke dalam angkatan tentera Nazi Jerman, Muslimah dan An-Nisa' nampaknya sudah mula menceburkan diri dalam politik yang lebih serius, daring dan lebih berani.

Syabaslah kepada si perancang dan pemberi idea yang sangat bernas ini!!!
Continue Reading...

ANWAR MALU? BIAR BETUL?

Anwar Ibrahim merungut yang dia malu kerana KEMALUAN dan DUBUR diperiksa. Memang menghairankan sangat-sangat apabila Anwar Ibrahim menuturkan perkataan 'malu' kerana sepanjang sejarahnya, Anwar Ibrahim tidak pernah berasa malu sedikit pun.

Malu sangatkah Anwar apabila mencantas Shuhaimi Kamaruddin sebagai Ketua Pemuda UMNO? Malu sangatkah Anwar apabila menerajang Ghaffar Baba sebagai Timbalan Presiden UMNO dan Timbalan Perdana Menteri? Namun yang paling tak best sekali, masa meliwat, Anwar tak berasa malu ke? Bukankah ketiga-tiga orang hakim Mahkamah Persekutuan memutuskan bahawa Anwar Ibrahim MEMANG MELIWAT Azizan Abu Bakar tetapi dibebaskan kerana 'konflik tarikh'.

Memang betullah seperti yang dicakapkan oleh bekas pembantunya, Anwar Ibrahim dalam tempoh tidak sampai millisecond boleh berubah seperti ketika dia mengutuk PAS sebagai pengecut, bodoh, bahlol, tongong dan cikai namun ketika sedang mengutuk, OSTAT KITA, Azizan Abdul Razak muncul, Anwar Ibrahim dengan puji pujanya jadi chameleon macam pintu automatik.

Dan sekarang, Anwar Ibrahim cerita tentang malu? Anwar malu? Mungkin langit jadi tanah, tanah jadi langit, mungkinlah pada waktu itu Anwar cakap pasal malu, barulah kita boleh percaya!!!!
Continue Reading...

BIARKAN UMMI DAN ANWAR BERTEKAK DEPAN-DEPAN... KITA TONTON SAJA!!!!

Ceramah yang membabitkan Ummi Hafilda adik Azmin Ali yang SANGAT DIGERAMKAN dan merangsangkan kejantanan SEJUMLAH BLOGGER di Rumpun Makmor, Kuala Krau sebenarnya serentak dengan ceramah yang bakal menampilkan Anwar Ibrahim. Buat kali pertama kali dalam sejarah, 'perdebatan langsung' antara Ummi Hafilda dan Anwar Ibrahim berlaku di pentas ceramah.

Bilik Gerakan Barisan Nasional dan bilik gerakan Pakatan Rakyat di Rumpun Makmur dipisahkan oleh sebatang jalan yang jaraknya tidak sampai pun 20 meter. Setakat kalau kentut tu, bukan setakat boleh dengar, bau pun boleh dihidu dengan sejelas-jelasnya.

Walaupun kedua-duanya akan dipisahkan oleh pentas, namun secara hakikatnya, sesiapa yang datang untuk mendengar ceramah kedua-duanya, tidak akan perlu bersusah payah dan berlari-lari ke sana ke mari... apa yang anda perlu lakukan ialah, duduk saja di tepi jalan dan dengarlah kedua-duanya bertekak dan berhujah dengan sebebas-bebasnya.

Malam ini di jam 9 malam Rumpun Makmur... atau lebih tepat lagi di Felcra Rumpun Makmur... tidak jauh dari masjid, tidak jauh dari Rumah Kedah.... Ummi Hafilda akan berentap dengan Anwar Ibrahim secara langsung... jangan lupa untuk bawa nasi bekal sebab kedua-duanya mempunyai potensi untuk berucap berjam-jam lamanya, terutama sekali Anwar Ibrahim yang memecah rekod sejarah dunia dengan memberi ucapan pembentangan bajet selama 5 jam non-stop!!!!
Continue Reading...

PKR BALAS DENDAM TERHADAP PAS DI KERDAU?

Mungkin apabila didedahkan, ada ler propagandis PAS yang akan mengeluarkan kenyataan bahawa poster pilihanraya calon PAS Kerdau, Hasanuddin Salim adalah sabotaj dan fitnah puak lawan. Namun ia seharusnya menjadi PENGAJARAN kepada semua pihak agar lebih berhati-hati dan lebih sensitif terutama yang membabitkan protokol dan prosedur.

Namun ada juga besar kemungkinan propaganda Pakatan Rakyat yang 'mendermakan' poster kempen untuk Hasanuddin Salim ini mempunyai cita-cita yang lebih besar iaitu MEREPUBLIKKAN negara ini. Dan poster kempen ini sebenarnya menggambarkan hasrat mereka yang sebenarnya.

Agak malang, calon PAS menjadi kambinghitam puak-puak REPUBLIK di dalam Pakatan Rakyat.

Bagi yang kurang mengetahui, crest atau jata negeri yang digunakan dalam poster kempen calon PAS Kerdau adalah jata yang khas digunakan oleh Sultan dan Istana Pahang. Selain jata berwarna kuning, KDYMM Sultan Pahang dan Istana Pahang juga menggunakan jata berwarna putih. Manakala warna hitam pula adalah warna rasmi yang dinisbatkan kepada Sultan Pahang yang suatu ketika dahulu bertaraf Bendahara.

Jata rasmi yang digunakan oleh kerajaan negeri adalah berwarna hitam putih.

Penggunaan jata rasmi adalah salah dari segi peraturan pilihanraya dan peraturan amalan kerajaan negeri.

Kita tunggu apa yang bakal dijawab oleh pihak Pakatan Rakyat... siapa sebenarnya yang berada di belakang kekecohan penggunaan jata ini?

Tidak mungkin PAS sebab PAS sentiasa menjunjung kedaulatan Sultan dan sangat jarang merungut tentang institusi kesultanan. Yang sering dan cenderung untuk menghapuskan kesultanan Melayu di Malaysia adalah PKR dan DAP... dan dalam hal ini, berkemungkinan besar juga DAP tidak masuk campur memandangkan DAP tidak terbabit berkempen secara aktif di Kerdau!
Continue Reading...

IKLAN BERBAYAR

PORTAL ISTIMEWA

BLOG-BLOG PRO KERAJAAN

TAK TAHU KIRI KE KANAN

BLOG PEMIMPIN

MASUKNYA WAKTU SOLAT

SAPA DIA

Top Commenters

Powered by Disqus

Recent Comments

Senarai Laman Web WAJIB