MARI BERFORUM, BERHUJAH DAN BERTEKAK DI SINI

RADIO PILIHAN THE FLYING KICK

Thursday, April 7, 2011

VIDEO LUCAH ANWAR: SI BOTAK LEGAM NI PULA BERTELUR DI MULUTNYA!!!!

Sivarasa Rasiah, salah seorang peguam mahal belaan Anwar Ibrahim selain berjawatan Ahli Parlimen Subang mendakwa penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja tidak perlu bagi menangani video lucah yang dikaitkan dengan Anwar Ibrahim. Katanya, kes tersebut bukanlah kes besar dan tidak mempunyai sebarang kepentingan nasional. Apatah lagi Wan Azizah sudah pun membuat pengakuan bahawa orang di dalam rakaman video berkenaan bukanlah Anwar Ibrahim.

Rupa-rupanya peguam ini memang dari jenis tolol yang bukan sahaja menolak sebarang kebenaran dan hak kerana mendapat bayaran yang banyak, tetapi turut mengajak rakyat menjadi tolol kerana akhirnya rakyat yang terpaksa mendapatkan khidmatnya dengan sejumlah bayaran yang sangat besar.

Apa hak dia untuk mengatakan video tersebut tidak mempunyai kepentingan nasional? Adakah Anwar Ibrahim merupakan Sivarasa Arumugam yang kerjanya mencuri kabel telefon atau kaki mabuk yang tertidur di perhentian bas?

Anwar Ibrahim merupakan Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia. Sebagai seorang pemimpin, tidak ada privasi yang diperuntukkan untuk Anwar Ibrahim sebab jawatan sebagai pemimpin bukannya merupakan perlantikan Allah Taala sebaliknya diminta dan dilantik oleh manusia. Dan sebagai seorang pemimpin, Anwar perlu membersihkan dirinya daripada sebarang tuduhan jenayah mahupun salahlaku moral.

Bukankah itu yang Anwar dan PKR laung-laungkan tentang Najib Abdul Razak dengan Altantuya Shiiribu. Mengapa untuk Najib Abdul Razak, lain pula alasannya dan untuk Anwar Ibrahim memerlukan alasan yang jauh berbeza?

Apa istimewanya Anwar berbanding Najib Abdul Razak sehingga dia perlu mendapatkan keistimewaan yang bukan-bukan? Adakah hanya kerana Anwar Ibrahim dikatakan oleh isterinya sebagai 'Anugerah Tuhan', maka seorang peguam botak yang hitam legam hatinya mengatakan tiada kepentingan untuk pendedahan salahlaku dan moral kepada umum?

Apakah Sivarasa Rasiah berasakan seluruh rakyat Malaysia boleh diperbodoh-bodohkan dan tidak ada hak untuk mengetahui kebenaran di sebalik tuduhan yang dilemparkan kepada Anwar Ibrahim? Dan kalaupun Suruhanjaya Diraja untuk menyiasat video tersebut tidak diperlukan, mengapa pula JAM TANGAN OMEGA SAMPAI KINI MASIH TERSOROK?

Yang paling penting, apa sebenarnya yang sangat ditakuti oleh para penyokong Anwar Ibrahim tentang video berkenaan? Atau apa yang dilakukan oleh Sivarasa Rasiah sebenarnya adalah mengalihkan perhatian dan melekakan rakyat Malaysia sekaligus membolehkan Anwar Ibrahim melarikan diri ke luar negara dan tidak pulang-pulang lagi?

Continue Reading...

TELOR GUAN ENG JATUH BERLAMBAK DI PADUNGAN!!!

Satu sifat yang ada pada Lim Guan Eng, si Ketua Menteri Pulau Pinang yang dibuang dari Melaka, ialah SIFAT TEBAL MUKA YANG SANGAT EKSTRIM! Sifat ini sangat kurang dimiliki oleh ramai pemimpin terutama dari kalangan Barisan Nasional yang biasanya akan sentiasa memastikan kehadiran mereka diketahui, dijemput dan dihargai.

Dalam usaha memperkenalkan calon hingusan yang akan bertanding di Padungan, Guan Eng telah tersasul memasuki kawasan ramai orang Cina yang sedang meraikan kedatangan dan kehadiran Najib Abdul Razak. Mungkin beranggapan orang Cina adalah penyokong kuat DAP dan calon yang diperkenalkannya, maka Guan Eng membanggakan diri mencelah masuk.

Malangnya apa yang berlaku ialah, dia di BOOOO oleh 3000 orang Cina dan ditunjukkan isyarat serta laungan 1MALAYSIA di hadapan muka dan di sekeliling telinganya sehingga membuatkan muka Guan Eng merah padam. Malu punya pasal, Guan Eng masih sempat bersalaman dengan Perdana Menteri yang kemudiannya bergegas beredar dari situ bersama-sama calon DAP yang berusia 20 tahun itu yang menjadi mimpi indah kepada sebilangan blogger Pakatan Rakyat yang sudah berhari-hari tak jumpa bini di Kuching!!!


Nak kata kesian pun, macam tak bernilai sebab Guan Eng sememangnya tidak layak langsung dikasihani mahupun diberikan simpati. Dia tidak pernah berasa kasihan apabila menghalau kaum Bumiputera di Pulau Pinang. Dia tidak pernah berasa kesal kerana menghasut dan melaga-lagakan orang Melayu-Islam demi memastikan DAP mendapat sanjungan daripada kaum Melayu yang bangang tolol.

Atau barangkali juga keyakinan Guan Eng bahawa calon-calon partinya akan menyapu bersih kerusi-kerusi bermajoriti Cina membuatkan Guan Eng melakukan 'lawatan tidak rasmi mesranya' untuk menunjuk-nunjuk kepada Najib Abdul Razak bahawa BN akan makan asap di kerusi-kerusi bermajoriti Cina.
Continue Reading...

VIDEO LUCAH KHAIRY JAMALUDDIN DAN ISTERI PEMIMPIN TERTINGGI PULAK BAKAL DI 'PASARAN'!!!!

Terkesan dengan video lucah yang dikaitkan dengan Anwar Ibrahim dan memberikan impak yang sangat besar kepada PKR sama ada dari segi promosi mahupun PERLAKNATAN berganda terhadap Anwar Ibrahim, menantu-saudara Anwar Ibrahim, Badrul Hisham Shaharin terpaksa menggunakan isu yang hampir sama untuk membalas serangan.

Bagaimanapun, berbeza daripada apa yang dilakukan oleh trio Datuk T yang membiarkan video berkenaan ditonton oleh wartawan dan editor selektif, Chegu Bard dan Sam Ketot pula sekadar mewar-warkan yang mereka juga memiliki video lucah membabitkan pemimpin UMNO tetapi dengan kisahnya, orang PKR lebih 'bertamadun' dengan membakar kesemua video tersebut.

Adalah amat tidak munasabah jikalau para pemimpin PKR, khususnya Chegu Bard dan Sam Ketot akan membakar mana-mana video lucah yang membabitkan pemimpin UMNO. Kalau ada gambar original Najib Abdul Razak tengah berak sekalipun, pasti gambar itu akan diedarkan dan didedahkan kepada umum.

Tiada yang baik di dalam PKR. PKR hidup atas fitnah dan tohmahan terhadap para pemimpin UMNO. Justeru, apabila pemimpin mereka 'terkena' sepertimana yang berlaku ke atas Anwar Ibrahim, mereka segera berfikir dan beranggapan, semua orang seperti mereka.

Continue Reading...

BILA DAH KURAP, GARU SAJALAH... BILA DAH TOKAK, POTONG DAN BUANG SAJALAH!!!

Kalau hendak temberang, Pakatan biasanya akan memulakan isu dengan RAKYAT. Konon-kononnya rakyat ada di belakang mereka. Konon-kononnya mereka mewakili keseluruhan rakyat Malaysia. Konon-kononnya mereka telah dilantik untuk mengawal, menguasai dan memantau rakyat. Dan konon-kononnya, rakyat telah memberikan kuasa kepada mereka tetapi kuasa tersebut telah dirampas oleh UMNO sehingga menyebabkan Anwar Ibrahim tidak dapat naik sebagai Perdana Menteri Malaysia.

Itu cerita Pakatan walau di mana pun mereka pergi!!!

Dan sekali lagi, nama RAKYAT dipersendakan oleh Pakatan. Pakatan dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh portal berita rasmi PKR, Keadilan Daily memetik Ketua Penerangan PAS Pusat, Suhaizat Kayat sebagai berkata, 'rakyat' khuatir kerana trio Datuk T masih lagi tidak ditangkap dan dibimbangi akan mencetuskan huru-hara atau dalam bahasa halusnya, 'masalah'.

Menurut Suhaizan Kayat lagi, rakyat kecewa kerana ketiga-tiga orang Datuk itu masih belum ditangkap dan didakwa walaupun mereka telah melanggar Seksyen 292 Kanun Keseksaan kerana menyiarkan video lucah.

Siapakah rakyat yang dimaksudkan oleh Suhaizan Kayat? Adakah para penyokong Pakatan sahaja yang dikira sebagai rakyat? Bagaimana pula dengan jutaan orang yang tidak menyokong mahupun menerima Pakatan Rakyat di Malaysia? Tidakkah mereka juga dikira sebagai rakyat Malaysia?

Penyiaran sebahagian kecil yang didakwa sebagai video lucah Datuk T, sungguhpun beberapa pihak menafikan tayangan 1 minit 47 saat di YouTube itu adalah video yang sama, mendapat sambutan yang sangat menggalakkan daripada rakyat Malaysia yang mahukan kebenaran. Cerita tentang Anwar Ibrahim selama ini sekadar berkisar di kalangan para pemimpin, inner circle dan mahkamah. Masih ramai rakyat Malaysia yang buta kayu tentang siapa sebenarnya Anwar Ibrahim sehinggakan sebilangan besar daripada mereka masih lagi tertipu dek penampilan dan cakap-cakap Anwar Ibrahim.

Apakah Suhaizan Kayat sebenarnya berasa ngeri kerana rakyat Malaysia sudah mulai sedar tentang munafiqnya Anwar Ibrahim sehingga terpaksa mengeluarkan kenyataan yang bolehlah disifatkan sebagai kenyataan kerbau makan kayu? Sedangkan sebagai Ketua Penerangan Pemuda PAS yang sudah tentu cukup arif tentang pemilihan pemimpin seperti yang dilaung-laungkan dalam beberapa kes melibatkan pemimpin UMNO, Suhaizan sudah pasti sangat tahu bahawa AIB PEMIMPIN PERLU DIBUKA DAN DIDEDAHKAN!!!

Atau barangkali Suhaizan sebenarnya seorang yang JAHIL dalam hal ini walaupun PAS sebelum ini telah mengeluarkan hujah bersandarkan kepada hujah Imam Al-Ghazali dan Imam Al-Nawawi selain hujah Ibn Hajar tentang enam perkara KEHARUSAN membuka AIB dan MENGUMPAT?

Dan kalaulah benar orang yang bernama Suhaizat Kayat ini seorang yang memahami serta menyanjungi sistem Islam, pastinya dia tidak akan mengeluarkan kenyataan pembelaan yang sangat berbeza dengan apa yang diajarkan oleh kaum ulama yang lebih muktabar.

Justeru, di mana sebenarnya pegangan Islam Ketua Penerangan Pemuda PAS ini apabila dia berhujahkan sebahagian dan menutup sebahagian yang lain? Di mana imannya seorang yang bernama Suhaizan Kayat apabila sesuatu aib pemimpin UMNO segera dibuka dan ditelanjangi bahkan difitnah seperti kes Altantuya Shiiribu dengan Najib Abdul Razak tanpa sebarang fakta dan data tetapi kes yang melibatkan Anwar Ibrahim yang mempunyai data dan fakta termasuklah rekod mahkamahnya, Suhaizan Kayat mempunyai pendekatan serta pendapat yang berbeza?
Continue Reading...

