Social Icons

Pages

BULETIN 247

Tuesday, December 16, 2014

PELAJAR KECICIRAN UM TAPI GILA DEMONSTRASI, UGUT NAK BUAT BENDA-BENDA PELIK KALAU KUMPULAN UM8 TAK DIBEBASKAN!!!


Kumpulan OUM itu mendakwa ia bertujuan memaksa UM menarik semula hukuman terhadap lapan mahasiswa yang dijatuhkan hukuman ekoran penganjuran pidato

KUALA LUMPUR: “Kami akan buat perkara yang pelik.” Demikian ancaman yang dikeluarkan oleh Presiden Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM), Khairul Najib Hisham supaya hukuman ke atas kumpulan pelajar yang dikenali sebagai UM8.

Ancaman tersebut ditujukan kepada Timbalan Naib Candelor HEP, Profesor Datuk Dr Rohana Yusof supaya menerima memorandum yang diserahkan oleh gerakan Occuppy Universiti Malaya (OUM).

Kumpulan OUM itu mendakwa ia bertujuan memaksa UM menarik semula hukuman terhadap lapan mahasiswa yang dijatuhkan hukuman ekoran penganjuran pidato bersama Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 29 Oktober lalu.

Khairul Najib yang juga salah seorang yang digantung pengajian oleh pihak universiti menggesa supaya Dr Rohana menerima memorendum atau: “Jika tidak, kami akan membuat satu perkara pelik hari ini.”

Occupy UM juga memasang khemah di hadapan bangunan HEP UM untuk menunjukkan tanda protes setelah lima hari berkhemah di hadapan pintu pagar UM tanpa dilayan oleh pihak HEP UM.

“Jika khemah kami dirampas hari ini, kami akan memanggil lebih ramai untuk berhimpun di sini. Tambahnya kami komited memintak pihak HEP UM untuk gugurkan tuduhan, tanda kami tidak bersalah,” ujarnya.

Sebelum itu kumpulan pelajar ini berarak dan melaungkan slogan seperti ” Bebas UM8, Tolah AUKU, Tolak HEP”.

Sebelum ini pada 9 Disember lalu UM mengumumkan penggantungan tujuh orang pelajarnya, termasuk bekas Presiden Persatuan Pelajar, Fahmi Zainol.

Pengajian Fahmi digantung selama dua semester dan mendendanya RM600 selepas disabitkan bersalah menganjurkan ceramah tersebut di kampus tanpa kebenaran.FMT. (SUMBER)

8 comments:

Anonymous said...

Bebudak gila ni...jgn d layan

Anonymous said...


Yang berkhemah dan membuat ugutan tu pun terus je buang dari universiti. Tak usah dilayan budak2 yang tak sedar dek untung tu dan elakkan mereka dari menggangu pelajar2 lain yang ingin belajar.

Anonymous said...

Mungkin deme nak telanjang kot. Bagusla... bleh join alvin tan a.k.a anak muda PR. Bleh tgk sape yg bulu jembut panjang sejengkal. Budak2 nie x payah dilayan. Klau deme tue jenis dpt sokongan agaknya dah penuh kemoh dpn HEP. Klau deme nak bawok ke court tue lebih baik... darj dok malukan mak bapak yg berhempaih pulaih motong getoh kat kampung. Duit bagi anok wat beli anset lenovo.hehehehe... dasar budok tok pandey susoh! Sudohnya jadi pandir tak abih2!

Anonymous said...

Setuju...utamakan majoriti dan yang menghormati undang-undang. Budak ni buang sahaja dari Univ. Mohon Univ lain tak ambil mereka. Consensus.

Anonymous said...

"Tolak AUKU .. HEP ... tolak UM tak mau ke ??
nih ... kalo nak perhatian sangat cuba londeh seluaq pas tu tonggeng kat gate UM tu .. try la mangkuk ayun oiiii
MENYUSAHKAN ORANG !!! ANAK SAPA NI ?????

Anonymous said...

Ghaut Jasmon VC UM apa kejadahnya yang dia buat? Dia ni pun gunting dalam lipatan sebenarnya.

Unknown said...

KALAU PENTADBIRAN UM TUNDUK KEPADA PENYANGAK PENYANGAK NI,TUNGGU SAJA LAH SAAT KEJATUHAN DAN KEHANCURAN UM.

Anonymous said...

Apasal tak panggil je makbapak dia org utk sama sama memeriahkan kem tsb

 
Blogger Templates