Social Icons

Pages

BULETIN 247

Sunday, April 5, 2015

ANIAYA PENGGUNA DAN PENJUAL: SUDAH RAMAI CADANGKAN KERAJAAN AMBIL TINDAKAN KE ATAS SEMUA TELCO DAN DENDA RM10 JUTA.. MASALAHNYA, KERAJAAN BERANI KE?



Kerana kad top-up, Timbalan Menteri Kewangan yang cukup sinonim dengan GST, Ahmad Mazlan digelarkan ramai sebagai MENTERI TOPAP.

Tapi tahukah anda, Ahmad Maslan juga sebenarnya adalah mangsa 'penderaan' TELCO, sama seperti pengguna dan penjual kad top-up. TELCO telah mengambil keuntungan yang sangat besar dalam perniagaan ini dan langsung tidak memulangkan semula keuntungan itu kepada pengguna kalau melihat kepada servis yang diberikan oleh kesemua TELCO.

Cukai perkhidmatan untuk telefon mobil di Malaysia telah dicaj apabila perkhidmatan prepaid diperkenalkan pada tahun 1998 tetapi semua TELCO telah menyerap semua cukai tersebut memandangkan merka mahu kekal kompetitif dan menarik lebih ramai pelanggan untuk memilih model prepaid memandangkan caj dan keuntungan panggilan menggunakan prepaid jauh lebih besar berbanding post-paid.

Dan sehingga ke hari ini, ia masih seperti itu.

Ini juga bermakna, alasan yang sama, mengapa cukai perkhidmatan sentiasa dikenakan pada bil post-paid (anda boleh lihat pada bil anda).

Pada tahun 2011, Kerajaan Malaysia telah meningkatkan cukai perkhidmatan dari 5% kepada 6% dan oleh kerana itu, ketiga-tiga TELCO telah menggunakan kesempatan itu untuk mengalihkan keseluruhan 6% cukai untuk ditanggung oleh pelanggan mereka. (BACA DI SINI)

Pada sepanjang masa, BN dan Pakatan menghentam TELCO dan berkata syarikat-syarikat tersebut tamak dan haloba. Malah Najib Abdul Razak pernah membuat kenyataan agar kesemua TELCO tidak menimbulkan masalah. (BACA DI SINI)

Dua minggu sebelum GST dilaksanakan, Kastam Malaysia telah menghantar sepucuk surat kepada semua TELCO dan memberi amaran agar mereka tidak menaikkan kadar caj dan memperbetulkan semula kenyataan bahawa 6% GST menggantikan 6% cukai perkhidmatan.

Namun kesemua TELCO sepakat untuk tidak mematuhi arahan tersebut. Sebaliknya mereka bertindak dengan terus menaikkan kadar profit margin dengan keseluruhan 6% GST ditanggung oleh pengguna dan mereka mendapat keuntungan berganda. Lebih menyakitkan hati lagi ialah, GST memboelhkan mereka untuk membuat tuntutan cukai perkhidmatan daripada kerajaan!

Dua kali keuntungan!

Ini adalah kes jelas KETAMAKAN DAN KEHALOBAAN TELCO. Mereka kelihatan seperti tidak melakukan sebarang kesalahan, tetapi sebenarnya, mereka telah menaikkan kadar bayaran untuk top-up dan para pelanggan tiada pilihan, selain daripada bersetuju untuk menggandakan keuntungan TELCO menerusi kad top-up yang telah dinaikkan harga. Cukai yang sepatutnya dibayar oleh TELCO kepada kerajaan, dibayar oleh pengguna dan pada masa yang sama, pengguna juga mengekalkan keuntungan berganda TELCO sebelum ini.

Anehnya dalam hal ini, Tony Pua dan pembangkang yang kononnya menjadi pengawas dan pemantau salah laku, tiba-tiba langsung tidak bersuara. Mereka seperti langsung tidak melihat kesan ketamakan dan kehalobaan TELCO, malah menggunakan TELCO untuk memudahkan mereka menimbulkan lebih besar kebencian kepada kerajaan.

Tahun 2011 dahulu, ada juga Tony Pua bercakap tentang hal ini. (RUJUK SINI)

Kali ini, Tony Pua langsung dah tak bercakap. Dah tertutup mulut sebab perut dan kocek dah penuh gamaknya. Tetapi yang pasti, senyap ini kerana politik dan menjanakan kebencian kepada kerajaan jauh lebih penting kepada DAP dan Pakatan berbanding memperjuangkan hak rakyat dan membantu kerajaan memastikan golongan kapitalis penghisap darah seperti TELCO benar-benar jujur dalam urusniaga.

Walau apa pun, kerajaan diyakin dapat mengatasi masalah dan akhirnya memaksa TELCO untuk patuh dan akur dengan undang-undang. Bagaimanapun, Kerajaan sepatutnya boleh mengambil satu langkah lagi dan mendakwa semua TELCO di bawah Akta Pencatutan 2010 kerana berperangai monopoli bagi meningkatkan harga kepada pengguna.

Denda RM10 juta wajar dikenakan kepada setiap TELCO sepertimana yang berlaku ke atas MAS dan Air Asia dua tahun lalu. (BACA DI SINI)

Selagi kerajaan lembik tengkuk dan kemudian terlalu bertolak ansur dengan TELCO, sampai bila pun yang terpaksa menanggung natijah adalah rakyat dan apabila rakyat sudah berang, Kerajaan yang terbina selama lebih lima dekad, boleh diruntuhkan dalam tempoh tidak sampai setahun!

Takkan kerana TELCO, kerajaan dan pentadbiran sedia ada,  mahu bertukar status kut?

LIM SIAN SEE


3 comments:

Anonymous said...

Tak payah nak salahkan Telco saja pasal GST. Sebulan RM30 saja. Barang-barang lain semua dah mahal akibat dari GST. Kebodohan kerajaan BN makin menyerlah. BR1M yang tak perlu ditaburkan kepada rakyat, macam negara kaya. GST pula mencekik darah rakyat. Memang Najib tak tahu ekonomi, ditipu bulat bulat oleh pakar ekonominya yang bodoh sombong iaitu Ahmad Maslan. PRU14 BN pasti bungkus kalau tiada pengganti untuk kaki queen control ni.

Ted Manoff said...

Anon..lu sangat pandai...gua lantik lu jadi PM lu mau kalau?

Anonymous said...

Peniaga2 yg menipu, bukan kerajaan pun.. Yg ko bingai beli brg naik harga tu apsal?

 
Blogger Templates