MARI BERFORUM, BERHUJAH DAN BERTEKAK DI SINI

RADIO PILIHAN THE FLYING KICK

Wednesday, December 7, 2011

Islam Dan Politik... Lebih Banyak Bencana Berbanding Kebaikan!!!

Islam mangsa permainan politik….
Islam, umumnya diketahui bahwa satu agama yg janjikan kesejahteraan dan keselamatan dunia dan akhirat..bila ianya diamalkan spt mana yg ditunjukki oleh nabi saw.

Islam menganjurkan sesama ummatnya agar brpesan-pesan dan ingat mengingati satu sama lain agar kesinambungan kegemilangan Islam terus memancar sepanjang zaman dan terus menerus menjadi sumber hidayah pada seluruh alam. Amalan ni diamanahkan oleh Allah swt dan RasulNya keatas ummat ni. Ianya penting kerana kita adalah manusia yg ada kelemahan spt lupa dan lalai dan mudah terikut2 perasaan dan nafsu. Walaupun seseorang tersebut memiliki ilmu agama yg tinggi dan warak, namun masih terkonkong ngan sifat2 semulajadi manusia ini.Amalan ini juga bertujuan mengelakkan perselisihan faham yg berpanjangan dan mengelakkan perpecahan dikalangan ummat. Walaupun dikaborkan dalam hadis, brbeza pendapat dan fahaman ni adalah satu rahmat pada ummat ini, ianya adalah benar jika masing2 berpegang pada agama atau meletakkan agama dan kepentingan ummat dihadapan. ( Peringatan agar kembali pada tali2 Allah swt apabila brselisih).. Tetapi ianya satu bala yg besar yg mana leh menjadi punca perbalahan dan pertumpahan darah jika perselisihan dan brbeza pendapat ni tidak ditangani secara yg dianjurkan oleh Islam. Orang2 Islam akan jadi lemah, dan akan dimusnahkan oleh org2 kapir. (sejarah membuktikannya)

Tetapi senario hari ni, Islam dipolitikkan bukan utk menegakkan yg haq, tapi lebih ada kepentingan duniawi tertentu. Amalan2 yg dilarang diharuskan..kononnya dikaborkan sebagai sahsiah Islam. Dan bila ianya dipolitikkan maka ianya terbuka utk dibahaskan oleh kaum bukan Islam atas nama politik. Kita terusik dan tersinggung jika org2 kapir berkata tentang Islam, tetapi atas nama politik kita diamkan dan hadamkan..jika kata2 tersebut ada meraih kepentingan pihak tertentu maka ianya didiamkan, tapi pihak yg terancam atau melihat ianya mungkin pula leh menaikkan popularitinya maka ia akan brtindak balas ngan mengecam dsb.

Bila DAP bercakap pasal Islam, guna ayat2 AQ dan hadis dikabornya mereka telah mula mendekati Islam dan jika tersilap usah dimarah..ni leh jauhkan org2 bukan Islam pada Islam. Tapi bila MCA brsuara pasal Islam atau apa2 berkait ngan Islam, mereka marah dan tersinggung kononnya MCA menghina Islam. Mereka akan kabor UMNO gagal mendidik MCA brkenaan Islam. Gitu sebaliknya UMNO.

Begitu juga sesama Islam, apabila bertanyakan kemusykilan pasal Islam..maka ustaz akan cuba beri penerangan sebaik mungkin dan cuba fahamkan. Ustaz akan cuba hilangkan keraguan dan kemusykilan yg timbul. Tetapi bila ianya dipolitikkan, bila ada soalan2 kemusykilan dan keraguan, ianya dilabelkan sebagai penentang Islam atau menolak Islam dan lebih hina dari org2 kapir !!! Dah dikaborkan..amalan brpesan2 ni hendaklah ngan SABOR !!!! Jangan cepat benor melatah dan menghukum!

Islam bukanlah bahan utk dipolitikkan demi mencari kuasa dan pangkat, mencari sokongan dan pujian. Islam adalah agama untuk diamalkan tak kira apa partinya, apa bangsanya, apa kedudukannya..Yg leh beramal, galakkan yg lain utk beramal..yg alim tunjukkan pada yg jahil.. Bukan yg leh beramal mengutuk yg tak dapat beramal..dan yg alim menghina yg jahil. Parti, bangsa, budaya, adat resam, darjat keturunan, status bukannya dinding penghalang Islam. Islam bukan milik mana2 parti, mana2 pertubuhan, mana2 bangsa, mana2 negara, mana2 puak..Islam adalah untuk sekelian manusia sehingga kiamat. Mempartikan Islam, memperbadankan Islam, mempersatuankan Islam, memperbangsakan Islam dll hanya akan mewujudkan sempadan sesama manusia…dan tiada mana2 parti, bangsa, persatuan, atau sesapa leh katakan Islam adalah milik mereka semata2..Cuma mana2 bangsa yg ambil tanggungjawab atas Islam maka bangsa tu akan dimuliakan oleh Allah swt didunia dan diakhirat. Sebab tu PERJUANGAN MELAYU adalah agama, bangsa dan negara..agama dihadapan. Adalah derhaka pada PERJUANGAN MELAYU, bila agama dikemudiankan yg lain didahulukan.

Tidak mempartikan Islam bukanlah bermakna menolak Islam dari politik atau mengatakan seolah2 tiada politik dalam Islam.

Politik dalam Islam, ialah usaha mengembangkan Islam, mewujudkan kesatuan ummah, agar manusia selamat dunia akhirat. Kesatuan ummah sangat2 dituntut sehingga ada amaran dari Allah swt yakni apabila ummat ni sering memaki hamun dan menista satu sama lain sesama Islam, Allah swt akan berpaling dan tidak mahu perhatikan keperluan ummat ini. Malah jika berdoa pun ianya tidak dilayan..Ada juga hadis nabi saw yg melarang kita dari tidak brtegur sapa lebih dari 3 hari..malah dikaborkan tidak sempurna iman jika tidak menyayangi sedaranya. (Bayangkan bila ia berkata sikapir ni lebih mulia dari sedara seIslamnya-sendiri mau ingat ler)
Politik dalam Islam bukannya meluaskan kuasa, tanah jajahan, mengumpulkan harta, menuntut pangkat dan kedudukan dunia- ini politik org2 kapir, yahudi dan nasrani.

Usahlah jadikan Islam bahan politik utk meraih kepentingan dunia..tapi jadikan Islam sebagai alat penyatuan dan keselamatan ummat didunia dan diakhirat!
Kembalikan Islam pada ummat ini..dan bukan hak ekslusif sesapa.

-aa
Continue Reading...

PAK ITAM BERJAYA 'TAKLUK' WANITA MALAYSIA!!!

Memang BEST dan ISTIMEWA sangat la kut pak itam-pak itam yang bersepah-sepah di negara ini pada pandangan sesetengah perempuan tempatan. Kalau tidak, takkanlah ada yang sanggup jadi keledai, ada yang ditangkap separuh bogel sedang melayani nafsu pak itam, malah ada yang duduk sekali dengan pak itam tanpa sebarang keraguan.

Berita tentang pak itam boleh kita baca saban hari dan setiap masa sama ada menerusi media sosial baru mahupun media konvensional.

Walaupun kebanyakan pak itam yang ada di negara ini masuk atas nama PELAJAR, namun majoriti mereka kebanyakannya mempunyai STATUS yang sangat diragui. Pun begitu, kontroversi berhubung kehadiran mereka di negara ini, tidak pernah berkurang malah semakin bertambah, terutama sekali yang melibatkan jenayah penipuan komersial, jenayah rogol dan cabul, bahkan jenayah berat seperti membunuh dan merompak.

Hari ini kita dihidangkan lagi dengan penangkapan lima orang dalam satu sindiket dadah melibatkan seorang wanita tempatan dan empat orang lelaki Nigeria. Wanita tempatan itu dikhabarkan menjadi keledai dadah untuk sindiket berkenaan menyeludup dadah jenis kokain ke luar negara. (BACA DI SINI)

Cerita tentang keledai dadah melibatkan wanita tempatan bukan cerita kosong. Sudah terlalu ramai wanita-wanita tempatan yang 'jatuh cinta', mudah dipujuk rayu, terpedaya dengan cerita-cerita atas angin yang menjanjikan keuntungan lumayan dan sebagainya, malah terlalu ramai yang berada dalam penjara di luar negara, termasuklah di China semata-mata kerana pak itam dan mereka sendiri yang gagal mengawal nafsu.

Setakat ini, belum lagi ditemui minyak senyonyong atau jampi pemisah yang berkesan untuk menghentikan fenomena sebegini. Dan setakat ini juga, kita hanya mampu menelan air liur memikirkan betapa MURAH DAN MUDAHNYA wanita-wanita kita dipujuk rayu oleh pak itam-pak itam yang menjanjikan KESEDAPAN DAN KEPUASAN!!!
Continue Reading...

PAS DISAHKAN MENFITNAH UMMI HAFILDA DAN KENA BAYAR GANTIRUGI!!!


Mampukah para penganut PAS mengakui dan memperakui bahawa mereka adalah juara fitnah setelah mahkamah membuktikan bahawa akhbar berkenaan memang menfitnah dan mangsa fitnahnya pula adalah UMMI HAFILDA, wanita yang paling mereka benci kerana menelanjangkan Anwar Ibrahim, Azmin Ali dan Shamsidar Taharin.

Kepercayaan para penganut PAS bahawa hanya Harakah merupakan kitab yang paling absah, terbukti merupakan kepercayaan taghut. Hari ini, Allah Taala telah membuktikan bahawa suara rasmi PAS itu tidak lebih daripada sebuah tabloid yang membuat cerita fitnah dan sensasi semata-mata apabila Ummi Hafilda Mohd Ali DIHADIAHKAN RM150,000 setelah mahkamah mengurangkan jumlah yang sepatutnya diterima oleh Ummi Hafilda daripada tiga defendan iaitu PAS, Halim Arshat selaku bekas pemegang permit penerbitan PAS dan Mustafa Ali selaku bekas Pengarang Harakah.

Panel tiga hakim yang diketuai oleh Datuk Sulaiman Daud bersama Hakim Datuk Ramli Ali dan Hakim Datuk Syed Ahmad Helmy Syed Ahmad sebulat suara membenarkan SEBAHAGIAN rayuan syarikat yang menerbitkan Harakah iaitu mengurangkan jumlah yang perlu dibayar kepada Ummi Hafilda.

