Social Icons

Pages

BULETIN 247

Tuesday, April 7, 2015

AKHIRNYA 'ADIK I.S.A' TELAH DILULUSKAN USULNYA DAN AHLI PARLIMEN PKR-DAP MENGAMUK DENGAN AHLI PARLIMEN PAS SEBAB TIDAK HADIR!!!



Akhirnya setelah tiga kali undi bahagi, RUU POTA (Akta Pencegahan Keganasan) diluluskan. Perbahasan sampai ke dinihari dan kemenangan akhirnya diperolehi oleh blok Kerajaan.

Menariknya, PKR dan DAP sepakat menuduh PAS sengaja mensabotaj 'kemenangan' Pakatan dalam isu tersebut apabila 8 orang Ahli Parlimen PAS tidak hadir untuk memberikan undi kepada Pakatan DAP-PKR.

Pakatan sebelum ini berusaha bermati-matian dan dengan sebarang cara agar pembentangan usul POTA tidak dapat dibuat di Parlimen. Mereka mendakwa POTA 2015 akan dijadikan alat politik oleh kerajaan, sekaligus menunjukkan mereka takut dengan bayang-bayang sendiri kerana kebanyakan masalah, berpunca daripada keghairahan kempen dan perang saraf mereka.

Matlamat POTA adalah untuk membanteras keganasan. Tiada sepatah pun perkataan di dalam rang undang-undang tersebut mengizinkan digunakan terhadap mana-mana individu atau kumpulan yang berbeza ideologi politik.


Apabila dikuatkuasakan nanti, POTA akan mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA)  selain melengkapi undang-undang negara sedia ada seperti Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) dan Kanun Keseksaan yang mana kedua-duanya hanya boleh digunakan oleh kerajaan selepas jenayah dilakukan.

POTA boleh digunakan sebelum satu tindakan keganasan dilakukan.

Asas penggubalan POTA adalah Akta Pencegahan Jenayah (POCA) (Pindaan dan Pemerluasan) 2013, justeru, dakwaan bahawa rang undang-undang tersebut diciplak atau dikitar semula daripada ISA 1960 disifatkan tidak berasas sama sekali.

Penguatkuasaan POTA akan memberi kuasa yang lebih kukuh kepada pihak berkuasa untuk menghalang pengaruh kumpulan militan Negara Islam (IS) di negara ini.


3 comments:

maae said...

Alhamdulillah. Majlis Peguam mereka juga menyanggah POTA seperti di umum beberapa hari lalu. Mainan politik pembangkang yan takut bayang sendiri, bak kata FK.

He..he.. nak nagi lagi kecut perut, Umno sokong pula hudud Kelantan di Parlimen. Molek sungguh.

Anonymous said...

Haiwan2 politik dari kalangan pembangkang adalah pengkhianat kepada aspirasi rakyat yg ingin hidup dalam aman damai. POTA yang cenderung kepada usaha pengekangan awal dari unsur keganasan pun sukar hendak diterima..... Adakah mereka pengganas (pembangkang). Kalau bukan kenapa perlu takut dengan bayang sendiri....kecualilah sebenarnya mereka memang berhasrat menggulingkan kerajaan dengan tangan berdarah. Atau mereka memang sengaja mahu gerakan seperti IS membuka jalan kepada guru hara yg kemudiannya menjadi modal untuk mengatakan kerajaan lemah.... Dan mereka berpeluang menggantikan kerajaan...percayalah kalau mereka dapat .... Undang2 lebih buruk akan diperkenalkan sampai akan ujud kuasa luarbiasa diberikan kepada badan2 seperti "polis rakyat" seperti di pulau pinang yg satu masa di banggakan oleh Lim Guan Eng. Dan bermulalah era perang ala gangster...untuk menghapuskan IS...yg sebenarnya turut ditakuti mereka..... Tapi nasib tak baik kalu.... Belum sempat kerajaan tumbang... Leher mereka jadi habuan pisau IS yang gila darah manusia. - saya sokong POTA.

April said...

http://medanperang14.blogspot.com/
saya telah pautkan blog tuan ke MP14
Mohon tuan pautkan blog MP14 ini ke blog tuan TKasih

 
Blogger Templates