NAJIB MENAMBAH FITNAH UNTUK DIRINYA MENERUSI VIDEO SEKS 'ANWAR'!!!!

Apabila Najib Abdul Razak menyatakan bahawa rakyat sendiri yang perlu menilai video seks yang dikaitkan dengan Anwar Ibrahim, pastinya dia akan menjadi sasaran para pemimpin PKR terutama sekali Anwar Ibrahim untuk diheret dalam kemelut itu. Anwar Ibrahim dan isterinya, 'pelakon' terkenal Malaya, Wan Azizah awal-awal lagi sudah mendakwa Najib terbabit dalam konspirasi untuk menjatuhkan Anwar Ibrahim.

Anwar Ibrahim telah pun membuat laporan polis yang dia telah difitnah dan cuba dimalukan meskipun video yang dikatakan itu, belum ditonton oleh rakyat Malaysia. Apabila satu klip video yang memperlihatkan seorang lelaki mirip Anwar cuba memeluk seorang pelacur China dihebahkan menerusi YouTube, sebahagian besar rakyat Malaysia telah pun menontonnya dan sudah tentulah, bagi mereka yang sangat berminat dengan Anwar Ibrahim akan cuba menafikan kaitan dengan Anwar Ibrahim menerusi hujah-hujah mereka.

Berbeza daripada apa yang diinginkan oleh Wan Azizah dan Anwar Ibrahim, ternyata Najib Abdul Razak kurang memberikan reaksi berhubung perkara tersebut. Kenyataannya bahawa biarlah rakyat yang menilai dan membuat penentuan, sudah tentu bukanlah satu indikasi yang baik untuk Anwar Ibrahim dan PKR sebenarnya.

Dek kerana itulah, Anwar Ibrahim dan PKR akan cuba mengaitkan Najib Abdul Razak sebagai salah seorang daripada konspirator yang ingin mematikan kerjaya politik Anwar Ibrahim. Biarpun Anwar Ibrahim hanyalah seorang pengacau, penghasut dan penimbul kacau bilau di negara ini semata-mata untuk melarikan isu liwat yang sedang dibicarakan, hakikat tanpa perasaan malu pada Anwar dan Wan Azizah, sangat jelas.

Najib Abdul Razak sebenarnya tidak memerlukan konspirasi untuk 'menghapuskan' Anwar Ibrahim. Cukup dengan apa yang dilakukan oleh Anwar Ibrahim yang cuba mencari jalan untuk diISAkan, Najib boleh bertindak menamatkan terus kerjaya Anwar Ibrahim selaku ahli politik di negara ini. Sebaliknya, Najib masih membiarkan Anwar Ibrahim melakukan kerja-kerja menghasut, termasuklah hasutan agar Sarawak keluar dari Malaysia, menimbulkan perasaan tidak berpuas hati di kalangan majoriti rakyat Malaysia yang bencikan politik kotor Anwar Ibrahim.

Namun reaksi yang diberikan oleh Najib Abdul Razak, pastinya mengundang lebih banyak tohmahan daripada Anwar Ibrahim yang sangat bimbang sekiranya rakyat Malaysia gagal ditemberangkannya. Malah paling dirisaukan sekali oleh Anwar Ibrahim, sekiranya keseluruhan video yang dikaitkan dengan dirinya itu, tersiar di Internet dan dapat dilihat oleh rakyat Malaysia.

Tidak keterlaluan juga jikalau Rosmah Mansor juga akan terheret sama dalam kancah kontroversi ini ekoran kenyataan yang dibuat oleh Najib Abdul Razak.

Continue Reading...

KALAU IKUTKAN JUMLAH PENYOKONG, PKR KALAH TERUK DI SARAWAK!!!

Sekalipun Nik Nazmi dalam TWITTER cuba menafikan jumlah penyokong PKR yang mengiringi calon di beberapa tempat tidaklah seramai mana, malah ada yang tidak sampai pun 50 orang berbanding penyokong-penyokong calon Barisan Nasional ada hari penamaan calon semalam, namun itulah sebenarnya yang berlaku.

Pengerusi PKR Sarawak, Baru Bian hanya mampu mengumpulkan penyokong yang mengiringinya untuk penamaan calon seramai tidak lebih 100 orang. Calon-calon PAS turut berhadapan dengan jumlah penyokong yang mengiringi mereka. Kecuali DAP, namun jumlah yang turut mengiringi calon-calon parti itu juga tidaklah seramai mana.

Mungkin bagi mereka yang sudah terbiasa dengan budaya pilihanraya di Semenanjung akan melihat fenomena ini sebagai sesuatu yang menyebelahi Barisan Nasional. Mungkin ada yang sudah terlalu keseronokan dan meletakkan 'pertaruhan' masing-masing kepada calon Barisan Nasional akan mengakibatkan kehilangan wang deposit calon-calon daripada parti pembangkang.

Daripada maklumat yang diperolehi, peratusan keluar mengundi di Sarawak sebenarnya agak rendah. Seandainya peratusan yang keluar mengundi sebanyak 71% pun, ia dikira sebagai jumlah yang sangat besar.

Atau dengan kata lain, kebanyakan pengundi di Sarawak tidak begitu teruja dengan pilihanraya. Mereka hanya keluar untuk mengundi dan kemudian kembali meneruskan kerja masing-masing tanpa menghiraukan apa yang berlaku selepas itu.

Mungkin kerana itulah, ramai pemimpin politik yang kerap kebingungan dengan sikap rakyat Sarawak. Kehangatan pilihanraya tidak seperti di Semenanjung. Apatah lagi, majoriti rakyat Sarawak menolak politik Semenanjung yang sangat kotor dan menghalalkan sebarang cara untuk mencapai matlamat.

Justeru tidak hairanlah mengapa Anwar Ibrahim yang melakukan pelbagai lawatan di pelbagai tempat, kurang mendapat sambutan. Anwar Ibrahim yang biasanya di Semenanjung berceramah di tempat awam dengan ratusan kalau tidak pun ribuan penonton, di Sarawak, hanya sekadar dijadikan tukang jual ubat yang kurang mendapat perhatian kerana setiap temberangnya telah pun diketahui. Apatah lagi, Anwar Ibrahim hanya SAKIT HATI dengan Taib Mahmud. Dan kerana sakit hatinya itulah, Anwar Ibrahim cuba menjanjikan pelbagai bulan dan bintang kepada rakyat Sarawak!!!

Cuma yang menjadi persoalannya kini ialah, benarkah apa yang berlaku pada hari penamaan calon, merupakan petunjuk jelas kepada penolakan terhadap Pakatan Rakyat?
Continue Reading...

PAS KETANDUSAN CALON DI SEBALIK CAKAP BESAR TENTANG KEMENANGAN!!!

Berbeza daripada UMNO yang lebih memperlihatkan penghormatan kepada Sarawak, ternyata PAS pula sangat TEBAL SEMANGAT 1Malaysia mereka. UMNO tidak mempunyai seorang calon pun di Sarawak, malahan parti itu juga tidak wujud di Sarawak. Tiada juga pengimportan calon-calon dari Semenanjung untuk memenangkan UMNO yang tidak wujud di Sarawak.

Berbeza dengan PAS di mana PAS jauh lebih berani berbanding UMNO. Seorang calon PAS daripada lima orang merupakan calon import dari sebuah negeri di Pantai Timur Semenanjung. Biarpun PAS cuba meyakinkan rakyat Malaysia bahawa PAS sudah mendapat tempat dan sokongan di Sarawak, namun pencalonan wakil dari negeri di Pantai Timur Semenanjung itu, sudah cukup untuk membuktikan bahawa PAS Sarawak sebenarnya sangat ketandusan pemimpin.

Mungkin bagi kes ini di Semenanjung, ia bukanlah satu perkara asing. PAS seringkali menggunakan calon-calon import dalam setiap pilihanraya. Adakalanya bukan kerana tidak mempunyai calon-calon tempatan, tetapi untuk memastikan 'orang besar' dalam PAS mempunyai kedudukan dan jawatan sebagai wakil rakyat.

Namun situasi ini sebenarnya sangat berbeza di Sarawak. Ketika keperluan kepada calon anak tempatan lebih mendesak dan diperlukan dalam persekitaran di Sarawak, ternyata PAS mengambil risiko yang sangat besar untuk calonnya kehilangan wang deposit apabila tiba hari pembuangan undi nanti!!!
Continue Reading...

Wednesday, April 6, 2011

PAPAGOMO DITAHAN REMAN!!!

Dari khabar berita yang KL BOYZ terima dari Kuching Sarawak mengesahkan PAPAGOMO ditahan reman berkenaan Artikel Video Seks PORNO Anwar. PAPAGOMO dipercayai menjadi "Orang Kuat" atau PowerMan disebalik penyebaran video Seks PORNO tersebut.

Nampaknya Anwar semakin terdesak kerana pilihanraya yang berlangsung di Sarawak. Sekutu Anwar cuba menutup malu dan busung mereka dengan menyebarkan fitnah pula terhadap PAPAGOMO.

Diharap Allah setiasa melindungi PAPAGOMO dan kami sebagai TEAM NADI RAKYAT yang sentiasa akan membongkar kegiatan sumbang haram Anwar dan sekutu politik kotornya dari terus berkuasa di Malaysia ni.

Kami sebagai Team Nadi Rakyat akan tetap terus membongkarkan dan mengekang tingkahlaku buruk Pakatan Haram yang akan memburukan lagi keadaan aman di Malaysia.


Nota TFK:

Biarpun TFK dan beberapa orang blogger berada tidak jauh dari hotel yang didiami oleh PapaGomo, Megat Pisau dan GAP, namun kesibukan membuatkan masing-masing kurang mengetahui apa yang berlaku.

Berita ini diperolehi kali pertama dari Gelombang Wangsa Maju dan KL Boyz Channel. Panggilan telefon kepada Gomo, Megat Pisau dan GAP, tidak berjawab sekaligus kepastian tidak dapat diberikan menerusi blog ini.
Continue Reading...

CUBAAN MELARIKAN ISU VIDEO BERKAITAN ANWAR DENGAN ISU SPRM!!!

Isu kematian Teoh Beng Hock dimainkan sebegitu rupa oleh DAP dan Pakatan Rakyat ketika munculnya isu penyelewengan yang dilakukan oleh para pemimpin Pakatan Rakyat di Selangor. Akhirnya kisah penyelewengan pemimpin Pakatan Rakyat berjaya disenyapkan, sebaliknya yang ditimbulkan di seluruh Malaysia adalah kematian Teoh Beng Hock dan segala kesalahan diletakkan ke bahu SPRM.

Dan sekarang, prosiding siasatan membabitkan Suruhanjaya Diraja sedang berlangsung tetapi dikatakan tidak dapat kerjasama sepenuhnya daripada keluarga Teoh Beng Hock sendiri mahupun para pemimpin DAP.

Isu terpanas kini adalah video lucah yang dikaitkan dengan Anwar Ibrahim. Dan di tengah-tengah kehangatan itu, muncul satu berita yang sangat ditunggu-tunggu oleh Anwar Ibrahim dan para penjilatnya iaitu kematian Penolong Pengarah Kastam Pelabuhan Utara Pelabuhan Kelang, Ahmad Sarbini Mohamed, 56 tahun.

Mungkin kalau bukan kerana Teoh Beng Hock dan video panas Anwar Ibrahim, pastinya kematian Ahmad Sarbini tidak akan hangat diperkatakan. Apatah lagi berdasarkan namanya, Ahmad Sarbini adalah seorang Melayu yang sudah tentu kurang menarik perhatian DAP dan Pakatan Rakyat. Lainlah kalau Ahmad Sarbini itu mempunyai masalah dengan PDRM yang dianggap sebagai musuh oleh Pakatan Rakyat.