Rayuan syarikat berkenaan adalah mengurangkan jumlah bayaran, bukannya merayu agar keputusan mahkamah dipertimbangkan semula bersama-sama bukti baru yang menunjukkan mereka tidak menfitnah!

Yang anehnya, mengapa pula tiada sebarang hebahan di dalam blog-blog pro Pakatan yang selama ini cukup rancak menari dan bersewel-sewelan setiap kali keluar berita tentang Utusan Malaysia atau TV3 hendak disaman oleh para pemimpin Pakatan... kenapa pula berita Harakah dan PAS kalah serta salah, tidak mahu didendangkan?

Dendangkanlah!!!
Continue Reading...

TAWARAN NAIK KAPAL SELAM KEPADA GUAN ENG MENGESAHKAN KAPAL SELAM ITU MEMANG TIDAK BOLEH MENYELAM SEBELUM INI!!!!

Setelah berpenat lelah menabur cerita kononnya kapal-kapal selam Malaysia tidak boleh menyelam, pembuktian tersebut kini telah terhidang di hadapan mata apabila Lim Guan Eng dipelawa menaiki kapal selam bersama-sama Menteri Pertahanan, Zahid Hamidi ke Langkawi untuk LIMA 2011.

Antara bukti yang ditampilkan oleh Pakatan kononnya kapal-kapal selam tersebut tidak boleh menyelam ialah, SEMUA GAMBAR YANG DIAMBIL MENUNJUKKAN KEDUA-DUA KAPAL SELAM ITU BERADA DI PERMUKAAN LAUT!

Alasan membangangkan itu bagi golongan yang jahil, sudah tentulah akan diterima dan diimani sepenuh hati. Namun bagi mereka yang berakal, pastinya akan mentertawakan 'bukti' berkenaan kerana kalau itulah 'bukti' yang dipersembahkan bermakna semua kapal selam di dunia ini kecuali di dalam filem-filem aksi tidak boleh menyelam. Sebabnya, dari sekecil-kecil kapal selam, sehinggalah kapal selam yang menggunakan kuasa nuklear, semuanya dirakamkan ketika berada di permukaan, bukannya di dalam laut!

Kita sudah dapat menjangkakan apa alasan yang akan direka oleh puak-puak Pakatan yang masih tidak dapat menerima kenyataan bahawa tohmahan mereka selama ini adalah fitnah semata-mata. Pastinya, akan ada hipotesis yang mengatakan, pelawaan dan pembuktian bahawa kapal selam itu sudah boleh menyelam kepada Lim Guan Eng, Ketua Menteri Pulau Pinang merangkap Setiausaha Agung DAP sesudah kapal selam berkenaan 'diperbaiki' untuk membolehkannya belayar di bawah permukaan laut.

Dan jangan terkejut juga sekiranya, akan ada pecacai Pakatan yang mengeluarkan hujah, KEMENTAH menyewa kapal selam yang benar-benar boleh menyelam dan kapal selam itu pula menyerupai KD Tun Razak untuk membuktikan Pakatan salah.

Kita tidak akan menunggu lama untuk melihat atau membaca alasan-alasan seperti itu... sekarang pun, mereka sedang berbincang sesama sendiri, apa jawapan dan hujah yang akan dikeluarkan seandainya Guan Eng menerima tawaran berkenaan.

Kalau Guan Eng tak terima tawaran itu, lain pula cerita mereka...

Pakatan... memang berpakat dalam bab-bab berputar belit dan mencari alasan!!!

Continue Reading...

BUKTIKAN DAHULU DI SELANGOR, PULAU PINANG, KEDAH DAN KELANTAN SEBELUM KE SABAH!!!

Pakatan berjanji lagi...


Kali ini janji mereka, Sabah akan bertambah makmur jikalau mereka dipilih sebagai kerajaan negeri pada PRU13 nanti. Janji lagi...


Menariknya, janji Pakatan itu sebenarnya tidak selari dengan apa yang telah mereka lakukan di negeri-negeri yang telah mereka tawan pada PRU12 yang lalu. Pakatan berjaya menguasai dua buah negeri yang terkaya di Malaysia iaitu Pulau Pinang dan Selangor. Pakatan mempunyai peluang yang sangat baik untuk membuktikan mereka adalah kerajaan yang benar-benar seperti yang dijanjikan terutama sekali menerusi perancangan serta perlaksanaan, pengurusan dan pentadbiran yang lebih baik di Kedah dan Kelantan.


Namun apa yang telah dilakukan oleh Pakatan kepada negeri-negeri yang telah mereka tawan itu?


Pulau Pinang dan Selangor membanggakan SURPLUS dalam pembentangan bajet. Namun pada masa yang sama, SURPLUS tersebut terhasil daripada 'penjimatan' yang bukan-bukan seperti tidak menyelenggara jalan raya dan prasarana yang ada di dalam negeri masing-masing. Jalanraya di Pulau Pinang dan Selangor berada dalam keadaan yang sangat teruk dan tidak bersesuaian langsung dengan status negeri-negeri terkaya di Malaysia. Prasarana yang ditinggalkan oleh kerajaan terdahulu, bukan sahaja tidak diselenggara serta dinaiktarafkan, bahkan perbelanjaan untuknya dikurangkan, sebaliknya perbelanjaan untuk kempen promosi Pakatan pula yang dilebihkan.


Kedah yang suatu ketika berbangga dengan Kulim Hi-Tech Park yang dibangunkan oleh kerajaan UMNO, tidak lagi berdaya maju dan gagal bersaing dengan teknologi park yang baru seperti Senai Hi-Tech.


Kelantan, gagal sepenuhnya dalam urus tadbir, perancangan serta pengurusan kecuali kempen politik sepanjang masa.


Justeru apabila Pakatan mengidamkan Sabah yang sememangnya kaya dengan hasil bumi dengan janji rakyat Sabah akan hidup lebih makmur berbanding berada di bawah kerajaan Barisan Nasional, empat negeri di Semenanjung yang berada dalam genggaman Pakatan sewajarnya dijadikan iktibar dan renungan.


Kalau di Kedah, Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan pun, Pakatan gagal mengotakan janji-janji retorik mereka, apa modal mereka untuk memajukan Sabah sebagaimana yang dijanjikan?


Modal Pakatan tidak lain hanyalah pengurusan dan pengurangan ketirisan. Namun Selangor dan Pulau Pinang telah membuktikan, kadar rasuah dan ketirisan selain penyalahgunaan kuasa oleh kerajaan negeri, tidak membayangkan pun yang Pakatan lebih bersih berbanding UMNO dan Barisan Nasional.


Perhatikan sahajalah bangunan parking bertingkat di Bukit Bendera yang dibina berharga RM5 juta yang akhirnya terpaksa diruntuhkan kerana bangunan berkenaan dibina tanpa mengikut spesifikasi melainkan hanya untuk menyalurkan dana tersebut untuk pemaju yang menjadi penyumber dana kepada DAP. Begitu juga dengan projek tambun tanah bernilai lebih RM70 juta yang dbuat secara perlantikan terus oleh Ketua Menteri sendiri.


Teliti juga beberapa projek di Selangor yang sememangnya sangat jelas dibuat dan dicipta untuk kroni termasuklah tebatan sungai yang dibatalkan, I-City yang sekadar ada dan lebih banyak lampu berbanding perolehan, projek pertanian mega yang dibatalkan dan beratus juta ringgit geran Kerajaan Persekutuan yang hilang begitu sahaja tetapi yang disibukkan oleh Kerajaan Negeri adalah program NFC dan sebagainya.


Justeru, apa yang membezakan antara Pakatan dengan Barisan Nasional yang mereka kecam dan perlekehkan, sedangkan tatacara serta pengurusannya tetap sama. Sabah bakal mengalami nasib yang lebih teruk berbanding sekarang sekiranya memilih kerajaan yang terlalu beretorik dengan janji-janji yang mereka tidak dapat capai apabila diberikan peluang.


Published with Blogger-droid v2.0.1
Continue Reading...

LAPORAN POLIS TERHADAP PAPAGOMO CETUS PENDEDAHAN TERBARU!!!!

Tiada yang lebih menarik apabila memperkatakan tentang dunia blogging melainkan cerita tentang blogger pro-Pakatan membuat saman polis terhadap blogger pro-UMNO yang turut melibatkan blogger GERGAJI DUA MATA.

Motif Amin Iskandar atau Amin Black yang diketahui mempunyai hubungan rapat dengan Chegu Bard yang kemudian diketahui juga berada dalam senarai pay-roll seorang 'tokoh' UMNO, sudah difahami. Malah apabila upacara membuat laporan polis itu turut disertai oleh Anuar Mohd Nor atau Anuar Reform, maka pembabitan kumpulan Universiti Bangsar Utama atau UBU semakin jelas.

Hubungan rapat Anuar Reform dengan Chegu Bard bukan lagi perkara asing dalam dunia blogging. Dan hubungan ini kemudiannya dimesrai pula oleh kumpulan terdesak dalam barisan kepimpinan Pemuda UMNO sendiri yang cuba mendapatkan perhatian ketuanya dengan melakukan pemusnahan dalam kumpulan blogger pro-UMNO yang kelihatan terlalu menonjol seperti PAPAGOMO.

Perhatian daripada ketua bermaksud lebih banyak peruntukan akan masuk ke dalam kantung peribadi, termasuklah dengan menunjukkan berlakunya peningkatan mendadak ranking Alexa Malaysia walaupun ranking Alexa Antarabangsanya tidak menunjukkan perubahan ketara.

Penyertaan Anuar Reform bersama Nora Reformasi ketika Amin Black membuat laporan polis merupakan permulaan kepada sesuatu yang lebih 'menarik'. Anuar Reform yang diketahui, selain menjadi penerima bayaran daripada 'tokoh' yang banyak menyumbang kepada kekalahan UMNO pada PRU12 lalu, sekarang ini telah dibawa masuk oleh seorang broker yang tidak ada sebarang kelebihan melainkan kelebihan 'menjual' orang ke dalam sebuah kementerian tanpa meninggalkan kumpulan utamanya.

