
Apabila rakan-rakan blogger mula mendapat tahu tentang cerita sebenar yang mereka telah diliwat oleh orang-orang tertentu, dan masing-masing meluahkan kekecewaan terhadap perkara itu, ada pula SANG TONYOK yang menyondol-nyondol memperli kononnya, blogger-blogger adalah pelacur, sedangkan mangkuk yang mentonyok sahaja kerjanya itu sendiri adalah pelacur yang berharga RM300 sebulan!
Ada pula mangkuk yang duduk dalam JASA melepaskan 'kekecewaan' kerana hajat terjejas dengan melabelkan blogger sebagai pelacur menerusi TWITTER.
Berada atau terlibat dengan blog merupakan satu bidang kerjaya baru. Ianya bukan kerana paksaan atau perlu mengisi borang untuk menjadi seorang blogger, terutama sekali blogger politik. Dan bidang penulisan di blog adalah sama sahaja dengan bidang penulisan genre yang lain.
Bagaimanapun, memandangkan penulisan di alam siber tidak memerlukan fizikal bercetak, dan ruangnya lebih terbuka serta peluang menciplak lebih mudah, maka ramailah musang-musang dan ular-ular lapar bergeliang-geliuk mencari mangsa.
Dalam satu pengalaman penulis, seorang pemimpin bercakap besar tentang Cucu Tok Wan yang dikenalinya dan dia pula bercakap di hadapan penulis sendiri tanpa mengetahu bahawa Cucu Tok Wan adalah penulis. Bukan main lagi digorengnya nama Cucu Tok Wan, seolah-olah kami dilahirkan bersama, membesar bersama, bahkan berjimak pun bersama-sama!
Setelah sekian lama berada dalam dunia penulisan, sama ada dalam bidang penulisan skrip drama tv, novel, artikel majalah dan mutakhir, dalam bidang penulisan politik, pengalaman hampir 20 tahun penulis menyaksikan, mereka yang tidak tahu menulis tetapi sangat pandai mengambil kesempatan daripada hasil kerja orang lain, cukup banyak.
Dahulu, penulis bercakap besar tentang jihad fisabillah, tetapi pengalaman di Bangi dan Kajang, menunjukkan golongan yang sangat gemar bercerita tentang jihad dan fisabillah itulah yang paling kuat mentekedaghah duit haram. Apabila beralih kem, keadaan yang serupa juga muncul walaupun puak-puak di sebelah sini masih lagi bertahap semi-profesional.
Ada orang melabelkan penulis sebagai pelacur. Apakah menghasilkan karya, baik dalam bentuk naskhah manuskrip atau sekadar posting di blog, itu bukannya kerjaya? Adakah apabila ada orang menggunakan nama dan hasil kerja seseorang penulis, maka hendaklah diredhai dan buat-buat tidak tahu sahaja?
Bagaimana pula dengan senarai nama jurublog-jurublog yang dihantar kepada pihak atasan untuk mendapatkan peruntukan dan peruntukan tersebut tidak pernah sampai pun kepada jurublog-jurublog? Apakah itu sesuatu yang wajar?
Mengapa orang yang hanya pandai mengaku, orang itu ini berada dalam pasukannya dibenarkan meliwat orang lain sesuka hati mereka dan perbuatan mereka tidak boleh dibalas, diungkit atau pun didedahkan? Apakah pendedahan tentang kejalangan itu dianggap sebagai PELACURAN?
Bagi mereka yang melabelkan mangsa-mangsa kerakusan kaum peliwat sebagai pelacur, cuba renung balik diri anda. Adakah anda sebenarnya sakit hati kerana anda sebenarnya tidak mampu dan tidak ada bakat untuk bersaing? Adakah anda yang bergelar pegawai-pegawai untuk orang atasan, kementerian-kementerian, jabatan-jabatan mahupun entiti-entiti kerajaan yang lain, tidak mendatangkan punca pendapatan kepada anda?
Kalau anda boleh bekerja secara percuma dan redha dengan kepercumaan itu, anda berhak memperkatakan tentang jihad. Tetapi apabila anda sebenarnya mengharapkan kerja anda akan membolehkan anda berkereta besar, berumah mewah, bergundik jelita... maka bawa-bawalah beristighfar dan bermuhasabah akan diri. Apatah lagi dengan jawatan yang anda sandang, membolehkan anda mempergunakan orang lain untuk memohon peruntukan, mencilok peruntukan tersebut dan kemudian menasihati orang lain agar bersabar dan niat kerja kerana Allah Taala, lebih baik anda minum racun dan mati dalam keadaan kafir kerana kafir itu tingkatnya lebih tinggi berbanding sebagai munafik!
Kepada sahabat-sahabat blogger, tak kiralah sama ada berpihak kepada Pakatan mahupun Barisan, jagalah hak anda dengan sebaik-baik mungkin dan jangan mudah tergoda dengan cerita-cerita pujian melambung. Kita mungkin berniat ikhlas untuk membantu pihak yang kita sokong, tetapi bajingan-bajingan skema ini sentiasa wujud dalam pelbagai bentuk dan gaya. Anda bercerita tentang idealistik, tetapi mereka punya objektif adalah MATERIALISTIK...
Pun begitu, teruskan perjuangan masing-masing kerana walaupun berbeza ideologi dan kefahaman, kita sebenarnya mewujudkan keseimbangan kerana itulah yang dinamakan Sunnatullah.
Kerja kita adalah menulis. Apabila sudah namanya kerja menulis, maka kita akan terus menulis walaupun ada sesetengah orang tidak suka hasil kerja kita, bahkan ada ramai orang yang mempergunakan penulisan kita untuk kemewahan mereka sendiri dengan melabelkan kita sebagai PELACUR kerana mereka bimbang kalau-kalau kejahatan mereka merompak hasil kerja kita didedahkan dan kedudukan mereka terancam!!!
Sekurang-kurangnya aset utama kita iaitu daya dan bakat menulis, masih tidak mampu dirompak dek bajingan-bajingan ini.