Sesuatu yang sangat pasti ialah, kematian Ahmad Sarbini tentu akan digunakan sepenuhnya oleh Pakatan Rakyat, terutama sekali oleh Anwar Ibrahim dan para penjilatnya. Inilah masanya dan inilah isunya untuk menjauhkan rakyat Malaysia daripada video panas yang dikaitkan dengan Anwar Ibrahim.

Secara tidak rasmi, Pakatan Rakyat tidak berminat langsung dengan Suruhanjaya Siasatan Diraja bagi menyiasat video berkenaan yang kali pertama didedahkan oleh trio Datuk T kepada wartawan serta editor terpilih. Namun tidak mustahil juga sekiranya, pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat akan mendesak agar Suruhanjaya Diraja diwujudkan untuk menyiasat kematian Ahmad Sarbini berbanding menyiasat video yang membabitkan Anwar Ibrahim itu.

Maka sudah bersediakah rakyat Malaysia untuk menyaksikan satu lagi 'drama' tentang Suruhanjaya Diraja yang membabitkan para pemimpin Pakatan Rakyat dalam usaha untuk membela Anwar Ibrahim yang dikaitkan dengan video lucah yang sedang hangat 'di pasaran'.
Continue Reading...

ANTARA KEBERSIHAN KUCHING DAN KEKOTORAN SEMENANJUNG!!!

Jurufoto PERAK TODAY yang 'dipinjam' untuk menjadi model di mercu Bandaraya Kuching Utara.

Bagi mereka yang sudah terbiasa dengan mana-mana bandaraya di Semenanjung, dan kali pertama tiba di Kuching, Sarawak, sudah pasti akan perasankan sesuatu yang sememangnya terlalu berbeza. Sekalipun para pemimpin Pakatan Rakyat, khususnya Anwar Ibrahim memberikan gambaran bahawa orang Sarawak mundur dan ditekan serta ditipu oleh Taib Mahmud, hakikatnya Bandaraya Kuching sama ada Selatan mahupun Utara serta beberapa bandar lain, JAUH LEBIH BERSIH berbanding bandaraya lain di Semenanjung.


Tiada poster dan pelekat-pelekat iklan ubat kuat, pinjaman Ah Long, bahkan gerai-gerai haram di tepi-tepi jalan juga tidak kelihatan. Sampah-sarap amat sukar dilihat. Permukaan jalan juga tidaklah seperti permukaan jalan di seluruh Selangor yang dikatakan model terbaik yang akan diperolehi oleh rakyat Sarawak sekiranya mereka memilih Pakatan Rakyat menggantikan Taib Mahmud dan Barisan Nasional sebagai kerajaan negeri.

Dan perkara ini turut disentuh oleh beberapa orang rakan sama ada dari kalangan blogger pro-Pakatan, mahupun wartawan-wartawan media dan beberapa pihak seperti Tourism Malaysia yang datang berkampung di Kuching. Itu adalah pendapat yang 'DISATUKAN'.

Bagi mereka yang sudah biasa melihat lipas, TIKUS, anjing liar mahupun kucing tidak bertuan di Kuala Lumpur, pastinya Kuching dianggap sebagai sebuah bandaraya yang mempunyai tahap kebersihan yang SANGAT LUAR BIASA.


Bahkan bagi sesiapa yang sering ke Georgetown, Butterworth, Kota Bharu mahupun Alor Setar, pastinya akan turut bersetuju, Sarawak YANG DIKATAKAN TIDAK BERTAMADUN dan MASIH LAGI BERCAWAT mempunyai tahap kesedaran tentang kebersihan dan pengurusan bandaraya, jauh lebih hebat berbanding mereka yang sering mendabik dada sebagai golongan yang sangat hebat ilmu dan amalnya.

Bagaimanapun, dengan kedatangan beramai-ramai puak dari Semenanjung - termasuklah penulis - untuk membantu kempen, menjalankan kempen, melaporkan kempen, mahupun menangkis kempen, pasti akan meninggalkan satu pengaruh besar kepada golongan tempatan. Sikap agresif dan seringkali menunjuk serba pandai dalam segala hal, tentunya sukar dibuang apabila berada di Tanah Rentap Sungai Skrang ini.

Atau barangkali juga, kebanyakan puak dari Semenanjung memperolehi teladan dan pengajaran daripada 'kebodohan' atau 'masih pakai cawat' Sarawak menerusi pemerhatian masing-masing, terutama tentang kebersihan dan pengurusan bandar. Tidak guna mengimport KEBUSUKAN, KEONARAN dan KETOLOLAN dari Semenanjung ke Sarawak semata-mata untuk mengembungkan tembolok seseorang yang dinamakan oleh mak bapanya sebagai Anwar Ibrahim!!!

Malah kalau Nik Abdul Aziz datang ke Sarawak, mungkin dia boleh belajar bagaimana hendak membersihkan BANDARAYA ISLAM KOTA BHARU daripada segala macam sampah-sarap dan kekotoran, dan bukannya hanya BERSIH dari segi slogan dan retorik semata-mata.

Dan setakat penulis berada di sini semenjak mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching, belum seekor TIKUS pun penulis dapat lihat termasuklah di tempat makan di tepi Sungai Sarawak yang berhadapan dengan Fort Margherita yang sangat terkenal itu!!!

Continue Reading...

LAAAA... SEKINCHAN TU DI SARAWAK RUPA-RUPANYA!!!

Ketika isterinya di DUN N7 Semariang, Sarawak untuk menyertai penamaan calon dan sudah pastinya sibuk di Sarawak sebagai Presiden PKR dan pembela Anwar Ibrahim dalam kes video lucah yang dikaitkan dengannya, Anwar Ibrahim pula berada di Selangor untuk berceramah. Setelah beberapa minggu bergerak dari satu tempat ke satu tempat bagi mendapatkan sokongan untuk Pakatan Rakyat dengan menggunakan kaedah menghasut, menfitnah dan menimbulkan kacau bilau, Anwar akhirnya retreat ke Selangor memandangkan Selangor menunjukkan penentangan dan ancaman lebih besar terhadap PKR serta Pakatan Rakyat, terutama sekali yang berkaitan dengan video 'misteri' berkenaan.

Anwar terpaksa berceramah mempertahankan dirinya dan mereka-reka cerita tentang konspirasi politik terutama di sebalik video yang disifatkannya sebagai fitnah tertinggi dengan mengaitkan pemimpin tertinggi negara dalam dua ceramahnya di Selangor esok (7 April). Ceramah pertamanya akan bermula pada jam 8 malam di Dewan Masyarakat Kampung Seri Tiram Jaya, Tanjong Karang, manakala ceramah berikutnya ialah di Dewan Seri Sekinchan, Sekinchan.

Dan untuk menguatkan hujahnya, ceramah Anwar akan ditemani oleh Ahli Parlimen Sungai Petani, Johari Abdul yang dikantoikan menipu oleh bapa saudaranya sendiri, Shuib Lazim yang juga merupakan salah seorang daripada tiga orang Datuk T. Selain Johari Abdul, juga Yusmadi Yusof dan Teng Chang Kim serta beberapa orang pemimpin Pakatan Rakyat yang lain.

Mungkin ada yang perasan, Anwar Ibrahim bagaikan takut dengan 'perkara halal'. Anwar bersungguh-sungguh berceramah di Sarawak sehingga terpaksa menggunakan khidmat tukang belit dan tukang alih isu dengan mengatakan polis mengganggu setiap ceramah Anwar, padahal Anwar sebenarnya yang melanggar peraturan dan undang-undang dengan berceramah ketika kempen pilihanraya belum lagi 'dihalalkan'.

Anehnya, apabila kempen pilihanraya sudah pun bermula, Anwar cepat-cepat balik ke Selangor untuk berceramah di negeri yang tidak ada kena mengena dengan pilihanraya negeri, walaupun atas alasan untuk menerangkan tentang konspirasi pemimpin tertinggi negara dalam kes video lucah yang dikaitkan dengan dirinya.

Daripada gerak dan gaya Anwar Ibrahim, konspirasi dan fitnah itu nampaknya bukanlah digerakkan oleh pemimpin tertinggi negara sebagaimana yang dikatakan, sebaliknya yang duk buat konspirasi dan fitnah agar namanya terus sinonim adalah ANWAR SENDIRI!!!



Continue Reading...

WAN AZIZAH TAK SENANG DUDUK BILA SURUHANJAYA SIASATAN DIRAJA DITUBUHKAN!!!

Pasangan daripada KELUARGA PELAKON TERKENAL, Wan Azizah Wan Ismail sebelum ini telah menolak kewujudan Suruhanjaya Diraja untuk menyiasat video seks 21 minit yang dikaitkan dengan Anwar Ibrahim dengan alasan, pelaku lelaki di dalam rakaman berkenaan, bukanlah Anwar Ibrahim kerana 'tidak berjanggut, berperut boroi, bertetek menggelambir'.

Namun menyedari keperluan sebenar rakyat untuk mengetahui kebenaran video tersebut, cadangan mewujudkan Suruhanjaya Diraja untuk menyiasat video tersebut akan diusulkan ke kabinet, Jumaat ini. Itu yang diberitahu oleh Menteri Parlimen, Nazri Aziz.

Ada sesuatu yang menarik pada penolakan yang ditunjukkan oleh Wan Azizah dan anak perempuannya, Nurul Izzah bahkan kebanyakan pemimpin PKR yang lain terhadap kewujudan Suruhanjaya Diraja. Dalam beberapa kes sebelum ini yang melibatkan para pemimpin kerajaan, mereka akan ke hadapan dan bingkas dengan pantas agar kerajaan mewujudkan Suruhanjaya Diraja terutama yang membabitkan klip video V.K. Linggam, tetapi kali ini kumpulan pemimpin yang sama, menolak kewujudannya atas alasan 'pelakunya bukan Anwar'.

Sama ada mereka sedar atau sebaliknya, wujud keperluan untuk menjelaskan kedudukan sebenar kepada rakyat tentang kes ini. Mungkin seandainya orang yang mendapat perhatian adalah rakyat biasa, maka keperluan mewujudkan Suruhanjaya Diraja tidak diperlukan, namun apabila ianya melibatkan pemimpin, sudah tentulah ia sangat diperlukan.

Setidak-tidaknya untuk menjelaskan kepada rakyat bahawa Anwar Ibrahim memang telah diperangkap untuk melakukan hubungan seks dengan seorang pelacur China atau sebenarnya, memang bukan dia, sebaliknya hanya seseorang yang kelihatan terlalu mirip seperti wajahnya, dengan potongan rambut dan bentuk kepala serta beberapa ciri lain yang merangkumi bahasa tubuh dan lenggok pergerakan badannya yang sangat seakan-akan Anwar Ibrahim.

Cadangan yang bakal diusulkan kepada Kabinet pastinya akan mendapat tentangan daripada 'INNER CIRCLE' Anwar Ibrahim khususnya yang terlibat dengan maruah keluarga seperti Wan Azizah dan Nurul Izzah. Pastinya juga pelbagai alasan dan helah bakal diberikan untuk menidakkan keperluan kewujudan Suruhanjaya Diraja berkenaan.

Namun yang sangat ingin dilihat nanti, adakah Wan Azizah dan Nurul Izzah yang mengakui telah menonton klip video yang panjangnya tidak sampai dua minit di YouTube itu akan berkelakuan seperti ahli-ahli keluarga Teoh Beng Hock yang pada mulanya mendesak satu Suruhanjaya Diraja tetapi kemudian enggan bekerjasama setelah campurtangan para pemimpin besar DAP?

Ramai yang ditanya tentang hal ini memberikan kepastian berikut...

WAN AZIZAH TIDAK AKAN SENANG DUDUK DENGAN PENUBUHAN SURUHANJAYA SIASATAN DIRAJA UNTUK VIDEO SEKS BERKAITAN SUAMINYA!!!
Continue Reading...

