Social Icons

Pages

BULETIN 247

Tuesday, December 16, 2014

LATHEEFA KOYA TUDUH PAS KELANTAN BANTU UMNO-BN YANG SEDANG TERDESAK DENGAN 'SKANDAL1MDB'!!!


Latheefa Koya kembali jadi tajuk berita dan perhatian....

Penjilat utama Anwar Ibrahim, Latheefa Koya hari ini meneruskan usaha menelanjangkan dan memburukkan PAS. Latheefa yang juga diketahui merupakan orang utama Lawyers for Liberty yang dibiayai oleh NED, sebuah pertubuhan Zionist, mengecam Kerajaan Negeri Kelantan kerana tetap ingin meneruskan pembentangan hukum hudud. Menurut Latheefa, Kelantan dan PAS cuba membela UMNO dengan melarikan perhatian daripada 1MDB kepada hudud.

Latheefa Koya ketika ditanya dalam satu sidang media hari ini, merujuk kepada sidang khas DUN Kelantan berhubung perlaksanaan hukuman hudud di negeri itu yang dijadualkan pada 29 Disember.

"Sungguhpelik yang pengumuman tersebut dibuat ketika UMNO dan Barisan Nasional berada di bawah tekanan berhubung skandal 1MDB," katanya.

Latheefa Koya barangkali sudah pun mengecap di dalam kepalanya yang PAS merupakan sebahagian daripada UMNO sehingga terlupa bahawa PAS adalah sebahagian daripada Pakatan Rakyat manakala UMNO pula adalah sebahagian daripada Barisan Nasional.

Dan seperti yang diketahui oleh semua orang, Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat adalah bermusuh. Tidak ada satu kebaikan pun pada Barisan Nasional di mata Pakatan Rakyat dan tidak ada kebaikan Pakatan Rakyat pun di mata Barisan Nasional. Takkanlah Latheefa Koya tidak faham prinsip mudah itu?

Jadi, apa maksud Latheefa Koya menuduh PAS cuba membela UMNO-Barisan Nasional? Adakah Latheefa Koya mahu menuduh PAS sebagai 'musuh dalam selimut' tetapi tidak berani berterus-terang sebaliknya menggunakan taktik peguam yang berasakan mereka sangat bijak membuat tuduhan serta terlepas daripada hukuman menerusi putarbelit lisan?

Dengan kata-kata lain, apakah Latheefa Koya juga menyertai DAP menghalau PAS keluar dari Pakatan Rakyat bagi memudahkan kelam-kabut Pakatan Rakyat dengan pelbagai isu, termasuklah isu rasuah besar di Pulau Pinang, boleh dihumbankan ke kepala PAS dan PAS dikambinghitamkan untuk semua angkara PKR serta DAP?

Mengapa Latheefa Koya tidak cuba meyakinkan Anwar Ibrahim untuk mengeluarkan kenyataan umum yang tegas dan berani bahawa PKR-DAP tidak lagi memerlukan PAS? Bukankah Latheefa Koya juga yang memberikan penarafan agung kepada Anwar Ibrahim sebagai kuasa utama dan kuasa veto Pakatan Rakyat?

Mungkin ada baiknya juga Latheefa Koya mengatakan sidang khas hudud di DUN Kelantan oleh PAS adalah cubaan mengalihkan perhatian daripada 'RAKYAT HAKIM NEGARA' dan kempen 'TUNTUT' kerana ia lebih masuk akal!!!



1 comment:

Anonymous said...

Tiap kali tengok gambar muka this ugly bitch, teringat pulak lagu
"WHO LET THE DOGS OUT, WOOF WOOF WOOF"

 
Blogger Templates