RANAU: Malim gunung Robbi Sapinggi, yang tekorban dalam gempa bumi Gunung Kinabalu merupakan seorang Malim Gunung yang menjadi pilihan ramai pendaki dalam dan luar negara.
Dia yang mengambil tugas menjadi pemandu arah telah menghembuskan nafas terakhir akibat dihempap runtuhan batu susulan gemba bumi yang berukuran 6.0 pada skala richter yang berpusat 16km dari barat laut Ranau.
Robbi merupakan seorang Malim Gunung yang disanjung tinggi oleh pendaki-pendaki kerana sifatnya yang sangat mengambil berat tentang keselamatan dan keperluan pendaki yang menggunakan khidmatnya.
Memetik tulisan di Facebook Amazing Bornea, walaupun dalam keadaan cedera selepas terkena batu, Robbi tetap mengutamakan pendaki yang menggunakan khidmatnya.
Dia menggesa pendaki-pendaki yang menggunakan khidmatnya untuk terus berjalan meninggalkannya demi keselamatan mereka. Dia memilih untuk tidak meneruskan perjalanan bersama pendaki lain kerana tidak mahu menyulitkan perjalanan mereka kerana dia cedera.
Namun malangnya semasa dia menunggu bantuan tiba, Robbi telah menghembuskan nafas terakhirnya akibat terlalu banyak kehilangan darah. via Pejam Kelip
Menurut laman berkenaan, beliau adalah merupakan seorang Malim Gunung yang sentiasa menjadi pilihan pendaki selain ramai pendaki memuji khidmat cemerlangnya dalam menjalankan tugas.
Nampaknya dialah wira sebenar di mana ia benar-benar menjaga keselesaan dan keselamatan pendaki-pendaki yang menggunakan khidmatnya sehingga menghembuskan nafas terakhir.
Kehilangan Robbi merupakan satu kehilangan yang amat besar bukan sahaja kepada keluarga tetapi juga kepada Taman-Taman Sabah dan organisasinya. Dia akan sentiasa menjadi Hero waluapun tidak didendangkan di media.
Berikut adalah biodata Robbi Sapinggi wira bagi pendaki-pendaki Gunung Kinabalu
Umur: 30 Tahun
Pekerjaan: Pemandu Arah Gunung Kinabalu di Sabah Park
Menceritakan saat manis bersama Roobi, Catherine Jayasuriya yang merupakan penganjur Ekspedisi Gunung Kinabalu Coalition Duchenne, dia amat terasa dengan kehilangan Robbi selepas mengenali seorang Malim Gunung terhebat dalam hidupnya.
Menurut Jayasuriya , Roobi telah menyertai empat ekspedisi anjuran Coalition Duchenne anjurannya, menyifatkan Robbi adalah seorang manusia yang suka bergaul, baik hati dan kelakar.
"Demikianlah sifatnya yang begitu mulia. Dia amat mengambil berat tentang keselamatan dan keselesaan pendaki," kata Jayasuriya dipetik Astro Awani.
Jayasuriya pernah menghasilkan dokumentarinya bertajuk 'Dustys Trail: Summit of Borneo', dimana dia telah menampilkan Robbi dalam dokumentari tersebut di Kampung Kiau
COPY PASTE PEJAM KELIP
1 comment:
How's about Badang Kinabalu..... is he ok? He was our guide 3 yrs ago when we climb Kinabalu.
Post a Comment