Sepatutnya pada 3 Disember, Anwar Ibrahim dijangka akan berucap dalam satu program yang dianjurkan oleh Kelab Wartawan Asing Thailand (FCCT) di Bangkok. Bagaimanapun, hari ini, Anwar Ibrahim yang dikenali sebagai manusia yang paling tidak bertamadun, paling tidak menghormati undang-undang dan hanya memikirkan dirinya sendiri, menjadi manusia yang patuh kepada undang-undang.
Dia telah membatalkan pemergiannya ke Bangkok. Kononnya atas nasihat peguamnya memandangkan dia sedang berhadapan dengan kes perundangan, maka Anwar Ibrahim tidak wajar melawat ke luar negara dalam masa terdekat.
Sedangkan, minggu lepas Anwar Ibrahim dan bininya, Wan Azizah bergembira sakan di Amerika Syarikat, negara yang memerlukan perjalanan lebih panjang, lebih lama dan berjarak lebih jauh berbanding Thailand.
Sebenarnya, Anwar Ibrahim takut untuk masuk ke Thailand!
Dan kerana itulah juga, semalam Tian Chua dan konco-konconya dari Parti Sosialis Malaysia (PSM) mengadakan bantahan di hadapan Kedutaan Thailand di Jalan Ampang bersama-sama 15 orang yang lain termasuklah Irene dari Persatuan Sahabat Wanita Selangor dan Choo Chon Kai dari PSM Bayan Baru.
Dalam demonstrasi berkenaan, wakil PSM telah berucap yang meminta agar demokrasi dikembalikan di Thailand dan supaya pilihanraya diadakan segera. Dua kain rentang dan plakad telah dipamerkan dan beberapa laungan telah dibuat semasa perhimpunan tersebut.
Memorandum kemudiannya diserahkan oleh Tian Chua kepada Anoop Soonjan, wakil Kedutaan Thailand.
Demonstrasi berkenaan dikatakan telah dianjurkan oleh PSM dengan bantuan beberapa NGO tempatan yang membantah perlantikan Perdana Menteri Thailand Prayuth Chan-Ocha yang dikatakan telah merampas kuasa dengan bantuan pihak tentera.
Justeru, tidak mustahil sebenarnya, Anwar ketakutan untuk menjejakkan kaki ke Thailand kerana bimbang tindakan undang-undang yang boleh diambil oleh pentadbiran Thailand ke atasnya ekoran bantahan bodoh dan cubaan campuri hal ehwal dalaman Thailand oleh konco-konconya di Malaysia.
Malah tidak mustahil juga sebenarnya FCCT telah membatalkan jemputan ke atas Anwar Ibrahim dan demi menjaga air mukanya, Anwar Ibrahim memberi alasan kononnya dia patuh undang-undang, padahal selama ini pun, Anwar Ibrahim mana peduli dengan undang-undang dan dia bebas ke sana ke mari seperti tidak bersalah, malah memekak dan marah-marah apabila Imigresen Jepun tidak memenarkan dia masuk kerana dia adalah bekas banduan atau pesalah undang-undang.
4 comments:
Hutang Kerajaan Malaysia Disember 2014 (RM763 Bilion). Ringgit Malaysia Terus Jatuh Teruk (US$1=RM3.42). Malaysia, Negara Membangun Paling Terjejas di Asia.
Tuan seronok ke kalau terjejas?
...
Cara menukar blogspot.com kepada domain.com
http://domain.blogspot.com >> http://www.domain.com
• Hanya RM30 Setahun..
• Boleh edit terus dari blogspot tanpa menukar atau berubah apa pun..
http://www.netkl.com
http://www.netkl.com
http://www.netkl.com
Anonymous at 2.22 PM mengalahkan Gavnor Bank Negara. SPM tah lulus Math/Add Math atau tidak. Tu namanya mulut longkang yg bercakap . Apa kelulusan "sibarua tu?" Ini lah bangsa "BUAT MANEFESTO" PILIHAN RAYA, JANJI TU, JANJI NI, AKHIRNYA MENGAKU PULAK ITU HANYA "JANJI BOHONG UNTUK RAKYAT". PEMBOHONG TU SIFAT ORANG MUNAFIK!!!!
Post a Comment