ALAHAI PAS DI SARAWAK... SEMANGAT SAJA LEBIH, JALAN MASIH BERTATIH!!!

PAS bertanding di lima kawasan DUN Sarawak iaitu Beting Maro, Sebuyau, Muara Tuang, Tanjung Datu dan Saadong Jaya. Satu-satunya kerusi yang ditandingi oleh PAS pada pilihanraya negeri yang lepas adalah di Beting Maro. Pun demikian, berkat 'baik hati' PKR, PAS kali ini diberikan hak untuk bertanding di lima buah DUN.

Kalau berdasarkan gambaran yang diberikan oleh para pembesar PAS, PAS mempunyai peluang yang agak cerah dalam pilihanraya negeri kali ini. Kesungguhan PAS untuk menakluk sekurang-kurangnya satu kerusi di Sarawak begitu terbukti menerusi kempen yang dijalankan sebelum hari penamaan calon lagi.

Biarpun PAS tidaklah seaktif PKR dan Anwar Ibrahim yang ingin menjajah Sarawak kerana kekayaan negeri ini, namun atas alasan berdakwah dan 'memperkenalkan' Islam, PAS tetap bercita-cita untuk menguasai kerusi, setidak-tidaknya tiga daripada lima yang ditandingi.

Persoalan paling besar ialah, mampukah PAS dengan cita-cita 'murni' itu? Adakah PAS menjangkakan, sebagaimana yang diwar-warkan oleh PKR dan Anwar Ibrahim, rakyat Sarawak sudah bersedia memilih PAS berbanding parti tempatan? Atau adakah PAS melihat kesungguhan dan iltizam rakyat Sarawak melakukan perubahan di negeri ini dengan memilih parti dari Semenanjung untuk mewakili mereka?

Paling penting, adakah benar wujud penentangan terhadap Taib Mahmud dan PBB serta Melanau-Islam yang menjadi kelompok pentadbir di Sarawak seperti mana wujudnya tentangan rakyat Malaysia terhadap Abdullah Badawi dan Khairy Jamaluddin pada Mac 2008 dahulu?

Daripada tinjauan rambang yang dibuat, tidak banyak persoalan yang dibangkitkan oleh rakyat Sarawak terhadap Taib Mahmud. Sekitar Kuching Selatan dan Utara, sentimen kebencian terhadap Taib Mahmud tidak ditunjukkan meskipun kawasan ini 'secara tradisinya' Parlimennya adalah milik DAP.

Gelombang kebangkitan dan perubahan seperti tahun 2008 hampir tidak wujud di Sarawak. Walaupun PKR dan DAP kelihatan cuba menggambarkan situasi tersebut, hakikatnya kebanyakan rakyat Sarawak masih senang dengan Taib Mahmud. Pengundi di Pantai Damai yang ditemui secara jelas, menolak kehadiran parti-parti dari Semenanjung!

Justeru, penyertaan PAS dan keyakinan yang ditunjukkan oleh kepimpinan parti tersebut, agak meragukan. Tanpa UMNO, PAS ibarat seperti keju di tengah panas. Tanpa UMNO di Sarawak, p para pemimpin PAS bagaikan anak ayam kehilangan ibu!

Itu yang dikatakan oleh salah seorang penyokong PAS yang datang dari Perak yang ditemui malam tadi di HOTEL SOMERSET, KUCHING!!!
Continue Reading...

KAK WAN SAKIT KEPALA KERANA JAM OMEGA!!!

Sesiapa sahaja yang menonton Buletin Utama semalam, sudah pasti dapat melihat betapa 'kelam-kabutnya' Wan Azizah, Nurul Izzah dan Khalid Ibrahim cuba memberikan jawapan kepada soalan tentang jam tangan Omega sambil diperhatikan oleh Faekah Hussin dan Karpal Singh. Paling menarik ialah reaksi Karpal Singh yang tersenyum apabila jawapan yang diberikan oleh ketiga-tiga mereka, bukan sahaja tidak menjawab sebaliknya menjelaskan tentang kesukaran untuk mengakui sesuatu.

Kak Wan memang wajar sakit kepala. Nurul Izzah sudah sewajarnya tarik muka masam atau senyum yang dibuat-buat tetapi cara memandangnya adalah beremosi.

Nafi boleh terus nafi. Namun pengisbatan adalah DI MANA JAM TANGAN OMEGA yang dikatakan oleh Anwar Ibrahim, Wan Azizah menyimpannya? Mengapa dalam sidang media yang digunakan untuk menafikan lelaki yang 'persis seperti Anwar Ibrahim' dalam video yang ditayangkan di YouTube itu, Wan Azizah mahupun Nurul Izzah tidak mampu membawanya untuk dipertontonkan kepada wartawan sekaligus kepada seluruh rakyat Malaysia?

Atau sebenarnya Wan Azizah tidak pernah kisah tentang jam tangan tersebut dan Anwar Ibrahim pula tidak pernah sempat mengingati rupa bentuk dan wajah jam tangan yang dikhabarkan merupakan edisi khas pemberian kenamaan di sebuah negara Arab kepadanya. Perlu diingat, Anwar Ibrahim mempunyai memori yang sangat teruk. Sebab itulah dia sering bercerita tentang orang lain, tetapi tidak pernah ingat bahawa perbuatan buruk itu adalah perbuatannya sendiri. Contoh terbaik ialah bagaimana dia dan keluarganya menghilangkan ekuiti yang diperuntukkan kepada Bumiputera menerusi pengalibabaan serta penjualan saham-saham Melayu kepada orang lain menerusi skandal pink-form dan projek-projek kerajaan ketika dia menjadi Menteri Kewangan dahulu.

Apa perlu bersungguh-sungguh benar Kak Wan, Nurul Izzah dan Khalid Ibrahim menunjukkan reaksi emosi apabila jam tangan Omega ditanya oleh wartawan KALAU BENAR JAM TANGAN ITU berada dalam simpanan Kak Wan? Dan kebiasaannya dalam keadaan begini, sebarang tuduhan, pasti akan segera disanggah seperti mana Kak Wan cuba menyatakan bahawa Saiful Bukhari Azlan berkonspirasi dengan Najib Abdul Razak berdasarkan gambar Saiful bergambar dengan salah seorang pegawai Najib.

Gambar itu diusung dan ditayangkan ke sana ke mari kononnya sebagai BUKTI... ANEHNYA, dalam hal jam tangan Omega, Kak Wan sekadar mampu memberi jaminan jam tangan tersebut ada dalam simpanannya... tidak lebih daripada itu dan dia mengharapkan semua orang di Malaysia menerima kata-katanya secara mutlak!!!

Rakyat Malaysia mahukan kebenaran. Rakyat Malaysia mempunyai hak untuk mendapatkan kebenaran memandangkan Anwar Ibrahim sentiasa mencanangkan bahawa dia adalah bakal Perdana Menteri Malaysia!!!
Continue Reading...

VIDEO LUCAH? TINGGINYA IMAGINASI AMK!!!!

AMK semalam telah membuat laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) tentang tiga buah blog yang dikatakannya telah menyebarkan video lucah. Blog-blog tersebut adalah blog PAPAGOMO, PISAU.NET dan GERAKAN ANTI PKR (GAP). Laporan kepada SKMM turut dibuat terhadap ThePowerMan yang memuatnaikkan video yang dikaitkan dengan Anwar Ibrahim di laman YouTube.

Agak aneh, klip video yang berdurasi tidak sampai dua minit itu dikatakan sebagai video lucah sedangkan isi kandungannya begitu jelas hanya membabitkan dua orang lelaki yang mundar-mandir, memeriksa jamban, mematikan televisyen, mematikan lampu, menyalakan lampu bilik air, seorang wanita yang berpakaian yang kemudiannya berkemban tuala, dan berakhir dengan lelaki bertuala memeluk wanita berkenaan.

Adakah itu yang dimaksudkan sebagai video lucah?

Sehingga kini, video tersebut tidak jelas sama ada merupakan video yang ditayangkan di Carcossa Seri Negara atau sebaliknya. Trio Datuk T tidak memberikan sebarang komen berhubung penyiaran video tersebut. Manakala Malaysian Insider pula menafikan bahawa video tersebut adalah video yang ditayangkan kepada wartawan dan editor media hampir dua minggu lalu.

Secara jelas, kelihatan ketakutan yang sangat terserlah kepada AMK yang diketuai oleh Shamsul Iskandar Mohd Akin. Secara jelas juga, Shamsul Iskandar Mohd Akin adalah si bantut yang mempunyai imaginasi yang sangat hebat tentang kelakuan seks dan kelucahan berbanding kalau disuruh berfikir secara positif.

Soalan yang boleh ditanya kepada AMK dan Shamsul Iskandar Mohd Akin dalam laporan kepada SKMM itu ialah, di manakah kelucahan yang dimaksudkan pada video tersebut? Rakyat sudah pasti ingin tahu kerana ini ADALAH HAK mereka. Apa yang mendorong kepada laporan berkenaan jikalau bukan Anwar yang terlibat seperti penafian demi penafian yang dibuat oleh para pemimpin PKR termasuklah oleh Wan Azizah sendiri?

Jangan fikir Anwar Ibrahim sahaja ada hak, sedangkan RAKYAT KESELURUHANNYA LEBIH BERHAK untuk tahu tentang KEBENARAN yang terkandung di dalam video tersebut. Kalau video yang dikatakan palsu telah menyebabkan AMK melatah sehinggakan berimaginasi tinggi tentang kelucahan yang disiarkan, sudah seharusnya barisan kepimpinan AMK memberikan pencerahan kerana ia adalah HAK RAKYAT, terutama sekali HAK AKAR UMBI PKR sendiri untuk mengetahui tentang moral Ketua Umum mereka... apatah lagi PKR ditubuhkan kerana Anwar dan untuk Anwar!!!
Continue Reading...

Keajaiban Anugerah Tuhan..

Aku kekadang macam tak percaya dan memang macam tak percaya... ramai mereka yg aku kenali semacam berat nak menerima kenyataan bahwa gambar yg terpampang dimuka akhbar tu adalah mirip2 Anwar..


Mereka kata.."kita tak de bukti.."

"Ek leh..org2 tu, yakni Datuk T tu pun bagus sangat!!"

"aku hairan naper citer2 ni keluar masa pilihanraya"

"kita tak nampak, tak leh cakap apa2"

"aku kalau citer2 gini..malas nak ambik tahu"


Kalau yg ada faham agama sikit..mula persoalkan pasal 4 saksi le, dan macam2..


Ajaib!! Ajaib!! It's miracle...bila video Vijandaran diperkatakan..100% semua akui dan tak dengor pun kata2 membela..ishhh tu rupa je miripnya, tapi bukan dia..

atau ..ishhh kita tak de 4 saksi mana leh tuduh..


Datuk Eskay..dikatakan ek leh dorang tu macam bagus!!! Ajaib..org yg sebut ni tak pernah pun jumpa dan brcakap ngan datuk eskay tapi ngan nada yakin leh cop beliau seorang yg buruk moralnya..ishh tak perlu ke 4 saksi..tak perlu ke, kerana tak nampak tak leh tuduh!!

Rahim Tamby..sah 100% atas kesalahan seks tempoh hari, ishhh tak der sapa bela bahwa cukup ke 4 saksi, ada nampak ke..


Ajaib!! dan memang Ajaib!!! ni lah miracle!! Karamah Anugerah Tuhan!!! walaupun sekelian pempin2 yg brwibawa yg berjuang2 demi keadilan ( kononnya) satu demi satu meninggalkannya kerana berkat semayang2 hajat yg dilakukan oleh rakyat M'sia khususnya ahli2 PAS dan ahli2 PKR dan sekelian yg brsimpati..


