Social Icons

Pages

BULETIN 247

Thursday, December 18, 2014

INI LAWAK! BR1M DITENTANG TAPI PKR GUNA BR1M UNTUK TARIK SOKONGAN!!!

Ini yang dinamakan cakap tidak serupa bikin...

Masa mula-mula BR1M diperkenalkan, merekalah yang paling lantang menentang. Kata mereka, Najib menggunakan wang rakyat untuk mendapatkan pengaruh, sokongan dan undi untuk BARISAN NASIONAL dan UMNO.

Bila dijelaskan bahawa pemberian BR1M bukan bermakna pemaksaan undi kepada UMNO-BN bahkan pemberian tersebut meliputi semua golongan rakyat tanpa mengira kaum, agama atau latar budaya, bukan main memekak lagi PKR yang kekal dengan pendirian busuk hati mereka. Pelbagai fitnah-fitnah masakini ditonjolkan dan kemudian diimani sepenuh hati oleh para pengikut mereka.

Dan menariknya mereka jugalah bersama-sama DAP memberitahu para pengikut mereka kononnya duit BR1M boleh diambil dan perlu diberikan semula kepada parti.

Itu dulu...

Memandangkan UMNO dan Barisan Nasional tidak begitu ghairah untuk mendaftarkan atau mempedulikan penerima-penerima BR1M, sepertimana tidak ghairahnya mereka mendaftar pengundi-pengundi baru maka DAP dan PKR segera mengambil kesempatan dengan promosi kononnya penerima-penerima BR1M tersebut berhutang budi dengan PKR atau DAP, memandangkan yang beria-ia membantu sekarang adalah pemimpin-pemimpin kedua-dua parti tersebut.

Orang lain punya idea. Orang lain yang menentang dan orang lain itulah juga yang cuba menjadi hero kononnya merekalah yang mengusahakan BR1M.

2 comments:

Anonymous said...

Kalau betul mereka begitu, itu namanya parti lancau.

Unknown said...

KALAU BUKAN PENIPU ,PUTAR BELIT DAN PEMBOHONG BUKAN FUCK KHATAN RIOT NAMA NYA.

 
Blogger Templates