Social Icons

Pages

BULETIN 247

Sunday, April 5, 2015

KLIP VIDEO TERAKHIR PERBAHASAN 'HIT AND RUN' ALLAHYARHAM JAMALUDDIN JARJIS DI DEWAN RAKYAT!!!


Sesiapa yang kerap berada di Parlimen, pasti mengakui sukar menjangka kehadiran Ahli Parlimen Rompin Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis.
Ini bukan bermakna, beliau jarang hadir sidang Dewan Rakyat tetapi kehadirannya tidak seperti wakil-wakil rakyat lain yang mudah dijangka untuk mengikuti persidangan.
Jamaluddin Jarjis last appearedJika hadir, kebiasaannya Pengerusi PRIMA itu akan bangun dan mencelah perbahasan.
Selalunya, beliau mencelah isu yang hangat dibahaskan.
Suara dan gaya penampilan menyebabkan ada kalangan wartawan memberi jolokan kepada JJ sebagai ahli parlimen ‘hit and run’ kerana suka mengusik wakil-wakil rakyat lain termasuk pembangkang.
Ini kerana, beliau bangun mencelah dengan pertanyaan dan kritikan pedas terhadap pembangkang dan selepas Dewan Rakyat ‘kecoh’, beliau akan beredar.
Mungkin itu juga gaya Jamaluddin untuk ‘punch card’ kehadirannya di Dewan Rakyat.
Pada Rabu lalu, Jamaluddin yang cukup sinonim dengan panggilan JJ, hadir ketika Dewan Rakyat membahaskan Rang Undang-Undang Dadah Berbahaya (Pindaan), bacaan kali kedua dan ketiga untuk mengenakan hukuman lebih berat terhadap mereka yang menggunakan daun ketum.
Ketika itu, giliran Ahli Parlimen PAS Sepang Hanipa Maidin berbahas dan Dewan dikendalikan Timbalan Speaker Datuk Seri Dr Ronald Kiandee.
Ahli Parlimen PKR Kuala Kedah Dr Azman Ismail dan Ahli Parlimen PAS Kuala Krai, Dr Hatta Md Ramli kemudian mencelah.
Gayanya mencelah seperti berucap ditegur Kiandee.
Jamaluddin yang baru masuk ke Dewan, tiba-tiba mencelah meminta penjelasan.
“ Oh! Mencelah. Saya ingat dia sudah berucap,” sindir Jamaluddin.
Antara usikan beliau kepada Dr Hatta dengan bertanya sama ada kenderaan wakil rakyat itu yang terbakar baru-baru ini disebabkan oleh mereka yang terlebih minum air ketum.
Ikuti  video perbahasan terakhir Allahyarham Jamaluddin di Dewan Rakyat Rabu lalu.
Jamaluddin meninggal dunia apabila helikopter yang dinaiki bersama lima lain termasuk pilot terhempas dan terbakar petang semalam di Semenyih

1 comment:

Anonymous said...

SEDIH BETUL!

Pemimpin Islam/Melayu PENTING kita harus BERHATI-HATI - tolonglah JANGAN lagi naik kapalterbang atau helikopter swasta yg. diPANDU bangsa asing dan tak dikawal amat ketat oleh MILITARI/PERISIK kita!

Yg. MENGHAIRANkan tu, kenapa keluarga juruterbang tu tak dibawa ke sini dr. US, dgn. kapalterbang MILITARI US, spt. KEBIASAAN, utk. ujian DNA utk. dibuktikan mayat juruterbang tersebut. Jadi patutnya jgn. diserahkan segera pd. Kedutaan/rejim US yg. dikuasai ZIONIS!

Juga yg. menghairankan "co-pilot"nya lansung tak dak maklumat dan gambaq pun tak daq! Nama pun mcm. bangsa asing!

Dan kenapalah Kem. Pengangkutan tu asyik nak serahkan kotak hitam kat UK - Kotak Hitam MH17 tu tu dulu, pun sampai sekrg. tak dak berita!

Ejen-ejen PENGGANAS Anti-Islam/Melayu dari Barat-NATO/Zionis-ISrael serta KULI-KULImereka dr. si DAPBANGKAI/PKRSODOM memang mahu MENGHANCURkan Dunia Islam serta umatnya yg. kaya minyak-gas/Thorium-Uranium (utk. pembuatan senjata Nuklear)! Jgn. pikiaq ini hanya bahan khayalan - tengoklah Iraq, Syria. Mali, Yemen, Afghanistan, Palestin, Pakistan, Nigeria, Guinea dll!

Nek Tempoyak.

 
Blogger Templates