Ajaibnya...mereka yg dirikan semayang tu tak juga2 "celik"..mereka tak mampu nak celik kerana "tuan2 guru" mereka..pewaris2 ambiya' mereka tidak juga celik2..Tapi aku yakin mereka dari sejak dah "celik" cuma kerana kepentingan "sahsiah politik Islam kononnya" mereka terus kudakan penganut2 mereka yg hanya mampu "celik" by the blessing of their spiritual leaders!!


Ajaib!!! Apa yg kuncikan mulut2 celupar pempin2 PAS yg brtuhankan tuhan yg kaki carut dan samseng dari mampu berkata yg haq!! Apa yg telah kunci dan pateri lidah2 mereka dari berkata2 yg benar dan haq..Apa yg kunci atau yg halang kebenaran dari dimuntahkan!!

Adakah kerana telah mula menghirup kemewahan dan kelazatan "kuasa" dan beberapa "kerusi" ..apakah kerana telah mula merasa "nikmat2" lazatnya sentiasa diberi tempat dihadapan walaupun datang paling lambat, tak perlu rebut2, tak perlu beratur..apakah kerana lazatnya, betapa bodohnya idea kita org akan dengar dan puji..pehh idea yg mantap!!

Apakah kerana lazatnya..bila mampu arah org dan org ni, dan tidak sapa persoalkan..

Apakah kerana lazatnya..betapa bodohnya lawak kita, org akan sungguh2 ketawa!!

Apakah kerana lazatnya..dapat berjalan disamping Sultan yg mana dulu tengok dari jauh je!!

Pakah pewaris2 ambiya' ni telah merasa nikmat semua ni dan yakin kerana "keberkatan" Anugerah Tuhan!!

Astagfirullah...................


Jika driver2 taxi dan orang2 kebanyakan leh tahu..musykil mereka yg punya "kasyaf" dan "celik" mata hati tak pasti dan ragu2..tak mungkin, tapi ni adalah satu keajaiban!!


Wahai Anwar udah2 ler tu..Chua Sok Lek sekurang2nya ada telur terus buat pengakuan dan letak jawatan!!

Liza Wong tu pun ngaku..cuba gak letak jawatan tapi sokongan ahli2 Parti Islam Semalaysia, PKR dan the Spiritual Leader telah kuatkan semangatnya utk berjuang dan mampu tersengih2 depan ahli2 PArti Islam Semalaysia walaupun dirinya dan ahli2 PArti Islam Semalaysia dan The Spiritual Leader tahu bahwa dia adalah penzina..setahu aku tiada agama dan kepercayaan mengatakan penzina tu adalah org yg mulia dan perlu dimuliakan. Kecuali penganut2 Parti Islam Semalaysia dan the Spiritual Leader..

( Islam membenarkan org tu brtobat..dan mungkin ahli2 parti Islam semalaysia dan the Spiritual Leader dah bagi blessing)

Abu Hasan Omar..letak jawatan.

Omar Maarop letak jawatan..

Rahim Tamby Chik letak jawatan..


Kenapa mereka letak jawatan..kerana tak mahu terus menerus memalukan diri sendiri dan keluarga, bangsa dan negara..semada mereka brsalah atau tidak..tetapi tak mahu terus menerus isu2 brkaitan ngan mereka diperbicarakan..


Wahai Anwar..isteri kamu anggap kamu Anugerah Tuhan, gitu sekali besar sekali perasaannya pada kamu..tapi sampai bila kamu terus menerus mengheretnya dalam penghinaan ni lagi dan lagi..

Kami yg brbicara, menulis pasal isu2 yg berkaitan pun rasa cemuih, jijik, dan dah nak termuntah..Kamu langsung tak memikirkan bagaimana Azizah terpaksa menelan segala2nya..anak2 kamu..bangsa seagama ngan kamu..

Melayu Peliwat..Melayu penzina..Melayu udahler, pak sheikh kamu pun macam tu..


Kita org2 Melayu ISlam terus menerus menelan semua ni walaupun rasa jijik dan nak termuntah..tapi kamu tetap Melayu..dan masih beragama ISlam..


Apakah langsung tiada dalam hati kamu dan trfikir kamu betapa..perasaan mereka disekeliling kamu yg terpaksa menelan semua ni..


Apakah kamu ingat mereka2 yg menulis, brciter pasal kamu dan isu2 berkaitan kamu merasa seronok...tidak sama sekali tidak..tapi kenapa masih diteruskan, kerana kamu adalah Anugerah Tuhan!!


Ni lah keajaiban Anugerah Tuhan!! Papa hebat!!! cuma sedihnya..Anugerah Tuhan ni dan Papa Hebat ni rasanya hanya fikirkan dirinya sahaja!!..selama hayat PKR sehingga hari ni, tiada apa yg diperjuangkan secara sungguh2 melainkan tentang "ANU"nya..


Memang AJAIB!! Pada mereka yg masih pertahankan "ANU"nya dan mirip2 "ANU"nya..udah2 ler tu..banyak lagi hal2 kehidupan kita yg perlu kita kisahkan dan fikirkan..


-aa

Continue Reading...

PAS TIDAK BOLEH DIPERSALAHKAN KEMATIAN BUDAK 7 TAHUN... YANG SALAH, PEMIMPIN PAS!!!

Pesuruhjaya PAS Perlis, Hashim Jassin memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia ekoran kematian seorang pelajar berusia tujuh tahun tiga hari lepas ekoran tindakan kejam seorang guru di Sekolah Rendah Islam Al-Furqan kelolaan parti itu di Jejawi, Perlis.

PAS Perlis juga memohon maaf kepada kaum guru kerana peristiwa tersebut turut memberikan persepsi buruk kepada golongan tersebut.

Tindakan yang dilakukan oleh PAS Perlis sebenarnya adalah tindakan terpuji. Sekalipun, banyak pihak yang cuba menyalahkan PAS Perlis berhubung tindakan kejam dan ganas salah seorang guru di sekolah milik parti tersebut sehingga menyebabkan kematian kepada Saiful Syazani Saiful Sopfidee, 7 tahun, namun peristiwa berkenaan tidak seharusnya dipalitkan kepada semua guru atau institusi pendidikan, sama ada yang 'berjenama' kerajaan pusat mahupun organisasi dan individu.

Setiap institusi pendidikan sebenarnya menjadi gedung ilmu untuk para pelajar dari segenap lapisan untuk menyediakan mereka kepada masa hadapan yang lebih mencabar. Tragedi yang berlaku, sungguhpun melibatkan salah seorang petugas yang makan gaji dengan PAS di Jejawi itu seharusnya dipandang dari sudut jenayah dan sikap individu yang bergelar guru itu, bukannya organisasi.

Pentarbiahan dan didikan yang diterima dari parti sebenarnya tidak ada kena-mengena dengan tindakan kejamnya terhadap seorang kanak-kanak berusia tujuh tahun. Sebaliknya tindakan yang dilakukannya adalah tanggungjawabnya sendiri. Biarpun bergelar ustaz dan warden asrama, lelaki itu sebenarnya tidak mampu mengawal nafsu amarahnya sekaligus menjadi asbab dan musabab kepada kematian kanak-kanak malang itu.

Bukan semua orang baik cuba berjinak-jinak dan ingin kelihatan seperti orang terdidik dalam agama. Sebaliknya lebih ramai yang sebenarnya kosong, bodoh tolol dan mangkuk hayun yang akan berlagak seolah-olah mereka sangat beriman, bertaqwa dan sangat arif dengan hukum-hakam agama. Dan kerana kejahilan mereka itulah, maka tercetuslah tragedi yang sepatutnya boleh dielakkan jikalau pihak pengurusan sekolah tersebut memantau serta meneliti individu yang hendak digajikan sebagai guru.

Sesuatu yang baik ialah, PAS Perlis tidak berusaha mempertahankan atau melindungi guru tersebut daripada disiasat serta diambil tindakan oleh pihak berkuasa. Bahkan sebaliknya menjadikan tragedi tersebut sebagai cara memohon maaf kepada rakyat dan orang awam agar institusi pendidikan yang diwujudkan oleh PAS tidak dilihat sebagai tempat berkumpulnya dan tersebarnya keganasan!!!


Continue Reading...

Tuesday, April 5, 2011

Kalau Dah Mirip-Mirip, Apa Yang Nak Dikecohkan? Berapa Peratus Miripnya?

Riuh rendah hari ni dan semalam..kabornya dah keluar dalam U tube!!


Gambar siap tertera lagi depan utusan lagi tu..ada gak staff dlm ofis yg disyakki pasal mirip2!!


Tapi..staff2 kat sini tak le pula buat laporan polis yg cuba mengesahkan bahwa bukan mereka dalam gambar trsebut..gitu juga bini2 mereka tak pula nak kenyataan utk menafikannya..sengih je mereka..


Tapi kenapa orang yg gitu yakin bukan diri mereka..walaupun hanya mirip2 diri je, tapi mereka gitu sungguh2 menafikan..siap suruh keluarga dan bini nonton dan tolong bantu nafikan..tak cukup ngan gitu dikerahnya seluruh bala tenteranya utk nafikannya..musykil gak!!


org2 tua kabor..sapa yg makan cili, dia ler yg rasa pedasnya!! Tapi harap2 ler pelakon tu benar2 mirip je!! cuma tak pasti berapa percent mirip2nya..30 %, 40% atau 99.9999% (yg dalam U-tube).


Video klip yg telah disiasat kabornya 100% tulen..cuma pelakonnya lum lagi disiasat berapa percent miripnya..


Tapi..jika hasil siasatan kelak kabor 99.9999999% je mirip, maka perbezaan 0.000000001% tu akan disorak tanda kemenangan..apa-apa je ler!! memang payah nak menegak benang yg basah ni!! tapi ..teruskan ler usaha!!


aku dengor2 1 rakyat malaysia dah tahu..ada yg kabor, biasa ler. ( dulu org kabor, 1 kampung dah tahu..sekarang ni 1 malaysia le pasal dah ada broadband)


-aa


Continue Reading...

Bala Makin Dekat oiiii..Tak yah ler sokong2 lagi!!

Gempa bumi 5.4 skala Richter Jakarta, Jawa Barat 05/04/2011 3:29pm JAKARTA 5 April - Gempa bumi berukuran 5.4 pada skala Richter di Ujong Kulon, Banten semalam, menggegarkan kota Jakarta dan dua provinsi yang berjiran dengannya iaitu Banten dan Jawa Barat. Menurut Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofisika (BMKG), gempa yang berlaku pada 11.34 pagi itu berpusat di laut, di 83 km sebelah tenggara Ujung Kulon, dengan kedalaman 23 km, namun ia tidak berpotensi mencetuskan tsunami. Kebanyakan pekerja yang berpejabat di bangunan tinggi di sini menyatakan terasa gegaran selama beberapa ketika dan mengalami rasa pening. Keadaan sama dirasakan beberapa penduduk dari Sukabumi dan Bogor di Jawa Barat serta Tangerang di Banten. Tiada laporan mengenai kemalangan jiwa atau kerosakan harta benda akibat kejadian ini. - Bernama

_________________

Tak yah ler sokong2 lagi...meh tobat cepat2, sebelum terlambat kerana brsekongkol ngan pendusta, peliwat, dan penzina..


walaupun tak buat tapi kerana brsekongkol dan bersubahat...pehhh, sedap sorang2, bala ramai lak tanggung oiiii!!!


-aa
Continue Reading...

NATIJAH PENGAKUAN WAN AZIZAH!!!!

Wan Azizah Wan Ismail, Presiden PKR dan isteri kepada Anwar Ibrahim telah mengeluarkan kenyataan menafikan bahawa lelaki yang kelihatan dalam video yang dikaitkan dengan Anwar Ibrahim sebagai Anwar Ibrahim! Menjadikan dirinya dan anak-anaknya sebagai alibi untuk menolak dakwaan tersebut, Wan Azizah yang sedang melihat kehancuran besar kepada keluarganya, jelas menggunakan skrip yang 'terancang'.