Agak menarik apabila difikirkan bagaimana pihak yang begitu banyak melakukan tohmahan, tiba-tiba sahaja melenting apabila terkena ke batang hidungnya sendiri. Alasan yang diberikan iaitu MENGEKANG BUDAYA FITNAH sebenarnya lebih tepat ditujukan kepada diri sendiri. Ketidakpecayaan kepada polis yang kononnya ingin dibuktikan menerusi laporan ini, selain tekanan agar PAPAGOMO mendedahkan identiti sebenarnya, mempunyai capaian yang bercabang-cabang.

Satu laporan polis dianggap akan menjejaskan reputasi blogger seperti PAPAGOMO dan kawan-kawannya yang lain, yang kelihatan sangat aktif menyerang Pakatan dan pemimpinnya, terutama sekali Anwar Ibrahim dan pemimpin-pemimpin balacinya yang lain.

Game seperti ini tidak terhenti begitu sahaja. Ia hanyalah satu permulaan. Sama ada sedar atau sebaliknya, tindakan populis seperti yang dilakukan oleh Amin Iskandar sebenarnya tidak lebih daripada sekadar menembak kaki sendiri... malah yang lebih penting, mengancam survival Anuar Reform yang selama ini sentiasa melabelkan dirinya sebagai BLOGGER UMNO walaupun dari semenjak 1999, dia bukanlah blogger pro-UMNO sebaliknya blogger pro-Anwar yang sangat totok di bawah kepimpinan Hishamuddin Rais.

Dan Anuar Reform pula akan turut mengheret satu lagi kumpulan yang diketahui sangat ghairah untuk menonjolkan mereka sedang menguasai ranking Alexa blog politik Malaysia dengan kaedah pay-online tanpa menyedari, penipuan seperti itu dapat dikesan menerusi perbandingan ranking dunia dan ranking negara!

Perkembangan menarik sedang berlaku sekarang ini...
Continue Reading...

Tuesday, December 6, 2011

TANPA DAP, SIAPALAH MAHFUZ...

Sayang sungguh Mahfuz Omar kepada DAP apabila UMNO menjadikan parti tinggalan Lee Kuan Yew itu sebagai punching-bag dalam Perhimpunan Agung baru-baru ini. Kata Mahfuz, UMNO bertindak secara tidak wajar dan tindakan UMNO itu sebenarnya adalah untuk melindungi masalah yang ada di dalam UMNO.


Secara tidak langsung, Mahfuz sebenarnya ingin menegaskan bahawa dia sebenarnya terlalu sayangkan DAP dan kalau boleh tidak mahu mana-mana pihak mengusik, menempeleng, mahupun menyentuh DAP. DAP bagi Mahfuz adalah sebutir permata ainul hayat yang tidak setaraf dengan mana-mana ciptaan.


Barangkali Mahfuz sedar, kocek PAS akan lebih berisi seandainya DAP terus dibela. Dengan menjadi belaan kepada DAP, Mahfuz akan kelihatan lebih bijak daripada orang lain, walaupun Mahfuz sebenarnya hanyalah bekas pekerja tidak berkolar.


Tiada apa-apa sebenarnya yang menghairankan tentang Mahfuz. Kalau diberitahu kepada Mahfuz bahawa UMNO telah membuat kebajikan, Mahfuz sanggup berkerat lidah berpotong tangan untuk menafikan berita tersebut tetapi kalau dikhabarkan dari balik gunung sekalipun yang DAP telah membuat kebaikan, maka sampai pangkal kiamat nanti pun, Mahfuz akan bercerita. Tak cukup sedap, Mahfuz tahu bagaimana hendak menyedapkan cerita. Tak cukup wangi punggung Lim Guan Eng, Mahfuz sanggup sembunyi-sembunyi hadiahkan minyak attar.


Itulah sebabnya Mahfuz tidak segan silu untuk mempertahankan DAP walaupun telah terbukti bahawa DAP memperkudakan PAS. Diperkudakan DAP memang menyeronokkan. Yalah, belum pernah bersetubuh nikmat dengan lain kaum dan lain agama, baru ler sekarang nak belajar, itu yang  jadi extreem yang bukan-bukan macam yang ditunjukkan oleh Mahfuz.


Tunggulah lama sikit bila Mahfuz ditertawakan DAP. Masa tu, bukan sahaja kepala DAP yang dia akan maki, silap-silap pakaian di badan pun dia tanggalkan. Sekarang ni dia tengah seronok sebab kebodohannya dipuji-puji, jadilah dia seperti kera bersetubuh dengan gajah yang ditimpa buah kelapa!!!!


Published with Blogger-droid v2.0.1
Continue Reading...

PEMIMPIN UMNO LAPAR PULAK YANG TERIKUT-IKUT PERMAINAN LEMBU-LEMBU PKR!!!

Kalau Saifuddin Nasution, Rafizi Ramli dan Zuraidah Kamaruddin memilih untuk menghentam Sharizat walaupun alasannya adalah NFC, ia tidak menghairankan langsung. Sebabnya mereka adalah pemimpin pembangkang dan pembangkang di Malaysia standard mereka ialah segala-galanya adalah politik.

Tetapi apabila pemimpin-pemimpin UMNO turut serta dan berperangai sama seperti Rafizi Ramli, Zuraidah dan Saifuddin muka bulan, maka faham-fahamkan jugalah walaupun kebanyakan pemimpin UMNO kelihatan bijak-bijak tetapi sebenarnya mereka tidaklah berbeza dengan lembu-lembu PKR itu.

Itu juga menunjukkan segala ikrar yang dilafazkan dalam akujanji dan baiah beberapa hari lepas samalah seperti Ketua Bahagian UMNO yang diberitahu mereka tidak boleh dicalonkan tetapi perasan yang mereka mempunyai aura akar umbi.

Mudah sangat pemimpin UMNO bermain dengan permainan pembangkang. Dari zaman berzaman pemimpin UMNO yang sentiasa lapar, akan berkelakuan sepertimana yang kita lihat beberapa hari ini.

Jangan hairan dan berasa kagum kalau alasan yang diberikan ialah SAYANGKAN PARTI. Terbalikkan kepada diri mereka dan kita akan tengok macam mana mereka bersilat berkungtau menepis desakan itu.

Sejarah telah membuktikan drama seperti itu adalah kebiasaan di dalam UMNO dan parti-parti politik yang lain.

Memang sangat menarik, tiga ekor lembu PKR buka sikit saja tetapi bila dah ada campurtangan pemimpin UMNO, maka ia semakin besar dan sasaran - dalam cerita ini, Sharizat - akan lebih cepat dijatuhkan dan pada masa yang sama akan ada 'hasil' juga untuk tutup mulut mereka.

Bayangkan kalau Tony Pua dedahkan dan desak Guan Eng letak jawatan.... Tak bolehkah Bung Mokhtar, Ali Al-Habshee dan Raja Nong Chik bukak biji mata, capangkan telinga dan sentiasa beringat bahawa segala usaha pembangkang digunakan untuk melemahkan kekuatan UMNO dengan pelbagai cara?

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Continue Reading...

PUSAKA WARISAN BANGSA DI JALAN SULTAN? BANGSA MANA?

Penentangan terhadap projek MRT yang didalangi oleh DAP dan diketuai oleh Tony Pua sebenarnya mempunyai agenda serta motif lain. Alasan kononnya projek tersebut menghapuskan bangunan warisan di Jalan Sultan kerana projek berkenaan (BACA DI SINI) sebenarnya melindungi kepentingan puak berkenaan.


Melayu yang memperkatakan tentang hak Melayu dan tanah Melayu serta menceritakan semula pengorbanan Melayu, dianggap sebagai RASIS. Melayu sentiasa menyedekahkan perkampungan, tempat tinggal, bahkan kehidupan mereka semata-mata untuk memastikan negara ini terus berkembang maju serta menikmati pembangunan sewajarnya.


Dan bayangkanlah pula, puak-puak yang sentiasa menceritakan tentang hak mereka, tentang mereka tidak diberikan keadilan, tentang kezaliman serta dwi-standard terhadap amalan agama mereka, tiba-tiba pula melebihi orang Melayu yang selama ini telah banyak berkorban dan melepaskan banyak pegangan untuk negara.


Hanya untuk membangunkan MRT yang sudah tentu keuntungan serta kelebihannya mereka yang TERLEBIH BANYAK NIKMATINYA, mereka menentang dengan alasan WARISAN BANGSA.


Maka perlukah para pemimpin Melayu mendesak, menghasut dan menggalakkan orang Melayu agar berperangai serupa... Tidak lagi membenarkan pengambilan tanah untuk pembinaan jalan raya, pembinaan dan kewujudan bandar-bandar baru yang kemudian orang Melayu hilang dari kawasan berkenaan, menuntut AP dan TIDAK MEMBENARKAN KERAJAAN memberi ruang serta peluang kepada BUKAN MELAYU-BUMIPUTERA dan BUKAN ISLAM daripada meniagakan barangan keperluan umat Islam seperti makanan?


Bayangkanlah kalau orang Melayu benar-benar mengamalkan perangai puak-puak dalang DAP ini, maka apa akan jadi dengan negara ini? Dan adakah tempat untuk Tony Pua dan orang sebangsanya berniaga serta kaya raya seperti sekarang?


Published with Blogger-droid v2.0.1
Continue Reading...

GAMBAR FITNAH HUSAM MUSA?

Cakap banyak-banyak nanti kena saman. Tetapi sekeping gambar menceritakan seribu satu cerita walau apa pun alasan yang diberikan. Persepsi yang ditimbulkan daripada sekeping gambar boleh menyebabkan hati orang menggelegak biarpun ADA KEMUNGKINAN ianya benar dan tulen!


Politik dan dunia hiburan, dan sekarang ini, blogging, merupakan bidang yang paling banyak menimbulkan rasa  ingin tahu yang membuak-buak. Jadi apabila sekeping gambar yang memperagakan seorang  lelaki yang kelihatan seperti Husam Musa sedang berjalan bersama seorang wanita China... Sekaligus menepati ciri-ciri yang banyak diceritakan  tentang Husam Musa dan 'isteri kedua dan mudanya'  yang banyak disebarkan selama ini.


Memetik kata-kata seorang Menteri yang juga merupakan Naib Presiden UMNO, orang politik adalah public figure. Kalau tak mahu diketahui, dikorek, dikata, dijaja-jaja cerita, maka jangan jadi orang politik. Pi buat parit dan benamkan kepala dalam tanah!!!


