Ketika para pencacai PAS terpaksa mencipta cerita kosong untuk memuji-muji kepintaran Mat Sabu, Timbalan Presiden PAS itu telah mendedahkan sesuatu yang selama ini cukup tersimpan dalam almari khas PAS iaitu kebodohan dan kedangkalan mereka memahami sejarah negara ini. Apabila para pemimpin PAS dan para penjilat mereka menuduh UMNO merupakan pewaris British yang terhasil daripada Malayan Union pada 1946, sebenarnya mereka sendiri mengakui bahawa PAS telah ditubuhkan oleh British bagi memastikan umat Islam di negara ini terus berpecah belah.
UMNO ditubuhkan pada 1946 menerusi persidangan 200 orang pemimpin-pemimpin Melayu dari pebagai golongan termasuklah daripada golongan kiri, kanan dan kaum ulama untuk menentang Malayan Union. Manakala PAS pula ditubuhkan pada tahun 1951 selepas sekumpulan pemimpin dalam UMNO tidak berpuas hati kerana mereka gagal memperolehi jawatan dalam pertandingan merebut jawatan-jawatan penting dalam UMNO.
Penubuhan UMNO membuktikan penyatuan para pemimpin Melayu membahayakan British. British akhirnya terpaksa merundingkan kemerdekaan negara ini selepas UMNO tertubuh. Namun British tidak mudah mengendur. Memerdekakan negara ini dalam kesatuan orang Melayu akan menyusahkan mereka terutama tentang nasib kaum imigran yang menjadi rakyat Ratu dan aset-aset British yang lain, termasuklah perladangan dan perlombongan yang sebahagiannya turut dimiliki oleh kaum imigran.
Dalam keadaan menghampiri kemerdekaan itulah, British membenarkan penubuhan PAS pada tahun 1951. Penubuhan PAS telah membawa satu perubahan penting, apabila PAS memainkan peranan sebagai pengacau tuntutan kemerdekaan.
Contohnya, pada tahun 1953, seorang pemimpin utama PAS menempelak UMNO kerana mahukan kemerdekaan negara. Alasan pemimpin PAS berkenaan, Tanah Melayu seharusnya merdeka bersama-sama Indonesia yang telah merdeka lebih awal. Seorang pemimpin PAS yang lain, turut mempersoalkan jus soli dan hak mengundi penuh yang diberikan kepada golongan imigran.
Ia kelihatan sangat relevan dengan Melayu dan PAS pada ketika itu menjadi sangat ultra Nasionalis. Tidak timbul sebarang usaha menjadikan PAS sebagai parti ulama seperti yang berlaku pada tahun 1977. Malah gelaran ulama juga kedengaran sangat janggal untuk dikaitkan dengan PAS.
Matlamat British untuk melihat orang Melayu berpuak-puak dan berpecah-pecah, terlaksana. Apatah lagi dengan penggunaan Islam sebagai pemecah belah Melayu, impian British untuk memastikan orang Melayu berfahaman seperti pengasas ajaran Qadiani, kelihatan semakin dekat.
Itu merupakan antara salah satu sebab mengapa PAS dibenarkan penubuhannya walaupun British sebelum itu telah menghapuskan Hizbul Muslimin. British tidak berasakan penubuhan PAS akan mengancam mereka, sebaliknya berpandangan jauh bahawa penubuhan PAS akan mengekalkan Melayu sebagai bangsa yang lebih sibuk dengan politik dan ketinggalan dalam bidang-bidang yang lain.
Barangkali kalau Mat Sabu tidak gatal mulut memuji komunis dan para pencacainya pula tidak mengaitkan UMNO sebagai pengubah sejarah, barangkali sejarah sebenar kewujudan PAS tidak akan diketahui atau dipedulikan. Oleh kerana para pencacai PAS menganggap UMNO telah ditubuhkan oleh British sedangkan ianya tidak begitu, maka perbandingan penubuhan antara UMNO dengan PAS telah pun dibuat oleh banyak pihak.
Ternyata kalau dibandingkan penubuhannya, sangat jelas, PAS merupakan antara senjata utama British yang digunakan untuk memecah belahkan Melayu... peranan yang sehingga kini dimainkan oleh PAS dengan alasan PAS sedang memperjuangkan Islam, walaupun dari awal penubuhannya sehingga sekarang, tidak ada Islam yang diperjuangkan, melainkan kuasa dan kemewahan... seperti yang terbukti berlaku di Kelantan dan Kedah sekarang!!!





