Dari tahun 1998, Wan Azizah cuba menafikan warna hitam sebagai hitam. Sebaliknya menganggap, pihak kerajaan yang berkonspirasi untuk mengatakan hitam itu adalah hitam. Wan Azizah menganggap Anwar Ibrahim hanya difitnah dan dikonspirasikan termasuklah tuduhan liwat, tetapi sekian ramai yang membuat pengakuan, tidak ada satu pun yang cuba didengar dan disiasat oleh Wan Azizah sendiri.

Sukma, Hairani, Ismail Haron dan seribu satu macam nama yang lain, yang telah membuat pengakuan skandal mereka dengan Anwar, seolah-olah tidak wujud pada Wan Azizah. Wan Azizah masih lagi menggantung sepenuh kepercayaan kepada Anwar Ibrahim.

Setidak-tidaknya, itulah yang cuba dipertontonkan oleh Wan Azizah kepada masyarakat luar. Lakonan Wan Azizah ternyata sangat sumbang. Lakonan Wan Azizah berdasarkan skrip yang diberikan kepadanya sangat songsang.

Sebenarnya tidak salah untuk Wan Azizah bersikap begitu. Sebagai isteri dan ibu kepada 6 orang anak yang dewasa dan meningkat dewasa, tanggungjawab Wan Azizah sebenarnya sangat berat. Mencemarkan imej Anwar Ibrahim yang merupakan tonggak keluarganya, bererti Wan Azizah perlu menggunakan jantina, air mata, suara lembut dan lenggok tubuh yang digelarkan oleh Anwar Ibrahim sebagai sepat kering!

Dalam kes terbaru sekalipun, Wan Azizah sebenarnya hanya perlu menunjukkan jam Omega yang dikatakan oleh Anwar Ibrahim telah disimpan olehnya. Penafian yang dibuat menerusi kenyataan yang turut disiarkan oleh BLOG NURUL IZZAH, sebenarnya sudah dapat dijangka dan sudah dapat dibaca.

Masyarakat sebenarnya sedang menunggu JAM TANGAN OMEGA yang dikatakan oleh Anwar Ibrahim disimpan oleh Wan Azizah. Seandainya Wan Azizah menunjukkan jam tangan tersebut, ia sudah cukup untuk dijadikan sebagai PENAFIAN PALING HEBAT sekaligus membenarkan segala kata-kata tentang konspirasi dan fitnah.

Masa yang diambil sudah terlalu panjang. Dan kalaupun jam tangan Omega itu ditunjuk serta dipamerkan sekarang, sudah terlalu banyak persepsi yang wujud tentang Anwar Ibrahim dan 'peranannya' dalam video berkenaan. Apatah lagi dengan seutas jam tangan berjenama mewah yang sama, telah pun diserahkan kepada polis bagi tujuan siasatan.

Penafian yang dibuat oleh Wan Azizah sebenarnya sekadar menambahkan lagi 'tohmahan' terhadap keluarganya, bukan mengurangkan atau menghapuskan sama sekali, terutama dengan penyiaran video yang dipertikaikan itu....

Dan perlu diingat, ada HAK RAKYAT DALAM KES INI dan kes ini bukanlah kes terasing serta terpinggir daripada PENGETAHUAN RAKYAT kerana Anwar adalah seorang pemimpin! Dia bukan orang biasa yang padanya terdapat larangan ghibah!!!
Continue Reading...

Kisah Masjid dan duit kutipan..

Khatib jumaat baru2 ni mencungkil pasal duit tabung masjid..ada dibuatnya sedikit teguran dan penyakit yg menular pada AJK2 Masjid..


Kabornya..ada AJK2 beria2 dan berbangga2 pasal kutipan..sampai brcita2 utk dapatkan kutipan yg lebih lagi pada masa2 akan datang..

- ada yg berbangga bahwa kutipan mereka merupakan kutipan yg tertinggi dari kutipan masjid2 yg lain.

Sikap ni ditegur oleh khatib..kabor sikhatib, duit kutipan trsebut hendaklah dibelanjakan utk imarahkan masjid..ngan majlis2 ilmu dsb. Bukannya brbangga2 dan brlumba2 dalam mendapatkan kutipan derma dari org ramai..

_____________

Pada pandangan aku..


Baguslah, selain dari perbelanjaan masjid sendiri yakni api, air dan hal2 lain..ada peruntukan juga utk immarahkan masjid ngan majlis2 ilmu.


tetapi..majlis2 agama trsebut perbelanjaannya bukanlah utk dibayor pada ustaz2 yg menyampaikan ilmu trsebut..tapi dibelanjakan pada mereka yg hadir!!


walaupun ada brpendapat duit sagu hati pada ustaz2 ni tak salah, menerimannya tak salah..

tapi jika kita ingat2kan kembali amalan2 para ambiya' as, para sahabat ra dan ulamak2 sohor trdahulu..

Mereka menyampaikan ilmu2 agama atas perbelanjaan mereka sendiri..dan tidak meminta2 apa2 pun upah, sagu hati dan hadiah dari ilmu agama yg disampaikan..( ada yg berpendapat hadiah/sagu hati yg diberikan tanpa ada niat atau keinginan mengharap2 akannya hendaklah diterima kerana tu adalah dari Allah swt)


Nabi saw sebelum menjalankan usaha agama adalah dari golongan hartawan ( yakni isterinya Siti Khadijah rh merupakan seorang hartawan)..tapi setelah baginda saw memulakan usaha agamanya, semua hartanya telah dibelanjakan..

Abu Bakr ra ada 8 gedung perniagaannya sendiri..setelah ia memeluk Islam, semua abis digunakan ..bukan dihadiahkan pada nabi saw tapi digunakan utk usaha agama. Nabi saw tidak ambil seduit pun dari Abu Bakr ra..gitu juga Nabi saw tidak ambil seduit pun dari mana2 sahabat ra walaupun setelah diMadinah..walaupun ada beberapa sahabat ra yg kaya raya..

Nabi saw, Abu Bakr ra dan lain2 sahabat gunakan harta mereka sendiri utk beri makan pada manusia, bebaskan manusia dari bebanan hutang, menebus diri mereka dari perhambaan dsb..

Wang kutipan masjid selain utk maintenance masjid, majlis2 ilmu, elok gak diperluaskan utk kebajikan ummat Islam kariah trsebut (anak yatim, kos perubatan, kos pembelajaran anak2 miskin kesekolah, terperangkap ngan along, putus sumber rezki spt diberhentikan kerja, ibu tunggal, dll)..pastikan ianya abis dibelanjakan setiap bulan, yakni setiap bulan baki simpanan ialah kosong!!!


Mungkin, (aku rasa), ilmu dan agama yg disampaikan masa zaman nabi saw dan ulamak2 trdahulu sangat berkat..mana lahirnya alim ulamak yg berwibawa dan disegani..malah lahirnya ummat Islam yg berkualiti. Ianya disampaikan melalui pengorbanan dan bukannya utk mencari kekayaan.


Hari ini (seolah-olah pada mata aku dan mungkin aku silap) amalan2 agama proses penyampaian agama, memberi nasihat (motivasi dan konsultansi ) dijadikan sumber pendapatan dan berlumba2 mengumpul kekayaan dari amalan tersebut.


Amalan umrah dan ziarah juga dijadikan sumber pendapatan dan kekayaan..kempen mengerjakan umrah dan ziarah begitu ghairah sekali..


Majlis2 tahlil, pengajian AQ, penghafalan AQ, pengajian2 bab2 agama dijadikan sumber rezki dan tempat asbab mengumpulnya kekayaan dunia..


Tak kurang juga gunakan agama utk mencari pengaruh dunia, sokongan manusia, kerusi dan kuasa..harapan jadi pempin masyarakat yg mana melalui sokongan manusia dijadikan batu loncatan utk mengumpul kekayaan.


"Talk Show" yg ditiru dari masyarakat barat diIslamkan yg mana kononnya sebagai satu pendekatan dakwah dijadikan karier dan sumber rezki..


Mungkin tu lah juga sebab..walaupun anak2 kita dihantar kesekolah2 agama, tahfiz..dan banyak "talk show" pasal agama diwujudkan..ianya seolah sati entertainment..dan ruh sebenar agama tidak trsebar walaupun ilmu agama trsebar.

ramai org pandai cakap pasal agama..sehingga yg bukan Islam pun dah boleh ceramah agama tapi tak ramai yg amalkan agama.


Ceramah2 agama, bacaan AQ, wirid2, doa2 dikasetkan..dan dijual!! Buku2 agama dituliskan kembali yg mana banyak darinya adalah 'cut & paste" (maklumlah penulis2 zaman dulu tidak meletakkan hak cipta terpelihara dan harga trtentu).


Tak kurang juga yg menjual sticker2, T'shirt, baju2 yg bertemakan Islam..yg berlogo Islam..mereka yg memiliki atau membeli semua ni seolah2 dah Islamik..


Mereka2 yg teringin atau terbuka sedikit pada agama..mula mencari2 buku2 agama, kaset2, cd2 dll..ada yg rajin mendengarnya, ada sekali je seumur hidup, ada gak yg beli dan buat pekasam.


Yg rajin mendengar...bagus le, tapi tak juga rajin beramal tapi dijadikan modal dalam brhujjah dan berciter..dan terlebih malang utk dirinya bila dia fahami ikut apa yg dia nak faham dan tak dapat nak rujuk ngan empunya buku, empunya cd, empunya ceramah..tak tahu juga yg empunya ilmu dan ceramah ambil tak dia sebagai murid atau ngaku mereka sebagai murid..SAPA nak bertanggungjawab keatas pemahamannya dan pengamalannya didunia dan diakhirat!! Sapa nak pastikan mereka memahami spt mana patut difahami akan agama ini??? Sapa yg nak pastikan mereka beramal ngan sepatutnya?


Kita telah jual agama kita kerana dunia utk dunia..penyakit yg kita tak sedari yg telah menjadi salah satu faktor kemunduran agama kita sendiri!!

Umumnya kelihatan pada masyarat, mereka yg sibuk brceramah, atau popular dan banyak demand mengajar, banyak buku2 dan cd..hidup penuh kemewahan dan kaya raya!! ramai ler yg brminat dan berlumba2!!


Kita ingin melihat generasi yg korbankan dunianya utk sebarkan agama, sebarkan ilmu2 agama dan bukannya utk memiliki dunia tapi korbankan agamanya..spt mana generasi2 trdahulu.


Ummat yg dibina hasil dari pengorbanan dunia spt ummat sewaktu zaman nabi saw trbukti sebagai ummat yg trbaik sepanjang zaman!! Lum terlambat utk kita sendiri mulakan..


Kita tak perlu tunggu UMNO, PAS, PKR maupun DAP utk memulakannya..tiada siapa yg dapat halang kita dari korbankan dunia kita yakni diri, dan harta utk agama tanpa ambil apa2 kembali sebagai pengganti.


saja2 je citer..sekadar renungan!!


-aa

Continue Reading...

ANEH... TETIBA SAHAJA NURUL IZZAH DAN MAHFUZ JADI BAIK!!!!

Masa kecoh cerita Datuk T menjemput wartawan dan editor media untuk menonton video yang dikaitkan dengan Anwar Ibrahim, baik Anwar Ibrahim mahupun para pemimpin Pakatan yang lain, termasuklah sebilangan pemimpin PAS bingkas menjawab dengan pantas. Semuanya menafikan tentang pembabitan Anwar Ibrahim. Kata mereka, video berkenaan adalah konspirasi dan fitnah, bahkan dikatakan pula, video tersebut telah dibikin sedemikian rupa untuk menghapuskan riwayat Anwar Ibrahim dalam politik Malaysia.