Persepsi atau tidak, gambar 'yang kelihatan seperti Husam Musa', menceritakan segala-galanya!!!!


Published with Blogger-droid v2.0.1
Continue Reading...

KEBEBASAN GAYA UNIVERSITI BANGSAR UTAMA!!!

Merujuk kepada artikel sahabat blogger, DR NOVANDRI, penulis turut terkesima dengan tindakan 'profesional' seorang lelaki bernama Amin Iskandar yang berazam mahu memastikan kebebasan bersuara tidak ddihantui budaya fitnah dengan membuat laporan polis terhadap seorang lagi sahabat blogger, PAPAGOMO.


Secara jujur, penulis sebenarnya turut menyokong tindakan Amin Iskandar yang merupakan tukang pojok di portal Malaysian Insider, sebuah portal yang sangat terkenal dengan budaya 'bercakap jujur, tidak pernah melakukan fitnah, sentiasa tulus dalam laporan mereka dan tidak pernah berhadapan dengan masalah defamation, bahkan ramai pemimpin yang sudah melalak-lalak kerana terharu dengan keikhlasan dan teguran membina portal berkenaan terutama yang membabitkan penyatuan orang Islam dan kesejahteraan agama Islam di negara ini.


Sebagai seorang blogger yang pernah diberi nama oleh seorang Exco Pemuda UMNO di dalam TWITTER sebagai cara atau kaedah untuk menghentikan penulis daripada menulis tentangnya, atau dengan bahasa lain, membuat ugutan secara halus, penulis bersimpati dengan orang yang dinamakan dan diterterakan juga nombor kad pengenalan dalam TWITTER yang berlambak-lambak semalam.


Barangkali itulah  yang dinamakan sebagai MENGHENTIKAN BUDAYA FITNAH dalam blogging iaitu dengan memetik nama serta nombor kad pengenalan sesiapa sahaja yang difikirkan atau diagakkan sebagai orang yang disyaki bagi menimbulkan 'ketakutan'. Dan barangkali juga itulah yang diajarkan oleh Hishamuddin Rais, si sosialis tua yang  tidak ada sebarang kelebihan melainkan sentiasa lari dari medan yang diperjuangkannya semenjak 1974 dalam kumpulan yang dinamakan sebagai Universiti Bangsar Utama.


Penulis tidak mengenali Amin Iskandar, tetapi mengikuti penulisannya dalam Malaysian Insider. Walaupun kebanyakan penulisannya tidak sependapat dengan penulis bahkan dalam banyak-banyak hal, menjengkelkan serta menjijikkan menerusi pemikiran 'grunge politics' yang diperkenalkan dan diperkembangkan oleh Hishamuddin Rais yang penulis kenal benar semenjak dia kali pertama datang ke Bangsar Utama bersama-sama seorang wanita bernama Sabariah yang memperkenalkannya kepada penulis, tidaklah pula penulis ingin menasihatkan sesiapa sahaja yang ditohmahnya untuk membuat laporan polis.


Atas alasan MENGHENTIKAN BUDAYA FITNAH, kaedah yang digunakan oleh Amin Iskandar dan kaum kerabatnya sebenarnya lebih kepada mengugut dan membayangkan manja mua seperti yang  sering dipertontonkan oleh Anwar Ibrahim serta konco-konconya, sama ada secara terang-terangan PKR mahupun yang berselindung di sebalik kad keahlian UMNO.


Kalau setakat nak bermanja-manja, hentikanlah kaedah penulisan seperti yang dibuat sekarang. Mungkin ada baiknya Amin Iskandar bertukar menjadi seorang pondan yang  menulis laman hiburan LGBT sepertimana yang menjadi teras perjuangan Pakatan dan Ambiga. Tak  perlulah bagi alasan MENGHENTIKAN BUDAYA FITNAH kononnya untuk mencipta nama dan mempopularkan diri.


Apa-apa pun, satu perkara yang semakin jelas ditunjukkan ialah, andaian-andaian tentang perkaitan orang-orang berkenaan sama ada dalam kumpulan pemikir UBU mahupun puak-puak berkad keahlian UMNO yang sebenarnya adalah bebudak  Anwar yang akan menyelak setiap borang dan gambar dalam simpanan untuk memberi bantuan dengan senang hati.


Published with Blogger-droid v2.0.1
Continue Reading...

KAMAL SAIDIN YANG MENYAKITKAN HATI PUAK-PUAK PAS!!!

Secara tiba-tiba beberapa nama yang mempunyai keberanian untuk menyanggah PAS dan doktrin-doktrin parti itu dengan ayat-ayat al Quran dan al Hadis, seperti Kamal Saidin muncul. Sekaligus menjadikan nama-nama itu sangat dibenci oleh puak-puak PAS totok yang selama ini hidup dalam khayalan, merekalah MAKHLUK PILIHAN ALLAH TAALA DI BUMI MALAYSIA!!!

Kenyataan yang dikeluarkan oleh Kamal Saidin bahawa Undang-Undang Hudud yang dideraf oleh PAS sebagai menyalahi hukum Allah Taala, benar-benar telah membuatkan darah mereka mendidih. Lantas, Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu mencabar Kamal Saidin untuk berdebat dengan mereka berhubung perkara berkenaan.

Perkara yang dipersoalkan dan mencabar kejantanan Dewan Pemuda PAS Terengganu itu ialah apabila Kamal Saidin menyatakan meliwat isteri dibenarkan dalam undang-undang hudud PAS. Dan DPPNT berasakan kelebihan berada di pihak mereka memandangkan meliwat isteri adalah tertakluk di bawah undang-undang takzir, maka mereka pun berani mendebatkannya.

Yang mereka tidak sedar atau buat-buat tidak nampak ialah, tidak ada sepatah perkataan pun yang menghalakan hukuman meliwat isteri itu kepada hukuman takzir di dalam Undang-Undang Syariah (II) Kelantan 1993 itu. Bahkan ramai di kalangan puak PAS yang tidak menganggap hukuman takzir sebagai hukum Islam, memandangkan takzir tertakluk kepada pemerintah atau kerajaan untuk menentukan bentuk serta kaedah perlaksanaan hukumannya.

Mungkin pendedahan-pendedahan yang dibuat oleh orang seperti Kamal Saidin menyentakkan puak-puak PAS yang selama mereka berasa merekalah yang paling hebat dalam ilmu agama berbanding orang-orang UMNO sedangkan hakikatnya mereka lebih banyak berangan-angan berbanding benar-benar berilmu.
Continue Reading...

VIDEO: BERSYUKURLAH ANDA LAHIR DI MALAYSIA!!!


Dalam Islam, adab yang paling terpuji adalah bersyukur dan redha. Dalam pengajian tasauf, syukur, redha dan tawakkal merupakan antara makam sifat yang perlu ada bagi mereka yang menuju ke destinasi 'Ahli Allah'.

Di sebalik pelbagai caci nista terhadap keadaan di negara ini, di sebalik pelbagai ketidakpuasan hati kerana ia merupakan sifat yang diternak dan disuburkan oleh nafsu serta Iblis, negara ini masih jauh daripada malapetaka besar yang didatangkan oleh Allah Taala dalam bentuk wabak dan kemarau serta banjir besar seperti di beberapa negara yang lain.

Dan video di atas merupakan manifestasi terhadap kesyukuran dan keredhaan yang wajar dipanjatkan oleh rakyat Malaysia terhadap anugerah Allah Taala kepada negara atau jazirah ini!

Hanya mereka yang tidak pernah beriman akan terus mengata dan terus merungut, sepertimana Bani Israel merungut walaupun manna dan salwa diturunkan Allah Taala kepada mereka!!!

Bersyukurlah dan kurangkanlah rungutan!!!
Continue Reading...

FAKTA MENARIK: LELAKI 'BERSENJATA' TERBESAR DAN TERPANJANG!!!!


Lupakan tentang PAPA JAHAT dan kote bengkoknya yang kelihatan dalam video China Doll. Rekod bagi lelaki yang memiliki 'senjata' terpanjang dan terbesar yang didokumenkan oleh Dr. Robert Dickinson untuk abad ke-2o adalah JONAH FALCON.

Jonah Falcon memiliki 'senjata' yang panjangnya 13.5 inci (34 sentimeter) dan ukur lilit 6.25 inci (16 sentimeter).

Keputusan itu adalah rasmi dan telah disahkan oleh rekod dunia untuk 'perkara' yang berkaitan.

Continue Reading...

VIDEO: JANGANLAH HENDAKNYA ADA YANG BERANI SAMPAI KE TAHAP INI!!!


Berani atau bodoh?

Yang sahnya, sesiapa sahaja yang ada penyakit gayat, akan berasa kecut tapak kaki dengan aksi-aksi seberani ini!!!
Continue Reading...

VIDEO: CARA MUDAH DAN MURAH TANAM CERUCUK!!!


Tolong jangan berfikiran kotor ya!!!

Ini cerita dan video tentang orang tanam cerucuk, bukan orang cucuk orang!!!

Video ini tidak ada kena-mengena dengan sebarang cerita toron-menoron yang sangat popular itu, melainkan kesamaannya adalah dalam bentuk metafora semata-mata!!!
Continue Reading...

Monday, December 5, 2011

PAPA JAHAT PROMOTE KEBEBASAN KOTE BENGKOK, ANAK PULA PROMOTE PESTA ARAK!!!

Nampaknya anak perempuan sulung Anwar Ibrahim cuba menyaingi kepopularitian PAPA JAHAT berkote bengkoknya dalam merajai perjuangan kebebasan. PAPA JAHAT berkote bengkoknya menyebelahi perjuangan LGBT bersama-sama Ambiga, bekas Presiden Majlis Peguam yang memperjuangkan penghalalan murtad di kalangan umat Islam. Dan si anak pula memperjuangkan kebebasan pesta arak. Kebetulan pula si emak Nurul Izzah memperjuangkan kebebasan biseksual yang diamalkan oleh suaminya.


Jadi lengkaplah satu pusingan dalam keluarga yang  serba gormal dan menjadi bala tentera DAJAL sebelum kemunculan DAJAL AL-MASIH. Manakala para penyokong mereka yang telah tertutup mata, dihijab hati dan ditulikan telinga, cuba menghalalkan tindakan keluarga gormal itu dengan pelbagai alasan dan nash.


