Social Icons

Pages

BULETIN 247

Friday, November 28, 2014

PENGERUSI HINDRAF TUDUH TUNKU ABDUL RAHMAN SENGAJA PINDA PERLEMBAGAAN NEGARA UNTUK 'KETUANAN MELAYU'!!!


Pengerusi pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Badan Bertindak Hak Hindu (HINDRAF), P. Waytha Moorthy berkata, Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin perlu berhenti mengingatkan rakyat bukan Melayu negara ini mengenai ‘janji asal’ mereka dalam ‘kontrak sosial’ yang dipersetujui dalam proses mendapatkan kemerdekaan.

Sebaliknya aktivis masyarakat Hindu itu menggesa Khairy yang juga Menteri Belia dan Sukan agar mengkaji semula setiap lembaran dokumen sejarah kemerdekaan negara dari penjajah British yang didakwanya telah dimanipulasi.
Moorthy mendakwa ‘janji asal dalam kontrak sosial’ itu sebenarnya tidak wujud, sebaliknya beliau menuduh perdana menteri pertama dan bapa Kemerdekaan, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj telah berpakat secara sulit dengan kerajaan British untuk meminda Perlembagaan asal negara untuk diselaraskan dengan agenda ‘ketuanan Melayu’ beliau.
Beliau yang tidak berpuas hati dengan tindakan pihak tertentu melabelkan kaum bukan Melayu sebagai ‘anti-Melayu’ dan ‘pendatang’ serta sering dikecam sebagai tidak bersyukur kerana tidak menyokong Barisan Nasional (BN) menegaskan, rakyat bukan Melayu adalah aset kepada negara ini.
“Kalaulah semua kaum India dan Cina meninggalkan negara ini pada tahun 1957, saya secara peribadi boleh mengatakan Malaya akan jatuh muflis serta-merta.

“Saya kata begitu berdasarkan bukti dokumen-dokumen yang telah saya lihat dan miliki,” dakwa Moorthy.
“HINDRAF terkejut kerana polemik ‘kontrak sosial’ terus digunakan pemimpin kerajaan demi kelangsungan cita-cita politik mereka, khususnya pada setiap kali Perhimpunan Agung UMNO,” katanya dalam satu kenyataan kepada media pada Rabu.
Sehubungan itu, kata beliau lagi HINDRAF menggesa kerajaan agar mengklasifikasikan semula semua dokumen berkaitan dengan kemerdekaan negara bagi membolehkan rakyat melihat sendiri kandungan asalnya.
“Sudah tiba masanya kerajaan mendedahkan semua dokumen berkaitan dengan kemerdekaan dan membiarkan seluruh rakyat Malaysia melihat sendiri apa yang asalnya dipersetujui oleh nenek moyang kita.
“Tunku Abdul Rahman telah memungkiri janjinya sendiri kepada Suruhanjaya Reid untuk menggubal Perlembagaan negara ini berpaksikan prinsip masyarakat berbilang kaum apabila beberapa bulan kemudian beliau dan kerajaan British secara sulit menulis semula Perlembagaan untuk disesuaikan dengan agenda beliau,” dakwa Moorthy lagi dalam kenyataannya.
Moorthy terus mendesak agar konsep ‘Ketuanan Melayu’ ditamatkan dan menegaskan Malaysia hanya boleh maju dan makmur jika mengamalkan dasar terbuka di mana kekayaan negara dikongsi oleh semua rakyat. (SUMBER)

ULASAN: 

Waythamoorthy barangkali terlupa bagaimana HINDRAF telah berusaha untuk meminta pampasan daripada Kerajaan British bernilai berbilion-bilion Pound Sterling kerana mendakwa, datuk nenek masyarakat India telah dibawa ke negara ini untuk bekerja tetapi tidak diberikan kerakyatan British.

Kegagalan Kerajaan terutama sekali Kementerian Pelajaran untuk memasukkan perkara-perkara sebenar membabitkan sejarah negara ini, terutama sekali yang membabitkan proses kehadiran kaum bukan Melayu sebelum zaman kemerdekaan, telah digunakan seluas-luasnya oleh pihak seperti HINDRAF untuk melakukan penipuan. 

Begitu juga kegagalan Kementerian Pelajaran untuk memastikan kisah sebenar bagaimana bukan Melayu 'terperangkap' di negara ini menerusi penipuan Britain yang enggan menanggung masalah dengan menerima kaum Cina dan India sebagai warganegara mereka, sebaliknya memperdayakan Raja-Raja Melayu dan UMNO untuk menerima Cina dan India sebagai warganegara negara ini menerusi Jus Soli dengan janji Merdeka!

9 comments:

Anonymous said...

Haha..sdh panas ka..klu Tunku pinda pun..ko peduli apa?

Anonymous said...

Ulasan yang mantap!

Anonymous said...

tak sedar diri... nenek moyang ko benua mana?.. pg tuntut.. bleh dapat tak..

Anonymous said...

Penin. Berpusing pusing mcm gasing daa....

Anonymous said...

Tungku pinda ka atau ubah ka apa korang sibuk. Dulu kan namanya Persekutuan tanah melayu.So what????

Melayu Selangor said...

Tunjukkan Perlembagaan yang asal kalau betul telah dipinda. Pukimak punya Hindraf. Tak habis2 putar belit fakta.

Anonymous said...

Tuhan suda janji tipu..ada orang lahir paria untuk jadi hamba.
British jahat kasi india kerja di malaysia..

Mau balik semula india tara mau..

Tuhan tara lahir jadi putih..hidung panjang tangan banyak- baru tara tipu

Anonymous said...

what da fuck kalo keling lari keluar malaysia negara bole muflis???? tanik lebih keling nie ramai ramai kuar lg bagus

Anonymous said...

hey anne, kalau cina sama india keluar masa merdeka dulu lebih baik apa? macam mana boleh muflis>apa dey cakap ni

 
Blogger Templates