Social Icons

Pages

BULETIN 247

Tuesday, January 20, 2015

HUTAN HULU KELANTAN YANG DIGONDOLKAN, DAPAT PERHATIAN LAGI... APA NGA KOR MING DAN NGEH KOO HAM NAK CAKAP TENTANG SARANAN SAHABAT ALAM MALAYSIA? NAK SAMAN JUGA KE?


Sahabat Alam Malaysia (SAM) telah memberi amaran bahawa menggondolkan hutan untuk penanaman semula perlu dihentikan bagi mengelakkan bencana pada masa akan datang dan merupakan penyebab utama banjir besar pada Disember lepas.

"Malahan, perladangan tidak seharusnya dibuat di hutan-hutan simpan kita," kata Presidennya, S.M. Mohamed Idris dalam satu kenyataan hari ini.

Tidak seperti hutan semulajadi yang mempunyai biodiversiti dan kepelbagaian tumbuhan, penanaman semula hutan biasanya melibatkan hutan getah klon dan kelapa sawit. Justeru, SAM memberi amaran bahawa perladangan monokultur merupakan malapetaka kepada kawasan tadahan air, ekosistem dan biodiversiti serta memberi menegaskan bahawa penanaman semula hutan perlu dihentikan bagi mengelakkan bencana pada masa akan datang.

Lebih kurang 10 hari lalu iaitu pada 9 Januari 2015. (RUJUK SINI)

Nga Kor Ming dan Ngeh Koo Ham secara terbuka telah mengumumkan yang mereka tidak bertanggungjawab dan perlu dipertanggungjawab pada kemusnahan akibat banjir di Hulu Kelantan walaupun mereka adalah pemegang saham majoriti di dalam syarikat yang terbabit dalam penanaman getah-getah klon di atas tanah seluas 10,526 ekar di Gua Musang, Kelantan.

Menurut Nga dan Ngeh, tuduhan yang mereka adalah bertanggungjawab, hanyalah FITNAH dan beriltizam untuk menyaman sesiapa sahaja yang mengatakan mereka bertanggungjawab.

Menariknya, Gua Musang merupakan merupakan kawasan yang paling teruk dilanda banjir.

Jadi, siapa yang harus kita percayai? SAM yang tidak memperolehi sebarang keuntungan walau sesen pun dari hutan di Gua Musang, atau Ngeh dan Nga yang mendapat puluhan kalau tidak pun ratusan juta ringgit daripada penebangan balak dan penggondolan hutan bagi penanaman pokok-pokok getah klon di atas tanah yang dihadiahkan kepada mereka selama 50 tahun?

Tentu lebih menarik untuk kita melihat reaksi Nga Kor Ming dan Ngeh Koo Ham sekiranya kerajaan mengikut nasihat SAM agar penanaman semula getah klon dan pembersihan hutan di Hulu Kelantan itu dihentikan, kan?

No comments:

 
Blogger Templates