Tahniahlah buat Nurul Izzah kerana menyedari kepentingan masyarakat berbilang kaum di Lembah Pantai yang kebanyakannya terdiri daripada golongan yang mahukan LGBT sebagai sebahagian masyarakat Malaysia, serta golongan yang menganggap murtad adalah perkara hak asasi.


Walaupun Nurul Izzah mungkin sekadar meraikan kaum bukan Islam - kalau itulah alasannya - tetapi ia sudah pun menunjukkan keberkesanan perjuangan pluralisme yang diperjuangkan oleh PAPA JAHAT berkote bengkok.


Untuk kaum Pakatan Rakyat, andalah  yang telah merealisasikan impian ini sekalipun anda cuba memunafikkan diri dengan cerita kononnya UMNO menghalalkan arak!!!!


Published with Blogger-droid v2.0.1
Continue Reading...

BUNG MOKHTAR DAH JAWAB SERANGAN TERHADAPNYA!!!

Kata Bung  Mokhtar,  apa yang dilakukannya dan gesaan yang dibuatnya agar Sharizat Jalil melepaskan jawatan kerana NFC, adalah kerana tidak mahu melihat UMNO berpecah-belah serta menanggung liabiliti. Sekaligus memperlihatkan hati nurani Bung Mokhtar yang terlebih memandang ke hadapan dan mendahului semua orang.


Katanya lagi, dia tahu, tindakannya itu menjadikan dia tidak popular dan akan menimbulkan kemarahan serta tentangan dari kalangan orang UMNO sendiri. Sekali lagi Bung Mokhtar kedengaran seperti seorang pemimpin yang sangat prihatin dengan parti yang disertainya.


Cuma yang sangat aneh ialah, Bung Mokhtar adalah Ahli Majlis Tertinggi. Sama seperti Sharizat Jalil sendiri. Bagaimana sewaktu Bung Mokhtar dahulu disuruh melepaskan jawatan kerana bersikap bohong dalam status perkahwinan bersama-sama isteri mudanya yang sekarang telah pun bertukar status menjadi 'isteri tua' setelah Bung Mokhtar menceraikan isteri pertamanya? Bukankah pada waktu itu, jawapan yang Bung Mokhtar berikan, membela dirinya sendiri dan dia tidak pula melepaskan jawatan sehinggalah sekarang?


Apa yang tidak popularnya dengan  tindakan Bung Mokhtar? Bukankah populariti yang dicari-carinya sehingga menyebabkan dia memilih untuk menyuarakan 'cadangannya' itu kepada awam dan bukannya di kalangan AMT secara musyawarah? Bukankah sekarang, cadangannya itu telah menjadikan namanya muncul dan disebut-sebut?


Barangkali Bung  Mokhtar sudah meletakkan dirinya setaraf dengan blogger atau penggiat media yang lain, bukannya sebagai pemimpin parti dan AMT lagi. Apa perlu  dia merampas kedudukan dan peranan blogger - tak kiralah sama ada blogger tersebut pro-UMNO atau pro-Pakatan - sedangkan dia mempunyai masa, akses, serta mampu bersuara secara berhadap muka dengan Sharizat bersama-sama AMT yang lain tanpa keluar dari lingkaran kepimpinan?


Jadi, kesimpulan mudah, biarpun penjelasan yang diberikan oleh Bung Mokhtar kelihatan menarik, ianya tetap tidak lebih daripada perkara yang menimbulkan persoalan besar tentang 'gelombang  baru' selepas tawaran 16 September Anwar Ibrahim. Mungkinkah ini salah satu daripada ancaman dan ugutan kepada Najib Abdul Razak agar 'pandang-pandang'  sama kedudukannya di Sabah dan Malaysia.


Untuk apa agaknya kalau orang dalam rumah, bercerita dengan orang luar dan mahu orang ramai tahu apa masalah di dalam rumahnya sendiri kalau bukan kerana sesuatu motif? Untuk apa seorang lelaki menceritakan tentang kebaikan dirinya, keadilannya, keprihatinan dan kepekaannya terhadap kebajikan seorang wanita atau ibu tunggal di hadapan seorang janda muda yang sangat jelita, kalau bukan untuk memastikan ceritanya dibeli oleh janda muda jelita itu agar akhirnya berada di bawah perutnya!!!


Published with Blogger-droid v2.0.1
Continue Reading...

BUSUK PERUT FUZIAH SALLEH DAN PAKATAN TERHADAP RAKYAT MARHEIN TERBONGKAR!!!

Isu Lynas masih lagi menjadi buah dan hujah buat kaum Pakatan terutama sekali Fuziah Salleh dan Pakatan secara keseluruhannya.

Sememangnya sudah terbukti, Lynas tidak seburuk yang cuba digambarkan oleh Pakatan. Bahkan segala hujah Pakatan berhubung bahaya yang akan timbul akibat kilang Lynas telah dibuktikan bahawa ianya satu pembohongan semata-mata.

Menteri Besar Pahang, ketika membuat pembentangan bajet Pahang 2012 menimbulkan satu tanda tanya tentang keprihatinan kaum Pakatan terhadap Lynas dan projek-projek yang disauk oleh penyumbang dana mereka dari Lynas sendiri.

Walaupun beberapa nama disebut terutama sekali Tan Sri Pheng yang mendapat hak supply steel kepada Lynasn tetapi orang ini jugalah yang membiayai kumpulan anti-Lynas, kaum Pakatan terutama sekali Fuziah Salleh tidak akan memperkatakannya.

Dan yang paling menarik ialah berhubung 1400 orang kakitangan Lynas yang akan hilang kerja setelah diusahakan bersungguh-sungguh oleh Fuziah Salleh dan Pakatan Rakyat.

Apa sebenarnya yang dimahukan oleh Pakatan? Kehidupan rakyat tanpa kerja seperti yang dikatakan oleh ADUN Triang yang katanya ketika mencelah pembentangan bajet, bahawa rakyat cukup berpuas hati kalau dapat makan minum dan hidup dengan selamat, terpamer dalam usaha bersungguh-sungguh mereka untuk menjadikan rakyat terutama sekali di Gebeng menganggur.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Continue Reading...

KERANA WANITA, TEMBELANG PECAH BERDERAI!!!

Hari ini, ada dua isu penting yang dimainkan oleh sahabat-sahabat blogger yang lain. Isu pertama membabitkan pendedahan gambar-gambar isteri Bung Mokhtar, Ahli Parlimen Kinabatangan mencium tangan Anwar Ibrahim dengan penuh sembah takzim dalam satu majlis, selain perkaitan antara desakan Bung Mokhtar agar Sharizat Jalil meletak jawatan kerana isu NFC.


Isu kedua pula adalah tentang Rozali Ismail, Pengerusi SYABAS yang dikatakan mempunyai kaitan dengan jawatan Menteri Besar Selangor, selain pemilikan sebuah tabloid yang permitnya diketahui milik seorang blogger pro-Pakatan.


Menariknya dalam kedua-dua isu ini, membabitkan wanita dan disebabkan wanita kecuali Anwar Ibrahim.


Mengapa agaknya isu-isu ini menjadi perhatian oleh sahabat-sahabat blogger?


Sudah tentulah kerana ianya membabitkan kepentingan rakyat teramai serta kerana ia mempunyai helah politik yang hebat.


Mengapa Rozali Ismail dan mengapa Bung Mokhtar?


Nanti kemudian, ceritanya akan dikeluarkan!!!!


Published with Blogger-droid v2.0.1
Continue Reading...

BUKTI KIT SIANG DAN DAP TAK CHAUVINIST IALAH, MELAYU TAK BOLEH JADI SETIAUSAHA AGUNG DAP!!!!

Nak bela Melayu konon!

Nak mempertahankan Melayu dan Bumiputera, konon!!!

DAP tidak akan menghapuskan peruntukan Bumiputera dalam Perlembagaan Negara!!!

Itu janji Kit Siang ler untuk menunjukkan dia dan DAP tak chauvinist kononnya!!!

Apa bukti Kit Siang dan DAP tak chauvinist? Ada pernah DAP membuktikan parti tersebut tidak mengamalkan chauvinisme dan chinese fanatisme yang sangat extreme? Apa yang hebat sangat seorang Cina bernama Lim Guan Eng, Chong Eng, Kerk Kim Hock, Lim Kit Siang, Fan Yew Teng dan Goh Hock Guan sebagai Setiausaha Agung DAP?

Satu-satunya Setiausaha Agung DAP yang bukan Cina hanyalah C.V Devan Nair. Itu pun kerana C.V Devan Nair adalah pengasas DAP.

Walaupun DAP kononnya parti terbuka kepada pelbagai kaum, chauvinism Lim Kit Siang memastikan penguasaan jawatan Setiausaha Agung hanya milik golongan bermata sepet sepertinya.

Kalau parti yang kononnya terbuka untuk semua kaum pun, gagal diaplikasikan oleh Kit Siang untuk mempraktikkan amalan yang kononnya mempertahankan hak, bagaimana pula sekiranya jawatan yang paling penting dalam DAP itu, tidak pernah dapat dipegang oleh pihak lain?

Lainlah UMNO, MCA dan MIC yang memang 'rasis' dan hanya untuk kaum tertentu... DAP yang tak rasis pun dan tak chauvinist pun, hanya mengkhususkan jawatan Setiausaha Agung untuk Cina macam Lim Kit Siang dan anak lelakinya, Lim Guan Eng?

Cakap serupa bikinlah, Kit Siang!!!!
Continue Reading...

DENGAN HANYA BERSELUAR DALAM, AHLI PKR TERJUN BANGUNAN!!!

Dengan hanya berseluar dalam, seorang ahli PKR ditemui selepas terjatuh dari tingkat pertama unit perumahan di Kompleks Perumahan SUK, Seksyen 7, Shah Alam, subuh semalam. Yahya Talib, 49, dari Kampung Nelayan Teluk Gong, Kelang ditemui di balkoni tingkat bawah bangunan tiga tingkat itu oleh kawan sebiliknya. (RUJUK DI SINI)

Yahya Talib yang aktif sebagai ahli PKR semenjak tiga tahun dahulu, sedang menghadiri program selama dua hari di kompleks berkenaan bersama-sama 70 orang anggota PKR yang lain.

Muslihat apa gamaknya, ahli PKR itu jatuh bangunan dengan hanya berseluar dalam pada waktu subuh? Adakah dia 'sleep walking' sehingga dia mengalami kemalangan berkenaan? Atau adakah dia sebenarnya telah dianiayai oleh mana-mana pihak?

