Kalau selama ini, nama pusat peranginan 'berhantu' Bukit Fraser kurang diperkatakan, LTDL Edisi Ke-20 kembali menyerlahkan pusat peranginan yang agak kurang menarik kunjungan ramai, tidak seperti Genting Highland mahupun Cameron Highland, mahupun Bukit Tinggi, atau pun Bukit Bendera. Secara tidak langsung, memberitahu para pelancong dari dalam negara sendiri tentang kewujudan Bukit Fraser sebagai destinasi pelancongan yang perlu dikunjungi.
Nama Bukit Fraser sama sejuknya dengan Bukit Larut, Taiping dalam peta pelancongan Malaysia. Mungkin kerana tawaran di puncak bukit yang pada zaman penjajah dahulu menjadi pusat kediaman pegawai-pegawai Inggeris kurang, sebaliknya hanya sekadar pelancongan alam semulajadi, bukannya pelancongan yang berunsurkan hiburan, maka kuranglah penampilannya di dalam peta pelancongan. Kurang jugalah promosi dan publisiti tentang Bukit Fraser untuk menarik kedatangan pelancong, kecuali majoriti pelancong-pelancong domestik yang pernah mendengar atau tahu tentang bukit peranginan berkenaan.
Pihak berkenaan sewajarnya mengambil peluang daripada pendedahan oleh stesen-stesen berita sukan antarabangsa yang banyak memperkatakan tentang Bukit Fraser semalam untuk menggalakkan kedatangan pelancong ke kawasan terbabit. Beberapa orang peserta 'veteran' yang pernah berlumba mendaki Genting Highland turut meluahkan rasa terkejut dengan kewujudan Bukit Fraser yang menurut mereka, jauh lebih menarik berbanding Genting Highland!!!
Jangan pula lepas ni, selepas tersebarnya cerita tentang Bukit Fraser, tiba-tiba pula jentolak, jentera dan mesin penumbang pokok mula berkeliaran di sekitar kawasan berkenaan sepertimana yang berlaku di Cameron Highland!
Fraser Hills atau Bukit Fraser perlu dikekalkan sepertimana keadaannya sekarang tanpa alam fauna dan floranya diganggu gugat setelah sekian banyak kawasan hutan diceroboh, ditebang, diterangkan, dan akhirnya mengundang bencana banjir besar sepertimana yang berlaku di Hulu Kelantan!!!
BERITA-BERITA DAN GAMBAR-GAMBAR MENARIK LTDL, BOLEH ANDA LAYARI DI SINI.
No comments:
Post a Comment