Bagaimanapun, apabila Ketua Polis Negara mengesahkan video tersebut adalah tulen, sudah mulalah kekenduran di kalangan para pemimpin Pakatan Rakyat. Namun apabila desakan demi desakan agar pihak berkuasa dan kerajaan mewujudkan sebuah Suruhanjaya Siasatan Diraja untuk video berkenaan, suara Anwar Ibrahim kedengaran. Suaranya kemudian disahut oleh para penyokongnya yang mengecam Datuk T dan perbuatan mereka mendedahkan kewujudan video tersebut. Mereka mengambil dari sisi perbuatan mendedahkan untuk mengecam, bukannya terhadap orang yang didapati berzina dengan pelacur China yang dirakamkan di dalam video tersebut.

Setiap hari, itulah beritanya. Daripada pemimpin tak ada otak, sampailah pemimpin agama, semuanya pakat memberikan pandangan masing-masing dan mengecap perbuatan Datuk T sebagai politik kotor dan politik lucah.

Tiba-tiba semalam satu lagi dentuman berlaku. Gempar selama 11 jam apabila video yang menunjukkan watak seorang lelaki yang kelihatan seperti Anwar Ibrahim, muncul dan disiarkan oleh YouTube. PKR menerusi portal berita mereka, serta-merta mengeluarkan kenyataan bahawa lelaki tersebut bukanlah Anwar Ibrahim menerusi hujah-hujah mereka.

Namun sesuatu yang paling mengejutkan ialah, apabila beberapa orang pemimpin Pakatan Rakyat seperti Mahfuz Omar dan Nurul Izzah menyatakan, mereka akan ALL OUT untuk menyerang balas video tersebut.... HANYA SELEPAS PRN SARAWAK!!!

Apa sudah jadi? Selalunya, kalau tak ada cerita pun, Pakatan Rakyat sanggup mereka-reka cerita tentang alibi mereka yang tersendiri. Alih-alih para pemimpin Pakatan Rakyat menyatakan bahawa tentangan tidak boleh mereka lakukan sekarang kerana PRN Sarawak tidak akan terjejas dengan video berkenaan. (BACA DI SINI)

Apakah sebenarnya mereka sangat bimbang sekiranya bahagian kedua, ketiga, keempat dan seterusnya akan dimuatnaik di YouTube dan kali ini wajah lelaki bertuala putih itu akan kelihatan lebih jelas dan dapat menentukan sejauh mana moral Anwar Ibrahim di dunia ini atau sebagaimana yang dikatakan oleh kawan-kawan rapatnya bahawa Anwar Ibrahim mempunyai pelbagai muka dan perwatakan!!!

Yang sohehnya video berkenaan tidak akan 'BERSENDIRIAN'.... ia bagaikan serangan santau kepada Anwar Ibrahim... tidak membunuh terus, sebaliknya menyeksa dan memeritkan sehinggalah hayat politik Anwar Ibrahim berakhir dengan maruah serta moral yang sangat tercalar!!!
Continue Reading...

BUKAN VIDEO 'DATUK T'... PENGAKUAN MALAYSIAN INSIDER!!!!

Para penyokong Anwar Ibrahim yang sukar menerima 'kenyataan' menzahirkan pelbagai perasaan mereka untuk menafikan, lelaki yang dirakam di dalam video yang dimuatnaik dalam YouTube dan kemudiannya dihapuskan 11 jam kemudian, adalah Anwar Ibrahim. Bagaimanapun, sesuatu yang sangat menarik tentang hujah mereka ialah, masing-masing beranggapan video berkenaan adalah video yang telah dipertontonkan kepada para wartawan, media dan beberapa orang pemimpin politik dari PKR dan 'khabarnya' juga beberapa orang pemimpin PAS.

Sekaligus mereka cuba menyalahkan PDRM dan Shazryl Eskay bagaimana video tersebut boleh 'bocor' dan berada di tangan orang lain. Eskay dalam satu kenyataan awalnya berkata, satu-satunya salinan yang ada padanya telah diserahkan kepada polis.

Pengakuan yang dibuat oleh wartawan MALAYSIAN INSIDER pula jelas menafikan video yang dimuatnaik itu adalah video yang menimbulkan kegemparan di seluruh Malaysia. Sebaliknya ia adalah video baru yang tidak diperkatakan sebelum ini.

Ada sesuatu yang menarik tentang video ini iaitu 5 SOALAN ESKAY KEPADA ANWAR yang disiarkan di dalam blog KICKDEFELLA pada 31 Mac lalu. Eskay telah memberi amaran kepada para penyokong Anwar agar tidak berlebih-lebihan menyerangnya kerana dia akan bertindak balas dengan melakukan lebih banyak pendedahan.

Kelima-lima soalan Eskay kepada Anwar itu semuanya berkisar tentang BANGKOK dan THAILAND.... pada video yang dimuatnaikkan di YouTube itu, terpampang jelas label yang memperincikan tentang tempat kejadian tersebut tersebut dan nombor bilangannya.

Pada masa yang sama, Eskay tidak menceritakan apa-apa tentang Bangkok dan Thailand tetapi memberi petunjuk yang sangat jelas menerima kelima-lima soalannya kepada Anwar bahawa dia sememangnya mempunyai sesuatu untuk membalas serangan yang dilakukan oleh para penyokong Anwar Ibrahim terhadapnya.

Dengan pengakuan penulis artikel Malaysian Insider itu, jelaslah ini bukannya video 'termasyhur' yang ditayangkan di Carcossa Seri Negara. Sebaliknya ia adalah salah satu daripada video-video yang dijadikan sebagai BACK-UP!!!

Jenuhlah nak menjawab!!!!
Continue Reading...

AMUKAN ANWAR IBRAHIM... DIA MELATAH LAGI SEBENARNYA!!!!

Anwar mengamuk sakan bila mendapat tahun video yang dikaitkan dengannya, tersiar di YouTube. Habis semua orang diamuknya. Habis semua orang dikaitkannya. Malah dalam keadaan terdesak dan dah tak jumpa jalan untuk KELENTONG lagi, Anwar berkata, dia tidak peduli sama ada orang di dalam video itu serupa dengannya atau tidak, yang pasti itu bukanlah dirinya.

Sememangnya Anwar jelas tertekan dengan kenyataan yang disiarkan oleh FREEMALAYSIAKINI seperti mana dia tertekan ketika berceramah di Rumpun Makmur pada hari dan ketika yang sama dengan Ummi Hafilda dalam Pilihanraya Kecil Kerdau bulan lalu. Bezanya kali ini, Anwar Ibrahim meroyan seorang diri kerana yang memprovokasinya hanyalah sebuah video yang dimuatnaik ke dalam YouTube.

Anwar ungkit tentang ketiadaan Suruhanjaya Diraja untuk menyiasat kematian Altantuya Shiiribu. Anwar ungkit tentang ketiadaan Suruhanjaya siasatan tentang seks bawah umur membabitkan Abdul Rahim Thamby Chik. Anwar juga bertanya, apa kesudahan siasatan tersebut sekalipun keputusannya telah pun diketahui semenjak dia di dalam Kabinet lagi.

Anwar marahkan orang yang memuatnaikkan video tersebut. Anwar marahkan orang yang mengedarkan dan mendedahkan video tersebut tetapi Anwar sedikit pun tidak mengutuk perbuatan orang yang dirakamkan dalam video berkenaan.

Dan seperti biasa, sakit hati sebab Najib Abdul Razak telah potong trip dia untuk jadi Perdana Menteri, Anwar melampiaskan kemarahannya kepada Najib Abdul Razak. Najib Abdul Razak dituduhnya berkomplot dalam video berkenaan.

Ternyata, Anwar mengamuk sakan sebab nyawa politiknya semakin ke penghujung akibat ULAH BUDAK BOTAK TAK BERAKALNYA YANG SENTIASA GATAL WALAUPUN BERLINGKAR DALAM SPENDER!!!!
Continue Reading...

BAGI YANG TAK SEMPAT TENGOK 'ANWAR IBRAHIM' DALAM VIDEO BERSAMA CHINA DOLL!!!

Add Image
Memandangkan video asal di YOUTUBE telah kena flag dan hanya mampu bertahan selama 11 jam, maka The Flying Kick menyediakan ruang untuk anda terus membuat penilaian di blog ini akan video berkenaan.

Sememangnya sudah dijangka video tersebut akan kena FLAG memandangkan ia mempunyai kredibiliti yang sukar untuk dialahkan oleh hujah PERUT BUNCIT, DADA LEBAR, BAHU LEBIH BESAR, KULIT LEBIH CERAH dan sebagainya memandangkan video berkenaan adalah bersifat WIDE ANGLE dan perkara yang berkenaan DISTORTION sememangnya sudah menjadi lumrah.

Mungkin memikirkan dengan menghapuskan video tersebut dari YOUTUBE menerusi FLAG maka, hujah-hujah yang ditawarkan oleh Nik Nazmi dan sekalian peminat serta penyokong Anwar Ibrahim akan lebih diterima.

Rasa-rasanya, ramai yang telah memuat turunkan video tersebut sebagai persediaan dan menukarkan formatnya sama ada kepada AVI mahupun MPEG atau masih juga kekal dalam format asal iaitu FLV.

Rupa-rupanya dalam duk sibuk menafikan lelaki tersebut bukanlah Anwar Ibrahim, ramai yang sangat takut kerana sangkaan dan harapan mereka meleset jauh!!!


video
Continue Reading...

Perangai Golongan Bergelar DATUK Yang Menjijikkan!!!!

Kita kini digemparkan ngan isu VIDEO, SEX and LIES............


Yg gemparnya..ianya melibatkan DATUK2!! bukannya orang awam... Bukan kali ni je citer2 PANAS pasal DATUK2..tapi dah sekian juga.


Pasal gossip2 liar DATUK2 ngan artis2, sehingga orang dah tak kisah dah, seolah2 semua datuk2 ni macam dah sinonim ngan gossip2 liar dan ngan skandal2 panas!! ek leh DATUK, tu kira biasa ler..


Satu masa dulu...DATUK2 ni dianggap satu kelas elit dalam masyarakat. Datuk2 ni dihormati kerana jasa2 mereka pada agama, bangsa dan negara!!


Aku rasa..mereka yg berpangkat DATUK2, TAN SRI, DATUK SERI, TUN, entah apa lagi aku pun tak tahu..patut duduk semeja dan fikir sejenak..ngan semua senario yg berlaku sejak menjak ni!!


Perlukah seseorg tu layak lagi ngan gelaran DATUK, TAN SRI, DATUK SERI, TUN dan apa2 gelaran jika:-

a) buruk2kan negara

b) trlibat ngan sebarang kes2 jenayah spt rasuah, langgar lari

c) terlalu kerap kena saman ekor yakni tak mematuhi undang2 jalanraya

d) trlibat ngan skandal2 panas

e) trlibat ngan salah laku seks f

) trlibat ngan dadah, judi dan arak dll..


ianya tak kira lah..semada ianya dari ISlam atau tidak.kerana Negara ni agama rasminya adalah agama Islam. dan sekurang2nya menimbangkan kita adalah org Timur yg kaya ngan budi bahasa dan sopan santun..


Kita tak mahu DATUK2 ni kurang ajar, sombong, guna negara ni macam mak pak dia punya, seolah2 above the law!! apa2 kes yg libatkan diri mereka atau keluarga mereka leh kowtim..


Kita mahukan DATUK2 ni "earn" penghormatan.. Kita mahukan DATUK2 ni adalah golongan yg betul2 brbudi bahasa, tinggi integratinya, patriotik, tinggi brdisplin, golongan yg benar2 daulatkan undang2!!


Kita tak mahu DATUK2 ni jadi golongan yg boleh potong barisan, leh guna lorong kecemasan (kerana mereka ada urusan penting), sentiasa mahukan VIP treatment!! (earn the VIP treatment bukannya request)..


Kita mahukan DATUK2 ni bersih dari segala jenis tohmahan, gossip2 liar dan skandal2..


Kita mahukan DATUK2 ni yg boleh dijadikan contoh teladan pada anak2 dan generasi muda..