Kes ini sedang disiasat oleh pihak polis!
Continue Reading...

Sunday, December 4, 2011

BERANI BETUL MUKHRIZ TEMPELAK PEMBANGKANG? DAPAT TONIK SIAPA PULA?

Sedap betul Mukhriz membahasakan Pakatan sebagai 'kemere' dalam usaha meningkatkan taraf hidup rakyat dan ketandusan idea membantu rakyat. 'Kemere' dalam loghat Kedah bermaksud 'cikai'. Takkanlah Mukhriz tak nampak apa yang telah dilakukan oleh Pakatan sepanjang mereka mentadbir negeri-negeri di Malaysia nih?


Bukankah Selangor lebih maju dan prasarana di Selangor setaraf dengan negara kelas satu? Bukankah Pulau Pinang sangat hebat dengan segala macam inisiatif oleh kerajaan DAP? Mana ada orang merempat di Pulau Pinang semenjak DAP jadi kerajaan negeri. Mana ada orang miskin di Selangor semenjak PKR jadi Menteri Besar dan DAP jadi tukang penasihat.


Tengok Kedah dan Kelantan. Rakyat kedua-dua negeri itu hidup sejahtera, senang lenang dan serba selesa macam hidup dalam syurga. Tak perlu kerja, tak perlu takut apa-apa. Semuanya terjamin.


Jadi, Mukhriz tentu telah membuat fitnah dengan menyalahkan kerajaan Pakatan Rakyat sebagai kerajaan cikai yang tidak tahu apa-apa untuk menaikkan taraf kehidupan rakyat di negeri-negeri yang mereka tawan.


Siapalah agaknya yang  memberikan Mukhriz tonik kuat untuk mengeluarkan  kenyataan macam tu?


Published with Blogger-droid v2.0.1
Continue Reading...

TONY PUA PATUT SURUH KRONI DAP PULANGKAN BALIK DUIT BUAT PARKING KANCIL NIH!!!

Setiausaha Publisiti DAP Kebangsaan, Tony Pua begitu seronok apabila pukatnya mengena apabila KR1M mengarahkan supplier barangannya untuk menjalankan ujikaji. Jadi, Tony Pua telah mendesak kerajaan agar memberitahu orang ramai agar memulangkan barangan yang telah mereka beli dari KR1M untuk mendapat semula pulangan 100% duit mereka.


Itu cerita tentang KR1M la...


Bagaimana pula dengan  bangunan  parkir yang digelar Parking Kancil di Bukit Bendera yang MEMANG SENGAJA dibuat sebegitu rupa untuk dibagi duit kepada kroni DAP sebanyak RM5 juta? Tidakkah Guan Eng dan DAP menempelak UMNO dan rasuah dengan mengisbatnya sebagai burung unta sembunyi kepala dalam tanah? Bagaimana dengan bangunan parking  bertingkat yang bukan sahaja tidak boleh digunakan, bahkan, diarahkan roboh yang sudah tentu untuk pembinaan semula.


Takkan DAP terutama sekali Tony Pua dan Guan Eng cuba untuk melupakan tentang bangunan parking bertingkat tersebut dan cuba menimbulkan  serta mensensasikan cerita KR1M sedangkan isu parking bertingkat itu perlu dirobohkan dan RM5 juta yang dibayar oleh Guan Eng kepada kroni DAP, hangus begitu  sahaja, terlebih dahulu berlaku berbanding  isu KR1M.


Mari kita tengok, adakah Tony Pua akan  buat sidang media dan perkenalkan kontraktor serta orang yang menganugerahkan pembinaan parking tak senonoh itu di khalayak ramai sepertimana Tony Pua dan Nurul Izzah memperagakan sabun mandi dan susu sejat KR1M. Mari kita tengok, adakah Tony Pua akan mengeluarkan cadangan serta mendesak Guan Eng agar meminta kontraktor terbabit mengembalikan semula RM5 juta seratus peratus kepada kerajaan negeri Pulau Pinang kerana bangunan parking bertingkat itu tidak boleh digunakan.


Published with Blogger-droid v2.0.1
Continue Reading...

SUMPAH BAIAH UMNO SAMA KE DENGAN SUMPAH BAIAH PAS?

Apabila seorang perwakilan UMNO dari Terengganu mencadangkan agar orang UMNO bersumpah baiah untuk mengelakkan pengkhianatan, sekaligus menggunakan  pendekatan yang dipersetujui oleh PAS iaitu keluar dari  PAS tertalaklah isteri masing-masing, maka ia sebenarnya sudah menggambarkan keanehan yang menyelubungi  UMNO dalam usaha untuk menang besar pada PRU akan datang. UMNO sudah semakin kemaruk untuk menang dengan apa cara sekalipun, sama seperti PAS yang akan sanggup mencagarkan apa-apa pun, termasuklah ibu bapa dan anak isteri asalkan parti itu menang ke Putrajaya.


Maka berkokoklah sekalian pemimpin  PAS yang beranggapan sumpah baiah mereka telah diterima oleh UMNO dan diakui benar.


Bagi golongan yang gemar bersumpah dan tidak percaya dengan diri sendiri, maka bersumpah baiah merupakan amalan 'wajib' yang perlu dipatuhi. Kalau orang lain sama seperti kita, maka, semua yang dbuat itu mengarut, macam  pendapat para pemimpin PAS terhadap UMNO.


Kalimah thoiyibbah adalah 'sumpah baiah' yang  wajib dipatuhi dan diimani oleh setiap yang mengaku muslim tapi ramai juga yang menafikannya sehinggakan ada tok guru yang berani mengatakan Muhammad s.a.w itu hanyalah manusia biasa, mat-mat kampung biasa kalau bukan kerana wahyu yang diterimanya. Kalau tidak, takkanlah ada yang mengingkari hablumminannas dan beranggapan cukup dengan hanya hablumminallah seperti yang dimani oleh sebahagian besar pengikut totok PAS yang mengaji mereka setakat dengar ceramah dan  cakap-cakap Harakah Daily.


PAS gelak ke UMNO sebab nak buat sumpah baiah... Samalah seperti si Yahudi gelakkan si Nasrani sebab terjun masuk lubang neraka, sedangkan kedua-duanya adalah penduduk neraka!!!


Published with Blogger-droid v2.0.1
Continue Reading...

MAHFUZ OMAR KATA, BAGI UMNO RM250 JUTA KECIK SANGAT!!!

Yoyo oooh saja si Mahfuz menghentam UMNO dengan isu RM250 juta. Katanya, isu RM250 juta bagi UMNO sangat kecik tetapi isu itu sedang mengancam UMNO kerana kata Mahfuz Omar, akar umbi UMNO marah sangat dengan isu itu. Mahfuz Omar mungkin dah dapat laduni yang  akar umbi UMNO langsung tidak faham tentang  permasalahan NFC.


Sedap betul Mahfuz Omar memperingatkan rakyat Malaysia tentang kebobrokan UMNO. Mahfuz Omar selaku pemimpin PAS yang sangat prihatin dengan nasib orang UMNO, memperingatkan tentang orang UMNO macam mana pemimpin tertinggi UMNO dapat banyak 'isi' sedangkan ahli-ahli UMNO pula sekadar makan tulang.


Lawak juga Mahfuz Omar ini yer?


Sebenarnya kalau nak diikut-ikutkan, bagus jugalah orang UMNO. Daripada nganga kosong dan terpaksa serahkan anak bini, duit ringgit dan harta benda kepada para pemimpin macam yang PAS duk buat, sekurang-kurangnya dapat jugalah makan tulang.


Cuba tengok  dalam kes TABUNG MEMALI. Siapa yang dapat makan isi, dan siapa yang dapat makan tulang... Siapa pula yang hanya dengar  cerita walaupun mereka yang dijadikan modal kumpul duit derma, sedekah dan pemberian?


Cuba tengok pula dalam kes LADANG RAKYAT. Siapa yang dapat makan isi, dan siapa pula yang hanya makan tulang? Kenapa langsung  takdak kedengaran  langsung cerita tentang  LADANG RAKYAT dan RM200 yang hanya dibagi kepada golongan kroni yang sebenarnya tidak  berkelayakan pun.


Cuba pula tengok  dalam kes KOHILAL. Apasal tak mahu cerita bagaimana duit tu dikebas dan sampai sekarang, tetap juga tak dapat dijawab. Dan ianya bukan berpuluh-puluh ringgit, tetapi beratus juta ringgit. Belum lagi jadi kerajaan.... Kalau dah jadi kerajaan, setakat RM250 juta tu dianggap sebagai sedekah afdal saja.


Jadi Mr Bean Puzzz... Sebelum nak ngutuk orang lain, cuba tengok perangai hodoh dalam PAS sendiri. Kalau bab kecil-kecil macam kutipan jihad tabung AMAL selepas ceramah pun tak pernah kena audit dan diterangkan ke mana perginya duit itu dibelanjakan, tak payahlah cerita tentang RM250 juta fidlot sebab Mahfuz tak pernah faham apa bezanya soft-loan dan apa bezanya geran  kerajaan!!!


Kesian Bean Puzzz.... Kesian... Kesian... Buat malu kaum kerabat kat Pokok Sena sajalah!!!


Published with Blogger-droid v2.0.1
Continue Reading...

ADUN DAP HALAU IBU TUNGGAL MELAYU DARI RUMAH!!!

ADUN DAP Sungai Pinang, Koid Teng Guan telah menghalau satu keluarga Melayu yang  tinggal di rumah pangsa Jalan Sungai tanpa peri kemanusiaan dan bersifat selaku seorang wakil rakyat yang sepatutnya lebih prihatin kepada permasalahan rakyat.


Alasan yang sangat kuat untuk menyebabkan keluarga Melayu yang diketuai oleh seorang ibu tunggal itu dihalau ialah kerana mereka tidak mampu membayar sewa rumah pangsa yang dimiliki oleh kerajaan negeri. (BLOG ANAK SEBERANG)


Jadahnya ADUN ini ialah, dia mewarisi sifat-sifat syaitan dan komunis yang dikembangbiak dalam DAP. Hanya dengan beralasankan pembayaran tidak dibuat untuk sewaan rumah yang diduduki, maka dia cuba menghalalkan perbuatan mengusir satu keluarga Melayu yang tidak berkemampuan.   Tetapi yang menariknya, para pemimpin Pakatan tentu sekali tidak akan mengakui perkara ini.


