Social Icons

Pages

BULETIN 247

Wednesday, July 15, 2015

TENGOK PERANGAI PUAK NI... NI TAK KIRA SEBAGAI HASUTAN KE?




Gubahan huruf 'BG' kepada 'BN' ini disengajakan untuk mewujudkan persepsi bahawa pemuda yang dituduh mencuri telefon tangan di Low Yat yang telah mencetuskan pergaduhan dan kekecohan tiga hari lepas, adalah penyokong atau disokong oleh Barisan Nasional.

Dan perhatikan pula komen-komen yang tersiar selepas itu di mana kebanyakan daripada pengkomen langsung tidak memeriksa kesahihan gambar berkenaan, sebaliknya menerima gambar yang telah diedit itu sebagai sesuatu yang kekal.

(Anda perlu menggunakan translation Bing untuk faham apa yang ditulis)

Apakah ini tidak dikira sebagai hasutan? Apa tujuan penggubahan tersebut dibuat?

Apakah ini merupakan perkara remeh yang tidak memerlukan sebarang tindakan? Apakah semua provokasi yang dilakukan, hanya boleh dibalas dengan senyuman dan angguk-angguk atau ketuk dahi dan hantuk kepala sendiri ke dinding?


Bagaimana kalau ada tindak balas sehingga wujudnya kekecohan atau lebih parah lagi tragedi yang lebih teruk dari pihak yang difitnah? Siapakah yang salah?

Perhatikanlah bagaimana provokasi demi provokasi dilakukan, dari sehalus-halusnya sehingga sekasar-kasarnya dengan tiada sesiapa pun yang berhak berbuat apa-apa. Dalam Bahasa Melayu dan Inggeris, provokasi yang dilakukan tidak ketara. Mungkin kerana kurang fasih, tetapi kalau berjaya masuk ke seksyen yang bertulisan Cina, provokasi-provokasi yang dilakukan jauh lebih teruk berbanding yang terdapat dalam tulisan rumi.


Jangan pula pendedahan ini dianggap sebagai satu bentuk hasutan kerana antara hasutan dengan pendedahan adalah dua perkara yang berbeza yang hanya memerlukan sedikit kefahaman dalam mencari makna kedua-dua perkataan tersebut di dalam kamus!!!


7 comments:

Anonymous said...

Habis Khalid igp kata apa? Tak ambil tindakan, atau nak siasat dulu baru tangkap? Kes low yat cepat pulak kau tangkap????

Anonymous said...

Buat report polis. Polis kena cari penghasut

Anonymous said...

Apa lagi...tangkap dan ambil tindakan undang undang atas penyebar berita palsu. Jangan sampai tak terkawal fitnah yg berleluasa. Mencegah lebih baik dari mengubati.....

Anonymous said...

Jadi selama ni tak salah la bila dikatakan puak2 cinapek DApigs ni memang rasis, pengkhianat negara, penghasut perkauman dan secara amnya bersifat CELAKA!!

Anonymous said...

kih...kih...kih....nak percaya kat polis....malam sikit. kena kat melayu cepat jer....siasat pun cepat. dakwa pun cepat.......

paktam said...

Sama dengan IGP yang berat sebelah.

Anonymous said...

Dalam bulan yang mulia ini, jangan kita membenci sesama sendiri. Malaysia terdiri daripada kaum yang berbilang, maka saling hormat-menghormati patut diamalkan. Bagi saya, hanya sesetengah individu yang tidak bertanggungjawab dan kurang pelajaran sahaja yang terus menyebarkan kebencian. Yang penting jangan termakan dengan hasutan pembangkang.

 
Blogger Templates