Kita tak mahu ada yg brfikiran jadi je DATUK..maka ada ler lesen leh buat apa saja, leh 'dating" ngan artis2, mesti jadi tumpuan awek2 cun, leh buat seks bebas dihotel2 yg "selamat"..dan kalau bersalah ditangkap mereka mahukan layanan istimewa semada ketika diambil laporan polis, disiasat, dan didakwa- alasan kerana mereka ni DATUK2 ...


dan yg sioknya..

setelah buat segala onar dan kesalahan leh muncul didepan umum dan masyarakat ngan lagak dia adalah salah seorang pemimpin masyarakat!! dan walaupun telah terbukti akan kesalahan juga spt salah laku seks, rasuah, dan lain2 kesalahan jenayah.. masih tak malu2 dipanggil YG DIHORMATI DATUK, TAN SRI, TUN dsb..dan masih berjalan ngan bangga didepan orang ramai!!


Apakah DATUK2 kita ni dah tak ada harga diri, maruah..dah langsung tak de agama!! Jika ada maruah dan integriti pada ANUGERAH KEMULIAAN DAN KEBESARAN..tak perlu tunggu orang lucutkan, tapi kembalikanlah gelaran tersebut!!


Bayangkan jika mereka2 ni yg dikurniakan DARJAH2 KEBESARAN OLEH RAKYAT ( walaupun dianugerah oleh Sultan2/Gabenor2). Aku kabor darjah2 kebesaran ni dikurniakan oleh rakyat..kerana selepas mereka dikurniakan darjah kebesaran ni oleh Sultan2..rakyat ler kena raikan mereka!! rakyat ler kena beri pengorbanan dan penghormatan mereka!!


Dan..pada mereka2 yg dikurniakan KEBESARAN2 dan KEMULIAAN ini tidak setuju ngan kerajaan, semada polisi dan undang2 atau pentadbirannya..Lucutkan sendiri gelaran2 trsebut dan pulangkan sebagai tanda protes !! Jadilah rakyat biasa..yg tak perlukan apa2 sanjungan dan pengiktirafan!!


Ada "kote" ke atau MARUAH untuk lakukan sedemikian? tepuk dada tanya ler sendiri!! Senang aku menulis..kerana aku tidak punya apa2 gelaran. Pada yg punya gelaran, sesama le fikir atas kemuliaan dan kebesaran anugerah2 trsebut!! dimanakah maruah dan harga diri!!


Semoga tiada lagi DATUK SEKS, DATUK RASUAH, DATUK PEMABUK, DATUK KAKI BETINA, DATUK PENIPU, DATUK KAKI JUDI, macam2 DATUK lagi.. BAYANGKAN!!! JIKA MEREKA MERUPAKAN GOLONGAN ELIT YG DAPAT PENGIKTIRAFAN NEGARA DAN RAKYAT BERKELAKUAN SUMBANG DAN MELANGGAR UNDANG2...bagaimana ngan rakyat2 yg biasa ni!!


-aa
Continue Reading...

Monday, April 4, 2011

SUARAM MAHU PENJENAYAH DIBEBASKAN DAN TIDAK DIHUKUM!!!!

SUARAM mengecam tindakan polis menguatkuasakan undang-undang yang dilanggar sesuka hati oleh Pakatan Rakyat dan Anwar Ibrahim dengan beralasan, polis telah menyalahgunakan Akta Polis. SUARAM juga menggesa polis agar MENGHENTIKAN SIASATAN dan tindakan gangguan terhadap ceramah-ceramah politik Pakatan Rakyat. (BACA DI SINI)

Walaweeiiiiiii...

Akhirnya terpacul jugalah wajah sebenar SUARAM yang konon-kononnya mewakili suara rakyat Malaysia, tetapi hakikatnya mereka hanyalah mewakili suara pengkhianat, petualang dan pemusnah negara ini.

SUARAM barangkali terlupa, penamaan calon PRN Sarawak adalah pada 6 April. Jadi, secara tidak langsung, sebarang kempen dan ceramah politik seperti yang dilakukan oleh Pakatan Rakyat di Sarawak adalah melanggar undang-undang Pilihanraya. Dengan kata lain, kalau benar SPR hendak menggunakan kuasa yang ada pada mereka, larangan pertandingan dan penyertaan ke dalam pilihanraya yang bakal berlangsung pada 16 April ini boleh dikenakan terhadap Pakatan Rakyat kerana mereka telah melanggar undang-undang dengan sengaja.

Konon-kononnya nak telus sangatlah, nak globalisasi sangatlah tapi sebenarnya SUARAM mengajak dan cuba mengajar rakyat Malaysia agar melanggar undang-undang. Menerusi desakan yang dibuat oleh SUARAM agar Polis tidak menjalankan kerja mereka, SUARAM cuba mengajar rakyat Malaysia agar menjadi penjenayah.

Kebebasan hak asasi dan kebebasan bersuara bagi SUARAM hanyalah melibatkan Pakatan Rakyat. Mungkin juga SUARAM ingin mengatakan penjenayah yang telah dihukum, sebenarnya hak mereka telah dilanggar oleh pihak berkuasa.

Oleh itu, kepada para penjenayah sekalian, eloklah anda semua menyokong dan menyertai SUARAM. Dan kalaulah anda ditangkap dan dihukum, guna sajalah alasan yang disuarakan oleh SUARAM. Apa sangatlah undang-undang kalau dibandingkan dengan Pakatan Rakyat yang disokong sepenuhnya oleh SUARAM!!!
Continue Reading...

VIDEO LUCAH: DEPA DAH KALUT!!! BUAH EPAL DIKATAKAN BUAH OREN!!!!

Bertalu-talu KEADILAN ONLINE mengeluarkan artikel-artikel untuk meyakinkan penyokong-penyokong PKR bahawa orang yang ada di dalam video yang telah dimuatnaik di Youtube bukan Anwar Ibrahim. Bermula dengan berita JANGAN TERTIPU FITNAH TERBARU BLOGGER UMNO, kemudian ulasan bekas Mufti Wilayah Persekutuan yang di bawah tajuk VIDEO TAK LAYAK DIJADIKAN BUKTI KERANA BOLEH DIUBAHSUAI - BEKAS MUFTI dan sejurus sebelum artikel ini ditulis, satu lagi artikel bertajuk, SOSOK, LENGGOK BUKAN ANWAR - NIK NAZMI disiarkan oleh portal berita PKR itu.

Beberapa buah blog yang menyokong PKR turut membuat penafian pantas bahawa orang yang dirakamkan di dalam video tersebut adalah Anwar Ibrahim berdasarkan hujah-hujah mereka. Lebih menarik ialah apabila hujah, video yang dikatakan oleh Eskay dirakamkan di Kuala Lumpur, tetapi mengapa pula video yang dimuatnaik di Youtube mempunyai labeih bertulisan Thailand.

Ada yang mempersoalkan tentang kedudukan statik kamera. Ada juga yang mempertikaikan tentang orang ketiga. Ada yang memberikan hujah, video tersebut sebenarnya adalah sebuah situasi yang diarahkan apabila wujudnya orang ketiga yang kemudian dilihat keluar dari bilik berkenaan menerusi pintu yang ditutup oleh lelaki yang kelihatan seperti Anwar Ibrahim.

Sama ada penafian pantas yang dibuat terutama sekali butiran yang diberikan oleh Nik Nazmi sememangnya satu penafian yang baik atau satu penafian yang lebih kepada membunuh Anwar Ibrahim, pastinya kehadiran video ini di Youtube, tidak boleh dipandang mudah.

Beberapa pemimpin kecil PAS yang bertugas di kalangan akar umbi, sudah pun menyatakan keraguan mereka terhadap Anwar Ibrahim. Malah ada yang mempersoalkan ibadat mereka menerusi solat hajat yang cuba menolak fitnah yang kononnya dilemparkan kepada Anwar Ibrahim....

Jangan buat kesimpulan apa-apa dahulu. Mungkin ini bukanlah video yang kerap diperkatakan itu, sebaliknya sebahagian daripada video yang 'tersorok' dan hanya disentuh seimbas lalu oleh Eskay tatkala dia memberi amaran kepada para penyokong dan Anwar Ibrahim sendiri beberapa hari lepas.
Continue Reading...

MARI KITA TENGOK, GAMBAR SIAPAKAH INI?

Hari ini, video yang dikaitkan dengan Anwar Ibrahim mula didedahkan secara BERAMAI-RAMAI. Hampir serentak dan hampir semua blog. Pada ketika yang sama, AMK telah menfailkan qazaf terhadap Abdul Rahim Thamby Chik, sebahagian 'kecil' video yang diperkatakan, telah dimuatnaik ke dalam Youtube oleh 'orang yang tidak dikenali'.

Bagaimanapun, timbul pula persoalan, adakah ini video yang telah ditayangkan di Carcossa Seri Negara atau sebenarnya sebahagian daripada kata-kata Eskay agar dia tidak diusik selain lima soalan maut Eskay kepada Anwar yang semuanya berkisar tentang Bangkok dan Thailand. Apatah lagi terdapat label pada video berkenaan yang menggunakan tulisan Thai.

Biarpun sebahagian besar visual dalam hitam putih kerana faktor cahaya seperti mana yang telah diterangkan oleh Kickdefella, namun yang pasti, muka dan tubuh lelaki yang sangat mirip dengan Anwar Ibrahim dapat dilihat dengan jelas. Begitu juga dengan gerak tubuh dan bahasa badannya bagi sesiapa yang biasa bersama-sama Anwar Ibrahim.

Sesuatu yang menarik ialah, apa pula jawapan dan tangkisan daripada juak-juak serta penyokong Anwar Ibrahim? Apa pula hukum yang bakal dikeluarkan bersabit dengan penyiaran video ini di Youtube dan dapat ditonton oleh 'peminat' di seluruh dunia? Adakah video ini terkandung di dalam piagam moral seperti yang cuba didendangkan oleh para pemimpin Pakatan Rakyat dan Tengku Razaleigh Hamzah?

Lebih menarik, apakah Mat Sabu yang telah menawarkan dirinya sebagai calon Timbalan Presiden PAS akan mula memusing cakap dan menarik semula cerita-ceritanya tentang kejijikan politik moral seperti yang cuba dipopularkan? Apakah video akan menjadi satu lagi senjata kepada Barisan Nasional yang dicanangkan sedang berhadapan dengan masalah di Sarawak seperti cerita portal-portal serta blog-blog pro-Pakatan?

Atau adakah ini juga merupakan satu lagi petunjuk daripada Allah Taala setelah 30 ribu orang bersolat hajat di Stadium Melawati Shah Alam baru-baru ini selain 200 orang bersolat hajat dan munajat di rumah Anwar Ibrahim sendiri sebelum itu? Adakah ini kesan yang terhasil daripada solat hajat dan munajat bagi menunjukkan kebenaran selain menolak fitnah seperti yang dipohon? Adakah para peminat Anwar Ibrahim dan penyokongnya masih tidak berpuas hati kerana Allah Taala telah menolak fitnah yang cuba dilakukan oleh Anwar Ibrahim?

Mungkin juga ayat yang diulang-ulang 31 kali di dalam Surah Ar-Rahman wajar direnung semula. Setidak-tidaknya untuk kita membuka mata, membuka otak, mencari dan menggunakan ilmu, menghilangkan hijab taksub dan sebagainya sehingga kita seringkali membuat keputusan dan kesimpulan yang salah kerana kita hanya ingin percaya dengan apa yang kita lihat.
Continue Reading...

IKLAN BERBAYAR

PORTAL ISTIMEWA

BLOG-BLOG PRO KERAJAAN

TAK TAHU KIRI KE KANAN

BLOG PEMIMPIN

MASUKNYA WAKTU SOLAT

SAPA DIA

Top Commenters

Powered by Disqus

Recent Comments

Senarai Laman Web WAJIB