Dan seperti yang dijangka, kalau diajukan kepadanya, Guan Eng akan kelam-kabut menepis sambil memberitahu, ini semua adalah kejahatan konspirasi dan FITNAH UMNO semata-mata!


Published with Blogger-droid v2.0.1
Continue Reading...

Saturday, December 3, 2011

BELASAH PAS... BEST SANGAT KE UMNO?

Selesailah sudah Perhimpunan Agung UMNO dengan pelbagai reaksi biasa yang terpapar pada perwakilan yang tengah bersemangat. Dan macam biasalah, orang tengah bersemangat kalau bagi bara api tujuh lapan genggam pun, bukan setakat bara api itu yang akan ditelan tapi silap-silap dengan tangan yang duk genggam itu pun boleh kena telan.

Banyak sangat amanat yang semua pakat hangguk-hangguk dan teriak-teriak. Tapi yang orang duk perhatikan sejauh manakah yang terhangguk-hangguk dan terjerit-jerit itu semua akan kekal dengan semangat PAU mereka.

Namun yang paling menarik dan tidak pernah berubah ialah para perwakilan UMNO belasah PAS. Macamlah PAS itu musuh utama mereka yang langsung tidak boleh dibiarkan untuk bernafas.

Takat usik-usik dek bebudak blogger, itu perkara biasalah. Tapi bila tahap pemimpin pi balun PAS di pentas PAU, memanglah pemimpin-pemimpin UMNO tahap gerhana otak.

Musuh utama, DAP tak berani pulak mangkuk-mangkuk UMNO tu belasah!!!

Takat berani lawan PAS, berhentilah cita-cita nak menang PRU13!!!!

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Continue Reading...

BERUK MONKEY MANA YANG OFFER KAU NI, BOB? TAK HABIS-HABIS MEMBOHONG LAGI?!!

Al-ustaz Bob Al-Lokman yang baru tahu Islam itu PAS, PAS itu Islam dan amalan bertaqarrub itu adalah berucap di pentas-pentas ceramah politik, cuba bikin gempar kononnya ada menteri dan orang besar UMNO yang dah offer dia duit untuk dia berhenti dari berperangai macam sekarang.


Alahai, Bob oiii... Ayat-ayat gampang  macam tu, tak payahlah nak tempek untuk naikkan harga diri... Si arwah Bunyamin Yaakob dulu pun cakap macam tu juga, sampai dia cakap Dr. Mahathir tonton filem lucah dengan cucunya.  Tak sampai 40 hari, matilah si Bunyamin Yaakob yang digelarkan ayam sabung berkokok tahi akibat penyakit fizikal.


Kononnya bernilai sangatlah si Bob Lokman ni sampai ada Menteri dan orang besar UMNO offer duit ringgit dan kedudukan kepadanya. Bodohnya si bahlol tu... Daripada offer dia yang baru sangat kenal Islam, baru jer kenal Alif Ba Ta, baru jer kenal janggut dan tongkat, bukankah lebih baik pemimpin UMNO offer pemimpin PAS yang memang ada masalah besar untuk pertahankan kedudukan dan kehadiran mereka kerana pelbagai masalah.


Untuk bahlol macam Bob Lokman, yang perlu diofferkan kepada dia, sebenarnya bukan duit ringgit... Offer sajalah mikrofon dan pentas, maka akan gilalah si Bob Lokman berucap berhari-hari dan bermalam-malam.....


Offer duit kat dia konon.... Cehhhhhhhh.... Setakat jadi cicit Tok Kenali belum tentu, perangai al-Lahab tu mampu dibersihkan.... Duit royalti lirik lagu Isabella tu dah dibagi kepada yang LEBIH BERHAK?


Published with Blogger-droid v2.0.1
Continue Reading...

KHALID IBRAHIM MULA KUMPUL DANA

Memang benar, Khalid Ibrahim  gagap. Tetapi segagap-gagap dia, tidaklah dia sebodoh yang disangkakan.  Dia bukan bodoh dan Khalid Gagap bukan orang bangang.  Khalid Gagap  tahu  macam mana nak buat duit, walaupun duit itu bukan untuk negeri Selangor, sepertimana yang dilakukannya ketika dia dalam PNB dan Sime Darby dulu.


Apabila UMNO menzahirkan kesungguhan untuk menawan semula Selangor, ingat Khalid Ibrahim akan duduk diam dan berkeluh kesah atau menangis berpangku lutut?  Ingat Khalid Ibrahim akan biarkan begitu sahaja, pot emas jatuh ke tangan UMNO?


Bagaimana pula dengan kaum kerabatnya yang lain? Bagaimana dengan taukeh-taukeh besar yang mengeluarkan arahan menerusi pemimpin DAP dan pemimpin-pemimpin itu yang akan membuat tekanan ke atas Khalid?


Sudah tentulah, Khalid Ibrahim akan all-out. Khalid akan gunakan semua sumber untuk mendapatkan sokongan dan dana. Khalid Ibrahim akan gunakan kedudukannya selaku Menteri Besar Selangor untuk memastikan kalaupun Selangor tidak dapat dipertahankan pada PRU13, setidak-tidaknya kaum kroni Khalid dan keluarganya sudah boleh VIR HALLEELUJAH ke Haifa, Israel untuk kaum Bahai.


Dalam tempoh yang sangat singkat, kita akan melihat bagaimana Khalid Ibahim sedang membahagi-bahagikan Selangor kepada kaum kerabat dan kroninya seperti Mr.Mok dari Muhibah dalam usaha mengumpul dana Pakatan Rakyat bagi menghadapi PRU13. Sudah ada cerita menarik tentang Khalid Ibrahim dengan bantuan Teresa Kok dan para pencuri serta perompak di Selangor sedang melakukan penjarahan secara besar-besaran sebelum dihalau keluar dari SUK.


Dan kalaupun Selangor berjaya dirampas oleh UMNO, Selangor akan ditinggalkan sebagai negeri muflis dengan prasarana semakin teruk seperti jalan  raya dan bekalan air bersih. Itu yang sedang menanti dalam tempoh dua tahun dari sekarang, sama ada Pakatan dapat pertahankan Selangor atau dirampas oleh UMNO. Yang soheh, akaun Selangor semakin kering kontang. Berdasarkan laporan Ketua Audit Negara, terdapat gambaran yang menunjukkan pentadbiran Khalid kelihatan kelam-kabut untuk 'cover' banyak kesulitan simpan kira dan audit mereka.


Published with Blogger-droid v2.0.1
Continue Reading...

MUSA HASAN NAFI DIA LELAKI YANG SANGGUP BAYAR RM15 JUTA UNTUK 'SETOMPOK DAGING BERBULU'.

Jahat sungguhla bebudak Pakatan ni. Mentang-mentanglah pengantin  lelaki RM15 juta sekali imbas macam Musa Hassan, bekas IGP, tegak-tegak saja diorang tuduh, Musa Hassan adalah lelaki bongok yang sanggup menghabiskan duit ringgit semata-mata untuk daging yang belum lagi berkedut.


Musa Hassan telah membuat penafian. Gambar-gambar tentang perkahwinan dan persandingan yang disifatkan Wedding Of The Year - jauh mengatasi rekod perkahwinan Siti Nurhaliza dan Dato' Khalid Mohd Jewa dan Memey bersama Norman Hakim  - memaparkan gambaran seorang lelaki yang iras-iras Musa Hassan bersama penyanyi atau pelakon (?) 'suam-suam kuku' dalam upacara memotong kek ala-ala perkahwinan orang puteh!


Seperti yang dinyatakan sebelum ini, harga mas kahwin adalah terpulang kepada perempuan (bukan pihak perempuan). Berapa pun harga yang diletakkan,  seandainya si lelaki benar-benar mahukan wanita terbabit, dia akan sanggup mengeluarkan maharnya. Namun sesuatu yang  terbalik di Malaysia ialah, berapa pun hantaran yang dikenakan, maka si lelaki yang mahukan daging  berbulu sejemput akan sanggup membayarnya. Mas kahwin atau maharnya, tersangat murah, semurah wanita-wanita itu sendiri berbanding hantaran yang digunakan untuk menyenangkan hati kaum keluarga dan sanak saudara, padahal mas kahwin itulah hak si isteri, sedangkan hantaran pula adalah bidaah yang menyenangkan orang lain!!!


Kalau Musa Hassan sudah  membuat penafian, bermakna, puak-puak yang sudah beberapa minggu ini tetap menegaskan bahawa pengantin lelaki itu adalah Musa Hassan telah melakukan FITNAH? Bukankah bebudak Pakatan tak pernah melakukan fitnah dan semua maklumat mereka semuanya tepat-tepat belaka?


Menurut kata kawan-kawan mereka yang datang bertandang ke sinilah.....


Published with Blogger-droid v2.0.1
Continue Reading...

BUAYA SAKA KHALID IBRAHIM CARI MANGSA DI KAJANG!!!

Belum pernah dalam sejarah Kajang, banjir menenggelamkan lebih 200 biji kereta di pekan tersebut, sama ada semasa pekan itu masih dikelilingi kebun getah, dusun rambutan mahupun batang lemang, mahupun selepas Abu Hasan Omar dan Khir Toyo membangunkan pekan Kajang jadi bandar Kajang dengan UKM bukan lagi sebagai tempat tumpuan.


Tetapi apabila Khalid Ibrahim dan Pakatan menguasai Selangor, hebat sangatlah banjir, sehinggakan Kajang yang tidak pernah banjir seteruk itu pun, boleh ditenggelami banjir... Tak kisahlah sama ada banjir kilat atau 'BANJIR METALIK' versi DAP. Yang penting, memang hebat sangatlah Kajang kerana sudah dilanda banjir sehinggakan pusat bandar Kajang pun, bukan setakat air yang naik, BUAYA PUN NAIK SEKALI.


Alasan yang diberikan, tebing sungai pecah.


Anda percaya dengan alasan itu dari kepala dan penyangak-penyangak pasir di Selangor?


Khalid Ibrahim boleh memberikan satu juta alasan dan menyalahkan UMNO dan Barisan Nasional kerana hujan lebat dan banjir hebat melanda Kajang. Yang sohehnya, kisah pencurian pasir, penebukan tembok sungai, dan serba satu macam kecanduan jenayah di Kajang sepanjang Pakatan menajdi pentadbir negeri, selain kerenah AHLI-AHLI MAJLIS PERBANDARAN KAJANG yang dikuasai oleh gangster dan kepala taikor menjadi faktor banjir kilat yang memerlukan Khalid Ibrahim memberikan jawapan paling mantap selain daripada menyalahkan UMNO dan Barisan Nasional!!!


Published with Blogger-droid v2.0.1
Continue Reading...

Friday, December 2, 2011

Tanya sama Namawee...

Nasi Lemak 2.0 adalah bayangan Berseh 2.0. Kenapa 2.0 tak 20 sen, Tanya sama Namawee…

Tanya sama Namawee, nasi lemak 2.0 atau nasi lemak 20 sen?
Tanya sama Namawee, tak buat ke video kat U-tube pasal pempin DAP ngutuk warna kulit MB Perak? Kutuk ler Pempin DAP tersebut atas dasar menentang semua jenis bentuk diskriminasi keatas warna kulit, bangsa, dan agama, serta sex!! Takkan berani buat video U-tube hanya pada pengetua Melayu je?? Takkan Namawee pun amalkan diskriminasi gak?????????? Nasi Lemak 20 sen tul ler!!

Tanya sama Namawee nasi lemak 20 sen tak nak buat video ngutuk KM Pulau Pinang pasal kisah anaknya? Takut ke?

Tanya sama Namawee nasi lemak 20 sen, apa dapat kalau ngutuk pempin2 DAP? Kalau ngutuk pempin2 UMNO, leh dapat sponsorship dan dapat pujian PM!!!


takkan bila nak ngutuk DAP, terus tiada ilham??

Tanya sama Namawee nasi lemak 20 sen, ada ke “HARIMAU MALAYA” leh jadi isu sebagai rasis sampai kena tukau HARIMAU MUDA!! Takkan HARIMAU BENGAL bermakna rasis gak!!! Apakah nama Semenanjung Tanah Melayu adalah rasis, bagaimana benua India, benua Cina???

Kena tanya sama Namawee nasi lemak 20 sen kerana kebijaksanaannya telah diiktiraf oleh pempin2 tertinggi kerajaan. Perbuatan kerana menghina negara ni, bahsa Kebangsaan negara ni, bendera negara ni, agama rasmi negara ni..tak pa, maapkanlah kerana anak muda yg tak puas hati!!! Maklum ler nasi lemak 20 sen, karya terhebat dari kebijaksanaan yg diiktiraf pempin Negara.

Selain dari Namawee nasi lemak, jika menghina adalah salah disisi undang2.

Bahasa Melayu ke atau Bahasa Malaysia...meh ramai2 tanya sama Namawee nasi Lemak 20 sen..tentu dia ada jawabannya!


Tanya sama Namawee nasi lemak 20 sen...lu sokong sapa ma? BN atau DAP?

-Nasi Lemak 20 sen, aa
Continue Reading...

Perjuangan Melayu...

Perjuangan Melayu

Perjuangan Melayu ialah perjuangan atas agamanya, bangsanya dan negaranya. Perjuangan ni bukanlah perjuangan UMNO semata2 tetapi ianya adalah perjuangan org2 Melayu sejak berzaman.
UMNO hanyalah satu organisasi yg kumpulkan dan sistematikkan perjuangan melalui platform politik sptmana yg dikehendakki oleh undang2.

Perjuangan melayu adalah perjuangan setiap bangsa Melayu di Tanah Melayu mendaulatkan agamanya yakni Islam, memelihara dan mempertahankan bangsanya yakni bahasa, adab budaya yg tak bercanggah ngan agamanya, dan tanah air ibu pertiwinya. Inilah perjuangan Melayu, ianya adalah warisan dari empayar2 Melayu dahulu kala dari kerajaan Langkasuka, empayar Melaka sehingga hari ni. Mempertahankan kedaulatan agama, bangsa dan negaranya.

Soal PERJUANGAN MELAYU atau PERJUANGAN ISLAM sepatutnya tidak menjadi isu, kerana ISLAM adalah teras perjuangan Melayu dan diletakkan atas segala perjuangan. Soal ni timbul bila ada yg berkata ada Melayu yg Islam dan ada Melayu yg bukan Islam. Ni adalah benar!! Tetapi bila kita kata bangsa Melayu ianya bermakna umumnya bangsa Melayu, dan umumnya bangsa Melayu adalah beragama Islam.
Bangsa Melayu adalah tonggak kedudukan Islam di Semenanjung Tanah Melayu gitu juga di Sabah dan Sarawak. Hancurnya bangsa Melayu maka hancurlah Islam!!

Walaupun hampir 400 tahun dijajah oleh Portugis, Belanda, British, Jepun, dan Parti Komunis, Islam tidak luntur walaupun masa tu tiada PAS, tiada UMNO, tiada PERKASA. Islam terus dipelihara dan dipupuk makmur. Sapa yg perjuangkan dan mempertahankan Islam diTanah Melayu masa tu…..BANGSA MELAYU!!!!

Jika tiada PERJUANGAN MELAYU selama ni, sudah pasti agama rasmi Tanah Melayu sekarang ini ialah KRISTIAN spt mana berlaku di Filipina. Filipina satu masa dulu adalah Negara Islam yg diperintah oleh Sultan beragama Islam. Sama saja kesungguhan dan usaha mengkristiankan penduduk Filipina dan di Tanah Melayu sewaktu penjajahan.
PERJUANGAN MELAYU lah yg terus pertahankan Islam sehingga kita hari ni masih lagi beragama Islam. Semoga Allah swt limpahkan kurniaanNya kepada mereka yg telah berjuang!!!

Perjuangan Melayu sejak dulu dan kini..tidak pernah mendiskriminasi sesapa, malah Melayu terkenal ngan sifat berlapang dada mereka!! Sifat ni adalah kerana nilai2 yg dipupuk oleh Islam yg menjadi asas PERJUANGAN MELAYU.

Kata2 PERJUANGAN ISLAM adalah lebih universal dan tidak mendiskriminasi, tu adalah benar pada kata2 kita, pada fahaman kita..tapi pada agama lain, mereka tidak berpendapat sedemikian. Gitu juga perkataan PERJUANGAN MELAYU, walaupun tidak diskriminasikan sesapa..tapi pada bangsa lain, tidak sedemikian. Kita yg berjuang, kita tahu semada kita diskriminasi atau tidak..bukan berjuang atas apa org kata lebih2 lagi pihak musuh. Spt pihak polis, mereka perjuangkan keadilan dan keamanan tapi penjenayah berpendapat polis ni menindas mereka dan menyekat kebebasan mereka. Kalau polis asyik nak jaga hati penjenayah, masaklah org2 awam!!

Usah terkesan ngan kata2 politik yg sengaja menimbulkan kekeliruan dan pecah belah keatas keutuhan bangsa Melayu..PERJUANGAN ISLAM yg dilaung2kan tu pun, tiada apa yg diperjuangkan. Jika benar sila buktikan apa yg dah mereka perjuangkan utk munafaat Islam dan ummatnya? Pada hal mereka ni pula berteduh, cari makan, bina kekayaan dibelakang mereka2 yg perjuangkan “PERJUANGAN MELAYU”.

Ni aku faham..Tak setuju, pasal ler.


(Kerajaan asal Melayu kabornya berteraskan agama Hindu, ada gak kabor asalnya adalah agama Ibrahimiyah- Berteraskan agama Hindu hanya kerana jumpa satu je candi. Jika benar sepatutnya banyaklah kuil2 dan candi dah dijumpai. Jika agama Ibrahimiyah, benarlah cuma jumpa satu je candinya..kerana agama Ibrahimiyyah adalah Islam yg dibawa oleh Nabi Ibrahim as.)
-aa
Continue Reading...

Thursday, December 1, 2011

TIGA LEMBU PKR MENGAMUK BILA TIDAK ADA PENYELEWENGAN DALAM NFC!!!

Khalid Abu Bakar, Timbalan Ketua Polis Negara yang gpaling dibenci oleh PKR dan Pakatan Rakyat, mengesahkan tiada sebarang penyelewengan yang dilakukan dalam sebarang urusan NFC. Pun begitu, podlis masih belum berpuas hati dengan siasatan dan siasatan masih dijalankan.


Tiga ekzor lembu PKR bising dan memekak tentang NFC. Zuraidah Kamaruddin yang semua orang tahu, sedang bergelut untuk mempertahankan jawatan serta kedudukannya di Ampang, menjadikan Sharizat Jalil sebagai musuh peribadinya. Sesuatu yang tidak pernah dijangka oleh Zuraidah ialah, tindakannya itu menunjukkan betapa terdesaknya dia untuk mempertahankan kedudukannya selaku Ahli Parlimen Ampang.


Pastinya penemuan awal yang diisytiharkan oleh Khalid Abu Bakar itu akan mencetuskan satu lagi rasa tidak puas hati di kalangan pemimpin PKR terutama sekali ketiga-tiga ekor lembu yang berusaha sedaya upaya untuk menjatuhkan dan menekan Sharizat agar meletakkan jawatan.


SPRM awal-awal lagi sudah mengisytiharkan bahawa mereka tidak menemui sebarang penyelewengan dalam NFC. Sekarang polis pula. Yang sohehnya, Danny Fong yang merupakan salah seorang bekas pekerja NFC yang terbabit dalam kes pecah amanah, telah menggunakan dan meminta bantuan ketiga-tiga lembu PKR untuk membantunya.


Polis dan SPRM seharusnya mula masuk menyiasat PKR pula, terutama sekali membabitkan ketiga-tiga lembu PKR itu. Namun yang semakin pasti, Rafizi Ramli dan Zuraidah Kamaruddin sudah mula mencari-cari duit untuk disaman oleh NFC. Yang untung Saifuddin Nasution juga!!!


Published with Blogger-droid v2.0.1
Continue Reading...

IKLAN BERBAYAR

PORTAL ISTIMEWA

BLOG-BLOG PRO KERAJAAN

TAK TAHU KIRI KE KANAN

BLOG PEMIMPIN

MASUKNYA WAKTU SOLAT

SAPA DIA

Top Commenters

Powered by Disqus

Recent Comments

Senarai Laman Web WAJIB